Rapu Hari Rabu

Salam

Pagi tadi waktu bangun, kepala terasa berat semacam. Malas sangat rasanya nak bangun walaupun komputer dah banyak kali memekak dengan pelbagai bunyi buzz dari YM, plurk, email dan macam-macam. Nak sambung mimpi balik Malaysia pun dah habis siri dah.

Bangun-bangun je tadi, tiba-tiba terasa ada cecair panas keluar dari hidung. Bila nak lap tiba-tiba terperasan yang pergelangan sweater hitam saya macam ada kesan something yang warnanya pekat semacam. Eh apa ni?? Yang cecair hidung ni pula laju semacam je alirannya. Jadi saya terus bangkit lompat tengok cermin.

Yiii!!! Muka aku dah macam dracula! Penuh darah dari hidung, masuk mulut ke gigi semua. Ayarkkk... Terus saya lari masuk tandas bersihkan muka, kumur-kumur mulut dan cari tisu nak sumbat hidung. Habis tisu muka, sembat ambil tisu rumah dan tisu dapur. Wua, banyaknya darah keluar. Kalau derma, mesti best! Nasib baik katil tak tercemar lagi. Acute blood loss la aku karang... Kalau habis hilang segala hemoglobin ni maka insyallah kadar oksigen akan berkurangan kalau tiada ganti dari bone marrow kat membranous bone. Aish, tu la dia punya study HLS sampai sempat fikir segala benda waktu diri sendiri jadi bahan ujikaji. Hurm, rasanya kalau cuba periksa bawah microscop ni mungkin darah ni bersifat normochromic normocytic. Kan?Kan? Ha.. sudah.sudah.. merepek dah nih..

Pendek kata pagi ni sangat kelam kabut. Ingat nak rehat sekejap kasi cool balik tapi kembali sibuk dengan urusan esok. Oh lupa! Esok gak ada pilihan raya di kampus. Nak pergi mengundi ke tak? Fikirlah sendiri nanti. Mengundi tu tanggungjawab tapi kalau ikut jiwa mengada waktu tak sihat ni lebih kepada nak pergi untuk kutip hadiah je daripada nak mengundi. Haha.. Sila jangan tiru khususnya buat rakan serumah yang beridea serupa. (ada kebarangkalian tak mengundi rasanya kalau makin tak sihat. T_T)

Ok. Hari ini hari Rabu. Tinggal lagi 2 hari sebelum peperiksaan midterm HLS, hari Sabtu ni. Banyak lagi nak cover. Hari ni mesti habiskan subjek Microb dan subjek-subjek ringan yang lain. Tapi nampak gaya macam tak terabis je. Setiap sehelai kertas baca banyak sangat selang-seli bersin. Macam nak pecah kepala pun ada ulang bersin sambil membaca. Sikit-sikit hhhachumm! sikit-sikit hhhaachum! dari pagi smapai ke petang.Tong sampah pun dah sendat dengan tisu. Bila sakit kepala baca buku campur sakit hati badan tak sedap makanya terasa macam nak sambung tidur je balik tapi takut la pula takde masa nanti. Chaiyok!!!!

Susah sungguh la. Kenapa lemah semacam dua tiga minggu ni? Nak demam, buat la cara demam secara acute. Tak payah la kasi jalan chronic wahai badan. Susah nak tumpu revision macam ni gaya nya. Dua hari je lagi. Berhenti la kejap. Karang habis exam, hah silalah bertempur balik segala antigen antibodi sampai demam-demam pun takpe.

Kalau bukan sebab nak exam, mesti sedap sekarang ni berkelubung bawah selimut. Tapi sekarang terbayang-bayang nota yang bertimbun memanggil-manggil dan soalan-soalan killer yang bakal keluar. Ini kali pertama nak exam mid term, kalau boleh biarlah penuh persiapan. Tambahan semalam ada seorang cikgu di Malaysia kasi pesanan:

" Ainul, study tu biar conquer semua benda. Jangan skip sikit pun atau tak hafal. Kalau tak, you'll kill your patient ! Doctor should not make any single mistake.."

Adeh, dengar pesanan hikmat tu, terus rasa nak belajar on the spot. Wuu, saya tak mahu jadi pembunuh nanti.. T_T Habis la pesakit-pesakit tu. Bila dah cuak, mula la teringat satu quote tentang doktor. ( D.O.C.T.O.R = Do Only Correct Things Orelse Resign ) Mana ek baca dulu? Lupa lagiii... Huh, cepat-cepat cas semangat balik!! Jangan dilayan sangat badan yang mengada. What mind believe, body can achieve. ( ayat siapa nih? ) Makan ubat pastu pergi sambung belajar! Go..go..! Saya boleh!

Sekian. Tolong doakan saya sihat cepat dan boleh revise habis-habisan sebelum ke exam. (psss.. saya dah study awal-awal tapi saya banyak lupa gak.. hehe). Oh ya, jangan lupa doakan saya dan kawan-kawan sukses dalam exam Sabtu ni jugak yer. Terima kasih!

13 comments

Shazwani Adnan | March 18, 2009 at 7:12 AM

salam ainul

kenapa sampai berdarah hidung tu? apa pun, kita doakan awak lekas sembuh ok?

and all the best.

Ainul Arina Madhiah | March 18, 2009 at 7:44 AM

kak wanie:

ws. entahla kak wanie. Tiba-tiba je dia keluar. Ainul pun tak tau. Terima kasih ye atas doa.. ^_^

DAMAI | March 18, 2009 at 10:20 AM

salam sayangku ainul ^^

aduhai,pilunya akak baca entri kali ni...

sabar ya ainul...semoga dengan ketidaksihatan itu dan berkat kesabaran kamu,Allah akan mudahkan urusan peperiksaan kamu...insyaAllah ^^

shinja | March 18, 2009 at 1:40 PM

wah hebat kamu eh dlm belajar. Bgus..truskan usaha kamu moga menjadi seorg doktor yg hebat & solehah.
Owh ye, apa petua eh utk naikkan semangat ketika stdy?

Ahmad Saifuddin Amran | March 18, 2009 at 3:04 PM

Betul. Kalau study sekadar mahu lulus, atau berasa cool kerana belajar medic dan mendapat title doctor, tukarlah course awal-awal sebelum kita melakukan pembunuhan.

Tak ada punya hypovolumia kalau hidung berdarah. Tak mati pun. Derma darah satu pain pun tak mati. Waktu-waktu nak tukar musim, biasalah hidung berdarah. Yang penting jangan korek hidung kuat-kuat, nanti berdarah balik.Haha.

Kalau kita sudah berasa nikmat dengan ilmu, bila-bila pun kita akan sentiasa semangat untuk belajar. Okeh selamat berexam.

p/s: upload la gambar hidung berdarah sekali. wakaka.

Ainul Arina Madhiah | March 18, 2009 at 3:32 PM

kak maya:
ws. pilu ke? huhu.. takdelah teruk sangat pun akak.. biasa-biasa aje nih... tapi apa2pun, terima kasih ye atas doa tu. Aminn..

ustaz shinja:
saya budak biasa je. Cuma terlebih struggle sebab tak sedia kot. HUhu..Insyallah saya akan cuba capai cita-cita nak jadi doktor yang hebat dan solehah tu. AMinnn.. Nak naikkan semangat waktu study?

Erm, kalau ikut perangai saya, saya suka bayangkan masa depan saya, atau muka mak ayah saya atau tengok cerita-cerita yang naikkan semangat balik macam house, dragonzakura, dll la.. Tak pun saya gi mintak semangat kawan-kawan atau erti kata lain pegi menyibuk studi dengan diaorang. Bila tengok orang rajin studi nih, saya jadi kecut perut sket la kalau tak study.. Mintak kawan nasihat sket ke, kasi semangat sket ke atau bebel sket sebb takde mood belajar. Lastttt sekali kalau tak leh gak, saya suka tukar persekitaran either belajar tempat lain atau tukar arrangement bilik dan tempat studi. Angin baru, jiwa baru. Ha, lagi satu! Tampal banyak2 depan mata tu kesan-kesan jika tidak belajar.. Konfirm pas tu terus nak belajar insyallah.. Ops, panjang la plak saya kasi.. Hehe..

Senior saifuddin:
aish, hypovolumia tu terfikir sebab nota HLS berlonggok depan mata la. Memang la tak logik berdarah hidung kena anemia. Aigoo.. btw, Thanks for the wish!

p/s: Gambar hidung berdarah tak leh upload. Karang dracula kalah audition untuk next movie. Kesian dia sebab saya curi periuk nasi dia.

Uwais Amzar's Family | March 19, 2009 at 8:27 AM

uwais amzar:

salam

kakak ainul pun x sehat ye..
agaknya panas dalam kot..
uwais dan hanin demam teruk..
mg kita cepat sembuh!!

aRa_HaNi | March 20, 2009 at 1:37 AM

salam..
smg ainul cepat sembuh dan leh jawab exam dgn cemerlangnya..
huhu..best dgr orng smangt study nie.. walaupun sakt..tp xpe je..sakitkan boleh hilangkan dosa..
lae byk ujian maknanya ALLAH SYG..
he..stay cool..c YA!

alhanin | March 20, 2009 at 10:43 AM

Syafakillah dik.. gud luck exam esok.. betul cakap ara_hani tu.. sakit ni ALLah bagi kita jalan untuk hilangkan dosa dan mungkin dia inginkan perhatian kita.. banyakkakn istigfar ^_^

Pijah | March 20, 2009 at 11:21 PM

Cakk !

Assalamualaikum kak arina. :)

moga cpt sembuh. Takpe, study dlm sakit, mungkin tu lg berkat. hehe.

gud luck yek. utk kwn2 akak skalik. wish secara pukal. :D

~najihahfaizah~ | March 21, 2009 at 2:58 AM

syafakillah ukhti..
bittaufiq wannajah..
:]

Ainul Arina Madhiah | March 21, 2009 at 11:14 AM

adik uwais:
ws.. laa.. uwais ngan hanin pun tak sihat gak ek? ish22.. syafakallah ye uwais.. Hanin pun sama. moge cepat sembuh..

farah:
thanks a lot farah.. insyallah, moga sakit ni jadi penebus dosa-dosa ainul yang bertimbun.. Aminnn.. ^_^

kak ahiasah:
syukran jazeelan kak! Aiseh, terharu plak ex-mama datang menjenguk. hehe.. Terima kasih atas nasihat tu yer.. Betul la tu.. At least bila sakit ni, memang sangat sentiasa teringat Dia. ^_^

Ainul Arina Madhiah | March 21, 2009 at 11:16 AM

pijah:

Wa'alaikumsalam adik pijah. Hehe... First of all, tahniah la pijahhh!!! Tahniah atas SPM dan tahniah sebab lulus kereta.. Haha~ Terima kasih menjenguk. INgat gak awak kat akak yer.. hehe.. Nak sambung mana pas nih?

Najihah:
Syukran najihah.. alhamdulillah, kullu kheir insyallah.. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images