Program Ziarah Anak Yatim

Salam

Semalam saya berpeluang ikut rakan-rakan pergigian pergi program berbuka puasa di Markas Aitam Irbid ( rumah anak-anak yatim di sini ). Sepatutnya yang perubatan sudah pun buat haritu tapi saya tak dapat ikut sebab ada hal. Jadinya, sebab nak pergi jugak saya menyelit ganti di program pergigian pula. Nasib baik ada seorang akhawat perubatan yang ikut sekali. Takdelah malu sangat menyibuk. Hehe..

Kami bertolak ke markas tersebut pada jam 4.30 petang. Setiba di sana, kami disambut dengan meriah oleh Ukht Fatimah yang merupakan tenaga pengajar di situ. Seronok betul dia nampaknya sewaktu kami datang. Alhamdulillah, hari ni rezeki anak-anak kat sini bertambah insyallah. ^_^


Sementara tunggu waktu berbuka, kami disajikan dengan persembahan anak-anak di markas ini dan juga tayangan aktiviti di sini. Sangat menarik! Comel budak-budak tu beraksi kat depan pentas walaupun ada yang malu-malu sampai muka toleh belakang sebab segan. Mereka bernasyid, membaca ayat quran, dan paling menarik adalah sayembara puisi arab " Win Abi ? (Mana ayahku) " (kalau tak silap tajukla..) oleh adik Isra' yang sangat tegas dan bersuara lunak.





Kemudian, yang akhwat bergerak ke dewan tingkat untuk makan beramai-ramai di sana. Sebelum buka puasa, kitaorang serbu bersembang dengan budak-budak kecik kat sini sambil kasi diaorang coklat. Ada yang peramah dan ada gak yang malu-malu kucing. Sampai merah muka sebab segan akak-akak ni galak sangat bertanya. ^_^

Tapi itu awal-awal je la. Dah lama-lama tu diaorang makin terbuka. Siap main tarik-tarik kami lagi suruh tulis nama kat papan putih dan main-main dengan diaorang. Oh ya, lepas buka puasa kitaorang main ramai-ramai kerusi berirama. Ya Rabbi, macam tak dapat beza mana kakak mana adik waktu nih. Meriah sungguh! Paling tak tahan, top three winners tu adalah kakak semuanya. Adik hilang dah.. =P Huhu, tapi seronok sangat main dengan diaorang.



Sambil tengah nak makan nasi, kami sempat lagi bersembang-sembang dengan diaorang. Korek habis-habisan segala pertanyaan. Tapi saya terpegun juga dengan kanak-kanak kat sini. Semuanya hebat-hebat dan bercita-cita besar. Bayangkanlah ada seoarng tu bila saya tanya " Adik nak jadi apa nanti? ", dia jawab dia nak jadi penerbit buku atau pengarang kitab. Aiii, hebatnya.. Ada juga seorang tu yang semangat bercerita dengan kami tentang nabi. Siap keluar segala hadis panjang lebar tu. Ternganga juga kami dengar. Padahal umur baru je 11 tahun. Itu belum campur yang bacaan qurannya sangat lancar dan penuh taranum berserta hafazan semua. Mantapnya!



Memang saya kagum dengan diaorang ni. Semuanya nampak je biasa tapi sebenarnya bila tau sedikit sebanyak pasal diaorang, memang terasa sangat rendah diri. Diaorang ni walaupun hidup susah, ada yang tak ada mak, tak ada ayah tapi diaorang masih cekal nak belajar setinggi boleh dan bantu keluarga dan jadi orang yang berguna bila dah besar. Memang saya tak lepas peluang la nak usap kepala anak-anak yatim kat sini. Terasa sayang sangat-sangat bila tengok muka diaorang. Sejuk je hati rasa. Ni yang nak datang lagi nih!


Di sini, sempatlah saya berkenalan dengan Isra', Ruwaida, Tahani, Nur, dan ramai lagi adik-adik yang lain. Semuanya comel-comel dalam baya sebelas tahun ke bawah. Tengok muka-muka diaorang ni jadi teringat pada adik-adik di Malaysia. Tapi bezanya mereka ini lebih kuat menghadapi hidup tanpa kehadiran insan-insan tersayang. Tabah kan? Sayu je hati nampak budak-budak ni gelak ketawa waktu main dengan kami. Moga mereka nanti dikurniakan Allah dengan sesuatu yang lebih berharga di sisi-Nya.

Puas betul hari ni dapat jumpa anak-anak yatim di Markas Aitam ni. Sebelum ni kami hanya setakat serah sumbangan tanpa berjumpa mereka. Oh ya, di sini kami ada buat program adik angkat dengan kanak-kanak di Markas Aitam. Sekumpulan pelajar bantu menyara seorang adik kalau tak silap. Sebulan 3 dinar seorang dari satu kumpulan je pun. Tapi kalau nak kasi lebih lagi bagus. Sumbangan diberi setiap bulan untuk bantu kurangkan beban adik-adik ni bayar yuran sekolah, beli perbelanjaan dan sebagainya. Insyallah, moga apa yang kami mampu buat setakat ni diterima amal oleh Allah s.w.t.

Makanya, nak ucap terima kasih pada pihak yang terlibat uruskan program ni semalam. Syukran jazeelan katheeran. Pada yang teringin nak turut serta bantu adik-adik kita kat sini lepas ni, bolehlah rujuk JKK PR yer. Besar ganjarannya kita bantu mereka yang yatim di dunia nih. Semoga semua beroleh menfaat dan pahala yang Allah janjikan. Sekian~

p/s : Next buat la lagi yer! ^_^

6 comments

Anonymous | March 17, 2009 at 12:49 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
silversarina | March 17, 2009 at 4:32 PM

Bagus program yang dijalankan. Nampak macam rumah anak yatim ini ditadbir dengan begitu baik dan Islamic sebab anak2 di situ diberi didikan agama .

Teruskan usaha murni ini.

Aleen | March 17, 2009 at 11:13 PM

Assalamaualikum..

Hehe.. ade correction ainul, bkn sorg pelajar sara seorg adik, tp seKumpulan pelajar berkongsi menyara seorg adik yg kifalahnya jd30 sbln.. =)

Hehe..

BTW, yg paling menyentuh hati dlm sajak tu ialah.. "Uriidu abi, uriidu abi.. (I want my Daddy).. Tau x, sampai terbawak ke mimpi yg sgt sedih mlm td... Rindu ayah..

are-ku~ | March 18, 2009 at 5:45 AM

waa..bestnya dia...
nak ikut gak....
cumil2 la budak2 neyh...geram i tgk..
hahaha..^^

Ainul Arina Madhiah | March 18, 2009 at 7:42 AM

makcik sarina:
haah, betul tu makcik.. insyallah.. moga kami dapat terus bantu diaorang mana yang mampu.

aleen:
oh, ek? terima kasih kasitau... dah terfikir dah tadi tapi terkeliru plak.. ^_^ haah la aleen, ainul pun terasa macam tengok balik video tu time isra' sebut kat depan semalam..

roronija:
jom2 cik kak.. nanti balik malaysia, kita buat kat sana nak? heeh

Anonymous | March 20, 2009 at 11:23 AM

saLam...haha,masih teringat gak acara rebut kerusi tu..kena ambek tips ngn para pemenang terutamanya the 1st winner..terer btol!!-

TAK BAGI PELUANG-IKLAN RIDSECT..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images