Guruku Si Adik Buta

Salam

Pertamanya, Alhamdulillah peperiksaan HLS sistem sudah pun tamat tadi sebelum Maghrib. Cuak tak terkata awalnya sebab gemuruh dan tak sedap badan. Tapi bila dah tengah buat peperiksaan, tiba-tiba ada satu kekuatan pulak datang nak habiskan cepat. Tapi sayang sumbernya datang dari tekanan oleh orang Arab di sebelah yang meniru. Ya Rabbi, sudah diberi amaran pun tak serik-serik. Terasa macam nak pecahkan tembelang dia on the spot je! Nasib baik Encik Pengawas tu selalu intai dia. Harap sangat dia diberi hukuman supaya sedar kesilapan dia. Haissshhh...

Syukur juga dalam tertekan-tertekan itu pun, keputusan saya memuaskan. Hanya tergelincir 1 markah dari sasaran study group saya. Erm, tak apalah. Ok sangat dah la tu kalau nak banding dengan usaha saya belajar dalam keadaan tak sihat. Alhamdulillah. Siksa betul la tadi jawab soalan sambil tahan batuk. Kalau lepas selalu karang, takut mengganggu orang lain. Keluar saja dewan tadi, terus saya batuk sepuas hati. Fuh, lega.. Suara pun dah jadi macam rockers. (-_-)"

Hurmm.. Tadi maghrib, lepas balik saya singgah ke rumah mama (tuan rumah) untuk beritahu tentang kerosakan di rumah. Macam biasa, singgah maknanya kena minum-minum dulu. Dah lama tak melepak lama-lama kat sini. Barulah tadi saya terperasan yang mama baru dapat cucu baru, Yamen namanya. Comel ya amat la budak tu! Mata bulat, rambut perang, putih melepak betul-betul tipikal muka Jordan. Hillu katheer (Comel sangat-sangat!! ) Nasib baik mak dia ada, so tak berani la nak cuit lebih-lebih. Mak dia menantu baru mama tahun lepas, dari Saudi tapi muka Jordan je walaupun tak seputih ' Kak Abyad Katheer' ( nama panggilan kami dan mama untuk menantu mama lagi sorang yang dari Bosnia merangkap jiran rumah kami. Kak Abyad sangatlah abyad (putih) warnanya kulitnya.. Lawa sangat! Lupa la pulak nama dia. Ingat warna kulit dia je. =P ). Kakak yang dari Saudi ni pendiam sikit. Segan agaknya.

Tengah-tengah main dengan Yamen tadi, Kak 'Abyad' kasitau yang anaknya, Isra' kena buat persembahan nyanyian bahasa inggeris di sekolah dia. Apa lagi, kami tuntut la pula suruh menyanyi depan kami. Isra' mula-mula malu-malu tapi lama-lama dia pula semangat nak bersembang. Rupanya dia menyanyi lagu "Happy Mother's Day". Alamak, baru teringat! Hari ni Hari Ibu la.. Patutla dari tadi tv rumah mama asyik keluar iklan hari ibu je. Hoooo, lupa sangat-sangat! ( esok saya kena telefon mama balik di Malaysia! )

Isra' menyanyi sangat lancar dan sedap serta jelas sebutannya bahasa inggerisnya. Wah, rupanya dia pandai cakap English la.. Fasih pulak tu. Selama ni tak pernah pun nak bersembang dengan kami. Malu rupanya. Tapi tadi dia semangat cerita tentang sekolah dia, kawan-kawan dia, cikgu dia yang dari Canada dan macam-macam lagi. Saya teruja sangat dengar. Sebabnya Isra' ni sebenarnya buta penglihatan. Walaupun buta, mak ayah dia tetap hantar pergi sekolah khas untuk kanak-kanak cacat penglihatan yang mana sekolah tu dicampurkan antara yang normal dan yang buta. Adik Isra' yang normal, Rahaf pun belajar di situ. Isra' banyak belajar guna telinga. Cepat menangkap dan sangat bersemangat untuk belajar. Tambahan sekolah khas tu memang nak didik pelajarnya fasih English dan France. Jadinya, mereka ini walaupun cacat tapi kemahiran berbahasa mereka sangat tinggi. Kalah budak-budak baya mereka yang lain tu. Tadi pun, lancar je dia speaking English dengan kami. Hebat kan Isra' ? Saya pula yang naik semangat tengok dia. ^_^

Tapi Isra' tak ambil subjek France. Rahaf sahaja yang ambil. Itu pun dia boleh lagi belajar sendiri bahasa France dengan dengar kawan-kawan dan adik dia bercakap bahasa itu. Saya sempat uji diaorang tentang asas ucapan dalam France. Bonjour contohnya. Tapi memang sahihla yang bagi diaorang itu benda senang sebab diaorang belajar. Boleh pula si Isra' terang panjang lebar Bonjour tu untuk apa pada saya. Lucu pula bila dia jadi cikgu sekejap pada kakak-kakak nih.

Tapi yang penting, saya kagum sangat sebab dia sangat bersemangat nak cari ilmu walaupun buta. Dalam masa yang sama, saya jadi tersedar pula yang betapa saya ni sangat bertuah sebab cukup sifat serba-serbi tapi betapa semangat saya masih tak setanding dengan semangat besar Isra' yang berusia setahun jagung ni. Malunyaaa... Saya tak sepatutnya cepat putus asa dalam hidup walaupun saya kena berdepan dengan banyak cabaran macam masalah kesihatan baru-baru ni. Bila tengok Isra', saya terfikir banyak sangat benda dan dapat banyak ilham untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Isra'! Terima kasih sebab ingatkan akak tentang Hari Ibu dan beri akak lihat contoh kekuatan yang sangat ketara dalam diri kamu. Moga hidup Isra' sentiasa dipermudahkan dan dirahmati selalu.

** Saya ada banyak sangat ucapan nak ucap hari ni :

1) Selamat Hari Ibu untuk mama tersayang. Baru tadi telefon sebelum periksa, malam ni dah rindu balik sebab terlupa nak ucap ucapan ini. Selamat Hari Ibu juga pada Mak Ana dan semua ibu-ibu yang ada di dunia tak kira di mana anda berada. Seperti yang Isra' dan Rahaf nyanyikan tadi : You're the greatest person in our world and we love you mom !

2) Selamat Pengantin Baru kepada sepupu saya, Siti Rahmah di Sabak Bernam yang baru berkahwin tadi petang. Riuh sekampung saya dengar waktu saya telefon sebelum periksa tadi. Jelesnya! Nak balikkk! T_T Siti, kalau kamu baca ini, Kak Ina doakan kamu kekal bahagia hingga ke syurga. Tahniah! ^_^

3) Selamat Hari Lahir untuk kawan yang hari lahirnya jatuh esok hari, Atiqah Dahlan a.k.a One. Terbayang-bayang aktiviti amende pula la yang warga CSI buat tahun ni.. Hehe.. One, semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat... (^_~)Y Oh ya, saya nak ucapkan juga selamat lahir lahir lengkap semua dalam satu di sini untuk seluruh warga Anak-anak bulan Mac kat Irbid nih yang dah lepas selama 21 hari.

4) Selamat Belajar Sistem CVS pula kepada semua warga Peubatan JUST MEP7 tahun dua yang dah selamat habis periksa tadi. Esok mula sekolah ye kawan-kawan. Jangan memonteng okeh ! ^_^

5) Terima kasih saya ucapkan pada sesiapa yang doakan saya tempoh hari sejak saya tak sihat dan nak ambil periksa.. Terharu pun ada. Makin semangat rasa nak belajar waktu tu. Terima kasih tak terhingga!! Alhamdulillah, ada keberkatan yang saya dapat sepanjang minggu ini. Banyak juga yang boleh saya gembirakan walaupun badan tak berapa sihat. Terima kasih ya! Moga Allah balas sesuatu yang lebih baik untuk kawan-kawan saya sekelian di sini.. Amin ya rabbal alamin...

2 comments

Nik Fauziah Nik Hussin | March 21, 2009 at 5:59 PM

Salam ainul,
Tahniah kerana dpt menjawab dengan baik...
Kat sana dah sambut Mother's Day ker? Klu ikut kalendar, kat US dan M'sia 10 May. Akak pn selalunya tak pernah ingat pn. Cuma bila tgk en3 ni, terus check.. Sbb biasanya hari ibu ni dlm bulan mei.
Semoga ainul cepat sihat.

Ainul Arina Madhiah | March 21, 2009 at 6:30 PM

kak nik:

ws akak.. eh, haah ek.. Akak ckap baru ainul teringat selalunya hari mak ayah ni bulan mei, tapi kat sini memang diaorang dah sambut sekarang nih.. Huhu.. lain tarikh kot..=P apa-apa pun, terima kasih ye akak atas wish tu. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images