10 Pencetus Rindu Pada Dia

6:04 AM 15 Comments A+ a-

Salam..

Kata orang, satu gambar boleh ceritakan 1000 kisah. Kalau macam tu, saya nak cakap sikit sahaja kali ni. Kita letak banyak gambar yer!



Saya rindu siapa? Saya rindu dia.. Kenapa saya rindu dia? Apa buat saya rindu dia?

1. Kata- kata dia bila saya tertekan dan perlukan seseorang untuk memberikan sokongan




2. Masakan dia yang istimewa terutama bila jadi ketua tukang masak pengantin di mana-mana atau sewaktu saya balik ke rumah!




3. Pejabat dia tempat saya lepak setiap hari waktu cuti saya di Malaysia kalau bosan di rumah. * Menyibuk sungguh budak nih suka mengikut pergi pejabat macam budak kecik! *




4. Belajar silat dengan dia bersama adik-adik dan sepupu lain yang lain waktu malam di gelanggang belakang rumah. * Takmau ngelat dah pasni! Kecuali kalau dah malas*




5. Tempat saya dan dia melepak sama-sama berjam-jam berdua waktu lunch pejabat dia. Pastu borong buku banyak-banyak sambil janji sorok daripada pengetahuan mama! *Ampun mama! Tapi lepas ni nak buat lagi..*




6. Buku-buku dia yang membukit terutama sebuah buku puisi lama dia yang sudah diturunkan pada saya. Mana kan tumpah kuah kalau tidak ke nasi agaknya ya?




5. Tempat dia lepas penat setiap petang yang dulu kosong waktu mula operasi sampai sekarang penuh bunga, pokok dan segala tumbuhan sampai tak tahu nak letak mana dah..




6. Aktiviti waktu maghrib bersama keluarga di rumah. Inilah waktu paling best nak berkumpul selain depan tv dan di meja makan! Jangan kami, kadang-kadang kucing-kucing itu pun menyibuk sama. Macam tau-tau je mereka.




7. Keluar berjalan ramai-ramai dengan dia satu keluarga waktu cuti atau pun makan luar ramai-ramai waktu tak cuti.



8. Kumpul semua benda yang saya tak faham dalam pelajaran atau apa-apa benda sekalipin, himpun bawak balik rumah untuk tanya dia kalau-kalau dia tahu.



10. Dia lelaki kesayangan saya selepas Rasulullah .... Siapa dia? Dia abah saya !



9. Bila saya nampak orang-orang di sini jalan seronok-seronok dengan ayah diaorang. Saya nak balik buat macam tu jugak! Saya rindu ayah saya la. Saya nak balik buat semua yang saya nak buat dengan ayah saya balik. Bila nak balik nih?



Kenapa saya cerita tentang ayah saya hari ini? Sebabnya hari ini hari kelahiran ayah saya! 11 Mac 1964 yang lalu.. Ucapan kali ini saya tujukan khas buat tok saya :

"Tok, terima kasih sebab lahirkan abah Ina dan besarkan dia sampai abah jadi apa yang abah jadi sekarang. Eh, tokwan pun sama jugak. Terima kasih sebab didik abah elok-elok. Sebab tok ngan tokwan ada lah abah ada. Bila abah dengan mak ada, Ina pulak ada. Terima kasih banyak-banyak..."


15 comments

Write comments
DAMAI
AUTHOR
March 10, 2009 at 2:22 PM delete

salam buat seorang anak yang merindukan ayahnya...

selamat hari lahir ayah ainul ^^

untung ayah ainul ada anak solehah macam ainul ^^

Reply
avatar
March 10, 2009 at 4:55 PM delete

kak maya:

ws. terima kasih akak.. ^_^

Reply
avatar
March 10, 2009 at 7:10 PM delete

Wah3 anak manja ayah nih..
Apapun akak doakan ayah ainul sentiasa diberkatkan umur, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan imannya serta sentiasa menyayangi kamu sekeluarga.

p/s: Ayah ainul sama besdaynya ngan hubby akak hehe.. cuma tahun je lain..

Reply
avatar
March 10, 2009 at 8:39 PM delete

kak nik:
saya anak manja.. haha~ ntahla.. nak kata manja, saya sulung. Yang bongsu tu lagi ngada.. hehe.. Kamceng kot.. ^_^ Terima kasih yer.. Ah, lupa plak. selamat hari lahir gak pada suami akak..

Reply
avatar
nurunnuha
AUTHOR
March 10, 2009 at 11:18 PM delete

oh, ayah..

selamat hari lahir buat ayah ainul, ya! :)

Reply
avatar
March 11, 2009 at 12:11 AM delete

Pergh ada gelanggang belakang rumah. Bapak kaya-raya...

Reply
avatar
March 11, 2009 at 2:58 AM delete

Lagi satu, soalan cepu emas. Mengapa anak lelaki rapat dengan emak manakala anak perempuan rapat dengan ayah.

Menurut Sigmund Freud, ia merupakan Oedipus Complex dan Elektra Complex. Tapi menurut Islam bagaimana agaknya?

Kira serah kepada doktor untuk menjawabnya.

Reply
avatar
March 11, 2009 at 7:08 AM delete

kak nuha:
terima kasih akak.. ^_^

senior saifuddin:
kaya- raya amendenyer.. kat belakang umah ada tanah lapang, pastu taruk pasir, maka siaplah gelanggang silat.. kaya ke cenggitu? erm, soalan kedua tu tak tau la nak jawab mcm mana.. tak masuk silibus lagi.. Tapi pembetulan yer.. saya sangat rapat ngan dua-dua, mak rapat ayah pun rapat.. fair and square.. =) complex apa yang dua benda tu? cerita sket bleh?

Reply
avatar
March 11, 2009 at 3:21 PM delete

Saudari ni tinggal di mana? Kalau di Seremban tu, siapa-siapa rumahnya ada tanah lapang, maka keluarga bangsawanlah ia. Makan minum orang gaji yang jaga.

Maklumat di hujung jari. Gelintarlah di wikipedia tentang benda tu. Tak pun, nanti ambillah Introduction of Pscychology. Menarik. Nanti tahulah awak pasal id, libido, ego, superego, Oedipus complex dll. Dalam psychiatric nanti jumpa lagi. Kalau dah dapat gambaran awal, lagi mudah.

Secara ringkasnya, Oedipus complex ni adalah keinginan minda separa sedar seorang anak lelaki untuk memiliki ibunya. Manakala Elektra complex adalah sebaliknya.

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
March 11, 2009 at 5:12 PM delete

Alamak sekali ada typo pula. Sepatutnya Introduction into Psychology.

Reply
avatar
March 13, 2009 at 12:38 AM delete

senior saifuddin:

saya orang perak la. Takde sebarang kait-mengait dengan seremban pun. Di perak, tanah lapang itu biasa. Semua ada. huhu.. Orang gaji saya mana ada. Tak perlu dan tak mahu.

owhhh.. macam tu rupanya. Nanti saya cari bila2. terima kasih atas info.

Reply
avatar
laila UTP
AUTHOR
March 13, 2009 at 9:58 AM delete

ak pn rindu ayah aku jgk.
huhu. makin bz dia skrg.

Reply
avatar
March 14, 2009 at 3:24 AM delete

laila:
hoho... gi la balik lenggong.. dkT je pun ngan ipoh tu. Ke ayah ko kat KL? Weh, apa citer perak sekarang ek? Hangat sangat aku dengar.

Reply
avatar
are-ku~
AUTHOR
March 18, 2009 at 5:42 AM delete

waaa...kak ainul...tharu ah ngn post kak ainul ni..mau sebaldi gak ah menangis tharu...
best noo jdi anak ayh...
smoga ayah dan suma2 sehat hendaknya..^_^
sweet n very nce post...=)

Reply
avatar
March 18, 2009 at 3:13 PM delete

roronija:
sebaldi? hyperbola sungguh la budak kecik nih.. ihh.. hehe.. best2 jadi anak ayah.. =P insyallah, thanks yer..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *