Misi Jelajah Constantinople

9:36 PM 5 Comments A+ a-

Salam

Akhirnya hari ini sampailah waktu yang sangat ditunggu-tunggu sepanjang cuti ni. Petang ini saya akan bertolak ke Turki bersama 44 pelajar lain di sini untuk program Trip Ke Turki Musim Sejuk. Insyallah bas akan bertolak pukul 12.30 tengahari nanti. Tak sabarnya nak berjalan-jalan cari pengalaman! (^_^)Y

Sejak kena virus bosan bercuti, saya sudah mula gatal tangan menggeledah info-info tentang turki dan mempelajari sedikit sebanyak bahasanya. Banyak juga yang saya jumpa tapi rasanya masa dua tiga hari tak cukup nak gali semua sampai ke akar. Hanya sekadar dapat mencari isi-isi utama lokasi sahaja.

Apa yang paling menarik tentang Turki tentulah pada sejarahnya sebagai empayar Islam terakhir yang pernah tertegak di muka bumi. Turki nama lamanya Constantinople, iaitu sebuah ibu kota rebutan yang telah tertegak sejak 330 AD yang lampau. Kota ni pernah dikuasai oleh tiga kuasa empayar utama iaitu Rom, Rom Timur dan Uthmaniyyah. Kota ni ada dua nama samaran iaitu "Bandaraya Tujuh Bukit" dan "Vasileuosa Polis"

Dari dulu Istanbul sangat terkenal dengan kisah kisah peperangan yang unik. Antaranya, Kota Istanbul sangat mashyur dengan sejarah Kuda Trojan dan Perang Cannakale yang menyaksikan betapa hebat strategi yang digunakan dalam peperangan sehingga boleh mengabui mata musuh yang datang menyerang.

Ada satu hadis Rasulullah tentang Constantinople yang berbunyi " Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”. Tentu ramai dah tahu siapa yang membuka Constantinople ---> Sultan Muhammad Al-Fatih! Keistimewaan kisah pembukaannya terletak pada strategi baginda yang membawa kapal-kapal perang melalui jalan darat. Hebat kan? Macam manalah orang dulu boleh terfikir nak angkut kapal-kapal yang gedabak tu ikut darat untuk berperang..

Empayar Uthmaniyyah tertegak di Turki selama 600 tahun sebagai sebuah kerajaan yang sangat hebat. Antara nama-nama penting dalam kerajaan ini adalah Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Mehmet 1, Sultan Selim 1, Sultan Suleiman dan ramai lagi.

Kalau di Mesir ada Firaun, di TUrki juga ada seorang musuh Islam yang sangat terkenal bernama Mustafa Kamal Ataturk. Bapa keruntuhan Islam Turki ini telah membuat pelbagai perubahan dalam cara hidup Islam hingga menjadikan seolah-olah Islam adalah cara hidup yang kolot dan dilarang dilaksanakan di Turki. Tapi alhamdulillah, sekarang dengarnya keadaan makin pulih. Pulih takat mana, wallahualam...

Sejak belajar bahasa Turki, saya jadi makin seronok membaca perkataan Turki yang tercatat di kotak-kotak makanan yang ada di kedai runcit. Bukan apa, sebabnya barangan Turki memang sangat banyak di sini. Tapi tak pernah faham pun dia tulis apa. Faham ikut gambar sajalah kotak tu isi tepung apa. Hehe..

Insyallah trip kali ini mengambil masa selama 8 hari. Dari 4hb ni sehingga 12 Februari. Jadinya selama 8 hari ni, saya bercuti kejap dari mencoret-coret kat sini. Nanti balik, saya ceritakan di sini apa yang saya dapat dekat Turki. Semoga info awal yang saya beri kat atas dapat beri kita sedikit sebanyak pendedahan mengenai Turki.

Erm, akhir kalam minta maaf salah silap, halal makan, minum, hutang semua (nak amik gak, sila kasitau ye balik nanti. ^_^) sebelum pergi berjalan nih. Doakanlah kami semua di sini selamat balik dan selamat pulang ya.

Ini saya ada letak beberapa gambar bakal destinasi kami di sana nanti. Setakat ni kita pijam dulu khidmat Encik Google. Nanti balik, saya upload yang tangkap sendiri punya.







Da~

NOta :

Rujukan -
1. Kejatuhan Constantinople
2.Fakta Istanbul
3.Siapa Mustafa Kamal Ataturk
4. Kuda Trojan dan Perang Cannakale
5. Sejarah Empayar Uthmaniyah

5 comments

Write comments
az
AUTHOR
February 4, 2009 at 2:34 AM delete

salam..
az jd pengomen pertama..hooray...
ish kanak2 ribena buwat iklan ye kat sini..jgn marah..
beshnya cuti..bilalah sy dpt rasa ya jejak dunia luar..

Reply
avatar
February 7, 2009 at 9:23 AM delete

Salam Sejahtera
Selamat bermusafir dan Selamat kembali ke bumi anbiya'. Semasa belajar dulu saya sempat juga ke Turki. Travel dua orang bersama Ustaz Fuad Abdullah. Memang cantik kerana masa tu tengah musim bunga(salji baru je habis). Segala urusan guna bahasa isyarat jekerana mereka xtahu bahasa arab &bahasa Inggeris.

Reply
avatar
February 12, 2009 at 8:44 PM delete

az:
ws az. lama tak nampak. ^_^
tak kisah pun.. buatlah macam rumah sedniri kat sini.. kumpul duit sikit2, nnti ada rezeki boleh keluar gak.. insyallah..

maya:
thanks maya. guess what? ainul dah jumpa jumpa umair... dia sangattt comellll!

abu luqman:
syukran ustaz.. alhamdulillah trip berjalan lancar . sangat seronok ke turki. harapnya bila2 saya nk datang sana lagi. ^_^

Reply
avatar
murat
AUTHOR
April 20, 2009 at 2:31 AM delete

www.barbaros.biz
OTTOMAN HISTORY
DOWNLOAD 20.000 OTTOMAN PICTURES

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *