Seru kak KK yang risau..

4:37 AM 16 Comments A+ a-

Salam

(Entry ini saya tujukan khas buat semua khususnya Irbidians dan terutamanya buat sekelian akhawat di sini yang saya sayangi sekelian!)

Minggu lepas, saya ada postkan risalah-risalah biro kebajikan dan keselamatan dalam yahoo group PERMAI. Sebabnya bila musim shita' dah mula, memang banyak sangat kes-kes kesihatan akan mula keluar. Satu-persatu penyakit datang. Tambah-tambah sekarang waktu peperiksaan, jadi stress pasti akan buat yang buruk bertambah buruk. Senior dah pesan waktu ni kena 'get ready' selalu. Walaupun risau, dalam hati ni selalu sangat doa moga moga sihat dan selamat selalu.

Tapi nampaknya usaha saya dan rakan-rakan dalam usaha mencegah macam kurang berhasil pula. Ramai juga yang jatuh sakit. Macam-macam pulak tu. Kebanyakannya demam, selesema, batuk yang biasa. Tapi kalau yang terlebih biasa pula sampai yang pengsan-pengsan, dehydration, viral infection dan banyak lagi. Adus, macam mana nih? Kena terima je la agaknya. Bukan mereka yang nak pun kan? Kita yang tengok pun kesian. Moga-moga kalian semua cepat sembuh.

Bagi yang masih sihat walafiat, alhamdulillah sangat-sangat. Teruskan usaha menjaga kesihatan dengan baik. Jangan sibuk sangat belajar sampai kesihatan tak terjaga. Yang penting, dua-dua kena sama seiring okay. Baru badan sihat, otak cergas, belajar pun lancar. Kan? (^_^)Y

Kalau ada yang macam nak sakit tu, saya nasihatkan jangan tangguh-tangguh makna ubat. Nanti melarat. Pergila markas sihi ke farmasi ke untuk dapatkan ubat. Tak pun mintak je kat AJK-AJK saya yang dah saya tugaskan memegang peti kecemasan iaitu Kak Soleha Azwa, Rahmah dan Kak Fareha (pihak syabab boleh rujuk pada biro KK syabab ye). Ubat tu semuanya untuk korang. Jadi gunakan sebaiknya ya! Habiskan pun takpe. Saya lagi suka kalau semua ubat habis dan semua sihat sejahtera!

Dah shita' ni, jangan terlampau terdedah pada sejuk sangat. Karang sakit! Siapa ada sobah, gunalah sobah tu baik-baik. Jangan jimat gas sangat. Takde guna jimat gas kalau badan merana ye kawan-kawan. Air masak minum banyak-banyak tau supaya badan tu tak dehydrate. Bila nak keluar tu, pakailah baju banyak-banyak lapis sikit. Kalau tak angin sejuk masuk meresap, kita gak yang gigil-gigil kat luar. Kalau jadi symptom-symptom yang pelik-pelik, rujuk terus pada senior atau doktor. Sini kan ramai budak medik, jadi gunakan mereka sebaiknya.

Erm, apa lagi ya nak pesan? Ha, bab keselamatan pulak. Rasanya semua dah sedia maklum kan apa yang dah terjadi pada seorang senior kita baru-baru ni. Ini salah satu bukti kenapa selama ni kami suka sangat membebel-bebel bab keselamatan kat korang semua. Sebab kami takut jadi macam tu lah, kami harap sangat-sangat semua boleh dengar dan patuh pada arahan yang telah dikeluarkan. Harapnya apa yang dah jadi ni boleh diintabehla ye pada semua. Malang tak berbau. Dan kalau boleh kita ambillah precaution sebelum benda-benda macam ni berulang.

Tadi saya baru lepas melawat senior yang terlibat tu di hospital. Sambil melawat tu, saya sambil kena menadah telinga jugalah dengar ramai syabab pesan macam-macam kat kami yang akhawat ni. Sedangkan senior lelaki yang lebih besar dan lebih lama di sini daripada kita pun dibuat macam tu, apatah lagi kalau pada akhawat sekelian. Aish, na'uzubillah.. Minta jauhlah dari sebarang kejadian macam tu. Serius cakap, dengar dia cerita saya pula yang kecut perut. Tambah-tambah bila teringat amanah menjaga bab keselamatan nih, ya rabbi kenapalah berat sangat. Tolonglah semua, bantu saya juga. Saya mana larat nak jaga semua orang. Jagalah sama diri dan rakan-rakan anda.

Kalau bab jalan sorang-sorang nih, saya akui saya pun kadang-kadang terpaksa gak keluar seorang diri di waktu malam. Tapi itu pun, kalau boleh saya sedaya upaya cuba cari orang dulu untuk temankan. Kalau tak dapat sangat, baru saya terpaksa rela jalan sendiri. Tapi diingatkan bila dah kena jalan sendiri tu, pandai-pandailah korang jaga diri bawa apa-apa yang patut sebagai back-up (jangan bawak senjata pula tau!, tu lain cerita plak tu!). Ingat sama peringatan-peringatan kami bila jalan sorang-sorang. Jangan lupa gak baca ayat mana yang patut untuk pendinding diri.

Kalau susah sangat, sila lah telefon kami untuk mintak muraqib. Dialu-alukan sangat-sangat. Insyallah, syabab-syabab Malaysia kat sini semua bertanggungjawab. Saya yakin dengan diaorang. Kita buat semua ni pun untuk keselamatan masing-masing gak. Janganlah degil sangat ye. Saya rayu sangat-sangat ni.. Kalau perlu dan memang rasa tak selamat, silakan minta.

Apa lagi saya nak pesan ek? Erm.. Setakat ini dulu la kot. Saya harap-harap sangat-sangat kes yang jadi semalam akan jadi kes terakhir untuk kita semua. Cukuplah sorang dah terkena. Yang kes-kes tak sihat ni pun kalau boleh cuba kita kurangkan. Tak mahulah yang lain kena sama. Tolonglah sama-sama kita jaga kebajikan dan keselamatan diri dan rakan-rakan. Tak kisahlah nyawa ke maruah ke rumah ke harta-benda ke, kita jaga sama-sama. Okay? Yang dah berlaku kita ambil buat iktibar supaya tak berlaku lagi di masa akan datang.

Akhir kata, sekian sahaja bebelan nasihat sayang dari kami di biro kebajikan dan keselatan. Harap semua boleh beri kerjasama anda sebaiknya okeh? Akhir kalam, selamat berjuang buat semua yang tengah nak exam final! Good luck! Bitaufiq wan najah!

16 comments

Write comments
chi am
AUTHOR
January 8, 2009 at 5:45 AM delete

ala byknye bahasa arab, tak ingat sgt dah..

Reply
avatar
cik santun..
AUTHOR
January 8, 2009 at 5:49 AM delete

kak KK, adik jg kesihatan pasni.. tknk jln sorg2 dh.. adek tknk sakit2, nk sehat je.. tknk susahkan kak KK... kak KK pn jage diri ye..

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
January 8, 2009 at 6:05 AM delete

ainul,kamu sibuk jaga org pu,pastikan kamu jaga diri kamu juga yaa

Reply
avatar
January 8, 2009 at 10:05 AM delete

chi am:
banyak ke? sikit je kot ni.. mana yang tak paham?

kak piqah:
ayark, saya lagi muda dr kak piqah la.. kiranya kalau baya kak piqah, saya ni adik KK la.. hehe

fathiyyah:
syukran fathy.. insyallah, diri bakal dijaga sebaik mungkin sebelum nak jaga org lain. ^_^

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
January 8, 2009 at 10:10 AM delete

Salam sejahtera
Terima kasih atas info yang diberikan- sekurang2nya saya tidak terasing mengikuti perkembangan sahabat2 di Jordan. Mengenai syabab yg ditimpa musibah itu - boleh saya tahu macammana ceritanya. TQ

Reply
avatar
al-huda
AUTHOR
January 8, 2009 at 8:05 PM delete

2 nikmat yang sering dilupakan-nikmat sihat dan mase lapang..
make,beringat sblm sakit..jgn tangguh2 jmpe dr or amik ubat yg sesuai..take care bout urself..
takziah pada yg sakit n yg ditimpa musibah..jge diri-jage keselamatan ye penduduk irbid^_^

p/s-da bole jadi mama ainul nih..hee3^_^

Reply
avatar
aleen
AUTHOR
January 8, 2009 at 8:34 PM delete

To my mommy KK..
Thanks very2 much, you've done ur job very well..

Thumbs up dear ainul..!!

InsyaAllah, we all will take ur advice, and believe me, after being in "a-39.8celcius-4days-fever" I now realise how health means to me, and how the "giving"
and "taking back" in a blink lies at HIS hand..

By the way, I didn't want any of my friends has to experience the same thing that happened to me.

Last but not least, ur company and the others along the treatment was soo sweet..

So, thanks..!! =)

Reply
avatar
k.kilah
AUTHOR
January 8, 2009 at 8:36 PM delete

mak aii ainul..cm mak2 bg nasihat..ni bru thun 2 ni..akak thun 5 pn tk cmni..heeee..=)
ni..nk panggil,umi,mama ke mak?hehe

Reply
avatar
January 9, 2009 at 12:10 AM delete

abu luqman:
ws. dia kena serang dengan arab yang nak merompak dia.

huda:
thanks huda sebab ingatkan.. haish, mama?? tak sesuai lagi, akak tak pe.. =P

aleen:
dear, i'm not your mommy la.. i'm your sweet sis ok.. hehe =P dah sihat 100% ke nih? jaga diri leklok.. nak exam ni, takmau sakit2 dah okeh. makan ubat ikut time yea, kalau tak ikut nanti ainul suruh ain babab! hehe..

Reply
avatar
January 9, 2009 at 12:13 AM delete

kak nabilah huda:
aih, ingatkan ni huda kawan ainul.. hehe.. sori akak! terkeliru plak.. lain kali tulis nama nabilah huda la akak.. ramai sangat kenalan nama huda nih... hehe..

p/s: warga irbid, dengar tu kak nabilah huda pesan apa.. ^_^

kak kilah:
terpaksa masuk aura ibu-ibu sekejap.. hehe.. takdelah akak.. ni aura kakak/adik penyanyang je.. hikhik.. saya muda lagi la.. tak sesuai di panggil ibu, atau mama atau mak. pengsan saya kang.. hehe.. anak sedara semua panggil kita acik je, still ada bau-bau kemudaan gitu.. =P

Reply
avatar
January 9, 2009 at 1:44 AM delete

Oh kau lupa sesuatu. Untuk ajarkan satu teknik membaling penjahat dengan sebelah tangan. Itupun satu cara menjaga diri tu. Hehe.

Reply
avatar
atiqahzal
AUTHOR
January 9, 2009 at 1:50 AM delete

apalah org arab tu..org Islam kat palestin sibuk berjuang utk hidup,dia selamba kodok je tikam org Islam kat sini..itu msti jarang baca Quran kat umah..hishh

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
January 9, 2009 at 4:58 AM delete

thanx doctor atas nasihat ..kite tumpang dengar..hehe
dah lama x blog hopping..huhu

Reply
avatar
January 9, 2009 at 5:57 AM delete

ab geldog:
senyum tanda apa ya tu? ^_^

sangpelangi:
baling penjahat dengan sebelah tangan? teknik taek wan do ke apa tu? hurm. rasanya ramai dah tau tapi tak sempat buat bila kena serang, terutama kalau dapat jenis penjahat yang tak kasi can langsung. haish..

tiqah:
tau tak pe. Dah takde kerja la tu nak merompak orang. Siap tikam lagi. Baik dia gi palestin gi tikam israel nun.. Eh, perompak tu islam ke? ntah-ntah bukan.. kalau dia islam, harap cepatla dia taubat. Kalau dikira hudud, dia tu patut kena tikam balik macam mana dia tikam senior aritu.. X_X

Reply
avatar
January 9, 2009 at 5:59 AM delete

maya:

jaga diri maya gak baik-baik kat korea.. maya lagila, orang malaysia sangat sikit kat tempat maya, so jaga diri baik-baik yer.. ^_^

dah habis exam ke berhopping-hopping nih? hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *