Rahsia Asyraf


Salam

" Kak Ina, dah dapat dah.." kata Asyraf.
" Confirm dah ke? Bila mula masuk? " saya tanya balik.
" 10 februari nih.." jelas dia
"Owhh.. " balas saya teruja sambil dalam hati gelakkan dia sebab tak dapat cuti lama-lama.. hehe.. =P

Semangat Asyraf cerita pada saya yang dia dah dapat apa yang dia nak selama ini. Alhamdulillah.Syukurlah impian dia dah nak jadi kenyataan. Tapi bersimpati juga pada diri sendiri dan abah sebab tak berjaya tarik dia ke timur tengah juga (sedihnya, tak ada peluang nak pergi umrah lagi la cenggini. T_T).

Erm, takpelah. Mungkin ke Russia lagi baik kot untuk dia. Harapnya semua baik-baik sahaja. Dia gembira,kitaorang pun gembira. Kan abah, kan? (^_^)Y Sekurang-kurangnya peluang saya nak jalan keluar Jordan sudah jadi makin senang sebab dah bertambah sorang lagi mahram. Opss..

Ha, inilah 'hadiah istimewa' yang budak ni kasi pada mama haritu. Hadiahnya ialah berita gembira dia diterima masuk untuk program fast-track MARA ke Russia. Istimewa ke? Hehe... Bolehlahhh.... =P (Kak Ina dah kasi berita yang sama dua tahun lepas okay walaupun lain negara. Jadinya kita 'fair and square'! Hehe..)

Jadi, tahniah la ya Asyraf! Walaupun kamu awal sangat masuk, tapi tarikh kamu bakal nak keluar Malaysia masih baya-baya tarikh Kak Ina gak. =P Well Done! Oh ya, selamat datang gak ke INTEC! Selamat menghadapi hidup budak universiti (erm, kenapa ya macam dulu tak terasa di university pun di INTEC tu? Sekejap sangat kot..)

Walaupun dah dapat surat, jangan lupa teruskan doa supaya jalan lebih dipermudahkan. Moga result SPM nanti keluar dengan warna yang berterbangan. Tak taulah sama ada program Russia di INTEC ada cut off point ke tak, tapi nasihat kak Ina, jangan leka sangat kat sana. Result biar gempak so nanti tiada masalah lain yang timbul kat tengah-tengah jalan. Kak Ina dulu takpe sebab budak Jordan dulu "CONFIRM FLY" hehe .. Apa-apa pun I wish you all the best, bro!

Nota satu : *Don't ruin my plan, okay! (mode kakak kejam)* + no need to 'shy-shy cat' la...

NOta dua : Hadiah macam Mira hanya untuk yang sudah dapat result. Jadi, sila tunggu!

NOta tiga: Pada Amira - selamat menjejak sekolah menengah 12hb nih! Allahu ma'ak habibti..

Nota empat : Pada kanak-kanak di rumah sekelian termasuk Mira, jangan lupa doakan kak Ina yang tengah final kat sini. Rasa seronok habis final biar sama-sama rasa okay? =P

9 comments

Sarah Mohd Shukor | January 10, 2009 at 5:32 AM

Oh. Tahniah untuk Asyraf. Patut ke ucap tahniah ye? Huhuhuu. Gila jahat KS ni =p Tapi KS dah warning kan dalam komen2 sebelum2 ni =p Haha.

Budak2 fast track pun confirm fly. Utk budak2 MARA 6 bulan la duration di INTEC. KS dulu tak sampai 3 bulan. Tup2 dah fly dah. Lagi best jadi budak JPA kot =p

Untuk Asyraf, yang penting persediaan hati. Kena ada rasa redha dari awal lagi. Jangan terkejut dengan apa yang kamu rasa bila di sini nanti. And please, tolong jangan apply tempat lain daripada Moscow kalau kamu taknak kecewa =D Tapi apa2pun, redha tu yang penting. Kalau dah settle bab tu, KS yakin campak la Asyraf kat mana pun, dia boleh survive punya ;)

p/s: Ainul, St. Basil Cathedral yang dalam gambar ni just a few minutes away from my house ;) Cuba bayangkan betapa tengah bandarnya tempat KS ni. Just about 10 minutes away from Moscow City Center!

Congrats again to Asyraf and Mira.

Ainul Arina Madhiah | January 10, 2009 at 5:42 AM

ks:
ucap ajela ks. Saya redha.. hehe =P
terima kasih bagi pihak dia. Harapnya dia boleh survivelah kat luar tu. Huhu, takpe2, budak tu dah besar dah. Lagipun, insyallah i believe in him. hehe..

p/s: tau je through your pic of lawatan rutin dulu.. Huuu, nak pergi sangat tempat tu sebab dia sangat chantek! Bawang versi colourful.. (*_*) waaaa.. (kakak nakal kata saya akan pergunakan adik saya sepenuh hati nanti! hehehhee.....)

DAMAI | January 10, 2009 at 10:44 AM

salam ainul syg..

akak juga pernah menjejakkan kaki di intec tu...3 bulan je laa...hehehe

jaga diri ya...

tahniah buat asyraf juga...^^

umaralfateh | January 11, 2009 at 12:59 AM

tahniah buat adik kamu..

setuju dengan kak sarah, persedian hati sangat penting sebelum terbang ke sini.

mahu cekal jiwa di sini , 2 perkara bagi saya penting.

1. solat jemaah jangan tinggal.
2. jaga makanan yang masuk perut.

dua ni punca utama akan bercabangnya perkara kebaikan lain. sampaikan salam saya (bukan sapa2,hanya insan kerdil) pada beliau.

Ainul Arina Madhiah | January 11, 2009 at 1:16 PM

kak maya:

owh, akak kat intec jugak ye dulu.. ^_^ bole kata senior saya juga la nih.. hehe. syukran atas ingatan..

umaralfateh:
syukran syazwan. Insyallah, nanti saya sampaikan pesan ni pada dia. ^_^

Durratul Akhyar | January 11, 2009 at 7:14 PM

salamun 'alaik..

waa..gembiranya bila dgr asyraf pun dapat tawaran ke russia. tak sangkanya..terharu aku..cewah=p

all da best..ainul pn sm..musim imtihan wat leklok ek..insyaAllah doa sentiasa mengiringi buat sahabat2 perjuangan..nnti kalo mesia, jgn lupe bitau ek..nk tebus blk coz aritu x smpat jmpe..hehe=p

btw..asyraf dapat russia tu dapat kos pe? engine ke?

Durratul Akhyar | January 11, 2009 at 7:15 PM

*correction

nnti ainul blk mesia...

Ainul Arina Madhiah | January 12, 2009 at 3:38 AM

saadah:
dia medik gak.. insyallah.. moga dipermudahkan kita jmpa nnti.. banyak gila ak nk citer kat hang!=p

sakura | January 13, 2009 at 8:28 AM

wah, asyraf..
tahniah2!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images