Hadiah Buat Mama

1:24 AM 15 Comments A+ a-

Salam

Semalam sebelum saya ke mesyuarat muhasabah Study Smart JUST,saya menelefon mama sebentar selepas maghrib. Cadangnya mahu telefon tepat pukul 6 supaya nanti di Malaysia tepat-tepat pukul 12 waktunya. Tapi sebab takut tak sempat, saya telefonlah awal sikit untuk ucap pada mama kesayangan saya ni : "SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!"

Dah dua kali terlepas sambut hari lahir mama sama-sama. Selalunya kalau waktu hari lahir mama, kami selalu berkomplot dengan abah untuk buat suprise party. Pernah sekali tu, siap tak kasi mama masuk rumah lagi sebab mama balik awal sangat. Kami suruh mama pergi rumah tok dulu, nanti dah siap baru kami panggil masuk. Hehehe. Nasib baik abah ada nak tolong. Abah memang sporting kalau bab-bab buat sambutan hari lahir suprise-suprise nih.. (^_^)Y Time birthday abah, kita komplot ngan mama la pulak kan? Tapi selalu tak jadi sebab abah gak yang kena drive kereta bawak gi makan luar.. =P

Semalam sempat la habis 5JOD sembang dengan mama tanya khabar semua. Seronok betul mama tahun ni dah tak jadi warden. Habis seksa katanya. Hehe.. Sambil sembang dengan mama, si Asyraf tu menyibuk sama nak bercakap. Dah tu sempat lagi dia menyakat dengan niat mahu menjeleskan saya yang diaorang nk pegi makan luar untuk sambut hari lahir mama.

Tambahan paling penting, dia dah ada hadiah paling istimewa untuk kasi pada mama. Ces, dah la cakap depan-depan. Katanya mama mesti sangat bahagia dapat hadiah dia. Huh,tak heran la Asyraf! Huhu.. Kak Ina dah kasi hadiah yang sama gak dua tahun lepas.. So,kamu ni boleh dicop plagiat, okay! (^^,)Y

Apa-apapun, sebenarnya saya yakin je memang hadiah budak tu antara hadiah paling best mama terima tahun ni. Apa hadiahnya? Nanti bila dah disahkan benar, saya beritahu sini ya! Jangankan mama, saya pun teruja habis dengar hadiah dia. Terus banyak rancangan masa depan dah mula buak-buak keluar.. Haha..

Terfikir juga, saya nak kasi hadiah apa ye pada mama? Benda yang saya terbayang dalam fikiran setakat ini ialah final exam. Agaknya boleh tak saya nak hadiahkan mama hadiah result yang cemerlang? Harapnya mama suka! (Huish, semangat jadinya nak exam. Fighting! Fighting!) Insyallah, Ina akan buat yang terbaik untuk kasi mama hadiah yang mama nak nih. ^_^

Ucapan Ina, moga mama sentiasa dibawah rahmat Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan selalu. Mama sangat best dan Ina bangga dapat emak yang istimewa macam mama. Sayangggg mama! Happy Birthday, my dear mommy..

Nota satu: Hari ni tasjil madah semester dua. Tak semangat sangat sebab ada satu syukbah je. Jadi tak perlu berebut. Cumanya terbayang semester lepas ni dah masuk sistem.. Gulp!

Nota dua: Jadual exam:-
Lab genetik : 8 jan
Microb: 17 Jan
Genetik: 19 Jan
Biostat: 21 Jan
Pathology: 22 Jan
Pharma: 26 Jan

p/s: doakan kejayaan saya da rakan-rakan di sini.. Aminn...

15 comments

Write comments
mama
AUTHOR
January 6, 2009 at 3:37 AM delete

tq...tq.... i am waiting for your present...
jangan tension sangat nak exam tu,
hadiah yg terbaik untuk mama adalah bila mendengar suara anak mama happy selepas dan sebelum exam...ok chaiyok..

Reply
avatar
January 6, 2009 at 3:40 AM delete

mama:

(^*^)Y

sayang mama! doakan ina ye ma..

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
January 6, 2009 at 7:42 AM delete

hadiah pe tuh adek awk bg?heppy besday to ur mom

Reply
avatar
akak
AUTHOR
January 6, 2009 at 7:47 AM delete

Semoga berjaya Ainul..Nak kasi hadiah kat seseorang, kene yg terbaik tau. Takkan nak kasi yg gitu² je kan. Apa lg hadiah tu utk mama. Selamat berjuang!..

Reply
avatar
izzahsakinah
AUTHOR
January 6, 2009 at 2:08 PM delete

Selamat hari lahir utk mama Ainul :)
Selamat berjaya jugak utk exam. Ganbatte!

Reply
avatar
ks
AUTHOR
January 6, 2009 at 3:01 PM delete

Selamat hari lahir untuk Mama Ainul.

Selamat mengahadapi exam!

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
January 6, 2009 at 7:07 PM delete

salam..

selamat berjaya..mmg sesuai sangat hadiah tu untuk ibubapa..:)

Reply
avatar
arina
AUTHOR
January 7, 2009 at 8:27 AM delete

Ainul, tibe2 aku teringat surprise cake yg aku nk beli utk abah aku.
nk beli surprise utk abah, tp abah jugak yg bwk g kedai!
aku sorok2 r g kedai cake, tamau abah aku nampak.
tp last2, abah aku nmpk aku terkial2 kat kedai, tatau nk beli ape.
aku pn lambai abah aku, mntak dia masuk kedai, n pilih sndiri cake ape yg die nak.
haha.
aku gelak2 je spnjg perjalanan balik rumah.

happy birthday to you, mama Ainul. may Allah bless you with happiness.

Reply
avatar
Pijah
AUTHOR
January 7, 2009 at 8:57 AM delete

Selamat Hari Lahir utk Mama Kak Arina. Moga bahagia selalu.

Utk kak arina, gud luck for ur exam. Buat yg terbaik. :)

Reply
avatar
DAMAI
AUTHOR
January 7, 2009 at 9:07 AM delete

salam ziarah..

selamat hari lahir mama ainul..

semoga bahagia dunia dan akhirat ^^

to ainul,selamat berperang...hehe

Reply
avatar
January 7, 2009 at 9:09 AM delete

kak asma:
thanks akak! hadiah apa? hehe.. tungguuuuu.....

akak:
betul betul.. saya kena kasi yang the best of the best! doakan ainul ek akak..

izzahsakinah:
syukran izzahsakinah! ^_^

Reply
avatar
January 7, 2009 at 9:12 AM delete

ks:
terima kasih ks.. ^_^ selamat me'revise' untuk ks gak!

bro fisol:
dah agak dah.. hehe.. terima kasih.. ^_^

arina:
biasalah.. janji kita celebrate gak kan? hehe

Reply
avatar
January 7, 2009 at 9:13 AM delete

pijah:
terima kasih pijah.. doakan akak yer.. ^_^

DAMAI:
syukran DAMAI... doakan saya berjaya dalma perang nih.. ^_^

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
January 9, 2009 at 5:04 AM delete

all the best! moga2 tercapai hasrat nak bagi hadiah yang istimewa tu..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *