Alhamdulillah, kami juara KARISMA !

12:37 PM 14 Comments A+ a-



Salam

Saya dah balik!

Ok, pertamanya setinggi kesyukuran saya rafaqkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya kami pasukan Irbid berjaya mendominasi kutipan pingat di KARISMA 09 di Mu'tah baru-baru ini sekaligus melayakkan kami bergelar juara keseluruhan di sana.

Sekadar mengupdate keputusan bagi kontigen Irbid yang serba biru, daripada keseluruhan pingat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, Irbid berjaya membolot 12 pingat ( 5 emas , 3 perak dan 4 gangsa). Menariknya setiap pasukan tak kira A atau B semuanya tidak pulang dengan tangan kosong. 5 Emas diperoleh melalui pingpong lelaki & perempuan, bola tampr lelaki, badminton perempuan & bola jaring. 3 perak pula menerusi acara badminton lelaki, bola sepak & bola tampar perempuan. Dan 4 gangsa kita dapat dalam bola tampar lelaki & perempuan, bola sepak & bola jaring.

Alhamdulillah sangat-sangat. Seronok tak terkata. Lagipun perlawanan yang saya lalui tahun ni agak sengit. Banyak pengalaman-pengalaman baru yang saya timba dan banyak benda yang saya pelajari.

Ok, seperti yang saya cerita dulu, saya adalah ahli pasukan bola jaring. Daripada dua team (A dan B), team saya iaitu team A telah memperolehi gangsa. Syukur sangat-sangat walaupun sedikit terkilan sebab kalah sipi SATU MATA dengan Mu'tah B dalam semi final yang menentukan penentukan ke tempat final. Tapi kekecewaan kami terubat bila pasukan sekontigen bola jaring (team B) berjaya merebut pingat emas dalam pertandingan akhir bola jaring. Akhirnya terubat gak hati lepas tahun lepas pun team saya kalah tipis dengan Mu'tah dalam final hanya sekadar beza SATU MATA juga. Syukur Alhamdulillah..

Dalam perlawanan kali ni, banyak benda yang saya pelajari. Pertamanya semangat ukhwah yang kukuh (macam tema KARISMA tahun ni). Apa yang saya nampak sejak di Irbid lagi semangat sepasukan jelas ketara.

Saya paling terharu bila ada senior dalam pasukan saya sanggup pinjamkan duit pada saya waktu saya kesempitan wang untuk beli kasut sukan baru yang ori hanya semata-mata nak tolong saya lebih perform dalam perlawanan. Hasilnya kasut tu memang sangat-sangat banyak membantu. Saya dah jarang tergelincir, senang lari acah-acah (konon gaya ke kanan tapi lari ke kiri) lawan, kuat grab lantai, kaki selesa dikelilingi span yang tebal, senang bengkok tapak kaki supaya fleksible dan tapak yang agak tinggi membuatkan saya lebih yakin nak shoot pada jaring. Thanks a lot! (Alhamdulillah kita berjaya menang 3 daripada 4 game)

Keduanya, sejak dari latihan lagi saya agak tertekan sebab cepat hilang fokus kalau ada lawan cuba nak defence waktu nak shoot. Setiap kali latihan, selalu sangat gagal nak masukkan bola ke jaring. Sampaikan saya pernah terfikir nak jadi simpanan je sebab tension terlampau. Kemudian sehari sebelum bertolak ke Mu'tah, partner GA saya terkehel jari time berlatih sambut bola manakala GD pula cedera tapak kaki sebab tersadung tapak tiang jaring badminton. Jadinya, team kami macam kacau bilau malam tu nak cari strategi baru.

Itu di Irbid, waktu di Mu'tah pula ketika hari pertama perlawanan bibir saya berdarah-darah sebab bola terhantuk keras ke muka dan mulut menyebabkan braces gigi tertekan kuat pada bibir dan luka. Hari kedua sewaktu semifinal, saya tersilap landing lepas kena tertembung dengan GK lawan ketika melompat waktu nak ambil bola. Dia terselamat tapi saya pula yang tergeliat (T_T). Bila kaki sakit, fokus mula terabur. Sempat mengejar di set kedua tapi tertinggal satu mata. Bila kalah, makin ramai down sampai ada yang nak tarik diri. Tambahan GD kami bertindih acara bola jaring dan bola tampar sewaktu mahu memulakan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Memang sangat tertekan.

Tapi berkat sokongan rakan-rakan sepasukan yang sangat prihatin dan cekal serta atlet sepasukan acara lain yang sanggup tunggu kami tepi padang bersama para paramedik dan pompom girl (^_~)Y , kami berserah dan mencuba sebaik mungkin. GD yang sedang sibuk di acara bola tampar kami lepaskan dengan hati yang berat. Kaki yang sakit saya balut sekuat hati dan spray banyak-banyak. Memandangkan GA di team bola jaring Irbid B yang sedia terseliuh kaki sejak hari pertama lagi saya lihat masih cekal berlari atas court, saya kuatkan semangat supaya tidak terlampau menghiraukan rasa sakit. Lompat dan lari memang tak dapat dipisahkan dari bola jaring. Jadi, tahan dan buat sehabis mungkin! Atlet lain yang sakit dan lebam cepat-cepat paramedik khas Irbid kasi treatment manakala yang cuak dan cemas, kami ubatkan dengan dorongan dan kata-kata semangat yang tinggi dari Irbidians lain yang menyokong. Pasrah. Kami berserah dan bertawakkal dengan aim untuk mendapat gangsa.

Alhamdulillah berkat sokongan dan doa dari penyokong dan rakan-rakan di Irbid selain kebergantungan yang tinggi kepada Allah, akhirnya kami berjaya menewaskan Mu'tah A dengan mata 7 - 1 . Syukur tak terkira. Macam tak percaya sebab kami tersangat tertekan di awal perlawanan. Agaknya itulah yang dinamakan semangat ukhwah yang tinggi.Saling membantu dan saling memberi dorongan.



Nasib baik juga ada stok kawan-kawan yang suka buat lawak gila waktu kami tengah tension. Sekurang-kurangnya dalam bengang-bengang takut tu, kami masih mampu gelak dan sedikit relaks (Bayangkan bila ada sorang member yang sangat berapi sebab hilang fokus tetiba gelak sakan bila ada penyokong Irbid timbulkan balik isu cara latihan "halang shoot gaya babun" Berubah 180 darjah terus mood kawan tu.. ^_^ ) Lagi satu, jersi Irbid tahun ni best! Buat kami rasa sangat semangat kesukanan membara-bara. Yang paling special dalam pertandingan akhir Irbid A dan Irbid B, kami guna beep netball Irbid sendiri. Fuh, semangat warga Irbid terasa menyerap-menyerap ke setiap sendi. Terima kasih semua!! You are the best!!

Perlawanan paling sengit tentulah sewaktu menyaksikan final Bola jaring antara Mu'tah B dan Irbid B. Tahun lepas, team saya kalah sipi SATU MATA. Jadinya kami sangat berharap agar tahun ni kekalahan dapat ditebus walaupun bukan dari kumpulan saya. Saingan memang hebat. Tambahan Mu'tah memang sudah sangat terkenal dengan para atlet bola jaringnya yang sedia hebat dari dulu. Tapi saya yakin dengan pasukan kami. Tambahan mereka pernah bertemu di dalam perlawanan Kumpulan B dengan Irbid B sebagai johan dan Mu'tah B sebagai naib johan. Justeru memang kami berharap kemenangan dapat diulang sekali lagi. Alhamdulillah, harapan kami terlaksana. Tak sia-sia serak-serak suara demi menaikkan semangat pasukan sendiri. Congratulation guys!!

Habis game, kaki saya makin berdenyut-denyut. Sudahnya waktu majlis perasmian penutup, saya telan dua biji ubat tahan sakit supaya tak terlampau terasa menyucuk-nyucuk. Tapi bila semua selesai, saya jadi tak boleh berjalan sendiri. Asal pijak tanah, tumit rasa sangat-sangat sakit. Senior suspek saya kena muscle strain di buku lali(otot terkoyak). Sedih sangat-sangat sebab tak boleh join atlet-atlet lain ambil gambar di bawah court dengan pingat-pingat dan piala-piala Irbid yang banyak tu. Tapi daripada menyusahkan orang nak ke bawah, baik saya duduk senyap-senyap kat tempat beg. Takpe-takpe, tahun depan insyallah ada rezeki saya balik.

Syukran jazilan banyak-banyak juga pada kawan-kawan dan senior yang sudi bantu papah saya, bawak beg saya, angkut saya gi klinik dan bantu apa yang patut. Doktor memang dah sahkan muscle sprain. Ubatnya? Tahan je lah sampai baik sendiri. (T_T) So, mulai esok saya akan ke kelas guna tongkat selagi tak mampu jalan betul-betul. (Malunyerrr). Esok nak pergi buat xray tapi rasanya tak ada apa-apa kot. Saya malas nak simen sebab susahla nak pakai kasut nanti. Harapnya kaki ni cepat la sembuh. Aminnn...

Oklah, tahniah sekali lagi buat semua atlet Irbid. Alhamdulillah semua orang ada pingat masing-masing. Good Job!!! Semoga tahun depan Irbid kekal cemerlang sebagai kontigen yang serba hebat dan bergelar juara buat kesekelian kalinya.. Aminn.. Tak sia-sia motto Irbid kali ni - KAMI DATANG BUKAN SEKADAR TETAMU - (^_~)Y

Saya suka sorakan berhantu Irbid di Mu'tah:

Siapa kita???!!......IRBID!!!......

Siapa kita??!!......IRBID!!!......

Takbir!!!...... ALLAHUAKBAR!!!!......

Buat team netball Irbid B, korang memang sangat bagus! Kak Mae (C), Kak Aisyah Sopian (WA), Cu-a (GD), Bella (GA), Hanis(GK), Kak Teha(WD), Nuha (simpanan GA), Kak Dalila(simpanan GD), Kak Nadiah(simpanan WA). Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama dan sokongan korang pada Ainul (GS). Tanpa korang, mungkin Ainul pun payah nak sampai ke tahap ni. Sama juga pada team netball Irbid A dan seluruh penyokong Irbid. You are the Best! We are The Best! Irbid The Best! ^_^

** Tahniah juga pada Mu'tah sebab berjaya menganjurkan majlis dengan baik. Bravo!

** Buat Ahli bayt M.B ( Akak, kakak, kak yong & kak Mira ), rumah transit M.B sangat best. Layanan super duper star! Semua aspek terjaga sampai kami tak pernah sempat jamah makanan KARISMA (kecuali waktu tengah game) sebab rumah ni dah siap everything yang best! Sangat seronok duduk ngan kome semua. Udahler semuanya geng BKAPJ, makin hingor kita dalam itu yer. Insyallah bila-bila kita jumpa lagi la yer. Maner ler tau kot-kot lepas ni boleh tukar teka-teki baru lagi.. Hehe..Terima kasih banyak-banyak sebab sudi numpangkan kami bertiga kat sana. Meriah bebenor ler teman duduk dengan kome! Deme lagi dua tu pun mesti kate bende yang sama jugok. Sayang kome!! ^_^

** nanti-nanti saya upload gambar plak ok!

14 comments

Write comments
May 2, 2009 at 4:32 PM delete

salam ainul
Wah3 tahniah untuk adik akak ni....
Tak sia2 walaupun tercedera!
tapi take care yer, semoga cepat sembuh...

Reply
avatar
Nadia Yuna
AUTHOR
May 2, 2009 at 9:14 PM delete

Salam

Tahniah ainul.

** lama akak x singgah sini. la ni dah x sibuk dah. boleh akak singgah selalu =) **

Reply
avatar
May 2, 2009 at 11:01 PM delete

ya Allah ... tabahnya kamu dik. dengan sakit2 kaki pun boleh main game jgk! fuh. suspect lah!

takpe lah tak dpt join pun. kang main jgk, lagi teruk pulak jadinya. agaknya ainul jadi penyokong kuat tu yang korang boleh menang. huhu. congrats anyway =)

p/s-haish. takkan nak bertongkat kot? moga cepat sembuh ya

Reply
avatar
izzahsakinah
AUTHOR
May 3, 2009 at 12:10 AM delete

Tahniah Ainul.
Lagu sorak tu kan, ingat masa sukan kat matrik dulu. Ala-ala gitu jugak yg kami guna utk kuliah kami ;)

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
May 3, 2009 at 12:35 AM delete

Assalamualaikum,
Tahniah buat seluruh warga Irbid di atas kejayaan yang diperolehi. Juga sekalong perhargaan buat seluruh pelajar Malaysia di Jordan kerana menganjurkan aktiviti sihat lagi bermanfaat. Oh ya bercakap tentang Mu'tah, saya baru sahaja menulis info mengenai peperangan Mu'tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awwal Tahun 8H. Sila singgah sebentar

Reply
avatar
May 3, 2009 at 1:43 AM delete

Tahniah Ainul dan pasukan Irbid...

Beli sport shoes baru...macam kakak Syahirah juga rupanya, sekarang dah dapat lari kuat kat sekolah sebab ada kasut sukan yang'hebat' sikit.

Irbid mmg hebat.

Reply
avatar
May 3, 2009 at 4:43 AM delete

tahniah chinul dan pasukan!

Reply
avatar
WA
AUTHOR
May 3, 2009 at 11:02 AM delete

Mmg sengit masa semifinal (lawan mu’tah b), tu adalah first game kta utk ari tu.dats y mungkin 1st round kta masih xdpt rentak lg + belum panas enjin.diorg plak enjin tgh peak (dah main 1 match).tambah2 dgn sorokan penyokong dorg yg sgt bingit court dbuatnya.namun akak bangga sbb kta masih sempat kejar balik masa 2nd round (andai tambah masa ckt lg, i.allah kta dpt atasi dorg).anyway, congrat gurls, gud game.Cuma mungkin bukan rezeki kta (kalah tipis 1 mata-taun lepas pon beze 1 mata).xpe2, nanti kta usaha lg taun depan.insya allah, taun depan 1 & 2 irbid.

Anyway, kasut tu akak recommend sgt kat semua netball player.siyesla sepanjang akak main netball akak hanya akan pakai kasut tyme match ja.tyme training akak mmg xpakai kasut sbb akak lebih percaya kat kaki akak.kasut xbest boleh merencatkan larian & lompatan.tp skrg dah jumpa buah hati n akak rasa yakin bla nak lompat, nak pivot pon best.credit gakla kat kasut tu.skrg dah 3 org beli kasut tu.meh kta promote lg kat netball player yg lain.

Ainul mana boleh jd reserve.ainul cuma hilang rentak ja.akak tau ainul mmg boleh shoot.even taun depan dah boleh jd coach utk adik2 shooter n akak bersyukur ainul gave best performance tyme real game (byk ainul sumbang utk team kta - xsempat kira brapa gol ainul shoot)

Wlp terkilan dpt no 3, akak sgt terharu & syg dgn team kt wlp kta xkuat atas kertas.tp apa yg bawa kta sampai tahap ni adalah semangat & k/sama.mmg maha besar ujian bertimpa2, dr pemilihan ahli, dgn kecederaan qalbi, bella yg terkehel jari, wawa yg xdapat main sbb main vb, beberapa player cedera kta masih lg cuba tamatkan game wlp strategi lama xdpt diapply.terima kasih atas sokongan moral korang & maaf andai terlebih @ terkurang sepanjang kta bersama.

Eh bukan ke semifinal ja kta guna beep irbid, yg lain kta guna beep karisma kan? (colour kuning oren, if im not mistaken)
Pembetulan c(mae), wa(aishah), wd(teha), gd(cua), gs(ainul), ga(bella), gk(wawa), dalila, k nadia & nuha.

wallahu a3lam

Reply
avatar
May 3, 2009 at 11:59 AM delete

Kak nik:
ws akak. terima kasih. Amin atas doanya. Huhu, ainul pun kalau bleh nak cepat-cepat baik.. Tak best la jalan tak betul..

Kak nadia yuna :
terima kasih akak! meh la singgah-singgah selalu. ^_^

kak diya:
kalau tak sebab yang lain, agaknya ainul pun cepat down gak.. huhu.. apa yang penting??? kerjasamaaa.. hehe... lagi satu, memakai tongkat adalah sangat menyeksakan, saya rasa nak baling masuk tong sampah je pakai tongkat tu.. hoho

Reply
avatar
May 3, 2009 at 12:02 PM delete

Izzahsakinah:
tq..tq... hehe, maleh sebenarnya nak pikir lagu lain, hentam je guna yang tu.. cepat mudah dan pantas! hehe

abu luqman:
syukran ustaz.. insyallah nnti saya pergi tengok. lagipun saya sendri tak pernah pergi lawat betul2 kawasan tu..

kak ina:
terima kasih kak ina.Hehe, rugi kak ina tak join. Kalau tak bleh datang jadi pompom girl dengan kitaorang.. hehe.. Kakak syahirah yang comel lote tu jadi ketua. ^_^

chiam:
terima kasih! ^_^

Reply
avatar
May 3, 2009 at 12:09 PM delete

kak aisyah:
aminnn.. taun depan turun lagi jom akak! Kasi aim emas n perak plak. hehe.. tapi next year harapnya kena time semua free baru best. Ramai team kita last year tak dapat turun termasukla sifu ainul no satu tu, kak tenten.. Selagi dia ada, mana la ainul layak nak jadi coach.. Dia tu lagiiii terer.. Kalau dia tak ajar last year, mahunyer teruk ainul nih.. hehe.. *kembang kak tenten ni karang* eh, thanks betulkan. Terabur habis list pemain dalam kepala ainul. Tertukar plak kak teha ngan rahmah selain silap tergabung nama nuha dan cu-a. Hehe.. Takpe2, janji team kita still the best! Kalau tak sebab masing-masing ada kat situ, maybe tak sampai ke tahap ni ye dak? One for all, all for one!!!!

p/s: time semi kita pakai karisma punya. Time final 1-2 ngan 3-4 je dua-dua team irbid pakai irbid punya beep. Komfirm! hehe

Reply
avatar
cik santun..
AUTHOR
May 3, 2009 at 12:19 PM delete

cayalah ainul..
tu berkat doa pompom girl jarak jauh tu!!! hahaha..

Reply
avatar
May 3, 2009 at 12:54 PM delete

kak piqah:
betul..betul..betul.. Doa pompom girl jarak jauh yang ramai turut sama membantu kami.. tq..tq!! ^_^

Reply
avatar
al-huda
AUTHOR
May 3, 2009 at 8:45 PM delete

syafakillah ainul..
n mabruk juga!!
ish3,jeles tgk t-shirt atlet irbid tuh..haha
btw,moga kemenangan ini menambah erti syukur..insyaallah

irbid di hati~

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *