Dunia Baru

8:43 PM 6 Comments A+ a-

Salam ~

Dengan terbitnya fajar pada hari ini, maka tahun 2008 sudah pun jadi lipatan sejarah dalam hidup saya. Mentari yang datang kali ini seakan bawa tanda bahawa ada sinar baru yang Allah berikan kepada seluruh umat-Nya. Tahun 2008 sudah pergi dan tahun 2009 mula bermula.

Kalau diteliti azam saya yang lepas, rasanya macam banyak yang tidak terlaksana. Entahlah, mungkin perancangan saya tidak sistematik lantas Allah beri yang lebih baik dari yang saya susun. Alhamdulillah, setakat ini saya bersyukur dengan apa yang terjadi pada diri saya sendiri.

Tapi itu bukan makna saya terus duduk selesa, insyaallah di tahun baru ini saya mahu lebih kuat berusaha mencapai target yang saya sasarkan. Tahun ini secara tidak rasminya saya telah menginjak ke umur 20-an. Sangat pelik pula rasanya! Angka itu seakan membawa tanda bahawa hidup makin berat dan saya perlu jadi makin kuat. Harapnya saya mampu terus berjuang, aminn..

Sepanjang tahun 2008, banyak yang saya belajar daripada pengalaman yang saya kutip. Pahit, manis, tawar, masam semuanya ada. Cukup perencah serba-serbi. Mahu tak mahu, saya puas bertemu masalah kehidupan dan saya seronok belajar menjadi seorang manusia. Semangat yang naik turun itu memang ada tapi syukur saya banyak terima bantuan dari pasukan tuhan. Kalau tiada mereka, wallahualam apa akan jadi.

Saya tidak mahu memandang sejarah yang lepas sebagai bebanan. Insyallah, segala yang dah lepas ini saya akan jadikan sebagai medium timbang tara saya di masa akan datang. Moga dengan apa yang pernah saya lalui sepanjang 19 tahun hidup yang lepas mampu beri saya petunjuk untuk melalui kehidupan akan datang.

Sebagai manusia yang banyak tanggungjawab, saya mengimpikan tahun ini pelaksanaan amanah oleh diri saya lebih bagus dari sebelumnya. Saya mahu menjadi hamba tuhan yang lebih taat, anak yang lebih membanggakan, pelajar yang lebih berjaya dan manusia yang lebih bagus. Banyak lagi target spesifik yang sudah saya senaraikan tapi tak perlu lah ditulis di sini, nanti tak cukup ruang jadinya. Moga semua tercapai nanti!

Bersempena dengan tahun baru ini, saya juga nak menyusun jari memohon ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali saya kalau selama ini saya ada terkasar bahasa atau buat sebarang salah. Saya masih budak mentah yang perlu selalu men-introspeksi-kan diri. Marilah kita sama-sama bermusahabah dan sama memulakan hidup yang lebih baik selepas ini. (^_^)Y Selamat Tahun Baru !!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dari blog ini saya kenal pelbagai manusia. Ada yang begitu dan ada yang begini. Yang pasti dari sini saya peroleh ramai kawan-kawan yang baik dan seronok dibuat teman. Dari mereka saya belajar banyak benda dan dari mereka saya berpeluang meluaskan ukhwah ke merata dunia. Terima kasih ya sebab jadi kawan dan pengunjung teratak saya. ^_^

Tapi baru-baru ini saya nampak ramai yang berdepan dengan masalah. Ada yang kuat dan ada yang makin lemah. Tapi saya pasti mereka semua berada di situasi yang serupa. Kebanyakannya masalah yang sama iaitu berdepan dengan golongan manusia yang susah mahu menerima keadaan diri mereka. Terasa mereka macam dipaksa dan terpaksa menjadi manusia lain semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.

Saya mungkin belum terkena tapi saya dapat rasakan ia bukan calang-calang perkara. Yang belum kuat mungkin akan terus tenggelam tapi saya bangga ramai dari kawan-kawan saya yang tidak takut untuk berdepan dengan masalah ini. Tak kiralah apa cara mereka menyelesaikannya tapi cukuplah mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk diri mereka diri.

Cuma sedikit doa titipan saya, moga-moga kawan-kawan saya ini terus kuat dan gagah menempuh ujian mereka. Ini bukan bala tapi ini petunjuk buat kalian. Suka saya memetik kata-kata kegemaran saya dari filem Ayat-ayat Cinta saat watak utamanya dilanda masalah yang sangat tidak dapat dihadapi:

"Sabarlah! Tika ini Allah sedang berbicara dengannya tentang sabar dan ikhlas."

Kawan-kawan yang berkaitan,saya mungkin bukan teman kalian yang rapat.Tapi ikhlas dari hati saya, saya mengharapkan hanya kebaikan untuk kalian. Semoga semua yang kalian lalui akan jadi penguat diri di masa depan dan pendekat kita kepada Yang Esa. Insyallah, saya yakin kalian adalah manusia terpilih untuk dugaan begini. Ingat tau, Allah takkan uji kita kalau kita tak layak di mata Dia menanggung semua ni.

Harapnya, tahun baru yang mendatang ni juga bawa keceriaan baru untuk kawan-kawan semua. Yang baik kita sama ambil sebagai teladan dan yang buruk itu kita jadikan simpanan. Jangan cepat mengaku kalah! Jadilah diri sendiri dan kuatkan iman. Moga kalian dipermudahkan jalan oleh tuhan. ^_^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semalam dapat email bagus dari seorang penghuni Irbid. Katanya kita terlampau menumpu pada kejadian Palestin hingga lupa terus pada saudara seagama yang turut diperlakukan sedemikian di Bosnia, Kashmir, Filipina, Pattani, Thailand dan banyak tempat lagi. Agaknya kalau di tanya pada orang arab di sini, entah mereka tahu atau tidak derita di balik Asia sana. Jangankan arab, entah-entah kita pun sama. Adoi, menusuk terus ke jantungku!!

Hurm, nak tak nak memang apa yang dia cakap tu betul. Saya sendiri tak tahu sangat dengan saudara yang lebih dekat. Agaknya sebab keganasan Israel di sudah termaktub lama jadi ia lebih beri kesan pada manusia sejagat mungkin.

Tapi tak nak lah yang tempat lain lagi teruk dikerjakan oleh spesis-spesis Israel walau berbeza bangsa dan negara. Itu namanya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Pandangla seketika juga pada saudara kita di tempat sana. Biar semua dapat hak sama rata. Didoakan sama kesejahteraan dan keselamatan mereka. Itu hak mereka sebagai saudara kita.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekarang tengah pertandingan debat. Sebagai skuad khas debat yang menggubal akta debat, terasa tertarik-tarik sama untuk bercakap dan berdebat tapi apakan daya, siapa suruh pencen awal? Huhu..

Tajuk debat kali ini sangat power. Kepada senior yang buat tajuk debat, ketahuilah ramai yang memuji tajuk anda sangat ke-mahasiswa-an. Mabruk! Sekurang-kurangnya ada usaha untuk sama menenyeh para mahasiswa Irbid supaya mengetahui isu-isu semasa yang berat dan perlu diambil perhatian. Pada peserta, janganlah kecewa kerana bebanan tajuk yer. Setakat ini korang dah cukup bagus menyampaikan fakta. Selaku skuad khas debat, saya bangga dengan anda. Chewahhh.. hehe.. =P

Selamat tengok debat semua! Mari-mari sama penuhkan dewan persidangan! Kita sama dengar dan sama timbang fakta hujah mana yang lebih rasional untuk kita buat keputusan. ^_^

Tag "saya seorang pelik"

1:36 PM 13 Comments A+ a-

I WAS TAGGED BY Maya

To tag along: you have to list 7 weird things about yourself,
post it in your blog,tag at least 7 people (list their names),
and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

1. Cara kasi saya tak ingat dunia : Berikan saya buku yang best!

Andai buku itu dadah, maka sayalah penagihnya. Sejak kecil saya memang disahkan mempunyai obsesi yang amat kronik pada makhluk bernama buku.(Nasib baik tak kaya, kalau tak habis semua buku kat bookstore saya borong!)Mama, abah, sedara mara, kawan-kawan semua dah biasa dengan perangai saya yang memang akan 'hilang' bila dapat buku kat tangan.

Janganlah cuba kacau saya ke, tanya pendapat saya ke cuba gurau-gurau dengan saya ke sewaktu saya khusyuk membaca sebabnya sah-sah korang akan terasa seakan-akan sedang berkomunikasi dengan cik tunggul. Tapi syaratnya buku tu mestilah dari golongan buku yang saya suka lah. Kalau kasi saya buku-buku yang penuh fakta bernombor seperti buku undang-undang, buku tu akan beri saya kesan seperti ubat tidur. Sangat berkesan.

2. Kalau nak kasi saya semangat buat kerja, saya kena pasang lagu-lagu untuk saya dengar sambil buat kerja.

Mula dikesan sejak di Malaysia. Disebabkan telah menjawat jawatan sebagai penunggu rumah selepas tamat SPM, saya ditaklifkan memegang biro kebersihan dan kekemasan rumah selama tiga bulan. Rutin harian tunggu semua orang keluar dari rumah, lepas tu baru boleh kemas rumah untuk jadi bersih selama 8 jam sebelum disepahkan semula oleh adik-adik yang baru balik dari sekolah.

Kalau saya mengemas dalam sunyi, setiap langkah terasa sangat lambat dan penat. Tapi kalau lagu turut dipasang, tak kiranya lagu apa-apa pun, kadar kepantasan saya akan meningkat setinggi beberapa tahap sehingga boleh termasuk dalam golongan yang luar biasa rajinnya.

Tak pasti terpengaruh dari mana tapi rasanya habit ini bermula di SMKANT apabila setiap kali waktu gotong rayong perdana, aktiviti gotong -royong akan sentiasa berjalan dalam keadaan lagu-lagu nasyid dan zikir dipasang sekuat-kuatnya di corong radio asrama. Sangat enjoy dan rileks buat kerja sambil dengar lagu.

3. Deria bau yang sangat cekap menangkap bau susu tepung

Saya paling tak boleh minum susu tepung. Bau dia sangat meloyakan tekak. Pernah cuba paksa minum selama beberapa hari dengan gaya minum sambil tutup hidung, tapi kesudahannya lepas minum segelas susu tepung, saya akan belasah minum air kosong beberapa gelas untuk hilang rasa ke-susu tepung-an tersebut.

Setakat ini kecekapan luar biasa yang satu ini masih lagi tajam. Alhamdulillah, masih belum pernah gagal dalam cubaan rakan-rakan memaksa saya minum susu tepung dengan secara curi-curi letak dalam air milo di sekolah. Tak kisah la korang campur dengan pelbagai perasa dan warna apa sekalipun, bau susu tepung yang satu tu memang takkan saya boleh terlepas dari mendetectnya.. =P

Terima kasih pada mama yang sangat sabar membuat air asing-asing untuk saya sepanjang saya bersahur di Malaysia dari kecil sampailah besar.. Juga kepada seorang pakcik dewan makan yang sangat baik hati kerana pernah sekali dia kasi saya minum air special di dewan makan sebab dia dapat tahu saya memang tak minum air milo bersusu tepung di dewan makan dahulu.. Hehe.. Jangan jeles ya kawan-kawan yang pernah jeles dulu!

4. Subjek kegemaran saya di sekolah selain sains ialah bahasa melayu dan SEJARAH!

Buku paling best dalam sejarah sekolah menengah ialah buku biologi dan buku sejarah! Pelik ke? Sejarah best la! sejarah adalah subjek yang saya paling score sepanjangg sekolah. Kenapa orang tak suka sejarah ek? Ke sebab saya suka berangan saya termasuk dalam watak-watak buku sejarah? Erm.. Ntah!

Tapi bila saya jawab sejarah, saya jadi sangat teruja macam jawab karangan bahasa melayu. Walaupun cikgu kata jawab 4 dari 6 soalan, saya tak pernah tak jawab semua soalan dalam essay sejarah. Paling tak reti pun, mesti ada gak satu dua point yang saya letak.

Kalau karangan bahasa Melayu, cikgu kat Integrasi Gopeng pernah kata "Kalau karangan ni tak sampai 4 muka surat depan belakang bagi satu tajuk, maka itu bukan kertas Ainul la tuh.." Tak tahu kenapa tapi esei bahasa Melayu adalah antara subjek yang paling buat saya teruja nak ambil peperiksaan. Tulis kena panjang berjela-jela, kalau pendek tak best! Bagusnya, saya adalah penyumbang utama tugas pengawas peperiksaan nak kasi kertas time peperiksaan. Hhuhu...

5. Saya suka buat kerja dalam mood.

Dinamakan pelik kerana dalam satu minggu saya boleh tranformasi daripada sepemalas-pemalas manusia kepada serajin-rain manusia di kawasan terbabit. Pemalas hanya berlaku waktu takde mood dan rajin waktu tengah rajin la. Nasib baik mood malas dan rajin jarang datang. Selalu normal sahaja tanpa mood baik dan buruk ini.

Malas tu maknanya masih buat kerja tapi tak ikhlas. Maka kesannya macam cincai-cincai sikit. Tapi bila sudah masuk mood rajin terlampau, yang dah kemas pun di double kemaskan. Benda yang dah tersusun elok, dire-susun semula supaya nampak gaya baru.

Kadar kerajinan paling kronik adalah waktu tingkatan tiga di SMKANT. Waktu itu hari sabtu. Ramai orang tidur waktu tengahari kecuali mereka yang rajin study, rajin tengok tv atau mak ayah mari. Saya tensen study, keluar dorm jadi pening pula tengok selipar berterabur, baldi berterabur depan jalan kat tepi2 kaki lima di tingkat dua tu. Sebab bengang dan tiba-tiba rajin, saya telah menyusun comel-comel semua baldi dan selipar di seluruh dorm (ada 3 dorm setiap tingkat) di tingkat dua di blok H dan G seorang diri di tengari-tengahari buta tu termasuk di dalam bilik baldi, bilik basuh baju dan toilet. Esoknya, para pelajar sangat rileks kerana tak perlu gotong royong sangat sebab saya dah siapkan separuh kerja mereka sehari awal. Hehe..

6. Saya pernah jadi si gagap yang sangat bagus bercakap atas pentas.

Waktu kecik-kecik dulu ada masalah gagap sikit terutama pada huruf a,t,p dan d. Apasal ntah?? Kalau perkataan yang mula huruf-huruf tu, mesti ambil masa lama sikit nak keluarkan perkataan. Semacam ada benda yang sekat dari mulut kita dari sebut benda tu.

Tapi yang peliknya, gagap saya akan hilang bila saya bercakap atas pentas. Tak kiralah jadi MC ke pidato ke bercerita ke bahas ke, janji kena bercakap atas pentas. Bila atas pentas, maka jadilah saya ex-gagap. Sangat masyi walaupun terketar-ketar. Itu buat orang pelik, kenapa di atas pentas je saya boleh hilangkan situasi tergagap-gagap itu. Saya sendiri tak tahu. Erm, gagap ada kaitan dengan rembesan epinephrine atau adrenalin ke?

Alhamdullilah, gagap makin hilang bila makin besar.Cuma kadang-kadang je terjadi balik. Kalau terperasan saya macam nak cakap, tapi tak tercakap, itu maknanya saya tengah menghadapi masalah mengeluarkan nada untuk membunyikan sesetengah huruf tu. Tapi sekarang insyallah sudah tak ada... ^_^

7. Saya senang tertukar 'channel' loghat secara autmatik bila jumpa orang negeri lain-lain.

Bermula sejak kecil bila saya duduk di Puchong yang cakap kiter-kiter, saya balik ke Sabar Bernam jadi nyong-kuwe, balik kampung Parit BUntar plak jadi hangpa-kami. Bila duduk Gopeng dah terbiasa kome-teman. Datang Intec kena mu-deme. Pegi JOrdan pula, terserap mung-aku.. Lama-lama tak payah buat-buat tukar, memang dia automatik tertukar sendiri.

Kalau buat pop kuiz pada orang yang tak kenal saya, maka semuanya mesti salah! Kata orang, saya tak dapat dikesan dari negeri mana terutama kalau dah masuk grup komuniti ramai dari sesebuah negeri. Cumanya kelantan dan ganu itu masih dalam kategori acute dan bukannya kronik.

Agak sedih juga bila dikata jati diri negeri dah takde. Nak buat macam mana? Dah saya adalah berdarah polynegeri jadinya memang saya tak ada lah nak spesifik pekat pure mana-mana negeri pun. Tapi tak apalah, boleh menyibuk jadi ahli bersekutu banyak BKAN. opss... =P

malas sungguh mahu mengetag orang.. siapa ada perangai pelik-pelik dan rajin, buatje la tag nih ya!

Palestin : Dekat tapi Jauh

5:33 AM 11 Comments A+ a-



MAAFKAN AKU

Apa aku kah sahabat kejam?
Dengar, fikir lalu mendiam
Waktu engkau meluah pilu
Kenang keluarga berhujan peluru.

Maafkan aku teman.
Jasadku tertahan erat
tangan terpasung kaki terikat,
Kadang aku turut sakit
Sama rasa derita luka.
Namun sayang aku tiada daya
Langsung lumpuh tak mampu mara.

Kawan,
hatiku masih belum mati,
cuma terkurung di sangkar realiti.
Tunggu detik datang kudrat
Moga aku diberi kuat
Sama berjuang sama menentang
kerana kita saudara
aku mahu sama bahagia.

2.30 p.m
musolla an-nisa' kulliah Tibb
Jamiah 'ulum wal tekno,Jordan

Semalam dapat berita Gaza di bedil hebat. Atas alasan Hamas menyerang tentera Israel, lalu orang awam Palestin menjadi mangsa serangan balas oleh tentera Israel yang perasan bijak itu. Sangatlah tak adil !!! Strategi bijak mana yang diguna pakai tu tak tahu lah.. Nak kata tak pandai, ramai je hebat. Tapi sangat tak bertamadun! Alasan paling tak waras pernah saya baca ialah Palestinian patut diserang sebab tak mahu berkongsi negara dengan Israel.. Masya Allahh.. Sangat hampeh!

Awal pagi tadi bila sampai ke Jamiah, saya sempat berjumpa seorang rakan warga Palestin. Kami bertukar berita. Sungguh! Saya tak tahan sebak tengok muka dia yang macam nak menangis. Mana tak nya, keluarga dia semua kat sana. Risau bukan kepalang dia memikirkan keselamatan mereka. Saya pun dah nak termenangis sama tadi. Tapi terfikir pula, kalau dua menangis siapa nak pujuk dia nanti. Jadi, tahan Ainulll, tahan. Kawan tengah lemah, kita kena kuat dulu nak pujuk dia..

Lepas tu pula, saya menyibuk sekejap pada kawan-kawan yang tengah bersembang dengan warga Palestin juga. Yang kali ni orangnya sedikit kuat. Tapi masih riak muka dia macam nak menangis seperti yang tadi. Dia beritahu kami lepas kelas nanti ada perarakan. Menentang tindakan Israel. Dari kuliah Handasah ke Kuliah Tibb. Insyallah sahabat! Dia berharap sangat kami turut serta. Tapi awal-awal lagi saya tahu memang saya tak dapat pergi sebab waktu tu takut bertembung waktu lab.

Tengahari tadi, waktu tengah makan di cafe nampak mereka semua tengah but persiapan nak buat perhimpunan. Tunggu juga sebab nak tengok dan dengar sama. Alang-alang dah siap yang di sini. Tapi tunggu punya tunggu tak siap-siap. Tak pelah takde rezeki.

Habis perjumpaan dengan pensyarah, di surau kawan-kawan heboh cerita pasal perhimpunan tadi. Siap ada yang merakam. Subhanallah, kita yang mendengar jadi naik semangat. Takbir, doa dan laungan masing-masing bergema. Sayangnya tak sempat ikut serta tengok tadi. Dapat tengok dalam video pun jadilah. Ramai yang turun padang. Masing-masing meluah kemarahan dan berdoa untuk kesejahteraan keluarga tersayang terutama yang berasal dari sana sendiri. Bendera Israel dibakar dan macam-macam lagi. Tapi masih di bawah suasana aman dari keganasan. Hanya demonstrasi.

Di cafe juga tadi, ada kawan yang beritahu jiran kami di sakan dulu, Wafa' sudah kembali bertugas jadi doktor di Palestin. Entah apa beritanya sekarang. Terputus terus. Harapnya dia terselamat dari segala serangan Israel tu. Amin ya rabbal 'alamin..

Di sini ikatan kami terasa lebih dekat. Mungkin sebab jarak yang terlampau hampir. Kami sendiri melihat sedihnya orang Palestin di sini. Keluarga yang jauh, berita yang terputus. Tinggi sungguh kebergantungan mereka pada Allah. Kalau saya di tempat mereka, entahlah.. Tak tahu nak cakap apa.. T_T

Saya bangga dengan cepatnya tindakan mereka. Semalam kena serang, hari ni terus bersuara. Cepat dan pantas. Walaupun sekadar berdemonstrasi, sekurangnya masih ada hati yang mengerti dan merasai derita saudara di sini. Setidak-tidaknya saya turut terpalit rasa yang sama. Kalau dulu jauh dan tidak hirau siapa yang kena, sekarang pedih lebih ketara kerana yang diserang itu keluarga kawan-kawan kita. Mahu tak mahu, cubit peha kiri, yang kanan turut terasa.

Malu sungguh pada diri sendiri. Dah dekat, tapi tiada apa yang mampu diberi. Pujukan, janji-janji? Itu semua dah basi! Saya sendiri buntu. Ya Allah, janganlah sampai aku didakwa di akhirat kelak kerana membiarkan mereka tanpa sebarang usaha. Nak lebih-lebih, memang langsung tak boleh. Harapnya setakat kudrat hari ini, saya hanya mampu mendengar luahan mereka, berdoa untuk mereka dan memberitahu semua tentang kami di sini. Oh ya, Tabung Amal Palestin masih ada! Mari-mari, jom sama menyumbang selagi mana yang mampu!

Tahun ini ditutup dengan berita sedih dari jiran negara permukiman sendiri. Esok sudah tahun baru. Harapnya ada sinar yang bakal menjengah buat mereka. Allah itu adil. Saya yakin janji-Nya takkan sia-sia. Palestin pasti akan kembali menjadi milik Islam. Doakanlah saudara-saudara kita di sini. Mereka perlukan bantuan kita. Bantulah selagi mana yang mampu, kawan-kawan. Kalian pasti akan terasa bila melihat dengan mata sendiri bagaimana susahnya mereka menempuh ujian ini. Jangan matikan roh ukhwah kita hanya atas nama perbezaan negara dan bangsa. Kita Islam semua saudara..

"Allahummansuril Islama wal muslimin fi kulli makan, fi kulli zaman, fiddin, fiddunia wal akhirah.."

Bila dunia makin senyap

11:28 AM 13 Comments A+ a-

Salam~


Dah tiga empat hari hidup saya kucar-kacir. Hari ni saya dah tak tahan dah. Peningnya hidup dalam keadaan tak dapat menganggar kekuatan suara nih. Macam earphone rosak pun ada. (Sabarlah wahai peminjam badan...)

Ingatkan dah cakap kuat, rupanya orang lain dengar perlahan sangat. Bila kita cuba kuatkan suara supaya semua dengar, tiba-tiba terlebih bajet pula. Jadi tersangat kuat sampai orang yang bercakap tertanya-tanya kenapa saya cakap macam nak heboh kasitau satu dunia. Lagi parah bila ada yang tersalah anggap saya tengah marah sebab volume suara sangat kuat. Aduhh.. Maaflah kawan-kawan..

Semuanya bermula tiga hari lepas sebenarnya. Bila saya bangun saja dari tidur, tiba-tiba saya terperasan saya macam tak berapa dengar di sebelah telinga kiri. Lebih kurang macam ada sesuatu yang menutup ruang pendengaran di situ.

Saya anggap biasa saja mula-mula sebab dah biasa kena dari sekolah dulu. Ingatkan sehari dua boleh baik. Lagipun, kadang-kadang kalau kita tarik-tarik sikit telinga ke, nguap-nguap ke nanti dia 'terbuka' la balik. Rupanya kali ni dia tak nak buka-buka dah. Terus tertutup macam tu je. Ish, apa kena telinga nih?

Disebabkan minggu ni saya sangat sibuk jadi saya biarkan saja dulu. Baik la kot nanti. Masuk hari ni dah tiga hari. Sepanjang tiga hari ni lah, banyak sangat benda yang jadi gara-gara saya tak dapat mendengar dengan baik.

Selalunya saya jenis tak tahan dengar orang-orang arab yang suka bercakap kuat-kuat, pasang lagu kuat-kuat macam dunia ni diaorang punya. Tension juga kadang-kadang. Dalam kelas yang sunyi tu, saya cukup mudah tangkap bisikan orang-orang kat belakang waktu doktor tengah berkuliah. Memang saya anti dengan golongan bising-bising tak kena tempat ni.

Tapi dua tiga menjak ni, saya jadi macam tak berapa hirau sangat dengan diaorang sebab saya terasa bising diaorang tak macam bising selalu. Kali ni bisingnya lebih perlahan. Tentulah saya suka! Kawan saya pun pelik sebab selalunya saya join dia merungut pasal golongan bising ni tapi minggu ni saya diam macam tak kisah je. Eh, ada hikmah juga ya pendengaran dikurangkan? =P

Ada juga yang cakap minggu saya saya macam berubah jadi ayu. Bercakap dengan mulut yang gigi yang terkatup dan suara yang sangatlah perlahan. Haha~ Ini mesti gara-gara gigi braces saya kena letak getah pengikat antara gigi atas dan bawah,jadinya saya tak boleh buka mulut luas-luas. Yang suara perlahan tu pula sebab saya kurang dengar dengan baik. Saya ingat saya dah cakap kuat, rupanya masih di peringkat sangat perlahan.

Lama-lama bila dah ramai sangat membebel campur dengan saya sendiri tak selesa sebab tak dapat dengar dengan baik dan takut terbuat nada yang terluar biasa dari selalu, saya buat keputusan nak ke markas sihhi. Rupa-rupanya saya didiagnose telinga kena fungal infection. Alamakkk.. Bermicrob lagi.. T_T

Doktor cakap mungkin sebab air dalam telinga lepas mandi tak kering kot.. Agaknya lah.. Ala... Nak baik pun kata doktor tak amik masa singkat sangat. Kena bertahan juga ni hidup dalam keadaan kurang upaya sikit.

Macam-macam perasaan pula saya terasa bila kena infection ni. Seronok sebab keliling saya sedikit sunyi dari selalu jadinya saya dah tak marah-marah sangat kalau ada yang terlampau bising. (^^,)Y Tapi risau juga kalau saya terkuat sangat suara atau terperlahan sangat suara pada orang-orang yang tak sepatutnya. Aduh, bahaya tu.. Tambah-tambah kalau waktu lecture, lagilah saya kena tambah baik penumpuan sebab telinga dah kurang berfungsi. (-_-)"

Tapi ma'alisy la.. Redha je.. Fungal tu nak hidup dalam telinga gak sebab panas serana kat luar ni dia tak leh hidup dek kerana terlampau sejuk! (apa punya alasan nih??) Tapi harap maaf ya, encik fungus! Anda zalim kerana berada pada tempat yang tidak sepatutnya, jadi siap sedia untuk perang dengan saya! (#_#)T Siaplah, ubat dah beli nih.. Tak sabar nak baik macam normal.. huhu.

Erm.. sebenarnya saya nak cakap awal-awal di sini, pada sesiapa yang saya ada ternaik suara dua tiga hari ni dan bakal ternaik suara di masa akan datang selagi telinga ini bermasalah, maaffff tau! Tak sengaja! Jangan dinilai pada suara sebab ia bergantung pada telinga yang mendengar,tapi nilailah pada riak muka saya bila tengah bercakap. Muka seposen tak kan sesuai bila bersama suara macam gunung berapi meletup (pelik la..). Jadi, minta ampun halal makan minum semua.. Maafkanlah kawan korang yang kurang upaya sekejap ini. Saya tengah diuji... (!_!)

Pada yang belum kena kombinasi suara dan muka yang tidak sesuai dari saya, nanti harap korang sendiri faham la ya. Saya tak berniat mahu marah-marah atau malas melayan ke bercakap ke apa-apa ke. Saya tiada sebarang masalah sakit tekak cuma sakit telinga sahaja yang saya ada. Ini semua cobaann... Harapnya mengertilah ya.. Kalau saya tersilap guna volume, sila lah tegur-tegur dengan cool nya. Jangan disimpan-simpan dalam hati, nanti bernanah microb pula hati korang semua.. =P Hehe..

Sekian, itu je lah laporan dan harapan tulus ikhlas dari penulis blog yang sedang mengadaptasi kehidupan kurang pendengaran ni. Mode Insaf Seketika sedang berjalan. Maka, bersyukurlah kamu sebelum nikmat yang Allah berikan pada kamu ditarik walau hanya seketika...

p/s: doakan saya cepat sembuh dan cepat habis kerja! Mahu berehat tapi tak sempat..

Hospital Saya Bersaudara

6:49 AM 12 Comments A+ a-



Salam

Petang tadi cadangnya mahu ulangkaji sekejap. Tapi tiba-tiba ramai pula yang mem'buzz' di YM. Kalau setakat kawan-kawan, kadang-kadang saya beritahu saja saya sibuk. Tapi ini semuanya keluarga. Tak sampai hati pula. Lagipun, saya memang rindu nak bersembang dengan mereka. Nak tunggu semua lapang, punyalah susah. Jadinya, takpelah.. Saya burn kejap petang ni. Ganti malam nanti. ^_^

Kali ni saya jadi kalut nak berYM sebab bukan sorang dua nak bersembang, tapi sampai 5 komputer sekali. Yang tak tahannya, siap serumah bukak dua komputer sekali. Alasanya, senang nak nyampuk. Hehe.. Apa-apa je lah diaorang ni. Puas juga la kali ni dapat bersembang dengan keluarga semua. Tambahan, keluarga maklong di Perlis pun sama-sama berYM tadi. Sebab banyak sangat, akhirnya guna conferens sajalah. Penghubung tiga penjuru Jordan-Perak-Perlis. Macam alumni keluarga Tok Kotat(nama glamer tok wan saya di kampung tuh) betul... =P

Tajuk utama yang paling saya suka kali ini ialah mesyuarat penubuhan hospital keluarga. Kononnya ala-ala syarikat adik-beradik.Tiba-tiba sahaja tertimbul idea ni bila adik sepupu, Syafiee semangat beritahu dapat tawaran SPA jadi jurupulih carakerja. Owh, bertambah lagi bakal ahli dunia perubatan keluarga kami.

Disebabkan sepupu belah ayah semuanya masih ditahap tak lepas umur 23 tahun, maka kami macam teruja pula nak tengok masing-masing jadi apa bila besar nanti. Setakat ni daripada 21 cucu tok wan, campur dengan 4 sepupu ayah yang sebaya kami, dah ada seorang dalam bidang perubatan, seorang dalam bidang farmasi, seorang bidang kejururawatan dan yang terbaru seorang di bidang juru pulih. Lagi dua dalam bidang elektrik. Dan sorang dalam bidang mekatronik dan robotik. Yang lain semua tak lepas SPM lagi.

Jadi secara majoritinya banyak di dunia perubatan. Jadi, mak long secara tiba-tiba terfikir entah-entah kami nanti kerja bawah bumbung hospital yang sama. Haha.. Mungkin juga. "Entah-entah nanti buat hospital sendiri kot, okay gak. Akak jadi bos.Arina ngan semua orang kerja bawah akak. Hehehe.." kata kakak sepupu seorang itu, Kak Tora. Fuh, tinggi sungguh cita-cita dia nih..

Tambah seronok tadi bila kami mula senaraikan cita-cita ahli keluarga yang lain.Ada yang nak jadi doktor pakar, doktor haiwan, doktor gigi, ustazah, cikgu, akauntan, polis, pakar komputer, peguam dan macam-macam lagi.Lepas tu mula lah terfikir macam mana nak masukkan bidang-bidang lain ini dalam satu bumbung hospital.Lama juga 'bermesyuarat' macam mana nak kumpulkan semua orang. Akhirnya terbinalah rangka hospital impian kami dengan menempatkan semua sepupu kerja di situ. Tak payah bidang perubatan, bidang-bidang lain pun ada kerja dalam hospital kami ni. Tak tertinggal walau seorang.

Haha~ Alangkah bahagianya kalau impian ni jadi realiti. Sebabnya kami semua sangat rapat. Sekepala masing-masing. Sebabnya yang paling tua baru berumur 22. Yang paling muda pula umurnya 3 tahun. Jadi masih semua di tahap bukan golongan dewasa. Itu yang kami jadi rapat. Mesti seronok kerja ramai-ramai lepas tu boleh keluar sesama. Tak ada duit, boleh suruh sedara lain belanja dengan tak malunyer... Hehehe..

Lain betul rasa bila dah besar berkumpul ramai-ramai. Dulu kecil-kecil, berkumpul waktu main tarik upih,tuju selipar dan lawan duit raya siapa paling banyak. Dah besar ni, berkumpul merancang masa depan pula. Ada juga siap dah nak ada anak sorang seorang sekarang. Wahwah... kami sangat sudah nak dewasa! ^_^ (budak kecik sila ketepikan yer.. =P)

Teringat ada sekali dulu waktu filem Gemerlapan tengah popular, kami beramai-ramai melakonkan babak-babak menarik dalam cerita tu balik. Pemilihan watak guna cara "wan to som" je. Saya dapat watak kawan baik kepada heroin a.k.a mak ngah sedara saya. Memang sangat lawak bila teringat balik. Tambah-tambah pada babak-babak yang sangat menggelikan hati contohnya macam lawan perli-perli dan pekena satu sama lain. Macam-mana babak tambahan yang keluar.. Kami gelak tak henti-henti sambil berlakon waktu tu. (^_^)Y

Haih, rindu betul nak berkumpul balik sekarang. Dulu saya seorang saja tercampak jauh. Cemburu bukan main kalau tengok gambar mereka beramai-ramai pergi ke mana-mana. Sekarang saya sudah ada geng di UK sana. Selamat masuk korum sepupu tak balik raya ya, Abang Hanafi!! Jemput rasa suka duka di perantauan. Satgi jom pakat hantaq gambaq kat kampung na...

Tak sabar nak menunggu bulan lapan tahun ni. Waktu cuti balik Malaysia jatuh pada waktu raya aidilfitri. Alhamdulillah.. Maknanya ada peluang la nak buat perkumpulan sepupu ini semula. Seronoknyaa.. Tunggu Ina balik na kakak, abang, adik sekelian..


NOta satu : Selamat hari jadi pada Uwais yang comel di Amman.. ^_^

NOta dua : Tahniah pada adik sebab dapat SPA tu.. Alhamdulillah makbul doa hangpa..

Nota tiga : Tahniah juga pada Amira sayang sebab dapat ke Sekolah Sri Puteri. Lepas ni duduk asrama la mira yea.. Be a good girl!

Oh impian yang terkurung, saya sudah kembali ni !!

11:18 AM 32 Comments A+ a-

Salam

(amaran awal: Kali ini sangat-sangat panjang sebab ia sangat-sangat penting)

Pernah tak rasa suatu keadaan bila kita ada satu benda berharga yang kita sayyyyangggg sangat-sangat yang kita simpan dalam satu peti cantik yang boleh dikunci sebab benda tu terlalu berharga. Tiap-tiap hari kita buka peti dan tengok benda tu sebab benda tu saja yang boleh kembalikan semangat dan kegembiraan kita dalam apa jua keadaan.

Tapi suatu hari, kunci peti tu hilang dan kita langsung dah tak boleh buka lagi untuk tengok benda yang kita sayang. Sedih sangat rasanya. Hari yang kita lalui pun kita cuba jadi kuat sendiri tanpa perlu bantuan benda tu untuk jadi gembira sebab dia terkunci. Hari-hari kita doa kunci tu kembali walaupun lama sangat kita tunggu nak jumpa kunci tu.

HInggalah suatu saat tika kita dah hilang harapan nak jumpa kunci, tiba-tiba kita jumpa kunci balik! Kita cepat-cepat lari pergi peti dan buka ia dengan penuh suatu rasa yang sangat-sangat tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Perasaan yang sangat bergelodak tak sabar! Dan bila kita buka, TADA!!!!! kita dah jumpa balik barang yang kita sayang, yang kita lama tak jumpa dan kita rindu sangat sampai kita rasa macam nak nangis balik bila jumpa dia.. Ya Allah… Terima kasih! Terima kasihhh…! Saya sangat seronok! Saya sangat teruja! Saya sangat gembira!!

Ini malam sejarah saya. Malam sejarah yang buat saya rasa sangat teruja yang teramat. Terima kasih Allah sebab hantar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke mari! Terima kasih Dr Sheikh sebab ketemukan saya kembali dengan impian saya! Saya rasa sangat-sangat bersemangat. Semangat yang dah lama saya tak rasa, tak pegang dan lama hilang..

Tak sangka malam yang saya sangka hanya malam biasa yang sedikit luar biasa dengan kehadiran angkawasan negara ni rupanya beri seribu rahmat pada diri saya. Rahmat yang saya sangat tunggu-tunggu. Rahmat berperasaan sangat bersemangat. Semangat yang sangat hebat! Malam ini, saya seperti diberi kunci untuk buka kembali peti yang mengurung impian saya, semangat saya. Saya macam didorong-dorong untuk kembali ke impian saya yang lama. Yang dah lama saya tinggal, saya ketepikan sebab saya tak rasa saya mampu kecapi. Tapi malam ni, saya dapat rasa impian itu dah kembali dalam pelukan saya. Saya peluk erat-erat, saya dakap kuat-kuat dan saya bisik pada dia “Kita takkan berpisah lagi. Saya pasti!” Ah, bahagianyaaaa…

Terasa sayang saya tak merekod setiap kata Dr tadi. Kata-kata dia penuh erti. Penuh semangat sampai saya dan kawan-kawan ramai tergerak sama. Jangan terkejut. Malam ini saya lihat ramai mula buka mata baru. Semua bersinar-sinar macam kartun. Penuh harapan, penuh impian. Sebab boleh dapat balik semangat baru. Percaya atau tidak ramai kita yang hilang separuh semangat kerana ada impian yang tersekat di tengah jalan. Tapi malam ini, semua macam dah jumpa jalan untuk kembali tarik impian lama. Sukanya!!!!

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mungkin bukan sesiapa bagi saya. Tapi malam ni, saya terasa dia macam doctor yang Allah kirim pada kami untuk kembalikan jiwa saya. Setiap kata yang Allah ilhamkan pada dia semacam menjawab semua rungutan dan keluhan saya. Memang kena sebijik-sebijik. Apa yang saya cari dua tiga hari ini macam semua dah terbentang depan mata tadi. Terima kasih Allah! Terima kasih Dr!

Terus terang saya cakap, datangnya Dr Sheikh malam ni tak sia-sia. Saya, kawan-kawan saya ramai yang dapat semangat, ramai yang dapat iktibar. Dr Sheikh, awak hebat! Malah saya sangat hormat dia bila dia cerita semua yang dia lalui untuk sampai ke tahap itu. Bukan senang nak ke angkasa! Malah bukan senang bila ramai yang cuba menjatuhkan bila kembali ke bumi. Dia boleh buat dan dia berjaya buktikan. Saya hormat dia sebagai ‘penyampai kuasa Allah’ kepada kami malam ini. Malah, saya lebih cinta Allah kerana hantar Dr ke sini malam ini. Alhamdulillah, subhanallah, allahu akbar!

“Your mental will decide what your body should do. Conquer your mind, then you’ll conquer your body. After that, I’m sure you’ll conquer your destiny!”
Suka sangat dengan frasa ini! Banyak lagi sebenarnya kata-kata dia yang bermakna. Nanti saya ingat, saya tulis ya! Oh, ada lagi satu!

“ Saya selalu fikir kenapa saya dicipta. Takkan semata hidup,ibadah biasa, belajar,kerja,kawin, dapat anak, kemudian mati. Mesti ada sesuatu yang lebih besar tujuannya. Saya rasa kosong! Dan saya dapati kekosongan saya terisi bila saya memandang bumi di depan mata saya. I was born for the space! Itu jawapannya. Saya terasa paling hampir dengan tuhan bila saya lihat kekuasaannya dari luar bumi. It was truly a magical feeling! Dan dalam hati saya, saya berazam saya akan bantu kembalikan kekuasaan Islam menerusi bidang angkasa. Itu takdir yang saya cari selama ini. ”

Syukur, masih terselit impian yang satu itu tika dia di puncak kejayaan. Malah kami terasa seakan kami diberi khutbah oleh seorang yang bukan ustaz. Khutbah agama oleh seorang angkawasan yang sangat suka menceritakan tentang Islam dan keindahannya melalui bidang angkasa. Solat, wuduk, quran yang dibawa curi-curi tanpa pihak Russia tahu, kesedaran untuk latih kanak-kanak tentang angkasa dan impian untuk bawa perhimpunan angkasawan ke Malaysia dan kembalikan kembali dunia angkasa ke tangan islam semuanya membuatkan saya rasa naïf pada diri sendiri.Kenapa saya tak punya kesedaran dan keinginan sebesar tu? Terima kasih Dr. Saya doakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan capai semua impian Dr.!

Ada lagi satu kata-kata dia yang saya suka:

“Hidup perlu variasi. Jangan terkepung dengan satu bidang sahaja. Life your life the fullest. That is what I do. Saya dah jadi pakar tulang, saya dah jadi angkawasan, saya dah masuk modeling selama beberapa tahun dan next, saya dalam plan mahu belajar jadi pilot insyaallah dalam beberapa tahun lagi.I even feel that sleeping is wasting time. Banyak kerja yang boleh buat waktu tu. Tapi sebagai doctor, saya kena juga cakap “you have to sleep at least 6 hours a day and get enough rest..” Tapi saya still tidur juga. Menjadi doctor, saya hanya dapat tidur 3 jam sehari. Dah biasa. Tapi the point is banyak impian saya, saya dah realisasikan. So, kamu juga kena cuba gapai semua impian kamu..“

Haha.. Ya, bergantung pada diri masing-masing. Janganlah sampai menyiksa diri pula. Masing-masing tahu badan masing-masing. Terpulanglah pada kita macam mana nak bentuk diri sendiri. Menjadi doctor tak bermakna kita dah hilang peluang buat pekerjaan lain. Rahmat tuhan luas. Tingga kita cari dan buat. Hidup kena kuat! Dan itu juga jawapan yang saya cari selama dua tiga hari ni bila saya berperang dengan emosi yang kucar-kacir sejak dua tiga minggu ini. Hah, puasnya dapat jawapan!!!

Banyak benda lagi saya nak cerita. Banyak lagi yang saya nak kongsi mala mini. Tapi macam dah panjang sangat la pula. Dah lupa-lupa balik sikit. Itu yang hari ini saya nak tulis semua perasaan saya. Saya tak mahu lagi perasaan ni hilang. Saya dah jumpa balik impian lama saya. Dan saya akan pastikan impian tu takkan terlepas lagi dari genggaman saya. Saya harap bila saya kongsi ni, ada di antara kalian yang mampu dapat manfaat sama.

Mungkin ada yang kurang suka pada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Tapi nasihat saya, jangan lihat dirinya kalau kita tak suka dia. Lihatlah pada impiannya, lihatlah pada caranya dan lihatlah pada kata-katanya. Dia dah banyak berjasa pada saya walaupun sekadar setakat malam ini. Dia pemberi kunci yang Allah kirimkan pada saya. Tambah-tambah, saya dah lama dahagakan ceramah motivasi sebegini. Agaknya itu yang buat saya jadi over-semangat hari ini. Macam orang yang sangat-sangat kehausan dan tiba-tiba diberi air se-tong yang sangat diimpi depan mata. Syukur Ya Allah.

Jadi untuk membalas jasa Dr malam ini, mungkin saya yang tak seberapa ini hanya mampu menukil beberapa permintaan tulus dari hati orang yang diberi budi, kepada semua mereka yang kurang sukakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Pada yang pernah kenal dia secara dekat, kalau dia ada silap, maafkanlah kesilapan dia. Dia juga manusia. Mungkin dia tak perasan ada benda yang dia tak sepatutnya lakukan. Tapi pada mereka yang hanya kenal dari jauh, janganlah berprasangka buruk dahulu sebelum kenal dia dek tulisan-tulisan yang menghentam selama ini. Dengar dulu penjelasan dia baru timbang dia macam mana. Selepas itu, terpulanglah..

Syukur, malam ini antara malam bahagia saya. Bahagia sebab saya dah jumpa balik impian-impian yang membahagiakan saya dulu. Saya dah jadi makin semangat. Harapnya lepas ini, kalau saya lemah balik, entry ini boleh jadi antara benda-benda yang kembalikan semangat saya. Serius cakap, malam ini semangat saya naik tahap petala tertinggi. Tank full ! Saya dah tolak tepi semua benda yang saya sakit kepala, sakit hati dan sakit jiwa. Saya sangat kuat mala mini. Saya yakin saya boleh Berjaya! Itu yang mata saya nampak malam ini. Moga yang membaca boleh rasa dan boleh lihat juga apa yang saya lihat.. ^_^ Yang baik, kita kongsi dan yang buruk kita ketepi..

Nota satu: Maaf, gambar tak dapat saya kepilkan. Kali ni jiwa saya membuak-buak nak bercerita dan berkongsi rasa. Jadi gambar di lain lah ya. Erm.. maaf juga sebab panjang sangat.. Ini bukti semangat saya sudah terkeluar langkauan biasa. ^_^ Saya sangat suka hati!

Nota dua: Pada semua yang memberi semangat, terima kasih! Doa kalian makbul hari ni! Saya terharu sangat-sangat pada yang mendoakan. Moga Allah beri yang lebih baik kepada kalian. ^_^

NOta tiga: Sebab tangki semangat saya sudah penuh, maka mulai saat ini, saya mahu tukar diri. TUkar kepada yang lebih baik, lebih kuat dan lebih hebat. Saya tak mahu dicipta hanya sebagai peramai golongan hamba Allah. Tapi saya mahu jadi hamba yang punya keistimewaan tersendiri. Saya mahu itu! Dan untuk itu, saya akan gapai semua impian saya selama ini termasuk yang saya baru jumpa balik tadi.. I will! Y(^_^)Y

Nota empat: Yeay!! Saya suda ceria!! Kawan-kawan, esok kita tengok ya! Saya akan hilangkan muka lesu, penat dan macam sakit ni. Saya tak mahu jadi ketam. Saya nak jadi makhluk yang luarnya sangat passionate and positive tapi di dalam diri yang macam lembut itu, saya mahu jadi sekuat benda yang kuat. Kata Dr Sheikh tadi, "bila nak masuk bumi terasa ada pressure macam gajah hempap dada. Nak tak hendak kita kena kuat dan kena lalui. Itu latihan kami. Bukan mustahil cuma kena tahu cara.." Yes doc!!

nota lima: Tahniah pada semua krew second batch akhawat yang jadi tukang masak bidan terjun untuk makanan VIP kali ni. Dengarnya semua VIP puji habis makanan VIP tu. Paling salute tentulah pada tukang masak utama, Kak Husna.. Dengarnya siap dapat compliment face to face lagi dari VIP. Cayalah semua!! Y(^_^)Y Sudah ku kata yang maklumat itu pasti berguna punyalah.. Hehe.. Kredit pada sorang adik di arab saudi yang bercerita tentang dia!

Nota lima: Buat abah yang selalu mengintai dari jauh, ina dah jumpa apa yang abah cakap suruh cari.. This feeling is really great! Love u! (*p/s: tak taulah 'ini' ke yang abah kunun nak 'hantar' tu.. Tapi kalau yer, you are sooooo the best father in the world! hehehe... hantar la lagi banyak kali.. =P)

Mayday! Mayday!

12:59 PM 11 Comments A+ a-





Iikagen ni shite yo. Tsukarechatta. Yaru koto ga takusan arisugiru. Kata ga kotte tamaranai. Sutoresu tamatteru na. Ikura yattemo kiri ga nai..

(maksud cari sendiri ya.. ni sudah skema teramat saya letak ayat..)

Saya minggu ini lebih teruk dari minggu lepas. Kepala makin pening. Bahu makin berat. Nak mengeluh, maknanya macam menampar pipi sendiri. Saya kena kuat. Tapi saya takut tak larat. Haish.. Apa nih.. Kuat Ainul!! Tak larat, sila makan vitamin. Jangan lupa lapor pada Dia selalu. Dia kan geng kita..

Malam ini saya give up. Kepala berat sangat dah. Badan mogok bila banyak benda tukar drastik minggu lepas. Minggu ni nampak gaya kena lagi buat tapi badan ni susah sangat nak terima perubahan. Pagi tadi kelas paling tak seronok saya pergi. Mengantuk teramat.. T_T Dah dua hari selang tidur tak tidur, tidur tak tidur. Bateri dah keluar asap. Pening, pening..

Mayday! Mayday! Panggilan kecemasan dari bumi! Sebelum skru saya tercabut lebih lama, baik saya hibernasi sekejap. Perlu bertapa sekejap tuntut ilmu pertahanan diri balik. Dah mula lemah-lemah mengada. Emosi, otak, badan semua sama. Tak boleh jadi nih..

Senarai menunggu itu perlu dilawan. Saya kalah? Oh, tidak! Tidak sesekali kalah sebelum berjuang. Saya boleh! Saya yakin boleh! Tapi nak cari si boleh tu, saya nak mengembara dulu. Pergi jumpa sifu. Saya takkan kalah dengan senarai menunggu sebesar A4 itu. Saya lagi best. Dia kertas tak best. Cuma ada kuasa psiko kasi orang sakit kepala saja. Saya akan lawan sampai semua kertas itu masuk tong sampah.

Bagi menguatkan diri sendiri dan orang yang terjejas sama, jom dengar lagu ini..

SUNNAH ORANG BERJUANG

Munsyid :Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga..

ye..ye.. betul.. ini baru nama berjuang.. Kalau setakat kertas itu pun dah cuak, ini pula nak lawan musuh medan perang.. Ish,ish.. Takpe. Zutto Tsukette !! Biar kita tegang, janji Allah sayang. Think negg...eh.. positiff...!! Allahu yusahhilni... Allahu yusahhilni..Allahu yusahhilni.. Doakan saya.. -_-

Ada terfikir mahu menyuruh kawan menculik komputer ini. Erm, tapi tak boleh gak sebab saya duduk ceruk, lagilah terputus connection karang. wa!! Bila nak atasi penyakit internetphilic nih. Terasa macam kali ini Allah kasi cara baru mahu jauhkan internet sementara waktu. Padan muka ku..

p/s: harapnya mama dan abah tak baca entry ini.Ya Allah, sila kasi can mak ayah saya sekeluarga jalan lama-lama sikit kat Malaysia supaya tak boleh buka blog saya dan baca entry keluh-keluh ini. Nnati diaorang risau, saya pula dapat temuduga percuma dari Malaysia.....

Saya = Pengkarya

12:10 PM 6 Comments A+ a-

Salam




Baru usai peperiksaan tadi. Alhamdulillah. Cukup bersyukur. Lalu, malam ini saya ganti sepuas hati dengan aktiviti yang saya gemari. Hanya malam habis peperiksaan sahaja waktu yang boleh saya guna secara tidak bertujuan. Mulai esok, jadual makin padat, kerja makin mendekat. Peperiksaan Biostatistik, Scientific Paper, program debat, program study smart, MEKAP, program ramah mesra dengan Angkasawan Negara dan macam-macam lagi tugas sampingan sedia menanti dengan penuh setia. Pasrah. Minggu ini perlu lebih fokus.

Kali ini mahu memetik kata-kata coretan seorang rakan penulis yang saya hormati, Kak Adibah :

Kertas kosong adalah harapan dan peluang. Kertas kosong seperti kehidupan yang menanti untuk dicorakkan. Susunan buku nota di kedai - yang tidak mampu saya beli semuanya - adalah peluang-peluang, ruang-ruang yang terbuka luas dalam hidup, yang tidak mampu, atau tidak sempat untuk saya jelajah apatah lagi mengisi semuanya.

Saya jadi terleka sebentar menatap bait ini tadi. Maknanya dalam. Penuh falsafah kehidupan. Dari seorang guru bernama 'kertas kosong'. Nak baca lebih lanjut, boleh klik pada nama penulisnya tadi..

Saya cuma mahu berkongsi juga musahabah kertas kosong yang Allah beri saya untuk dipinjam hayat ini. Entah apa jadi dengan kertas saya itu sekarang.. Sudah hampir 20 tahun kertas ini saya perolehi, kalau dihimpun mungkin sudah mampu jadi sebuah karya. Cumanya terfikir karya apa agaknya cerita hidup saya ini? Karya agung? Karya picisan ? atau langsung tak layak digelar karya?

Saya lah penulis di kertas itu. Tapi saat ini saya meminjam jasa Rakib dan Atid sebagai penulis sementara saya sendiri melakonkan semua kisah di atasnya. Kehendak tuan Editor kadang saya ikut, kadang saya tidak hiraukan. Banyak yang sudah dihantar ke tangan Editor. Yang masih ada kini cuma sisa. Dan saya akan kembali menerima semua buku-buku karya saya di suatu masa kelak. Editor itu akan terima kah ? Karya itu masa depan saya jadi saya khuatir jika Editor itu marah, langsung saya ditolak dari syarikatnya (baca:syurga).

Tapi ada yang membisik sayup " Kamu masih ada kertas yang belum diisi.."

Ya.. masih ada ruangan yang masih bersisa. Masih ada peluang yang belum diteroka. Masih ada masa untuk saya berkarya. Saya masih diberi peluang. Selagi mana pena masih berdakwat, saya masih punya kesempatan untuk terus ke depan.

Kalau dulu kertas saya berconteng kelabu, hari ini saya mahu warnakan dengan warna pelangi.

Kalau dulu kertas saya penuh cerita sampah, hari ini saya mahu hasilkan karya yang sempurna serba-serbi.

Kalau dulu kertas saya terbuang kosong, hari ini saya mahu penuhkan semua sudut, penjuru dalam halaman kertas saya biar segalanya diguna sebaik mungkin.

Syukur saya masih diberi kertas. Saya mahu berubah. "Dalam penulisan, tidak ada makna terlambat"itu yang saya tahu dari seseorang.Biarlah bermula semula sehelai demi sehelai kertas. Moga kali ini lebih cantik, bagus dan senang dibaca. Editor pasti akan bangga kerana memilih saya dahulu. Kelak saat diterbit di depan lautan manusia, tidaklah saya terlalu malu. Hah,harapnya jadi begitu..

Rakan-rakan penulis yang lain, doakan saya ya. Saya sanjung kalian yang berjaya menjadi penulis mapan yang hebat-hebat. Impian saya moga karya saya ini mampu berdiri sebaris dengan karya-karya agung zaman dahulu. Sukar itu mungkin. Tapi mungkin juga tidak mustahil. Saya mahu ketemu penulis yang namanya sudah terjamin di syarikat tuan Editor. Saya mahu belajar. Saya mahu berjaya. Dan itu tujuan utama kertas kosong ini ditulis, dilakar, dan diwarna...

Tag Mereka

12:00 AM 12 Comments A+ a-

Salam..

Hari ni, tak sempat nak menulis panjang lebar. Jadinya, saya balas dengan jawab tag jelah. Masuk hari ni, saya dah dapat 3 tag. Tapi memandangkan tag dari sakura dan huda ni tag yang sama, jadi kita gabung je la yer.

i've been tagged by huda and sakura so here it goes...

1. What is the relationship of you and him/her?
huda: my lovely schoolmate in i-gop
sakura: bloggermate. right? ^_^

2. Your 5 impressions towards him/her.
Huda:
- makin matured. Dah tak kuat emo. =P
- seorang yang sangat berani. buktinya, cara dia ke sini. Aish, saya pun tak berani buat lagi..
- seorang yang sangat caring. ^_^
- Cara dia bercakap macam budak kecik. Terutama style dia sebut R. hehe..
- sangat semangat menyuruh rakan-rakannya menjadi ayu seperti dia.. haha~

Sakura:
- pemalu kot.. sebab dia tak penah tunjuk muka kat sini sebelum nih... hehe
- dari penulisannya, rasanya dia ni best juga kalau buat kawan.
- suka dia punya nickname -->sakura
- tertanya-tanya juga siapa sakura?
- terus terang, saya tak berapa kenal lagi dengan sakura nih. nanti dah kenal, saya tulis lain bleh.. =P

3. The most memorable things he/she had done for you?
huda:
-alahai, lupa la plak sebab banyak sangat.. Tapi yang terbaru, dia kasi hadiah sebelum balik sana. ^_^.. thanks cik uda!

sakura:
-being my reader.. syukran dear!

4. The most memorable things he/she have said to you?
Huda:
- dia tak nak balik mesir dan nak stay JOrdan. Hahaha~

Sakura:
-erm, selain dr salam kenal dan tag ni apa lagi ye yang kita penah cakap? =P

5. If he/she become your lover, you will..
Huda & Sakura:
Haaa???!! @_@ nak kiamat ke amende nak bercinta ngan perempuan.. Tapi, saya sayang dioarang sebab diaorang kawan saya! ^_^

6. If he/she become your enemy, you will..
Huda & Sakura:
-berdoa supaya kembali jadi kawan..


7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
Huda:
Kedegilan dan keterlampauan keberdikarian.. hoho~ risau dengan budak sorang nih. suki-suki dia je nak buat apa..

Sakura:
ntah.. mana leh hakimi lagi sebab kenal pun belum kan?

8. If he/she become your enemy, the reason is...
Huda & Sakura :
lihat pada situasi waktu tu kot..

9. The most desirable thing to do on him/her is?
HUda:
Nak suruh datang JOrdan balik and bawak dia pergi jalan-jalan Sejordan sebab aritu dia datang waktu saya tengah sibukk.. T_T

Sakura:
Jadi kawan dia dulu buat masa nih. ^_^

10. The overall impression of him/her is...
Huda:
Saya sayang dia dan suka dia jadi kawan saya sebab dia adalah dia!

Sakura:
Ini kawan baru saya!

11. How do you think the people around you will feel about you?
Tak tahu.. Kena tanya merekalah macam ni..

12. The character of you for yourself is?
- Kertas graf yang naik turun.. Makin dewasa, makin banyak benda kena belajar.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
- Perasan diri sangat teruk dan beberapa sikap lain yang *biarlah rahsia* .. ^_^

14. The most person that you wanna be is?
- Kekasih Allah dan Rasul dan orang yang disenangi semua. Boleh ke?

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
- Terima kasih sangat-sangat. Target baru : Saya mahu sayang kawan-kawan semua sebagaimana saya sayang diri sendiri.

16. Ten people to tag:
- qisti
- kak asma haslan
- wawa
- syida
- nurul
- azleen
- kak marini
- aimi athirah
- fatehah
- izzah

.17. Who is no. 2 having a relationship with?
- =P kak asma! sila jawab sendiri bleh?

18. Is no. 3 a male or a female?
- female.

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
- sure. Tambah kawan itu best!

20. How about no. 5 and 8?
- sama la..

.21. What is no. 1 studying about?
- medic

22. Is no. 4 single?
- syida, jawapannyerr?

23. Say something about no. 6
- dia ni sangat lembut dan sopan.. Sungguh malu dan segan bila nak banding saya dan dia. Hehe..

Done! Cukup-cukup 15 minit! Tata~ Nak sambung baca pharma. lepas ni ada kelas tafaquh Esok exam Pharmacology . Doakan kami semua ya!

Alim,Thiqah dan Wara'

5:18 AM 9 Comments A+ a-

Salam

Saya pernah cerita kan pasal sheikhah Hiba, guru Quran saya? Kali ni saya nak cerita pula pasal kegemarannya yang suka masukkan sama cerita-cerita tentang sains dan teknologi sambil dia mengajar Quran. Sheikhah sebenarnya punya ijazah dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi dari JUST.Oleh sebab sheikhah lebih suka kami berbahasa Arab,kadang-kadang kisahnya juga dalam bahasa arab. Dahulu waktu mula-mula dengar kisah saintis-saintis dunia dalam arab, saya selalu jadi bingung sekejap. Antara yang saya selalu keliru ialah "Sejak bila pula Albert Eistein jadi ulama'?" Pelik kan?

Tapi rupa-rupanya lama-lama barulah saya tahu bahawa yang sheikhah maksudkan ialah saintis. Atau dalam erti kata lain, saintis-saintis dalam bahasa arabnya ialah ulama'. Haha.. Sangat lawak bila saya teringat balik betapa saya dulu secara seriusnya fikir adakah saintis-saintis semua tu memeluk islam dan menjadi ulama' macam ulama'-ulama' lain. Haishh...

Pengajarannya sekarang, saya kena fikir semua perkataan arab secara maksud bahasa dan bukan maksud secara konsep. Ikut situasi la juga. Kalau yang biasanya kita dengar ulama itu adalah seorang hebat ilmu agama, takkan yang bukan islam pun boleh kita kata dia hebat ilmu islam.. Erm, faham ke apa yang saya nak cakap ni? ^_^ Jadinya, lain kali tak perlu lah keliru-keliru lagi kenapa saintis digelar ulama'.

Saya jadi teringat semua ni semula bila tadi terdengar rungutan seorang hamba allah yang tak suka digelar alim. Alahaii, sayangnya orang tu.. Dia lupa agaknya apa makna alim. Ni mesti terbawa-bawa lagi dengan konsep alim dari malaysia.

Kalau di Malaysia, rasanya orang yang digelar alim tu adalah orang yang jalannya tunduk sentiasa, tak bising-bising, tak bergaul dengan jantina lain dan sebagainya. Betul tak? Padahal sebenarnya, alim itu maknanya "orang yang mengetahui ilmu". Boleh kata jugalah orang yang bersifat alim seperti yang dikategorikan di Malaysia itu mungkin dari sudut mengetahui hukum Allah.

Tapi kalau di sini, bila dikata Albert Eistein itu 'alim ulama, maka adakah dia juga termasuk dalam golongan orang yang alim seperti konsep alim di Malaysia? Mestilah salah sama sekali kan?

Jadi saya tertanya-tanya juga, kenapa ramai orang tak suka digelar alim? Kan baik bila kita dikata sebagai "orang yang mengetahui".. Daripada kita marah-marah sebab terasa diperli alim, baik kita senyum tenang sambil bisik pada hati dengan rasa syukur bila orang angkat darjat kita sebagai orang yang mengetahui. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberikan setiap nikmat..

Ada lagi sesetengah perkataan yang orang kita suka sangat guna tanpa tahu maksud. Contoh lain ialah thiqah. Ni pun kes yang sama macam alim. Thiqah dari sudut yang selalu kita pandang adalah golongan orang yang ciri-cirinya sama macam konsep alim yang kita buat. Sebenarnya thiqah itu maknanya "orang yang dipercayai". Maka, kalaulah kita kata kawan baik kita, guru-guru kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita. Kerana itu, kita gelar para mufti sebagai thiqah sebab kita percayakan mereka untuk beri kita fatwa dalam hukum Allah.

Kalau tadi alim dan thiqah dah kita terang, sekarang tengok pula maksud warak. Warak dari sudut bahasanya bermaksud bermaksud menahan diri. Atas sebab itu, kalau seseorang itu digelar warak, selalunya disebabkan kita nampak dia selalu menahan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang Allah.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
insert italic tags
Sebenarnya, tujuan utama saya kongsi ni sebab nak terang pada mereka yang kurang suka digelar warak, alim dan thiqah kerana takut dipencilkan bahawa sebenarnya mereka patut suka dengan gelaran itu. Tambah-tambah, setiap perkataan itu doa. Tak kisahlah apa maksud sebenar perkataan itu pun,kalau maknanya ia menggelarkan kita sebagai seorang yang ada sesuatu yang menghampirkan diri dengan Allah, maka apa perlu dirisau? Kan bagus maknanya tu.. - Habis sesi teguran pada diri dan rakan -

Maka, janganlah nanti terkejut bila anda dengar orang panggil anda "wahai orang alim". Sebabnya alim itu maknanya mengetahui. Macam di sini pun saya panggil pakcik teksi sebagai "muallim". Selalunya di Malaysia, muallim tu guru kan? Tapi sebenarnya kalau ikut konsep lebih luas, sesiapa sahaja boleh jadi muallim kalau dia lebih tahu sesuatu lebih baik dari kita. Sebab saya tak tahu bawa teksi, maka pakcik teksi adalah muallim kepada saya untuk pergi ke sesuatu tempat. Macam yang pernah saya cerita dulu di sini.

Doktor, cikgu, jurutera, pakar ilmu agama, pakar komputer, dan sesiapa sahaja yang berilmu boleh dikira alim ulama' kepada masyarakatnya. Tanpa mereka yang alim ini, masyarakat takkan mampu berdiri dan menunjukkan kehebatan umat islam kepada dunia. Sebab itu, kita perlu menjadikan diri kita sebagai orang yang berilmu sebab orang berilmu banyak kelebihannya. -sekian-

Spanish dan Pakistani di kawasan Arabi

1:42 PM 24 Comments A+ a-

Salam

Hari tu pergi Ajlun. Apa yang saya suka dengan Ajlun? pertamanya mestilah sebab dia puncak bukit.. Bolehlah layan blues lama-lama.. Hehe.. Lagipun, sekarang musim sejuk. Jadilah terasa macam balik Cameron Highland je.. ^_^



Sedikit penerangan ringkas tentang Ajlun. Ajlun ni bekas kubu Salahuddin Al-ayubi waktu dulu-dulu. Kubu dia sangat besar tapi dah rongak-rongak sikit. Kat bawah kubu ni, diarang buat muzium yang menempatkan serpihan-sepihan tingalan kubu. Batu meriam bulat yang besar-besar tu masih ada banyak. Apa ye nama dia? Lupa plak.. Majenik ke apa ntah..



Dari puncak Ajlun kalau menghadap utara, boleh nampak Tasik Galilei( kalau tak silap)di kawasan Syiria di sebelah kanan. Sebelah kiri pula ada kawasan pergunungan Palestin. Ada satu kawasan perkampungan Israel dekat-dekat situ tapi. Hari tu ternampak sebab kawasan tu tetiba ada asap keluar. Belah belakang kanan pula, kawasan penempatan Ajlun, Amman. Dan belah belakang kiri, tak ingat. Tapi menghala ke Lubnan kot..



Apa kami buat bila ke Ajlun? Mula-mula, memerasankan diri belajar zaman Salahudin Al-ayubi. Dalam kawasan tu ada satu kawasan lapang yang dipercayai sebagai kelas di dalam kubu. Sambil kita perang, sambil kita tuntut ilmu. Seronok gak. Buat pop kuiz sambil bersila. Tak semena-mena, pelancong datang ambil gambar kitaorang sebagai model pendidikan Islam kat situ. *_*



Kemudian, ada aktiviti cari strategi perang. Maka, kami semua geledah habis seluruh kubu cari strategi perang yang kubu ini guna sebagai kawasan pertahanan Islam dulu. Yang dapat kami jumpa ialah sistem perparitan dalam kubu, tingkap-tingkap kecil untuk pemanah, tempat lontar batu meriam, kolah air, kawasan masjid bermimbar yang dipenuhi mozek sebagai bukti orang kristian pernah jajah sekejap dan macam-macam lagi. Yang penting, saya pening sebab jalan dia merata-rata. Penuh tangga, penuh lorong dan penuh bilik. Tetiba dalam kepala terfikir suasana waktu Salahudin ada di sana. Wahhh.. Macam teringin pula nak main nyorok-nyorok dalam kubu tu..



Tengah sakan memusing, menjelajah sambil mengambil gambar, tiba-tiba ada seorang pelancong datang tegur saya.

"Hola! Como estas ! (hai, apa khabar?)" tanya pelancong perempuan Sepanyol yang ramah

"Erk, hi! bien.. ( hi! saya baik..)" jawab saya terspontan sebab terkejut ditegur

"De donde es usted?" tanya dia lagi.

" que? ( apa dia?) " balas saya sambil sengih sebab tak berapa pasti maksud apa sebab dia cakap laju (tak ingat juga sebenarnya)

"Soy de espanyol. y usted? (Saya orang sepanyol. Kamu?)" tanya dia.

"A.. Erm.. Me Malayzia (saya Malaysian)," bantai saya bila pasti dia tanya saya orang mana. Risau juga dia tanya lebih-lebih. Apa saya nak jawab karang? Saya tahu pun sikit-sikit je bahasa dia. Greeting ok la. Kalau lebih-lebih, mana saya tahu! T_T

"Ahh, mucho gusto! (nice to meet you)" sapa dia lagi.

" Si, gracias.. mucho gusto (yes,thanks.. nice to meet you)" balas saya sambil doa dalam hati jangan la dia tanya lebih-lebih.. Huhu

Nasib baik lepas tu, kawan dia tiba-tiba panggil. Jadi,

"Ah,okay. Adios..(bye)," Kata dia sambil berjalan pergi.

"Adios senyora( bye madam!)," balas saya kelegaan..

Fuh.. selamat.. Buat malu je kalau tak tahu nak balas. Macam tahu-tahu je makcik tu saya pasang telinga dengar diaorang sembang. Mana taknye, pemandu pelancong tu bukan terang pasal kubu tapi terang pasal kami pula pada pelancong-pelancong tu. Saya tangkap sesetengah perkataan je yang saya faham macam asal mana kami, kami ni pelajar dan sedikit sebanyak yang lain. Ayat yang lain tak faham punn.. Tapi jadi la kan dapat tangkap sikit-sikit.Waktu ni tiba-tiba rasa nak mengucapkan terima kasih teramat pada pelakon-pelakon telenovela venezuela kat tv tu. Kalau bukan sebab suka tengok cerita-cerita tu, takdenye saya faham bahasa ni walau sepicing. ^_^



Itu cerita dalam kubu. Kat atas puncak kubu, lain pula. Waktu tu saya sorang je dengan sorang kawan ni tengah tengok pemandangan. Tiba-tiba datang satu keluarga pelancong sambil ditemani pemandu pelancong kat sini. Ada sorang budak kecik tu comel sangat. Pandai bergaya plak tu. Kami asyik mengusyar dia je.

Pastu saya terdengar mak dia cakap pada budak tu,

"bethe, idherau..(anakku, datang sini jap.)"

owh.. nak ambil gambar rupanya.. yes, boleh faham! Hindi je pun.. Lagi senang nak mengorat budak kecik nih... Hehe

Pastu saya pegi la duduk-duduk dekat budak kecil sambil tegur dia.

"salam.. Namaste.." saya tegur sambil fikir-fikir dia ni Islam ke tidak.

"Aapse milche acha laga.. Name kya he? ( nice to meet you. Nama apa?)" tanya saya bila tengok dia senyum je.

"Mey? Laila.(saya? Laila..)" balas budak tu malu-malu

"Kese aap?( pekabar?)"

"Tii khu( baik)"

Ah, sudah.. Blur la plak...Last-last,
"English?" tanya saya sambil sengih

"Ji. (yes)" dia jawab sambil tengok handset saya.

Lepas tu borak-borak la sikit guna English dengan dia. Haha.. Nasib baik budak ni terer english. Sungguh berkarat bahasa Hindustanku. Masakan tidak, cerita hindustan di JOrdan semuanya baru tahap MGR je. Shah Rukh Khan semua mana datang lagi..Hoho.. Cerita paling terbaru pun pernah tengok kat Jordan pun, cerita zaman 70-an punya.Itu pun boleh plak ramai orang Arab suka. Isy..isy.. Tak seronok lah.



Inilah budaknya. Sempat juga snap gambar satu. Lepas tu saya sempat sembang ngan mak dia sekejap. In English. Orang Pakistan rupanya. Kalau Pakistan, insyallah la Islam. Habis sembang ngan mak, pemandu pelancong pula menyapa. Kali ni dalam arab la. Tanya dari mana, jamiah mana dan lain-lain. Lepas habis tatap tebing bukit habis-habisan, baru kami turun dan pulang ke kumpulan asal..

Tamatlah pengembaraan hari ini! Seronok sebab dapat praktis bahasa. Walaupun setakat sapa-sapa gitu-gitu, puas gak la.. ^_^ Tambah-tambah di tebing bukit yang mengasyikkan ini, wah wah indahnya dunia saya hari ini.. Ajlun, jumpa lagi!!!

p/s: sila abaikan ejaan yang tidak betul. Saya menulis ikut pendengaran saja tau! Tak pasti betul ke tak.. ok?

Doa Seorang Teman

2:10 PM 12 Comments A+ a-

Salam




Malam ini saya berteman suara merdu yang mengalun zikir taubat. Tenang betul rasanya. Lepas habis selesai buat segala laporan makmal dan kes biro, saya merayau sekejap. Jam dah pukul 12. Nampaknya esok baru boleh belajar Pharma. Erm, malam ni terdampar di lama di depan satu kisah. Ini ceritanya..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.Mereka tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, lelaki A pohon agar diturunkan makanan. Esoknya,lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian,lelaki A yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri.Esoknya ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.

Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja,semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang
tinggal di sisi lain pulau.Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat,lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema,

"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan.Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa,"jawabnya.

"Kau salah ! " suara itu membentak tinggi

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "

"Katakan padaku " tanya lelaki A itu.

"Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan! "

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Logik atau tidak bukan persoalan. Tapi saya tersentuh dengan keluhuran jiwa lelaki B yang mementingkan sahabatnya sendiri berbanding diri. Seketika tadi juga terbayang kisah sahabat rasulullah yang lebih rela mati dari membiarkan rakan yang nazak kehausan.

Aduh, hebatnya tahap ithar mereka. Pernah juga dulu saya mempertikaikan kenapa orang Ansar sangat menghargai orang Muhajirin hingga sanggup menawarkan rumah, isteri dan harta mereka sendiri. Rupanya mereka sangat menggilai janji Allah pada mereka yang ithar hingga sanggup berkorban demi sahabat di dunia demi kasih Allah di akhirat. Terasa indah manisnya ukhwah bila sudah sampai ke tahap itu. Tanpa harap balasan kawan, tapi lebih kepada dambaan kasih tuhan.

Saya? Entahlah. Ada kala bila tak kena masa, saya terlepas pandang juga keperluan mereka. Tapi nanti bila dah lama mulalah rasa tak sedap hati semacam. Terbayang-bayang macam manalah kalau diri sendiri pula jadi begitu. Pasti sedih dan barulah terasa "teruknya aku.." Bila lah mampu se ithar itu?

Benar kalau dikata nak menolong pun jangan sampai diri sendiri terbiar. Tapi rasanya kita sendiri boleh menimbang waktu mana boleh membantu, dan waktu mana kita tak mampu. Tapi dalam pada tidak mampu, kan baik kalau kita tolong juga dia cari orang yang boleh gantikan bantuan kita. Setidak-tidaknya kita ada juga saham walau secuit.

Kawan, sahabat dan teman semua bawa maksud yang sama walaupun kadang kehadiran mereka berbeza makna. Tapi tanpa teman, hidup takkan penuh warna. Teman yang pelbagai seakan mencalit pelbagai rona dalam dunia kita.

Kadang terfikir sudahkan aku selesaikan segala hak pada mereka? Seboleh daya, tak mahu sedikit pun menyakiti mereka walau secuit. Malah kadang hati lebih bahagia lihat mereka gembira bersama. Moga ukhwah ini kekal hingga ke syurga. Paling saya takut, bila di sana nanti ada yang mendakwa saya kerana tidak menjadi kawan yang baik pada mereka. Sudahnya, neraka menanti penuh tawa.. Tak nakkk!

Pernah sekali saya menyuarakan pendapat buruk yang disokong syaitan tentang kawan dan peperiksaan. Tapi ada seorang itu datang membetulkan diri. Katanya "buat apa kita mengharap ada rakan yang lebih rendah dari kita. Kan lebih baik kalau kita berjaya bersama? Siapa doakan keburukan kawan, malaikat doakan yang sama untuk dirinya.." Ouchh, terkena terus ke dalam lubuk hati.Hish, tengok tu.. Gara-gara takut tertinggal, terlepas pula harapan menjatuhkan orang. Ampunkan diri ini, kawan..

Di sini, saya ikhlas sesungguh hati mengharapkan segala kemaafan dari mereka yang mengenali saya andai saya pernah menngecilkan hati sesiapa. Tegurlah kalau ada yang perlu diperbetulkan. Saya nak jadi macam lelaki B.Atau mungkin lebih baik. Maka itu,saya lebih senang mengungkap "Moga doa kita sama dimakbulkan Allah selalu."... Kawan, terima kasih atas warna yang telah tercurahkan pada kanvas hidup saya. Saya sayang dan saya hargai semuanya. Doakan saya punya peluang untuk lebih menyayangi kamu daripada diri saya sendiri. Aminn...

p/s:

Khas buat warga JUST batch MEP7 - " Moga doa kita untuk graduasi bersama tahun 2012 akan terlaksana. Kuatkan gemgaman tangan sesama kita agar tiada yang tersungkur terus dari perjuangan ini.."

Mencabarnya satu Perkahwinan

12:12 PM 26 Comments A+ a-

Salam



Terasa malam ni mahu berkongsi sesuatu yang agak berat. Tak tahulah saya berkelayakan bercakap atau tidak tentang hal ini. Tapi bila banyak benda tentangnya yang berlaku di sekeliling saya, saya jadi macam terbuka mata sedikit. Isu apa? ---> Perkahwinan!

Apa itu perkahwinan? Tak perlulah saya ulas rasanya sebab semua tahu. Tapi yang mahu saya sentuh ialah isi perkahwinan tu sendiri. Bagi saya, perkahwinan tu sesuatu yang sangat berat. Sangat-sangat berat! Kalau tak bersedia, baik jangan melangkah lagi ke alam itu. Bukan senang mahu menukar status dan tanggungjawab diri. Sekali dah masuk, kalau bahagia, ok. Tapi kalau sengsara, susah nak patah balik.

Erm, di sini dah makin ramai yang mendirikan masjid bersama. Alhamdulillah, saya tumpang bahagia. Sekurang-kurangnya perkahwinan itu lebih berkat daripada berpeleseran pakwe-makwe tak tentu hala. Tapi kalau saya yang ditanya bila, owh maka jawabnya bukan sekarang. (Sila jangan salah faham ya... Ini pandangan saya yang masih belum ada apa-apa pengalaman tentang hal-hal ini.)

Dulu waktu kecil, saya menganggap perkahwinan itu sangat indah. Seronok sangat bila ada keluarga. Jadi isteri, jadi ibu. Tapi bila dah besar, sedikit sebanyak imej perkahwinan yang indah tu makin menyerlah satu realiti yang berat dan agak menyukarkan.

Tanggungjawab, tolak-ansur, sabar dan macam-macam lagi. Bukan senang nak bertahan bersama sampai berdekad-dekad. Saya sangat tabik pada pasangan yang kekal hingga ke akhir hayat. Kadang-kadang terfikir, hebatnya mereka ini sampai selama itu. Saya nanti macam mana ya? Kalau nak ukur diri sekarang, memang tak lepas. Saya masih belum sesuai untuk ke alam itu. Masih banyak benda yang perlu saya perbaiki.

Makin besar, makin banyak realiti yang tersingkap. Makin banyak erti kehidupan dunia sebenar yang saya jumpa. Mungkin dulu waktu kecil tak terfikir langsung, tapi bila sudah besar, saya mula jumpa sendiri kes-kes keretakan rumah tangga yang sangat dekat dan berlaku di sekeliling saya. Bukan satu dua, tapi banyak. Secara tak langsung, saya terasa makin cuak. Sukarnya sebuah perkahwinan...!

Walaupun menyedihkan, saya terasa semuanya macam memberi satu pengajaran pada saya. Membuka mata yang dulu terpejam dan akal yang dulu sempit. Hakikat perkahwinan itu sendiri mulai terbentang lebih luas. Akad yang dilafaz bukan sekadar mainan janji yang senang-senang hari ni nikah, esok cerai. Tapi ia satu ikrar yang akan merubah seluruh kehidupan sehingga ke akhir hayat. Hanya yang benar-benar bersedia sahaja sepatutnya mampu melalui semua ini.

Kadang-kadang hairan bila saya terdengar ada orang menganggap perkahwinan itu sangat mudah. Pilih, masuk risik, kahwin. Mungkin mereka masih tak jumpa kisah perkahwinan yang sukar barangkali. Semuanya asyik indah saja. Agaknya kalau mereka tahu sendiri perit jerih, lakon ketawa mereka yang menghadapi kesukaran begini, mungkin mereka faham. Sedang saya sendiri menangis melihat tawa orang yang berduka bahtera mereka bergoncang dilanda badai. Beratnya ujian begini.

Cukuplah apa yang sudah saya lihat sendiri. Kalau boleh, saya tak mahu lagi jumpa perkahwinan yang runtuh. Sebak, sedih, sayu. Bukan satu hati yang terluka. Dua, tiga malah beribu. Pernah sekali saya berbincang secara terbuka dengan mama dan abah tentang hal yang berlaku di sekeliling kami. Entah kenapa mama dan ayah saya kerap dirujuk oleh mereka yang dekat saat menghadapi masalah ini. Secara tidak langsung, saya juga tahu dan saya juga belajar.

Mama abah selalu pesan perkahwinan ini sama seperti mengambil risiko masa hadapan yang tak tentu. Sebab itu pilihan kena betul-betul ditimbang. Jangan main bantai ambil mana yang suka. Masa bercinta mungkin sedap, tapi dah lama nanti susah kalau tak betul-betul sedia. Memang adakala itu semua ujian tapi yang pentingnya kita sendiri sudah sedia untuk terima ujian sebegitu. Kalau tidak, haru..

Saya doa sangat-sangat jangan lagi sesiapa di sekeliling saya yang kena ujian sebegini. Susah dan berat. Bukan saya membenci perkahwinan. Tidak. Tapi saya memandang serius frasa perkahwinan tu sendiri. Ini bukan benda main-main. Kena fikir dalam-dalam. Tawakkal kena tinggi. Harapnya yang mana sudah mendirikan rumah tangga, moga bahtera kalian teguh hingga ke dalam syurga. Yang terhempas, sabarlah. Mungkin ini yang terbaik dari allah buat kalian.. Sebagai pemerhati, saya mengharapkan semua sentiasa dalam kebahagiaan dan rahmat serta perlindungan allah selalu dari segala sudut perkara. Amin ya rabbal 'alamin...

Syndrom Takut Pentas

1:23 AM 21 Comments A+ a-

Salam

Haritu ada orang marah-marah manja sebab saya terima tawaran jadi SKD (Skuad Khas Debat).Kata orang tu, saya sepatutnya masuk jadi pendebat, bukannya jadi suruhanjaya debat.Hehe.. Saya dah pencenla akak. Malu pun ada. Dah berkarat dah skill debat-debat nih. Saya kasi can orang lainlah yer.. =P Tengoklah nanti macam mana.

Cakap pasal dah malu nak berdebat, teringat dulu masa mula-mula belajar naik pentas waktu sekolah rendah. Pertandingan apa ya dulu mula-mula? Bercerita kot.Malu yang amat sangat sampai terasa macam nak menangis je kat atas tu. Daripada dah hafal skrip terus hilang blur macam tu jer.

Lepas tu, entah macam mana ada sekali tu waktu nak bertanding kat sekolah, kebetulan waktu tu cermin mata saya terpatah. Jadi datanglah bertanding tanpa cermin mata. Bila naik atas pentas tu, memang kabur sangatlah mata ni. Tak nampak langsung muka orang. Nampak macam dunia yang ada perbezaan warna jer.

Nak ditakdirkan, dengan tiadanya cermin mata maka takut saya pada audiens pun hilang! Haaa, sangat seronok sebab terasa macam cakap dengan tunggul. Langsung tak nampak reaksi penonton ataupun hakim. Sudahnya, saya jadi syok sendiri dan terus yakin yang saya boleh buat.Alhamdulillah menang no dua! Lama juga guna cara ni sebelum punya keyakinan dengan memakai cermin mata.

Hurm, rasanya ramai yang takut naik pentas sebab takut berdepan dengan penonton dan hakim. Tambah-tambah kalau dapat hakim jenis serius semedang. Kalau dalam debat, benda paling menakutkan adalah lawan jenis psyco yang kerjanya menjatuhkan semangat orang. Huhu, walaupun kecut perut tapi muka kena maintain kontrol macho dan rileks walaupun jantung macam nak terkeluar, tangan dah bergetar macam kena sawan.

Kalau fikir-fikir balik, apa cara yang saya buat untuk hilangkan segala benda 'stage fright' ni, rasanya takdelah susah sangat.Kita kongsi nak petua dia? (sebenarnya nak peringatkan diri yang kembali takut pentas balik nih.. Hehe..)

1- kalau tangan gigil, genggam tangan ataupun letak tangan kat belakang. Nanti orang tak perasan, Bajetnya macam sangat tak takut la kunun. ^_^

2- Kalau takut orang, sila bercakap sambil pandang segala bucu bawah dinding di kanan, kiri dan belakang penonton, supaya penonton perasan anda pandang dia. Ala-ala buat eye-contact la walaupun sebenarnya tidak.=P

3- Perasankan diri sendiri bahawa hakim menyokong anda walaupun mungkin tidak. Ini sebenarnya bahagian memberi semangat pada diri sendiri. Erm, pasukan kami dulu sebelum mula bertanding, kami akan bisik ramai-ramai pada diri "la Takhaf wala tahzan, innallaha ma'a ana" sambil letak genggaman tangan kiri ke bahu kanan atau sebaliknya dalam keadaan pejam mata. Macam apa jer.. Tapi berkesan juga kadang-kadang.. Penaik semangat. Pastikan anda doa ramai-ramai sebelum ke pentas. ^_^

4- Hurm, yang ini trick dari kawan pendebat dulu. Untuk melemahkan lawan, katanya sila jadi psyco. Tapi jangan psyco garang sebab nanti dia ingat kita emo. Guna psyco pun kena ikut jantina. Kalau perempuan sama perempuan, selalunya psyco dia cam kasi efect menyampahkan sikit. Kalau lelaki perempuan, psyco dia lebih kepada mengumpan. Puji-puji comel hensem sikit ke.. aish, tak baik betul.. Hippocrates punya spesis..-_- Tapi sendiri pernah kena. Kureng punya lawan! Tapi takpelah, kita kasi pakai perisai godaan. Yuck! =P

5- Bagi saya sendiri, saya lebih suka pakai cara berbaik dengan lawan. Banyakkan senyum.Anggap macam dia kawan kita, baru tak rasa takut sangat. Walaupun kadang-kadang terrrpakai ayat yang psyco, tapi cepat-cepat la minta maaf lepas habis lawan. Takut terbawa-bawa sampai ke luar. Tak baik ooo... Kalau nasib baik, boleh jadi kawan dan tukar-tukar petua dan info. Dalam erti kata lain, melebarkan link hubungan dan ruang kejayaan.. ^_^

Hurm, setakat ini dulu kot yang boleh dikongsi dari yang saya tahu. Walaupun ada antaranya yang melawakkan, tapi itulah hakikat sebenar macam mana saya dan kawan-kawan dulu melawan perasaan takut nak naik pentas. Lama tu nak praktis. Habis segala orang jadi cermin saya berlatih. Tapi paling tak boleh lupa bila ada dormmate report saya berdebat dalam tidur.. aish, maluu.. Hehe~

akhir kata, entry ni sebenarnya iklan untuk mempromosi Debat PERMAI. Masuklah ramai-ramai ya! Ramai rasanya bekas pendebat yang terdampar ke sini. Boleh buat komuniti insyallah.. ^_^ Ta'al ! Ta'al! Yallah!

Minta=Menyusahkan vs Tawar=Menyibuk

12:41 PM 8 Comments A+ a-

Salam

Malam raya yang sibuk.Tapi malam ni ada satu benda yang saya belajar berbanding malam-malam biasa. Malam ini kemanisan ukhwah terasa sangat kuat.Saya berbuka puasa ramai-ramai satu batch di rumah Ilmi. Lepas habis solat, saya dan beberapa kawan sambung membantu Nurul di rumah baru. Kali ni aktiviti kami kemas barang dan sambung mengecat.

Ha, cumanya kali ni adik-adik belah syabab yang buat kerja. Kami jadi pemantau saja. Hehe.. Terasa macam jadi mandor pun ada waktu tengok-tengokkkan mereka. Yelah, diaorang sibuk mengecat, kami sibuk study microb kat hujung sudut rumah sambil sembang-sembang dan menghadap syawarma dan asir. Eh, kami takdelah kejam sangat. Ada je bekalan makanan untuk diaorang.

Cumanya nak kata, hari ini kami akhawat berlima tabik dengan adik-adik yang datang tolong kami memunggah barang dan sambung mengecat rumah. Dahla malam-malam raya. Sambil-sambil mengecat tu, diaorang siap pasang takbir. Sayu je dengar.. -_- Sempat juga tu diaorang bertakbir lepas solat Isya' jemaah dalam rumah. Kami kat luar ni tolong dengar jela. Huhu.. Dah la mengecat sampai pedih-pedih habis mata, hidung, tekak. Terbatuk-batuk adik-adik tu. Maafla korang. Cat tu memang macam tu. Terima kasih la sebab sanggup tahan sampai hampir dua bilik habis dicat. Jasa korang dikenang! (Moga Allah permudahkan setiap urusan kalian. Aminnn..)

Waktu kami tolong-tolong berkemas ni, kami ada terfikir. Kenapa macam tak ramai datang? Firasat saya kuat bahawa ramai yang ada masalah. Sibuk barangkali. Jadi, tak mengapalah. Kami tak nak memaksa. Cumanya bagi saya alangkah indahnya kalau semua dapat sama-sama hulurkan tangan ringankan beban waktu kawan tengah kesusahan. Kalau tak dapat datang menjenguk pun, apalah salah kalau kita ambil tahu dia dah makan ke belum, belanja dia makan sehari dua ke selagi dia belum selesai pindah atau ajak dia berehat atau tidur sehari dua di rumah kita.

Tapi saya yakin ramai je yang dah ajak. Tak mengapalah. Mungkin masa dan keadaan kita berbeza. Jadi adakala apa yang kita nak buat tak dapat terbuat. Itu normal lah.

Cuma, tadi saya tertarik bila mendengar ada suara yang mengatakan "Nak mengajak, takut menyusahkan. Nak menawar pertolongan, takut menyibuk pula." Ha, pertembungan baru. Nampaknya dua-dua pihak nampaknya sama mengambil berat tapi seakan terlepas pandang sudut yang lebih baik dari itu. Bagi saya, tak perlu fikir menyusahkan atau menyibukkan diri, tapi lebih kepada kita cuba dahulu untuk meringankan beban.

Persoalannya, kalau masing-masing berfikiran negatif seperti itu, sudahnya masing-masing berdiam diri dan terus membiarkan pihak lawan bersendiri. Langsung tiada faedah. Simbiosism bukan, komensalism bukan apatah lagi parasitism. Dua-dua rugi. Pihak sini kena penat-lelah buat kerja sendiri, pihak sana pula setakat dapat tengok kesusahan rakan tanpa sebarang usaha membantu walaupun hati menjerit nak bantu juga. Sedangkan kalau masing-masing bersuara, saya yakin ada jalan lain yang boleh dibuka untuk sama berganding tenaga.

Atas sebab itu, bagi saya berfikiran positif dan jauh lebih baik dalam segala hal. Fikirkan segala kemungkinan sebelum membuat andaian. Andai kata dalam hati ini terdetik mungkin dianggap penyibuk jika membantu, lebih baik andai kita turut sama terdetik bahawa mungkin kawan ini akan terasa hati dengan kita jika kita tak sama menolong dia.

Lagi satu, rasanya orang yang menghulur lebih baik dari orang yang meminta. Malahan, saya yakin ada di kalangan kita ini sangat malu dan segan dalam meminta pertolongan. Mungkin dia lebih senang kalau ada yang perasan akan kesusahannya dan sukacita menghulur bantuan tanpa diminta. Saya sendiri juga begitu. Dan juga andai ada insan yang dapat men'detect' keperluan saya tanpa perlu saya suarakan, terus terang saya beritahu bahawa orang itu telah menyentuh hati saya sedalam-dalamnya. Dan dengan ikhlas orang itu akan kekal bersemadi dalam kotak fikiran saya selagi mana saya mampu mengingat jasa yang pernah dia lakukan.

Alangkah indah andai semua manusia di dunia bersikap ithar(mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri). Saya sendiri baru belajar malam ini daripada seseorang. Hurm, nampaknya saya masih belum layak mencapai tahap ithar kerana di depan saya masih ada seorang manusia yang lebih tinggi tahap itharnya. Syukur alhamdulillah saya dipertemukan dengan orang itu. Harapnya dia hadir sebagai qudwah agar saya tidak terlalai dari mengesan peluang rahmat allah disekitar saya.

"Ya Allah, tautkan ukhwah kami seerat jalinan cinta Rasulullah dan para sahabat. Jangan jadikan kami leka saat sahabat kami menderita. Jangan matikan hati ini saat sahabat perlukan kami di sisi. Kukuhkan ikatan ukhwah ini agar mahabbah kami terjaga. Permudahkanlah urusan kami agar kami saling setia dalam jalan-Mu. Dan lindungilah kami daripada menjadi musuh di akhirat kelak..."

Selit-selit tag

11:53 AM 6 Comments A+ a-

Salam..

Cuti ni saya sangat-sangat sibuk. Semua hari dah penuh dengan aktiviti. Tambahan komputer masuk hospital lagi. Makanya, kali ni hanya sempat siapkan entry tag yang diberi oleh Arina dan Fathiyyah.. ^_^

a)Do you think you are hot?
Absolutely no! I'm very cold and freezing in this icy winter..

b)Upload your favourite picture of you



c)Why do you like that picture?

Sebab ini gambar pertama dalam hidup saya jumpa salji. Ini gambar saya dan rakan serumah tersayang (Maisarah(putih)+ Akmal(hitam)) waktu tu. Biasalah pertama kali jumpa. Macam sangat teruja yang terlampau. Hehe~ Hurm, saya rindu saat ni. Bila lah salji nak turun lagi. Nak ambil gambar setahun selepas gambar ini pulak.. (!-!)

d)When is your last time you ate Pizza?
Malam semalam 5 Disember 2008 pukul 7 malam kat rumah baru Nurul waktu tengah gotong-royong mengecat rumah dia sama-sama dengan Azlin. Sambil cat sambil telefon pakcik italiano Pizza bila dapat tahu Nurul tak makan langsung dari pagi sebab sibuk pindah.Seronok makan sama-sama lepas penat mengecat. ^_^

e)The last song you listen to?
Maksim Piano song

f)What are you doing right now beside this?
Baca Microb sambil ingat-ingat balik laporan segala jenis kes yang nak dihantar esok waktu mesyuarat.


g)What name would you prefer beside yours?
Takde dah. Nama saya yang panjang berjela tu pun tak habis pakai lagi semua.

h)People I tag..jeng jeng jeng..dup dap dup dap
1.Cikgu Jawe
2.Nuha
3.KS
4.Aimi Athirah
5.Sumayyah

i) who is number one?
Cikgu Jawe la... Dia cikgu keturunan jawa. Haha~
j)Number 3 is having relationship with?
seorang komputer geek kot.. Hehe~ Saya tak tau.. Kalau buat spekulasi, karang dia ketuk saya dengan baldi.. T_T
k)Say something about no 5
Maya belajar yang korea, tempat yang saya teringin nak pegi.. Dia sangat berdikari sebab tempat dia belajar budak melayu sangat ciput. Dua tiga orang saja.
l)How about number 4?
Kawan baik yang sangat rapat waktu sekolah dulu. Sangat bijak, sangat comel, dan sangat tak reti marah orang.. Ngeee.. ^_^ Saya rindu dia! Aimi, bila nak datang jordan nih?
m)Who is number 2?
Soidaliah (farmasict) to-be ... Kenal waktu saya buat entry ubat.. Nampaknya seorang farmsi memang akan cepat tertarik dengan ubat. Kalau bukan sebab ubat, maka saya takkan kenal dia. hehe

ok. Dua entry serentak malam ni sebagai bekalan rumah out-station sekejap.. Pada diri sendiri, cuti-cuti juga, jangan lupa habis cuti terus exam ya!

Nota lain untuk diri : Laporan Genetik jangan tak siap, MEKAP jangan sampai habis tempoh, laporan kes jangan lupa hantar, Kertas k**** jangan lupa submit, Memo jangan lupa buat, buku+ATYAF+nota jangan lupa review, Tiket jangan lupa beli, Bajet jangan lupa buat, claim jangan tangguh lagi... Wa!!!! Semua mesti setel before 13 Disember! okeh.. harus pergi selesaikan semua sekarang. Jumpa lagi bila-bila.. ~

Menjejak Roh Pengorbanan

11:36 AM 0 Comments A+ a-








~ Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia (^^,)~

~ Selamat pengantin baru kepada Kak Zayyani dan Senior Amir (^_^) ~

~ Selamat menyaksikan teater pertama di Irbid (@_@) ~

~ Selamat menyambut sejarah pertama semua orang turun padang untuk potong daging korban sebab tahun ni punya korban sangat banyakk.. (^6^) ~

Kisah Arinaat

3:29 PM 29 Comments A+ a-

Salam

Baru-baru ni, ada lagi seorang kakak konfius dengan nama Arina di Irbid. Makanya, hari ini saya nak buat entry khas atas permintaan Kak Ina bagi memudahkan Kak Ina kenal beza kami bertiga kat sini. Nanti takdelah salah orang lagi kan? Hehehe...

Oklah. Kita mula dulu dengan nama penuh saya. Seperti yang tercatat dalam profile blog ni, nama penuh saya ialah Ainul Arina Madhiah. Ingatkan nama saya jarang orang pakai sebab sepanjang sekolah dulu, sangat jaranglah saya sama nama dengan orang lain.

Tapi rupanya di Irbid ni, ada juga yang sama nama dengan saya. Ainul ada dua. Arina ada tiga. Madhiah sekarang ada tiga cumanya yang lagi dua tu MaRdhiah. Campur-campur semua ada 5 orang senama dengan saya. Jadilah, saya lebih berhati-hati kalau dengar nama saya dipanggil. Kena pastikan dulu saya ke atau yang lain yang dipanggil. Karang maluuu.. T_T

Berbanding semua nama ni, nama Arina la paling orang selalu keliru. Sebabnya tiga-tiga guna nama yang sama di belakang. Ainul Arina - Syida Arina - Nur Arina. Walau saya lebih dikenali dengan nama ainul saja , ada juga yang keliru dengan Ainul Madina walau dia guna singkatan ain. Tapi yang Arina lebih tinggi kebarangkalian kekeliruan dia. ^_^

Kalau orang tanya apa beza kami, saya sendiri tak reti terang macam mana. Sebabnya dua-dua pakai cermin mata. Tinggi pun macam lebih kurang je. Perangai? Erm, syida Arina lebih ayu kot dari arina lagi dua nih. Yang nur arina tu pula, budak lompat. Jadi, secara tak langsung dialah paling kecil dan paling manja+gila-gila kununnya.. haha~

Macam best juga ada tiga orang nama serupa nih. Kawan-kawan kadang-kadang gelar kami kumpulan Arinaat (plural arab kepada Arina). Mana taknya, kadang-kadang kalau ada majlis mesti ada je gambar kami bertiga sahaja. Saja-saja nak ambil lebih gambar kembar nama. Poyo jer.. (^^,)Y Maka jadilah di sini ada Arina(satu Arina), Arinaani(Dua Arina) dan Arinaat(lebih dari dua Arina).

Setakat ni, jarang lagilah orang panggil nama Arina, tiga-tiga menyahut.. Maka, kami sangat berterima-kasih kepada nama depan yang membezakan kami bertiga. Kalau tak, mesti lawak bila orang panggil "Arinaa!", tiga-tiga datang serentak. Hehe..

Jadinya, dengan cerita ini diharapkan takdelah nanti orang yang tersasul dan tersalah orang lagi yer. Kami ni kembar nama je tapi tak sama muka. Sekali jumpa tiga-tiga, insyallah boleh tahu beza dah.. ^_^

ok, itu saja

=) jumpa lagi~
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *