SPM 2008 - Tahniah!

10:39 PM 18 Comments A+ a-

Salam

Dua tahun lepas, saya pernah rasa apa yang budak-budak lepasan SPM ni tahun ni tengah rasa hari ni. Berdebar, kecut perut, rasa tak nak ambil keputusan, rasa nak nyorok muka kalau teruk, cuak, semuanyalah. Tapi bila waktunya sampai, nak tak nak kita kena juga hadapi kan?

Ingat lagi waktu nak pergi ambil keputusan tu, saya kena sakit perut yang pelik semacam sebelum sampai kat sekolah. Nasib berhenti lama di perhentian Simpang Pulai. Berjam-jam masuk tandas sebab takut sangat. Saya kira masuk geng terlewat ambil keputusan juga la. Mak ayah dah tunggu tepi tiang, jauh sikit dari meja guru. Saya kena pergi ambil keputusan tu kat tengah-tengah ruang tu sorang-sorang. Cuaknya bukan main.

Paling tak leh tahan, boleh pula cikgu-cikgu di Integrasi Gopeng waktu tu ( Madam Azimah dengan Cikgu Ida ) buat komplot pekena saya. Dah la kertas keputusan tu diaorang tak kasi tengok, boleh lagi buat-buat gaya marah dan tak puas hati sebab keputusan entah apa-apa. Cikgu nihh..! Nasib baik saya tak menangis depan tu tau. Kalau tak, malu jer.. Huhu. Tapi alhamdulillah..

So, rasanya mesti adik-adik saya yang lain kat Malaysia tu akan rasa benda yang serupa juga. Tak pe. Nanti dah dapat keputusan tu, sah-sah takut hilang. Kak Ainul doakan semoga semua berjaya dengan cemerlang, insyallah.




Asyraf dah telefon tadi. Alhamdulillah keputusan dia memberangsangkan walaupun kurang menepati target. 9A1 1B3. Terkantoi sikit di bahagian EST. Alah, tak apa je tu. EST tak kira sangat kan? Janji lepas untuk terus stay di INTEC dah cukup. ^_^

(p/s,keputusan kita lebih kurang je ye.. Takpe2, kita kasi baton pada Mira plak lepas ni.. )

Chuk ha hae yo! Omedeto ! Mabrook ! Tahniah ! Congratz !

Pagi-pagi buta lagi saya sudah berYM dengan sepupu di Malaysia untuk tahu perkembangan sepupu sepapat yang lain. Terasa macam wartawan keluarga pula. Alhamdulillah, semua orang berjaya dengan bagusnya. Tahniah Dik Yah, Tahniah Alin, Tahniah pada yang lain-lain juga (junior-junior sekolah dan adik-adik lain). Tak lupa juga tahniah pada semua adik-adik kepada warga JUST yang saya baru tahu result tadi.. Tahniah2..

Ok, sekarang keputusan dah keluar. Langkah seterusnya ialah menuju ke gerbang University. All the best! Good for for your next step, dear.. Ask me if you need some advise about my place. Da~

18 comments

Write comments
D_ordinary
AUTHOR
March 12, 2009 at 1:12 AM delete

Waa, tahniah la wat adik ko.pandai2 la adik beradik ko..kte p0n tingin nk taw juni0r2 igop dlu.especially zaza.hik3

Reply
avatar
ashraft
AUTHOR
March 12, 2009 at 1:25 AM delete

anywayyyyyyy.....tqqqqqqqqqqqqqq veryveryvery much.....hhihihihhihihihi....tapi frust la gak tak dapat score straight a1.....emmmm tapi tak ope lah....dah rezeki namenyeee....terime lah dengan hati yang terbuka....ape2 pun.... G#$&K......hadiah yang nak bagi kat me mane?

Reply
avatar
March 12, 2009 at 5:05 AM delete

tehah:
terima kasih.. aku tak dengar citer diaorang lagi. Nanti klu aku dapat tahu, aku cerita kt ko ek..

asyraf:
welcome2.. ala, ok la tu... kalau tolak est pun, still straight a1 gak.. takpe je.. takde rezeki kat sini, kat tempat lain banyak lagi.. cool okeh~ at least you should be grateful sbb dah tak payah susah2 dah nak fikir dapat mana plak lepas ni as you are now had been confirmed in your place kat intec tu. Ok apa? Kan? (^_~)Y So, rileks sudaaa.. Hehe... hadiah? sila tunggu bulan 8 kak ina balik kalau kamu tak fly lagi. Kalau tak, KIV je la.. haha

Reply
avatar
March 12, 2009 at 1:05 PM delete

Mabrukkkk!! memang bijakkk!! masyaAllah!

Reply
avatar
March 12, 2009 at 1:23 PM delete

salam alayk!ainul kawan baikku...

mabruk alayk...lembu bagi susu,sapi dapat nama...ader kaitan ker??wooopps,sowy!

windu kat awak..

Reply
avatar
rafizzi
AUTHOR
March 12, 2009 at 4:44 PM delete

assalamualaikum


suka sy dgr kejayaan adik awak.. tahniah.. moga makin ramai pljr² muslim berjaya dalam plajaran, dan mnyumbang pada jalan Islam... insyaALLAH


(ohh..lupa taaruf, saya ikhwah di france.. ramai juga kenalan sy yg berada d jordan skrg..ok, selamat bermujahadah)

Reply
avatar
March 13, 2009 at 12:28 AM delete

kak ayu:

terima kasih akak. ^_^ semuanya Allah yang kasi..

Aimi:

ahlin aimi.. Syukran jazilan katheeran.. uiks, mende kaitan dengan peribahasa tu ? Takde kena mengena dengan susu lembu atau sapi, kami hanyalah manusia semata.. haha.. Same to me. Miss you too. Bila nk datang sini?

Rafizzi:

wa'alaikumsalam. Ahlin rafizzi. Syukran menjenguk ke sini. Saya kenal je korang through my schoolmates kat Colmar tu. ^_^ Apa-apa pun terima kasih. Insyallah, harapnya semua kita mampu jadi batu-bata untuk tegakkan kembali Islam

Reply
avatar
rafizzi
AUTHOR
March 13, 2009 at 2:12 AM delete

assalamualaikum...

sy sgt sinonim dgn analogi batu bata tu.. insyaALLAH.. jzkk atas perkongsian istilah² bhs arab dlm komen awak.. sy ni sgtlah tandus dlm bhs arab.. rugi rasenye...

ohh ye..kalau dr integrasi gopeng, azwan la ye kenalan awk tu? kami tahun lps sama program..tp thun ni dah berpisah ke tmpt masing² ikut kos masing².. =(

Reply
avatar
March 13, 2009 at 2:41 AM delete

rafizzi:

ws. ^_^ takde masalah nak share istilah arab tu. Boleh je, lagipun itu mmg ayat2 biasa masyarakat kat sini. takpe, ada banyak lagi masa nak belajar. Haah, memang satu sekolah dengan azwan pun dulu. Ada sorang lagi budak colmar yang saya kenal. Anwar, sekampung dengan dia. Kalau saya nak tahu pasal diaorg dulu, mmg kadang2 saya bukak je blog2 korang tengok-tengok perkembangan kawan-kawan, Tapi sekarang semua dah merata-rata, dah tak tau dah.. =)

Reply
avatar
SôFw@N
AUTHOR
March 13, 2009 at 3:54 AM delete

salam Ainul
pertama skali, syukran kerana menziarahi blog sy yg tidak seberapa itu. Jazakallahu khairan kathira.
Saya kawan rafizzi yang juga belajar di France. selepas saya baca comment di atas itu, sy tidak sangka bahawa kamu kawan azwan dan anwar. Anwar dan saya bljr di dlm fac yg sama.
moga kita dapat berkongsi ilmu bersama. :) salam ziarah dari France.

Reply
avatar
Izzah Marzuki
AUTHOR
March 13, 2009 at 3:55 AM delete

adek, tahniah buat adik adek tu.. hehe.. bagusnye, alhamdulillah!

Reply
avatar
March 13, 2009 at 9:01 AM delete

sofwan:
ws.. ahlin sofwan. not a big deal. owh, anwar sekali dengan kamu ke? baru tahu.. insyallah, ilmu yang baik memang perlu disebarkan. ^_^

kak izzah:
terima kasih... ^_^

Reply
avatar
March 13, 2009 at 9:08 AM delete

salam

congrate to Asyraf. jadi asyraf ke rusia? Boleh jumpa kak wanie. huhu

Reply
avatar
March 13, 2009 at 10:15 AM delete

kak wanie:

ws.. Insyallah.. kalau takde masalah kat program persediaan kat intec tu, insyallah la dia ke sana nanti.. doakan ye! ^_^ asyraf dpat pergi, saya bleh tumpang sekaki. hehe.~

Reply
avatar
PIPAH
AUTHOR
March 14, 2009 at 2:02 AM delete

Alhamdulillah result taun ni ok..3 org stret A1..17 org stret As..ramai jugak dapat 10A dan 9A..saya jer terkantoi sikit..haha..zaza pun dapat bagus sgt..11A1 1A2..A2 utk EST..alhamdulillah..syukur sgt suma kawan2 seronok..

Reply
avatar
March 14, 2009 at 3:42 AM delete

pipaH:
wa... baguslah.. alhamdulillah. tahniah2... makin hebat korang yer.. huhu.. ala pipah ni, merendah diri plak dia.. saja la tu.. eh, farahanis dpt berapa ek? kirim salam kat semua kalau jumpa ye

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2009 at 5:37 AM delete

akak nih bdk medic en?
i wish to pursue abroad in medic.
sb SPM sy tak strong sgt2 sub bio.
possible ke saya bleh bawak medic if saya amek course tuu?
sb ramai org mcm 'eh bleh ke ko nk survive blaja medic? susah gileee.'
then ada plak one of my mom pnye kawan ckp, 'anak auntie dpt straight A1 pon nanges2 blaja medic even she's the one yg nak sangat2 course tuu'.
so, i've been wondering, sampai cmtu skali ke?
risau sangat2 nih.
takut salah pilih course nnt menyesal tak sudah.
tapi saya nak :/

Reply
avatar
March 18, 2009 at 3:17 PM delete

anon:
ye saya. erm, secara terus terangnya medik memang susah kalau tak kuat semangat. Bohong sangatla kalau nak kata medik ni senang. Sebab dalam medik sangat banyak benda nak kena tahu and kena hafal. Everything single thing. Tapi kan dik, bagi akak la kan, SPM ni kadang-kadang tak tentukan sangat macam mana kita punya pencapaian in the future. Ada yang bagus time SPM pun payah belajar medik. Ada gak kawan akak yang biasa2 time SPM tapi time masuk fakulti medik dia menyerlah. Kalau awak rasa awak boleh bawak, insyallah boleh je. Fikir la baik-baik.. Sebab sekali awak dah masuk, susah nak patah balik. Baik timbang betul2.. Kalau awak memang nak and yakin boleh buat, silakan.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *