Azan Syiah ??!!

Salam

Tadi petang waktu nak pulang ke rumah dari rumah sahabat di area Chicking, saya dan seorang lagi kawan singgah sekejap di Top Snack untuk beli Syawarma sebelum pulang. Disebabkan dah nak masuk Maghrib dan cuaca sangat sejuk, kami ambil keputusan balik naik teksi je sebab nak cepat. Lagipun, kalau berjalan waktu maghrib ni macam tak elok di sini.

Jadi, dalam penuh sesak jalan Syari' Jamiah tu, kami tahan teksi di depan kedai Geneva sebelum terus menuju ke kawasan Masjid 'Abdullah Taal untuk pulang. Petang ini trafik sibuk betul. Banyak kali juga teksi terberhenti-berhenti sebab jalan sesak. Ingatkan dah masuk teksi, sedap sikit tak sejuk, sekali rupanya dugaan lain pula yang datang. Teksi penuh asap sebab pakcik tu merokok! *Uhuk..Uhuk..*

Dalam hati asyik berdoa, cepat-cepatla trafik lancar sebab nak oksigen balik dan mahu segera pulang solat. Kebetulan azan sudah berkumandang dalam radio. Waktu tu, semua diam tanda menghormati azan. Saya pula khusyuk tengok jalan di luar sebelum tiba-tiba terdengar sesuatu yang pelik di pendengaran saya.

"......waliyullahhhh.... Hayya 'ala solahh.."

Secara automatik kepala yang menghadap luar kembali terpusing ke dalam. Saya pandang kawan dengan muka hairan. Saya salah dengar ke? Rasanya masalah telinga saya dah baik dah.

"Tiqah, azan tu cakap apa tadi?" saya tanya kawan

"Kalau tak silap, ali waliullah" jawab kawan saya ragu-ragu

"Eh, ada ke? Sejak bila azan boleh tambah-tambah?" saya kehairanan

"Aku rasa tu azan syiah.." jawab kawan saya penuh perlahan seolah berbisik

Saya betul-betul tersentak! Serius saya tak pernah dengar azan macam tu sebelum ni. Ini kali pertama. Kemudian kami kembali diam dan cuba menumpukan kembali perhatian kami pada azan di radio yang masih belum habis lagi berkumandang.

"Hayya 'ala falahh.... Hayya 'ala falahh.... "

"Hayya 'alal khoiril 'amal... Hayya 'alal khoiril 'amal.. "

"Allahu akbar.. allahu akbar.."

Pulak dah..Lagi sekali kami berpandangan sesama sendiri. Keliru, hairan dan kepala terasa penuh tanda tanya. Boleh ke azan main tambah-tambah? Tak pernah tahu la pula hukum bacaan azan selama ni. Musykil betul..

Bila sampai ke rumah, saya segera turun dari teksi dan melambaikan tangan pada Atiqah yang akan meneruskan perjalanan pulang sendiri ke rumah dia pula. Bila buka saja komputer, terus saya buzz kakak-kakak bidang agama dan ustaz-ustazah yang tengah online untuk bertanya soal azan tadi.

Dalam ramai-ramai, ada seorang kakak dari Mu'tah saja yang sempat membalas pertanyaan saya. Katanya bacaan dalam azan tidak boleh ditambah kerana azan tauqifi ( maknanya dah ditetapkn sebegitu tanpa ada sebarang [pengurangan atau tambah ). Tapi disebabkan saya dengar dari radio yang mungkin siarannya melalui satelit, mungkin saya terdengar azan dari siaran radio milik Syiah.Memang ada beberapa stesen TV satellite bawah syi'ah seperti al-manar dan karbala. Kalau betul, memang tak pelik sebab syi'ah memang terkenal dgn bid'ah dholalah seumpama ni.

Tambah akak tu lagi, memang itu azan mereka.Mereka tambah hayya 'ala khoiril amal dan juga tambah wa asyhadu anna 'ali waliyuLLAH. Jadinya, sahlah sangkaan kawan tadi bahawa itu azan syiah.. Ooooo...

Baru sekarang saya tahu beza azan syiah dan azan sebenar. Selama ni memang langsung tak pernah tahu. Setakat hanya tahu syiah itu golongan terpesong sahaja. Bagus juga malam ni tambah ilmu baru. Tinggal sekejap microb sebab nak geledah sebentar isu azan syiah. Jumpa sesuatu di sini. Memang ini azan yang kami dengar. Cubalah dengar! Cuak juga tadi sebab teringatkan pakcik tu selamber sahaja dengar sedang kami dah bising-bising soal sesama sendiri di belakang. Wallahualam. Pakcik tu terdengar saja macam kami kot. Moga kita semua berada di kalangan yang benar.

p/s: kalau ada tersalah silap fakta, mohon diperbetulkan. Mahu kongsi pendapat juga dipersilakan..

Ok, setakat ini dahulu cerita kita. Sambung study balik. Salam~

13 comments

Noor Hanisah Bt Mohd Ishak | January 15, 2009 at 11:05 AM

akk masa 1st time dgr pon,
terpinga2 kepelikan.

duh.. bila lah umat islam nak bersatu.

cikgu jawe | January 15, 2009 at 1:26 PM

mmg itu azan syiah. nampak mcm tambah kalimah syahadah kan. perbezaan mazhab biasa dlm mana2 agama. dlm yahudi dn kristian pun byk mazhab dn saling menyalahkan sesama mrk.

Nini Marini | January 15, 2009 at 1:53 PM

wah,kalaulah akak yg dgr,sure rase cam seram je.huh,taktau naper.

mekaseh share ye dik.
menarik fakta baru.=)

ade2 ajelah org2 syiah ni.

Anonymous | January 15, 2009 at 2:27 PM

macam mana pulak azan subuh 'as solatu khairun minan naum' yang ditambah pada zaman umar al khattab?

ABU LUQMAN | January 16, 2009 at 5:59 AM

Salam sejahtera

Terima kasih atas info yang diberi kerana maklumat inilah yang saya cari-cari selama ini. (saya sekarang tengah menyiapkan kajian tentang syiah .Selain dari itu - kajian tentang ahli kitab)

Maklumat terkini..
Kalimah Israil itu adalah sebenarnya nama lain kepada nabi Ya'akob a.s. Sila baca info ini dalam blog " kembara seorang Da'ie "

Ainul Arina Madhiah | January 16, 2009 at 1:58 PM

kak nisah:
wallahualam.. kita doa je la akak sambil buat mana yang boleh utk percepatkan kesatuan..

cikgu jawe:
tapi masalahnya kan cikgu, syiah ni dah termasuk dalam mazhab yang dah pasti memang salah.. kalau setakat beza macam mazhab hanafi, maliki, syafii dan hambali bolehlah diterima lagi..

kak nini:
ala ra'si.. setakat berkongsi mana yang rasa boleh dikongsi je akak.. ^_^

Ainul Arina Madhiah | January 16, 2009 at 2:07 PM

anon:
Eh, bukan itu memang dah ada pada zaman nabi ke? erm.. saya tak pasti sangat. Tadi saya cari balik dlaam internet tak jumpa, tapi saya jumpa yang nih...

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/muazin-terkurang-bacaan-dalam-azan.html

dalam link ni ada sebut dalil-dalil bacaan tambahan azan subuh tu. wallahualam.. nnti saya tanya ustaz balik ya.. Kalau awk dah tahu nnti, boelh share sama kat sini semula...

abu luqman:
salam.
owh.. alhamdulillah dapat bantu sedikit sebanyak. Nama israel tu saya ada dengar juga. Nnati saya pergi baca tapi lambat sket kot. Lpas exam ya.

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti | January 16, 2009 at 6:11 PM

Salam ukhwah...

Maaf sekiranya jawapan saya mengikut logik akal, namun bagi saya ia suatu fakta yg harus diterima.

Penambahan pada azan subuh dilakukan oleh sahabat Rasullah yg paling rapat. Berbanding kaum syiah yg telah bergenarasi terkemudia menambah dalam azan mereka.

siapalah kita utk mendangkal perbuatan seseorang yg terlalu rapat kepada Rasullah, mendengar sabda Rasullah secara berdepan, berjuang dgn Rasullah, di jamin syurga oleh Rasullah dan menjadi lidah Rasullah takala Rasullah tiada.

Bagi saya, sesiapa tidak menerima atau mempersoalkan perbuatan para sahabat yg rapat pada Rasullah, adalah bukan seorg muslim yg sebenar.

H2 | January 17, 2009 at 4:33 PM

slm, berkenaan dgn nama Israel tu mmg la. Sebab tuh dinamakan mereka ni Bani Israel, anak2 Israel la. Dan, Bani Israel kan terpecah kepada 12 kaum, iaitu dr setiap org anak Nabi Yaaqub yg mmpunyai 12 org anak.

Klu x slap, nabi yaaqub tuh dpt gelaran Israel sbb dy berjg malam. [yg ni igt2 lpe psl ini blajar masa sek rendah.hee]

n, mmg la itu azan syiah...da pnah tgok dlm utube dlu2, tp blum pnah dgr live ag.hehe.

Ainul Arina Madhiah | January 18, 2009 at 1:55 AM

zulsa:
wallahualam.. mungkin juga.. Tapi saya yakin ada sebab kenapa pnambahan dalam azan subuh diterima. Nnti kita check pada yang lebih pakar..

H2:
betul. terima kasih kongsi.. tak sempat lagi nak pegi geledah untuk akidkan pasal benda nih. lpas exam nnti kot..

insyallah, nnti lama-lama boleh kot jumpa live kat sini kalau terjumpa siaran yang syiah punya.. Tapi hati-hatilah dengan siaran-siaran tu. Kat sini tak bertapis sangat, semua masuk..

zamzuri | January 29, 2009 at 3:10 AM

assalamualailkum..

kalau kita nak kaji tentang syiah ni,sepatutnya kita perlu mencari orang yang memang pakar tentang ini.sebaiknya tanyalah orang syiah yang mendalami mazhab ini.ok

Ainul Arina Madhiah | February 1, 2009 at 7:34 AM

zamzuri:
wa'alaikumsalam..
syukran atas nasihat. insyallah, kalau ada kesempatan memang nak tanya pada siapa yang betul-betul pakar tapi setakat ni masih belum jumpa lagi.. jadi saya tanya dulu pada orang-orang yang lebih tahu dari saya saja.. ^_^

intelligence | February 15, 2009 at 10:13 PM

gucci purse
cheap gucci
cheap gucci
gucci wallets
prada

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images