Hari terakhir kuliah sem satu

Salam~

Ini cerita dua tiga minggu sudah sebelum peperiksaan final. Waktu ini hari terakhir kuliah di jamiah. Lepas habis kuliah, saya, Mahera, dan Maisarah menetap sementara waktu di perpustakaan untuk study. Nak exam final kena struggle, kan? Jadi, jom sama-sama tengok gambar hari terakhir semester satu tahun dua kami!

Ehem..Ehem.. Shhh.. Tengah study nih! Fokus itu penting! Aish, maaf ya pakcik library. Nati kami kemaskan balik buku dan nota-nota kami. Yang lantai pink tu bukan library ye. Tu bilik. Lambang sedang menyusun nota di lantai supaya nampak banyak benda nak pulun. Hehe..



4 jam berlalu. Jom sambung study di rumah. Library pun dah nak tutup. Bila keluar, kenapa panorama hari ni nampak cantik? Ala-ala winter gitu.. Pokok semua sudah gondol. Hai, bila la salji nak turun...



Lambat betul la bas gonggok ni nak sampai. Bosan punya pasal, kamera telefon jadi mangsa. Tengok kiri, tengok kanan.. Yes, tak ramai orang! Ada beberapa orang perempuan arab je. Sebabnya ramai masih ada kelas kot. Apa lagii??!! Jom ambil gambar!



Klik! Klik! Klik! Sakan sungguh.. Tiba-tiba, aih Kak Sarah Dardiri datang la.. Jom akak, kita join sama. Bukan senang nak tunggu time tak ada orang nih.. Klik! Klik!



Eh, gonggok dah sampai! Kanak-kanak, jom balik! Study la jom.. Jangan bergambar jer.. Gonggok o gonggok, bawa kami keluar dari jamiah cepat.. =P



Akhirnya, lepas naik gonggok kita naik bas biasa ke mujamma' sebelum turun dan berjalan pulang ke rumah. Awan sungguh comel. Lalala.. What a lovely day..



Ok, dah sampai! Sila sambung study. Jumpa lagi..~

22 comments

akak | January 20, 2009 at 7:31 AM

cerita bergambar pulak ye..hihi. tapi satu je..macam mana bendanya bas gonggok tu. Bunyinya macam ulat gonggok je..:D

Ainul Arina Madhiah | January 20, 2009 at 7:43 AM

bas gonggok? owh.. nanti ainul cari gambar dia yea. kalau takde, akak kena tunggu bulan depan la.. dah mula skolah baru jumpa balik. hehe bas tu sangat panjang dan tengah2 dia ada lipat-lipat. Bila dia jalan naik atas bonggol, sebijik macam ulat gonggok jalan..=P

yellowrose | January 20, 2009 at 10:49 AM

akhirnye..penulis menunjukkan gamba diri sendrik..hek3...cecewah..i love pokok togel yg xde daun..suka suka........!eh gmba bas gonggok tuh akk ade berlambak jek ainull..nak ke?hehehe

Ainul Arina Madhiah | January 20, 2009 at 11:45 AM

kak asma:

sudah berkali-kali la ainul tunjuk muka kat sini. Cuma jarang je. kasi jarak jauh-jauh sikit.. Tak kisah pun orang tau, saya baling batu tak smebunyi tangan.. hehe..=P

akak ada banyak ek gambar gonggok, bak la satu nanti.. saya letak kat sini. gonggok jarang jadi model saya nak berfotografi la.. hehe

sayang akak takde aritu. Sakan kitaorg bergambar kat depan tu tau. Nasib baik takde orang ramai sangat. takdelah malu lebih kalau orang tengok budak ni batak bergambar.. hehehe..

chi am | January 20, 2009 at 9:38 PM

ainul arina madhiah, yang mana satukah adalah anda. saya tidak mengenali anda pon lagi. aduhai.

Durratul Akhyar | January 20, 2009 at 10:58 PM

ainul, ko makin slim ek sesejak dok jordan ni..ehehe..pulun stadi sgt tu=p

c's radin | January 21, 2009 at 2:44 AM

isk.. sakannye study!~

btw, jeles.. nk library cm gitu gak!~

ainul, adiah yg ainul kasi dh smpi.. kunci jordan tuh kunci nk takhluk jordan ke? satgi brijet alqasam dtg takhluk jord.. tngu tau.. huhu

k, selamat xm ye

tata

chmod | January 21, 2009 at 5:56 AM

waaa...manis sungguh ye posing cik ainul ye... :p

Ainul Arina Madhiah | January 21, 2009 at 5:56 AM

chi am:
teka..teka.. !

saadah:
haha~ gelak sakan la baca komen nih. Mendenya nak slim. Time-time musim sejuk ni lagi la lemak taknak jalan. Simpan buat kumpul haba. Hehe~ Moga masin mulut ko saadah. =P

Radin:
napa radin, library korang tak macam tu ke? Wah, bestnyer kalau brijet al-qasam nak datang takluk. Kalaulah betul, akan aku beli semua kunci di jordan ni kasi kat diaorang, bukan ko sorang je. Hehehe.. good luck to you too Radin!

Ainul Arina Madhiah | January 21, 2009 at 6:00 AM

chmod:
Tu bukan manis tu. Tu poyo namanya.. ^_^

tiktik | January 21, 2009 at 6:01 AM

selamat ko tak letak gmbar cik una..hik3

Ainul Arina Madhiah | January 21, 2009 at 7:20 AM

tiktik:
hehe~ tobat takmau letak dah tiqah. Serik ouwhh.. T_T

saifuddin | January 22, 2009 at 12:22 AM

Untuk pengetahuan chi am, ainul arina mardhiah adalah seorang yang teramat pemalu. Justeru beliau hanya berlakon sebagai pokok sahaja dek kerana aib dan malu besar untuk bergambar. Entah apa yang nak dimalukan saya pun tidak mengerti.

Apapun, lakonan anda memakai kostum pokok sangat menjadi atau real dalam bahasa inggerisnya. Saya kurang gemar menggunakan bahasa orang putih kerana saya anti PPSMI. Tapi itu tak berkaitan dengan artikel ini.

Mungkin selepas ini anda boleh berlakon sebagai meja di maktabah? Lebih sopan berbanding berlakon sebagai pokok. Kita orang melayu, ada adat ketimuran yang perlu dijaga.

Ainul Arina Madhiah | January 22, 2009 at 7:49 AM

senior saifuddin:

saya teramat pemalu? bila masa pulak saya jadi pokok? tinggi sungguh bahasa senior. Ada maksud tersirat ke? saya kurang fasih nak memahami maksud tersirat. Tentang pesanan di hujung, terima kasih sebab mengingatkan. Kadang-kdang terlupa juga. Syukran ye. Insyallah, kemana saja saya berada, adat ketimuran takkan saya tinggalkan.

kembarmu-syila- | January 22, 2009 at 12:55 PM

hehe..jarang plak kt mengomen2 kat blog kamu ni..meh sni nak komen..

amboii sakan naa bergambar..

nti tggu kt ye..(klw kamu ade kat jordan la)

gudluck ye 1 paper ag yg tggal~!!

nama beta sultan saifuddin | January 22, 2009 at 2:12 PM

LOL. Tiada maksud tersirat mahupun tersurat wahai cik Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Sekadar mahu berguaruan mesra dengan chi am tanda ukhuwah sesama Muslim. Kasihan pula melihat dia tidak mengenal bunga di dalam taman.

Ainul Arina Madhiah | January 22, 2009 at 9:11 PM

syila:
kalau syila datang join JJ, insyallah time tu ainul ada ja lagi kat sini.. Mai la, nnti singggah-singgah rumah sama na.. hehe~ syukran syila. good luck kat korang gak!

'sultan' saifuddin:
Ya rabbi. (-_-)" Patutla bahasa bukan main tinggi, rupanya sultan datang mencemar duli.. Maafkan patik ya tuanku. Begitu rupanya gerangan maksud tuanku.. Sungguh patik pacal Keselamatan kampung nih kurang arif kalau pakai bahasa istana, adapun kalau memanda tukangmasak istana kak husna ada bersama, bolehlah hamba senang men-detect tuanku mahu bergurau bersama rakan patik rupanya.. Silakan tuanku, silakan..

(*kak husna, help!!! ada sultan negara mana ntah ni!!!*)

Anonymous | January 23, 2009 at 12:16 AM

Kak Sarah Dardiri smapk ey..
klu btol, senior la die ni..hu~
dia ada blog ke?

Ainul Arina Madhiah | January 23, 2009 at 12:49 AM

anon:

haah, dia smapk.. ni siapa ye? kena tanya dia dia dulu nnti.. ^_^

materials | February 15, 2009 at 10:13 PM

Although there are differences in content, but I still want you to establish Links, I do not
fashion jewelry

Nurul Lailati Mahat | April 21, 2009 at 5:51 AM

slm ainul.lawa gmbr2 tu.bila la akak nak p jordan hu2.kat cni payah nak cari salji..hm yg kak sarah dardiri tu dlu ex-smapk ker?mcm pernah terbc la nama dia kat dlm mjlh sekola@frame PP..?pstu bas gonggok tu ape?hu2 bykny tnye..

Ainul Arina Madhiah | April 21, 2009 at 11:14 AM

kak lailati:
ws. terima kasih.terima kasih.. hehe, meh la datang jordan, nnti ainul sambut. acece.. hehe.. haah, kak sarah tu smapk. Bas gonggok tu sejenis bas yang dua badan pastu tengah2 dia ada lipat2.. kalau dia naik bonggol, dia jadi ala2 macam ulat gonggok. hehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images