Saya Percayakan Awak !


Salam


Baru-baru ni saya terperhatikan seseorang yang kurang dipercayai kebolehannya oleh orang sekeliling.Saya tertanya-tanya apa agaknya perasaan orang tu ya sebelum sempat dia buktikan siapa dia sebenarnya. Padahal mungkin sebenarnya dia boleh uruskan semua kerja dia dengan baik dan dia bukannya teruk sangat pun. Biasalah kalau ada yang terkurang-kurang sikit. Mana ada orang sempurna.

Bila saya cuba letakkan diri saya dalam situasi dia, saya terasa macam mungkin saya takkan dapat bertahan terus apatah lagi nak berdiri tegak bila semua orang pandang rendah pada kita. Terasa sangat-sangat teruk! Tapi tak sangka dia boleh terus melangkah sampai habis. Kuat betul kan dia? *Tepuk tangan!*

Saya jadi tersedar balik. Tak sepatutnya kita tak percayakan seseorang tu walaupun pada luarannya dia mungkin nampak macam tiada kecenderungan atau tiada bakat. Sometimes people are really good in hiding themselves. Nampak saja macam tiada apa, tapi bila kita serah pada dia supaya laksanakan, rupanya dia ok je.

Saya hampir terlupa yang saya juga ada pengalaman macam tu. Situasi bila mana saya diberikan amanah yang besar, saya rasa takut yang teramat-amat untuk sebab tak percaya bahawa ada yang percayakan saya. Saya takut orang pandang rendah saya, saya takut orang salahkan saya, saya takut saya tak dapat buat apa yang orang nakkan. Saya takut macam-macam.

Waktu tu, ubat yang paling mujarab bagi saya ialah ucapan "Saya percayakan awak" dari sesiapa pun. Setiap kali dengar ayat tu, terasa macam terbang sikit segala masalah. Malahan saya terasa makin kuat sebab saya sedar ada yang menyokong saya dari belakang.

Macam manalah saya boleh lupa??!! Sebab saya pernah kenalah, kalau boleh saya nak tolong balik orang lain sebagaimana saya ditolong dulu. Saya tahu apa rasanya bila ada yang persoalkan kemampuan kita. Tapi semua tu boleh hilang bila ada yang percayakan kita waktu kita takut, yang boleh kasi semangat bila kita lemah dan sentiasa ada di belakang untuk menghalang kalau kita nak mengelak dan lari.

Saya minta maaf kalau saya pernah tak percayakan sesiapa. Hatta siapa pun korang, saya yakin mesti korang ada kekuatan tersendiri yang orang lain tak ada. Maaf kalau saya pernah buat korang rasa lemah semangat. Ingatkan saya balik kalau saya lupa diri. Insyallah, saya akan cuba percayakan sesiapa sahaja keliling saya seadanya selagi mampu. ( tapi janganlah sampai percaya orang secara melulu.. Bahaya tu! )

Oh ya, kalau korang ada masalah dengan apa-apa sekalipun, jangan lupa yang masalah tu kita hadapi sebab Allah percaya kita mampu selesaikan masalah tu. Kalau Allah sendiri percayakan korang, kenapa tidak saya? SAYA PERCAYAKAN KALIAN. Saya yakin dengan keupayaan kita. Cuma ada masa kita sendiri tahu, kita perlu sesuatu untuk jadi pencetus dan pendorong. Awak kuat! Awak boleh! Awak akan berjaya!

LA TAKHAF WA LA TAHZAN (jgn takut dan jangan bersedih) --> Allah ada bersama kita! Mereka yang percayakan kita juga bersama kita!

Terima kasih pada yang selama ini percayakan saya. Saya akan cuba sedaya upaya jaga kepercayaan tu supaya tak rosak dan kekal baik. Sebab ada yang percayakan sayalah saya jadi lebih percaya pada diri sendiri. Dan saya juga percaya Allah adalah Maha Segalanya. Pada Dia kita berharap dan pada Dia kita bergantung. Percayakan Dia, percaya pada diri dan percaya lah pada mereka!

8 comments

DAMAI | March 14, 2009 at 10:03 AM

salam ainul sayang...

akak percayakan ainul ^^

izzahsakinah | March 14, 2009 at 12:12 PM

Kalau omputih, dia kata macam ni. Don't judge the book by its cover.

"Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through.."

Lagu ni utk Ainul. Go go, girl! :)

Ahmad Saifuddin Amran | March 14, 2009 at 5:59 PM

Terlalu memperchayakan orang, bukankah itu naif?

Ainul Arina Madhiah | March 14, 2009 at 11:04 PM

kak maya:

terima kasih akak! sayang akak gak! hehe

nadiah :

betul23..! thanks ! ^_^

senior saifuddin:

kan dah ada tulis yang jangan terlampau percaya. Entry ni bukan untuk suruh percaya menonong tapi supaya jangan tak percaya langsung.. ikut waqi' lalebih kurangnya.. ^_^

rafizzi | March 15, 2009 at 4:14 AM

salam,
tu lah dia, tak baik kita membeza²kan org..memang betul kita harus bijak memilih kwn..tapi tak semestinya hanya certain org kita layan dgn baik, tapi org lain kita pandang sebelah mata..just berlaku baik pada semua org.. n jgn pndang rendah pd org lain.. stiap org ALLAH kurniakan kelebihan masing²kan.. bukankah dia MAHA ADIL....



*opss maaf terpanjang..

chi am | March 16, 2009 at 9:12 PM

Salam Chinul. Dijemput hadir ke majlis saya yang tersebut, di

http://walimahamridanarifah.blogspot.com/

Ainul Arina Madhiah | March 17, 2009 at 5:54 AM

rafizzi:
ws. betul2... semua manusia sama, yang membezakan hanyalah takwa.. right? ^_^ takpe je panjang mengomen.. buat mcm blog sendiri pun saya tak kisah. at least boleh tukar-tukar pendapat semua..

chi am:
ws pengantin! waaaa!!! tahniah2! mabruk! sayangnya tak dpat balik join. Kirim salam kat kak arifah ye.. terima kasih menjemput. ^_^

are-ku~ | March 18, 2009 at 5:43 AM

sya sokong dgn apa yg anda ckpkan
suka2!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images