Debat : Perlu atau tidak ?

7:50 AM 13 Comments A+ a-

Salam

Tamat sudah program DEBAT PIALA PRESIDEN PERMAI kali ini. Alhamdulillah, pertandingan berlangsung dengan cukup lancar. Tahniah buat pemenang dan yang tewas, jangan putus asa. Kita cuba lagi lain kali okay? Sejuta penghargaan kami dari pihak SKD tujukan buat semua warga PERMAI atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Di sepanjang program, saya banyak mendengar bisik-bisik belakang dan cakap-cakap depan tentang rasionalnya diadakan program perdebatan.(mungkinkah mereka cerita dan tanya sendiri pada saya sebab saya SKD??) Awalnya, kebanyakan yang saya dengar adalah bertunjangkan sudut negatif hingga saya sendiri jadi terdiam dan memikirkan apa sebenarnya fungsi kita berdebat. Ada juga yang bertanya kenapa mesti dibuat debat yang menggalakkan sikap mementingkan diri dan menjatuhkan lawan sedangkan masih banyak lagi cara yang boleh diusahakan untuk melatih mahasiswa kita berani bercakap dan melontarkan pendapat.

Selama tiga hari ini, barulah saya dapat mencari kembali jawapan yang saya mahukan. Bukan niat utama untuk melenting dan menafikan sisi negatif perdebatan, tapi saya lebih suka untuk mengajak kalian melihat perdebatan dari sudut sebelah lainnya memandangkan ada yang bertanya apa bagusnya debat selain dari menegakkan pendapat masing-masing walaupun salah dan menuduh pihak lawan sebaliknya dan banyak kelemahan lain.

Benar andai dilihat debat itu tak ubah seperti bergaduh dan bertengkar di atas pentas. Tapi sebenarnya jika perdebatan dibuat dalam suasana yang harmoni tanpa sebarang percampuran emosi yang melampau, kita takkan melihat adanya pertengkaran tetapi lebih kepada suasana perbincangan yang menuntut penjelasan yang lebih kukuh untuk dijadikan keputusan rasmi.

Debat bukan bertujuan untuk membuktikan pihak lawan dan hujahnya adalah sangat salah! Bahkan sebenarnya debat adalah lebih kepada membuktikan hujah mana LEBIH rasional dan LEBIH praktikal. Dalam erti kata lain, keduanya membawa hujah yang betul tapi di antara keduanya ada yang LEBIH TEPAT. Itu konsep utama dalam perdebatan.

Ada yang membandingkan debat dengan syarahan, tazkirah, forum, pidato dan pertandingan ucapan lain yang kelihatan lebih bagus tapi ramai yang lupa bahawa hanya dalam perdebatan sahaja kita akan diasak untuk berhadapan dengan pihak lawan yang cuba memutar belitkan ucapan kita. Secara tidak langsung, kita dilatih untuk kekal tenang dan mampu terus berkata-kata walaupun diacah dan ditujah dengan serangan mental,emosi dan kekuatan hujah lawan.

Kalau dilihat, ini satu kelebihan buat mereka yang mahir berdebat. Andaikan kelak dalam satu situasi di mana kita diterpa oleh seorang manusia yang sentiasa tidak puas hati dengan hujah kita untuk berbicara tentang sesuatu perkara, jika kita cepat blur dan tak tahu mengawal serangan-serangan sebegini sudah tentu pendirian kita akan cepat lemah dan mudah dipengaruhi oleh mereka. Jadi ini sebenarnya fungsi utama 'perlawanan' dalam perdebatan.

Bahkan kalau dilihat kepada cara para pendebat yang hebat dan tenang di atas pentas malahan mampu terus tersenyum walaupun dihujani peluruh hujah dan perang psiko berserta kepintaran intelektual dari pihak lawan, kita dapat lihat kukuhnya kekuatan pertahanan perasaan oleh pendebat terbabit. Tak ramai yang mampu tenang dalam keadaan begitu. Kalau tak kuat, senang sahaja kita melenting dan menyinga dek pengaruhi emosi. Secara tak langsung, perdebatan mengajar kita cara untuk menjadi tabah dan sabar dalam mengharungi keadaan sebegini.

Dari sudut pendengar pula, percaya atau tidak kadang kala tajuk perdebatan boleh mengajar pendengar tentang aspek musahabah. Dengan hadirnya dua pihak yang berbeza pendapat dan pendirian, pendengar mampu untuk berfikir dalam skop yang lebih meluas dan tidak berat sebelah.

Contohnya seperti tajuk final tadi iaitu "PERMAI MASIH DITAKUK LAMA, SALAH PIMPINAN". Satu tajuk yang cukup panas dan mendebarkan apatah lagi pada pihak yang diperdebatkan iaitu pemimpin sendiri. Tapi jangan mudah tersinggung. Inilah medan pemimpin dan ahli sama bermusahabah kembali. Salah siapa yang sebenarnya itu tidak penting, tapi lihatlah pada hujah-hujah yang memperlihatkan pelbagai kelemahan dari segala aspek yang menyebabkan PERMAI dilihat masih di takuk lama. Jika kalian mengambil berat tentang tajuk dan isinya sekaligus mengambil tindakan memperbaiki kelemahan yang telah ditonjolkan, itu lebih bagus dan lebih bermanfaat untuk semua pihak.

Andai ada yang mempertikaikan bagaimana mahu melatih pendebat untuk berdakwah memandangkan debat melarang penggunaaan ayat quran dan hadis, ketahuilah bahawa aspek ini dapat dilaksanakan jika anda menggabungkan kemahiran berdebat dan bersyarah. Berdakwah memerlukan kemahiran perdebatan yang kuat tambah-tambah sekiranya anda bertemu manusia yang mahukan keyakinan yang tinggi sebelum menerima dakwah anda. Lihatlah pada hebatnya jasa pendakwah terkenal seperti Ahmad Deedat yang mana cukup bijak dalam berdakwah menggunakan kemahiran debatnya sehinggakan ramai orang yang mula mendalami islam setelah mendengar pendebatan agama yang telah dilakukan. Kan bagus kalau kita juga punya kemahiran yang sama?

Rasanya cukup setakat ini saya memberi pandangan tentang signifikasi pertandingan debat diadakan di kalangan kita. Pada yang bertanya di sepanjang hari-hari perlawanan, harapnya penjelasan ini memuaskan hati kalian.Suka saya katakan bahawa saya yakin yang perdebatan sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dan kekuatan terutama kepada para mahasiswa cuma kebanyakan dari kita kurang dapat melihat erti debat yang sebenar-benarnya.

Mungkin juga ini gara-gara turut merasa percikan bahang perdebatan selama ini. Jadi yang nyata di mata kita "debat itu bergaduh: siapa betul siapa salah" sedangkan konsep perdebatan yang lebih dalam tidak kita perhalusi. Jadi di sini, saya berharap keterangan saya kali ini dapat menjernihkan kembali persepsi sesiapa yang keliru tentang perdebatan. Saya tidak menafikan debat juga punya kelemahan, tapi saya senang untuk membawa kalian melihat aspek kebaikan perdebatan memandangkan ramai yang lebih mengetahui kelemahan perdebatan.

13 comments

Write comments
yellowrose
AUTHOR
January 2, 2009 at 9:38 AM delete

hurm2..sape yg narrow minded giler tuh..??hanya org2 yg pernah lalui debat nih cmne je kot baru tau asam garam selok belok n kelebihan debat drpd pertandingan2 public speaking yg len....xde yg lbey mengasak minda kot other than debat..


-ex-debat yg da pencen-

Reply
avatar
January 2, 2009 at 9:48 AM delete

akak:
ala akak.. bukan narrow minded da.. tapi diaorang tak tahu lagi, so kita kasitau la.. lagipun ramai tak berani join debat sbb berita=-berita angin yang tak best mcm tu la..huhu.. tak baik tau..

Reply
avatar
January 2, 2009 at 10:21 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
chmod
AUTHOR
January 2, 2009 at 10:22 AM delete

chinul..apa kata awk "justify full" entry awk..huhu..lagi kemas susunan tulisan awk.. :D

Reply
avatar
January 2, 2009 at 10:30 AM delete

ha? justify full? macam mana maksudnya tu?

Reply
avatar
mahasiswa
AUTHOR
January 2, 2009 at 10:42 AM delete

salam.

dalam timbunan kaca, carilah permata. andai tidak jumpa, kitarlah semula kaca agar ia jadi berguna.

syukran atas segala usaha menjayakan debat kali ni.

Reply
avatar
akirasuri
AUTHOR
January 3, 2009 at 1:54 AM delete

Salam si mata yang cantik.. :)

Takut dengan orang-orang berdebat ni.. Saya pendiam orangnya.. Hahak! :p

*Sungguh tidak bermotip komeng ini*

Hihik!

Reply
avatar
January 3, 2009 at 2:02 AM delete

kalau nak justify full
1.highlight ayat nak di justify full
2.tekan simbol gambar seperti dibawa
justify full

Reply
avatar
January 3, 2009 at 8:51 AM delete

hmmm..
mulut orang ek dik..

akk mahu masuk debate lah lpas nih.
tgk korang petah bercakap.
merangsang akk utk mengislah diri.

Reply
avatar
January 3, 2009 at 11:42 AM delete

naqeb:
ws.. terima kasih.. tahniah juga sebab menang dan jadi pembahas terbaik!

cik ati:
ws cik ati pembela panda yang comel!
lama tak nampak cik ati kat sini.. rindu la plak. hehe.. jangan takut, pendebat tak makang orang..

chmod:
oooo.. nanti saya try

Reply
avatar
January 3, 2009 at 11:49 AM delete

kak nisah:

wah, speaker naik pangkat jadi pendebat.. sila-sila... mana la tau pasni bleh dapat hadiah ke name tag ke.. hehehe.. grau ek akak!

Reply
avatar
cik santun..
AUTHOR
January 3, 2009 at 3:00 PM delete

huhu.. permai masih ditakuk lama, salah pimpinan...

mmg... ainul tknk tido rumah ktorg...

Reply
avatar
January 3, 2009 at 8:20 PM delete

kak piqah:

^_^ napa? nak ainul tido umah akak ke? boleh2. tunggu habis final nnti yer..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *