Perancangan

Salam buat semua

Alhamdulillah exam final semester satu sudah pun habis dua hari lepas. Dengan itu juga, maka mulai saat ini, kami di Jordan University of Science And Technology akan mula bercuti. Merdeka!

Mulanya ingatkan bila mula bercuti ni, bolehlah saya luangkan sedikit masa nak berjalan-jalan lebih lama di blog teman-teman. Rupanya lain yang dirancang lain pula yang menjadi. Cuti kali ni terasa bakal menjadi cuti yang agak padat. Maaf kalau saya tak sempat buat apa yang saya janjikan pada teman-teman di sini. Nanti bila betul-betul lapang, saya buat ya! Ini pun saya rasa waktu cuti ni mesti tak berapa sempat nak mengupdate blog. Wallahualam lagi macam mana. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Malam habis exam haritu terus terisi dengan menemani teman-teman berjalan di balad sebelum semua bergerak menuju ke program ceramah umum anjuran beberapa ustaz yang singgah sebentar sewaktu dalam perjalanan ke Gaza.

Hari kedua pula, akhawat batch saya mengadakan program batch yang dah lama terbengkalai dek kesibukan. Kali ini kami berpagian dengan aktiviti barbeque. Terasa makin rapat ukhwah yang terbina. Lagipun, makin lama kami melangkah di sini, makin sukar mahu berkumpul kerana bidang yang berbeza. Jadinya dengan program ini, rindu yang terpendam terasa sudah terlerai. Apatah lagi hari ini batch kami kembali lengkap dengan kembalinya seorang ahli yang kami rindu. Selamat pulang kak GG. Rindu sangat pada akak!







Esok pula, insyallah saya akan berjalan-jalan dengan teman di Amman sebelum sama-sama menjemput kedatangan teman-teman tersayang daripada bumi Mesir. Terasa sangat tak sabar nak bertemu kembali dengan kawan-kawan lama dan bertemu dengan yang baru. Ahlin buat kalian! (^_^)Y Moga kedatangan ke Jrdan akan bawa banyak manfaat untuk kalian bawa pulang ke BUmi Kinanah.

Mengikut perancangannya, 4hb ini insyallah saya akan berkelana bersama teman-teman disini ke bumi Istanbul. Jiwa terasa makin meronta mahu menyelusuri kesan kebangkitan dan keruntuhan Islam di sana. Ada sesuatu yang saya cari dan harapnya saya boleh ketemu ia di sana. Jadinya, mungkin nanti rumah ini akan sunyi sebentar. Nanti pulang, insyallah saya cuba kongsikan apa yang saya peroleh.

Malam ini, hampir kesemua keputusan peperiksaan saya telah pun keluar. Hanya tinggal subjek Pharmacology sahaja yang belum. Alhamdulillah, keputusan semua memberangsangkan walaupun tidak mencapai sasaran sebenar saya (senior kata begitu tapi saya sendiri tak pasti sebab saya mengharapkan yang lebih dari itu.)Tapi tak mengapalah, saya redha. Insyallah di masa depan saya akan buat yang lebih baik dari itu. Syukur alhamdulillah, terasa beban yang saya tanggung sepanjang semester satu yang mencabar ini makin ringan. Terima kasih saya ucapkan pada semua yang memberi tunjuk ajar dan galakan selama ini. Saya hargai jasa kalian.

Waktu cuti ini banyak benda sebenarnya yang saya sudah rancangkan untuk dibuat. Kalau boleh, saya mahu cuti kali ini saya manfaatkan sepenuhnya. Saya sasarkan mahu menggunakan masa ini untuk meningkatkan kualiti diri. Caranya masih samar-samar. Tapi saya sasarkan mahu meningkatkan kualiti ibadah,kualiti masa bersama-sama teman juga menguatkan diri sendiri sebelum melangkah ke alam pembelajaran sistem. Juga saya sasarkan untuk menghabiskan seberapa banyak buku yang ada dalam simpanan. Banyak perkara yang perlu disusun dan diatur kembali untuk memperbaiki diri saya. Harapya cuti kali ini sasaran ini akan berjaya dicapai. Amin.. (kalau sempat, mahu sambung belajar bahasa yang tertangguh sejak cuti september lepas.)

Selain tu, bila dihimpun terasa ada berbukit kerja yang menanti masa cuti ini. Tapi ada seorang kakak pernah cakap pada saya bahawa dia lebih suka berada dalam keadaan saya yang sibuk berbanding dia yang lapang sebab katanya bila kita sibuk, masa pasti terisi dengan baik. Insyallah, moga kata-kata dia jadi kenyataan buat diri saya. Sesibuk mana pun, kalau kita pandai urus masa pasti tak jadi masalah. ^_^

Ramai kawan-kawan di sini yang akan pulang ke Malaysia esok. Ah, cemburunya pada mereka. Terasa saya juga mahu pulang ke Malaysia. Tapi kalau balik selalu sangat, nanti tak seronok pula. Takkan nak tunjuk muka anak manja pada adik-adik yang tengah semuanya di rumah sebab balik tanpa alasan. Moga kerinduan saya pada keluarga dibalas dengan sesuatu yang lebih baik dari itu. Buat Kak Rina di rumah, Ina doakan moga segalanya dipermudahkan Allah dan juga selamat hari lahir untuk akak. Moga kehidupan yang mendatang bawa sinar yang baru untuk akak. Buat teman yang pulang, selamat jalan! Moga kalian pergi dan kembali dengan selamat.

Akhir kalam, saya sudahi catatan kali ini denga peringatan supaya semua kembali ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Semua pasti ingatkan perkara apa? Masa muda, masa lapang, hidup, kekayaan, dan kesihatan. Jangan dilupakan semua perkara ini sewaktu kita seronok bercuti. Moga cuti kali ini lebih baik berbanding cuti-cuti sebelumnya.

oh ya, buat Kameelah, Ainul doakan moga kakak kamu cepat sembuh. Insyallah, semua penyakit ada ubatnya kecuali maut. Syafakillah buat dia. Semoga Kamel dan keluarga kuat menghadapi dugaan ni. Allahu yusahil alaikum.

18 comments

Uwais Amzar's Family | January 27, 2009 at 8:55 PM

wah mabruk dh abis exam.. alhamdulillah... moga mndapat result yg cemerlang!! dgr kata nak cuti ke turkey ye? best tuh! ;) jmput datang umah.. hihiii...

Uwais Amzar's Family | January 27, 2009 at 8:56 PM

lagi satu.. teringat lak aritu buat BBQ kat aqaba.. tgk gambo korang ni... dulu wat sate di rumah akk... best2.. hiiii

Shazwani Adnan | January 27, 2009 at 9:10 PM

salam.

tahniah sebab sudah habis exam. perancangan yang bagus dan pjg!

apa pon, buat selagi terdaya. dan akhir skali, serah pada Allah. Itu terbaik.

Nak ikut g Al-Hambra!

Ainul Arina Madhiah | January 27, 2009 at 9:44 PM

kak ayu:

lama tak nampak akak kat sini. (^_^) sihat semuanya? hehe, terima kasih.. amin atas doa kak ayu tu.. haah, insyallah ke turki nnti. datang rumah akak? alamak, malu la plak.. :P sate? wa! sedapnye! lama tak makan sate.

kak wanie:
ws, terima kasih.. insyallah, selagi mampu selagi tu saya cuba yang terbaik. nak ikut ke? jom2! gi ajak kak asma skali. Kita rpund2 sesama.. hehe

mael | January 28, 2009 at 6:28 AM

Salam ziarah..:)

Sy yg bertanyakan pasal k.Sarah Dardiri sebelum ni..hu~

yellowrose | January 28, 2009 at 7:08 AM

alhambra?alhambra bkn kt spain ke?kui3..kate g turki?huhu

akak | January 28, 2009 at 8:24 AM

wah..bestnya. Apalagi..sila sediakan entri bergambar lepas nie. :). Jaga diri.

Ainul Arina Madhiah | January 28, 2009 at 12:59 PM

mael:
ahlin mael.. owh, baru tadi saya kasitau kak sarah pasal junior dia. ^_^

kak asma:
aish, baru terperasan silap... waa!!! malu!!! T_T

akak:
tunggu yer.. ^_^

Shazwani Adnan | January 28, 2009 at 11:29 PM

salam.

tak yah malu sgt. biasa la tu kdg2 silap. Tu la pasal, rasany alhambra kt spain tp takut kita pon salah, jd, diamkan aje.

Istanbul tu kat Turki kan?

Ainul Arina Madhiah | January 29, 2009 at 3:18 AM

kak wanie:
ws.. hehe~ takpe. ngan kak asma takkan saya nak malu. malukat reader je.. adesss.. =P haah. istanbul kat turki.

yellowrose | January 29, 2009 at 7:55 AM

da xsaba2 ke nk g spain..kui3...bak kate kak wani kalo tersebot separa sedar.subconciously ,tuh la yg kite nak sebenanrnye..keh3....slmt menghayati kegemilangan islam turki uthmaniyyah kt istanbul..mmg rase takjub gak kt turki..

Ainul Arina Madhiah | January 29, 2009 at 8:11 AM

kak asma:

haah, memang nak sangat-sangat gi spain.. tu la akak. pegi awal sangat tak tunggu ainul.. huhu..

terima kasih.terima kasih. selamat belajar ye kak asma! kuikuikui..

snm | January 30, 2009 at 7:08 AM

ainul sdg khatam movie kah?? :D

Istadit | January 31, 2009 at 4:28 PM

salam.

tahniah dah habis exam.

sronok la dapat bercuti ~

fazemy | January 31, 2009 at 4:43 PM

Salam singgah.

Ainul Arina Madhiah | February 1, 2009 at 7:10 AM

kak snm:

achik, dah habis 3 drama 2 movie.. ngeee..

istadit:
ws. terima kasih.. tapi tinggal seminggu je pun. lepas ni balik kelas balik.. T_T

fazemy:
selamat datang fazemy

KaaMyL KamPungGirL | February 8, 2009 at 1:15 PM

salam wbt ainul..
tersentak betul bila terbaca perenggan terakhir tu. thanks.. (terdiam kejap, taktau nak ucap apa lagi dah) sungguh sangat terharu dengan keprihatinan ainul v_____V

alhamdulillah kakak's getting better. thanks to doa bersama sume orang :)

dan mintak maaf sebab lama sudah tak ziarah ainul kat sini. kamel tgh masuk balik mode blur tak hengat tu. blank dan clueless tanpa sebab wuwuuu~ ainul baik2 ye jalan2 tu. kamel doakan ainul selamat berkembara & selamat pulang.. ameen ;')

Ainul Arina Madhiah | February 13, 2009 at 1:36 AM

kamel:
ws kamel.. ^_^ takde apa-apa pun. Cuma ainul kind of know the feeling when one of our family is in state of danger dan the desperate hope for miracle that everything will turn to be fine. pernah merasa gak keadaan yang sama.

tak kisah pun.. asal datang jenguk bila free pun dah ok. ^_^ thanks for the wish! turkey is superb...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images