Amazing Blog award for you ~



1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Erm, memandangkan award ini datang dari dua orang ( Nana + Saadah ), saya gabung je la yer!

Saadah
1. Konon mula kenal sejak sekolah rendah, rupa-rupanya banyak sangat kaitan dengan dia sejak kecik. Pengasuh saya adalah jiran saya dan mak dia adalah kawan mak saya juga! Apa lagi kaitan kita ek saadah? Hehe..
2. Sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di Malaysia *jelesnya!*
3. Hafizah terkemuka sejak skolah rendah sampai ke sekolah menengah. Masuk kebangsaan tiap-tiap tahun. Hebat sungguh! Kat kolej masuk lagi ke tak ek?
4. Kami pernah dicop sebagai kembar seiras!
5. Subjek utama dalam nak ajak teman pergi mana-mana sewaktu cuti.

Nana
1. Sangat pandai math dan bio time skolah dulu. *Tercabar ooo..*
2. Funny and adorable. Suka sangat geng dengan adilah buat lawak spontan
3. Pelajar terbaik SMKANT waktu dapat result. Kankankan? hehe..
4. Bajet pemalas tapi rajin je sebenarnya.
5. A good friend to be with! ^_^

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

--> Fakta tentang saya SEKARANG a.k.a saat entry ditulis.

1. Dalam study leave untuk exam ni, terasa diri agak rajin study. Tapi bila tengok kawan-kawan lain punya cara tengah study, gulp. Okeh, masuk di tahap kurang rajin. Bila lah nak jadi macam kawan-kawanku yang super hebat semua tu..

2. Masih teringat-teringat diskusi petang tadi tentang orang yang "the greatest angle personality" sewaktu sekolah boleh transform jadi seseorang yang "so annoying and so-tak-faham-bahasa-punya-budak-bila-orang-tegur". Ya Allah, kembalikankah mereka kepada mereka yang asal. Aminn...

3. Sedang tranform jadi kelawar sebab malam terlampau pendek waktu nak masuk summer.( tempoh masa dari magrib hingga subuh hanya sekitar 7 atau 8 jam sahaja! )

4. Sedang konpius kenapa penyakit tentang respiratory system sangat banyak dan sipi-sipi sama.

5. Tergamam sebab tetiba berlonggok-longgok email penpal datang dua tiga hari ni. (time orang lapang takmau datang. Ish.)Maka,balasan copy paste untuk semua " i'm in exam.Sorry. See you later! "

6. Setiap hari pasti ada satu keadaan saya sangat muak menghadap puluhan helaian notes untuk dihafal. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini mencapai kejayaan.

7. Menunggu-nunggu bila swine flu nak reda. Saya nak jalan-jalan cuti nanti!! T_T Kalau tak reda, MSD Malaysia tak kasi keluar. Sob..sob..

8. Dua tiga hari ni cepat sangat tertarik dengan benda-benda yang colourful. Video, buku, gambar dan apa-apa je la. Pantang semacam nampak, terus belek tak ingat dunia.

9. Bakal menghadapi exam midterm RS pada 6hb June dan final RS esoknya (7hb).. Lepas tu, final CVS 11hb dan final HLS 15hb. Sambil kira tempoh dan gap, sambil jeling-jeling tengok nota sistem yang bertimbun penuh almari macam bukit dan bisik dalam hati "insyallah sempat...insyallah boleh.. allah hai, ketaqnya..."

10. Fakta baru saya terperasan : Tag hanya dijawab ketika dekat nak exam waktu bosan! (^_~)Y


4-anda perlu mencari sepuluh penerima award seterusnya and describe pasal mereka

1. Maya - My informer of Korean info and news. Haha~ Sangat adorable dan baik. Saya kenal mak dia, abang dia, kakak ipar dia, anak sedara dia dan kakak dia. Nanti kita cukupkan korum kenal semua ayah dan adik ek! hehe. Erm, giward macam saya! (^_^)

2. Kak Nisa - Satu-satunya perempuan yang saya kenal ambil master dalam bidang aeronatik dan kini the only girl and malaysian in her class kat Italy. *blink-blink* Kagum~ Tapi julai ni dia ke France plak. Dah tak alone dah. Good luck kak nisa! ( ni pun sama kenal dengan cara kait-mengait adik abang segala. hehe)

3. Kak Lailati - Penulis terbilang. Acece.. hehe~ Series dia hebat! Bila nak terer macam akak yer?

4. Kak Diya - Blog dia tak pernah tak kasi orang gelak sorang-sorang. Agaknya kalau jumpa kak diya ni, kena bawak tisu siap-siap kot takut tergelak-gelak je kerjanya nanti. Hehe. Dua benda nak describe kak diya : colouful dan kelakar!

5. Aimi Athirah - One of my best friend yang paling penyabar dengan diri sahabat dia yang unexpected. Selalu gilir-gilir jadi childish dengan dia. Tak boleh sama-sama jadi sebab nanti hancur dua-dua, tapi dengan perasannya saya lebih matured kot! ^_^

6. Kak Aisyah Dundee a.k.a Muharikah - Penuh 'pengalaman' dan 'cerita'. Pergi mana-mana je semua kenal. Semangat sangat kuat. Description : Kudus. Hopefully boleh ambil banyak-banyak yang baik tentang kakak seorang nih.

7. Kak Nadiah - Baru tahu banyak sikit tentang dia kat sekolah dari junior dia kat sini. Ex-KP yang dihormati dan disegani di sekolah lama. tegas tapi baik. Tapi saya selalu terkonpius dengan Kak Nuha.

8. Kak Nuha - Salah seorang kenalan bloggers terawal sejak dulu. Dari blog pergi plurk. Macam family. ^_^ Sama gak macam kak Nadiah. Selalu terkonpius dua-dua orang nih. (pening..)

9. KS - My lovely sunbae in everything sebab terasa kami ada banyak persamaan cumanya dia lebih power lagi dalam semua benda. ^_^ Sedang sibuk nak final june nih sebelum dapat gengam ijazah Kedoktoran. Senang nak masuk dengan dia, pandai bercerita dan blog dia sangat terkenal. Semoga KS diberi ketenangan dan kemudahan jawab exam. Amin. (erm, ks. Kalau taknak buat tag pun takpe. just take the award.)

10. Kakak Piqah santun - The only jordanian dapat award kali nih. Special sebagai ganti denda buat dia merajuk dulu. ^_^ Kak piqah sangat terkenal sebagai Ustazah Santun atas kesantunan dia. Peramah dan susah nak tengok dia segan-segan atau malu-malu kucing. The only kakak yang suka sebut kuat-kuat " Ainul adikku sayang! " sampai saya rasa nak menyorok sebab segan. Hehe..

Done. Tempoh buat tag : alamak, lupa kira.. K. nak sambung menghadap LUNG TUMOR. Cop..cop.. terasa macam semua kawan kat semua tempat tengah exam kan? Bitaufiq semua! Semoga allah bantu kita berjaya dalam peperiksaan. Amin...Da~

6 comments

Diya Kamaruzaman | May 27, 2009 at 6:47 PM

eheh. entri Ainul ni baru masuk google reader akak [lately memang GR agak ngok ngek sikit].

aiyokk. apesal nak bawak tisu jumpa akak ni? boleh pulak describe akak ni colourful ye. adeh. akak tak colourful yang. akak suka kaler pink jer. ikutkan nak amek layout girly blog kaler pink. tapi, pasal akak consider ada kawan anti kaler pink. tak jadi lah guna itu layout. erk, kenapa ye kita cakap pasal layout blog ni? ada kaitan dengan award ke? hak hak hak

terima kasih banyak2 ye ainul. ni maksud nya akak kena buat satu entri khas utk award lah ye. okeh2. insya Allah akak buat. dan utk penerima award, kena 10 orang ke? kalau akak nak bagi kat 100 orang, boleh tak? hahaha.

Nurul Lailati Mahat | May 27, 2009 at 8:28 PM

slm.syukran bg award ni.comel jer..em sejak bila pulak akak jadi penulis terbilang?aih segan segan>,>

akak paste dlu kat blog akak,nnti pas pekse akak lengkapkan ye syarat2nya..boleh ke cmtu?

Ainul Arina Madhiah | May 28, 2009 at 12:42 AM

kak diya :
tisu sbb nak kalau gelak bnyk, nnti dia kluar air mata, so kenala prepare tissue.. hehe.. owh, akak ni pinkie girl rupanya.. ahaks, patut syok bnar dgn awawrd ni, dah award pun kaler pink. acece..
100 orang? erm... ikutla... kalau nak kasi ramai-ramai pun takpe je kot.. kita tau kita je la sebenarnya sepuluh je tau.. shh... ahaks!

kak lailati:
elelele, segan plak dia ek.. boleh je. terpulang la, lagipun pham je akk tgh sibuk exm.. ^_^

nurunnuha | May 30, 2009 at 7:59 AM

Kak Nadiah - ......Tapi saya selalu terkonpius dengan Kak Nuha.. aa? kenapakah? jangan pening2 ye, ainul.. :P

p/s : all da best for your exam! ;)

izzahsakinah | May 30, 2009 at 8:06 PM

Ainul, junior mana tu korek cerita tu. Huhu. Terima kasih ya. Nanti letak kat blog.

Buat elok-elok exam. Moga berjaya cemerlang =)

muharikah | June 4, 2009 at 5:50 PM

salam ainul,

jzkk kerana sudi ingat pada saya... malulah promote blog saya sedangkan takde apapun..

saya tak biasa nak tag-tag ini, dan memang tak sempat pun rasanya... harap awak tak marah eh ainul... insyaallah u are alwiys in my doa walaupun tak di tag..

moga dekat selalu dengan Allah.. insyaallah....

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images