Terima Kasih

Salam

Hari ni Pesta Buku 2009 dah bermula. Seronok betul kalau sekarang ada di Malaysia, hujung minggu macam ni bolehla menyelinap sebentar ke sana kalau ada masa. Huhu.. Takpelah, dah takde rezeki nak buat macam mana kan? Daripada dulu tak lepas-lepas nak pergi. Agaknya kena tunggu habis belajar dulu kot baru boleh? -_-

Tapi sejak minggu lepas, ramai kawan-kawan dah mula tawarkan diri nak tolong belikan buku-buku untuk saya kat sini. Kenalan blogger di Malaysia pun ramai tanya nak tolong belikan ke tak. Nak simpankan boleh, nak poskan pun boleh. Aish, terharunya. T_T Terima kasih banyak-banyak ya semua..

Tapi bila saya fikir-fikir balik, rasa macam payah la plak. Ala.. Seganlah nak menyusahkan orang. Nanti takut pula ada yang tak cukup duit nak habiskan buku untuk diri sendiri semata-mata nak tolong saya. Tak patut tu. Tak pe lah.. Lagipun saya tak berapa tahu buku-buku baru yang diterbitkan kali ni kecuali beberapa kerat sahaja. Jadi, tak pe lah kot. Nanti balik Malaysia saya cuba cari kat kedai kalau saya keluar. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi teringat kat orang jauh nih. ^_^

** Oh ya, minggu ini ada Program Mini Clinic JUST di Irbid. Tema tahun ni BETTER INFORMATION, BETTER HEALTH. Iklan boleh rujuk laman MMJ. Mini Clinic ini gabungan perubatan dan pergigian. Jadinya bolehlah kita periksa semua aspek head to toe including teeth. Insyallah bagus untuk kesihatan dan masa depan semua orang. Jemput datang ya semua warga Irbid!




** Minggu ini juga sepatutnya ada latihan Bola Tampar dan Bola Jaring sepanjang minggu untuk KARISMA 2009. Tapi memandangkan saya ada exam Sabtu ini, jadinya saya minta dikecualikan sekejap dari latihan. Habis peperiksaan nanti, saya ikut berlatih habis-habisan insyallah. Terima kasih pada kapten-kapten yang memahami! Syukran jazilan banyak-banyak. Doakan saya dapat jawab exam dengan cemerlang ya sebelum turun padang.. Tak sabar nak baling bola nih lepas habis jawab exam.. Doakan saya dan kawan-kawan semua sukses ya!



** Tadi lepas balik jamuah ringan Rumah Oren, saya mengintai belakang rumah. Wa!!! Banyak bunga ros dah berkembang dan mula rimbun. Tangan terasa gatal nak memetik dua tiga kuntum bawak masuk bilik. Hehe.. Takpe, tuan rumah memang dah kasi kebenaran dari dulu pun. Kalau kitaorang tak ambil sendiri pun, nanti dia akan kasi juga kat kitaorang lepas dia dah kasi pada isteri dia. Romantis kan baba? Hehe.. So, minggu ni bilik saya dapat aroma semulajadila nampak gayanya. Ros dah keluar, buah askadania pun dah mula masak. Lepas ni apa pulak nak keluar yer? Ini lah antara sebab saya suka musim bunga.. Belakang rumah boleh dapat banyak buah dengan bunga. Wangi dan sedap! (^_~)Y Nak study luar pun seronok...

5 comments

Izzah Marzuki | April 18, 2009 at 2:29 AM

aaar.. nampak plurk la kat blakang bunga tu.. hehehe.. gemoknye ros tu kan.. =)

arina | April 18, 2009 at 10:56 AM

kan aku dh ckp, musim bunga hanye utk org bercinta je.
org biase2 mcm aku ni, xboleh.
xtaulah klu org sentimental mcm ko.
haha.

Ainul Arina Madhiah | April 18, 2009 at 12:52 PM

kak izz:
hehe... biasalah.. tu kan tmpat kita berkumpul... ^_^

arina:
banyakla aku orang sentimental.. apa bukti? bukan ko lagi PINKy ke? hehe.. arina, say no to cintan cintun! for me, 'couple is trouble' dalam keadaan skrg nih.. no...no..no.. *geleng kepala sambil jari telunjuk gerak kiri kanan*

Nurul Lailati Mahat | April 19, 2009 at 8:57 AM

slm

oo rupenye ainul dentist ker..akak igtkan medic:) mesti gigi sehat kan..mcm iklan gigi:)nnti blk mesia leh buka klinik..smbil2 tggu pesakit karang novel:)

Ainul Arina Madhiah | April 21, 2009 at 10:28 AM

kak lailati:
eh takla akak... saya medik, tapi di jordan ni ada kawan2 yang ambil dentist. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images