Bincang Dalam Gaduh

3:56 PM 14 Comments A+ a-

Salam



Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat...

Tapi sekarang ada satu kekeliruan yang memeningkan kepala sendiri.

Apa beza bergaduh dengan pertukaran pendapat?

Tengok kiri, ada..

Tengok kanan, ada..

Tengok depan dan belakang, ada..

Tengok yang dekat, ada..

Tengok yang jauh, ada..

Malaysia dan Jordan sama hebat bergolaknya..

Memandangkan garam belum cukup ditelan, terasa susah mahu membeza antara gaduh dengan berbincang bila semuanya bersuara dengan rentak yang pelbagai. Tinggi, rendah semua ada. Macam mana ya?

Mengharap dunia tanpa pergolakan? Macam satu angan-angan gayanya..

Bila hidup dilingkari pertengkaran, kepala pusing jiwa runsing. Nak menyampuk pun serba tak kena. Mahu melerai? Masih dalam episod percubaan. Ada sedikit risau dikata tidak profesional sedangkan itu semua hanyalah perbincangan.

Maka, kepala jadi bingung. Perbincangan atau pergaduhan? Kalau ikut rasa hati, teringin sangat rasa nak lari. Jadi pengabai tegar. Tapi kelak kalau dibiar tanpa peduli, takut natijah lain menghempap diri. Sudahnya paksa sahaja semua deria telan dan terima sambil cari pegangan peribadi dicelah timbangan semua pandangan.

Mahu berehat tapi tercari-cari rumah perhentian yang jendela hatinya sentiasa terbuka menerima deru angin suara, hiasan dalamannya tersusun tanda kepekaan dan ketelitian tuan rumah supaya tidak menimbulkan ketidakselesaan tetamu dan tuannya seorang yang patuh pada perintah tuhan supaya semua tindakannya bukan berlandas emosi tapi bertunjangkan iman.

Semoga semua perbincangan mendatangkan manfaat untuk kemaslahatan umat. Berfikir sebelum bertindak. Jangan ikut resmi lalang, makin ditiup makin bergoyang. Tapis biar sampai pati, jangan nanti rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Status : Acute Heart Infarction

14 comments

Write comments
al-huda
AUTHOR
March 25, 2009 at 9:55 PM delete

wah,tersurat dan tersirat..hik3

Reply
avatar
March 25, 2009 at 11:40 PM delete

huh.. penuh makna tersirat..!! ;)

Reply
avatar
mahasiswa
AUTHOR
March 26, 2009 at 8:45 AM delete

salam.
ada masa kita kena tekan butang
"pause" bila lihat ada yang berbincang dalam bergaduh, supaya kita tidak terjerumus dalam menambah kecoh.
Bila emosional mendominasi, rasional dianak tiri.

'Tapis biar sampai pati, jangan nanti rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.' - mendalam maksud ni. ;)

Reply
avatar
rafizzi
AUTHOR
March 26, 2009 at 10:29 AM delete

salam,
byk benda² t'sirat ni..huhu
anyways, kdg², perbezaan pndpt tu sendiri satu rahmat dr ALLAH.. kalau smua org sama je opinion, x best n x variasi la.. huhu tp kite sndiri pun x leh la sombong², kene lah be opened sket, trima pndpt org len..kalo x, tu lah jd gaduh tu.. eee xske..xske...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 26, 2009 at 2:42 PM delete

Sebagaimana kau mahu orang lain terima pendapat orang lain,kau pun kena terima situasi dan keadaan ini.

Mungkin nampak macam bergaduh,tapi sebenarnya tak.Cara masing-masing.Pendapat memang ada khilaf,tapi dalam soal akhlak tiada.Apapun jagalah akhlak.

Reply
avatar
SRISUFI
AUTHOR
March 26, 2009 at 8:17 PM delete

Salam buatmu Ainul


Salam kenal kembali dari saya. Terima kasih sudi bertamu di blog yang serba kurang tu ye. Selamat berjuang di sana.


=)

Reply
avatar
March 27, 2009 at 9:51 AM delete

kak nabilah huda:
agak-agak faham tak? hehe~

kak ayu:
wa.. kak ayu pun nampak ek? bagus2.. hehe~

naqeb:
ws. yup, totally right! Daripada susah-susah nanti kena tekan butang 'rewind', ada baiknya kita 'pause' kejap.. hurmm...

Reply
avatar
March 27, 2009 at 9:55 AM delete

rafizzi:
itulah... nak mintak pendapat, tapi bila dah diberi, melenting pulak... haish, manusia..manusia...

anon:
ya, memang saya tengah belajar faham cara diaorang ni.. sebab tengah cuba nak belajar ni ya terasa macam pening sket nak cuba adapt.. but never mind, i'll try my best. =) tapi saya sangat2 setuju, tiada khilaf dalam akhlak!

kak srisufi:
wa'alaikumsalam akak.. terima kasih juga bertandang ke sini. =)

Reply
avatar
March 27, 2009 at 6:35 PM delete

Dua tiga menjak ni asyik emo saja ya.

Reply
avatar
March 27, 2009 at 10:51 PM delete

senior saifuddin:
erk, mana ada saya emo....

Reply
avatar
husna zahran
AUTHOR
March 28, 2009 at 11:10 AM delete

salam..
ainul..amboi bahasa..bukan main lg yer dia berkias2..hehe

biarkanlah mereka bergendang sumbang,jangan pula kita menari sama..

biarkanlah mereka berdondang sayang,jangan kita berzapin sama..

Reply
avatar
March 28, 2009 at 12:27 PM delete

kak husna:
acece.. mengata dulang paku serpih, mengata orang kak husna lagiii lebih.. mana boleh ainul nak celen dengan kak husna punya bahasa klasik dan peribahasa baru.. haha~ =P

Reply
avatar
Dr Zahau
AUTHOR
March 29, 2009 at 1:02 AM delete

hah..besanya..

kalo org da gaduh dlm berbncng..
mmng yg 'jahil' x kn mengaku kalah nye..so..moralnya..

jgn dibawak masuk org yg 'jahil' ke dalam meeting..hah..ni Imam Syafie yg ckp ni..amik point je..

Reply
avatar
April 3, 2009 at 1:00 AM delete

dr zahau:
owhh... tapikan macam mana nak tau awal-awal kalau taknak masukkan dia dalam meeting..? huhu..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *