Minggu Maulud

7:57 PM 4 Comments A+ a-

Bismillah...



Bersempena Maulud Nabi kali ini, ada banyak program yang telah tersusun. Boleh rujuk blog JKKPR di sini. Insyallah, kita cuba naik tarafkan diri menjadi ummat yang lebih baik dari sebelumnya.

Minggu ini antara minggu yang terpadat rasanya. Organizer saya sudah cukup terisi. Itu belum campur dengan Mid Term yang bakal menjelang 21 Mac ini. Harapnya masa yang ada dapat saya guna sebaiknya. Bab guna masa ni saya memang kena perbaiki lagi. Kata orang Allah sayang kita bila kita tiada masa lapang. Maknanya, Allah mahu hari kita terisi dengan baik. Insyallah, sama-sama cuba perbaiki.

Oh ya, semalam Asyraf telefon. Sembang-sembang sebentar mengenai hidup di Intec. Rindunya nak ke sana. Semua yang dia cerita masih segar dalam ingatan. Asramanya, kehidupannya, guru-gurunya semua sama. Cuma ada sedikit penambahan sebab dia sudah boleh pakai semua pasar raya yang baru dibina waktu saya di sana. Takpelah, nanti nak ke sana juga.

Asyraf ada minta tolong. Mahu carikan info tentang autopsi bagi kerja Ethic Sir Izzuan. (Haish budak ni, sampai ke JOrdan dia cari kalau nak minta kakak dia tolong cari benda kat internet.) Aha, dulu saya kena buat Euthanasia. Sedap gak la proses-proses nak buat kerja Sir. Terasa macam sudah jadi budak Master pun ada. Hehe..

Satu lagi yang terakhir, kalau ada budak Russia terbaca entry ini, adik saya ni minta pendapat kalian University mana yang bagus di Russia. Ada tiga nama dia kasi. Tak ingat nama apa. Dia mahu tahu pro dan kontranya. Kalau boleh, mahu tahu dari senior-senior di sana. Terima kasih..

Minggu depan, result SPM keluar. Good Luck Asyraf! I'll be waiting for your news. Tawakkaltu 'ala Allah.. ^_^

4 comments

Write comments
March 5, 2009 at 1:01 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
March 5, 2009 at 2:15 AM delete

Eh komen off-topic lak. Delete2

Reply
avatar
Fathiyyah
AUTHOR
March 5, 2009 at 10:01 AM delete

a'haaaa..sir izuan! rindukan Sir yang suka bg keje susah2..

huhu..ainul,bila mahu siap tag?
lalalala

Reply
avatar
March 5, 2009 at 1:56 PM delete

senior saifuddin:
komen apa yang senior taip awal2 tu? pasal gambar kapal tu ke?

fathiyyah:
haah, first time dapat task sir dulu, pening kepala nak buat macam mana. Nak kata buku skrap bukan, nak kata laporan biasa pun bukan. Terasa macam pengarang tesis plak.. hehe.. erk.. huhu.. ampun la fathy.. minggu ni teramat la busy.. nanti ainul buat yer.. masuk buku tiga lima dulu.. jangan marah na.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *