Kusut

Salam

*entry kusut adalah entry panjang berjela*

Maaf sudah lama tak menulis khabar berita. Saya sedikit tunggang-langgang minggu ini. Kacau-bilau rasanya jiwa. Nak menulis pun takut ke lain beloknya. Jadi saya senang diam sebentar sementara mahu kembali susun langkah supaya tidak cacat jalannya. So, ini kompilasi padat seminggu cerita saya.

Pagi ahad lepas, awal minggu saya diserikan dengan panggilan kecemasan yang tidak disangka-sangka. Ada manusia tiada kerja tiba-tiba rajin membuat onar di kediaman rakan. Nasib baik kegiatan dia tergendala dek kepantasan hero-hero malaya yang terpaksa berkejar seawal jam 3 pagi ke sana. Syukur alhamdulillah walaupun ramai yang trauma. Sudahnya hampir seminggu kami yang terlibat sibuk menyusun tindakan susulan segera. Tapi kekangan exam dan sebagainya selalu sangat membantutkan kerja. Sampai ke hari ini masih belum selesai sepenuhnya. Tak cukup satu, lagi dua kes datang bertamu. Hati yang membengkak dengan manusia gila terasa makin bernanah mendengar berita mutakhir segala. Bilalah dunia nak aman agaknya?

Semalam kami buat spot-check di bangunan tersebut untuk periksa tingkap, pintu, balkoni dan sebagainya. Terasa macam kembali jadi pengawas di sekolah pun ada. Tapi sangat seram waktu cuba periksa tingkat atas yang sangat semak dan gelap tangganya. Konon buat berani tapi kalau kena sergah waktu tu, sah-sah semua mesti lari. Habis spot-check, ikut serta diaorang buat sambutan hari jadi. Lega, terhibur sekejap tengok gelagat kawan-kawan yang merapu-meraban kerjanya. Dalam berkumpul, dapat juga input tazkirah dari ketua penempatan. Semoga kembali tenang jiwa-jiwa di sana.

Di kelas pula, mulai minggu ini kedudukan tempat dalam dewan mula ditetapkan. Saya dapat kerusi paling hujung belah kiri baris kedua yang terkebelakang. Sangat tak suka! Sistem CVS lebih sukar dari yang saya sangkakan. Bila suara doktor mengembang, kejap jelas kejap hilang, fokus mulalah nak melayang. Tambah-tambah kalau tulisan kat slide depan dah tukar jadi bayang-bayang. Bila dalam kelas tak faham, nak balik rumah mulalah rasa nak meradang. Dapat-dapat kalau jumpa gelagat arab yang tak faham perasaan orang, aduss.. Sampai rumah terus masuk dalam tilam, baik tidur daripada termengamuk pada orang.

Tapi banyak juga benda yang menyeronokkan minggu ni. Minggu ini dua kali makmal anatomy dapat tengok cadaver. Puas menyelongkar sendiri badan manusia yang sebenar. Habis saya proses jantung dan geledah cari salur darah di dalamnya. Alhamdulillah, tak ada sebarang geli atau takut. Malah makin bersemangat lagi ada. Tapi dalam kepala, pesanan mama selalu terbayang "Hormati dia. Itu ex-manusia. Sama macam kita."

Kelmarin juga saya sempat bertandang ke Pameran Hari Antarabangsa (Ma'rad) di Univeristy Yarmouk. Riuh sungguh semua berkunjung ke kaunter-kaunter negara asing seperti Malaysia, Turki, Brunei, Indonesia, Palestin, Algeria dan sebagainya. Sayang saya datang dalam keadaan berpuasa. Jadi tak merasalah makanan-makanan yang mereka sediakan. Dalam tiga hari, saya pergi hanya sekali. Tak larat nak berulang sentiasa. Cukuplah sekali, lagipun kelas saya pack untuk selebihnya.

Yang saya perasan, minggu ini saya jadi makin kucar-kacir kalau sendirian. Mulalah terasa macam-macam. Sebab itu saya suka menyibuk dengan ramai kawan-kawan. Nanti bila dah mula bersembang bergelak-ketawa, tak terasa sangat tekanan yang ada. Kalau di rumah sorang-sorang, bila dah sangat tertekan saya ulang tayang segala video yang masih belum khatam mahupun yang sudah basi. Berapa banyak ya saya habis minggu ni? Rasanya macam hampir 7 cerita. Hoho nasiblah, minggu ni toleransi diri perlu dipertingkatkan. Kalau tidak, lagilah haru..

Baru tadi petang saya habis menonton Brotherhood War Of Taegukgi. Aiseh, silap pilih cerita la pula. Ingatkan boleh semangat nak belajar macam lepas tengok Medikal Dragon, tapi alih-alih jadi homesick semacam. Teringat-ingat kat adik-adik kat rumah. Apa la mereka buat sekarang. Asyraf dah setel ke dengan tugasan-tugasan INTEC dia? Amira dah boleh adapt ke dengan dibuli senior dan hidup asrama yang sibuk? Aiman tengah buat apa la agaknya seorang-seorang kat rumah tu? Rindunya!!!! Baru waktu ini lah mula teringat janji-janji manis sebagai kakak dahulu.. *Nak balik Malaysia kejap boleh tak?*

Haritu sebelum bergerak ke ma'arad, saya berseorangan menunggu yang lain selesai kerja di tempat meunggu bas. Tengah bosan-bosan tunggu lama sangat, saya ambil keputusan nak habiskan kredit telefon. Tension sebenarnya. Telefon abah, abah tengah kerja. Telefon mak, tak berangkat pula. Telefon Aimi kat Mesir, tengah kelas. Last-last, habis semua nombor kawan-kawan lama kat Malaysia semua saya dail. Tapi semua tak berangkat. Makin tension. Akhirnya, telefon cikgu Gopenglah! 3JD habis juga sudahnya lepas puas bersembang dengan Madam Azimah, Ustazah Rofidah dan Ustaz Zul, serta Cikgu Wan Rafidah. Hahhh, sakan saya melepas rindu dengan cikgu. Nasib baik kredit dah habis. Kalau tak, habis semua cikgu saya call. Hilang tensen sekejap! Hihi...

Malam tu pula, abah call balik. Risau agaknya anak dia call tak semena-mena. Macam tau-tau je tengah bermasalah. Hehe.. Sempat meluah seketika sebelum kredit belah sana habis. Habis cakap dengan abah, dapat panggilan dari Mesir pula. Wa, bahagianya semua orang call saya nak bersembang. Lagi best daripada dapat panggilan kes kecemasan. Habis kredit telefon, sambung pakai internet pula. BerYM siaran langsung Mesir Jordan bersama Maisarah sekali. Alumni sekejap barangkali? ^_^

Pendek kata minggu ini minggu yang kusut. Baca entry ini pun macam mengusutkan sahaja. Panjang berjela bukan main. Dah nama pun tengah kusut kan? Tapi jangan risau, selagi mana saya kusut selagi itulah saya sentiasa berjuang mencari jalan meredakan keadaan. Chewah.. Kawan-kawan selalu pesan, kalau kusut pergilah solat ke baca quran ke apa ke. Tapi kalau tak hilang gak, pandai-pandailah cari ruang menenangkan diri. Allah sahaja nak kasi peluang pada kita untuk belajar daripada keadaan. Kalau tak, bila masanya kita nak dapat nikmat ketenangan kan?

So, kunci di tangan kita. Akal dah diberi, pandai-pandailah kita mencari sendiri. Yang penting, kalau tengah kusut, jangan mengusutkan lagi keadaan sekeliling. Kalau tengah marah, jangan dilempar pada rakan-rakan yang tak ada kena-mengena. Carilah ruang bersendirian kalau perlu. Yang lain pula, kalau nampak kawan tengah semacam, bantulah kalau perlu tapi jangan mencari pasal untuk memaksa kalau dia tidak mahu, nanti ada pulak yang terkecil hati. -sekian-

** Selamat Hari jadi Che Una Mady. Insyallah, sebelum habis tahun 5 nanti hadiah lagu Kau Ilhamku yang keyboard version tu sampai ye. Sekarang orang busy. Pergi main hadiah Ilmi dulu tau (^_~)Y Ko demand hadiah, aku demand tempoh. Fair + square ! hehe **


** Pesanan paling bermakna minggu ini dari seorang kawan: "Ko kena kuat, baru orang lain terasa kuat sama". Huh, go..go.. Ainul! Malaysia boleh! Seterer-terer manusia ialah yang boleh menyelesaikan masalah tanpa memberi masalah kepada masalah yang sudah sedia ada. -quote sendirian berhad-**


** Ketawa itu penawar tekanan. Jadi kawan-kawan, jangan pelik saya senyum sorang-sorang tiba-tiba. Itu namanya sedang mengingati kenangan melawakkan untuk kasi release tension. Marilah semua senyum selalu.. (^_^) **

** Ampun maaf kalau tersilap cakap, terbuang tabiat, terlepas perasaan atau ter sebagainya yang mengecilkan hati, jantung dan organ-organ yang sewaktu dengannya **

** Kenapa minggu ni ramai orang tensen ek? Exam kot? Budak medik tahun dua apa kes padahal takde exam? Jawapannya: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Orang tension, kita pun tertension sama... Hehehe.. **

** Kalau ada manfaat, boleh lah ambil sebagai pengajaran. Kalau tiada manfaat, maaflah jika saya merepek entry tiada hala tuju dan faedahnya. *

selamat berhujung minggu~

13 comments

silversarina | April 2, 2009 at 4:05 PM

Memang kadang-kadang kita akan rasa kusut tapi InsyaAllah ianya akan hilang selari dengan masa yang berlalu. Teruskan dengan kehidupan harian dan aktiviti2 kebajikan yang dilakukan akan juga merungkai kekusutan InsyaAllah.

Makcik 3 round nangis masa tengok Taegukgi :)

Nik Fauziah Nik Hussin | April 2, 2009 at 4:28 PM

menulis pun boleh release tension.. sooo.. tulislar panjang2! (kita punya blog ma!!)

Ainul Arina Madhiah | April 3, 2009 at 12:47 AM

makcik sarina:
insyallah... huhu, makcik, saya pun termenangis sama... T_T

kak nik:
hehehe.. ada-ada je kak nik nih... =p

kaamyl fauzi | April 3, 2009 at 1:56 PM

ada orang pecah masuk rumah ye ainul? ish..bahaya tu..insyaAllah hopefully benda tu tak jd lg in future.. ;(

Azleen Azlan | April 3, 2009 at 8:12 PM

Assalamualaikum..

Ainul kene kuat, baru kteorg rase kuat...!!

Tabik kpd policewoman Irbid yg sorg neh, Ainul dh buat yg sehabis baik utk tolong kami... Thanks ainul.. So nice of you..Alhamdulillah..

(hehe..tetibe teringt time acute viral infection dlu, thanks again)

Last but nt least, we will always pray that Allah shw u the right path, the path that will not just please the people around u(wheter they do or dont, it doesnt matter actually) , but more important, the path that Allah Himself, pleases and be happy with..

Same2 yer, Q.U.E.S.T. to His .W.A.J.H.. InsyaaALLAH..

Sayang Ainul.. takmo serabut2 ye.. apelagi kelam kabut, nnt makin ribut hidup.. Mari same2 kite bukak lembarn Quran itu, sbb buat same2 lg padu, dgn satu matlamat jitu, Jom, cari Allah sblm sampai waktu.. insyaaLLah.. =)

crazerx | April 4, 2009 at 1:58 AM

salam,

kak ainul.. sy pon tension jgak..huhu.

rafizzi | April 4, 2009 at 10:00 AM

moga lepas ni, jalan awak dipermudahkan ALLAH... insyaALLAH =)

Ainul Arina Madhiah | April 4, 2009 at 12:36 PM

kamel:
haah kamel.. huhu, amin.. mmg harap sangat tak berualng dah...

aleen:
ws. thanks a lot too aleen.. ^_^ tak tau nak cakap apa dah.. (^_~)Y

ummu:
ws. awatnya ni dik? tension kenapa? pasal isi borang ke? huhu...

rafizzi:
amin... moga dimakbulkan tuhan..

crazerx | April 5, 2009 at 3:55 AM

yosh! tekaan yg btol!!
tahniah buat anda..

Ainul Arina Madhiah | April 5, 2009 at 4:29 AM

ummu:
itu penyakit normal utk budak2 lepasan spm.. kak ainul dah merasa dulu dah tu... huhu, so amacam? dah setel ke?

tvou mlatshii brad | April 5, 2009 at 10:42 AM

draztvuitye....
heh eleeee kakak aku ni baru rindu jadi kakak rupenye......ngade2.....blahh la weiiii....baru skang nak rase camtu kunun HIHIHIHIHI.......aku ni tensen tak siap2 lagi asignment...kate nak tolong....tolong tgk rupenye....ni kek kakak....eeeee geram nye......jagn nak bg alasan pasni k...hihihihihi...anyway camne exam...OK KE?

Ainul Arina Madhiah | April 5, 2009 at 2:21 PM

russian-celup:
weih, aritu org dah online, dia offline. orang ksi sms tak reply, padan muka! haha~ nyibuk je, cancel kang kesian kat asrap baru tau, out of list! muahahaa... tak baca ke, kak ina tgh kusut? hehe... tapi skrg ok dahh.. pasal autospi tu kan dah cakap, kat sini tak banyak.. yang pasal russian university tu kak ina dah tanya kengkawan, diaorg tgh exam, so bila lapang, diaorg kasi list siap2.. so, sila S.A.B.A.R.. Nak kak ina tolong apa lagi utk assigment kamu tu? Sepuk la karang budak nih! Better cepat, karang lagi tiga minggu, kak ina exam balik.. Time exam, sori naik lori yer.. Exam yang aritu alhamdulillah, ok lah. Takdelah teruk sangat. ^_^

weih, amacam projek? bila dah fly gi sana? dah ready ke? sms la klu nak kasitau. aish, sep betul. Dah dapat biasiswa pun kedek lagi.. bukannya nk belanja orang! =p

Ainul Arina Madhiah | April 7, 2009 at 10:57 AM

tvou mlatshii brad:
sorry but i have to delete your latest comment. Eventhough maybe for you it is only a jokes, but for me you've cross the limit. Even jokes have their own limits and never ever cross that line if you don't want to get into any problems. Sorry for my harsh reply yesterday but i really hope you'll get my message. You're a big boy now, so act as it is. Do realize that in life there are few things that you cannot jokes about them in public! I'm really serious!

pasal yang malaysian autopsi tu, tngoklah nanti. Kalau sempat kak ina tolong cari nanti. Good luck!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images