Skuad Netball Irbid Boleh!!

3:48 AM 12 Comments A+ a-



Salam

Petang ni saya akan bertolak ke mantiqah Mu'tah untuk kejohanan KARISMA. Dalam kejohanan ni, bola jaring, bola tampar, badminton, pingpong dan bola sepak ada dipertandingkan.

Macam tahun lepas, saya masuk sebagai wakil skuad bola jaring Irbid. Cumanya tahun ni saya tambah lagi sikit penyertaan sebagai skuad bola tampar perempuan jugak. Tapi bagi skuad bola tampar ni, saya mungkin jadi simpanan dahulu sebab nak tumpukan pada bola jaring. Posisi dalam skuad bola jaring sebagai GS kadang-kadang buat saya kecut perut nak bertanding. Kalau saya teruk, pasukan mungkin akan jadi teruk sebab saya watak utama untuk masukkan bola ke dalam net di samping bantuan dari GA. Harapnya semua berjalan lancar. Fokus..fokus... Aim betul-betul... Ganbatte semua!

Doakan kami ya kawan-kawan. Semoga KARISMA kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Play For Fun *jangan pressure*. Datang Bukan Sekadar Tetamu *mahu rebut piala*. Datang demi Ukhwah *semoga takda kes-kes emo macam dulu*...

Mulai hari ini 30 April hingga 2 Mei kami akan berkampung di sana. Tak sabar nak pergi.. Go..go IRBID!! Irbid bolehh!!! (^_~)Y

Ingat pesanan dan amanah ya ahli skuad semua. Main baik-baik. Jangan gaduh-gaduh. Biarkan je kalau ada yang cuba nak psyco kita. Yang penting, sabar kena tinggi hati kena tenang. Senyum banyak-banyak, gelak banyak-banyak supaya semua tak pressure. Semoga kita pulang dengan kejayaan. Aminn...

12 comments

Write comments
April 30, 2009 at 4:38 AM delete

salam.

baru nk mula bersukan ye? kt sini dh habis dah.. selamat bersukan. aim betul2, kita dah tak main netball dah. dah tua.. huhu

Reply
avatar
as usual, KS ;)
AUTHOR
April 30, 2009 at 4:41 AM delete

Salam Ainul.

Genap seminggu lepas, KS ke sukan kami di sini. Sekarang turn sahabat2 Jordan pulak ye. Aim betul2. Gian pulak rasanya nak shoot bola. Huhu.

Dulu zaman sekolah dulu2, kami selalu sebut gini pada GS kami: Lentok jangan tak lentok! =p

Semoga semua lentokan kamu menghasilkan jaringan dan kemenangan untuk team Irbid!

Reply
avatar
April 30, 2009 at 6:18 AM delete

aktif bebeno le budak ni.

dah main bola jaring pulak dia. akak paling tak suka bola jaring. sebab setiap kali catch bola, mesti takleh gerak. haish. rimas tol.

huhu.

all the best untuk team irbid =)

Reply
avatar
silversarina
AUTHOR
April 30, 2009 at 6:25 AM delete

Way to go !!

Main molek ye , bawak balik piala tau .

Reply
avatar
YorieMorie
AUTHOR
May 1, 2009 at 1:45 PM delete

wah....bez nye..cam nk main jgak..haha....Gud Luck k! boleh mng punye...insya Allah...

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
May 2, 2009 at 7:09 AM delete

Assalamualaikum,
Satu program yang baik. Disamping kita berhempas pulas menatap buku, kita perlu juga bersukan. Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat memupuk ukhuwah islamiah sesama kita dan paling tidakpun bila dah beramai tu kita dapat melupakan segala beban masalah yang terbelenggu kat fikiran kita. Oh ya. Sila lawati blog saya ada info terkini yang sahabat-sahabat perlu tahu.

Reply
avatar
mr coklat
AUTHOR
May 2, 2009 at 9:23 AM delete

bagus kaum hawa nih.. moga berjaya!

Reply
avatar
May 2, 2009 at 12:42 PM delete

kak wani:
ws.. mekasih akak.. ala, tua-tua bukan bermakna tak leh main netball. Last year kami buat perlawanan mahabbah dengan para datin tau. Jauh tua dari kami tapi diaorang still lincah-lincah belaka. Huhu.. TInggal nak taknak jer.. ^_^

KS:
ws KS. Lentok? Hehe.. Tangan je kot yang kena pandai lentok selain kaki kena tahu nak spring untuk kasi balingan jadi bentuk U supaya mudah masuk.. Alhamdulillah, kemenangan dah jadi milik kami.

kak diya:
thanks akak! Aktif ni pun bukan selalu. Setahun sekali dua je pun.. Huhu.. Seskema-skema netball pun, ramai gak ooo takut masuk sebab ganas.. =P Alhamdulillah tahun ni kami juara berkat doa semua. ^_^

Reply
avatar
May 2, 2009 at 12:44 PM delete

makcik sarina:
makcik, we did it! Irbidian dapat emas and gangsa untuk netball. Fuhh.. Thanks for the wish ^_^

putera AsQalan:
thanks! Alhamdulillah kami dah menang

chiam:
Irbid juara!!! hoyehh!! ^_^

Reply
avatar
May 2, 2009 at 12:48 PM delete

yorrie:
kalau nanti datang sini, bolehlah join sama. ^_^ alhamdulillah kitaorg menang. Terima kasih ye atas doa.

abu luqman:
betul tu. Itu yang buat saya semangat gak nak bersukan. Insyallah nanti saya gi ziarah

mr coklat:
alhamdulillah kami berjaya. terima kasih atas doa. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *