Awak Incrdible Hulk ?


Salam

Awak Incredible Hulk? Ya ke tidak ? Oh, saya harap tidak.. Kenapa saya tak berapa suka awak jadi macam Incrdible Hulk? Sebab sekali Incredible Hulk mengamuk, habis baju-baju dia rosak. Nampak aurat satu hal, membazir duit nak beli baju baru pun satu hal. Lagi satu, bila dia mengamuk, muka dia jadi sangat hodoh! Hijau macam alien. Tak hensem dah, tercabut jantung saya tengok. Kuat macam godzilla pun takde guna sebab takde sapa berani dekat dengan dia. Tak malu ke orang boleh nampak kelemahan-kelemahan dia bila mengamuk cenggitu? Aishh..

ok, sebenarnya malam ni sebab dah penat menghadap buku, saya nak kongsi pasal perbincangan saya dan kawan-kawan tadi sewaktu berkumpul. Berkisar tentang emosi.Biasalah orang perempuan. Tambah-tambah nak dekat exam. Lagi haru-biru jadinya. Silap gaya ada yang terpecah hati kaca, terjolok sarang tebuan dan jadi mak ayam yang kena anaknya dikacau. Tunggang-terbalik habis. Ala-ala incredible Hulk lah. Jadinya tadi kitaorang kongsi-kongsi cara nak lepas perasaan sama-sama sebab nak tolong kawan yang berjiwa makan dalam sorang-sorang supaya tak sengsara jiwa raga dah lepas ni dan mengelakkan diri dari kena sindrom Incredible Hulk.

Kebetulan dalam berkumpul tadi ramai yang datang dari personaliti yang berbeza-beza. Ada yang rileks sentiasa, ada yang diam-diam tapi jangan main-main dengan dia, ada gak yang happy go lucky sentiasa. Jadinya, banyak info yang boleh tukar-tukar. Antara yang kami dapat share dan tambahan sendiri:

1. Kalau geram kat orang, tegur je! - Tapi cara ni susah nak aplikasi pada orang yang tak boleh cakap depan terus. Memerlukan keberanian yang tinggi dan kesabaran serta skill pandai cover marah yang boleh tahan supaya ayat tak jadi pisau yang boleh membawa kepada kes-kes keterasaan hati yang panjang berjela-jela tak berhenti.

2. Diam - Ini turut dinamakan pendam perasaan juga. Senang tapi payah jadi kalau pendam tak hilang-hilang. Dari pendam langsung jadi dendam ataupun makan dalam. Kalau nak pakai cara ni, kena pakai formula sinergi sikit untuk hilangkan cepat. Contohnya pergi cari sesuatu yang beri kepuasan diri. Contoh: Tidur, jalan-jalan, makan ( erk, ni bahaya! ), main game, tulis diary, tulis blog, atau sebagainya. Sukan pun okay juga! Pergi main squash, sambil ayun raket, bayangkan muka orang yang kita geram berada di dinding sebagai sasaran. Oho, sangat kejam tapi takpe janji hilang. Dinding tu sukarela membantu anda.

3. Kasi hint - Ini untuk yang tak boleh guna cara cakap depan. Hint boleh pakai macam-macam cara. Contoh tadi kalau geram sebab orang suka mengumpat, tampal besar-besar dekat area port mengumpat tu "Mengumpat lebih besar dosanya dari membunuh". Kalau tak faham gak, tak tahulah nak kata apa sebabnya cara ini terbukti berkesan untuk kanak-kanak di Malaysia. Budak kecik reti, takkan yang dah mumaiyiz tak faham bahasa? Kecualinya memang jenis tak makan saman..

4. Cerita kat orang lain - Pastikan jangan cerita yang mengaibkan orang kalau main hentam nak cerita kat sesiapa. Pakai nick name lebih baik. Kalau tak puas hati nak gak terus terang A to Z, pastikan pendengar diiktiraf thiqah(boleh dipercayai) dan pandai simpan rahsia supaya dia pun tak sebar merata-rata kegeraman kita.

5. Berlapang dada - Erm, yang ni adalah cara paling susah nak buat time on the spot marah. Perlukan latihan dan kekuatan zahir batin yang cukup power dan iman yang sangat teguh. Tabik hormat pada siapa yang boleh buat macam ni sebabnya penulis pun hanya mampu berlapang dada selepas sejam dua dada berapi-api. Tapi inilah yang sebaiknya sebenarnya.

6. Jauhkan diri dari manusia sekelian - Sangat baik untuk orang-orang yang tahu kebarangkalian dirinya bakal 'membakar kelambu bila geram kat nyamuk seekor'. Sebabnya kalau tidak, ada manusia lain yang akan teraniaya dek kemarahan dia. Jadi pandai-pandailah dia mengasingkan diri. Kadang-kadang mengasingkan diri boleh dilakukan hanya dengan diam dan pamerkan riak muka yang sangat horror. Insyallah takde siapa berani dekat dan ganggu anda ketika itu.

7. Buat Bodoh - Bak kata orang kampung kawan saya "Buat Don't Know" je. Ha, yang ini penulis selalu buat. Tapi kan terus terang cakap, jangan buat selalu sebab nanti lama-lama boleh jadi pengabai tegar. Terasa seperti sudah transform macam batu pun ada. Payah nak beza dia perli ke dia gurau-gurau sahaja. Cumanya memang ia sangat bagus untuk rawatan penyakit 'sering terasa' macam penulis zaman dahulu kala. Buat sekadar yang perlu sahaja ok. Jangan lebih-lebih.

Kesimpulannya semua cara di atas hanyalah antara cara-cara yang boleh dibuat untuk ambil masa menghilangkan rasa marah atau yang seumpama dengannya. Lain orang, lain ragamnya kan? Tapi tadi terjumpa seorang kawan yang cepat sangat amnesia bila dah marah. Dalam tengah-tengah marah tu, boleh pulak dia terlupa kenapa dia marah. Ya rabbi.. Sabar jelah, tapi bagus gak dia dapat perangai macam tu. Lapanggg dada dia selalu. Patutnya nampak susah sangat dia nak mengamuk ke apa. Comel betul! Hehe..

Ada kawan beritahu bahawa sebenarnya marah itu dibenarkan kalau memang apa yang kawan kita buat tu salah. Tapi yang sebenarnya dikatakan larangan jangan marah tu adalah cara kita bertindak ketika marah. Sebabnya bila marah, manusia cenderung bertindak di luar kawalan. Tambahan syaitan kat sebelah tak habis-habis merenjis minyak tanah dalam api kat hati kita, eh bukan takat renjis tapi siap tunggang curah sampai habis lagi. Mana tak makin marak kan? So, waktu itu kebijaksaan kita mengawal marah tu yang paling penting.

Dalam Islam ada gariskan, kalau kita marah maka kita disuruh pergi ambil air wuduk. Biar api dalam hati kita terpadam dengan sejuk air yang lalu di badan kita. Kalau tengah bercakap, diam. Kalau tengah diam, berlalu cepat-cepat. Kalau tengah berdiri, duduk. Kalau tengah duduk, baring. Kalau tengah baring, tidur je! Pendek kata, bila marah silalah buat kerja lain supaya perhatian kita pada benda yang kita marah tu teralih kejap.

Bila dah marah, cubalah sedaya upaya hilangkan marah tu. Jangan pendam lama-lama. Nanti penat. Kesian kat diri sendiri. Sakit hati lama-lama kalau tak ubat hati boleh mati. Susah tu. Jadi harapnya lepas perkongsian ni bolehlah kita sama-sama cuba nak rawat masalah emosi masing-masing ok. Sekian. Jumpa Lagi.

P/s: Esok ada solat hajat Batch, Lusa ada last minute study group, tulat exam!!! Doakan saya dan rakan-rakan lain di sini. Moga Allah permudahkan urusan kami dan urusan kalian. Amin...

16 comments

truemax | April 22, 2009 at 6:20 PM

Salam Ainul,

Best baca ni, baru baca sepintas lalu.. sekarang nak keja dulu.. nanti akan datang balik dan baca betul-betul.

hmmm.. kalau tak pun print, baca offline :)

::truemax

Anak Pendang Sekeluarga | April 22, 2009 at 8:13 PM

slm...peminat story nie ke........

Ainul Arina Madhiah | April 22, 2009 at 8:52 PM

truemax:
ws.. terima kasih datang baca.. takpe, buatla kerja dulu, nnti baru datang baca balik, tak hilang ke mana pun entry nih..

anak pendang sekeluarga:
ws. saya tak minat pun cerita ni, cuma terpaksa tengok sebab adik conquer tv dulu. ^_^

.:muj@ahidah Solehah:. | April 23, 2009 at 12:54 AM

first tym ziarah blog ni..nice entry..hehe..ana pun ske wat bodo atau nama lainnya wat dunno tu..heee..tp rsenya betul kte ainul..mmg xleh wt slalu..nnti org benggan..coz dak ni cm xde perasaan..dah penat marah pun cmtu gak mukenya..haha..okeh..mehla kunjung ke blog Ana gak eh..hehe..k..salam ukhuwah..

Ainul Arina Madhiah | April 23, 2009 at 1:17 AM

Farhana:
Ahlin Farhana... selamat datang.. thanks sudi menjengah.. selalu gak ek buat dono? Huhu, buat berpada-pada takpe je kan? hehe.. insyallah nnti ainul berkunjung ke sana plak..

crazerx | April 25, 2009 at 3:18 AM

salam kak ainul..
wah.. sy pilih no6..
'Jauhkan diri dari manusia sekalian..' huhu.. tapi ummu pilih yg buat diam tu jela.. bukan yg buat muka horror tu.. hehe.. kak ainul penah buat muka menakutkan ae? ish3x..

kak ainul..
lepas ni buat la entry power rangers pulak.. zaman ummu mne ade cite incredible hulk ni.. haha..

YorieMorieKarra | April 25, 2009 at 4:09 AM

assalamualaikum......
dah byk kali sbnr nye sy ziarah laman akk ni...ciap jadik febret blog laa... alhamdulillah la sume post akk besh2 and byk inspire sy... keep it up.....and may Allah bless you kat sane,,,,always...

uwais amzar b. mohd najib | April 25, 2009 at 4:24 AM

salam..

hoho.. kalaulah kakak Ainul jadi Incredible Hulk..sure uwais xnak jmpa awal2 lagik! keh3x..

lps ni kakak Ainul citer pulak pasal Ultraman ET..thi..thi..thi...

slmt study kakak ainul..! :)

laki cikgu kimia | April 26, 2009 at 7:12 AM

skill2 ini tak ramai yang tahu kan chinul.. terima kasih kerana berkongsi.

Ainul Arina Madhiah | April 26, 2009 at 9:57 AM

ummu:
erm, rasanya semua cara kak ainul pernah test. hehe.. power rangers? alamak, nak crita mende ek pasal tu? kasi idea sket... =p

yorriemorriekara:
ws yorriemorriekara *panjang bebenor nama. nak panggil apa ek?* terima kasih la sebab sudi baca blog akak nih. Biasa2 je pun, alhamdulillah la bleh kasi manfaat kat awak. ^_^

uwais:
hoho, don't worry la uwais.. kalau jumpa uwais kak ainul jadi hello kitty je la. cumil sket, takdelah uwais lari nanti. haha...
Ultramen ET? aik, ada lagi ke zaman ni ultraman ET? ni uwais mintak ke umi yang mintak ni? ayokyok....hehe =p nanti la kak ainul crita family ultramen dari atuk sampai cicit kat uwais time jumpa uwais nnti, nasib baik akk dulu minat ultramen gak.. opsss...

Ainul Arina Madhiah | April 26, 2009 at 10:20 AM

laki cikgu kimia:
ingat siapa la tadi, pengantin baru rupanya yang datang. ^_^

wallahualam la, rasanya ramai je tahu kot tapi ramai tak terbuat sebab tak sedar time marah. Biasalah tu.. Saja-saja nak share, utk peringatan bersama penulis dan semua orang, alhamdulillah la kalau boleh memberi manfaat pda yang baca.

Faridrashidi | April 27, 2009 at 12:35 PM

Salam,

First, ambil wudhuk lalu duduk di sejadah mengadap kiblat..lalu tunaikan solat. Doa dan istghfar banyak-banyak. Ambil quran baca juga. Selepas itu zikir.

Kemudian baca blog ni pula:

Kembara Sufi Mencari Aspirasi

Faridrashidi | April 27, 2009 at 12:35 PM

Salam,

First, ambil wudhuk lalu duduk di sejadah mengadap kiblat..lalu tunaikan solat. Doa dan istghfar banyak-banyak. Ambil quran baca juga. Selepas itu zikir.

Kemudian baca blog ni pula:

Kembara Sufi Mencari Aspirasi

Ainul Arina Madhiah | April 28, 2009 at 4:54 PM

faridrashidi:
syukran atas perkongsian..

Anonymous | May 2, 2009 at 12:49 PM

"supaya dia pun sebar merata-rata kegeraman kita"

huh????

hehe

Ainul Arina Madhiah | May 3, 2009 at 12:55 PM

anon:
eh.. sorry.. baru terperasan kesalahan ayat tu.. thanks betulkan..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images