Musim Bunga Musim Cinta ?

Salam

Macam yang semua tahu, sekarang di JOrdan dah mula masuk musim bunga. Dah banyak bunga-bunga lawa yang kecil-kecil tu dah tumbuh. Di sini taklah sehebat di negara eropah yang sangat ketara musim bunganya. Cuma kalau diperhatikan selain bunga ros, kebanyakannya bunga-bunga renek yang tumbuh dekat kawasan macam padang-padang sikit. Bunga dia ala-ala lalang tapi banyak warna. Selalunya warna putih, ungu dan kuning. Dalam celah-celah warna-warna ni mesti terselit sekuntum dua yang warna merah! Waktu sebegini tanah-tanah lapang memang sangat cantik. Rasa nak baring je atas tu. Hehe..

Orang ada kata selalunya musim bunga ni musim bercinta. Yeke? Entahlah sebabnya saya tak berapa rasa macam tu pun tapi kalau musim kahwin di Malaysia mungkin betul. Setakat masuk musim bunga ni, sudah tiga sepupu saya di Malaysia kahwin. Selang dua minggu setiap seorang.

Macam esok ni, sepupu saya Abang Nazri akan buat kenduri kahwin di kampung. Dia pengantin kedua kami. Sempat juga tadi dalam sibuk-sibuk buat medical dan dental check-up saya telefon mereka di kampung. Bercerita sakan kami tentang dia. Saya macam biasalah merungut tak dapat datang tumpang sekaki. Lagipun abang nazri memang antara yang rapat dengan saya, dialah drebar waktu di INTEC dulu kalau nak keluar berjalan atau balik kampung. Selamat Pengantin Baru Abang Naz dan Kak Fadz! *hadiah unta tu kalau nak sila sponsor tambang bawak balik k.. Hehe..*

Dua minggu lepas, sepupu perempuan Siti Rahmah berkahwin. Dua minggu akan datang pula sepupu lagi seorang Abang Azwan pula akan bernikah. Ramai lagi ahli baru tahun ni. Semalam dapat kiriman terbaru gambar Amirul Syafiq, anak sepupu yang baru lahir dua tiga bulan lepas. Comel! Ada lagi seorang yang belum dapat gambarnya. Dan lagi seorang akan menyusul bulan enam ni. Waaah, banyak bayi lagi! Seronoknyaa...

Jadinya, mungkin betullah musim bunga ini musim kahwin. (Arina, betulkan statement ya!) Saya dapat ramai sepupu baru. Paling best sebab ahli baru semua perempuan, maka makin bertambah ahli jemaah kami kat kampung nanti nak buat geng. (^_^)Y

Oh ya, tadi baru sudah tamat Mini Klinik JUST. Bravo! Mantap! Tahniah.. Best sebab dapat banyak sangat info baru terutama bahagian jumpa doktor dan dentist. Sakan saya tanya habis-habisan. Memang dapat input yang terlampau banyak rasanya. Bagusla tu.. Tahniah AJK semua! Harapnya tahun depan boleh buat lagi ok. Paling akhir tadi ceramah oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM tentang cabang doktor. Paling akhir tertinggi katanya tahap Super Specialist. Er,, kalau kira-kira nak sampai SS tu mahunya dekat 15 tahun lagi dari sekarang. Itu pun kalau terus menerus. Gulp! Lamanyaa... -_-" (takpe..takpe... Dr kata sekarang ni tumpu dulu jadi super student!)

Ok, setakat ini sahaja aktiviti saya hari ni selain latihan bola jaring tadi sekejap. Hari ni sempat belajar rushing-rushing sahaja. So, kena tampung balik malam ni. Alhamdulillah esok dah masuk study week, lega sikit rasanya. Tapi masih cuak lagi sebab exam dah dekat dan silibus masih bertimbun. Update blog ini pun sebab nak tampung cerita pada keluarga dan kenalan semua. Senang, semua baca je terus. Lagipun kredit dah pokai tadi. Hehe..

So, esok aktiviti seterusnya saya jadi Jaga Ma'arad (Hari Antarabangsa) kat JUST. Hari pertama paling sibuk dan paling meriah kot sebab ada perasmian. Tahun ini saya target mahu tengok persembahan waktu perasmian tu nanti. Dulu terlepas. Sesi saya petang, jadi tengok persembahan pastu jalan-jalan, kemudian jaga. Habis terus balik dan sambung study! Ok, semoga semua perancangan esok berjalan lancar. Aminn...

13 comments

Anak Pendang Sekeluarga | April 18, 2009 at 10:28 PM

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

adik uwais amzar | April 18, 2009 at 11:04 PM

slm kak Ainul..
sehat? hihii..
umah uwais pn dh byk bunga rose kt luar..dkt tingkap je.. musim cinta xde kot..sebab uwais rasa tiap masa org pupuk cinta.. kih3x..

qisti | April 19, 2009 at 4:19 AM

ainul. cite la encik dekan ckp ape lg. aku semangat btl nk pegi smlm. stay kt sakan tp tibe2 terlajak sbb join skuad buat kuih maarad yg x ckup org. isk.

Fathiyyah | April 19, 2009 at 5:42 AM

ainul,berlainan pulak dgn keadaan di Mesir.Musim BUnga,Musim nak exam..

dan masa nak exam ni kan,ramai banget pk pasal kawen...
tension la katakan..hihi

Khairunisa Zulkurnain | April 19, 2009 at 8:56 AM
This comment has been removed by the author.
arina | April 19, 2009 at 8:53 PM

uit.
musim bunga = musim kahwin?
ouh, br aku tahu.
baiklah ..
aku tukar statement aku.
musim bunga = musim kahwinape lg Ainul?
haha.

Ainul Arina Madhiah | April 20, 2009 at 10:11 PM

anak pendang sekeluarga:
ahlin anak pendang.. syukran datang menziarah blog saya yang tak seberapa nih. terima kasih juga atas jemputan. ^_^

uwais:
ws uwais. akak sihat walafiat je alhamdulillah.. uwais sihat? uwais cakap ni mesti berdasarkan apa yang uwais tengok kat umi dan abi kan? hehe.. =p

qisti:
laaa.. yeke? aku pun baru tahu ramai tak dapat datang sebab busy dengan kuih tu.. Erm, banyak je lagi yang dr tu cakap. Tapi takpelah, nanti aku jumpa ko aku cerita ek..

Ainul Arina Madhiah | April 20, 2009 at 10:14 PM

fathiyyah:
selalu je ainul dengar kat mesir macam.. apa fathiyyah termasuk sama ke? hehe...

kak nisa:
ahlin akak.. haah, saya di just. Erm,saya rasa saya tak kenal kot abang akak tu. Saya sempat kenal yang second batch je. Yang 1st batch langsung tak tahu.hehe

arina:
apa yang apa lagi? nak suruh aku, ko la dulu.. =P

yellowrose | April 21, 2009 at 2:02 PM

p/s:khairunnisa...knal2 abg acap tuh.scorer!

Dr Zahau | April 21, 2009 at 5:02 PM

nak nyibuk gak..
kat aussie skrg..x de musim bunga..
tp musim beku..haha..nk masuk winter da..

so sejuk skit mata..suma minah salih menutup aurat..haha

Anonymous | April 21, 2009 at 10:33 PM

kak ina ,may pun x balik ar tngk diorg kawin..huhu...hu
sedey arr...


bdark chomey

Ainul Arina Madhiah | April 22, 2009 at 10:13 AM

kak asma:
owh. haah, kak asma mesti la kenal kan? hehe

dr zahau:
hehe.. bagus2.. senang sket nak jaga mata time2 winter nih.. selamat berwinter, kitaorg dah tak larat nak sejuk dah... ^_^

amira:
ala, mira cuti nanti bebila bleh jumpa diaorg gak kalau sempat.. Kak ina ni lagi la, bulan lapan baru bleh balik.. Time abang azwan kawin nanti, mira ikut tak? Belah perempuan kat KL kan? pegi la ikut kalau smpat.

Anonymous | April 25, 2009 at 6:37 PM

ka ina dah baca dah ker mail yg mmay bagi??
please reply it as fast as you can ..
it is CRITICAL CONDITION dah teruk sesangat dah pun


bdark chomey

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images