Pesan Dari Tuhan

Salam

Sepanjang semalam hanya ini yang banyak bermain di sekeliling saya. Dialog bermakna dari abah, sensei dan juga kawan. Banyak lagi sebenarnya tapi ini yang paling kuat mengetuk pitu hati. Pesan dari tuhan barangkali..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA SATU - Dalam telefon

Saya : Abah, takutlah nak exam..

Abah : Jangan takut-takut. Buat sehabis baik. Insyallah okay je.

Saya : Abah doakan Ina ya!

Abah : Abah selalu doakan, jangan risau. Belajar sunggguh-sungguh. Nanti dah habis belajar semua,bila dah jadi doktor boleh datang Palestin bantu diaorang..

Saya : (terdiam) Aminn...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA DUA - Dalam YM

Sensei : Kamu ke mana cuti kali ini nanti?

Saya : Insyallah bakal ke Turki. Doakan semua selamat lancar ya sensei.

Sensei : Insyallah. Wah, awal betul kamu pergi Turki tu..

Saya : Takdelah. Ramai lagi yang dah pergi Turki dah dari saya.

Sensei : Seronok jalan tu seronok gak,tapi duit lebih jangan lupa kasi kat Gaza..

Saya : (terdiam) Insyaallah sensei!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA TIGA - Dalam bilik waktu tengah study dengan kawan

Kawan : Ish, dah lama dah ni..

Saya : Ha? Apa dah yang dah lama? Dah tak larat study ke?

Kawan : Tak. Dah lama sangat orang Palestin kena serang. Malam ni sejuk ah. Kesiannya diaorang kesejukan kat luar tu. Asal ah Israel tu kejam sangat?

Saya : (terdiam) Entahlah.. (dalam hati : Ya Allah, berikan mereka perlindungan dari kesejukan malam musim dingin nih..) Agaknya diaorang makan belum ha?

Kawan : (Diam)Banyak betul kita makan time shita' ni. Orang Palestin ntah dapat makan entah idak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alfu syukran jazeelan katheeran buat yang mengingatkan. Insyallah, semuanya buat saya kembali tajdid niat di sepanjang episod hidup ini. Terasa diri masih belum sempurna berjihad sedaya yang saya mampu. Banyak lompong kosong yang masih berbunyi bila ketukan muhasabah dilaksanakan. Terasa amat rendah tahap keprihatinan saya pada saudara di Palestin sana berbanding yang lain. Yallah semua, Ingatkan saya kembali bila saya lupa. Kejutkan saya semula kalau saya terlena. Semoga derita sama dihadapi, bahagia sama disyukuri ~terima kasih~

5 comments

cikgu jawe | January 11, 2009 at 1:41 PM

salam ina.. hehe

belajar baik2 dgn ikhlas. cermat jwb exam. insyallah. :)

kdg2 Allah ingatkan kita melalui suara org2 di sekeliling kita. :)

Durratul Akhyar | January 11, 2009 at 7:20 PM

ainul, kekdg apa yg ko coretkan ni sama mcm apa yg terlintas di benakku..bila kita seronok, kita x ingat pun kt mereka yg susah. kekdg trase dhaif diri ini..moga kite tsabit di jalanNya dan terus berdoa (selemah-lemah bantuan) buat saudara2 kita di Palestin. Sumbanglah setakat mana kita termampu kerana sumbangan yang sedikit tu akan memberi makna yang besar..

p/s : den xleh tgk paper yg ada gmbo saudar2 kite kt palestin..sedih bangat sih..x terucap dek kata2 kesedihan tu..huhu

mfakhruddinm | January 11, 2009 at 9:35 PM

rs nk g sna je perang..marah tol..ari ni paper tunjuk gambar masjid kne bom..abis sume.al-quran hancur..kuatkn iman kami ya ALLAH.amin

Ainul Arina Madhiah | January 12, 2009 at 4:08 AM

cikgu jawe:
ws cikgu.. ^_^
insyallah, doakan saya yer..

saadah:
sama la kita saadah.. jom sesama mujahadah buat yang mana kita mampu walaupun tak besar mana sangt..

mfakhruddinnm:
amin ya rabbal 'alaminnn.. saya pun bengang gak. Bom masjid tu maknanya dah melampau sangat la tu..

splendid | February 15, 2009 at 10:13 PM

chloe bags
chloe handbag
chloe handbags
chloe paddington bags
chloe paddington bag

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images