Di sebalik nama kamu..


Salam

Tadi saya mengisi masa rehat lepas membaca Pharma dengan menolong kawan mencari nama baru untuknya. Mungkin untuk anak saudara barangkali. Jadi, ikutkan sajalah. Tambahan, saya sudah lelah menghadam satu topik Pharma yang tepu. Banyak juga yang saya dapat malam ni. Tak sia-sia tak tidur malam nak ganti ulangkaji. Dapat ilmu baru lagi!

Sekadar mahu berkongsi, nama mungkin nampak seperti hal remeh tapi sebenarnya kalau salah letak nama, boleh bikin isu juga. Tambahan kalau salah maksud. Yang lebih parah kalau terambil nama yang memaparkan keburukan seperti Yang Bersedih, Kegagalan, dan banyak lagi. Lama-lama sebut, jadi doa, bahaya tu untuk empunya nama.

Memetik petikan sebuah artikel yang saya rasa cukup baik, ada 14 panduan yang perlu dititikberatkan sebelum menamakan anak. Antaranya sekadar nama, kebangsaan, keagamaan, jantina, bilangan nama, mashur, sebutan glamer, unik, panggilan, makna, pertukaran nama, dan pilihan siapa. Boleh rujuk sini.

Secara keseluruhan, sangat setuju dengan panduan ni. Tambahan pula, sekarang makin banyak ibu bapa yang suka meletakkan nama anak dengan nama-nama glamer yang kadang-kadang sangat pelik dan tak tahu asal mana. Tak percaya, tengok sini. Serius, saya sendiri ternganga baca nama-nama baru ni. Hebatnya nama kanak-kanak zaman sekarang!

Saya rasa setiap ibu bapa mesti nak letakkan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Itu memang baik tapi bagi saya sebaiknya sebelum nak letak nama, rujuklah dulu mana-mana sumber yang dipercayai. Kesian kalau anak tu dapat nama yang dia sendiri tak tahu maksud. Sedangkan nama itu kan doa juga untuk anak-anak. Saya bercakap ikut pengalaman sewaktu melihat kawan yang sering mengeluh bila namanya tak bermaksud atau menyandar kepada apa-apa.

Dari pencarian saya dalam laman sesawang, saya baru jumpa hukum penukaran nama sahaja. Ada di selit di celah-celah komen tentang nama-nama glamer tadi. Carilah tengok. Kalau dari sudut penamaan pula, banyak yang saya jumpa semuanya tidak kisah bahasa apa pun janji TIDAK ADA MAKSUD BURUK. Nanti nak tengok pandangan ustaz ustazah kat sini pula lah. Tak boleh ambil bulat-bulat dari internet sahaja kan?

Bercakap tentang nama yang bukan bahasa arab, terus saya teringat pada nama anak buah yang seorang ni. Unik. Alvina Izz Huda. Pertama kali dengar waktu abah tanyakan saya apa maksudnya. Saya cuma tahu Huda itu petunjuk. Izz dan Alvina memang tak tahu. Bila buka kamus, rupanya izz maknanya kekuatan. Alvina langsung tak jumpa sampailah ke saat tadi baru jumpa! Rupanya Alvina ni maksudnya 'sahabat' dalam bahasa Inggeris. Inggeris belah mana saya tak pasti tapi sah la ada!

Ada banyak nama-nama bukan arab yang saya jumpa dalam link 1, link 2 dan link 3 ni. Barula saya tahu maksudnya. Ada dari greece, latin, cina, jerman, malah sanskrit pun ada. Alhamdulillah maksudnya semua baik-baik belaka. Harapnya tak adalah bertindan dengan maksud arab yang kurang baik. Insyallah..

Ada satu alasan paling lawak yang saya baca dalam carian tadi tentang bilangan nama untuk anak. Katanya kalau ada ibu bapa yang mahu beri nama anak mereka panjang-panjang dan belit-belit, ingatlah sama waktu anak tu nak kawin nanti.Kesian pada tok kadi dan bakal suami yang bakal tergeliat lidah nak menyebut waktu akad. Kalau di Indonesia lainlah, itu memang budaya mereka. Erm, nama saya panjang ke? Tak kot sebab saya pernah jumpa budak perempuan yang namanya sampai 5! Jenuh kami nak buat name tag sebab tak cukup korum nak tulis dulu.. Huhu..

Tadi sempat pusing-pusing tengok nama semua. Setakat ini, dah banyak nama yang saya baru tahu maksud termasuklah nama panggilan untuk seseorang. Nama pena pun banyak saya jumpa maksudnya. Nama pena saya? Oh, yang ini saya jumpa kat satu tempat je. Surau SMKANT dulu. Maksud tak ingat tapi yang saya pasti Auriss dan Haira' itu nama nabi yang bukan dalam 25 nabi auliya'. Entahlah macam mana boleh melekat campur dua nama tu. Geng punya identiti sebenarnya dulu. Tapi saya simpan sampai sekarang untuk nama pena. Alasan awal dulu sengaja kasi orang tak tahu saya siapa. ^_^

Kesimpulannya, nak beri nama anak biar nama yang bagus dan elok. Fikir sampai ke zaman kita sudah tiada juga nanti. Jangan asyik ingat nak yang glamor-glamor sahaja ya. Moga-moga dengan panggilan kita pada anak itu nanti bakal mempengaruhi diri anak itu sendiri. Aminn..~

p/s: Belajar tentang Noradrenalin (hormon dalam Pharma), buat saya terus teringat pada sepupu seorang yang namanya Nur Adrina Lisa. Dulu cadang nak letak Nur Adrina Lina, tapi nasib baik makcik sempat tanya kakak sepupu dulu, kalau tak mesti dah sama nama. Nina oh nina, comelnya nama kamu masuk buku Pharma akak .. =P

12 comments

Sarah Mohd Shukor | January 23, 2009 at 6:09 PM

Hai. Salam. Nama saya Sarah. Nama saya berasal dari Bahasa Hebrew. Maksud nama saya ialah:
-Isteri kepada Nabi Ibrahim a.s
-Kota kayu jati
-Yang memudahkan
-Yang menggembirakan
Terima kasih emak ayah berikan saya nama yang baik maksudnya.

Thanks Ainul berikan cadangan tadi. Hehe. Tapi bukan untuk anak saudara sebenarnya. Hehe.

Izzah Marzuki | January 23, 2009 at 6:19 PM

emm.. ada sorang kawan masa matriks dulu.. namanya noradlinarin.. kitowang slalu silap sebut jd noradrenalin.. hihihi.. =) ye, nama tu doa.. bila org sekitar kita memanggil kita, secara tak langsung itu satu doa buat diri kita.. - ni pesanan ayah bila nak menamakan anak.. slalunya saudara-mara akan refer dia bila dpt baby baru.. =) so, letak & sebutlah nama yang baik-baik..

*dulu kat skola ustazah penah ckp, kalau nama kita takde makna, nanti kat akhirat nanti masa kat padang mahsyar, nama kita yg takde makna tu akn dipanggil last skali.. huhu.. na'uzubillah..

NuRuNnUhA | January 23, 2009 at 7:51 PM

salam..
nama saya pulak nurunnuha. maksudnya: cahaya 'aqal.. hehe :)

chi am | January 24, 2009 at 1:26 AM

nama saya dalam bahasa arab "pertolongan urusan". semoga org yg dinamakan ayah bonda ini sentiasa mendapat pertolongan tuhan dalam setiap urusannya. amin.

silversarina | January 24, 2009 at 3:44 AM

salam,

Bila dah kawin dan masa mengandung mulalah cari buku nama-nama terpilih dan bagi makcik nama pendek / satu perkataan yang dipilih , bagaimana kita memilih dan begitu teliti dengan maksudnya begitulah yang kita harapkan dari empunya nama tersebut.

Selamat bercuti .. ke turki ke ???

Ainul Arina Madhiah | January 24, 2009 at 11:52 PM

KS:
ws ngah! Nama Sarah tu nama evergreen agaknye.. ^_^ semua bangsa ada pakai.. Sebelum ni tahu nama tu nama isteri nabi je, terima kasih kasitau..
owh, bukan nama anak sedara.. habis nama siapa? anak sendiri? hehehe

Kak izz:
oo, pernah dengar juga macam tu. Aish, na'uzubillah la.. Takmau la dipanggil last-last, merana tunggu. T_T

Kak Nuha:
ooooo.. Nuha tu aqal rupanya. Pun baru tahu..=P selalunya orang yang diberi nama kepandaian ni memang bijak pandai pun.. patutla akak camtu.. ^_^

Ainul Arina Madhiah | January 24, 2009 at 11:59 PM

chi am:
aminnnn...

auntie sarina:
ws. betul2.. semua mak mesti macam tu. (^_^)

saya tak bercuti lagi nih. esok ada exam last. pastu cuti. Insyallah bakal ke turki..

Nadia Yuna | January 25, 2009 at 2:31 AM

nama akak nurul nadiah.

=)

heh. maafla ainul ya. baru merasa singgah ke sini. kamu selalu singgah tempat akak tu. segan akak ni haa. huhu..

Ainul Arina Madhiah | January 25, 2009 at 4:53 AM

kak nadia:

never mind. Tak kisah pun.. akak datang ni pun dah cukup berterima kasih.. hehe.. rumah ni tak seberapa pun.. :P

Shazwani Adnan | January 25, 2009 at 5:55 AM

salam

Nama saya pula Shazwani Adnan. pendek bukan? maknanya 'keharumanku'

Terima kasih kepada mak abah yang bagi nama pendek untuk anak perempuan dia. senang, tok kadi tak tergeliat nak sebut nama. senang la nk kawen. huhu

DAMAI | January 25, 2009 at 12:02 PM

salam rindu dari ukraine...

aduh...entri ini telah membuatkan akak berangan2 sekejap...hehehe...bilalah agaknya masa menamakan anak sendiri akan tiba ^^

apa2 pun...entri yang menarik ^^

Ainul Arina Madhiah | January 27, 2009 at 6:31 AM

kak wanie:
ws.. amboi, itu gak yang dia terfikir yer.. hehe.. =P

kak maya:
ws kak maya.. acece akak, tak apa. lagi setahun dua insyallah sampai la tu masanya. jangan lupa jemput ainul yer! ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images