Pandang Pada Teman

1:44 AM 9 Comments A+ a-

Salam



Peperiksaan dalam musim sejuk selalu buat saya rasa tertekan berada di dalam rumah yang super sejuk.Luar lebih selesa rasanya.Tahun ni saya terpaksa pakai baju terlebih lapis memandangkan pemanas rosak dan masuk kedai. Jadinya kita cari haba secara manual lah selain ulang-alik pakai buka api dapur gas.

Waktu macam ni selalunya saya suka berkumpul dengan kawan untuk study bersama. Kalau penat,kami study sorang-sorang secara gilir-gilir. Saya tidur dia study, dia study saya tidur. Sekurang-kurangnya nanti ada yang boleh tolong bebelkan kalau susah nak bangun dari proses hibernasi tu. Kalau sorang-sorang, cepat sangat hanyut dibawa kehangatan hiram.

Memandangkan kawan dah serik datang study rumah saya sebab tiada pemanas dan dia menggigil-gigil walaupun waktu siang, jadi saya lah yang selalu ke tempat dia. Syukran jazeelan katheeran sebab sudi kongsi pemanas dan study sama-sama serta jadi jam loceng saya yang tiada butang snooze. Nak tak nak memang saya kena menghadap buku kalau tak mahu kena fire. Hehe..Bukan seorang, tapi ramai sangat kawan di sini yang macam tu. Terima kasih semua! Moga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan final nih. Syukur sangat-sangat ada rakan-rakan yang baik macam kalian! ^_^

Baru-baru ni saya terdengar keluhan seorang teman yang kesunyian.Di rumah kebanyakannya semua duduk menyendiri di dalam bilik masing-masing. Fahamlah terutama waktu tengah exam. Kadang-kadang sampai dia terasa lebih baik dia duduk seorang diri sebab sama sahaja keadaannya kalau duduk beramai-ramai pun.

Dengar dia cerita buat saya terdiam. Tiada siapa yang bersalah dalam keadaan ini tapi sedikit-sebanyak saya terasa seolah-olah kami ter'tinggal'kan dia di belakang. Sendiri tak sedar mungkin bahawa ada rakan yang kejauhan dari sisi kami. Dalam gelak-gelak kami, rupanya ada juga seseorang yang melihat hanya dari jauh.

Saya tak pasti sama ada dia yang terasa sunyi sendiri atau memang kami yang terlepas pandang. Tapi syukurlah dia ada meluahkan. Sekurang-kurangnya kami boleh cepat sedar dan kembali betulkan keadaan. Walaupun mungkin tak banyak mana mampu diubah, tapi harapnya kami boleh cuba bantu dia kembali tak terasa sunyi.

Susah kalau sunyi di tempat orang macam ni. Deritanya lebih daripada sunyi di tempat sendiri. Di sini hanya ada kawan. Kalau kawan pun tak terasa apa, memang boleh cepat sangat down bila sorang-sorang hadapi masalah. Saya pun pernah terasa juga kadang-kadang, sebab itu kalau boleh taknak ada kawan yang terasa sama sebab kita sendiri dah tahu peritnya sunyi.

Jadi semua, apa kata lepas ni kita sama-sama buka mata dan telinga lebih sikit kalau-kalau ada kawan kita yang seolah-olah menyendiri. Kalau dia ada masalah, kita sama selesaikan. Kalau dia perlukan pertolongan, kita sama bantu. Di sini, kitalah keluarga kawan-kawan kita. Gelak biar sama-sama, sedih pun kalau boleh biarlah sama-sama juga. Kata pepatah - hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.. Hati kita, sama kita jaga.. Tak mahulah ada kawan yang sunyi-sunyi sedangkan kita gelak sendiri-sendiri. Boleh ya? (^_^)Y *Macam kempen kukuhkan ukhwah la pula.. =P *

MOTTO HARI INI : Don't take your friends for granted*..

*Specially yang ada betul-betul depan kita...

p/s: mama saya pesan bila duduk dengan kawan, kena banyak tolak ansur. Jangan cepat sangat terasa sensitif dan sakit hati. Hati kena banyak sabar. Terima diaorang seadanya kalau memang itu sikap mereka ( exception kalau sikap yang tak baik ). Pastu jangan buat kepala sendiri. Hidup bermasyarakat kena give and take. Abah saya pula pesan " More you give, more you get back but if you don't get anything, sabar je lah. Nanti Allah balas lagi baik " Paling penting, be yourself! (^^,)Y

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota satu : Ada yang merajuk tak tulis birthday dia dalam nih haritu..Hehe.. K lah, Ainul nak wish happy birthday ( belated, today and future )pada semua yang lahir bulan Januari sejak 1hb Januari yang lepas. Alarm handset untuk bulan Januari sentiasa berbunyi setiap hari, jadi saya kumpulkan semua dalam nih. Selamat Hari Lahir !!

Edited: Special for my best friend Fathen Aqilah kat USM(19 Jan 1989) Happy Birthday dear, nah,ni hadiah tahun nih.. Nanti balik, kita sambut birhday compact ramai-ramai 6 orang yer. (^_^)Y InsyaAllah



Nota Dua : Ganbatte buat semua yang masih exam.. Khas buat Jordanian MEP7 yang ada lagi 3 madah, keep up the good work guys! Bitaufiq..

Nota tiga : Menunggu-nunggu pakcik kedai pulangkan balik sobah (pemanas) saya. Shita' dah nak habis dah ni pak cik... (-_-)"

NOta empat : ada lagi tiga subjek exam - Biostat,patho dan pharma. Fuh!! Tak sabar nak habis... Doakan ya semua!!

9 comments

Write comments
January 19, 2009 at 3:40 AM delete

Salam Ainul. Betapa KS dah rasa lebih lagi daripada yang kawan kamu lalui. KS faham sunyi yang dia rasa tu. Dan inisiatif dan kesedaran kamu tu KS sangat puji. Sebab mana tau nanti kamu pulak susah, sunyi, ada kawan yang memahami, kan. Hmm. Betapa KS harap ramai yang baca apa kamu tulis ni.

ps: Disebabkan KS tergolong dalam nota satu, so KS nak ucapkan terima kasih! Hehehe =D

Reply
avatar
chi am
AUTHOR
January 19, 2009 at 4:54 AM delete

selamat baca nota chinul!

Reply
avatar
January 19, 2009 at 7:12 AM delete

ks:
ws.. Insyallah, kalau boleh pun memang tak nak diri sendiri atau kawan-kawan rasa sunyi. Senang nangis atau rendah diri kan kalau dah jadi macam tu. Tapi ks kira kuatla gak boleh survive.. Huhu..

p/s= Hehe.. Sama-sama.. Tapi ks masuk grup tak merajuk kot. Ni tuju spesel untuk grup merajuk tuh.. Haha~ Pendek kata kita kasi fair and square, ha amik semua saya wish sekali.. ^_^

chi am:
Lama tak nampak chi am. Busy eh? Thanks! Doakan saya berjaya. ^_^

Reply
avatar
akak
AUTHOR
January 19, 2009 at 8:29 AM delete

Nak kene belajar lg utk terima org seadanya. Susah betul. Asyik tersakit hati & tersensitif je ngan orang..semenjak dua menjak nie. :(

Reply
avatar
January 19, 2009 at 8:48 AM delete

waalaikumussalam , boleh je ainul..:)

Reply
avatar
January 19, 2009 at 9:14 AM delete

akak:

takpe akak. Kita cuba perlahan-lahan. Saya pun sama gak sebenarnya. Masih dalam proses pembaik-pulihan.. ^_^

Kak Mae:
Terima kasih kak mae!

Reply
avatar
jam loceng xde butang snooze
AUTHOR
January 19, 2009 at 12:43 PM delete

meh la studi same2 lg =)

Reply
avatar
January 19, 2009 at 1:41 PM delete

kak jam:

hahahaha... adeh, ada gak rupanya orang nak ngaku.. weit, gi baca buku! jangan baca blog.. hehehe.. mekasih banyak-banyak yer jadi jam ak. Pas exam nanti mesti rindu kena bebel ngan kak-jam-loceng-takde-butang-snooze nih.. hehehe.. =P Sayang ko!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *