Iatrophobia

Salam



Pernahkah anda mendengar perkataan I.A.T.R.O.P.H.O.B.I.A ?

Hanya ada satu tempat yang sangat ditakuti oleh penghidap Iatrophobia !

Penghidap fobia ini kebiasaanya akan mengalami kesesakan nafas, berpeluh secara terlampau, loya, mulut rasa kering, menggeletar, degupan jantung yang terlampau pantas, takut mati, dan tak boleh bercakap atau berfikir dengan betul ketika berhadapan dengan fobia mereka..

Dan telah dipastikan bahawa fobia jenis ini sangat terkenal sehingga masuk ke dalam silibus pembelajaran medik Tahun 2 Perubatan di Jordan University Of Scince And Technology yang baru saya pelajari tadi walaupun hanya belajar simptom utamanya sahaja. Eh, iatrophobia tak belajar pun. Kita belajar White Coat Syndrome je.

Apa White Coat Syndrome (Sindrom Kot Putih) ni?. Ha, cepat-cepat siapa tahu? Kawan-kawan medik 2nd year kalau tak ingat ni, kita repot pada Dr Jaafar! Hehe..

Sindrom Kot Putih tu sejenis sindrom yang buat orang yang mungkin tak berpenyakit tiba-tiba kena Tekanan Darah Tinggi apabila BERHADAPAN DENGAN DOKTOR...

Maka jawapannya Iatrophobia ialah fobia berjumpa dengan doktor ! (^_~)Y

Untuk pengetahuan, White Coat Syndrom sangat biasa jadi pada pesakit-pesakit yang datang ke klinik mahupun hospital. Bila diaorang datang, mulalah jantung berdegup pantas sampai menyukarkan doktor nak ambil bacaan tekanan darah yang betul.

Jadi apa doktor buat? Ha... oleh sebab itu doktor akan bersembang-sembang dengan pesakitnya secara ramah dan mesra alam sambil tanya diaorang benda-benda biasa macam kerja apa, anak berapa, duduk kat mana dan sekian sekian supaya pesakit lebih relax dan tak takutkan doktor seklaigus bacaan tekanan darah lebih tepat dan jitu.

Maka kesimpulannya doktor kenalah pandai tackle orang! Kankan? Kalau tak, jenuhla ramai manusia kena hypertension yang hanya jadi sebaik sahaja masuk bilik doktor! ^_^

Macam lawak je tadi dengar Dr terang pasal White Coat Syndrome. Ada juga rupanya syndrom macam ni ya? Tapi rasanya sindrom ni lebih sinonim di klinik gigi kot, ye tak? Nasib baik Dr Gigi tak payah ambil darah kalau nak periksa gigi. Kalau tak, mesti selalu jumpa orang bertekanan darah tinggi kat klinik dia. =P

Jadi kawan-kawan dentist, sila maksimumkan keramahan dan kecomelan anda supaya budak-budak kecik khususnya tidak meraung dan lari menyembunyikan diri bila datang klinik korang sebab tetiba menghidap White Coat Syndrom ataupun Dentophobia ok?. Yang medik pun sama je sebenarnya..

14 comments

Izzah Marzuki | April 7, 2009 at 6:15 PM

salam,

adek, white coat syndrome tu kelakar juga.. siap bleh dpt darah tinggi lak tu.. hehehe.. yg penting, tenangkan diri, sedia hadapi segala kemungkinan, kan! =)

Shazwani Adnan | April 8, 2009 at 12:49 AM

salam.

Sebab tu kot, kalau budak2 pergi klinik, selalu dapat gula2 supaya budak2 tak takut jumpa pak tabib aka doktor. huhu

Nik Fauziah Nik Hussin | April 8, 2009 at 2:58 AM

salam ainul..
hmm..mcm2 istilah dunia perubatan. Tp mmg yer kadang kala seram gak nak jmpa doktor..
Apa lagi dentist.. tapi pengalaman bawak anak pegi dentist..geram je..tak mesra alam langsung... nasib budak tak serik!

arina | April 8, 2009 at 3:40 AM

sbnrnyer Ainul, aku sndiri pn ade white coat syndrome tu.
horror.
aku sgt takut jmpe doktor!
tolong tolong!

Ainul Arina Madhiah | April 8, 2009 at 6:29 AM

kak izz:
betul! Mungkin betul gak tu takut jumpa doktor sebab takut tetiba dapat tahu ada penyakit.. huhu

kak wani:
maknanya kita kena ada stok la ye nanti akak? ^_^

kak nik:
bawak je jumpa dentist lain.. hehe

Ainul Arina Madhiah | April 8, 2009 at 6:32 AM

arina:
sebab tu ke ko amik perubatan? supaya tak jumpa doktor, bleh rawat diri sendiri? hehe

nurunnuha | April 9, 2009 at 3:47 AM

first time saya jumpa istilah white coat syndrome secara kebetulan. time tu tengah cari pasal hypertension. tiba2 ada kluar pasal WCS. menarik bunyinya. keesokan hari p kelas, lecturer ada mention pasal ni. saya tersenyum aje. hehe.

ermm.. ainul, kalau tiba2 tekanan darah naik time disuruh berucap kat pentas, pun dikira WCS jugak kah?

Kyu Jyushirou | April 10, 2009 at 12:06 PM

haha. kan, hari tu saje 2x beb blaja psl sindrom kot putih nih. fisio + farma. ish3

Ainul Arina Madhiah | April 10, 2009 at 1:59 PM

nurunnuha:

erm.. tu microphone syndrome kot.. hehe

truemax | April 10, 2009 at 5:01 PM

Salam ainul, agaknya kalau ada penyakit ni, tiap kali pegi klinik boleh dapat MC. :)

Ainul Arina Madhiah | April 11, 2009 at 12:50 AM

truemax:
haih, takdenyer dr nak kasi MC klu camtu.. sebab tu doktor beramah mesra dulu, tak pun kasi coklat.. tapi yang takkan yang dah dewasa ni pun nak kena pancing ngan coklat gak, ye dak? hehe

Azleen Azlan Aleen | April 12, 2009 at 12:53 PM

Assalamualaikum..

huhu, ainul, krn cita2 nk mnjadi pediatrician, insyaAllah, apekah agaknya skill yg Aleen kene improve ye?

Nk mintak pndgn seorg sahabat..

ching3x, mabruuk kump oren..!!

hijau kekal tenang..

Azleen Azlan Aleen | April 12, 2009 at 12:53 PM

Assalamualaikum..

huhu, ainul, krn cita2 nk mnjadi pediatrician, insyaAllah, apekah agaknya skill yg Aleen kene improve ye?

Nk mintak pndgn seorg sahabat..

ching3x, mabruuk kump oren..!!

hijau kekal tenang..

Ainul Arina Madhiah | April 14, 2009 at 2:53 AM

qisti:
okla tu.. at least buat aku gelak n tak mengantuk dlm kelas.. hehe

aleen azlan:
erm.. kena pikir dulu nih.. hehe.. rasanya budak2 tu tak takut ngan aleen kot..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images