Riang Ria Cuti

Salam

Sudah masuk seminggu kami bercuti pada hari ini. Irbid makin sunyi. Rakan-rakan sudah ramai berangkat ke Malaysia, Mesir, Turki dan banyak lagi destinasi lain. Yang dari Mesir pula pergi mengikuti rombongan jelajah Jordan bersama rakan-rakan lain. Yang mengikuti kelas tahfiz ada program mereka sendiri. Ada sesetengah pula sibuk dengan persiapan program PERTAMA. Tinggallah kami sekelompok yang tiada kerja di sini masih menunggu masa untuk berjalan-jalan.

Dalam tempoh seminggu ini, banyak yang saya buat untuk isi masa terluang. Pertamanya kelmarin, kami keluar makan untuk meraikan kepulangan seorang teman dari Malaysia. Kali ni rakan serumah saya, Maisarah syorkan kami makan Tontoni di Mat'amji. Tak pernah cuba pun sebelum ni. Makanan ni ala-ala syawarma tapi isinya lain rasa dan berkeju. Sedap juga! Tapi hidangan wajibah dia sangat banyak. Memang saya tak habis. Simpan untuk hari esok! Sedap.. Siapa tak cuba lagi, boleh la pergi nanti.



Malam semalam pula, saya habiskan masa sehari di rumah Kak Asma. Saja-saja teman Kak Asma yang seorang diri kat rumah sebab semua orang dah balik Malaysia. Kak Asma masih berkuliah. Jadinya hujung minggu ini, saya melepak temankan dia di rumah. Rumah Kak Asma best sebab bilik dia syurga buku. Sempat saya kebas beberapa buku untuk dibaca. Seronok tau! Kami sempat juga masak cheesecake sekali! Haha, langsai sudah hutang Kak Asma hari tu. Alhamdulillah, sedap kek akak! Lain kali nk buat, jangan segan-segan mengajak lagi. ^_^




Habis masak,kita tonton cerita Taken dan drama Jepun,Galileo. Rasanya cerita Taken tu patut ditonton oleh orang yang sangat berani berjalan seorang diri kot. Saya konon yang dulu perasan berani nak jalan sendiri, tetiba makin takut pula bila dah tengok cerita Taken ni. Patutla ada orang sanggup tangguh tengok cerita ni sampai lepas dia balik travel sorang-sorang. Ish.. Ish... Sila lebih banyak usaha dan tawakkal bila keluar berjalan nih ya. Kalau yang Galileo ni pula best sebab dia men-fizik-kan semua kes-kes supernatural dalam kes pembunuhan. Ala-ala CSI yang bercorak cerita Numbers. Seronok tapi sayangnya saya sedikit lambat dalam menghadam fakta-fakta fizik dia. Kena ulang tayang dua tiga kali baru dapat tangkap. Hoho..



Sepanjang cuti ni saya banyak buat marathon buku dan movie. Semua yang saya pendam waktu kuliah dulu semua saya habiskan tengok waktu ni. Jepun, korea, melayu, cina, inggeris semua sebat! Bosan tengok cerita, kita alih perhatian pada buku-buku yang dah bertimbun menunggu giliran.


Banyak tak?? Seronok betul saya marathon baca semua buku-buku ni. Ada yang dah habis dan ada yang belum. Tapi ini sikit lagi. Ada lagi majalah dan beberapa buku yang ada pada Maisarah. Kita tukar-tukar baca bersama. Terima kasih pada sesiapa yang kasi pinjam buku-buku dia sepanjang cuti. Lain kali, bolehlah kasi lagi yer.. (^_^)Y

Tadi petang bila bosan di rumah, saya, Maisarah dan Umi pergi keluar berjalan di balad. Temankan Umi beli barang untuk ke Turki. Alamak, semua tengah sale la pula. Tahan saja la tengok barang-barang tengah harga durian runtuh sebab dah jimat duit untuk ke Turki. Tambahan, duit MARA untuk bulan Februari tak masuk lagi.. T_T

Habis urusan bertemu doktor gigi selepas Maghrib, kami keluar bersiar-siar di Syari' Jamiah pula. Sempat juga masuk ke kedai buku dan membeli buku tulisan 'Amru Khalid yang sangat cepat habis stok. Sambil itu, kami minum Sahlab, sejenis minuman panas yang berupa susu pekat seperti yogurt dan diletakkan serbuk kayu manis dan hirisan kelapa di atasnya. Sahlab ni popular diminum waktu musim sejuk. Sedap dan menyamankan..




Rancangan saya untuk perbaiki bahasa tambahan tak berapa jalan. Paling bergerak pun Jepun sahaja kot sebab rajin tengok movie-movie dia. Yang lain kita KIV dulu. Tapi tadi malam saya berguru dengan Umi untuk bahasa Turki bagi persediaan jalan-jalan nanti. Susah juga bahasa dia. Tambah-tambah dengan pelbagai tanda di atas dan bawah huruf. Hari ini sudah khatam hafal nombor 1 sampai 20. Esok kita belajar perbualan ringkas dia pula, insyallah.. Ini saya letakkan di sini sebagai info bersama - Nombor dalam bahasa turki - :


1 = bir

2 = iki

3 = üç

4 = dört

5 = beş

6 = alti

7 = yedi

8 = sekiz

9 = dokuz

10 = on

Macam mana? Senang tak? Nak berjalan kena tahu asas bahasa tambah-tambah bab nombor untuk mengelakkan ditipu. Jadi, inilah kerja kami sebelum berjalan nanti.

Baiklah, saya berhenti di sini dulu. Mahu habiskan urusan lain termasuk buku-buku yang masih belum habis tu. Esok, kawan-kawan yang pergi JJ dah nak balik. Jadinya mesti sangat sibuk lagi. Maka, saya dah siapkan semua kerja hari ni dan mula berkemas untuk berjalan-jalan. Jumpa lagi~

p/s : Erm, kalau ada kawan-kawan Irbid yang balik Malaysia dan rasa-rasa boleh tolong saya bawakkan buku-buku jualan PERMAI - GKLN ke Jordan, kalau boleh mintak tolong hubungi saya sebelum korang balik sini balik boleh? Tak banyak pun. Kalau dapat sorang bawak dua tiga buah buku pun dah cukup bagus. Bukunya kecil je. Berharap sangat-sangat bantuan korang. Terima kasih~

12 comments

saifuddin | February 2, 2009 at 12:23 AM

Haha lambat gila anda tonton Galileo. Tapi profesor fizik dia memang cool habis. Part paling cool bila dia dapat idea lantas mencapai pen marker dan menyonteng-nyonteng tempat yang boleh diconteng dengan rumus-rumus fizik.

Saya sangat-sangat berharap pengarah tanah air kita dapat menghasilkan drama seperti ini. Ni tak, balik-balik cerita berebut harta pusaka, cerita syarikat, mee cintan. Stereotaip dan bosan.

Oh, nampaknya kamu juga membaca Manikam Kalbu? Nanti kalau balik Malaysia, carilah Nama Beta Sultan Alauddin atau Surat-surat Perempuan Johor. Memang layanlah

Ainul Arina Madhiah | February 2, 2009 at 1:56 AM

senior saifuddin:

bab movie memang lambat sket. Normal la tu.. Asalkan masih boleh tengok, tak kisah la lambat ke cepat ke.. Yukawa sensei memang cool! (^_^)Y Bila pengarah Malaysia nak buat macam ni gak ek? Harapkan cinta medik, tapi rupanya ramuan cinta pulak terlebih.. T_T baik tuan! Nanti balik, patik cari..

PrinCeSS | February 2, 2009 at 8:23 AM

wah banyaknye buku..rajin2
saya time cuti ni mmg sangat malas nk pegang buku..buku cerita pun malas..huhu

alamakn..cam seram cite TAKEN tu.xberani nak tgk..

bagusnye mendalami bahasa asing..
susah jugak bahasa turki ye..
penah hafal setakt 1 2 3..tp skrg dah lupe..hehe

p/s :ainul pandai bahasa korea ek.bljr sndiri ke penah ambik kursus?

yellowrose | February 2, 2009 at 11:17 AM

c sebut j..
s sebut sye..

kapali carsi(grand bazaar)=
sebut kapale jarsye

jgn lupe mkn sandwich ikan kat tepi port ferry eminonu!!
n jgn lupe bli jagung bakar duduk2 depan fountain mengadap blue mosque &hagia sophia..kirim salam kt blue mosque.........

Ainul Arina Madhiah | February 2, 2009 at 1:13 PM

maya:
buku yang best je jalan. Yang kurang best, slow sket.. citer TAKEN tu takdelah seram sangat maya. Just thriller lebih kot sebab dia cerita culik perempuan hantar buat jadi pelacur dan dijual je.. Hoho, tapi takut gak la tengok.

bahasa tambahan tu takdelah ainul pandai sangat. Cuma tau yang simple-simple dan basic je. Yang korea tu jadi rajin nak tahu sebab suka tngok cerita dia. Hehehe.. tak pernah amik kelas pun. Belajar sendiri2 je.. Nanti seon saeng nim maya ajarkan bleh? (^_^)Y

kak asma:
amboi... hehe.. insyallah.. kalau ainul lupa, nnti hantar msg ikut hndset yer.. =P

Nik Fauziah Nik Hussin | February 3, 2009 at 2:00 AM

salam klu nak majalah Muslimah free.. tinggalkan add kat blog akak :)

Ainul Arina Madhiah | February 3, 2009 at 3:11 AM

kak fauziah:

wa!!!! betul nih??!! terima kasih akak.. ^_^

Ilmi Nadhrah Katiman | February 3, 2009 at 7:55 AM

salam..

ainul ni ade2 je.. pasal buku GLKN tu, ilmi limit kan dua je boleh? dua nampak sikit, tapi bila dah totalkan dgn buku2 lain dan barang2lain yg org irbid tmph, byk jugak tau! bagi la details nak dptkan buku tu camne, inshaAllah i'll do what i can.

p/s: kalau boring lagi, tolong mahjuzkan buku pakcik amru khalid tu! kat msia confirm takde. ;)

Ainul Arina Madhiah | February 3, 2009 at 9:24 PM

ilmi:
wa'alaikumsalam...
boleh je.. terima kasih banyak2 ilmi.. kasi kan nombor ilmi kat malaysia bleh?
nanti ainul contact.. buku tu dah siap dah pun.. nanti ada ustaz yang nk kasi tu akan kasi time kamu kat airport.. balik bila ek.. erm, senang2 kan nanti sms je la ilmi..
ha, lagi satu, buku pakcik amru tu ainul dah belikan utk kamu! ^_^

matadore | February 14, 2009 at 8:32 PM

akak peminat sophie kinsella x?
huhu

Ilmi Nadhrah Katiman | February 16, 2009 at 11:58 PM

ops.. ainul sori .. tertgk lambat. sempat ke? lusa nak balik dah ni.. no hp tak ingat. ni no rmh 0389256054

Ainul Arina Madhiah | February 19, 2009 at 10:59 PM

matadore:
minat... ! minat.. ! buku dia merapu.. hehe.. seronok baca time tension.. =P kenapa? awak minat gak ke?

ilmi:
erm.. takpelah ilmi.. dah setel.. ^_^ terima kasih offer..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images