Nikmat

4:10 PM 8 Comments A+ a-

Salam


Exam CVS sudah pun tamat tiga hari lepas. Keputusan? Ehm, tak tau la nak kata apa. Terkejut yang teramat. Ingatkan saya seorang. Rupanya semua sekasut. Sedangkan budak arab yang selalu dapat 95 lebih pun menjunam (bagi mereka) ke angka 80-an yang sangat luar biasa rendahnya, apatah lagi saya. Kawan-kawan yang melayu lain pun lebih kurang sama keadaannya agaknya.Peperiksaan kali ini sangat memberi sepakan yang hebat kepada kami. Lalu dalam sehari dua ni, terasa hidup macam kucar-kacir sedikit dalam tempoh masa mahu kembali normal dek kekejutan. Payah juga nak stabil. Tambah-tambah bila hari ni habis exam, esok terus mula kelas baru. Suhu tak sempat turun, dah kena memecut balik. Sabar je lah. Dalam hati dah puas memekik "sabar weh.. sabar.. tawakkal.. markah lab tak keluar lagi.. jangan pandang belakang dah.. "

Entry yang lepas macam kasi signal suruh baca selalu, itu yang jadi pemalas sikit mahu update. Bila dah sakit jiwa raga, selain tawakkal saya lepas geram dengan bermain bola sewaktu latihan KARISMA.(tak lepas kang lagi sakit) Seminggu dua ni dengan rela hatinya saya menahan perit tangan main bola tampar sambil hempas pulas main bola jaring sepuas hati asalkan tension hilang. Tapi hari pertama memang hancus. Shoot tak masuk-masuk, serve tak lepas-lepas. Macam apa je. Lagi bengang lagi adalah. Main sampai letih, balik terus tidur. Haha, sangat lega!

Kawan-kawan lain pun sama. Semua tengah emosi tak stabil. Jangan kacau lebih-lebih kalau tak mahu kena fire. Sendiri faham la agaknya. Saya sendiri pun senyum time depan orang sahaja, bila sorang-sorang mulalah rasa semacam. Tertekan, bengang, sedih dan macam-macam. Pergi majlis hari jadi sehari lepas birthday pun macam ala kadar je rasa. Tak semeriah selalu. Senyum gelak keterpaksaan sebab ada orang padahal saya lebih suka berseorangan sekejap sebab takut terlepas yang tak patut pada yang lain. Asiff jiddan.

Tapi lepas dua tiga hari ini, rasanya ramai dah kembali normal termasuk saya. Agaknya semua dah puas melepas perasaan dan ambil masa untuk berfikir. Betapa kali ini kami diberi satu pengajaran yang sangat hebat supaya masing-masing sedar diri dan tak cepat leka bahawa sekuat mana pun kita usaha, hasilnya tetap di Tangan Allah. Betapa selama ini kita diberi nikmat yang pelbagai dan mungkin selalu mendapat markah yang kita harapkan. Tapi sampai suatu masa Allah uji kita sekejap dengan memberi markah yang paling kita tak pernah duga untuk lihat sejauh mana reaksi kita.

Mungkin ada yang menangis tak henti-henti beberapa hari dan mungkin ada juga yang masih kekal bersyukur dalam hati yang remuk dengan markah yang tidak seberapa. Tapi walau apa sekalipun, yang penting kita kembali bangun selepas jatuh. Jangan mudah mengalah. Itu hanya sekadar jentik yang sedikit supaya kita tak leka sangat bahawa perjalanan masih jauh dan kita perlu belajar menerima segala macam rintangan dalam hidup. Malahan kita tak sepatutnya rasa down sebab ramai yang senasib dengan kita dan mungkin kita tak tahu ada yang lagi teruk dari kita. Sekurang-kurangnya masih perlu ada sedikit kesyukuran tentang itu. Dan sekarang baru kita tahu apa rasa nikmat kejayaan yang Allah berikan dulu.. Now, get up and start a new life!

Bercakap tentang nikmat, tadi saya baru ditanya oleh seorang kawan mengenai signifikasi rasa-rasa air dalam badan. Kalau tak silap, soalan ini pernah diutarakan oleh seorang cendikiawan islam terkenal zaman dulu-dulu tapi saya tak ingat siapa. Beliau bertanya " Kenapa air liur rasa tawar? Kenapa air mata rasa masin? kenapa air telinga rasa pahit? Kenapa air hidung / hingus selalu rasa panas? " (erk, siapa yang pernah rasa air telinga yer? eiiii... @_@ )

Kami yang dengar menganga seketika. Tak pernah fikir pun soalan-soalan ni sebelum ni. Apa ye jawapannya? Jenuh jugakla kasi jawapan skema saintifik dan juga jawapan merapu-meraban. Main bantai je banyaknyer. Rupanya-rupanya bila ditanya kembali apa jawapan semua tu, dia jawab...

" Air liur tawar supaya dia dapat merasa semua rasa makanan. Air mata masin supaya dia dapat mencuci mata dengan lebih berkesan dan sesuai keadaannya dengan mata yang banyak diperbuat daripada lemak. Air telinga pahit supaya dia dapat melindungi telinga daripada dimasuki serangga hingga tembus ke otak. Air hingus pula panas supaya dia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan otak di samping sebab ada sinus-sinus yang berongga. "

Wah... saintifik sungguh! Tapi saya dapat faham sekerat dua je la. Yang air liur dan air telinga je. Itu pun sebab tadi tetiba plak kawan dentist cerita yang diaorang baru belajar dalam kuliag oral histo ke anat kot yang serangga ni alah dengan benda-benda pahit, so kalau dia masuk telinga then jumpa air yang pahit, dia akan lari keluar sebelum sempat sampai tembus ke otak. Oooo... Erm, yang air mata dan air hidung tu masih dalam pencarian. Silibus subjek pun tak sampai lagi nih. Kalau sesiapa ada bukti yang kukuh, bolehlah kasitau sama yer..

Hurm, cuba lah bayangkan kalau Allah bantai buat je semua rasa-rasa air tu bukan pada sunnatullah dan fitrah yang sebenar, mesti huru-hara badan kita jadinya. Tak boleh nak rasa makanan, mata rosak, serangga suka-suki keluar masuk telinga, otak pening nak kasi arahan dan hidung dan macam-macam lagi lah.

Itu baru pasal rasa air dalam area muka je. Belum masuk segala sistem yang ada pada badan manusia. Yang baru setakat belajar pasal sistem darah, lymph, jantung, salur darah semua ni pun dah banyak kali saya takjub dengar kekuasaan Allah dan kehebatan ciptaan manusia, inikan pula kalau nak geledah semua. Saya perlukan masa enam tahun untuk habiskan silibus medik sahaja. Belum campur yang luar medik. Wuishhh, hebatnya Allah!

Yang paling saya tak boleh lupa ialah kepentingan bayi menangis waktu lahir. Hebat tak terjangka! Bayangkanlah.. Bayi bila lahir dia akan menangis kan? Bila dia menangis, dalam masa yang sama dia akan rembeskan sesuatu yang menyebabkan peparu dia mula nak berfungsi. Bila peparu dah okay sikit, maka sistem perjalanan darah dia akan berubah. Kalau dalam rahim ibu,dia tak pakai peparu tapi guna short-cut dalam jantung. Bila peparu mula okay waktu menangis, tekanan dalam jantung dia akan berubah dan hal ni akan menutup jalan short cut yang ada pada jantung dia. So, barulah jantung dia normal macam orang biasa. Kalau tak sempat tutup atau jadi sesuatu yang tak normal, budak tu dikira ada jantung berlubang!Sebab tu kalau bayi tak menangis waktu lahir, orang cepat risau. (Ini saya terang secara kesimpulan je ye pada yang tak tahu) Banyak lagi lah yang saya suka dapat tahu. Hebatkan nikmat Allah?

Sebab itu kita kena selalu bersyukur dan redha dengan apa yang Allah kurniakan untuk kita. Kadang-kadang kalau Allah kasi dugaan, bukan maknanya Dia kejam dengan kita ke nak gagalkan kita ke apa tapi Dia tegur kita supaya lebih sedar dan kembali kepada Dia. Mungkin ada sesuatu yang kita terlupa sebelum ini. Jadi apa yang dah jadi, biar je lah dah berlalu. Lepas ni kita berubahlah kalau ada yang perlu diubah dan jadi lebih baik dari sebelumnya ya! Aminn... (^_~)Y

** 30 April hingga 2 Mei ini saya akan ke Mu'tah untuk KARISMA untuk bertanding dalam acara bola tampar dan bola jaring. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan ok! Semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Amin! ~ blog ini cuti jap! ~

** Happy BIrthday to Belle dan Mahera.. Sorang 20 tahun sorang lagi 19 tahun. Semoga tahun ini korang akan jadi lebih baik dan lebih bagus dari tahun-tahun sebelumnya dalam apa jua keadaan. Sayang korang!

** Syafakillah pada sahabat yang baru lepas operation lutut sebab cedera tempohari. Harap doakan dia cepat sembuh dan kembali sihat seperti selalu.. ~ Tetiba diri sendiri cuak plak nak main nih. Na'uzubillah, moga dijauhkan semua atlet dari cedera time main..~

** Selamat Pengantin Baru kepada Abang Azwan dan Kak Unknown-yet.. Moga bahagia hingga ke syurga bersama keluarga yang dibina.

** Buat adik tersayang, Amira.. Jangan cepat tertekan kat sekolah. Normal la tu tension duduk dalam kalangan orang yang hebat-hebat dan kena buli senior. Yang penting Mira kuat dan tak mudah mengalah! Chaiyokk!!!!

** good luck pada senior-senior final year yang akan mula final exam esok.. Dan good luck gak pada sesiapa je lah lagi yang exam tak henti-henti dari aritu sampai habis sem nih Jun ini. ^_^ ganbatte kudasai! bitaufiq wanjjah

** Wow, panjangnya entry kali ni. Maaf kalau terambil masa korang. Terima kasih baca.. Akhir kalam, ni email Indonesia yang best saya jumpa tentang nikmat kesusahan. Kalau tak faham, boleh bukak kamus k. Jumpa lagi..

8 comments

Write comments
fathiyyah
AUTHOR
April 28, 2009 at 6:59 PM delete

Salam Ainul.Tak berniat nak menyembunyikan diri.cuma nak berehat kejap kat rumah rehat yg baru tu.rumah lama tetap dikemaskini Insya Allah

Jadi,kamu sentiasa dipersilakan untuk ke sana. Kalau kamu sudi bc cerita sy yang mcm entah apa2 la
hihi

Sebab blog tu tak ramai org bc,jadi mcm mahu mengarut sekejap di situ. Nanti bila free skit,sy akan terus berkongsi idea kat blog lama.tengok la angin masa tu bagaimana.hihi

Hari tu Tiqah ada call.cerita ttg exam CVS yang dahsyat. Sy pun terkejut juga bila dgr respon Tiqah mcm tu.maknanya mmg dhsyat sungguh la kan exam cvs tu?
Apa pun,ini la suka duka kehidupan pelajar Medic.
nanti akan dikenang bila dah jadi doktor(Ameen)

Take care Ainul.sekali lg ditegaskan bahawa anda diundang utk ke FTi mahu pun TF.
hihi
nak link TF tu bley.tp sorok2 la skit..hua hua

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2009 at 11:13 PM delete

kak in atd waktu ictl aku chatting ngan mak...
best tau
bkak2 mail trus mak available
wargh...best giler
rugi kak ina x avilable skali
may chat from yahooo mail
jgn jealous
buh-bye..
nice blog..


bdark chomel

Reply
avatar
Yanz
AUTHOR
April 29, 2009 at 3:29 AM delete

tue baru penangan CVS, blom sistem len yg lg mencabar. ini baru permulaan. makin lama makin susah. that's fact.

mungkin kalau kita x diberi ujian sebegini, kita akan terus berbangga dgn diri tanpa berusaha dengan lebih, doa lebih dan juga tawakal lebih. so, bersyukurlah kerana dengan ujian ini kita belajar sesuatu dan kita akn cuba untuk maju ke hadapan.

selamat belajar RS. RS, doktor2 yg ajar sume mantap so, usaha kena mantap, doa lagilah lebih & tawakal sepenuhnya dan insyaALLAh result akan mantap

Reply
avatar
Aleen
AUTHOR
April 29, 2009 at 7:10 PM delete

Assalamualaikum Ainul..

Hehe, saje2 je singgahr arini sbb lame x g "umah" kawan kiter yg sorang ni..

GooD LucK KarismA..!!!

YaAllah , jgn jadikan kami org2 yg sombong terhadapMU dan terhadap makhluk2MU.. Ameen..

p.s : takmo ckp ttg CVS..hehe

Reply
avatar
April 30, 2009 at 1:27 AM delete

cemane sistem penghantaran oksigen bertukar, masa baby dalam perut pastu lahir, itu pon dah hebat sangat dah! sungguh kita ini insan kerdil..

Reply
avatar
ikonik_chilavek
AUTHOR
April 30, 2009 at 2:42 AM delete

ala biasa la tu..as a vudushi vrash(bakal dok) kene la sabar..hihihihihihih....macam kounselor pulak......btw minggu depan dah nak fly ke us.....doakan projek asyraf menang kat intel k.....skang ni tgh giat wat final preparation......papaepun doala banyak2.......insyaallah akan dipermudahkan jalan untuk belajar dan sebagainye.....hihihihihihi

Reply
avatar
May 2, 2009 at 12:24 PM delete

fathy:
yes bos! hehe

mira:
elele.. tak jeles pun.. takpe2, nnti bebila kita buat conference family ramai-ramai

kak yanz:
yup, memang sedar pun kesusahan yang makin ketara bila makin jauh.. Insyallah kami cuba jadi yang terbaik.. doakan ek!

Reply
avatar
May 2, 2009 at 12:32 PM delete

aleen:
thanks aleen. Alhamdulillah KARISMA is superb. Syukran atas doa korang..

chiam:
betul..betul.. hebatnya kuasa Allah

asyraf:
ganbatte kudasai! semoga berjaya.. nanti kak ina call bebila sebelu fly

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *