Kuantiti Bukan Penghalang, Umur Bukan Ukuran..

Salam



Haih, penatnya hari ini. Dari siang tadi kami berkumpul di stadium JUST untuk Hari Sukan PERMAI a.k.a pre-KARISMA mantiqah Irbid. Dari pukul 7.00 pagi keluar rumah sampailah dekat pukul 9.00 malam baru sampai rumah. Walaupun di awalnya sangat tertekan dengan kerenah pakcik bas yang lewat 3 jam ambil kami di Bab Syimali, tapi impak permainan hari ini kembali membuatkan ramai kembali bersemangat waja mengejar pingat dan semangat di sana.

Saya adalah ahli kumpulan Oren atau nama lainnya Namrul Hulk ( Harimau Hulk ). Kumpulan lain yang ada gak hari ni ialah kumpulan Hot Chilli (Merah), Shark (Biru), Coco (Coklat), Hulk (Hijau), dan team Ungu (lupa namalah..).

Nak dijadikan cerita, acara hari ni ada bola jaring, bola tampar, badminton, pingpong dan balapan (lari-lari, lompat tinggi dan lompat jauh). Banyak kan? Tapi sayangnya kumpulan saya yang hadir hanyalah seramai 14 ke 16 orang ntah merangkap kumpulan paling tersikit ahli yang datang hari ini. Takpelah, nak buat macam mana.. Kawan-kawan lain ramai nak exam esok, jadi terpaksalah terima ketidakhadiran diaorang. Lagipun, diaorang ramai nak doakan kami dari rumah. Jadi bergantung harap jugak sebenarnya dengan doa-doa kawan-kawan semua. ^_^

Bila dah acara banyak yang perlukan orang yang ramai sedangkan ahli yang datang hanylah seciput, maka jalan terakhir ialah semua orang kena masuk semua acara selagi tak cukup ahli! Maka bagi team saya, yang bola jaring itulah pemain bola tampar dan mereka yang sama jugalah main pingpong dan badminton, malah yang berlari dan lompat tinggi dan lompat jauh semua muka yang sama saja. Nasib lah. Nak tak nak, kena main gak walaupun secara paksa rela. Saya wakil bola tampar dan bola jaring je. Yang lain tak reti sangat, jadi tukang sorak je lah..

Walaupun cuak dek team lain yang sangat ramai atlet dan penyokong, kami si Oren terpaksalah buat gaya stamina terlebih walaupun sebenarnya semua macam dah nak longlai. Main kena power lebih sikit sebab masuk banyak acara, suara penyokong pun kena pakai suara sendiri, kalau tak siapa lagi nak sokong kan? Letih tak letih, taram je lah! Kesian juga dekat wakil yang acara bertindih-tindih, jenuh pujuk hakim kasi can lebih masa sambil lari ke hulur ke hilir tukar-tukar posisi. Ketua kumpulan la paling haru, kesian dia sibuk memanjang tadi.

Tapi cayalah Oren! Nampaknya moto spontan 'Kuantiti bukan penghalang, umur bukan ukuran' berjaya juga menyemarakkan semangat ahli oren untuk memberikan tentangan yang sangat hebat kepada kumpulan lain.

Dalam banyak-banyak acara, acara bola tampar dan bola jaringlah yang paling happening sebab semua ahli kena masuk kecuali beberapa orang yang tinggal sebab dah cukup. Dalam final bola tampar melawan kumpulan biru yang sangat ramai wakil Irbid, kumpulan oren berhasilkan dapatkan seri sebelum kalah bermaruah 14 - 15 dalam pusingan penentuan sebagai naib johan! Bola jaring pula yang dijalankan dalam semput-semput bola tampar tak hilang lagi akhirnya berjaya menggondol johan mengatasi kumpulan biru yang hebat dan lincah juga dengan beza markah tipis 4 - 3.

Bila habis bola, terus sambung balapan oleh beberapa orang yang sama dan yang memang set balapan. Sangat respek la dengan atlet balapan oren sebab masih terus bertahan hingga ke akhir waktu walaupun semua dah penat. Kita kat sebelah tumpang tolong sorak je lah gayanya sebab balapan memang saya out. =p Tapi team sorak pun boleh tahan juga semangatnya sampai sakit-sakit tekak dan tolong lari kat sebelah sama. Hoho, Go go oren!!

Dari pukul 11 mula main, dalam waktu maghrib baru semua acara tamat. Itupun lari 1500m terpaksa dibatalkan sebab tak cukup masa. Ditambah dengan atlet-atlet dari semua team 4x400 yang tersangat ramai tumbang lepas lari, jadi permainan ditamatkan.

Keputusannya, kumpulan Oren berjaya menggondol johan bola jaring, naib johan bola tampar, no. tiga pingpong dan badminton, johan dan naib johan lompat tinggi dan beberapa medal dalam balapan. Alhamdulillah.. Ok la kan? Tambahan yang paling seronoknya bila keseluruhan keputusan, kumpulan oren dapat kumpulan naib johan keseluruhan dengan kalah tipis 3 mata kepada juara keseluruhan, kumpulan Ungu. Takpe2 Oren! Itu dah sangat membanggakan dengan dugaan-dugaan kita yang banyak dari awal tadi. Hehe.. Cayalah~

Yang penting, boleh dikatakan sukan kali ni sangat memuaskan dan menyeronokkan. Memang dah lama sebenarnya nak tunggu sukan PERMAI ni sebab dah lama tak bersukan. Nak bersukan biasa-biasa hari-hari lain macam malas dan banyak hal yang mengganggu, maka waktu-waktu macam ni la yang nak lepaskan gian habis-habisan. Memang hilang tension betullah main bola tampar dengan bola jaring tadi!

Alhamdulillah semua main dengan semangat yang sangat tinggi. Insyallah takde sebarang rasa tak puas hati antara kumpulan sebab ramai main dengan semangat ukhwah yang tinggi walaupun serampang dua mata sambil kejar pingat. Buktinya contoh tadi waktu berlatih shoot, ramai shooter dari kumpulan yang berbeza saling ajar-mengajar dan tegur-menegur tentang skill walaupun nanti dah nak bersaing dah. Tak payah ada rasa nak kedekut ilmu atau kedekut skill, kita share sama-sama biar main nanti semua hebat-hebat, baru ada kepuasannya. Kan? Taklah rasa tertekan sangat main bila seronok santai macam tu.

Jadinya, saya ucapkan tahniah kepada semua warga akhawat Irbid yang ada tadi. Korang memang best! Next year kita turun lagi ya dengan kawan-kawan yang ada urusan kali ni! Biar lagi gempak dari biasa. ^_^ Best juga sebab hari ni boleh revise nama akhawat yang tak ingat sangat lagi.. Hehe.. Oh ya, lepas ni jom ramai-ramai kita hangatkan KARISMA pula. Yang dah pandai main campur bakat-bakat baru yang dikesan tadi bolehlah turun padang lepas ni main untuk wakil Irbid pulak yer. Kita kutip seberapa banyak yang boleh di Mu'tah nanti. Tapi hopefully tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Jangan gaduh-gaduh lepas lawan terutamanya. Tak best main cenggitu..

K. Ucapan khusus buat team Oren tadi yang sikit tapi luar biasa ( kak amna-kak tasya-kak ain-kak syaima-amal-hanan-rahmah-lisa-amalina-kak fiza-kak wani-hanis-syakinah-kak sab-hidayah-termasuk saya.. ada atlet yang tertinggal lagi ke?) : Korang memang gempak lah! Terbukti KUANTITI BUKAN PENGHALANG, UMUR BUKAN PENENTU ! Tak sia-sia semua tak sempat makan tengahari sampai nasi tu bawak ke malam, berjaya gak kita buktikan kekuatan Namrul Hulk kita! Hehe.. Ketua, bila nak kenduri hamper? ^_^ Jangan lupa jemput na.. Kepada ahli kumpulan yang tak dapat ikut serta, terima kasih atas doa korang. Next year kita main lagi!

Last but not least, saya suka sukan!! Majulah sukan untuk negara! Oren boleh! O.R.A.N.G.E ... orange!!!

** Dua tahun jadi ahli oren. Tahun ni oren naik sket dari tahun lepas. Tapi still kekal no 2 keseluruhan. Waris-waris oren, jom jadi oren lagi next year nak? Hehe...

** Minta maaf pada yang tertuju, tertolak, terbetembung, terpijak dan segala ter-ter yang ada dari mula lawan sambil habis acara. Kosong-kosong, lapang-lapang la yer.. Kalau sakit tak hilang, meh amik ubat kat JKKKK. =P

** Pertama kali main bola tampar selepas dua tiga hari menyibuk cuba-cuba baling dengan ahli yang lain sebelum turun paksa rela sebab kesian di awalnya. Tapi akhirnya terbukti hari ni saya sudah jatuh cinta sama bola tampar! Nak tampar bola lagi! Nak tampar bola lagi! (^_~)Y (nasib baik tangan kurang lebam sebab bola tak keras sangat hari ni.. Lega..)

** Bola Jaring VS Bola Tampar.. Mana satu pilihan hati untuk ke KARISMA nanti? Eh..eh.. macam la layak sangat.. Ramai lagi yang terer. Tapi takpelah, yang penting semangat mau ada.. Go.. go.. Irbid!

** Belajar sistem CVS menyebabkan beberapa kawan sekelas serta senior telah mewujudkan satu kuliah CVS di tengah-tengah padang bola sepak mengenai sukan dan CVS ketika balapan sedang berjalan tadi. Habis keluar segala fakta silibus dan sebagainya. Tahniah2! Semangat sungguh korang yer, bolehlah tumpang dengar sambil tumpang revise sama. Pendek kata, nampaknya tahun ni ramai semangat promosikan kebaikan sukan kepada individu. Apa lagi kawan-kawan, sila tingkatkan stamina dan kekuatan diri demi kesihatan dan masa depan anda!

** Hari ni sesi akhawat sahaja. Esok sesi syabab pulak. Good luck! Semoga oren esok bergemerlapan lagi harapnya. Amin.. Go.. go.. oren!!

Ok, setakat sini dulu. Dah penat. Nak rehat. Jumpa lagi. Salam~

10 comments

Shazwani Adnan | April 10, 2009 at 11:49 PM

salam ainul

waahh.. awak main bola jaring kan? hebat la tu dpt johan bola jaring. memang umur bukan ukuran!

tahniah2..

Uwais Amzar's Family | April 11, 2009 at 9:12 AM

tahniah2x.. dr adik uwais amzar.. tp sedey nnt x dpt join karisma...huhu.. abi busy..umi xjd joinlah...:(

saifuddin | April 11, 2009 at 5:50 PM

Apa yang penting?

Kerjasama!

syila | April 11, 2009 at 6:50 PM

waahh!!jeles2..korg ade maen2 acara balapan.ktorg tkde!

windunye nak lari2 ni.huhu..

Diya Kamaruzaman | April 12, 2009 at 8:53 AM

huhu. rumah sukan nama oren ye? agak comel jugak tu. tapi, rasanya lagi comel kalau diberi nama kumpulan Jus Oren. yeah. majulah jus oren utk ainul! hak hak hak

owh. ainul main bola tampar ye? ni mesti terror serve =D

kaamyl fauzi | April 12, 2009 at 1:17 PM

salam alayk. seronoknya sukan ni ainul! gambar tak ada ke? :)

Ainul Arina Madhiah | April 12, 2009 at 1:27 PM

kak wani:
haah, dah lain tak reti akak, main je la yang ainul boleh sket2.. hehe.. terima kasih!

uwais:
ala... takleh lagi la jumpa ummu uwais nih.. takpela, next time la nampaknya. huhu

senior saifuddin:
wonderpet in action! beep..beep..beep..

Ainul Arina Madhiah | April 12, 2009 at 1:30 PM

syila:
itu time nih je syila.. nanti time KARISMA, dah dibuang balik.. sedihla plak.. T_T tu lubuk emas irbid tuh..

kak diya:
jus bukan sebarang jus, tanpa jus manusia haus.. hikhik.. takpelah akak, next year kitaorg amik plak. ^_^
terror serve? Akak nak tahu, saya baru testing main nyibuk2 seminggu sebelum bertanding, first time tu.. macam apa je main.. pandai hentam baling jer! hehe

kamel:
gambar kat ainul takde, nnti dah amik dari kawan ainul letak ek..

uTP circuit | April 18, 2009 at 3:32 AM

salam ainul.
aku kt utp ni pn tgh sport carnival.
main wakil ikut course msg2.
xda can nk main netball dis sem sbb dh penuh.
last2 aku main bola tmpar.
cm hg jgk la. main hape2 je.
heheh. senasib2.
rndu net ball gopeng =)

Ainul Arina Madhiah | April 21, 2009 at 11:13 AM

laila:
ws.. owh, sama la kita ek tapi aku still dapat main netball. hehe.. Lama gila tak main ngan ko kan, cik Centre yang ligat! ;p takpe2, karang kita balik gopeng, jom main nak? haha

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images