Diintai 'Dia'

2:47 PM 7 Comments A+ a-

Salam~

Tadi malam, teksi yang saya naiki hampir melanggar kereta depan.Salah kereta tu sebab berhenti mengejut.Memang terlampau hampir kena. Nasib baik inersia tak kuat. Bumper teksi memang dah cium bonet kereta depan.Brek pula tak makan sangat.Ya Allah, sangat-sangat menakutkan tadi. Alhamdulillah sempat terhenti sebelum kemik teruk kereta depan tu walaupun bunyi tayar bergeser tu sangat kuat.

Tak ada apa jadi, cumanya degupan jantung je macam nak terkeluar. (Mama, jangan risau lebih-lebih ya..)Dari tadi saya terfikir kalaulah tadi kemalangan tu jadi betul, apa agaknya saya nasib saya sekarang ya? Sepanjang hidup ni dah dua kali kena langgar dengan kenderaan. Cukuplah tu. Saya dah tak nak kemalangan lagi. Sakit sangat. Trauma jadinya.

Di malam yang sama, kenapa ya asyik jumpa entry bloog tentang kematian? Banyak sangat sampai ada terjumpa blog dedikasi untuk seseorang yang sudah meninggal. Terasa macam diintai-intai je saya malam ni. Teringat pula kata seorang kawan yang Izrail datang menjenguk 7 kali sehari. Ish, tengah didatangi ke nih? -_-

Sendiri fikir, sendiri takut. Kalaulah saya mati, cara apa nanti saya diambil pergi? Macam mana nanti kalau waktu tidur kita mati? Ih, itu lagi bahaya. Macam senang tapi terlampau mengejut. Tak sempat nak buat apa. Sedar-sedar je nanti dah dalam tanah. Ya Allah, takutnyaaa...

Bila dah fikir-fikir fasal ni, mulalah saya ngberfikir tenta amalan dan tanggungjawab diri sendiri. Dah habis ke kerja aku semua ni? Amalan aku cukup ke ni? Bila periksa-periksa semula, waaa banyaknya kerja tak siap lagi! Itu baru kerja dunia, yang kerja untuk akhirat pun rasanya masih belum mencukupi. Habislah kalau saya 'pergi' sekarang. Jenuh nak menjawab hutang kerja yang tak siap! Ainul, sila sedar sikit ya! Jangan nak menangguh! Mati karang, siapa susah?

Dalam pada masa yang sama, malam ni saya terperasan saya asyik terbuat salah kat orang je. Sakan meminta maaf la hari ni. Bila dah ada signal teguran ni, lagilah saya asyik terfikir pasal salah saya. Agak-agak ada tak orang tengah kecil hati dengan saya? Ada tak orang yang benci saya? Ada tak yang tak puas hati dengan saya? Ada tak yang tengah marah dengan saya? Aduh, macam mana saya nak pastikan ya? Saya takut tak sempat minta maaf pada semua kalau macam ni..

Cikgu pernah pesan wasiat kena selalu tulis. Manala tahu tiba-tiba izrail datang mengejut. Sekarang saya baru terfikir balik pasal tu. Hurm, nak tulis ke? Bukan la sebab saya nak mati sekarang. Tapi kata orang sebagai 'backup'. Manala tau kan.. Tapi harapnya saya masih ada masa lagi..

Yang pasti memang malam ni agak meresahkan bagi saya. Sedih? Entahlah. Tapi lebih kepada risau. Risau sebab terbayang-bayang mati. Tadi terbaca puisi kak Dibah, katanya siapa yang risau untuk mati maka sifat muslimnya masih belum cukup. Erk, terkena sebijik-sebijik.. T_T Masih belum cukup muslim saya nih.. Apa ni Ainul??

Baiklah, di kesempatan ini saya nak meminta maaf pada sesiapa yang kenal saya dari dulu sampai sekarang. Kalau saya ada buat salah, terguris, tercarik, terkoyak hati dan perasaan anda, saya pohon ribuan kemaafan dari hujung tudung ke hujung kasut. Kalau siapa yang saya ada hutang, mintalah pada saya cepat-cepat.

Erm, maaf juga saya minta pada semua kalau ada yang ter'kurang daging' sebab mulut saya yang kadang-kadang 'sakit hati' untuk me'memakan daging anda'. Saya manusia normal. Banyak buat salah. Jadi, maaf ya.. Saya pun nak memaafkan semua orang disini pada hari ini.Moga timbangan saya ringan dan tak perlu perbahasan panjang-panjang di'sana'. Aminnn..

Minggu ni saya dapat kelepasan exam seminggu. Saya cadang nak pulun habiskan semua kerja. Saya tak nak tangguh-tangguh dah. Saya takut.. Saya nak tambah baik pulih amalan mana yang patut. Hish, dah kena intai baru nak buat. Sila jangan tiru saya. Buat awal-awal tau korang! Jangan tangguh-tangguh.

Syukurnya sebab saya sedar hari ini saya banyak diintai 'dia'.Agaknya ni sebab terlampau gembira tadi kot periksa dah habis padahal markah taklah tinggi mana. Erm, kalian macam mana? Pernah diintai Izrail? Yallah, Arina! Sila sedar diri di mana sekarang. Jangan lebih-lebih.. Ingat mati sama.. Sedarlah sebelum anda disedarkan sendiri oleh Encik Izrail itu.. Gembira-gembira juga,mati sila jangan lupa. Makin tinggi usia, makin pendek masa kita. Sekian.

Selamat UlangTahun Perkahwinan ke-20

12:53 PM 20 Comments A+ a-



Assalamualaikum

Hari ni 29 November 2008. Maknanya kalau kira tempoh sejak 29 November 1988, dah 20 tahun mama dan abah saya kahwin. Wah.. Tahniah mama..! Tahniah abah..! Happy Anniversary..! Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke 20.. Y(^6^)Y Hurm, nak cerita sikitlah tentang macam mana mama dan abah saya berkahwin dulu.

Mama orang Sabak Bernam,Selangor. Abah orang Parit Buntar,Perak. Mula jumpa di Canada. Huish, jauhnya cari jodoh mak ayah saya nih.. ^_^ Diaorang sama-sama belajar di Trent University, Peterborough,Ontario,Canada. Sebatch, sebidang, sekelas, segroup, se-apa lagi ntah. Boleh kata banyak benda yang sama kat sana. Agaknya sebab tu melekat terus sampai kahwin kot. Hehe..

Yang menariknya waktu tu cuma ada 17 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki dalam batch diaorang. Makanya geng ayah saya digelar Three Muskeeters dan sangat femeslah konon.. Haha.. Ayah saya kawan baik satu geng dengan Pakcik Azhar dan Pakcik Syah. Terkebetulan pula, mama saya pun ada geng 3 orang juga iaitu mama saya, Makcik Ainon dan Makcik Syidah. Dijadikan cerita, akhirnya geng kawin geng. Abah saya-Mak saya, Pakcik Azhar-Makcik Ainon, Pakcik Syah-Makcik Syidah.

Mak ayah saya kawin di Malaysia lepas habis belajar. Pakcik makcik lain tu saya tak pasti sangat. Yang lebih seronoknya, semua melahirkan anak pada tahun yang sama dan dengan itu, sejak dalam perut lagi saya juga punya geng yang berasal dari geng mak ayah saya. Maka, pada tahun 1989, lahirlah saya, Syahidah (Anak Pakcik Syah) dan Faiz (Anak Pakcik Azhar).Kami tiga keluarga memang rapat sejak dulu sampai sekarang. Faiz dan Syahidah pun memang kawan baik saya sejak lahir sampai sekarang.

Mama dan abah saya dah kahwin sejak 20 tahun tapi mereka macam baru kawin pun ada. Abah memang kaki mengusik. Sehari tak mengusik tak sah. Nak cari orang macam abah lah. Dah la pandai melawak, pandai masak, pandai berkebun, pandai mengajar, pandai mengubat, pandai macam-macam.. Bertuahnya mama.. =P

Abah pun bertuah juga dapat mama. Mama penyabar, comel, berbudi bahasa, penyayang, senang kena kacau. Hahaha.. Pendek kata, mama dan abah ni memang sepadanlah.. Seronok tengok... Yang saya perasan sampai sekarang, kalau pergi mana-mana, purata gambar kami adik-beradik lawan gambar mama abah berdua je 1:3. Tengok, betapa belangkasnya mama dan abah saya. Isy,isy.. Nasib baik kami sporting.. =P

Arina doakan jodoh mama dan abah kekal hingga ke syurga kelak. Terima kasih sebab menjadikan Arina ada di sini sampai sekarang. Tak terbalas jasa mama dan abah dari Ina lahir sampailah ke bila-bila. Doa Ina moga Allah permudahkan dan berkati hidup mama dan abah serta masukkan mama dan abah berdua ke dalam golongan yang dikasihi Allah disyurga kelak. Juga semoga mama dan abah dapat cepat-cepat pergi haji sama-sama.. ^_^Aminn. Sayang mama! Sayang abah!!!

Tebing Bukit Itu

2:32 PM 26 Comments A+ a-

Salam

Waktu ke Amman tadi, saya teruja sangat sebab nanti balik boleh jumpa tempat istimewa saya di tengah perjalanan pulang.Baru jumpa tempat tu beberapa minggu lepas.Tempat yang sangat saya damba sebagai tempat tenang kalau bengang atau sedih-sedih.

Saya tak tahu nama lembah bukit tu tapi jalan raya yang kita lalu betul-betul di puncak lereng bukit yang agak tinggi dan di bawahnya ada satu lembah yang sangat-sangat cantik. Ada rumah, padang, kebun, dan macam-macam lagi benda yang menjadikan seolah-seolah lembah tu sebuah medan geometri yang sangat lawa. Sungguh, saya jarang jumpa tempat macam tu. Dah la di tebing bukit tu memang disediakan bangku-bangku duduk. Saya memang sangat-sangat nak melepak di situ.



Waktu pertama kali saya jumpa tempat tu adalah waktu matahari terbenam. Subhanallah. Cantik tak terkata. Terasa macam nak cakap kat pakcik bas tu suruh berhentikan saya kat situ sekejap. Tapi kalau buat sungguh kang, siapa pula nak angkut saya balik tengah-tengah bukit macam tu. Dah la takde penempatan kat kawasan tu. Huhu, naya kang..

Malam tadi, kawasan tu macam penuh kunang-kunang. Penuh lampu. Cantik sangat tengah-tengah malam tengok bawah bukit ada lampu. Terasa macam kat kuala lumpur pun ada tapi takdelah sesesak itu. Hati yang sedih pun boleh berhenti kejap sedih bila nampak kawasan tu. Sangat tenteram. Nanti nak buat rumah kat tebing tu boleh? =P

Di Jordan, tiada sangat taman-taman lawa macam di Belanda, Malaysia, UK dan tempat-tempat lain yang penuh bunga-bunga dan pokok. Jadinya saya memang tiada tempat tuju kalau nak datang cari tenang. Dah lama-lama ni baru perasan saya jadi suka berada di puncak bukit yang di bawahnya lembah yang sangat dalam dan luas. Rasa tenang sangat kalau berada kat tempat macam tu. Kalau boleh, lagi hujung tebing saya boleh duduk, lagi saya suka. Berdiri tak boleh, kang gayat. Duduk takpe.

Di Malaysia dulu, saya tak berapa suka tebing-tebing nih. Tambah-tambah kalau dekat laluan macam nak ke Genting tu. Ya Allah, seram ya amat. Kalau naik bas balik Ipoh pun, berbakul-bakul doa saya panjatkan supaya selama pergi selamat pulang sepanjang lalu tepi-tepi curam tu. Pokok-pokok yang banyak kat bawah-bawah tu buat saya terfikir macam-macam benda buruk kalau saya jatuh. Agaknya ni gara-gara filem Lurah Dendam tu gak kot. Hee, seramm..

Tapi di Jordan, saya berubah. Tempat paling menenangkan ialah di tebing bukit. Contoh tempat yang saya paling suka pergi ialah tebing bukit tengah jalan ke Amman, tebing bukit jabal(Bukit) Siyagha atau nama Inggerisnya Mount Nebo, dan tebing bukit di Ajlun.



Pendek kata, saya suka segala jenis tebing bukit asal lembah di bawahnya tak penuh pokok macam kat Malaysia dan tak terlampau takde apa macam padang pasir. Saya mesti berada di atas dan bukan di paras yang sama dengan lembah.Paling best kalau boleh duduk lunjur kaki kat tebing tu. Pernah je nak try cuba, tapi pastu kena fire dengan kawan-kawan sebab buat kerja gila. Hehe..

Kenapa saya suka tebing bukit dan perhati lembahnya? Sebabnya bila perasaan tengah kucar-kacir, lembah yang luas tu mengingatkan saya pada rahmat Allah yang sangat luas. Dari puncak tu, saya boleh tengok segalanya dari semua sudut yang mungkin orang bawah tak boleh tengok. Bila nampak kawasan seluas itu dari atas, saya rasa sangat tenang dan bebas. Dah tak rasa sempit bila kena masalah. Sebab tu saya suka tebing bukit yang mendamaikan!

Tapi saya tak boleh pergi selalu sebab semua tempat yang saya suka kat sini semua jauh-jauh. Nak ke Amman pun ambil masa dua jam. Erm, saya cadang nak buat sebulan sekali la trip ke Amman. Kalau pun tak dapat turun tempat istimewa saya tu, dapat tengok dari bas pun jadilah. Asalkan bila tengok, saya jadi kembali tenang dan bebas dari masalah. Seronoknya bila rasa lapang dalam keadaan sempit. Terasa diri ini masih disayangi Allah. ^_^ Alhamdulillah..

Aku helang tua?

9:21 AM 10 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Untuk berubah sesuatu yang sukar diubah, perlukah genetik dipersalahkan? Tolak tepi sudut ciptaan Allah yang sudah cukup lengkap. Yang mahu disentuh disinilah hanyalah dari sudut sifat dan perilaku. Personaliti dan jati diri. Cukupkah sekadar wajar mempersalahkan takdir atas sikap yang terbentuk dalam diri kita?

Sedang saya enak mengulit buku-buku genetik sekarang, tiba-tiba terngiang satu kata-kata yang cukup saya hafal ketika di sekolah dulu. Satu alasan yang cukup popular untuk membela diri sewaktu ditegur sesiapa. Nak tahu apa ayatnya?

"Nak buat macam mana, dah aku ditakdirkan berperangai macam ni. Nak tak nak kenalah terima.."

Ah, mudah sungguh mengatur kata kan? Tidak dinafi, saya juga pernah menggunakan ayat yang sama dahulu. Tapi sayang, ayat ini terus dibakulsampahkan bila ada rakan hadir memangkah hujah dengan ayat Quran yang cukup sinis.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri.." (13:11)

Ya! Memang benar! Nasib takkan terubah selagi mana tiada siapa mahu merubahnya. Sedangkan peluang sudah terbuka luas , pilihan sudah ditangan. Tinggal pilih dan buat. Itu sahaja. Kalau setakat mahu melukut menanti tengok apa nak jadi, sudahnya sampai ke kucing bertanduk kita takkan dapat apa yang kita mahu. Yang bulat tetap bulat, yang pipih tetap pipih. Kekal ke sudah.

Bukan ini konsep qada' dan qadar yang kita mahu. Hanya menunggu dan terus menunggu. Salah namanya tu. Sekalipun Allah telah menentukan takdir untuk makhluknya, kita masih ada konsep doa, ikhtiar, usaha juga tawakal. Maka itu membuktikan bahawa kita masih mampu mempengaruhi masa depan kita.

Tanpa usaha-usaha ini, samalah maknanya kita berputus asa sedangkan dalam islam, di saat-saat paling getir pun masih ada satu konsep yang sangat bermakna di penghujung pengharapan iaitu tadarru' (pergantungan pada Allah sewaktu tiada langsung dah pertolongan). Contohnya waktu terhanyut sorang-sorang di tengah lautan. Dah tawakkal semua tak jadi apa, maka saat itu orang tersebut hanya mampu bertadarru'. Itu pun dah cukup sangat bermakna di sisi Allah berbanding putus asa dan terus mahu mengucapkan 'bye,bye' kepada semua jalan yang ada.

Dari konteks sikap, rasanya sangat tidak adil kalau mahu sekadar mempersalahkan takdir dan persekitaran. Andai dalam diri sendiri ada anjakan paradigma, yang diimpi pasti tercapai dengan izin Allah yang esa. Optimis itu perlu. Jangan terlalu menumpu pada masa depan yang negatif. Sekali satu pintu peluang tertutup, masih ada banyak lagi pintu-pintu baru yang bakal terbuka. Cumanya kamu perlu buka mata dan pandang sekeliling dengan sepenuhnya! Pasti ada..

Kali ini saya tertarik pada si helang. Helang yang tua tapi masih optimis pada dunia. Kata orang, bila helang tua, dia akan terbang ke puncak gunung batu dan bertapa sementara di sana. Dia bukan pencen terus. Tapi dia mengambil masa untuk kembali bertenaga. Waktu itu, dia akan mengasah kembali kuku biar tajam, dan mencabut paruh lama agar tumbuh paruh baru yang lebih kuat dan hebat. Bila semua kembali normal, baru dia turun kembali meneruskan hidup.Ish, pedih tu... Tapi hebat kan helang? Tak mudah putus asa walaupun sudah tua. Sanggup tempuh sakit untuk kembali bangkit. Hurm, saya mahu jadi helang. Kamu tak nak ke??

Akhir kalam, kita punya akal, iman dan upaya. Cantumkan semua jadi satu. Guna segala pilihan yang ada dan maksimumkan peluang yang diberi. Paling penting, cubalah untuk tidak menyalahkan mana-mana. Lebih baik semua sama membantu cari jalan yang perlu dituju. Optimis itu penting. Jadilah helang agama di saat ramai memilih untuk lebih menjadi batu yang terus kaku. Sekian~

p/s: Skemanya ayat kali ni. Maaf. Kepala pening sebab komputer diserang spyware, hidup padat disendat amanat, exam datang bertubi, si tenang entah mana dia lari.. Cobaaannnn... (doakanlah semuanya dipermudahkan..)

Teguran dan Kritikan

4:06 PM 18 Comments A+ a-

Assalamualaikum

"Macam mana ye nak rasa orang tegur tu sebab sayang pada kita? Aku selalu rasa orang yang tegur aku tu macam tak suka kat aku jer.." luah seorang teman.
"Apa kata kalau kita cuba fikir yang dia tegur kita sebab tak nak kita kena kutuk dengan orang lain?" balas saya cuba memberi cadangan.
"Tapi kadang-kadang apa yang dia tegur tu macam susah aku nak terima." rungutnya lagi.
"Kenapa? Dia cakap benda yang salah ke?" tanya saya.
"Erm, kadang-kadang tu ada je yang betul. Tapi entahlah.. Susahla aku nak terima.."rungutnya lai. Saya terdiam sendiri.

Saya sendiri selalu saja melalui fasa dikritik dan ditegur.Tak ditegur terasa macam tiada siapa yang hiraukan saya.Terbiar dalam dunia sendiri yang mana mungkin saya perasan sudah cukup baik untuk diri saya. Tak diperbaiki dan tidak diubah mana yang perlu.Di takuk lama saja.

Saya ingat lagi rasanya saya mula belajar menerima teguran sewaktu saya di tingkatan satu. Waktu itu, saya sangat terkenal dengan gelaran Si Skema. Sangat mengikut kata guru dan peraturan sampai kadang-kadang menyisihkan keperluan keadaan. Teruk kan? Sampaikan saya cukup terkenal di kalangan mereka yang sebelumnya langsung tak kenal saya.

Aduh, sedih tak usah cakaplah. Sampaikan ada yang terkutuk saya di depan saya sendiri gara-gara kenal nama tak kenal muka. Waktu tu saya memang rasa teruk sangat. Mandom tak terkira. Rasa diri ni macam dibenci semua dan disisihkan.

Tapi lama-lama saya terfikir sendiri. Kalau saya betul, takkan semua orang fikir benda yang sama. Maknanya memang betullah saya ada silap. Mungkin apa yang diaorang cakap tu betul juga. Mungkin saya perlu berubah. Ini mungkin masa saya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya tak mahu orang memandang saya dengan cara yang begitu.

Nak tahu apa saya buat? Saya cuba memberanikan diri menemuramah kawan-kawan yang biasa-biasa rapatnya dengan saya supaya mereka terangkan pendapat mereka tentang saya. Kalau ada yang takut-takut, saya suruh saja mereka tuliskan dalam kertas. Bila kumpul-kumpul, memang adalah yang memeritkan sikit tapi semuanya saya cuba telan walaupun pahit.

Kalau saya rasa macam ada ayat-ayat yang menjatuhkan saya, saya tulis banyak-banyak dalam kertas yang mereka itu tegur untuk kebaikan saya. Mereka nak saya jadi lebih baik. Mereka sayang saya. Mereka tak mahu saya kena kutuk lagi. Lepas tu, saya lekat dalam loker dan pandang setiap hari. Saya juga tulis saya kena ubah persepsi orang pada saya.

Alhamdulillah, dalam setahun lebih saya bekerja keras melakukan koreksi diri, saya rasa saya lebih baik dari sebelumnya. Saya dapat ubah sedikit sebanyak perangai saya yang kureng itu kepada perangai yang lebih baik. Malahan, saya rasa dengan mendengar banyak pendapat orang, saya dapat melihat diri saya sendiri dari sudut yang berbeza.

Tapi alhamdulillah, bila saya buat sesi temuramah orang begitu, secara tak langsung saya lebih banyak kenal ramai orang dan banyak dapat input yang penting untuk diri saya. Ada juga yang siap kasi laporan pada saya setiap bulan tentang perkembangan perangai saya. Seronok pula dengar komen mereka yang prihatin tu. Lama-lama selalu dengar yang pedas-pedas, saya jadi tegal. Dah tak terlampau menusuk malah saya rasa lebih bersemangat kalau benar apa yang mereka tegur tu.

Yang lebih menyeronokkan saya bila saya dapat masuk dengan semua golongan pelajar di sekolah waktu tu. Di sekolah biasalah kan, ada yang golongan sufi, golongan ulat buku, ada yang golongan sporty, ada juga yang golongan gila-gila yang penuh idea nakal. Kalau dulu, saya hanya boleh sembang-sembang dengan yang sekepala dengan saya, sekarang komunikasi saya lebih luas. Lebih menyeluruh dan lebih berwarna-warni. Seronok rupanya bila berkawan dengan orang yang gayanya pelbagai. Ada yang serius, kepala gila, kelakar dalam sinis, dan macam-macam lagilah..

Malahan bila kami saling berbincang, ramai pula yang mula menjadikan saya tempat luahan mereka. Tak kisahlah luahan sedih ke, geram ke, gembira ke. Semua campur. Waktu tu, saya dah cukup gembira sebab saya dapat rasa saya mula dapat kepercayaan mereka. Maknanya saya sudah ambil teguran itu dan gunakan untuk kebaikan saya juga selain dari membantu mereka menghilangkan si skema yang menyampahkan dulu. =P

Sampai sekarang, saya jadi lebih flexible dengan semua jenis orang. Dari pengalaman lepas, saya belajar untuk memahami dan difahami. Semua gara-gara kritikan dan teguran yang saya dapat. Rasanya kalau dulu saya buat tak endah pada teguran tu, mungkin saya masih kekal sebagai si skema yang perasan bagus. Haha~ Bila fikir balik, terasa sayangnya saya pada mereka yang menjadi pelapor saya dulu. Kalau bukan sebab korang, saya mungkin bukan saya sekarang. Terima kasih ya!

Saya percaya dengan kata-kata "What you gives, you get back" (^^,)Y Bagi saya, setiap manusia ada satu sudut kebaikan masing-masing, dan mereka melihat dengan cara yang berbeza. Kadang-kadang unik dan boleh kita pakai sama.

Sebab itu,janganlah mudah melatah kalau ada yang menegur kita. Mereka menegur mungkin bersebab. Selidik dulu sebab apa. Kalau benar, ambillah sebagai pengajaran. Kalau tidak, barulah diabaikan.

Bagi saya, saya lebih suka menerima teguran secara face to face. Bukan di khalayak ramai. Saya kurang suka diaibkan dan insyallah saya akan cuba sedaya upaya juga untuk tidak mengaibkan orang di khalayak ramai.Juga saya lebih senang menerima teguran berbentuk cadangan seperti "awak lebih baik buat macam sekian sekian sebab yang awak buat sekarang ni sekian sekian..." Kalau yang menegur itu ayatnya terlampau pedas, saya lebih selesa kalau ia diucap oleh kawan yang sudah selalu main laser-laser dengan saya. Janganlah yang baru kenal, terus tuju begitu. Yang itu, saya masih dalam usaha menerima. Hehe..

Kadang-kadang bila ditegur, saya lebih suka mendiamkan diri dan mendengar.Kalau ada yang perlu diterangkan, saya akan diterangkan. Tapi kalau sudah didepan ribuan mata, memang saya boleh tercatuk macam tunggul dengan muka yang tebal bagai tembok sambil memikir langsir mana yang boleh saya ambil untuk menyorokkan muka yang malu ini. Tambah kalau kena tembak bertalu-talu. Lagilah saya terasa macam nak lari.

Terpulanglah bagaimana cara kita terima teguran tapi itulah. Pesan saya jangan sampai tercuit dek teguran sampai jadi balas-balas main laser dan masam-masam muka. Kita kan hidup bermasyarakat. Kalau susah nak terima juga, saya cadangakn kita bincang dengan kawan baik kita. Kawan yang boleh terangkan pada kita situasi sebenarnya supaya kita lebih mudah terima teguran itu. Insyallah, kheir...

p/s: Kalau ada yang nampak saya buat silap, tegurlah saya. Jangan biar saya mandi dosa selalu ya.. (^_^)

Tahniah..Tahniah...

4:39 AM 5 Comments A+ a-

Salam

Kali ni entry saya semata-mata nak ucap tahniah pada beberapa orang yang penting dalam hidup saya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pertama:

Amira Amalina Binti Mohd Noor



Tahniah Mira sebab dapat 5A. Sori kak Ina lambat wish kat sini. Hehe, konon busy la sangat.. Takdelah, kak Ina terlupa je haritu.. Maaf banyak-banyak yer.. Memandangkan aritu kak Ina dah janji nak kasi hadiah istimewa dari JOrdan, nampaknya kena lah tunggu dulu sekejap sebelum hadiah sampai. Sebabnya nak pergi cari tu macam susah sikit. Sekarang tengah sibuk examla dik.. Nanti siap, kak ina kasi yer..

Seronok la tu sekarang.. Rileks je dia. Jangan malas-malas kat rumah ok! Tolong mama mana yang patut. Nanti kamu dah duduk asrama, dah takde siapa nak tolong mama. Huhu..

Once again, tahniah!! I'm proud of you, dear.. ^_^

p/s: Thanks pada yang mendoakan hari tu..


Kedua:

Aiman Farhan Najmi Bin Mohd Noor



Ha.. Ini adik bongsu saya. Tak pernah masuk cerita lagi dalam blog ni sampai dia merajuk kecil hati. Haha~ Kesiannya dia nih ya.. (^_^)Y Oklah, kali ni kak Ina nak masukkan Aiman juga dalam entry kali ni. Senyummm~ =P

Kali ni kak Ina nak ucap tahniah kat Aiman sebab berjaya jadi wakil Doktor Muda negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan. Wahwah!! Kecil-kecil lagi tunjuk bakat nampak ni.. Nak ikut jejak kakak kesayangan ke? Hehe.. Hebat lah Aiman!! Kak Ina, Asyarf dengan Mira pun kalah la macam ni. Kecil-kecil lagi orang dah iktiraf Doktor Muda.. Tahniahh!!

Tak cukup dengan gaya doktornya, Aiman ni sebenarnya berbakat seni. Kalau dulu yang abangnya wakil nyanyian, si adik ni pula wakil tarian. Baru-baru ni dapat johan daerah lagi. Negeri dapat no 3 ya? Oklah tu.. Tahniah buat kali kedua..

Tengok, kamu ni kalau buat kerja sungguh-sungguh, belajar sungguh-sungguh boleh je jadi lebih hebat dari kitaorang yang lain. Tapi itulah, kerja asyik nak main jer. Macam mana mak abah tak bising? Kalau Aiman belajar sungguh-sungguh, Kak Ina yakin kamu mesti boleh jadi lagi hebat dari sekarang.

Lagi satu pesan kak Ina, jangan baran sangat dik oii.Banyak-banyak sabar sikit.Kalau budak nakal ajak gaduh,janganlah disahut.Silat dan taekwando yang kamu belajar tu untuk pertahan diri je tau. Jangan guna lebih-lebih.Bahaya! (Ish, dia ni pantang betul dengan orang yang dia nampak buat salah..)

Dia ni baik cuma nakal je lebih. Tapi saya tahu je dia selalu nak buat baik cuma kadang-kadang tu dia batal nak buat sebab kitaorang suka kacau. Haha~ Seronok kacau budak nih. Sebab dia suka merajuk. Hehe.. Harapnya kamu belajar sabar banyak-banyak yer Aiman. Orang paling kuat ialah orang yang penyabar tau! (^_^)Y Kalau kamu nak jadi kuat, jadi orang yang penyabar dulu yer..

Apa-apa pun tahniah lagi sekali kat Aiman. Macam ni la baru best.. Kalau tak asyik terperap dengan PSP dia jer. (^_^)Y Belajar rajin-rajin tau! Nanti kalau dapat penuhkan syarat pertandingan yang kita buat dulu, kak Ina kasi hadiah istimewa dari JOrdan. Hehe... Aiman kan baikkk.... =P

Haha~ Ni lah adik beradik saya.. Waktu sekolah rendah, yang perempuan lebih ke bidang cakap-cakap, yang lelakinya pula ke bidang seni. Tapi saya masuk dua-dua. Kira up sikit dari yang adik-adik. Hoho, nak gak kasi diri sendiri menang. Poyo je kakak nih!
Nak banding sekolah menengah rasanya tak boleh lagi sebab sepasang beradik tu tak masuk medan lagi. Nanti dah masuk medan, baru boleh banding yer? =P

Ketiga:

Makcik Syimah

Tahniah sebab makcik dah dapat berita kedatangan bakal baby baru! Dah 1 bulan 4 minggu kan? Nina pun dah besar. Dah 3 tahun lebih. Seronoklah dia nak dapat adik baru. Dah tak sunyi dah jadi si tunggal. ^_^

Campur makcik, maknanya dah ada dua baby bakal datang la ke family kita kan? Ei, tak sabarnya nak balik jumpa semua..

Hopefully makcik jaga diri dan baby baik-baik ya. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Makcik kena rehat banyak. Jangan letih-letih. Takut badan jadi tak kuat macam dulu. Insyallah kheir.. Semoga makcik dan baby dilindungi Allah selalu.. Aminn..

Keempat:
Kak Asma Khalid

Tahniah gak sebab disahkan hamil 2 bulan..! Kak Asma ni pelajar pertama JUST yang dah berkahwin di Irbid. Sebelum-sebelum di Irbid yang dah berkahwin hanya isteri ustaz-ustaz yang postgrad je la. Pelajar undergrad belum lagi. Kak Asma dan suaminya perintis. Hehe.. Sekarang dah ada tiga pasangan dah berkahwin.

Bila kak Asma mengandung, seIrbid jadi riuh. Wah, seronoknya nak dapat anak saudara kat sini. Tak sabar tunggu baby Kak Asma lahir. Baby JUST pertama. (^_^)Y

Apa-apa pun, tahniah ya Kak Asma dan Senior Aiman atas berita ni. Jaga diri baik-baik juga tau. Tengah-tengah klinikal ni, sibuk-sibuk juga tapi kesihatan jangan lupa.. Semoga anak yang bakal lahir akan jadi anak yang soleh dan solehah macam ibu ayahnya.

Kelima:

Semua warga Irbid

Tahniah sebab anda berjaya membantu meringankan beban Kak Nabila dengan memberi sumbangan sepanjang kutipan derma kebajikan dibuat. Untuk pengetahuan semua, PERMAI dan beberapa BKAN yang lain berjaya mendapatkan hasil kutipan derma sebanyak lebih kurang JD4200+.

Kami pihak PERMAI mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sudi menghulurkan bantuan dan kerjasama sepanjang kutipan diadakan. Insyallah, walaupun tak banyak sangat yang kita mampu tolong buat setakat ini, ia dah cukup memadai dengan kemampuan yang kita ada. Syukran Jazilan Katheeran. Hanya doa yang mampu kami hulurkan agar kalian yang membantu sentiasa di bawah naungan Allah selalu. Aminn...

Jadi, buat masa sekarang kita sama-samalah berdoa kak Nabilah Huda cepat sembuh dan boleh kembali bersama kita untuk belajar di sini semula(^^,). Insyallahh..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seronoknya dengar berita-berita gembira sana-sini. Tadi pun puas hati sangat sebab dapat ym dengan mama dan amira di Malaysia. Hati seronok tak sedih-sedih dah~
Jadi semangat pula nak belajar. Oh ya, esok saya exam Lab genetik. Doakan ya!

Lagi sekali, tahniah semua!!! Saya anda korang.. (^_^)Y

Budak arab yang memeningkan...

9:32 PM 13 Comments A+ a-

Salam..

Semalam entah kenapa saya asyik kena tembak ngan orang-orang arab. Takdir telah menentukan ke? Huhu.. Nasib baiklah semalam kurang berperasaan jadi hangatnya tak terasa. Tapi kadang-kadang terfikir juga kenapalah diaorang ni suka menghilangkan mood saya?

Peristiwa satu - Jam 7.15 pagi - Lokasi: Tempat pejalan kaki di J.U.S.T

Pagi semalam saya ke jamiah seorang diri. Mood pagi tu agak rosak sedikit sebab banyak barang hilang dan tertinggal di rumah. Sudahnya saya selesa jalan sorang -sorang daripada bermasam muka dari jalan dengan ramai orang.

Dalam perjalanan, ada sekumpulan budak lelaki arab berjalan belakang saya. Tetiba-tiba ada seorang tu buat bunyi macam tengah berkungfu. Wacha!!! Lepas tu dia sebut-sebut "Shanghai.Shanghai!! Ya sinni(Cina).." sambil gelak ramai-ramai. Tak cukup sinni, siap diaorang panggil saya Ali Baba lagi..

Saya toleh kiri-kanan. Ah, sudah.. Saya sorang je budak melayu kat situ waktu tu. Sah-sah diaorang mengutuk saya. Mamat ni memang nak kena tau! Orang tengah bengang dia simbah minyak pula. Tapi bila saya terperasan dia ada geng, ermmm takpelah.. Let the gone by by gone.. T_T

Sabar je lah kena kutuk-kutuk macam tu. Dah la tempat jalan kaki tu jauh. Sepanjang jalan kena kutuk. Terima kasih la yer sebab kasi saya pahala selama 10 minit. Mentang-mentang saya takde kawan time tu.. Grr.. Yang bengang nya, sebab kejadian berlaku di UNIVERSITI! Selalu kalau kena kacau kat tepi jalan, bolehlah bajet mereka tu kutu-kutu jalan. Ini bila budak universiti yang buat kerja, memang dalam hati ni " Macam mana la budak ni boleh lepas masuk universiti?? " Budak first year kot nih.. Sangat teruja nampak bangsa asing. Haishhh!!!

Peristiwa Dua - Jam 5.00 malam - Lokasi tepi jalan time tunggu teksi

Budak-budak kecik tengah main-main sebelah saya dan kawan. Tiba-tiba diaorang jerit " Sinni..Sinni!!! " Aduh, kena lagi.. Kami dengan baiknya menegur "Ya habibti, aib alaik..Ihna musy Sinni.. Ihna Malizie ( Sayang, kau ni memalukan.. Kami bukan cina.. Kami Malaysia).. Pastu diaorang tanya" Winn Malazie? (Malaysia tu kat mana?)" Ehm, ni malas layan ni. Perhatian kepada kerajaan JOrdan, boleh tak buat kelas geografi untuk rakyat kamu???

Pastu ingatkan budak tu dah ok. Sekali ada sorang tanya "Syusmik? (Apa nama kau?) So, dengan baik hati saya jawab "Arina" Tetiba boleh plak diaorang buat ayat " Arina Crazy. Arina Donkey.." Ya rabbi!!! Sakitnya hati! Ni penyalahgunaan bahasa Inggeris ni. Okay, kesabaran di tahap kritikal. Nasib baik coster dah datang. Sebelum ada yang kena katok, baik blah dulu...

Pastu tetiba terfikir, isy kalaulah tadi saya cakap nama saya Aisyah ke Khadijah ke, mesti budak-budak tu tak berapa ngejek sangat sebab nama tu nama besar dalam masyarakat arab.. Hurm, takpelah.. Tu buat backup next time.. Budak kecik, korang bernasib baik sebab akak sabar hari ni tau!! Penat je orang melayan dengan senyuman kat budak-budak nih..

Peristiwa tiga- Jalan 7 malam - Waktu nak pergi rumah senior

Saya dan Umi tengah berjalan ke rumah senior sebab ada hal. Tengah-tengah jalan tiba-tiba ada dua tiga budak kecik lelaki tengah main-main tengok kami. Lepas tu, diaorang bising " Yallah, 'atini mouse!! Sur'ah! Quickly! (Weih, amikkan aku tikus. Cepat..)" Saya dah pandang Umi. Ei, ni mengacah ke apa nih? Dah la cakap rojak. Macam sengaja nak kasitau kami jer..

Kami terus jalan bajet tak takut. Tapi terperasan je yang langkah dah melaju. Alamak, kalau betul budak tu ambil tikus, nayalah saya... Dalam banyak-banyak benda, kenapa la tikus gak dia nak kasi. Kasila katak ke ular ke lipas ke cicak ke , saya tak heran.. Tapi kalau tikus ngan cacing, aiii memang saya phobia!! Wa!!!

Ingatkan dah jauh tu, budak-budak tu lepaskan kami. Rupanya dia kejar.. Pastu dia tunjuk kami seekor tikus besar hitam yang dia tangkap. Yuck!!! Nasib baik saya tak sempat tengok, sebab saya berjalan belah kanan. Umi yang kat sebelah kiri la yang kena tunjuk. Sebab terkejut punya pasal, habis kami termarah budak tu "Haram alaik!!!" Nama je marah tapi suara perlahan je... Huhu

Sebenarnya dalam termarah tu, terketar jugak.. Tapi lepas tu lega gakla sebab budak tu terdiam bila kami marah dia, pastu dia blah. Cumanya dia masih gelak-gelak ngan kawan-kawan dia. Isy, kurang asam punya budak!

Siap! Maka, hari ni catat rekod tiga kali kena kacau. Wah, tensen!tensen!! Spoil mood betul la... Pangkah kang budak-budak arab baru tahu.. Dah la kena kacau tak habis-habis semalam, bila cerita kat orang, kena marah pula sebab saya tahan je kena kacau. Eh, bukan marah tapi tegur.. Maka kalau saya tak tahan, saya nak buat apa? Nak katok budak-budak tu? Buang masa je la.... Baik saya cepat-cepat pergi dan buat kerja yang saya suka. Sekurang-kurangnya takde lah dalam hati ni kerja marah-marah je. Naik darah tinggi karang siapa susah??

Tiba-tiba teringat kat sorang pakcik kat balad dulu.. Kalau kami kena kacau depan dia, memang si pengacau tu cari nahas la.. Depan kami juga pakcik tu jerkah diaorang. Tak kiralah remaja arab ke budak kecik arab ke semua kena...Haha... Pakcik Hero, saya rindu kamu!! Meh la tolong basuh budak-budak ni. Tak ada kesedaran sivik langsung! Hai la budak, asal la tak matured sangat... X_X

Nampaknya kali ni saya terconteng blog ni dengan suasana geram yang merimaskan lagi. Maaf kalau yang membaca sakit hati juga. Sesungguhla semua ini adalah adat di tempat orang. Jadi janganlah risau. Kami sakit hati kejap je. Esok lusa dah okay balik.. Hehe.. Sekian terima kasih..

p/s: Lupa pula nak cakap kenapa kami marah dipanggil sinni dan ali baba. Sebenarnya itu gelaran untuk pekerja-pekerja tak senonoh yang buat kegiatan tak bermoral kat sini. Kebanyakkannya ramai cina. Jadi bila kita pun dipanggil macam tu, faham-faham la yer apa maksudnya. Sangat pelik kenapa budak-budak pun macam pandai bab-bab nih.. Diaorang dah didedahkan ke perkara ni sejak kecil? Astagfirullah... Minta-mintak dijauhkan umat islam dari perkara macam tu..

Buku Nota Bayi

10:57 AM 20 Comments A+ a-

Salam

Entry ini sebenarnya ditujukan khas untuk kawan-kawan yang sangat sukakan bayi. Terutama pada blogger yang bernama Critical Thinker.. Nah, cenderamata dari Irbid! (^_^)Y

Di Irbid, kebanyakan buku nota dan buku tulis semuanya bercover bayi dan kanak-kanak. Kebarangkalian untuk mencari buku bergambar selain dari itu mungkin hanya satu per sepuluh. Pelik kan?

Kalau selalunya saya dengar para lelaki suka gambar-gambar yang agak masculine seperti bola, kereta, dan benda-benda yang bukan berciri lembut nih, di sini nampak gaya macam semuanya selamba saja beli buku bergambar bayi. Tak ada isu macho tak macho pun.. (^_^)Y

Entahlah.. Mungkin orang-orang sini suka bayi barangkali. Comel! Bak kata seseorang, bayi boleh mendatangkan mood bahagia dan semangat nak bekerja. Betul ke? Hehe...

Okay, silalah tenung gambar-gambar bayi comel ni.. Mana tau kot-kot yang sedang marah boleh cool, yang tak semangat boleh cheer up balik.
Selamat menghargai bayi..

=)







(p/s: kredit kepada pakcik kedai yang membiarkan saya mengambil gambar buku tanpa membelinya... Ish2, malu pun ada...)

Azan Dalam Taman

7:39 AM 4 Comments A+ a-

Salam..

Tadi petang, saya pergi Syu-un Tolabah (tempat surat-menyurat universiti) untuk ambil isbat tolib (macam surat perakuan pelajar) bagi urusan tajdid iqamah (memperbaharui IC Jordan). Iqamah ni kena perbaharui setiap tahun. Bukan setakat ajnabi sahaja, warganegara pun kena perbaharui setiap tahun. Tetiba sayang Malaysia sebab tak menyusahkan orang nak perbaharui IC tiap-tiap tahun.. =)

Yang saya nak timbulkan di sini ialah tentang azan yang saya dengar tadi. Di universiti, masjidnya ada satu je. Kadang-kadang bangunan yang terlampau jauh, memang tak dengar la azan. Waktu saya datang tadi dah nak masuk waktu zuhur. Bangunan ini jauh juga dari masjid.

Nak ke tempat tu, kami lalu taman dalam bangunan Handasah (kejuruteraan). Tiba-tiba tengah lalu tu, terdengar bunyi azan yang sangat jelas dan dekat. Eh, azan mana nih? Tercari-cari juga lah.. Manalah tahu kot-kot bunyi telefon bimbit orang arab ke..

Rupa-rupanya tak jauh dari kami tu, ada sorang lelaki Arab tengah berdiri atas bangku batu taman dan sedang azan. Owh, ada bilal rupanya di sini. Umurnya mungkin dalam sekitar 20-an. Keliling dia ramai orang arab berkumpul. Lepas habis azan, diaorang berdoa ramai-ramai. Kawan-kawan dia barangkali.

Saya dan rakan-rakan macam teruja sikit tengok dia azan. Yelah, jarangkan orang azan sekuat mungkin tengah-tengah taman? Selalunya kalau masuk waktu tapi tak dengar azan pun, orang solat je terus kat mana-mana. Rupanya masih ada yang prihatin dengan benda ni.

Tadi ikut hati nak ambil je gambar bilal tadi. Tadi tak sempat sebab azan dah habis. Huhu.. Nak ambil dekat-dekat, saya segan. So, saya ambil gambar tempat kejadian je la yer.. (^_^)Y



Tiba-tiba terfikir, agak-agak di Malaysia ada tak orang yang sukacita nak azan kuat-kuat di taman yang tiada masjid? Ish, kat Jordan pun baru pertama kali ni nampak. Apatah lagi di Malaysia. Tapi kalau ada, alangkah bersyukurnya...

James Bond Irbid

8:03 AM 24 Comments A+ a-

Salam

Tadi tengahari saya pergi Amman untuk wida'(ucap selamat jalan) Kak Nabilah yang nak balik Malaysia untuk rawatan lanjut. Mula-mula rancang nak sampai rumah waktu petang. Sekali rupanya terlajak sampai ke malam pula.Pukul 6 malam baru sampai rumah.

Dari Mujamma' Amman Jadid, saya dan Maisarah naik teksi berdua untuk balik ke rumah. Pakcik teksi tu ramah semacam je dengan kami. Tapi saya malas sikit nak layan sebab tengah sakit gigi. Kerja asyik mengangguk mengiya je dengar apa yang dia cakap.

Tiba-tiba dia buka cerita tentang tangan dia yang nak di bedah, anak dia yang melecur bila dia tahu kami pelajar perubatan di JUST. Maisarah dah toleh-toleh saya. Ish, ni nampaknya kita silap naik teksi nih. Pakcik ni dah mula buat gaya menipu nih.

Kami bukan nak berburuk sangka dengan pakcik tu. Tapi kalau minggu depan nak bedah tangan, hari ni masih bawa teksi macam sihat walafiat apa kenanya? Lagipun tangan dia elok je.

Bila kami diam, dia mulalah memuji-muji orang Malaysia ni baik, kaya dan suka tolong orang. Pastu dia kata yang dia suka orang Malaysia sebab orang Malaysia suka solat, beragama islam dan suka bersedekah. Ha... dia masuk jarum dahh...

Lepas tu, seperti yang kami jangka memang dia dah mula minta sedekah pada kami. Dia siap cakap sedekahlah pada aku. Aku nak duit. Kau orang Islam, kena kasi aku duit. Bila kita tak layan, dia panggil-panggil suruh dengar. Siap mengugut guna nama Allah lagi. Ni yang tak suka ni. Memaksa-makasa orang pula pakcik nih! Kami buat-buat tak dengar. Siap dua-dua pasang MP3 kuat-kuat kasi ala-ala macam pekak sikit.

Paikcik tu tak sudah-sudah suruh kami bersedekah dari Mujamma' Amman Jadid sampailah ke Masjid Taal. Siap ingatkan lagi "kau sedekah tau!!" Gaya macam kalau tak ikut apa dia cakap, siaplah dia angkut tempat lain. Eii, psyco lah pakcik ni.. Tak suka!! Tapikan tadi dia ada cakap " eh, aku ingat korang ni budak tahun satu.." Owh, ni mesti nak kenakan kami nih.. Sorilah pakcik, kami dah pernah kena dulu. So, pisang takkan berbuah dulu kali yer! Waktu tu memang kami terus bincang dua orang dalam bahasa melayu, nak buat apa kat pakcik nih.. Takkan nak ikut cakap dia..

Sebenarnya dulu dah pernah je jadi macam ni. Memang ada sesetengah pakcik teksi suka ambil kesempatan teruatama pada pelajar baru macam kami dulu. Dulu tak apalah sebab dah terkena. Habis terbang 5JD sebab pakcik tu tak nak kasi duit lebih. Dia kata ni sedekah kami untuk dia. Amboi.. Orang kasi sedinar, dia ambil semua pula. Melampau tu..

Kali ni, kita dah siap-sedia. Pesan sorang senior dulu, kalau jadi macam tu buat-buat tak faham je. So, kita pun buat la macam tu. Kami berhenti jauh sikit dari rumah. Kasi duit sedinar terus blah. Pakcik tu panggil-panggil lagi minta lebih. Tapi kami buat-buat tak dengar je. Nak kasi ayat quran tegur pakcik ni macam blur la pula malam ni. Sakit gigi punya pasal, saya tak ingat apa dah. Ingat nak balik je.

Bila kami keluar, kami plan nak jalan tempat lain kejap kasi pakcik tu pergi dulu. Takut-takut nanti dia ikut ke rumah. Tapi bila dah jalan 5 minit, kami patah balik ikut jalan asal.

Tiba-tiba, aik??? Kenapa pakcik tu punya teksi ada lagi? Menunggu kami ke? Memang sah sangat itu teksi dia.. Alamak, kami memang dah kecut perut. Tunggu lagi 3 minit pun, tak jalan je pakcik ni.. Ish..So, takpelah. Kitaorang pun guna la jalan jauh sikit. Pusing simpang sebelah untuk ke rumah. Takut kalau jalan tepi teksi dia, nanti dia panggil minta sedekah lagi.

Tengah-tengah kami jalan menuju ke rumah tu kan, tetiba-tiba nampak teksi tu nak jalan depan kami. Alamak, bertembung la pula. Sebenarnya awal-awal kami tak pasti itu teksi yang sama atau tak. Tapi jalan rumah kami jarang teksi lalu kecuali kalau dia lalu ikut jalan yang pakcik teksi tadi berhenti. Usyar dari jauh memang nampak muka pakcik tu. Sah, dia pakcik teksi psyco... Eh, kena selamatkan diri nih..!

Maisarah dan saya memang dah takut gila. Tak kisahlah orang nak kata kami ni penakut lebih. Daripada kena paksa macam dalam teksi tadi, baik kami lari jauhkan diri, ye tak?? Kami terfikir karang kalau jalan terus masuk rumah, nanti dia nampak rumah kami. Dah la teksi tu jalan slow-slow macam tunggu orang. Kitaorang tak tahu nak buat apa dah waktu tu. Tetiba nampak kereta jiran yang diparking kat depan rumah dia. Pastu terfikir, nak nyorok dalam rumah jiran ke nak nyorok belakang kereta je??

Bila teksi tu dah mendekat, kami tak sempat pergi mana dah. So, terus menyorok tepi kereta tu. Mula-mula menyorok bahagian depan, pastu bila teksi lalu, meyorok bahagian tepi. Bila teksi tu dah lepas, kami menyorok ke belakang kereta pula. Ya rabbi, memang takut gila. Terasa macam main aci nyorok je dari penjahat. Dah la dua orang pulak tu menyorok belakang satu kereta.

Boleh bayang tak macam mana rasa nak mengelak dari jumpa orang yang kita takut sangat?? Macam tu la yang kami rasa! Kami stay still kat belakang kereta tu sampailah teksi psyco tu pusing masuk simpang lain. Bila dia dah hilang, apa lagi, teruslah kami buka langkah seribu lari masuk rumah cepat-cepat. Haish... apa kes jumpa orang pelik malam ni. Nasib baik ada geng lari. Kalau sorang-sorang, maunya saya panggil muraqib datang tolong. T_T. Gila apa kena kejar dengan pakcik teksi psyco..

Tiba-tiba terasa jadi trauma naik teksi. Nak lapor pada siapa ye? Selalu kalau ada kes apa-apa jadi, orang lapor pada saya. Ni dah saya pulak kena, saya kena melapor pada diri sendiri la kot.. Huhu.. Takuttt.. Semalam ada akhawat kena kacau gak, hari ni diri sendiri pula yang kena. Haish!!!

Pada Pakcik Teksi yang psyco,anda bernasib baik sebab saya tertinggal pepper spray kat rumah. Udahnya saya lari je.. Kalau saya bawa benda tu, siaplah pakcik kalau nak over-over dengan kitaorang! Ada yang masuk KAUH( King Abdullah University Hospital) terlebih awal karang.. T_T (ish, mcm la pakcik tu baca entry ni...)

Malam ni batal semua rancangan nak ke program PERMAI. Sori yer Fathiyah. Penat satu hal. Takut pun satu hal juga. Minta maaf banyak-banyak. Malam ni nak cool down dulu. Debar jadi James Bond main aci nyorok ngan pakcik teksi tak hilang lagi. Nanti hilang, kita join yer.. =P Ok, selamat malam. Doakan kami selamat-selamat selalu...

Sistem JUST

9:34 PM 18 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat. Minggu ni kami tiada exam. Macam pelik pula rasanya. Dah biasa exam setiap minggu, bila sekali tiada rasa boring ya amat la pula. Nak baca buku malas. =P

Hurm, rasanya hari ni saya nak cerita sikit lah pasal suasana pembelajaran di university saya. Nama universiti saya Jordan University of Science and Technology atau nama pendeknya J.U.S.T. Kalau dalam bahasa arab pula, namanya Jamiah 'Ulum wal Teknolojia Urdun.

Sistem di jordan ni lain sangat dari sistem di Mesir. Jadi ada baiknya lah kalau siapa yang nak memilih antara Jordan dan Mesir tu tau dahulu beza sistem dia macam mana sebabnya memang sangat-sangat berbeza. Dengan negara lain, saya tak pasti la pula. Nanti siapa-siapa yang dah baca tu, bolehlah kasi komen yer cerita tempat korang macam mana.

Saya cerita kali ni setakat yang saya tahu saja tau. Saya baru tahun dua. Yang klinikal-klinikal tu saya tak berapa arif sangat macam mana.

Okay, pertama-tamanya di universiti saya ni langsung tiada benda bernama assigment. Jadi setiap hari, korang datang universiti dengar kuliah pastu balik. Tu je kerja dia. Takde assigmnet, takde tutorial. Memang macam sangat-sangat rileks. Kalau tak pandai urus masa sendiri, leka je memanjang maknanya korang tempah kubur la jugak sebab sini exam berterusan. Ha.. itulah pengganti kepada assigment dan tutorial yang takde tu.

Exam di sini selalunya hari sabtu dan ahad. Kadang-kadang terkeluar gak ke hari isnin dan selasa. Bila exam ikut sukati pensyarah. Ada yang kena berderet tapi selalunya kalau pandai pujuk doktor, insyallah lah boleh dapat exam selang seminggu. Kebiasaannya akan seminggu sesubjek la.

Pernah tau ada yang bising pada saya bila dia ym saya, saya asyik cakap saya tengah study sebab minggu ni exam. Setiap minggu dia buzz, mesti tu yang saya cakap. So, maybe dia ingat saya bohong dia kot. Hehe.. Saya tak bohong tau! Ni real punya.. Pulak tu, selalu sangat first exam habis terus sambung second exam. Jadi mana ada minggu free antara dua tu. Tapi kali ni kami bernasib baiklah sebab dapat cuti seminggu. So, enjoy!!! Hikhik...

So, bila kita cantum mingu-minggu exam 1st dengan 2nd jadilah tempohnya dalam sebulan dua macam tu. Panjang kan? Sambil exam tu pula ada kuliah lagi. Jadi kenalah sambil revise sambil dapat baru. Dulu mula-mula tension juga. Tapi lama-lama dah biasa. Sistem ni latih kita jadi sentiasa bersedia. Macam nak jadi doktorlah. Kena alert selalu kan? So, siapa yang nak rasa belajar lama-lama hujung-hujung nanti baru exam, pergilah ke Mesir. Jordan dia sambil belajar smabil exam ya... ^_^

Lepas tu, sistem exam sini tiada bertulis dan tak de essay. Semua ABC jer! Sistem objektif. Jangan ingat senang objektif je. Sangat tricky tau. Salah tembak, markah terbang. Kalau waktu tahun satu, soalan purata satu subjek 30 soalan. Kecuali fizik, 15 soalan je. Masa kalau 30 soalan tu 40 minit. Lagi pendek soalan, lagi pendeklah masa. ^_^ Naik tahun dua ni dah banyak sikit. Kata senior nanti mungkin cecah 100 soalan per subjek. Huhu... Time klinikal nanti baru ada essay ngan oral.

Faham-faham la soalan objektif ni. Kadang-kadang semua jawapan betul tapi dia nak yang palingggggggg betul. Memang orang Jordan, dia dah biasa bersistem objektif saja sejak sekolah rendah. Jadi dioarang memang hebatla dalam soalan-soalan jenis ni. Kita yang Malaysia ni macam kureng sikit sebab kita kan banyak jenis soalan time SPM dulu. Ada objektif, subjektif, essay. Jadi macam penguasaan kurang kot. Kalau siapa terer, memang no hal lah!..

Kemudian, kami jarang ambil exam pakai kertas. Semuanya online dalam komputer. Rasanya ni macam pernah cerita dulu~ So, penggunaan kertas di Jordan ni memang sangat ciput. Pen pun kitaorang jarang beli kecuali kalau yang rajin buat nota lah.. Save budget. Hahaha....

Eh lupa satu benda, kat sini korang takkan boleh check jawapan untuk exam kecuali kalau Doktor tu baik nak kasi. So, cara kitaorang, sorang hafal la dalam dua tiga soalan pastu balik rumah kita gabung semua orang. Ye la, mana nak larat hafal semua soalan. Banyak tu. Tapi kalau langsung tak hafal, kita langsung boleh check tak tahu mana betul mana salah.

Dulu pernahla jumpa sorang doktor tu nak mintak jawapan, pastu dia kata "This is the price you have to pay here. You cannot get the scheme answer. You have to find by yourself in the book.." Wa!!! T_T Sungguh tak spoon-feeding langsung! Jadi, kadang-kadang macam tak puas hati gak la kalau kita bajet-bajet betul banyak sekali kuar markah gila sikit. Nak check pula tak boleh, macam mana? Jawapan dia: redha je la...

Lagi satu kan, kat sini korang akan dilatih belajar terima kejutan tau. Macam mana? Ha... Setiap kali habis jawab exam, pop! Markah terus keluar on the spot!!! Berdebar oo setiap kali nak tekan butang Proceed. Takut tengok markah tambah-tambah kalau subjek-subjek killer tu. Tapi lama-lama dah biasa. So, takde dah la kena gelombang heart attack sangat lagi bila dah naik tahun dua ni. Hanya time final je yang markah direserve dulu. Tu pun markah kita check nanti kat rumah dalam web JUST. Itulah cara terima kejutan kat sini. Kiranya berlatih la untuk jadi doktor yang hidup penuh kejutan nanti. Hehe...

Walaupun di JUST ni budak-budak Melayu dah makin ramai dalam 300+, tapi masih gak macam sikit. Sebabnya kelas pun campur dengan budak arab kan, jadi still muka Melayu macam minoriti lagi la. Tapi kalau sudah sebatch sekarang masuk sampai 90+, rasanya lagi lima enam tahun maunya komuniti Melayu jadi ramai gila kat sini...

Hurm, setakat tu dulu kot. Nak ke tafaquh ni. Nnati ada lagi saya cerita ya. Salam~

Mari sama-sama buat Korban!

7:17 AM 8 Comments A+ a-


Assalamualaikum

Terpanggil untuk berkongsi sesuatu apabila saya mendapat mesej YM dari PERMAI mengenai tempahan korban. Nampaknya Aidil Aidha dah semakin menghampiri. Tak lama lagi kita akan kembali merayakan suatu hari bersejarah dalam kalendar Islam iaitu Hari Raya Korban.

Apa kata kalau kita ramai-ramai jadikan Hari Raya Aidiladha kali ni lebih meriah dengan ramai-ramai kita buat korban sama-sama pada yang mampu? Tak mahal mana sangat saya rasa sekarang sebabnya duit biasiswa pun dah naik kan? Kalau dulu kita dapat JD250, sekarang ni dah dapat JD478. Tempahan korban tu pula paling mahal pun setakat JD215 untuk satu bahagian unta. Kalau satu bahagian daging baru JD130, kalau seekor kambing pula setakat JD150. Kalau buat korban paling murah pun masih ada lagi JD348 sebulan.

Lagipun banyak kelebihan kalau kita buat korban ni.

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

1. Menambah amal kebajikan.


Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2. Sebagai penebus dosa

Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)

4. Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:


Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."(Hadith riwayat Tirmidzi)

5. Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

(dipetik dari laman web Info Ibadah Haji Dan Korban)

Eh, lupa pula nak letak dalil pensyariatannya.

1. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

2. Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

3. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Maka sahabat sekelian, jomlah ramai-ramai kita sama-sama buat ibadah korban ni. Ini antara jalan untuk kita tunjukkan rasa syukur sebab perjuangan kita nak naikkan biasiswa selama ni berjaya. Bila lagi kan? Luak sikit sahaja pun. Tak ke mana. Nanti bulan depan dia tambah lagi.. ^_^ Jom kita sama-sama PERMAIkan diri masing-masing..

Ask, Search And Knock

2:47 AM 6 Comments A+ a-



ASK....Then you will be given,
SEARCH.....Then you will find,
KNOCK.... Then it will open.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang kalian fikir???
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dulu saya pernah jadi orang yang takut tak bertempat. Takut sangat-sangat. Takut nak tanya. Takut nak kasi cadangan. Takut nak itu. Takut nak ini. Semuanya serba takut. Kenapa saya takut? Saya takut orang fikir saya begini. Saya takut orang fikir saya begitu. Kadang-kadang takut sebab takut orang tu marah.

Jadi kadang-kadang saya suka main pas-pas pada orang. Lepas tu suatu hari tu saya ada pas sesuatu pada seseorang untuk diberitahu pada sorang cikgu ni. Sebab saya takut nanti cikgu tu tak terima cadangan dan permintaan saya. Kawan saya tu pun pergi la beritahu cikgu tu. Kemudian dia balik pada saya dengan bawa suatu hadiah. Tapi dia kata itu hadiah dia dan bukan hadiah saya sebab dia yang pergi minta. Dengan muka selamba dia kata "siapa minta, dia la yang dapat".

Saya terdiam. Saya nak juga. Tapi saya tak berani minta. Cikgu tu siap pesan pada kawan saya untuk hebah-hebah "siapa yang minta sendiri, dia sendiri dapat". Okay, itu memang dah tutup jalan biasa saya. Nak tak nak, saya terpaksa minta sendiri pada cikgu tu. Takutnya bukan kepalang. Takut kena marah dan takut tak dapat.

Tak mula apa-apa lagi, cikgu dah tanya nak apa dengan nada yang serius yang amat. Habis terbang segala sisa-sisa berani saya. Bila saya minta, cikgu diam. Saya rasa gelisah. Cikgu ni tak nak kasi saya ke? Hurm..tak nak la tu. Takpelah, bukan rezeki saya.Baru nak keluar, cikgu panggil balik.

Cikgu tanya 'kenapa saya tak suka guna diri sendiri?' Eh, mana cikgu tahu? Owh, rupanya cikgu suka perhati anak murid dia. Habislah saya kena menjawab.. Tapi saya banyak diam sahaja. Kata cikgu orang yang begini nanti hidupnya susah. Asyik bergantung sahaja.

Cikgu kata lagi Allah kasi tulang empat kerat dan akal upaya untuk buat kerja diri sendiri secara sendiri. Kalau susah sangat baru mintak tolong orang. Kenapa mesti takut dan malu? Sikap saya ni macam setakat duduk senang lenang sambil tunggu mukjizat datang. Tak pernah dalam sejarah kita duduk senyap-senyap, panggil saja semua datang. Dunia Harry Potter tu lain cerita la.

Kita kena usaha. Kita kena cuba. Kita kena ikhtiar. Tiada benda tiada penyelesaian. Semuanya ada cuma kena cari mana. Kalau gagal lepas usaha, itu maknanya masih ada yang boleh diperbaiki. Tapi kalau gagal tanpa usaha, itu memang jodoh namanya.

Saya diam saja dengar cikgu cakap. ~Baik cikgu~ Saya jawab lepas tu saya pergi. Saya sempat dengar cikgu kata cikgu doakan saya berjaya ubah perangai saya. Mata saya bergenang. Agaknya cikgu tahu kot susah sangat saya nak ubah cara saya ni. Saya memang penakut.

Balik rumah, saya fikir balik sendiri sorang-sorang. Saya cuba hadam semua makna tersurat tersirat yang cikgu kasi. Pastu, saya terfikir agaknya saya ni menyusahkan orang kot. Tapi nak buat macam mana? Memang saya dah macam ni...

Tiba-tiba kan saya terpandang satu kertas depan saya. Di kertas tu ada tulis ayat Quran yang berbunyi " Allah takkan ubah nasib satu kaum melainkan mereka sendiri ubah nasib mereka"

Buk! Adoi! kenapa terasa macam kepala saya kena baling batu bila baca ayat tu? Macam nak perli saya je. Baiklah, saya ngaku saya saja cari alasan sebab saya tak mahu berubah. Saya yang malas nak ubah diri saya.Huhu...

Baiklah, Saya tak mahu lagi jadi malu dan takut! Saya tak mahu lagi jadi segan. Saya mahu cuba sedaya upaya. Saya mahu cari jalan saya sendiri. Saya mahu rasa puas atas apa yang saya buat. Terima kasih sebab tegur saya~

Cikgu kata usaha tu banyak. Cari itu usaha, minta juga usaha, ketuk pintu juga usaha. Kalau tak usaha ketuk pintu, mana orang dalam tahu orang luar nak masuk jumpa. Banyak benda boleh jadi usaha. Tapi semua mula dari diri kita juga. Maka, silalah berusaha~

Itu zaman dulu-dulu. Sekarang saya tak macam tu dah. Kadang-kadang saja! Tapi saya akan tetap berusaha! (^_^)y Oh ya, lupa... Kalau kalian dah berusaha sedaya boleh, jangan lupa juga usaha untuk Yang Esa. Dia itu Hebat~ Insyallah, dia mesti kasi kalau kalian minta. Rapat-rapatlah dengan Dia. Jangan segan-segan. Dia sayang semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota ringkas:

Dengan penuh pengharapan, saya pohon kalian semua doakanlah sorang kakak senior saya di sini.. Sekarang dia tengah sakit teruk di hospital. Saya sayang dia. Kami semua sayang dia. Tolonglah doakan untuk dia. Minta dia cepat sembuh dan kuat lawan penyakit dia. Mana tahu ada dikalangan anda yang doanya lebih makbul dari saya.. Doakanlah dia ya. Selamat kakak dari sebarang bahaya Ya Allah... Amin ya rabbal 'alamin...

Mabruk Amira~

3:58 AM 8 Comments A+ a-


Salam

Malam semalam saya baru dapat berita dari mama yang adik saya nombor tiga, Amira Amalina dapat anugerah Tokoh Pelajar di sekolah yang sedang dia belajar sekarang iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat

Mabruk Mira!! Tahniah.. Generasi terakhir penerus kecemerlangan anak perempuan keluarga Mohd Noor di SKPTM. Lepas ni dah habis dah adik perempuan kat situ. Tinggal yang lelaki pula.

Yang pastinya kalau ada dikalangan kami yang berjaya dalam sesuatu terutamanya akademik, mama dan abah mesti ada beri ganjaran istimewa pada kami. Yang lain-lain pun bolehlah tumpang sekaki sama. Wah, sakanlah mereka! Ruginya saya dah tercampak ke sini. Ini yang terasa nak buat claim balik Malaysia nanti ni.. =P

Ini lagi seorang budak yang dah habis zaman sekolah rendah. Lepas ni rasanya kampung tu akan jadi lebih kosong la kot sebab Amira ni memang bercita-cita nak ke sekolah berasrama. Kesian Aiman. Nasiblah dia sebab takde sepupu sama baya kat situ. Sudahnya sepupu tak sebaya semua dah sekolah lain-lain. ^_^

Hari Khamis ni keputusan UPSR akan keluar. Mesti Amira ni tegah berdebar-debar tunggu keputusan ujian besar dia yang pertama. Kak Ina doakan supaya Mira dan kawan-kawan semua dapat 5A yer. Amin... (Doakan sama ya semua!)

Selamat ber'SPM'

8:59 AM 9 Comments A+ a-



Ini entry wajib walaupun esok saya exam. =P

Budak di atas ni nama dia Asyraf Syahmi Bin Mohd Noor a.k.a adik saya yang nombor dua. Sekarang dia tengah berdebar nak melalui peperiksaan SPM. Hoho... Besar panjang dah rupanya budak nih. Ni seteru nombor satu saya. Waktu kecil, kami suka berlawan pakai tenaga tapi dah besar suka berlawan pakai pencapaian pula. Dari kecik sampai besar tak habis-habis nak berlawan dengan kakak dia. Tapi memandangkan saya dah matured, maka biarlah dia nak jadi lebih hebat dari saya.. Tapi dia selalu tak mahu mengaku saya lagi best..Hehehe....

Well, esok dah nak SPM jadi saya nak wish pada dia:

GOOD LUCK ASYRAF!!! All the best! Kamu boleh buat punyalah.. Insyallah.. Jangan gelabah-gelabah.. Jawab baik-baik.. Rileks.. Ingat Allah selalu... We believe in you, dear! Semoga dipermudahkan atas segala urusan.... Semoga dapat jawab dengan baik dan dapat score straight A1...Aminnn..

Oh lupa, semoga Allah permudahkan juga jalan kamu nak Russia macam yang kamu nak sangat. ( Ada ke patut dia taknak ke Jordan sebab ada kakak kat sana.Kurang asam punya adik! Tak hilang lagi dia punya tak nak sama tu.. ) Pergilah ke Russia tu.. Nanti boleh Kak Ina jalan-jalan sana sekali sebab ada mahram. Hehe.. Best gak!

Juga tak lupa pada sepupu kitaorang, Maziah binti Mohaide yang sama gak nak ambil SPM esok. Good luck Dik Yah! All the best! Semoga korang terus sukses selalu.. Kak Ina akan selalu doakan korang dari sini.. ^_^

Erm, rasanya macam ada lagi sepupu-sepupu yang ambil SPM esok tapi tak ingatlah.. Huhu.. Maaf di pinta tapi takpe lah. Umum buat semua warga SPM esok, good luck ya korang! BUat yang terbaik. Koranglah anak watan harapan bangsa.. Chewah.. Hehe.. (^_^)Y

p/s: Note to KS ---> Lupa nak kasitau. Asyraf dah berjaya terpilih wakil Malaysia untuk INTEL tahun ni.. (Syukran semua sebab doakan dia!)

Lawatan virus

8:28 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Tiga hari lepas, saya ada buat status mahu menjadi Alice In Wonderland gara-gara ingin bertemu dengan penghuni dunia Microbiology. Sudahnya tak sangka pula hajat saya menjadi. Bukan saya yang mengecil seperti Alice tapi virus pula yang datang buat serangan.

Bermula dari pagi Jumaat lepas, saya mula terasa tak sedap badan badan dan tak lalu makan. Ingatkan biasa-biasa saja jadi saya biarkan. Tengahari itu pula saya pergi belajar bersama-sama Mahera di rumah dia. Sambil belajar kami makan la sikit-sikit apa yang patut.

Lepas zuhur, tiba-tiba perut saya sakit semacam. Ingatkan sakit biasa sekali pergi tandas, habis semua saya keluarkan. Muntah sakan saya hari jumaat tu. Kalau tak silap, saya muntah dekat 5 kali dari lepas zuhur sampailah ke waktu isya'. Tak cukup muntah, kena pula diarrhea lagi. Jadi trauma pula nak makan. Memang semua yang saya makan semua keluar balik. Macam takde yang tertinggal satu pun.

Jadi saya ambil keputusan tak mahu makan dah. Minum air sahaja. Tapi malam tu kerja muntah air sahaja. Siksanya Ya Allah. Tak suka betul kalau muntah! Dah la kat rumah orang, banyak kali pula. Nasib baik boleh timing bila nak pergi toilet.

Saya ingatkan saya demam tapi badan tak panas pun. Kawan-kawan pun pelik. Ramai pula yang suspek keracunan makanan tapi rasanya apa yang saya makan semua Mahera makan sama. Entahlah. Pening juga fikir.Lagipun, kepala waktu tu dah terhuyung-hayang dah. Nak balik rumah sendiri memang tak berani lah sebab kena berjalan jauh atau naik teksi. Naya kang pengsan sorang diri. So, saya tidur sahajalah kat rumah Mahera.

Esoknya kami ada exam Microb. Macam nak nangis saja jawab exam dalam keadaan kepala pusing-pusing macam tu. Memang tawakkal sungguh-sungguh pada Allah la nak jadi apa. Janji saya dah try jawab sehabis baik. Alhamdulillah, bila selesai markah yang saya dapat boleh tahan. Jadi, takdelah sedih sangat.

Habis exam, terus saya dan housemate pergi ke klinik. Rupanya di sana, doktor kata saya kena viral infection. Itu yang sampai cirit dan demam. Tekanan darah saya juga jadi rendah sebab dehydration.Lagipun saya tak isi badan langsung dengan sebarang makanan selama 3 hari. Kecut perut takut muntah. Yang peliknya boleh pula tak rasa lapar. Hehehe...

Cumanya ubat antiviral memang tak ada. So, rawatannya cuma bed rest la. T_T Maka, selama dua tiga hari saya berkurung bawah hiram bina kehidupan di alam lain sebab di alam realiti ni dah jadi pening-pening lalat. Baru la waktu tu sedar betapa nikmatnya waktu sihat pada manusia.

Alhamdulillah, hari ni dah sembuh! Syukran pada yang mendoakan. Nasib baik sembuh hari ni. Ada lagi sehari mahu exam biostat pula. Even terlewat sedikit, tak apalah. Yakin boleh! Huhu.. Doakan saya ya... Saya kena review overspeed hari ni supaya dapat tangkap balik semua untuk esok. Nampak gaya, macam ada yang kena stay up saja malam ni. Nak buat macam mana kan? Tu pun kira oklah sihat hari ni. Kalau tak sihat lagi, mahu ke exam biostat ni pun saya masih rasa macam dunia menari-nari je.. So, syukurlah...

100 tag from Drug Blogger

4:43 AM 17 Comments A+ a-

Uhuks~ Aiseh, banyaknya sawang dalam blog ni. Siap dapat hadiah dari sorang budak sebab lama tak meng'update' blog.. Padan muka, sebab malas update punya pasal, ada orang kasi can bubuh entry baru! 100 questionaire X_X .. Maaf pada yang tertunggu-tunggu..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Amaran awal: Tag ini sangat panjang! Jangan baca selagi tiada masa lapang yang betul-betul panjang!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

.: Dear Miss Drug, Terima Kasih.. T_T :.

( p/s: jawapan saya dalam bahasa melayu yer!)

01. What have you been doing recently?
Merebus buku microbiology untuk sarapan sabtu ini + berangan untuk jadi Alice in Wonderland sebab nak pergi melawat semua penghuni dunia Microb!

02. Do you ever turn your cell phone off?
Tidak..Sebab nanti takut kena marah bila ada kes mahu dilapor tapi polis tak angkat telefon..Grr..

03. What happened at 10.00am today?
Makan kat cafe sambil buat jejak kasih bersama budak-budak Dentist!

04. When did you last cry?
Entah.. Tapi yang pasti waktu itu keceriaan pergi melancong sekejap, tinggallah saya sorang-sorang.

05. Believe in fate/destiny?
Semestinya... Beriman pada Qada' dan Qadar itu rukun hidup saya!

06. What do you want in your life right now?
Berjaya dunia akhirat dan semua doa dimakbulkan Allah.. Aminn..

07. Do you carry an umbrella when it rains, or just put up your hood?
Kalau di Jordan, lebih baik pakai hood daripada payung kalau tak nak kena gelak... Huhu..

08. What's your favourite thing to have on your bed?
ESKIMO!!! ---> maklumat: ESKIMO adalah sejenis selimut bulu-bulu ala-ala karpet seberat 8 kilo untuk kegunaan di musim sejuk bagi mengelakkan anda beku di waktu tidur..

09. What bottom are you wearing now?
Seluar jubah

10. What's the nicest text in your inbox say?
" I believe in you " ---> Dari mama + abah : Ubat waktu tengah lemah semangat

11. Do you tend to make a relationship complicated?
Erm, komplikasi boleh membawa kepada kematian.. Jadi lebih baik jangan.. Hehe..

12. Are you wearing anything you borrowed from someone?
Sekarang tidak. semua dah pulang..

13. What was the last movie you caught?
Kurosagi - Cerita Jepun ala-ala Robin Hood.. Ha, sugoiii...^_^

14. What are you proud of?
Bila sebarang masalah selesai dengan jayanya..

15. What does the oldest text message in your inbox say?
"Selamat belajar ke Jordan.Jangan lupa diri, lupa kami. Semoga Allah sentiasa rahmati kamu.." ---> Dapat malam sebelum waktu nak berangkat ke Jordan pada 31 ogos 2007

16. What was the last song you sang out loud?
Rising Sun! Setiap kali ngantuk waktu belajar.. =P

17.Do you have any nicknames?
Banyak sangat!.. Ina untuk keluarga, Ainul untuk kawan, Arina untuk orang Arab, Chinul untuk budak gopeng, Ain untuk kawan2 Arab waktu tahun satu, Auriss Haira untuk buku, Madihah untuk orang yang tak pernah dengar nama Madhiah, dan Madhiah untuk orang yang sesuka hati dia nak panggil nama saya yang tak pernah di guna!

19. What time did you go to bed last night?
10.40 malam. Itu pun sebab Irbid black-out! Kacau daun je orang nak study... -_-

20. Are you currently happy?
Ya,saya tak suka tak happy

21. Who gives you best advice?
Keluarga saya dan kawan-kawan yang ada bakat jadi kaunselor

22. Do you eat whipped cream straight from the can?
Erm, hanya dibuat sewaktu masih fasa kanak-kanak ribena.

23. Who did you talk on phone last night?
Kak Khalilah

24. Is anything bugging you right now?
Oh ya, buku & nota Microbiology yang tengah beratur untuk dikerjakan..

25. What/who was the last thing/person to make you laugh?
Sepuluh minit yang lalu ---> KS! Sebab dia berjaya kenakan semua orang... Huahaua.. Nasib baik tak kena sama...

26.Do you wear toe socks?
Selalu jer...

27. Who was the last person you missed a call from?
Ku Amira seab waktu tu tengah mode silent

28. Have you ever had your heartbroken?
Owh selalu je kot.. ^_^ Broken biasa-biasa je.. Nanti lama-lama oklah balik

29. What annoys you most in a person?
Kerek overdose + Perasan bagus --> Perlu dijauhi sebelum saya jadi incredible hulk

30. Do you have a crush on anyone?
~Shhh...~

31. Have you ever done cocaine?
Oh, tidak! Hanya jumpa dalam buku Pharma sahaja...

32. What is the colour of your room?
Tak spesifik.. Tapi kebanyakannya merah + pink...

33. Would you kill someone you hate for a billion dollar?
Na'uzubillah... Haish, simpang malaikat empat puluh empat..

34. Do you believe in the saying of :"talk is cheap?
Ya kalau isi percakapan tu memang hampeh dan tak kena masa

35. Who was the last person to lie in your bed?
Tak ingat sebab bilik saya memang selalu jadi R&R area ni.. ^_^

36. Who was the last person to hug you?
Entah, setiap kali jumpa kawan yang lama tak jumpa mesti berpeluk... So, tak ingat la..

37. Did anyone see the last person you kissed?
Ramai kot.. Waktu kat airport.. Cium family sendiri la..

38. Do you have a life?
Owh, semestinya.. I love my life!

39. Have you ever think someone died, when they really didnt die?
Yup, terutama bila dengar khabar kematian.. Wa, jadi sangat takut!

40. What is the reason behind your profile song?
Tak ada apa-apa. Setakat saya suka jer..

41. Who was the last person you saw in your dream?
Irbidians and Malaysians ... Spesifik saya tak ingat!

42. Last time you smiled?
Sebelum tulis ayat ni. Sebab sambil sembang YM dengan kawan..

43. Have you changed this year?
Erm, wallahualam.. Berubah sikit kot. Lebih matang.. *aish.. malu*

44. What are you listening right now?
Kompilasi lagu-lagu kegemaran dalam laptop

45. Are you talking to someone when you doing this?
Ya, tengah sembang ngan Fathiyyah Mesir

46. Do you walk with your eyes open or closed?
Dua-dua tapi rasanya belum pernah berjalan waktu tido tapi kalau berpidato tu biasa lah.. opss...

47. Is there a quote you live by?
PUT YOUR TRUST IN ALLAH!

48. Do you want someone you cannot have?
Kadang-kadang.. ~ Ah, jadilah hamba yang bersyukur Ainul..!~

49. Have you ever played an instrument?
Piano ~ Obses teramat tapi reti dua tiga lagu je.. ces~

50. What was the worst idea you've had in this week?
Cari ubat yang Alice in Wonderland pakai untuk jadi kecik pastu jadi kecik and pegi lawat segala virus, bakteria dan menatang-menatang microb yang lain

51. What were you doing last night at 11.00pm?
tidur....

52. Are you happy with your love life right now?
my love? family? kawan? owh, sentiasa happy.. tapi kalau partner yang lain itu, masih tiada.. Haha

53. What song best describe your love life?
erk? Erm, lagu tentang cinta hidup saya? Entah! Ballon -DBSK * childish sungguh*

54. Does the person know that you like him/her?
Ahak~ My diary!

55. Who always make you laugh?
Kawan-kawan tercinta~

56. Do you speak other language other than English?
melayu, arab, jawa, jepun ----> coming soon: cina, korea, france, dan tengoklah nanti nka belajar apa lagi...

57. favourite website(s)?
Baik jangan suruh saya senarai.. Karang tak cukup page!

58. What's your middle name?
ARINA.. haha.. Kalau ikut fesyen nama arab : Ainul Arina Madhiah Mohd Noor MOkhtar Al-taktau(surname..!)---> Di mana middle name kalau macam ni?

59. What are you doing tomorrow?
Pergi kelas Tafaquh, pastu Study sebab sabtu exam!

60. What do you think you are like?
unpredictable?? Erm, ntah... Tanya orang lain lah..

61. Who will you choose to die with?
aish, soalan peliknya? Saya berharap saya mati dengan gelaran syahid.. T_T

62. Where have you been today?
Jamiah Ulum Wal Teknolojia, Irbid, Jordan + Bilik sendiri ngadap buku dan laptop

63. What game do you play often?
Bina perkataan dari huruf-huruf dalam telur ayam (mende ntah nama dia.) + sudoku

64. Who are you missing right now?
Keluargaku di Malaysia

65. If you have to choose between friend and loves, who will you choose?
tak tau.. tunggu masa kena, nanti saya kasi jawapan

66. What are you doing right now?
Sembang YM ngan Fathiyyah, jalan-jalan ronda blog, jawab tag, cari idea nak masak apa ---> Kesimpulannya saya tengah berehat dari baca buku!

67. Which primary school are you from?
SRI Abim Sg Ramal Dalam(Kajang)+ SK Puchong batu 14 (Puchong) + SK Permatang Tok Mahat (Penang)

68. Name 3 colours that you like?
black, pink, purple

69. What emotion you like to show?
(^_^)Y

70. What is your life to you?
Sangat penting dan perlu penuh erti!

71. If you have something troubling you, what will you do?
Cari penyelesaianlah... Tak jumpa sendiri cari kaunselor. Takde kaunselor, sila lari!

72. Who did you last chat in msn today?
Ramai sangat da~ Latest :Fathiyyah

73. Who do you admire most?
MOST?? -- Nabi Muhammad s.a.w

74. Which month are you born in?
Oktober

75. How are you feeling right now?
Happy go lucky + i wish the time stop ticking!

76. What is the time now?
4.46 petang ---> Azan maghrib dah nak berkumandang

77. what kind of person do you think the one who tagged you is?
seorang yang suka merapu ngan saya and penting dalam hidup saya.. *wah..*

78.What colour did you use to dye hair?
Tak pernah la~

79. Why are you doing this test?
sebab dah tak de keja dan saja kasi manja-manja diri.. ahaks~

80. What do you do when you're moody?
Diam~ Keluarkan aura 'stay away from this monster'

81. At which age you wish to get married?
sama umur macam mak abah dulu.. eh2, opss... Tengoklah bial sampai seru

82. Who is more important to you? Girlfriend or friends?
Sama maksud la dua2 tuh...

83. If today is the last day of your life, what will YOU DO?
Teruskan hidup untuk mencari baki-baki pahala dan tangungjawab yang perlu disetelkan

84. Who is the person you trust the most?
Mama dan Abah

85. Do you believe in seeing a rainbow after a rain?
Ya, saya suka pelangi sebab pelangi mencantikkan..

86. If you have a dream come true, what would it be?
Gerenti masuk syurga~ Wahhhhh...

87. What is your goal for this year?
Be the best in everything i do!

88. Do you believe in eternity love?
ya~

89. What feeling do you love most?
Bahagia~

90. Do you really think its Global Warming now?
In November? Owh tidak~ November musim global freezing...

91.What feeling you hate the most?
Tension dan sakit hati

92. Do you cherish every single friendship of yours?
semestinya!

93. Do you believe in God?
For sure!

94. Who cares for you most?
Mama, abah dan keluarga.. Maybe some of my friends, i guess..

95. What do you think is the most important thing in your life?
Kepercayaan~

96. What will you bring when you fight?
Cara terbaru - Diam sediam-diamnya! Pengunnaan cara lain hanya bersama adik tersayang~

97. What have you done regretted doing in your whole life?
Adala...~

98. What would you feel if no one no longer cares for you?
Lost - blur - Sedih - Salahkan diri sendiri ke?

99. What if your boyfriend/girlfriend two-timed you?
Bye-bye! Sayonara! Ma'assalamahhh!

100.HOW DO U FEEL NOW?
Wa!!! Tak masak lagi! Maghrib dah masuk! *dush*

ok, cukup setakat ni ya! Saya masih terasa siksa nak habiskan tag ni, maka takde siapa dapat tag ni dari saya.. Huhu.. Okeh, Selamat solat Maghrib. Da~

Kita makhluk asing?

6:56 AM 11 Comments A+ a-



Pernah dengar kisah The Ugly Duckling? Ya, kisah si anak itik hodoh yang keseorangan sebab adik-adik lainnya semua cantik-cantik belaka sedang dia berbulu putih seorang diri. Anak itik yang ganjil itu jadi sangat rendah diri sebab selalu digelakkan kerana kepelikkannya. Ada siapa pernah merasa jadi anak itik ganjil tu?

Kamu manusia pelik!

Kamu manusia aneh!

Kamu lain dari yang lain!

Siapa di antara kita yang pernah dilontar kata-kata macam tu? Apa rasanya bila kita dicop sebagai orang yang aneh oleh orang di sekeliling kita? Tentu kadang-kadang kita rasa agak rendah diri kan bila diejek begitu.

Biasanya yang majoriti itu adalah yang biasa manakala minoriti pula termasuk dalam golongan yang luar biasa. Tanggapan sebegini menyebabkan ramai orang yang fobia untuk menjadi lain dari orang lain.Fobia dilihat sebagai makhluk asing selalu menjadikan kita bersikap seperti Pak Turut yang membuta tuli mengikut arus asal tidak dianggap terkeluar daripada lingkungan 'biasa'.

Salahkah menjadi orang yang luar biasa?

Saya selalu mendengar keluhan dan rintihan mereka yang takut untuk menjadi diri sendiri atas alasan tidak mahu nampak pelik. Malah, ada yang turut mengambil sikap berdiam diri bila ternampak kesalahan hanya semata-mata tiada siapa pun bersuara.

Hatta yang lebih menyedihkan ada yang mengelak untuk menjalani kehidupan ad-din yang syumul juga disebabkan tak mahu dilihat sebagai pelik.

"Aku tak nak lah pakai tudung. Nanti semua orang ingat aku alim. Sorang-sorang pula tu pakai..Malulah.."

"Isy,mana ada orang pergi sembang dengan pakcik cleaner tu. Ko ni pelik lah.."

"Eh,kau tak ada pakwe?? Biar betul kau ni.. Sekarang ni bercouple tu wajiblah.."

Aduh, tergamam jadinya mendengar kata-kata macam tu.Pernah juga saya terasa menjadi alien sebentar sewaktu membeli-belah di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Shah Alam bersama sepupu saya. Dengan berbaju kurung dan bertudung labuh bidang 60, terasa macam diperhatikan orang sekeliling pula bila mana di sekeliling kami semuanya berpakaian moden-moden belaka dengan penuh gaya yang pelbagai berbanding kami yang biasa-biasa saja. Bila dah camtu, terasa macam mood nak berjalan pun sudah hilang dek asyik kena jeling saja. Rasa macam nak balik rumah menyorok dalam almari pun ada.

Kadang-kadang bila kita mahu tepati masa, dikatanya kita skema. Kalau kita tak mahu ikut mengumpat, diejeknya kita konon bersih hati nurani. Bila kita mahu pakai tutup-tutup aurat, kononnya kita ni berfesyen kolot. Kalau kita baca quran tengah-tengah stesen bas, dikatakan kita ni sengaja menunjuk baik baca quran tengah orang-orang ramai.

Banyak lagilah kata-kata pesimis yang selalu menjadi penghalang kita daripada melakukan kebaikan. Hakikatnya dalam hati ini ada je keinginan, tapi bila nak buat tu terasa malu dan tidak yakin pula. Tambah pula dengan hadirnya kawan-kawan yang langsung tidak beri dorongan, sudahnya niat suci kita terus terlingkup tengah jalan.

Hadis Rasulullah ada menyebut, di akhir zaman nanti umat islam akan jadi seperti buih-buih di lautan. Banyak tapi tidak berguna. Sekadar terumbang-ambing dibawa arus. Itukah keadaan kita sekarang? Bila mana semua menjadi buih, kita pun mahu jadi buih. Tak mahu langsung jadi karang. Sebab apa? Sebab takut ditinggal sorang-sorang..

Kenapa kena takut? Kenapa mesti jadi pengecut? Kita ke yang salah?

Pernah tak kita fikir bahawa yang aneh itu sebenarnya unik. Yang ganjil itulah yang istimewa. Cubalah bayangkan kalau dunia ni sekadar satu warna sahaja, boringnya. -_-

Lagi satu, kalaulah semua manusia fikirannya sama, macam mana kita mahu pilih pemimpin yang boleh berubah dunia? Tak mungkin semua mereka boleh jadi pemimpin serentak bukan?

Nabi Muhammad sendiri sewaktu sedang berdakwah di awal zaman kedatangan Islam dilihat sebagai seorang manusia pelik bin ajaib yang turut dicop sebagai orang gila! Tapi sekarang kita lihatkan bahawa yang pelik itulah yang membawa kita mengenali tuhan Yang Esa. Yang Aneh itulah yang memberi kesedaran kepada manusia.

Saintis-saintis dahulu kala pun ramai terdiri daripada golongan-golongan aneh. Sangat aneh hingga mampu melahirkan pelbagai ciptaan baru untuk kita. Kalau tiada manusia-manusia aneh ini, mungkin sekarang kita masih lagi hidup di gua berlampukan sumbu dan berkenderaankan binatang biasa. Agaknya kalau begitu, berapa lama ya sejarah manusia Paleolitik menguasai dunia?

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan sebuah hadis, di mana beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء


Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Iman: Bab: Bada al Islam Ghariba, jld. 2, ms. 354, no: 370, Ibnu Battah dalam Kitab al-Iman, jld. 1, ms. 172, no: 605 dan lain-lain.

Pada mereka yang mahu berubah dan tidak mahu setakat menjadi orang biasa, saya sarankan majulah segera! Jangan biar pintu kejayaan yang anda bakal perolehi tertutup begitu saja. Sayangnya bila Allah sudah beri hidayah, kita pula tak mahu mulakan langkah hanya semata takutkan persepsi manusia. Bangun! Buktikanlah kamu semua masih mampu berjaya dengan menjadi diri sendiri.

Yang pelik itu tak semestinya terpinggir. Malah, jangan terkejut andai yang pelik itulah darjatnya paling tinggi di sisi Allah S.W.T. Yang penting kita tahu mana yang benar dan mana yang salah. Kita diberi nikmat iman dan fikiran. Jadi, gunakanlah nikmat itu sebaiknya.

Akhir kalam, jangan mudah menyerah walaupun kamu kelihatan pelik dan aneh di sisi manusia lain. Biar kita jadi ghuraba'(asing), asal kita tahu siapa diri kita. Biar dikutuk konon baik, asal kita tahu kita mahu mengelak neraka.Lantak sajalah mulut-mulut tajam yang cuba mengoyak-ngoyakkan semangat itu melalak sendiri hingga berhenti. Yang penting,Believe in your self! ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota : Motto baru ---> DARE TO BE DIFFERENT !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *