Dari Doktor Untuk Bakal Doktor

4:42 AM 5 Comments A+ a-



Salam

Semalam dalam kelas Introduction of CVS saya tertarik dengan pesanan terakhir Doktor Jaafar sebelum kuliah tamat. Katanya, kami kena ingat pesanan ini seumur hidup terutama bila sudah berkerja sebagai doktor nanti. Manalah tahu tiba-tiba nanti kita ganti tempat dia dan merawat dia yang makin tua kelak.

Pesanannya : Always Look At Your Patient As One Of Your Family

Doktor ada pesan untuk jadi doktor, jangan merawat orang sambil lewa. Kita kena bayangkan pesakit kita adalah keluarga kita sendiri. Sebagaimana kita sangat mahukan keluarga kita dapat rawatan yang terbaik dan sembuh segera, seperti itulah yang keluarga pesakit kita harapkan kepada kita.

Jangan pula disalahertikan tentang etika profesional kedoktoran. Memang sebagai doktor yang profesional, kita tak boleh terlampau beremosi dengan pesakit. Tapi kalau kita tak ada apa-apa perasaan waktu merawat orang nanti, pesakit takkan rasa bahawa kita berjuang nak membantu dia dan secara tak langsung proses perubatan macam jadi tak kena. Antara pesakit dan doktor, masing-masing kena faham keadaan masing-masing terutama yang doktor.

Doktor perlu banyak main peranan dan bertindak. Dia kena kuat luar dalam tapi dalam masa yang sama dia kena jadi orang yang penyayang dan prihatin kepada persekitaran. Sebab itu doktor Jaafar nak kami lihat pesakit sebagai keluarga sendiri supaya kami lebih 'ada hati' nak menyembuhkan mereka. Doktor sekarang ramai yang jenis merawat ala-ala kadar katanya. Itu masalah yang Doktor Jaafar sangat-sangat harap kami tak lakukan kelak. Merawat biar sampai habis option. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Semalam saya ada masalah di klinik. Pergi klinik hampir dua jam tapi tak dapat rawatan. Padahal pesakit lain semua dah balik dan yang datang lebih lambat pun dah siap.Bila ditanya pada jururawat, katanya fail saya dah dihantar dan suruh tunggu lagi. Tak ada sebarang inisiatif langsung nak tengok-tengokkan. Dah lama lepas tu, masih tak jadi apa-apa. Doktor yang ada pun dah keluar semua. Bengang punya pasal, saya balik rumah terus. Bila ubat di farmasi lagi cepat. Nak bising lebih-lebih pun dah malas dan tak larat.

Tiba-tiba waktu itulah teringat pesanan doktor Jaafar tadi. Betapa sakitnya hati pesakit kalau doktor buat tak endah macam tu. Orang datang klinik sebab sakit dan nak minta ubat. Tapi bila dapat layanan macam ni, sakit bertambah pada hati pulak.

Tak tahulah silapnya di mana. Tapi saya terfikir takkan mereka tak nampak langsung saya yang dari tadi duduk di situ. Dari ramai ke sikit ke ramai balik pesakit, saya tak beranjak langsung. Kalau saya tak perasan nama dipanggil, kenapa tak ada sesiapa yang terfikir nak tanya kenapa saya lama sangat duduk sana atau panggillah banyak kali macam pesakit lain. Waktu tu tetiba rasa sangat mengharap kawan yang jenis suka bersuara bila tak puas hati ada bersama. Itu kelemahan saya. Saya paling susah nak mengamuk depan-depan kalau jadi macam ni. Apa yang saya buat? Diam, simpan dan jalan.

Ok, mungkin boleh cakap doktor tak perasan. Yelah, nama pun manusia kan? Tapi bagi saya, ini satu pengajaran untuk saya yang bergelar doktor sendiri nanti. Memang mungkin bakal ada halangan, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk jadi prihatin pada orang yang mengharapkan saya. Kalau saya tak mampu, mungkin saya boleh serah pada orang lain. Sekurang-kurangnya saya tahu, harapan dia tak disia-siakan begitu saja kalau saya tak dapat tolong. Dan yang paling penting, ingatlah pesanan Doktor Jaafar tadi. Amin..

5 comments

Write comments
rafizzi
AUTHOR
March 23, 2009 at 5:26 AM delete

salam,
baru bbrp hari sy tak jalan² kat blog awak, tahu² dah byk post yg sy t'lps..huhu

anyways, good entry..wlupun sy bknlah doktor..tp sy fhm ape yg awk cuba smpikan..(actly sy minat jd doc sejak kecil lg, n da dpt pun twrn mara ke aussie, tp ALLAH takdirkan sy ke france amik engineering, n alhamdulillah sy rase sy dah tahu apa hikmah d sebaliknya)

nways, gud luck doktor!

Reply
avatar
Dr Zahau
AUTHOR
March 24, 2009 at 10:09 PM delete

salam ziarah..

doktor kerajaan la plg tension skali..serius..

da ad pengalaman pun..

Reply
avatar
March 25, 2009 at 6:50 PM delete

rafizzi:
ws. thanks for the wish.. btw, engineer pun penting dan bagus juga sebenarnya. Tapi saya memang out bab engine ni jadi memang takde langsung can ke arah sana.

dr zahau:
ahlin dr zahau
kenapa ek macam tu sekali? Kan bagus kalau swasta dan kerajaan sama je tahap layanan nya? Betul tak?

Reply
avatar
iNsAn KerDiL
AUTHOR
March 26, 2009 at 12:00 AM delete

salam...em betul la..tolong la rawat pesakit betul2...ni touch n go jerk...sejuk ati bile tgk doktor yang rawat family IKB baik2....kan ke bagus...

Reply
avatar
March 26, 2009 at 1:46 PM delete

insan kerdil:
ws.. betul2... baru la rasa semangat sikit nak cepat sembuh kan? =)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *