Travelog Turkey II

11:47 AM 13 Comments A+ a-

Salam

Ok, sekarang saya nak sambung travelog ke Turki. Dah lama sangat simpan. Karang basi pula. Hari tu kita berhenti di perhentian Capadocia kan? Maka, sekarang kita teruskan perjalanan!!!

Untuk pengetahuan, kedatangan kami ke sini tak terancang pun sebenarnya. Keputusan diambil malam sebelum nak bertolak saja. Lepas buat syura di restoran Turki di lupa-nama-apa, kami sepakat sebulat suara mahu ke Capadocia berbanding ke Bursa. Kenapa? Sebab di Bursa hanya ada dua aktiviti iaitu ski dan membeli-belah. Tapi di Capadocia ada banyak tempat perlancongan dan pusat ski-nya terletak di gunung tertinggi di Turki. Lebih tinggi dari di Bursa. Yang uniknya, di Capadocia ada hotel dalam gua. Maka, ramailah yang berhajat mahu bergelar Ashabul Kahfi di sana. ^_^

Hari pertama di sini, kami bertolak ke kawasan bernama Devrent Valley. Kat sini, batu-batu dia terbentuk menjadi bentuk-bentuk haiwan secara semula jadi. Paling jelas, macam bentuk unta macam di bawah ni. Kami ambil peluang mendaki setinggi yang boleh di sini. Curam jugak laa.. Tapi dek lama tak memanjat gunung,panjat bukit pun jadi la nak lepas gian.. Bezanya, sini takde pokok la nak pegang-pegang. Jadi, hati-hati sendiri.. (^_^)Y



Kemudian, kami ke Chez Galip Pottery And Ceramic kepunyaan seorang penduduk tempatan di sini. Keluarga dia dah 200 tahun buat kerja seramik-seramik ni. Masuk kilang dia, memang kita akan kagum tengok seramik-seramik yang sangat cantik, unik dan lawa. Istimewanya di kawasan ini, seorang pemuda WAJIB tahu cara buat seramik sebelum dibenarkan berkahwin. Yang wanitanya pula kena tahu cara mengait tikar dan melukis. Kalau tak tahu tak boleh kahwin, ok! Pak cik ini sangat kaya kot sampaikan rumah burung merpati dia pun dia bubuh seramik mozek. Amboi!





Oh, ada satu tradisi unik di Turki yang kami baru jumpa. Pernah dengar "Botol Air Mata?" Haaa... Kat Turki waktu perang dulu, botol air mata ni bukti kesetiaan seorang isteri kepada suaminya. Waktu suami pergi perang, isteri akan kumpul air mata dalam botol ni bila teringat suami dia. Kalau suami dia mati dalam perang, botol berisi air mata tu akan disimpan sebagai mengingati suaminya. Kalau suami dia balik dalam keadaan selamat pula, isteri akan serahkan botol air tu pada suami dia sebagai tanda betapa dia sentiasa harapkan keselamatan dan kepulangan suami tercinta. Alahai, romantis kan? Tengoklah kawan saya tengah praktis di bawah nih. Hehehe...






Lepas tu, bas bertolak pula ke Gorome Open Air Museum. Sebuah kawasan bukit-bukit yang di dalamnya ada gereja-gereja lama Kristian Orthodok sewaktu zaman lampau ketika penganut Kristian diburu. Mereka sembunyi di sini. Banyak cerita lama yang kami korek-korek di sini. Rupanya Turki merupakan antara tempat perkembangan Kristian dahulukala. Banyak artifak Kristian ada di sini.






Puas geledah gua, kami ramai-ramai berkunjung pula ke Ozler Central Artisanal, sebuah pusat batu-batu permata Turki yang sangat terkenal dan mahal! Eh, kalau siapa kaya tu, maknanya takde la mahal sangat (ayat sedapkan hati yang sedih tak dapat beli.. Hehehe.. =P ) Kami yang dah sengkek ni menjamu mata dan minum teh epal saja la kat sini. Nak beli macam poket dah kering. T_T Siapa nak datang, sila bawa duit banyak sikit yer. Lawa-lawa tau barang-barang kemas kat sini. Tak rugiii..



Dalam perjalanan balik, kami singgah tengok istana apa ntah namanya. Tapi istana ni kat gunung. Kalau tak silap, dia terbentuk sendiri. Ha, disini kami berposing dengan seekor unta yang umurnya sangat tua. Gedabak sungguhla unta tu. Ada orang kena cium dengan unta ni! Hahaha.. Tu la, kacau dia lagi siapa suruh. Habis bau busuk.. =P Dah habis sehari, kita balik berehat ke hotel. Semua dah semangat nak tunggu esok. Sebab nak main ski!!!! Tapi ada satu je tak best. Akhawat tak dapat jadi ashabul Kahfi. Dengarnya hotel gua tak cukup. Ada beberapa syabab je yang dapat merasa.. T_T




Yaaa, sudah sampai masa yang dinanti-nantikan. Nampak muka semua excited teramat terutama adik-adik junior yang sangat mengidam nak jumpa salji tu. Yang akak-akak kunun buat muka rileks la dah pernah salji walaupun sebenarnya hati teruja ya amat nak main ski. Kami punya lokasi di Kayseri. Tempat ni sentiasa bersalji sampai keluarlah lawak tempatan Turki yang berbunyi "kalau ada orang meminjam duit, dia hanya akan bayar bila salji di Kayseri cair" maknanya sampai kiamat la dia takkan bayar!


Kita tengok ya gambar-gambar sekitar kami main salji ni. Kat sini banyak juga permainan lain. Ada snow car dan snow board. Pada yang tak larat nak jalan sendiri, kita ada snow taxi! Pakcik teksi tu bawak taxi motor macam nak main formula one je. Laju bukan main. Tapi best sebab dia angkut tempat jauh2 yang bukan tempat main ski sangat. Merata memusing tapi banyak gak duit terbang.




Mula-mula datang, ronda-ronda bawah saja. Lepas tu ustaz ajak naik kereta kabel ke atas puncak. Angkut la semua peralatan sekali. Kabel car pula jenis tak reti berhenti. Jadi nak naik kena sodok dengan kereta, nak turun kena lompat. Aigoo.. Bila dah ke puncak yang curam tu, ingatkan lepas puas bergambar boleh turun balik, sekali ustaz tak beli tiket turun!!! Nak turun bayar sendiri! Waaa... T_T Mahal la.. Sudahnya apa lagi, semua pakai berski, berkereta la turun.



Penurunan bukit bersalji sangat mencabar. Dah tak nampak depan sebab sangat berkabus dan curam serta jauh satu hal, tetiba salji turun lebat satu hal. Nak main ski takut terjunam terus. Last-last yang penakut-penakut ni, jalan kaki sikit-sikit turun bukit. Tak larat jalan, naik ski pulak. Tapi bila naik ski, konfirm terus terbang turun bawah.. @_@ Bagus gak. Jimat masa nak turun. Terus tergolek turun bawah walaupun tak sampai-sampai. *Mintak ampun la pada para penski yang pro.. Kami suka sangat buat sekatan lalu lintas kat korang*




Tapi tabik spring gak la pada penski lain. Diaorang suka tolong kami kalau dah jatuh. Susah kan nak bangun kalau kaki dah jadi macam kaki itik yang panjang tu. Tambah-tambah kalau yang jatuh pada kedudukan kaki dan badan yang berbeza sudut. Mak ai, macam nak patah pinggang je... T_T Mula-mula malu gak asyik tersembam, terjunam, terguling, terbuat sarkas sampai terbang habis pemegang kiri-kanan merata tempat, tapi lama-lama bila asyik tak sampai-sampai ke bawah, semua dah lali. Lantaklah! Janji nak sampai bawah cepat. Tersiksanyer naik puncak!! Menyesal tak belajar kat bawah dulu..



Yang berkereta snow, sedapla sket. Duduk atas kereta, angkat kaki terus shhhhuuuuu menjunam ke bawah. Tapi kalau yang tak reti pulas stereng tu, ada gak la yang kereta terbalik masuk curam. Nasib baik kat curam tu tempat orang main ski pakai tali kabel. Jadi adalah hero-hero nak membantu gak. Kankankan...? Pernah sekali kami bawak lari kereta adik junior sebab tak larat nak main ski dah. Nasib baik kereta ski tu boleh bawak penumpang. Jadi adik junior tu tumpang kereta yang lain. ^_^



Payah gak rupanya main ski nih. Kesabaran sangat diperlukan terutama kalau dah terberada di puncak bukit. Pandai-pandaila turun! Waktu ni la nak berangan jadi pendaki everest yang tersesat di dalam ribut salji. Salji yang lebat bersama kabus yang sangat tebal membuatkan kami terasa mahu buat aksi S.O.S pula di situ.Hehehe.. Main ski tak sampai 100 meter dah tersembam balik. Dapat pula kalau sembam muka dulu, habislaaa... Nak jalan pun tak larat bila salji sampai paras lutut. Mengangkat kaki yang berat dek salji dan kayu ski yang berat dan tak selesa itu satu azab yang sangat tak best time main salji. Huish, stamina kena upgrade nih..



Dah habis separuh bukit turun barulah dapat adapt dah cara main ski. Boleh la buat skil turun tak jatuh-jatuh kecuali kalau ada aksi-aksi perlanggaran sesama manusia atau kereta. Yang penting jangan gelabah. Gelabah sket, terus tumbang! Huhuhu.. itulah saya yang sangat lega bila sampai di bawah! Tapi ingatkan kat bawah boleh aman berehat. Rupanya tersesat masuk kawasan perang pulak dah. Perang apa ek namanya? Perang Yarmouk lawan Mesir? Perang syabab vs Ustaz? Perang serang siapa turun lambat?
Ustaz Zaid dengan Ustaz Hazimin memang habis kena buli. Ish222... Siapa tak nak kena hambat, maka duduk la tepi sikit dari kawasan tu. ^_^





Dari pukul 8 pagi sampai lah pukul 4.30 petang kami main salji. Balik semua muka naik biru. Sebelum balik, kami makan Beef Bread di cafe dia. Kata Miss Ailin, Beef bread paling popular di sini. Memang patut la sedap kalau waktu sejuk-sejuk macam ni, makan benda pedas yang panas. Rasa kembali normal dari aura beku. Habis makan dan sembang-sembang, kami bertolak balik ke hotel dan semua lena kepenatan..





Sepanjang perjalanan ke Antakya, saya berjaya menangkap gambar beberapa tempat yang paling menarik di mata saya. Pemandangan-pemandangan ni buat saya sayu nak tinggalkan Turki. Banyak sangat benda yang saya dapat disini. Turki memang sangat berbeza dan ada magiknya tersendiri. Tanpa sedar, saya telah pun menumpahkan air mata sewaktu bertolak pulang meninggalkan bumi sejarah ini. Terbayang-bayang segala kesan tinggalan zaman Uthmaniah dan saya cukup sayu dan rindu untuk kembali ke zaman ke itu. Terasa hati mengamit-gamit mahu merasa hidup di bawah empayar dunia yang tertegak utuh di bawah panji Islam.

Dalam hati saya, tertanam satu tekad bahawa balik nanti, saya mahu berubah. Saya mahu lebih banyak berusaha membantu mengembalikan kembali kegemilangan Islam. Saya yakin hari itu pasti tiba. Tapi saya berharap agar saya dapat menikmati zaman itu walaupun hanya sekejap. Adakah kembali di Turki atau di tempat lain? Wallahualam. Tapi sepanjang 15jam perjalanan, fikiran saya terus hanyut memikirkan hal-hal ini. Turki, Ainul pasti rindu kamu!!

Ok, sampai di sini sahaja. Kembara sehari seterusnya di Syria sebelum kembali ke Irbid saya simpan dahulu. Eh, ada lagi dua tempat di Turki yang saya lupa titipkan sekali. Takpelah, simpan ke Syria sekali ya! Nanti saya siapkan bila-bila. Ada beberapa tempat menarik di Syria yang kami sempat lawat. Menarik! Insyallah, nanti saya kongsikan bersama lain kali. Harapnya yang di Turkey ini mencukupi dulu buat masa sekarang ya. ^_^ See you next time!

13 comments

Write comments
chi am
AUTHOR
February 25, 2009 at 4:28 PM delete

best nye jenjalan thiah oi!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 25, 2009 at 6:37 PM delete

salam...

ish..teruja pulaklah tengok gambar2 percutian ainul kat turki tu...tapi duit cukup untuk 2 org je ni...alamat tinggallah budak2 tu nanti..hehe

a.fisol & k.mai

Reply
avatar
February 25, 2009 at 8:08 PM delete

chi am:
thia? salah orang la.... thia blog lain.. ^_^

bro fisol + kak mai:
hehe... budak-budak hantar balik kampung la kejap... =P takpe2.. kumpul lagi duit..

Reply
avatar
chi am
AUTHOR
February 25, 2009 at 9:40 PM delete

aduyai.. saye tersalah enter da.. sori2 cik ainul arina madhiah binti ayahanda beliau. :P

Reply
avatar
Fathiyyah
AUTHOR
February 26, 2009 at 3:35 AM delete

hahahaaaa.nak gelakkan chi am! kwang kwang..hahaha


ainul suka bikin sama thia jeles bangaaat.nak men saljiiii...

Reply
avatar
February 26, 2009 at 8:25 AM delete

chi am:
binti mohd noor.. never mind la chi am.. tak kisah pun.. ;)

fathy:
hehehe... fathy jangan jeles.. kumpul2 duit banyak2 balik, next year dtg lagi sini pegi turki plak.. ^_^

Reply
avatar
uwais amzar
AUTHOR
February 27, 2009 at 6:49 AM delete

bestnyer..bilalah agknya kt cni nk turun salji... :?

Reply
avatar
Izzah Marzuki
AUTHOR
February 28, 2009 at 5:14 AM delete

bestnye main ski!! nak jugakk..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2009 at 8:19 PM delete

kak ina bestnya dpt main salji..
lenkali ajak may skali k
may nak release tension duk kat sk ...

kwang22 acah jer lar
tp may mmg tension duk cini

k lah gaga

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2009 at 8:30 PM delete

kak ina nampak gumuk arr...kwang...kwang..
tp kakina lama x ngok may kan


may--amira yg chomei..^-^

Reply
avatar
March 4, 2009 at 12:58 PM delete

kak ayu:
amman sudah, irbid bila akak? huhu

kak izz:
sila2 datang turki.. ^_^

mira:
mira, bestttt.. ha, kalau nak silalah bertahan duduk sekolah tu duduk lima tahun dulu ye, baru bleh datang tempat bersalji.. hehehe.. rileks la sister... normal la tensen kat sekolah.. cuba adapt kasi tak tensen.. enjoy your life, okay?

haip, budak nih. sempat lagi nak ngutuk ek.. kak ina tarik hadiah balik kanggg.. huhu.. send la gambar mira, nk tngok mcm mana duduk sri puteri..kena kawad selalu kan? dah hangus ke? hehehe

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
March 6, 2009 at 3:37 AM delete

subhanallah cantik bukit batu tu..

salji..!!tebalnya.!!
macam mana ya turun dri puncak?
dulu waktu main ski,naik smpai 200m je sbb x berani nak naik tinggi..
kang x pasal2 bermalam kat puncak..hehe

Reply
avatar
March 6, 2009 at 3:44 AM delete

maya:
macam mana nak turun dari puncak? Jawapannya, bertawakkal dan beristiqamah lah untuk turun walaupun tak larat sebab takkan nak kena tinggal kat atas kan? Nangis la karang huhu.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *