Tertolak Janji

7:08 AM 21 Comments A+ a-

Salam

Ada sesuatu yang buat saya tidak tenang sekarang.Tiada apa-apa pun sebenarnya tapi cuma terkilan yang teramat sangat dengan seorang teman. Saya cuba sedaya upaya nak lupakan benda tu tapi tak dapat-dapat. Mungkin salah dia tak besar mana tapi saya susah nak terima cara dia waktu tu.

Saya dan seorang lagi kawan sangat sibuk lintang pukang menyiapkan program baru-baru ni. Jenuh kami nak mencari orang untuk beberapa keperluan utama yang sangat diperlukan. Susah sebab tak ramai sudi. Tapi alhamdulillah dia mahu. Kami lega. Tapi tiba-tiba bila tiba waktu yang dijanjikan, dia tiba-tiba tak mahu tolong kami. Atas alasan yang sangat tak logik. Bukan sahaja saya, ramai lagi kata begitu. Sudahlah tiba-tiba tak mahu buat, langsung blah macam tu je tanpa sebarang maaf ke apa ke. Yang dia tahu "saya tak mahu!".

Saya sangat terasa sakit sebab benda tu jadi tak sampai lagi 5 minit sebelum dia diperlukan. Saya tak kisah kalau dia benar-benar ada hal atau apa sekalipun alasan dia.Tapi sekurang-kurangnya berilah alasan yang kukuh dan kalau boleh tenangkanlah kami yang dah gelabah dengan beritahu yang dia memang nak tolong kami walaupun dia sebenarnya tak dapat tolong. Ataupun tolong carikan kami pengganti. Paling penting, janganlah bila dah dekat macam tu baru nak lari. Larilah awal sejam ke setengah jam ke, bolehlah kami cari orang lain. Paling kurang pun, setakat ayat "maaf" dah cukup buat kami rasa aman dari kekecewaan. Ini tidak,terus pergi macam tu je. Tak terfikirkah dia bahawa ada orang yang hampir putus asa sebab pemergian mendadak dia tu?? Sakit, sedih, kecewa semua ada tahu!

Saya cuba tahan. Mungkin dia tak perasan. Tapi lama-lama saya rasa makin sakit. Bukan sekali dua, saya dibuat begini. Setiap kali pun, langsung tak terbit perkataan "maaf". Tak tahulah mungkin dia ingat saya jenis tak kisah diperlakukan macam tu. Muka tiada perasaan kot saya ni walaupun dipijak-pijak banyak kali masih berlagak biasa. Saya bukan batulahh...

Kawan yang turut terkena tu ada pesan "Sabarlah.. Biarkan dia.." Tapi saya tak pasti saya boleh ikut arahan itu atau tidak. Saya mungkin boleh sabar dengan tidak men'sound' dia secara terus. Tapi saya tak mungkin dapat sabar dari melupakan perbuatan dia. Sebab perbuatan dia, banyak benda jadi kucar-kacir. Saya tak suka! Kalau setakat saya sahaja yang terkesan tak apa, tapi bila ramai pihak terlibat sama, saya jadi lagi perit.

Tapi saya nekad, biarlah dia dengan diri dia. Saya tak larat kasi hint. Dia masih dengan dunia dia. Tapi selagi saya ingat apa yang dia buat, saya takkan lupa perkara itu setiap kali saya melihat dia. Saya pendendam? Mungkin.. Tapi dendam saya paling senang hilang kalau tahu cara. Nak tahu macam mana? Mudah.. Akui kesilapan sendiri dan minta maaf secara ikhlas.Itu sahaja yang saya perlu.

Jangan salah baca dan salah anggap perbuatan saya. Saya tak benci dia tapi saya benci perangai dia. Bila dia buat macam tu, hikmahnya saya jumpa hanya satu. Pengajaran buat diri saya supaya jangan tiru perangai dia. Benda yang saya benci berlaku pada diri saya, insyallah saya takkan sesekali lakukan pada orang lain. Itu prinsip saya. Syukur Allah hantar dia untuk ajar saya sesuatu. Moga luka saya cepat sembuh.

Hari ini saya belajar pentingnya janji dan betapa dengan hanya satu janji dapat mempengaruhi seluruh benda tak kiralah perasaan,perjalanan sesuatu perkara atau apa sekalipun. Jangan sesekali mudah berjanji kalau anda tak cukup tekad untuk menunaikan janji. Lagi satu, bila dah berjanji, tolonglah tepati. Kalau tak diizinkan Allah untuk ditunaikan, sekurang-kurangnya pohonlah maaf pada yang telah dijanjikan supaya dia tak kecewa dengan harapan yang telah digantungkan kepada kita.

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلاَ تَنْقُضُوا اْلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” (An-Nahl: 91)

21 comments

Write comments
fathiyyah
AUTHOR
January 4, 2009 at 8:59 AM delete

salam ainul

sy paling tk suka orang berjanji dgn saya.kadang2,sy hanya memilih 'certain2' org sahaja untuk menunggu sama ada janji yang dia buat tertunai atau tidak.
sbb itu sy tak suka menaruh harapan.sbb sy suka taruh harapan tinggi2..

hihi

dan lagi,sy tk suka berjanji dgn org.sbb takut2 sy tk dpt lakukan dgn terbaik.
iya la,kita mesti mahu segalanya sempurna kan walaupun manusia ni memang sinonim dengan membuat kesilapan.
tp itu la sy,sy tk suka hampakan org.kalau sy yakin sy mampu buat/laksanakan dgn sehabis baik yang mungkin,then baru la sy berjanji dn sy akan buat terus..

huhu,panjang komen ni ainul

nasihat saya "sabar ya cinul sayang"

Reply
avatar
January 4, 2009 at 9:29 AM delete

Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam-ust zainudin hashim: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=15108&Itemid=91

insyaAllah...moga HidayahNya sampai kepadanya... sabar ye dik ainul.. =)

Tepati Janji dan Selalu Jujur.:
Dua kata itu memang harus selalu dipegang selama kita mau menjalani sebuah hubungan. Baik itu sekadar hubungan pertemanan, sampai ke hubungan yang lebih serius. Janji dan Jujur merupakan 2 hal yang tidak dapat dipisahkan. Kenapa? kerana dua hal itu lah yang sebenarnya boleh membuat suatu hubungan dapat bertahan.

Sekali berbohong kepada orang, maka selamanya kita tidak akan dipercaya oleh orang yang kita bohongi.

memang sebolehnya akak pun tak kan melakukannya... sebabnya takut perkara tu terjadi pada kita, mmg terluka..huhu..jd jgn buat kat org..hiii

Reply
avatar
January 4, 2009 at 12:26 PM delete

fathiyyah:

terima kasih banyak2.. tengah bersabar la nih.. kalau tak dah lama ainul sound terang-terang.. hehe

kak ayu:

aminn.. moga makbul doa kak ayu tu.. huhu, berharap sangat dia cepat sedar apa yang dia buat tapi entahlah.. agaknya saya terkena sebab saya pun pernah buat mcam dia kot.. na'uzubillahh..

Reply
avatar
chi am
AUTHOR
January 4, 2009 at 1:32 PM delete

ayatul munafiqu thalasa..

Reply
avatar
January 4, 2009 at 2:03 PM delete

...iza haddatha kazaba, wa iza wa'ada akhlafa, wa iza uktumina khona... (Bukhari & Muslim)

=)

Reply
avatar
January 4, 2009 at 2:56 PM delete

chi am:

harapnya dia tak termasuk dalam golongan tu.. Na'uzubillah.. Saya tak nak la pula sampai dia ke golongan tu.. T_T Apa-apa pun, dia masih seorang kawan. Dan saya harap dia berubah. AMinn..

ks:

erm.. ntah la ks. Nak cakap lebih-lebih, saya sendiri tak sampai hati.. Tapi bila dia dah buat macam tu, tak tau nak bising apa. Nanti lain plak jadinya. HUhu.. sangat tak suka bila jadi camnih.. T_T

p/s: dah fully recovered?

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
January 4, 2009 at 8:36 PM delete

salam..

elok luahkan perasaan tu kat dia, sebagai pengajaran..mungkin dia x sedar kesalahan dia..tegurlah dengan hikmah..

Reply
avatar
az
AUTHOR
January 5, 2009 at 1:18 AM delete

takda manusia tak melakukan kesalahan,
xda kesalahan tak termaaf kan..

hmm sy ckp mcm mudah dan senang kan..
tapi baik kamu tegur dia dgn cara baik, mgkn dia xsedar, tak pun dia rasa benda tu ok bagi dia dan org lain..sekurang2nya bila ada org bg tau kat dia, dia terpiki jugak apa dia dah buat..ti susah plak klu dia trus dlm dunia mcm tu..kita yg sedar kena lah bantu..

maf lah pnjg sgt tuh komenya..
tersalah kata maaf yew..^_-

Reply
avatar
January 5, 2009 at 1:48 AM delete

aah..akk pn pikir baik ainul jmp dia face to face... insyaAllah khair..dia mungkin x tersedar...dan bg kita perlu sedia memaafkan... no body is perfect kn... wallahua'lam.

Reply
avatar
January 5, 2009 at 2:55 AM delete

bro fisol:

ws.. erm, tengokla nanti saya cuba.. tapi saya tak berani janji sebab bukan senang nak cakap macam tu kat dia.. silap gaya, lain jadinya..

az:

takpe je az.. saya lagi suka kalau ada yang nasihatkan saya macam ni. thanks banyak-banyak.. insyallah, nanti saya cuba

kak ayu:

ainuk sebenarnya tak berani sangat kalau nk straight forward ckap ngan dia, kak ayu.. Ainul takut silap gaya lagi teruk jadinya kang.. Tapi tengoklah nanti.. Ainul tak kisah pun nak maafkan dia kalau dia mangaku kesilapan tu.. hurm.. tengoklah nanti macam mana.

Reply
avatar
DAMAI
AUTHOR
January 5, 2009 at 6:21 AM delete

salam ziarah ukhtie syg...

damai juga ada sahabat yang begitu sukar memohon maaf...hmm tidak tahu sebab musababnya...doakanlah agar golongan2 insan seperti ini dilembutkan Allah hatinya untuk mengucapkan kata penyejuk hati itu...^^

sabar ya sayang ^^

salam ukhuwwah ^^

Reply
avatar
husna zahran
AUTHOR
January 5, 2009 at 7:06 AM delete

salam..sorry sebelum tu..akak faham perasaan ainul..but better awak cakap terus kat dia dari awak meluahkan perasaan awak kat sini..akak faham mgkin ni wadah utk ainul meluahkan apa yg ainul rasa..tp bg akak yg pntg cakap direct..face to face..ainul wat mcm ni mgkin takkan selesaikan masalah..sgt setuju dgn az..kita tak mmpu jadi cermin kpd diri sendiri..dan hr tu ainul ditakdirkan menjadi cermin kpd dia..so bgtau dia..dan mgkin dia tak sedar keadaan itu..

-semoga sabar sentiasa ada dalam hati mu dik-

Reply
avatar
SangMentari
AUTHOR
January 5, 2009 at 9:22 AM delete

berdoalah moga suatu hari nanti dia akan tersedar...bila banyak kita diuji, tandanya Allah makin kasihkan kita..insyaallah

p/s pertama kali saya sampai di sini. salam dari cairo

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
January 5, 2009 at 4:53 PM delete

Women from Venus... LOL

Reply
avatar
January 6, 2009 at 12:51 AM delete

DAMAI:
terima kasih DAMAI.. ^_^

kak husna:
akak, susahlahh... Sebab dah banyak kali cuba lah saya jadi malas nak bising kat luar and setakat tulis-tulis dalam ni je.. huhu... syukran akak.. wish me luck..

Sang Mentari:
insyallah.. btw, ahlin Sang Mentari..

Reply
avatar
wooble
AUTHOR
January 8, 2009 at 2:49 PM delete

Men Are from Mars, Woman Are from Venus.. ak rse tu tjuk bku hehe.. tp x phm plak ap significant nyer.

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
January 9, 2009 at 3:33 AM delete

yup, memang tajuk buku. disebabkan post ni memang selari dengan apa yang diceritakan tentang perempuan apabila marah atau bengang dalam buku tu, maka saya katala 'women are from venus', dengan tujuan nak emphasize wanita memang begitu fe'elnya.

Reply
avatar
January 9, 2009 at 5:51 AM delete

wooble:
tau je tajuk tu tajuk buku, cumanya konfius apa kaitannya dengan entry nih.. samala kita.. huhu

senior saifuddin:
saya tak habis baca pun lagi buku tu. Apa kaitannya dengan sikap saya kali ni? sama ke dengan yg buku tu cakap?

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
January 9, 2009 at 8:54 AM delete

Wanita (menurut buku tersebut) lebih cenderung untuk meluahkan isi hati apabila berhadapan dengan masalah. Dia tak mintak pun masalahnya diselesaikan, tapi hanya sekadar mahu isi hatinya didengar.

Berbeza dengan lelaki, selalunya dia akan 'bertapa dalam gua' untuk beberapa lama (mengasingkan diri) dan jangan sesekali cuba untuk selesaikan masalahnya.

Sebab itulah kita lihat kebanyakan blog-blog wanita berkisarkan kisah hidup sehari-hari.

Apa pun, jangan salah faham ye. Ini bukan satu kritikan tapi sekadar cubaan untuk mengaplikasikan apriori dan aposteriori dalam konteks realiti. Keep writing...

Reply
avatar
January 9, 2009 at 9:35 PM delete

senior saifuddin:

ooo... mungkin betul gak kot tapi rasanya masalah saya ni dah selesai.. ^_^ jadinya beza sket saya dengan ciri buku tu ialah saya tetap menyelesaikan masalah walaupun lambat.. hehe.. adalah tidak best klu lari dr masalah kan? btw, thnks informkan.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *