Travelog Turkey I

2:21 AM 17 Comments A+ a-

Merhaba!

Seperti yang saya janjikan, jom sekarang kita mulakan travelog kita ke Turkey! Ok, kembara kali ini saya ikut kelolaan Ustaz Hazimin dan Ustaz Zaid dari HZ Tours. Selama 8 hari dari 4 hinggalah 12 Februari 2009. Kami bergerak seramai satu bas pelajar yang terdiri daripada campuran pelajar JUST, Yarmouk, dan juga beberapa pelajar mesir. Dari Irbid jam 12 tengahari, kami bergerak selama 2 hari 2 malam ( tidur atas bas tau! ) dengan merentasi Jordan, Syria dan seluruh negara Turki sebelum tiba ke Istanbul, nun di benua Eropah.

Sempat juga singgah di beberapa bandar untuk berehat dan makan-makan seperti di Damascus dan Homs di Syria juga di Hatay, Antakya, Iskanderol, Erzin, Pozanti, Adana, dan Yakuplar di Turki sebelum tiba di Istanbul. Setiap tempat kami berhenti mesti ada cerita-cerita menarik tentang bandar tersebut. Contohnya di Iskanderol yang mana ia merupakan antara pecahan Iskandariyah di sebelah Timur. Sangat padat tapi cantik dengan pantai yang bersih dan taman yang hijau.



Ada satu tempat perhentian yang paling saya suka sebab ada buaian tidur dan buaian ayun duduk yang tempat duduknya macam kerusi orang-orang tua yang boleh ayun depan belakang tu. Dahla pemandangan kat situ lawa. Disebabkan saya habis makan awal dan sempat merayau keliling, sempat gak main ayun-ayun dan bergambar dengan budak first year yang join sama. Hehe.. Seronok main buaian boleh sandar lepas kebas badan duduk bas dua hari.. =P



Perkara pertama yang kita terperasan bila masuk turki ialah bilangan masjid nya yang sangat banyak!! Maklumlah Turki terkenal sebagai "Negara 100 Masjid". Tak terkira banyak masjid yang kami jumpa di sepanjang perjalanan dengan pelbagai corak dan bentuk dan bilangan menara yang berbeza. Ambil gambar masjid je pun dah cukup bertimbun gambar jadinya. Tapi dengarnya masjid tak diguna pakai sangat. Faham-fahamla..



Menyeberangi Selat Bhosphorus buat kali pertama menyebabkan seluruh bas jadi hingar bingar sebab terlampau teruja menyeberangi ke benua eropah.Ok, fakta selat ini yang menarik adalah kesibukannya yang sangat sibuk. Beribu-ribu kapal sentiasa lalu di sini. Antara selat tersibuk di dunia.



Ok, di Istanbul kami menginap di Hotel Cordial selama 2 hari. Betul-betul tengah bandar Istanbul. Dari hotel tak sampai 5 minit boleh sampai ke Blue Mosque, Aya Sofia, Grand Bazar dan banyak lagi tempat menyebabkan setiap kali masa bebas seperti selepas jam 6 malam atau pagi-pagi buta selepas subuh, mesti kami keluar merayau sendirian berhad pergi jelajah dan bergambar.

Tiba di Istanbul waktu petang, kami hanya menghabiskan baki sehari di Grand Bazaar ( antara pasar paling banyak gerai di dunia ) dan selebihnya suka hati nak jalan-jalan seluruh pekan hingga ke malam. Ha, ada satu info penting di Grand Bazar --> mereka tahu bahasa melayu! jadi insyallah senang hidup tapi jangan komplen harga depan diaorang sebab diaorang paham tau! Sebab aritu pernah kantoi tercakap barang dia mahal dan tak nak beli (dalam bm), sekali dia balas "sini murah, sana lagi mahal." dalam BM gak. Erk...



Ada beberapa muzium yang sudah tutup petang tu, jadi kami ambil gambar depan tanda nama muzium je lah. Sedikit peliknya di sini, kawasan istanbul pukul 9 malam sudah sangat lengang. Jauh beza dari Syari'q Jamiah yang gilang gemilang penuh orang 24 jam. Nak jalan sorang-sorang memang kecut perut. Kalau nasib tak baik, ada la jumpa orang-orang mabuk dan pemintah sedekah yang berani terlebih. Jadi, baik berteman!



Ok, pertama sekali kita serbu Blue Mosque atau nama lainnya Sultanahmet Mosque. Nak cam, tengok pada menaranya yang ada 6 (paling banyak menara kat situ). Dipanggil Blue Mosque sebab bila waktu malam masjid ni nampak warna biru. Kalau nak banding, lawa lagi dia waktu malam dari waktu siang. Sekali usyar, macam istana Kartun Disney. Gambar time malam tadi dah kan dah tunjuk. Keunikkannya adalah pada hiasan dan segala struktur dalam majid tu. Sangat-sangat lawa!



Masjid Biru sangat dekat dengan Hagia Sophia (Aya sofia). Pemisah diaorang adalah sebuah taman yang sangat cantik dan menyenangkan. Ada kolam air pancut yang luas dan tempat-tempat duduk yang sangat banyak. Situ port utama bergambar kami! Selalunya kat sini, orang suka layan blues tengok masjid sambil makan jagung bakar atau buah berangan bakar. Bestt...






Tepi masjid biru, ada makam sultan-sultan di Istanbul. Paling ketara adalah makam Sultan Mehmet I yang paling besar. Yang kecil-kecil maybe anak-anak kot. Ntah la. Seperti biasa, binaan hiasan dalam sini memang sangat memukau! Dalam ni juga ada tinggalan barang-barang zaman nabi macam rehal, tasbih, dan peti.


Kemudian, semua bergerak pula ke Topkapi Palace. Tempat dia sangat luas. Semput juga nak habiskan pusing semua kawasan. Ini istana lama Sultan zaman dulu. Dalam dia ada satu muzium yang sangat besar dan pamerkan barang berharga istana. Malahan ada juga muzium yang menempatkan barang-barang tinggalan nabi-nabi dan para sahabat seperti janggut, cop mohor, pedang, bajudan banyak lagi. Paling teruja nak tengok ialah rangka tangan Nabi Yahya yang masih dipotong dahulu dan masih elok terletak dalam sarung tangan besi baginda. Wallahualam sama ada diawet atau memang ia kekal tak reput tulang.

Port paling best adalah kawasan atas di mana kat sini boleh terus tengok selat Bhosphorus. Paling cantik kat sini adalah taman-taman dia yang luas dan berwarna-warni. Oh ya, sini banyak kucing. Orang turki memang sayangkan kucing agaknya. Semua tempat penuh kucing. Semua gebu-gebu lawa-lawa macam terjaga.





Ok, seterusnya kita ke Hagia Spohia pula! Erm, sebenarnya waktu ni kami disuruh pilih antara Topkapi atau Hagia Sophia sebab masa tak banyak. Tapi alhamdulillah saya, Maisarah dan beberapa budak first year berjaya pecut masuk Hagia Sophia setengah jam before habis masa. Jadi kami dapat dua-dua sekali. Hehe..

Sejarahnya Hagia Sophia ni dulu gereja zaman kristian. Bila Islam masuk, dijadikan gereja. Tapi hiasan dalaman gereja tak dibuang, cuma diubah supaya tiada salib (buat ukir bunga macam salib jadi kayu atau dibengkokkan. Memang tak perasan mula-mula itu salib). Akhir sekali, Mustafa Kamal Atarturk buat jadi muzium. Cantik dan unik. Sangat luas dan besar. Membuktikan Islam tidak menghancurkan tempat ibadat orang terdahulu bila Islam memerintah.





Seterusnya kami naik tren untuk ke Eminolu. Tempat ni terkenal dengan Balik Ekmek (kebab ikan) yang sangat istimewa. Ikan dia tangkap, terus masak. Jadi sangat fresh cuma kawasannya ada sikit hanyir. Diaorang semua makan tepi tebing selat. Dari tebing, boleh nampak orang memancing, feri lalu lalang dan di belakang pula boleh nampak masjid Eminolu yang tersergam cantik.



Lepas kenyang, ramai-ramai kami naik feri untuk selusuri Selat Bhosphorus. Best sebab cuaca sangat berangin dan feri tu khas untuk kami je! Hehe.. Maka, sepanjang jalan tu kami bukan senyap, ada yang duduk, ada yang berdiri, ada yang turun bawah, dan yang paling tak tahan tiba-tiba ada sitkom tertutup titanic dengan skrip yang diubah : "U jump, u jump lah.. I wait here" =P Dari tempat feri, kami belayar sampai ke Jambatan yang menghubungkan benua asia dan eropah. Teruja juga sebab tepi-tepi selat tu semua bangunan istana yang lawa-lawa, rumah yang cantik, dan taman yang hijau.



Seterusnya, kami singgah solat di Masjid Eminolu sebelum sambung membeli-belah di Spice Bazar. Spice bazar ni penuh dengan halawiyat(manisan) dan rempah-ratus. Barang cenderahati lain pun banyak juga. Dan harganya jauh lebih murah dari di Grand Bazar. Something yang buat saya gelak kat sini ialah loghat diaorang ajak orang Malaysia masuk kedai "adik..adik..sini.. mari masuk.. mari masuk sini.." Loghat sebijik macam mamak kedai kat Malaysia. I wonder who teach them? Hehe... Ok, done for today!

Esoknya, saya, Maisarah dan Umi seludup keluar lepas subuh nak pergi taman. (Takpe, ustaz tak marah! Janji jaga diri.. =p )Tak ramai orang waktu, jadi bestla sikit. Rasanya waktu pagi macam lagi seronok berjalan. Segar bugar rasa. Tapi waktu nak balik, tiba-tiba hujan turun.. Habis semua bertempiaran..




Pagi kami mulakan dengan menjejak Sultan Al-Fatih di masjid dan makam baginda. Masjid ni sebenarnya dah runtuh tapi kembali dibaiki. Sebelah makam Muhammad Al-Fatih terdapat makam isterinya iaitu Gulbahar Hatun. Terbayang-bayang segala jasa Muhammad Al-Fatih, seorang panglima terbaik yang pernah di riwayatkan oleh Rasulullah membuka Constantinople zaman dahulu. Moga akan kembali Al-Fatih junior di zaman ini.

Juga saya ada melawat makam Ayub al-ansari, sahabat nabi yang berdakwah ke bumi istanbul. Dalam kawasan makam Ayub, ada satu kesan tapak kaki Nabi Muhammad pada batu. Bersesak sungguh kami dalam ni. Sudahlah dari pagi hujan. Tapi alhamdulillah hajat nak berziarah masih terlaksana.




Berdekatan makam Ayub r.a. ada satu kawasan lapang yang penuh dengan merpati. Ala-ala macam kawasan kat london tu, apa square ntah. Maaf saya tak ingat. Tapi memang banyak merpati di sini. Lepas makan, kami cuci mata tengok budak-budak kcil kejar merpati. Ada yang kasi makan burung-burung dan ada juga yang sendiri makan ais krim Turki yang boleh baling-baling tu. Diingatkan bila anda beli ais krim di Turki, sila jangan tensen tunggu dapat aiskrim sebab pakcik aiskrim kat sini suka sangat buat silap mata aiskrim. Gaya dia buat Ais krim turki sebijik macam gaya orang buat roti canai malaysia. Pusing sana pusing sini, balik sana balik sini. Tapi don't worry, ais krim dia melekat cam getah! Dan bila semua selesai, kami bertolak menuju ke Takshim sebelum terus bergerak meninggalkan Istanbul dan menuju ke Capadocia.





p/s: inibaru di istanbul. Nanti akan ada sambungan di Capadocia dan Syria. Cuma, tunggu dulu ya.. Nanti saya habiskan lepas selesai benda lain.

p/s: pembetulan : eminolu sebenarnya namanya eminonu.. sori tersilap! Saya selalu tertukar nama kat turki.. Kat update aritu tu pun, capadocia jadi nama apa ntah.. huhu. asif jiddan....

17 comments

Write comments
Fathiyyah
AUTHOR
February 15, 2009 at 9:14 PM delete

waaaaaaaaaa...nak pergi turki!!!!!!


hihi

Reply
avatar
February 15, 2009 at 11:14 PM delete

seronoknyer jalan, ada ole-ole dari turki ke

Reply
avatar
February 16, 2009 at 2:55 AM delete

fathy:
see.. sila-sila kumpul dr sekarang.. ^_^

kak ina:
ada je.. tapi ole-ole biasa je la.. yang budak2 punya je la --> bookmark, magnet, poskad ngan halawiyat sikit2.. alas2 meja tu sy tak shopping sgt.. ^_^

Reply
avatar
na'ilah
AUTHOR
February 16, 2009 at 5:40 AM delete

test--test--

Ainul,Eminonu la,bukan Eminolu >.<

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 16, 2009 at 6:52 AM delete

i like the pic in front of grand bazaar..
da girl that wearing black sweater is taller than u...

hhahah.. ~gelak kejam
^_^

Reply
avatar
February 16, 2009 at 12:58 PM delete

na'ilah:
erk, ye ke? haha.. salah laghi.. terima kasih betulkan ya.. ^_^

cik anon kat bilik sebelah:
macam ku tak kenal siapa suka perasan tinggi kat Darul Ridzuan nih.. haha... tak pelah.. itu posing kasihan tu namanya.. =p

Reply
avatar
syila
AUTHOR
February 16, 2009 at 9:28 PM delete

amboii ainul.promote sakan nampak~!!

xpe2..ade rezeki,kt pegi la ke sana ek..doakan taw2..yg penting,korg kena dtg mesir gak~!!

Reply
avatar
February 17, 2009 at 2:25 AM delete

syila:

(^_^)Y insyallah next year !

Reply
avatar
muharikah
AUTHOR
February 17, 2009 at 5:37 AM delete

salam ainul... bestnya gi turkey!! Saya pun tak sabar2 nak ke sana!huhuhu

Reply
avatar
February 17, 2009 at 9:18 AM delete

kak muharikah :

ws akak. ^_^ insyallah, ada rezeki nanti boleh ke sana.. saya pun nak pergi lagi kalau ada duit.. hehe

Reply
avatar
Izzah Marzuki
AUTHOR
February 18, 2009 at 8:27 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Izzah Marzuki
AUTHOR
February 18, 2009 at 8:30 AM delete

adik, best nye trip tu! nampak semuanya seronok, & yg dlm trip tu pun comel-comel belake! nak gi jugak la nanti, insyaAllah! =)

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
February 18, 2009 at 12:52 PM delete

Salam Sejahtera
Benar benar mengembalikan kenangan saya semasa melawat Turki dulu. Masa tu pergi hanya berdua sahaja-Segala urusan main redah je. Tak banyak tempat yang dapat saya lawati. Apapun tahniah dan terima kasih saya ucapkan atas perkongsian maklumat bagi tempat2 yang tak sempat saya lawati

Reply
avatar
February 19, 2009 at 11:04 PM delete

kak izzah:
boleh2.. insyallah, aminn.. pgi la akak.. best tau.. tapi yang travelog II punya nanti lagi best,, tungguuu.. hehe

abu luqman:
terima kasih. Tapi sebenarnya ada lagio sambungan.. tak habis lagi.. ^_^

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
February 23, 2009 at 12:28 AM delete

rindunye kat istanbul..suke sgt ngan suasana kat sane..rasa tenang jek.xtau knp
dulu pegi x masuk pun hagia sophia.
mesti cantik kan hiasan dalaman.
teringat kitorang lepas gian makan ikan kat tebing eminonu..^^

Reply
avatar
February 25, 2009 at 11:16 AM delete

maya:

^_^ betul2.. rasa sangat best kat turki.. tak puas nak pegi lagi bila-bila... haah, hagia sophia memang sangat cantik... ternganga gak mula2 masuk.. unik betul.. maya, tau tak ainul jadi cam batak sikit pegi eminonu tu sebab bau ikan dia sangat kuat.. gian betul rasa.. hehehe

Reply
avatar
February 25, 2009 at 11:33 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *