Bila Takdir Katakan Tidak!

1:16 PM 13 Comments A+ a-

Salam




Dalam satu hari, perancangan yang dirancang bertahun-tahun berbulan-bulan boleh berubah secara drastik dan pantas hanya kerana satu perkara. Siapa boleh sangkal takdir tuhan kalau itu yang sudah tertulis di takdir? Siapa pernah menyangka kadang-kadang impian mungkin hanya mampu jadi harapan yang takkan kesampaian bila rezeki bukan milik kita..

Itu yang terlintas-lintas di benak fikiran saya sejak hari ni. Tadi petang saya baru beria-ia mahu menelefon Asyraf di rumah untuk mengucapkan selamat maju jaya atas bakal keberangkatannya ke Nevada, US untuk pertandingan rekacipta anjuran INTEL esok hari.

Di awal perbualan, kami bersembang-sembang tentang perjalanan projeknya dan keadaan dirinya. Saya yakin dia teruja yang sangat mahu terbang esok hari sebagaimana apa yang saya rasai sewaktu pertama kali mahu keluar dari Malaysia. Suara dia biasa-biasa sahaja. Macam selalu.

Tiba-tiba dia memberitahu saya satu perkhabaran yang mengejutkan.

" Kak Ina, nak tahu tak? Asyraf cancel pergi US esok.."

Terdiam saya dibuat berita itu. Terkejut. Dalam kepala saya banyak persoalan yang berlegar-legar. Kenapa? Mengapa? Macam mana boleh jadi macam tu?

Lalu Asyraf ceritakan pada saya itu semua gara-gara wabak Swine Flu yang menggemparkan dunia sekarang. Dek wabak itu, MARA telah membatalkan semua penerbangan wakilnya yang akan bertanding dalam pertandingan tersebut minggu hadapan.

Allah hai... Padahal tarikh bertolak mereka sepatutnya esok hari. Memang drastik. Memang last-last minute. Semua tak terkata apa. Adik saya yang satu ini pun rasa macam tak percaya. Kecewa? Rasanya sudah tentulah. Dari dulu dia bercita-cita mahu bertanding di sana.

Tapi kan Asyraf nampak rileks je tadi. Control kecewa ke?. Macam la orang tak tahu. Huhu... Tapi sungguh, simpati saya menggunung. Betapa terasa sia-sia segala penat-lelah dia dan kumpulannya berhempas-pulas menyiapkan projek dari tahun lepas hingga ke saat ini dengan bereksperimen merata-rata dan tunggang kelas, sudahnya di akhir waktu ketika destinasi hampir di tuju, semuanya hancur berkecai. Kalau saya lah di tempatnya, mungkin saya dah menangis-nangis kecewa. Kuat juga adik yang seorang ni ya? Tabik spring lah kat Asyraf!

Takpelah Asyraf. Adalah hikmahnya tu. Sabar la yer. Mungkin tak ada rezeki lagi untuk kamu ke US dan bertanding dalam pertandingan INTEL sekarang. Lagipun, apa yang MARA buat tu untuk kebaikan korang gak. Sekurang-kurangnya kamu dan kawan-kawan dijamin insyallah selamat selagi tak keluar dari Malaysia dan terdedah di sana.

Tambahan, semalam waktu saya telefon mama, mama jelas bimbang dengan perjalanan Asyraf ke sana. Pertamanya kerana wabak itu. Keduanya kerana memikirkan Asyraf masih tidak lengkap keseluruhan proses imunisasi badan sewaktu kecil dulu. Ada masalah sikit dahulu, jadinya dia mungkin terpaksa ambil beberapa suntikan vaksin yang masih belum diperolehi waktu kecil sebelum disahkan selamat terbang ke luar Malaysia.

Hurm, saya tak pasti dia dah ambil vaksin tu ke belum. Tapi bila dah jadi macam ni, maknanya kebimbangan mama dah reda sikit la kot walaupun semua orang kesian dengan Asyraf. Dahla ramai saudara-mara bertalu-talu telefon ucapkan selamat jalan sedangkan semuanya dah dibatalkan. Saya pernah rasa keadaan yang sama dahulu jadinya saya tahu betapa siksanya jiwa raga tahan perasaan terima ucapan mereka. Mmm, sabar ek Asyraf. Diaorang tak tahu lagi tu.

Sudahnya semua persiapan terpaksa diberhentikan. Tak apalah, yang dah siap tu boleh guna bulan September nanti bila nak ke Russia. Tak membazir sangat pun. Kira jimat dah la tu. Tapi saya kesian gak pada kawan dia yang katanya dah beli ubat Swine Flu yang sebiji harganya RM100+ untuk persiapan ke US. Aduhai, semoga korang semua tabahlah terima cabaran kali nih. Chaiyok!

Memandangkan Asyraf, mama, abah saya semua dah ambil cuti siap-siap haritu, nampaknya cuti terpaksa diteruskan dengan duduk di rumah sahajalah. Tak perlu ke mana-mana dah. Asyraf, anggap je la macam tu cuti free untuk kamu rehat-rehat puas-puas sebelum kena balik kelas balik ok? So, enjoy your holiday.. (^_~)Y

Hebat kan perancangan Allah? Sehebat mana pun manusia atur rancangan, Allah juga yang berkuasa tentukan kelancaran perancangan manusia. Siapa sangka dalam masa HANYA satu hari, segala persiapan dan perancangan yang dah teliti disusun tiba-tiba tergendala dan terhenti. Nak kata apa lagi? Nak tak nak, itu takdir dan kita kena terima.

To my dear brother Asyraf, semoga apa yang Allah susun ni adalah yang terbaik untuk Asyraf. It's okay to feel frustated but never ever blame anyone or Allah or anything even faith and destiny that happen in your life. At least, you should be proud that you've been given the opportunity to hold the chance to be there eventhough at last it was gone. Semua penat-lelah buat kerja, ponteng kelas selama ini takkan sia-sia sebabnya sepanjang kamu buat projek ni, insyallah ada something yang kamu dah dapat belajar. Even i don't know how it feel to be in your shoes. And for your information, i'm proud of you! Kamu dah sampai ke tahap paling tinggi dalam wakil-wakil pertandingan ni daripada kitaorang semua. Kiranya Asyraf still the best among us. So, be proud and happy okay?

So, jangan sedih-sedih.. jangan kecewa. Rileks okay? Tenangkan hati, tenangkan minda semua. Ambil masa cuti tu kasi lepas tension kalau tension pasal cancel flight ni. Insyallah doalah banyak-banyak supaya Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripada benda ini untuk kamu.

Maaf banyak-banyak sebab tak terkata apa-apa sangat tadi. Terkejut sebenarnya. Tak tahu nak kasitau apa waktu telefon tadi selain dari ayat "sabar je lah..". Ni baru terfikir macam-macam nak pesan. Ok, good luck! All the best! Semoga dirahmati Allah selalu. Again, sabar banyak-banyak okay. Jangan fikir sangat dah pasal INTEL, pasal US, pasal hotel pasal benda-benda tu lagi dah. Look Forward! Cool~ Sekarang boleh tumpu benda lain pula yer terutamanya kelas yang dah banyak tertinggal tu.

** Hurm, tiba-tiba terfikir bagaimana gayanya dengan bakal percutian saya dan rakan-rakan lain waktu cuti sem bulan Jun nanti. Selain balik Malaysia,ada di kalangan kami bakal ke Turki, Syria, dan kawasan-kawasan luar Jordan yang mungkin terdedah dengan Swine Flu ni. Harapnya dalam sebulan dua ni, wabak ni akan sudah reda macam yang dikatakan oleh Doktor Ziyad di kelas tadi (doktor kata wabak-wabak macam ni biasa sangat dah. Selalunya selepas beberapa minggu, dia akan berhenti. Doktor nampak sangat yakin, harapnya betul lah kan...) Moga Allah permudahkan urusan kami semua. Aminnn...

13 comments

Write comments
SangPelangi
AUTHOR
May 7, 2009 at 4:06 PM delete

Kasihan. Sedangkan azam sedang menggelegak, lagikan tersiram ais, terganggu didihannya. Apa pun, semoga Asyraf dapat menerima hakikat ini, dan tidak merajuk untuk terus terlibat dalam arena penciptaan baru.

p/s: Titipkan salamku pada dia.

Reply
avatar
crazerx
AUTHOR
May 7, 2009 at 9:58 PM delete

"Dalam satu hari, perancangan yang dirancang bertahun-tahun berbulan-bulan boleh berubah secara drastik dan pantas hanya kerana satu perkara. Siapa boleh sangkal takdir tuhan kalau itu yang sudah tertulis di takdir? Siapa pernah menyangka kadang-kadang impian mungkin hanya mampu jadi harapan yang takkan kesampaian bila rezeki bukan milik kita.. "


wah.. kak ainul.. kata2 ni boleh diaplikasi kepada saya juga.. huhu.. kita hanya merancang, Allah yg menentukan..

buat asyraf, byk2 bersabar.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. lagipon barang2 yg dibeli akan digunakan jua tatkala berada di Rusia nnt bukan?.. hehe..

kak ainul, saya ingi ke jordan juga? minta support flight ticket boleh? hehe..

Reply
avatar
May 8, 2009 at 3:17 AM delete

salam.
Ni lar yang dikatakan perancangan Allah mengatasi perancangan manusia..Apapun buat Adik Asyraf..ada hikmah yang kita tak nampak..
Ainul. ttg majalah tu..akak bg bila ainul kat mesia lar..hmm. tkder rezeki ainul lar tu...
nipun yang dikatakan perancangan Allah mengatasi segalanya.. dah diposkan pn still tk dpt.

Reply
avatar
estudiante
AUTHOR
May 8, 2009 at 3:46 AM delete

alahai..sedihnye..

klw kt,mesti sedih gle!huhu
xpela,ade hikmah.
kim salam kat adik ye

syila-

Reply
avatar
DAMAI
AUTHOR
May 8, 2009 at 12:31 PM delete

salam ainul sayang ^^

wah,pasti Asyraf sedih dan hampa...tapi,kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki,kenalah jadi macho :D

apa2 pun...semoga Asyraf akan jadi lebih tabah selepas kejadian ini...chaiyok Asyraf!!! ^^

Reply
avatar
May 8, 2009 at 1:57 PM delete

salam

itu terbaik buat asyraf. apa yang berlaku mesti sudah diaturkan yang terbaik untuk kita. kadang2 kita tak tahu pun, dah lama2 baru tahu kan?

Reply
avatar
maladoi_chilavek
AUTHOR
May 8, 2009 at 11:59 PM delete

buat semua readers......

tq sebab bagi support......
tak la merajuk pun tak dapat g us....dah tu yang tertulis...nak wat camne.....lagipun kite hanya merancang....allah yang menentukan...

it's ok....i still can have a vacation there when i am in russia later...hihiihi....sichas,ya uzhe ochin harasho!spasiba!!!!!

Reply
avatar
May 12, 2009 at 10:21 AM delete

sangpelangi:
insyallah.. mengharap yang sama juga pada dia.

ummu:
nak datang sini? suruh abang awak la support. dia lagi kaya.. hehe

kak nik:
erm, ok gak tu. Takpelah akak, majalah tu nak suruh kita jumpa sendiri la tu, dia malas nak terbang sini.. ^_^

Reply
avatar
May 12, 2009 at 10:24 AM delete

syila:
insyallah

kak maya:
aminnn...

kak wani:
betul...betul.betul..

Reply
avatar
May 12, 2009 at 10:29 AM delete

asyraf:
haaa, macam la budak macho.. hehe.. baguslah tolong jawabkan, kak ina busy sket.. hehe.. so, start a new life la pas nih. Concentrate study plak. k. good luck!

Reply
avatar
May 13, 2009 at 2:21 PM delete

asyraf:
eh silap... **macam tu la budak macho..

Reply
avatar
nor rehan
AUTHOR
August 10, 2009 at 9:14 AM delete

asyraf memang masyo...makin hensem my cousin ni....hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *