Keputusan Muhasabah JKK KK

7:12 AM 13 Comments A+ a-

Salam




Masuk fasa ini, bermakna sudah selesai satu fasa saya menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan oleh masyarakat Irbid ke atas diri saya. Bila dikira balik, hanya tinggal 4 atau 5 bulan sahaja lagi sebelum saya dibenarkan berundur dari kerusi yang saya duduki. Sefasa yang berlalu memberi terlampau banyak cerita dan pengalaman kepada saya yang cukup berharga.

Di awal fasa thani ini, banyak kali saya duduk merenungi kembali diri dan menilai kembali perlaksanaan amanah yang telah saya cuba sedaya upaya lakukan dengan sehabis baik yang termampu. Tapi saya masih rasa kosong. Terlampau banyak kekurangan yang jelas terpampang di mata saya sendiri apatah lagi di mata rakyat-rakyat kami. Kadang-kadang saya buntu. Apa sebenarnya yang saya mesti tambah untuk memuaskan hati semua termasuk hati saya sendiri?

Kata orang kejayaan dilihat pada natijah. Maka, andai peningkatan aspek keselamatan dan kebajikan warga Irbid dinilai, saya pasti perkataan kejayaan itu masih belum mampu saya genggam sebaiknya. Makin hari makin banyak kes-kes yang jadi. Gangguan seksual, rompakan, kehilangan harta benda makin berleluasa. Malah kemuncaknya pasti semua sudahpun maklum dengan berita warga Melayu Irbid hampir maut ditikam perompak tempoh hari yang sudah tersiar di Berita Mingguan.

Kesal? Sedih? Buntu? Banyak yang bercampur baur dalam benak fikiran saya. Tambah sesak bila ada yang membangkitkan soalan "mengapa masih ada kes keselamatan walaupun biro kebajikan dan keselamatan telah pun ditubuhkan? " Saya tak menyalahkan soalan ini. Jangankan orang biasa, kadang-kala saya yang mengambil laporan sendiri cuak mendengar kejadian-kejadian seperti ini terjadi. Tapi jangan pula lupa negara kita yang sudah berpuluh tahun ada pasukan polis sendiri pun masih banyak kes-kes jenayahnya, inikan pula kita. Usaha dah buat cuma kadang-kadang natijahnya tidak begitu berjaya.

Puas kami memerah otak mencari ikhtiar memperbaiki keadaan. Perkhidmatan murakib, taklimat keselamatan, artikel-artikel keselamatan, perkongsian doa keselamatan, jualan pepper spray semua sudah cuba dilaksanakan tapi masih juga keadaan tidak begitu memberangsangkan. Kadang kala pernah terdetik rasa putus asa dengan keadaan memandangkan terasa amanah yang diberi tak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya cuba menguatkan hati dengan sentiasa memberitahu diri sendiri bahawa ini semua ujian Allah. Kita sudah merancang tapi Allah lah sebaik-baik penentu. Sejauh mana saya cuba menghalang sesuatu kes berlaku, jika ada yang Allah tetap kehendaki untuk terjadi masih akan tetap terjadi. Susah sungguh sebenarnya mahu tetap yakin teguh berdiri dengan keimanan terhadap qada' dan qadar. Tambah-tambah bila yang kita harapkan tidak terjadi malahan kadang-kala lebih memburukkan keadaan.

Saya yakin semua warga Irbid sudah cukup arif dan berhati-hati dengan keselamatan diri masing-masing. Semua sudah besar panjang dan dewasa. Masing-masing tahu apa yang sepatutnya dilakukan walaupun kadang-kala ada yang terlupa atau leka. Itu fitrah manusia, tak perlu syarah panjang. Semuanya boleh menjaga diri. Saya tak rasa kita perlu membebel banyak kali tentang cara menjaga keselamatan diri sehingga naik muak buat yang mendengarnya.

Tapi bila kita sama-sama berusaha, mungkin kadang kala kita terlupa untuk meletakkan sepenuh tawakkal kita ke atas Allah. Tambah-tambah bila kita di tempat asing. Raut wajah yang berbeza sudah cukup menarik perhatian ramai warga tempatan apatah lagi dengan personaliti diri atau pun cara hidup yang agak berbeza. Di mana-mana pun sangat ramai memandang kita dan itu boleh jadi antara sebab kenapa kita selalu jadi sasaran mereka yang berniat jahat.

Atas dasar itu, sepatutnya kita bertawakkal secara penuh dan total kepada Allah walau di mana-mana tempat kita berada hatta di dalam rumah sendiri pun. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah atas keselamatan diri kita walaupun kita telah berusaha banyak sendiri untuk menjaganya. Kebergantungan pada Allah lebih baik daripada kebergantungan kepada orang lain untuk menjaga keselamatan kita.

Saya tak terasa mahu menyalahkan mangsa kerana saya yakin dia mungkin tidak terduga akan menjadi mangsa. Ada mangsa yang fully alert tapi masih terkena. Tapi saya juga tidak merasakan jari perlu ditunding pada JKK Keselamatan. Mana mungkin setiap orang akan dikawal 24 jam seperti menjadi pengawal semata-mata untuk mengelakkan kes keselamatan terjadi. Mereka juga ada kehidupan sendiri untuk dijaga. Tengok je la berapa kerat yang sangup jadi muraqib secara penuh tanggungjawab. Tak ramai. Kalau sanggup pun dah cukup baik walaupun kadang-kala terpaksa tahan telinga dengar pelbagai rungutan yang membukit mengenai muraqib sendiri.Saya sudah cuba yang termampu saya usahakan. Saya tak terlampau hairan sebab muraqib adalah manusia, kadang boleh mengikut kata kadang sukar. Tapi insyallah, kami cuba.

Bila ada kes, kami cuba follow up secara pencegahan walaupun kadang-kadang tak mampu nak dapatkan balik barang-barang yang hilang atau jejak balik pelaku jenayah yang terlibat. Berurusan dengan polis Arab bukan semudah yang disangka. Silap gaya kadang-kadang kita langsung tidak diendahkan. Bagi yang memerlukan wang terdesak, kami sudah buka tawaran untuk buat pinjaman tapi ramai yang lebih gemar mengadu pada BKAN. Saya tidak kisah tapi janganlah sampai kami dikata langsung tak hirau kebajikan ahli. Itu hak masing-masing mahu mengadu pada sesiapa. Saya terima seadanya.

Maka bila saya renungi dan saya selidiki, saya rasa dalam hal sebegini sepatutnya tak payahlah kita rancak main tunding-tunding baling beban. Kita cuba muafakat ramai-ramai nak buat macam mana. Berkenaan program keselamatan, dah banyak kali saya cuba menghimpit tapi ruang waktu terlampau sesak dengan program yang lebih besar. Jadi saya mengalah dan lebih senang berkhidmat secara luar program. Tak mengapa kan?

Cumanya saya mahu cuba tekankan disini apa kata kita cuba tingkatkan usaha kita mendekati Allah. Tingkatkan tahap tawakkal kita selepas puas berusaha secara teknikal. Antaranya apa kata kita perbanyakkan doa dan zikir di sepanjang perjalanan danbuat solat hajat beramai-ramai supaya Allah selamatkan kita daripada sebarang bahaya lagi. Insyallah, mungkin ini satu petunjuk untuk kita supaya lebih dekat dan lebih mengharapkan Allah daripada ssebelumnya. INgatlah sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pengatur segala sesuatu.

Di bawah ini saya sertakan sikit-sikit doa yang saya dapat cari untuk sama-sama kita amalkan :

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
[38] Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (Al-Zumar, 39: 38)


إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آَخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيم
[56] Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.(Hud, 11: 56)

لْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
[51] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (Al-Taubah, 9:51)


وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
[6] Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud, 11: 6)


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Yang paling senang, amalkanlah Ayat Qursi dan Mathurat selalu. Insyallah kheir..


p/s: Syukran buat semua komen membina dari warga PERMAI dalam muhasabah baru-baru ini. Insyallah, harapnya semua di kalangan kita dapat saling bantu-membantu untuk memperbaiki lagi aspek kebajikan dan keselamatan PERMAI untuk fasa yang akan datang. Insyallah...

13 comments

Write comments
February 28, 2009 at 10:32 AM delete

Salam Ainul.

KS cuma amati apa yang kamu alami sebagai AJK dalam Biro Keselamatan Kebajikan (sorry kalau silap). Kalau ada yang bangkitkan soalan tu, maksudnya mungkin mereka kurang faham lagi konsep 'kun fayakun' yang berada di tangan Allah.

Takpelah Ainul. Harap-harap untuk penggal kedua ni kamu lebih sabar dalam menjalankan tugas dan takdelah masalah besar yang terjadi di Irbid dari segi keselamatan.

p/s: Alhamdulillah dah khatam semua entri kamu termasuk travelog kamu ke Turki. Thanks sebab detailkan semuanya. Nanti KS cerita kenapa ;)

Reply
avatar
February 28, 2009 at 12:57 PM delete

Assalamu'alaikum..
moga2 Allah permudahkan segala urusanmu... sabar dan ikhlas...insyaAllah Allah bersamamu dan rakan2.. :) take care!

akk ada satu doa yg memg akk selalu amalkan bila kuar rumah. ustaz (advisor) ms di uia akk ajarkan.InsyaAllah Allah mudahkan urusan kita dan lindungi kita..

بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله اللهم إني أعوذبك أن أضل أو أضلى أو أزل أو أزلى أو أظلم أو أظلمى أو أجهل أو يجهل علي

akk x sure ejaannya ni.tp akk igtlh ayatnya..nnt akk min hubby akk tlg semakkan..
wallahua'lam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 28, 2009 at 1:14 PM delete

Keselamatan adalah tugas polis, jadi JKK tak perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku.

Dan juga tugas setiap individu. Atas keselamatan diri masing-masing.

JKK hanya bertindak menyebar maklumat dan membuat pemantauan.

p/s Teringat masa budak-budak dulu main polis sentri dengan masak-masak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 28, 2009 at 1:14 PM delete

Keselamatan adalah tugas polis, jadi JKK tak perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku.

Dan juga tugas setiap individu. Atas keselamatan diri masing-masing.

JKK hanya bertindak menyebar maklumat dan membuat pemantauan.

p/s Teringat masa budak-budak dulu main polis sentri dengan masak-masak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 28, 2009 at 8:11 PM delete

ainul bukan sahaja ajk..malah beliau adalah ketua polis wanita di sini... :)

setiap individu perlulah meningkatkan tahap keselamatan diri...dan bukan sahaja bergantung pada biro keselamatan dan kebajikan..

~PERMAI di hati...

p/s: jom maen polis sentri..hehhehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 28, 2009 at 8:55 PM delete

salam..
kesimpulan semua ni,itu yg berlaku adalah Kerja Tuhan..kita hnya mampu merancang bahkan sebaik2 perancangan adalah di tanganNya..

sebenarnya masalah murakib di irbid ni begitu ketara.benarlah seperti kata ainul,bukan semua boleh dan mahu dan bersedia menjadi murakib,berapa ramai sangat yang sanggup?yela,pasal semua orang ade kehidupan sendiri kan.mane la nk kisah hal hidup org lain.berapa ramai sgt yg fikir..kalau akhwat tu adik aku ker.kakak aku ke..tap yg tentu..dia saudara aku,saudara seislam..

yang akhwat pulak..bila nak dimurokibkan,xmau la..xpayah la..ego melangit..(xsemua)..

sendiri mau inagtla..

p/s: bukan ditujukan pada semua..

Reply
avatar
DAMAI
AUTHOR
February 28, 2009 at 10:23 PM delete

salam sayang ainul ^^

Dari Abi al-Abbas Abdillah bin 'Abbas radiyallahu 'anhuma katanya : pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi SAW,lalu baginda bersabda;

" Hai anak! aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah,nescaya Dia pelihara engkau. Peliharalah Allah,nescaya engkau dapati-Nya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta,maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan,maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah,sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu,tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang dituliskan oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau dengan sesuatu,tiadalah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskan Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku"

( diriwayatkan oleh Tirmidzi )

~~jangan putus asa ainul...kamu terpilih untuk memikul amanah ini...Allah tahu siapa yang mampu bukan?? ^^ ~~

Reply
avatar
March 1, 2009 at 7:04 AM delete

ks:
insyallah.. doakan ainul sama yer.. Selagi mana mampu, insyallah selagi tu ainul try habiskan amanah ni sebaiknya.. TInggal 4 bulan je lagi, pastu boleh merdeka!.. fuh, chaiyok!
p/s: Ok, ceritalah nanti... manalah tahu kot2 ada plan nak ke sana lepas datang ada kad... *hehehe*

kak ayu:
terima kasih akak.. Ainul dah baca yang sahih kat entry akak tu.. INsyllah nanti ainul letak sini sana untuk sapa2 nak amik amalkan.. Apa-apapun, syukran ye.. Doakan kami kat sini. Take care too. ^_^

Anon 1:
*angguk-angguk setuju*
p/s: Uiks, boleh plak terfikir polis sentri.. Tapi best je main benda tu. Kalau polis yang ini senangnya macam tu, bahagia hidup.. ^_^

Reply
avatar
March 1, 2009 at 7:10 AM delete

chi am:
Semoga semua urusan kami dipermudahkan.. Aminn

Anon 2:
ish, polis wanita tu besar sangat namanya.. Tak layak pun.. Orang pegang pistol, kita pegang peper spray.. hehehe... =P Apa-apa pun syukran. Nak main polis sentri kat mana? Kasi la rumah terbesar skali kat sini nak buat port. ^_^

Anon 3:
betul..betul.. Kalau nak paksa mana-mana pihak pun tak boleh juga. Masing-masing bukan suka kena paksa. Kita pun sama.Jadinya,kita buat je la mana yang boleh dulu.. Insyallah kalau semua faham, berkurang sket masalah tu. Syukran.

Reply
avatar
March 1, 2009 at 7:12 AM delete

kak maya:

thanks akak atas perkongsian hadis tu. INsyallah moga boleh diamalkan bersama.. Doakan kami dapat terus kuat pikul amanah sampai tiba waktu berhenti.. ^_^

Reply
avatar
Kak Mai
AUTHOR
March 2, 2009 at 5:54 PM delete

salam ainul..

terimakasih kerana berkongsi doa-doa itu..akak rasalah ainul dah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan...kalau tak, takkan boleh bertahan sampai sekarang..

apa-apa pun jangan ditembak kucing itu..haha..cute betul

Reply
avatar
March 3, 2009 at 11:36 AM delete

kak mai:
ws.. sama-sama akak.. ambillah mana2 untuk kita amal sama-sama.. ^_^
p/s: tak sampai hati pun tembak kucing tu. comel sangat. nak acah kasi dia duduk diam je.. hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *