Langgarlah Peraturan !

5:50 PM 7 Comments A+ a-



Dalam dunia kita, ada beribu-ribu papan tanda yang telah dicipta dan dipacakkan.Dalam banyak-banyak papan tanda pula, yang di atas ini paling saya suka. Nampak biasa tapi bagi saya papan tanda dalam gambar tu unik maksudnya.

Sekali pandang terus saya teringat sebuah teka-teki :

Dalam banyak-banyak benda, apa benda yang bila kita kata "jangan buat", yang itulah yang akan dibuat?

Tak usah fikir jauh-jauh merentas benua. Jawapannya ada dalam cermin hikmat di sekeliling kita. Pergi amik, belek dan carilah apa maksudnya. Janganlah malu-malu nak mengaku. Siapa tak ngaku, dia abnormal! Haaaaa, tengok-tengok siapa yang berani nak sorok tangan? Hehehe...

Tapi itu namanya asas. Lebih cantik dan molek lagi kacak kalau ditambah dengan keindahan akhlak yang rapi tertanam dalam lingkungan agama dan adat. Tapi bila kena momok dengan nama glamer "Kak/Abang Skema", habis ramai lintang pukang cabut takut saham jatuh. Sedangkan Allah sudah pesan selagi belum langgar garis Dia, semua wajib ikut. Ahhh,lupa pula.. Kan itu namanya kita?

Ada yang kata bad boy/girl image is cool. Zaman muda mungkin ya tapi bila tua nanti saya terbayang reaksi muka cucu kita kalau nak dabik dada cerita "Cu, nak tau atuk dulu suka debik orang, nenek dulu suka ponteng.." Erm, kalau dah jadi macam ni, nanti dah tua jangan bising-bising anak cucu turun perangai 'lawa' kita. Spesis ketam apakah kita kalau jadi macam tu?

Hurm, kalau dah payah sangat nak guna perkataan "jangan" ni, apa kata kita cuba tak pakai perkataan ini. Cuba la tengok kalau kita galakkan dia lagi buat benda terlarang tu. Eh, tapi jangan lupa bubuh perasa berapi sikit dalam ayat anda. Baru kaww..

Macam mama saya dulu, ada sekali kawan saya ajak pakai baju ranggi sikit (sopan sangat kot baju saya waktu tu). Saya cuba minta pandangan mama. Dia tak bebel panjang pun. Guna "jangan" pun tak. Nak tau dia kata apa:"Pakaila kalau tak malu.." Fuh, cabai burung habis la tu...! Terus faham sendiri. =P *Kalau tak faham tu, memang hati kurang lembut rasanya*

Rekod saya bukanlah suci bersih licin berkilau sangat pun. Tapi saya cuba sedaya upaya nak kasi tak hitam berkilat terus. Sekurang-kurangnya saya selalu bisik pada diri bahawa saya bukan lagi kanak-kanak tak mumaiyiz yang tak pandai menilai. Akal Allah dah kasi, hidup pun dah nak dekat suku abad. Kalau masih lagi saya penyumbang masalah kepada orang, sia-sialah kehidupan.

Susah ke? Semalam saya jumpa satu kamus best. Dia punya isi lain daripada yang lain. Saya cari maksud susah dalam kamus tu. Nak tahu apa maksud dia?

SUSAH = KEHIDUPAN

(^_^)y Selamat berfikir~

7 comments

Write comments
ashraft
AUTHOR
February 23, 2009 at 2:52 AM delete

ye ker tak penah pakai pakaian ranggi..........biar betul kakak aku ni.....hahahahahahahahahaha.....aslmkm....pekabo....?dah lame tak dengar citer........wei call la asyraf bile2 nak citer bende best banyak ni....anyway ape yang dibeli for me kat istanbul?haaaaa i'm waitang for it.....hihihihihi kat intec skang ok.....i'm very enjoy learning russian language......kat sane still winter ke lagi?

Reply
avatar
profesor emeritus saifuddin
AUTHOR
February 23, 2009 at 2:53 AM delete

Larangan dengan bahasa suruhan, atau sinikal disebut sebagai reverse psychology. Banyak contoh dalam Al-Quran dan hadis yang menggunakan reverse psychology. Pendekatan tersebut lebih zipzas.

Tapi kalau kita ajak-ajak ayam orang belanja makan, itu takkan berjaya. Hahaha

Reply
avatar
nurunnuha
AUTHOR
February 23, 2009 at 3:13 AM delete

ahaa, ainul..
i like that 'papan tanda' too.. \(^_^)/

Reply
avatar
February 23, 2009 at 4:16 AM delete

asyraf:
uit, seranggi-ranggi kak ina pun itu dikira paling tak ranggi di kalangan geng kak ina tau.. huhu.. ws.. baik alhamdulillah.. so amacam presentation kat pwtc? Lancar tak? persiapan cam ne? ada beli sikit2 barang dr turki. Kalau nak, tunggguuuuu.. =P nanti kak ina call bila2.. tak tau la skrg ni nak kata musim apa.. Sepatutnya dah habis musim winter, tapi semalam hujan frost dr pagi sampai petang.. Ramalan kata esok salji.. ntahler..

senior saifuddin:
tu dia pakar falsafah kasi penerangan panjang lebar.. yang bahgian ajak-ajak ayam tu, kena kasi tambah hint kot.. Kalau tak paham bahsa gak, tak tau la.. (-_-)"

kak nuha:
(^_^)Y sama-sama!!!

Reply
avatar
February 23, 2009 at 6:55 AM delete

slm. ainul, akk ada satu entry br..bila terbaca psl cermin ni..kot2lah ainul ada pndangan..nk mint pndgn bkl doktor.. ;) syukran.

Reply
avatar
laila UTP
AUTHOR
February 25, 2009 at 1:07 AM delete

salam ainul.
love this entry. =)
aku nk promote blo ko kt bdk2 sni bole?

Reply
avatar
February 25, 2009 at 11:14 AM delete

kak ayu:
sori lambat, akak.. nanti saya gi tengok.. ^_^

laila:
ws laila.. thanks.. semoga sama2 dapat ambil iktibar.. sila-sila.... kecik tapak tangan, gurun sahara aku tadahkan.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *