Tamparan Kasih Guru

5:49 AM 18 Comments A+ a-

Salam...

Tiga minggu lepas, kami punya lecturer Genetik sudah bertukar. Kalau dulu kami di ajar Dr. Nusier, kali ni tempatnya diganti dengan Dr. Suhaila pula. Orang bijak dan fasih berbahasa Inggeris. Telah menjadi antara doktor yang paling disukai budak-budak Melayu kerana Inggerisnya yang sangat terang dan senang faham. Ada kisah tentang dia yang ingin saya kongsi bersama

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Satu : TANGGUNGJAWAB


Kawan saya Nabilah pergi berjumpa dengan Dr Suhaila di luar kelas sebab nak minta penerangan lebih tentang satu konsep genetik. Habis belajar, dia ambil kesempatan mahu beramah mesra sekejap dengan Dr Suhaila.

Nabilah: Dr, kenapa kamu ambil bidang genetik?

Dr Suhaila: Sebab bidang ini adalah bidang yang berkembang dan umat perlukan seseorang yang boleh meletakkan satu sempadan kepada bidang ini supaya ia tidak disalahgunakan oleh orang yang bertanggungjawab. Dan saya mahu jadi antara orang yang membantu umat Islam.

Urgh, terdiam kawan... Jawapan paling bertanggungjawab pernah dia dengar bila diasak dengan perkataan 'Kenapa'. Terus dia terfikir, berapa ramai di anatara kita yang berfikiran sedemikian ya?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Dua : KEYAKINAN

Kami sedang di ajar tentang extron dan intron iaitu satu konsep dimana terdapat DNA-DNA tidak berguna yang akan dibuang apabila jalinan DNA diperiksa. Sedang khusyuk kami mendengar penerangan tentang konsep ini, tetiba Dr Suhaila terdiam seketika. Kemudian dia bersuara lagi.

Dr Suhaila: Ini satu penipuan. Sebenarnya semua yang Allah ciptakan ada fungsinya. Saya langsung tidak percaya bahawa DNA yang kononnya tiada guna ini langsung tidak ada fungsi. Kalau tak, mengapa Allah ciptakan dia? Baiklah, saya hendak kamu semua ambil fakta ini sekadar untuk skema jawapan buku dan bukannya satu kebenaran.

Owh, selagi lagi kami terdiam. Benar, mustahil juga setiap yang Allah cipta tiada fungsi. Mungkin kebenaran masih terselindung dari pengetahuan kita. Wallahualam...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Tiga: HORMATI GURU

Baru-baru ini kami ada peperiksaan di waktu kelas, maka ada sesetengah di antara kami yang tidak hadir kelas Dr Suhaila. Esoknya..

Dr Suhaila: Siapa yang tidak hadir kelmarin adalah orang yang biadap. Biadap pada saya dan biadap pada ilmu. Sepatutnya kamu beritahu dulu saya bahawa kamu tidak dapat datang ke kelas kerana ada peperiksaan. Kalau tak dapat jumpa, lekat saja kertas kecil di muka pintu bilik saya. Saya boleh consider keadaan kamu. Tak sepatutnya kamu biar guru yang ajar kamu tertunggu-tunggu kamu. Saya tidak pernah buat sikap sedemikian pada guru saya sepanjang saya hidup. Itu sikap yang biadap!

Terdiam semua orang tak kira melayu, arab atau bangsa lainnya. Ya, saya kira memang itu sesuatu yang benar. Pasti Dr Suhaila sangat marah semalam. Teringat pula Dr Yahya yang mengajar saya kimia tahun lepas. Sewaktu kami pelajar Malaysia tidak dapat hadir ke kelasnya, kami sepakat selit nota bawah pintu macam cerita P.Ramlee sebab Dr tiada waktu itu. Sudahnya, esok Dr canang habis di kelas bahawa dia sangat menghargai cara kami kerana dia terasa bahawa dirinya sangat dititikberatkan ketika itu. Salah kami juga kelmarin, mungkin tergesa-gesa barangkali sampai lupa beritahu Dr Suhaila.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesimpulannya, masuk kelas Dr Suhaila ini selalu sangat terasa ditampar-tampar pada hakikat sebuah kehidupan. Ya, kami selalu sahaja lalai dan leka. Nampaknya Dr Suhaila berusaha sedaya upaya untuk menjadikan dirinya muslim sebenar.

Aneh kerana Dr ini tidak bertudung. Dulu saya cuma diamkan. Tapi bila saya bersembang dengan Miss Yasmin iaitu instruktor Makmal Microb saya merangkap kakak kepada Dr Suhaila, baru saya sedar keluarga mereka ini semangat islamnya kuat cuma mereka punya sedikit masalah pada tudung. Masalah apa saya sendiri tidak tahu. Cumanya Miss Yasmin minta kami doakan mereka supaya dipermudahkan jalan dan dapat selesaikan masalah peribadi itu supaya mereka dapat bertudung. Hakikatnya mereka mahu bertudung tapi ada benda yang menghalang mereka pada perkara tersebut.

Sebagai murid, terharu bila guru minta kita doakan mereka. Terbalik ini! Tapi tak mengapalah. Saya doakan guru-guru saya ini sentiasa dibawah naungan rahmat Allah selalu. Ya Allah, ampunkanlah dosa guru-guruku.Bukakanlah pintu hati kami dan permudahkanlah jalan kami supaya kami dapat bersama-sama di dalam syurga-Mu kelak. Amin...

p/s: masih banyak pensyarah-pensyarah unik di Universiti ini. Kesemua mereka unik pada personaliti yang berbeza. Nanti saya kisahkan mereka di entry yang lain...

Kenapa dengan Ubat?

4:44 PM 15 Comments A+ a-

Assalamualaikum




Memandangkan hari Sabtu ini saya ada exam Pharmacology, dah tentukan seminggu masa yang ada sejak Ahad lepas diperuntukkan untuk menelaah subjek ini sahaja. Pharmacology ini subjeknya macam agak sukar sedikit berbanding subjek yang lain sebabnya banyak nama ubat yang perlu dihafal. Sudahlah nama semua dalam bahasa Greek belaka, nak tak nak benda paling senang ialah hafal je semua tu.

Oh ya sebab sekarang tengah menelaah subjek ubat-ubat ni, tiba-tiba terfikir pula untuk berkongsi sedikit info tentang ubatan. Atau lebih spesifik lagi, saya nak menjawab sendiri soalan-soalan lapuk saya waktu kecil-kecil dulu tentang ubat. Baru tahun ni banyak tahu jawapannya. Dulu nak tanya doktor macam takut, ha sekarang sudah terpampang depan mata. ^_^

1. Kenapa ubat kena makan lepas sudah makan benda lain?

---> Sebabnya waktu lepas makan, perut kita akan penuh dengan makanan untuk dicerna. Jadi peratus ubat tu nak di cerna awal-awal oleh badan agak kurang sikit berbanding kalau kita makan ubat waktu perut kosong. Dalam erti kata lain, ubat tu tahanlah lama sikit daalam badan kita

2. Kenapa ubat banyak ada kaspul dan bentuk tablet?

----> Kapsul: dicipta untuk halang ubat tercerna awal-awal juga. Sebab sesetengah ubat kena dihantar ke tempat lain. Disebabkan kita makan ikut mulut, dia terpaksa lalu perut. Di perut tu banyak enzim-enzim yang mencerna apa yang kita makan. Kalau ubat tu dicerna awal sangat, nanti tak sempat nak sampai ke organ yang sakit.Kiranya bila kita makan ubat dalam bentuk kapsul, perut akan hakis kapsul dulu. Bila kapsul hilang, baru ubat tu dicerna pula. Sebab tu kalau makan ubat tanpa kapsul, kesannya tak sehebat makan ubat berkapsul.

----> Tablet: Tablet pun lebih kurang sama saja. Cumanya tablet ni fungsinya untuk tahan tekanan. Di perut tu banyak sangat faktor-faktor pencernaan macam yang saya kasitau tadi. So, bila tablet yang keras tu kita telan, perut nak cerna pun slow sebab tablet kan keras. So, sempatlah ubat tu sampai pada tempat sakit sbeelum habis kena cerna di perut

3. Kenapa ada ubat kena masuk ikut dubur?

---> Sebabnya di dubur tu ada banyak salur darah juga. Dubur ni jalan kita masukkan ubat untuk pesakit-pesakit yang tak boleh telan ubat ikut mulut. Contohnya pesakit kanak-kanak yang susah telan ubat atau pesakit yang muntah. Di dubur atau rectal tu,ada tiga bahagian salur darah utama. Bahagian paling hujung salur darahnya terus ke sistem peredaran darah utama berbanding bahagian yang tengah dan yang paling dalam sebab bahagian-bahagian tu dia menuju ke sistem peredaran darah yang melibatkan hati (hati ialah tempat utama proses metabolisma badan berlaku). Bila kita masukkan ubat ikut dubur, dia boleh mengelak dari dicerna oleh hati sekaligus peratus keberkesanan ubat tu makin tinggi.

4. Tak de ke ubat yang makan sejenis je pastu sembuh semua penyakit?

---> Hoho, itu memang tak pernah jumpa lagi di seluruh dunia. Sebabnya ubat ni dia spesifik. Satu jenis ubat selalu bertindak untuk beberapa kesan sahaja. Tak ada lagi ubat yang boleh rawat semua penyakit serentak sebab kadang-kadang kalau ubat tu pulihkan satu bahagian, dia mungkin akan beri kesan pada bahagian lain.

5. Macam mana ubat sakit kepala boleh sembuhkan kepala yang sakit?

---> Di otak kita ada BBB( blood brain barrier) yang halang kemasukan bahan-bahan asing ke dalam sistem perjalanan darah otak sebab otak ni sangat sensitif. Tapi ada beberapa jenis ubat je yang boleh lepasi halangan ni iaitu ubat yang bersifat lipophilic(sukakan lemak). Ubat jenis ini boleh meresap masuk ke dalam sel halangan itu untuk masuk ke otak sebabnya dinding sel halangan itu diperbuat dari lemak juga. Sebab itu hanya ubat sakit kepala je boleh sembuhkan sakit kepala.

6. Kenapa bila kita makan ubat, sakit tu hilang bukan on the spot lepas makan ubat?

---> Sebabnya ubat tu kena lalu banyak jalan dulu. Highway utama ubat tu masuk dalam badan kita tentulah ikut perjalanan darah. Tambah-tambah salur darah dalam badan kita ni banyak sangat. Jadi perjalanan dia agak lamalah sebelum sampai ke destinasi utama. Tambah-tambah juga kalau ubat yang makan ikut mulut tu. Jalannya lagi lama. Kena lalu perut dulu lepas tu lalu hati pastu latu usus, barulah dapat diserap masuk highway darah.Sebab tu sesetengah ubat, sakitnya hilang lambat sikit.

7. Kenapa kita kena cucuk?

---> Sebab cucuk atau sainstifiknya IntraVenous Injection adalah jalan paling singkat untuk ubat sampai ke tempat yang kita sakit. Bila doktor cucuk terus ubat, ubat tak perlu lalu highway dia jauh-jauh. Sekelip mata je sampai ke tempat yang kita sakit dan boleh sembuhkan sakit itu insyallah. Sebab itu kadang-kadang, siapa mahu cepat sembuh dia kenalah terima injection dari doktor. Bukan doktor tu sengaja-sengaja nak cucuk-cucuk kita tau!

8. Kenapa ubat kena makan banyak kali?

---> Sebab ubat yang kita makan tu nanti dia akan dibuang balik oleh badan. Sebab tu kita kena makan banyak-banyak kali supaya kesan dia pada badan akan kekal sama hinggalah sakit kita sembuh. Tapi tak boleh makan lebih-lebih sangat, nanti jadi racun pula. Pendek kata kena ikut apa yang doktor cakap. Bila, banyak mana, dan sampai bila kena makan semua kena dengar betul-betul kalau nak baik cepat-cepat.

9. Kenapa ubat asma takde yang jenis ubat makan?

---> Sebab highway untuk ubat makan lagi jauh dari highway untuk ubat sedut. Ubat sedut bila kita sedut terus sampai ke peparu. Nanti peparu tu akan dikembangkan supaya tak sempit dan menganggu pernafasan, sekaligus bantu orang yang kena asma untuk pulih balik. Kalau guna highway cara ubat makan, lambat nak sampai. Kalau lewat, orang yang asma tu boleh mati. Sebab tu kita pakai jalan yang paling cepat!

10. Kenapa ubat semua kecil-kecil?

---> Sebab tukang buat ubat sudah kira takat mana ubat tu diperlukan. Setiap berat ubat tu adalah berat optimum untuk pesakit. Percaya atau tidak, kadang-kadang walaupun kita terlebih sedikit saja ubat yang kita makan, silap gaya kita boleh mati sebab keracunan. Sebab itu nak makan ubat tak boleh sebarangan. Bahaya!

11. Kenapa ubat banyak pahit?

---> Yang ni saya tak jumpa jawapan lagi. Tak masuk silibus la pula.. Hehehe.. ^_^

Ha~ Inilah jawapan untuk setiap soalan yang saya suka tanya waktu kecil-kecil dulu. Rasanya ramai orang suka tanya soalan yang sama ini juga. Dulu sangat pemalas makan ubat. Suka sangat tanya macam-macam pasal ubat sebab saja nak kasi lambat makan ubat. Alahai.. Dah nama pun pemikiran kanak-kanak dulu kan, banyak sahaja benda nak soal orang. Kadang-kadang mak ayah pun pening nak terang pasal ni.

Maka, sekarang saya sudah kongsi silibus jawapannya. Nanti pada sesiapa yang ada adik atau anak atau sesiapa saja yang bertanya pasal ubat ni, bolehlah guna jawapan saya tadi untuk menjawab persoalan mereka ya. (^^,)Y

Kalau nak tahu, semua yang saya terang tadi hanyalah bab pertama dalam subjek Pharmocology. Banyak kan nak dihafal? Tapi bab satu agak simple. Setakat konsep apa itu ubat dan fungsi serta perjalanan umum sahaja. Yang susahnya bila sudah masuk bab setiap jenis ubat. Setiap satu ada kesan, fungsi dan kumpulan masing-masing. Itu yang sedang kami pulun hafal sekarang. Doakanlah ya! Moga-moga kami di sini lulus exam Pharma dengan cemerlang. Nanti bolehlah kami berkhidmat sebagai doktor yang mahir beri ubat dengan betul.. ^_^ Ameen...

Tamsil Sekuntum Sakura

2:30 PM 11 Comments A+ a-



Sakura~

Indah kan bunga ini? Kalau bagi orang lain bunga mawar jadi pujaan hati, bagi saya pula Sakura adalah ratu di taman sanubari. Saya cukup tertarik dengan kelembutan yang ada pada pohon sakura. Nampak begitu cantik dan mendamaikan. Terbayang-bayang alangkah indahnya kalau boleh melancong ke Jepun ketika musim bunga untuk berada di bawah pohon sakura. Sayang di Jepun tiada bidang perubatan yang diakui negara, kalau tidak mesti sudah lama saya memilih ke sana.. (ops, Ainul... Sila bersyukur!)

Alhamdulillah, di Jordan saya berkesempatan akhirnya bertemu pohon sakura. Walaupun bukan bertemu dengannya di Jepun seperti yang diimpi, sekurang-kurangnya saya masih boleh berjumpa dengan pohon impian ini di waktu bunganya rimbun subur di dahan. Subhanallah, cantiknya tak terkira!

Mula tertarik dengan bunga ini saat saya mula menguliti cerita-cerita jepun yang mana latarnya banyak berkisar di bawah pohon sakura. Bila sakura bersemi, adatnya masyarakat Jepun akan meraikan upacara “Hanami” dengan datang berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan di bawah rimbunan bunga sakura yang berterbangan. Satu tradisi yang cukup menarik untuk di adaptasi. (cumanya jangan diadaptasi sama dengan minuman sake yang memabukkan itu!) Terasa seakan sakura membawa kepada pengukuhan ukhwah yang sangat erat! Teringinnya saya merasa suasana berada di taman sakura. Disini pohon sakura hanya tumbuh sebatang dua di jalanan dan di tepi-tepi rumah.Bagaimana mahu berkelah di bawahnya sedang bila sakura gugur habis semua terbang ke tempat lain.. ^_^


Uniknya sakura kerana ia punya falsafah tersendiri bagi masyarakat jepun. Yang paling terkenal adalah sakura jenis Somei Yoshino yang indah bertaburan warna lembut. Bunga ini menjadi tamsil pada kemurnian dan kesederhanaan hidup.

Malah ia juga turut dikagumi kerana umurnya yang singkat. Mengapa? Kerana sakura hidup dengan menjelma sebagai bunga yang paling indah sewaktu hidupnya. Seakan mahu memberitahu pada manusia 'Jadilah yang terbaik di saat kamu punya masa'.. Sakura luruh bukan di saat sudah tua atau layu. Luruhnya adalah waktu ia masih cantik dan indah menjadikan alam turun dihiasi panorama yang sangat mengasyikkan. Macam terngiang-ngiang pula suara sakura 'Erti hidup ini adalah untuk memberi walaupun di saat kita hampir mati'. Sakura yang gugur tidak hanya gugur untuk mati tapi turut mencantikkan dunia kita. Satu pengajaran yang indah kan?

Wah, nampaknya minat saya pada sakura makin membuak jadinya. Kalau dulu Sakura jadi inspirasi saya mendalami khazanah Jepun, kini Sakura makin besar fungsinya..Bunga indah ini bukan lagi sekadar penyejuk mata tapi turut hadir sebagai satu kalam Allah buat saya teladani. Malah bila saya melihat pepohon sakura, pasti akan turun ilham yang menjengah minda.. Betapa indahnya jadi sakura.. Lihatlah betapa saya mula berfalsafah bila sakura menjelma di depan mata.. ^_^ Kawaiii...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota: オハイオ、アッラー!あなたのパスにしてください..メインガイド

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rahmat Hujan

1:32 PM 7 Comments A+ a-

Salam

Rasanya hari ni satu-satunya hari yang hujan turun dari pagi sampai petang di Jordan sepanjang tahun ni setakat ini. Dalam pukul 7.15 pagi waktu saya mahu bertolak keluar ke kelas pun dah basah habis semua jalan-jalan di area Irbid ni. Ingatkan hujan waktu pagi sahaja rupanya berlanjutan sampai ke petang.

Alhamdulillah, rasa bahagia sangat bila hujan turun. Saya suka sejuk! Lagipun bila dah turun hujan ni, maknanya dah masuk musim sejuk. Aha~ Erti kata lain, tak lama lagi benda yang saya tungu-tunggu akan turun. Tak sabarnya~

Cumanya tadi saya silap tafsir yang hujan turun setakat tengahari saja. Jadi, sweater saya tinggalkan sajalah di rumah. Sudahnya petang tadi dalam pukul 5 habis saya kebasahan ditimpa hujan waktu pulang ke rumah. Nasib baiklah tadi pakai jubah arab yang memang khas untuk musim sejuk. Kurang sikitlah tempiasnya. Kalaulah saya pakai baju kurung sahaja tadi mahunya menggigil-gigil saya basah kuyup. Pengajarannya, lepas ni sila semak laporan kaji cuaca sebelum keluar rumah dan bawa sweater siap-siap! ^_^

Owh ya, selain dari cuaca sejuk, ada banyak lagi benda yang buat saya bahagia di sini bila hujan turun. Yang paling utama, seua orang pakai makin tutup aurat! Hehe.. Itu yang seronok tengok tu. Dah tiada yang seksi-seksi dan singkat-singkat lagi. Kalau ada pun setakat sekerat dua yang kebal suhu. Haha~ Sedap sikit mata tengok. Syabab pun bolehlah kurangkan tertengok yang tak sepatutnya tengok. Kankankan?

Yang uniknya saya terperasan di sini, bila datang sahaja musim hujan mesti akan keluar balik fesyen jubah ala-ala mantel ahli sihir. Boleh kata semua orang akan pakai begitu waktu ini. Agaknya sebab senang kot, tak payahla nak berpayung sangat. Lawa juga gayanya. Agak-agak kalau bawa balik gaya ini ke Malaysia, boleh jadi trend tak sebab kat Malaysia macam tak pernah ada.. (^^,)

Ha! Sebut pasal payung ni, saya nak cerita sikit kedudukan payung di Jordan. Payung hanya valid waktu musim sejuk sahaja tau. Kalau luar musim sejuk, korang takkan boleh kedai yang jual payung walau sebesar supermarket pun kedai tu. Kalau kita nak cuba-cuba pakai payung waktu musim panas macam kat Malaysia, nampak gayanya memang tempah tiket nak kena gelak atau tenung dengan orang-orang Arab la jawabnya.

Mereka di sini memang tak pernah guna payung untuk waktu panas. Mungkin juga sebab mereka dah biasa berpanas macam ni sejak kecil barangkali. Jadi sudah tegal tanpa perlu jadi puteri lilin.

Waktu musim hujan juga selalunya jalan-jalan di Jordan ni akan banjir. Tak adalah sampai banjir besar macam di Malaysia cumanya jalan-jalan di sini akan bertakung air. Kalau salah masa, kadang-kadang bila berjalan di bahu jalan, kita siap boleh kena simbah dengan air jalanan kalau kereta lalu. Di sini longkang memang susah nak jumpa. Entahlah. Nak kata sistem canggih longkang bawah tanah, macamnya tak pernah jumpa lagi. Tapi itulah, mungkin sebab hujan semusim sahaja maka banjir sekali-sekala pun tak mengapa kot.

Owh ya, bagi sesetengah orang musim hujan ni macam musim dapat banyak barang baru. Nak kena beli baju sejuk, kasut hujan, sarung tangan, stokin, mafla dan macam-macam lagi. Yang dah ada, tak perlulah membazir. Junior mesti antara yang paling semangat nak mencuba benda baru musim ini. Yalah, kan peluang pertama kali jumpa musim sejuk.. Mesti keterujaannya sangat ketara macam saya dulu. Hehe..

Ingatan awal-awal : Jangan beli belebih-lebihan sampai membazir ya!

Apa-apa pun, seronok sangat bila hujan turun. Rasa macam dapat penghawa dingin percuma pula. Rasa nikmat sangat bila sebelumnya dah kena penangan bahang musim panas yang kering kontang tu. Tambahan, sangat rindu hujan yang selalu bertandang di Malaysia. Di sini hanya boleh jumpa hujan hanya ketika bulan 10 hingga bulan 2 sahaja. Lepas tu, tak boleh jumpa dah~ T_T

Owh ya, terlupa pula nak pesan sesuatu. Musim hujan-hujan begini kan sedap cuacanya? Tenga-tengah cuaca macam ini lah paling sesuai nak tingkatkan amal ibadah. Nak puasa contohnya. Tak dapat perit sangat macam dulu. Sejuk sahaja semedang. Waktu siang pun dah makin pendek. Apa lagi, jomlah kita mula puasa ganti/sunat ramai-ramai waktu-waktu begini.

Cumanya kalau nk berwudhuk kot yang sengsara sikit. Aura-aura menjadi seperti seekor kambing mesti dah terasa. (*_*) --> Air perlu dijauhi sejauh-jauhnya!~ Huhu, tak apa lah.. Kena berjihad nak beribadah kan? Lagipun, sakhonah (pemanas air di bilik air) kan ada.. Apa susahhh.. Nanti dapat air panas pun jadi nikmat juga. Tak cukup sakhonah, sobah (pemanas yang pakai tong gas dapur) pun boleh bantu.. ^_^

Ha~ Banyaknya nikmat Allah waktu musim hujan ini kan? Sayang sangat pada Allah Yang Hebat itu.. Semoga nikmat yang Allah beri ini kita dapat guna sebaiknya. Jangan hibernasi sahaja di bawah Hiram 10 kilo tu. Nanti terus jadi Assabul Kahfi pulak!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota: Tercari-cari masa nak main hujan~ Eh, kena tangguh dulu! Nanti demam pula waktu nak exam.. (-_-)---> Next exam: Pharmacology ---> Semangat! Fokus 2X!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hati Penuh Wardah

10:12 AM 3 Comments A+ a-

Salam

Malam ni makin terasa pula kesejukannya. Rakan-rakan serumah semua sudah berbungkus sweater, selimut, stokin, sarung tangan dan juga mafla walaupun hanya di rumah. Nasiblah dapat duduk kawasan cepat sejuk. Belum musim sejuk pun kami sudah mengigil-gigil. Waktu-waktu begini memang meja study akan sentiasa dijauhkan. Sejuklah! Baik study atas lantai saja.

Sebenarnya saya sekadar mahu berkongsi kisah semalam. Ada konspirasi mahu memberi kejutan pada saya tapi sayangnya saya sudah hidu awal-awal. Hehe.. Maaflah, terkantoi pula kamu semua ya. Tak apa, yang penting saya masih terharu pada rancangan majlis hari hari mengejut itu.

Saya pula telah menghancurkan beberapa rancangan mereka malam itu. Sudahlah langsung tidak pulang ke rumah sepanjang petang, terdatang pula ke tempat yang dijanji lebih awal dari tukang bawa kek. Nasib baik saya cuma angkut sorang sahaja datang teman. Kalaulah saya bawa serombongan teman, macam manalah huru-haranya karang. Itulah, nak buat kejutan sekali mereka yang dikejutkan. Hehehe.... Ini mesti gara-gara mahu membalas kembali komplot WakenaBeb 17 Oktober lalu yang kami ramai-ramai atur untuk seorang ahli bayt saya juga! Tapi tak menjadi sangatlah korang. (^^,)Y

Semalam menjadi antara hari paling seronok saya dalam bulan Oktober ini. Dari pagi saya tidak putus-putus mendapat rezeki yang berlimpah-ruah. Alhamdulillah dalam peperiksaan saya kali ni rezeki saya lebih dari sebelumnya. Waktu pulang pula, saya sempat menelefon keluarga dan berjalan-jalan membeli barang dan window shopping di sekitar Syari' Jamiah. Ramai pula yang membelanja saya hari ni. Waktu bertandang ke rumah baru Ameerah, Iman dan Kak Khalilah pula saya disiap dijamu buka puasa dan diajak tidur semalam di situ sambil buat aktiviti rutin kami. Sekali pada malamnya pula tiba-tiba ada orang aturkan kejutan majlis hari tadi. Mana tidak berbunga-bunga hati sepanjang semalam.. ^_^

Sepanjang malam saya dan Ameerah tengok cerita Jepun sambil buka cerita masing-masing. Esoknya sambung dengan Iman pula. Balik rumah pula bila buka komputer banyak benda yang saya tunggu-tunggu dah saya dapat. Alhamdulillah.. Hurm, sakan saya meraikan diri sendiri semalam. Lepas ni saya kena usaha lebih giat lagi. Kalau berjaya lagi melaksanakan rancangan pada diri sendiri, bolehlah saya kasi hadiah lagi pada diri sendiri.

Sebenarnya saya dalam usaha melatih diri lebih berdisplin sekarang. Sebab itu bila semalam ada di antara rancangan saya yang berjaya, saya beri upah pada diri. Macam seronok pula rasanya. Tak adalah terbeban sangat. Tapi saya masih kena ada orang tolong ingatkan. Adalah seorang itu yang saya lantik jadi konsultan saya. Kalau saya tak ikut rancangan kami, maka terpaksalah saya dengar bebelannya sepanjang hari. Memang berkesan lah cara dia. Kalau saya tak nak kena bebel, saya kena buat rancangan itu. Kalau berjaya, dapat hadiah!

Apa-apa pun, terima kasihlah pada yang memberi sumbangan secara lansung dan tidak langsung pada kegembiraan saya semalam! Sayang korang!!

Oklah, mahu teruskan usaha lagi sekarang nih.. Doakan saya dan rakan-rakan sukses ya!

Erti Sepasang Sepatu

7:48 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hari tu saya ada beritahu bukan yang saya mahu letakkan puisi senior Khairil Idham di sini? Ha, sekarang dia sudah beri kebenaran.. Inilah puisinya~

Sepatuku

Di rak kasut,
sepasang sepatu perang,
yang kubeli di Manchester,
cuti musim sejuk di Moscow.

Dari Murmansk, Kutub Utara,
melewati benua Eropah,
hingga ke Tanah Arab,
sepanjang jalan komunis,
terus ke lorong perestroika di Rusia,
kembali di bumi bertuah Malaysia,
antara sawah bendang Teluk Intan,
dan sub-urban bandar Seremban,
sepatuku sudah jauh berjalan.

Benarkah kata orang,
jauh berjalan, luas pengalaman?
apakah yang kukutip sepanjang jalan?
tumit sepatuku sudah haus,
hanya terkumpul habuk dan debu.

Dan apa pula dikumpul aku,
sepanjang perjalanan lalu?

Seremban, NS
Khairil Idham Ismail
Jumaat, Oktober 17, 2008

~Bagaimana? Mendalam kan maksudnya? Tentang perjalanan hidup yang telah kita habiskan.Apakah penuh dengan ilmu atau hanya ada debu seperti yang dikumpul sepatu. ~

Kalaulah hidup ini tidak ubah seperti sepatu, rasanya layakkah kita digelar manusia?

Ambilah puisi ini sebagai iktibar. Semoga hidup kita tidak sekadar penuh dengan bukit-bukit debu yang terkumpul sepanjang perjalanan tapi lebih kepada sesuatu yang lebih berharga dan bermakna kepada kita sebagai hamba Yang Esa.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota: Kredit khusus buat senior Khairil! Terima kasih kerana berkongsi karya.. (^_^)Y

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Fractured Brotherhood

3:01 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Pernah dengar tajuk di atas? Itu datangnya dari mulut seorang pakar psikitiari saat membicarakan tentang ukhwah. Boleh nampakkan unsur-unsur medikal di dalamnya? Hehe..

Sekadar mahu berkongsi tentang gejala 'fractured brotherhood' di dalam masyarakat kita. Fractured Brotherhood maknanya keretakan dalam ukhwah. Keretakan itu pula berbeza dengan kehancuran dalam ukhwah. Apa bezanya? Kalau retak, masih boleh dipulihkan. Kalau hancur pula, tak ada harapanlah nak baik pulih semula.

Fractured brotherhood ini sangat normal dalam kehidupan kita. Tambah-tambah pada mereka yang sudah lama menjalinkan ukhwah bersama-sama. Paling kurang, kadang-kadang mesti ada 'hair-lined fracture' dalam ukhwah mereka. (oh ya, hair-lined fracture itu adalah satu keretakan halus pada tulang yang sangat susah bagi doktor-doktor untuk detect kecuali yang benar-benar teliti..)

Ada banyak faktor terjadinya fractured brotherhood. Paling utama ialah faktor sikap dan sifat. Apa sikap utama yang boleh menyebabnya ukhuwah itu retak? Secara saintifiknya ada tiga:

1. Paranoid Personality Trait
--> Paranoid itu maknanya macam takut dan cepat buruk sangka. Kata doktor, perangai jenis ini baik pada kadar yang sangat sedikit. Kebaikannya, orang itu akan mudah berjaga-jaga dalam sesuatu hal.Maka, kita perlu ada juga. Tetapi trait ini akan jadi masalah bila ia menjadi disorder. Disoder itu satu keadaan bila mana ia mampu merosakkan keamanan masyarakat. Kalau belum boleh jadi perosak, ia belum dikira disorder.Disorder disahkan bila orang jenis ini paranoidnya terlampau overdose. Sentiasa suuz-zon sahaja dengan sesiapa walaupun hakikatnya orang itu baik dan tiada apa-apa.

2. Anti-sosial
---> Masyarakat selalu salah anggap penyakit ini. Anti-sosial berbeza ya dengan asosial. Kalau orang itu berperangai seperti kera sumbang, itu bukan anti sosial. Itu namanya ASOSIAL. Anti-sosial ini orangnya jenis trouble-maker. Ciri-ciri orang anti-sosial ada tiga:
1. Suka langgar hukum peraturan tanpa segan silu
2. Langsung tak rasa bersalah bila buat salah
3. Tidak dapat eblajar melalui hukuman a.k.a tidak makan saman
Orang berpenyakit ini sangat-sangat bahaya! Kerana mereka mampu melanggar keamanan masyarakat sekeliling. Paling serius kalau pesakit ini cuba mengambil kesempatan pada semua benda di sekelilingnya untuk tujuan diri sendiri.

3. Amrad Al-Qalbiyah (Penyakit-penyakit hati)
----> Merangkumi segala jenis penyakit hati yang lain. Contoh takbur, dengki,pentingkan diri dan lain-lain. Yang kumpulan ini yang paling merbahaya berbanding yang lain-lain. Kesaannya sangat besar kerana pesakit ini biasanya mampu mengkucar-kacirkan masyarakat dan menyebabkan suasana jadi lintang-pukang. Sangat buruk kalau seorang daie ada penyakit ini kerana ia menyebabkan konsep imej ijtima'iyah+ rabbani dalam sesuatu dakwah dicemari dan disalah anggap.

Maka, seharusnya kita elakkan diri kita daripada terkena penyakit-penyakit ini. Ini adalah penerangan secara saintifik dari sudut psikitaric ya! Disahkan dengan penuh yakin oleh pakar psikitaric itu sendiri.

Oh ya, macam mana nk selesaikan masalah fractured brotherhood?

Kata beliau : Sila jadi berani bermuhasabah face to face! Kalau tidak pun, mintalah pada yang lebih rapat dengan si dia untuk berbincang dengannya. Jangn dibiar ukhwah terus fractured hingga damage kecai-kecai.. Yang hanyut, segeralah ditarik..

Info ini sangat menarik bila agama dan sains disatukan. Terasa sangat ketara logiknya kan? Itulah baiknya bila seorang profesional mampu bicara tentang agama. Senang nak fahamkan mereka yang perlu bantuan penerangan logik akal. Tapi yang penting, wahyu mesti kena kekal petunjuk nombor satu!

Tertungu-tunggu pula penerangan dari bidang lain.. Apa pula ya rasanya bila penerangan sebegini diaplikasi dalam bidang lain dengan menggunakan perkataan-perkataan khusus mereka? ^_^

Eh, jangan lupa pada isi utama. Harap kita semua dapat ambil iktibar dari info ringkas ini.. Binalah ukhwah biar kukuh hingga ke akhirat sana.. Elakkanlah berlakunya fractured brotherhood dan paling penting jangan sampai ia mengalami necrosis ( keadaan bila mana sel mati secara berjemaah disebabkan penyakit).. ^_^

Birthday wishes

9:10 PM 20 Comments A+ a-

Assalamualaikum....

Hari ni saya bangun dengan sms yang bertalu-talu di handset. Dalam mamai membuka, terpapar banyak uapan-ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan di Malaysia. Terus juga saya terpa komputer di meja. Ya, ada juga ucapan dari yang lainnya. Aha, rindunya pada kalian. Terima kasih atas ucapan bermakna itu.

Hurm, tiba-tiba terfikir alangkah baiknya kalau sekarang berada di Mesir bersama Asyila. Kami berkongsi tarikh kelahiran yang sama. Dari dulu lagi berangan-angan mahu sambut birthday sesama. Tapi tak pernah lepas. Masakan tidak, sorang di JOrdan sorang lagi di Mesir. Siapa la nak tanggung duit tiket?? T_T

Apa-apa pun, terima kasih pada yang sudi memberi ucapan dan hadiah sejak semalam dan hari ini. Kalian sangat saya hargai! Special thanks to my own family yang ucap tepat-tepat pukul 12 malam Malaysia. Terawal la kalau di Jordan nih.. ^_^

Tiba-tiba teringat puisi Saudara Khairil Idham yang baru di baca tempoh hari. Menusuk betul rasanya. Tentang umur yang telah kita guna. Nantilah kalau dia beri kebenaran, saya akan postkan di sini buat tatapan kalian.

Oh ya, hari ni ada sambutan raya BKASJ (Badan Kebajikan Anak Selangor JOrdan). Bolehlah bergembira sambut birthday di sana. Hehe.. ^_^ At least, hari ini saya tak terperuk di rumah sahaja.. Da~

p/s : Ucapan poyo: Happy Birthday juga kepada Sultan Pahang! Lama tak sambut birthday sesama.. Ahaks~

Bila tiada kemahiran

3:59 AM 11 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Akhirnya, setelah lama berhibernasi dek komputer masuk hospital, kembali juga saya ke blog ini.. Syukran pada yang menjengah waktu saya bercuti..

Buat pertama kalinya komputer saya buat hal haritu. Punca utama masalah rasanya disebabkan spyware yang merosakkan terus Window komputer saya. Jangankan mahu masuk melihat, nak tekan user name pun dah tak dapat. Menggelebah betul jadinya. Sudahla memang sangat tiada ilmu baik pulih komputer ni. Takut diusik lebih-lebih lagi teruk pula jadinya.
Terus waktu itu terngiang-ngiang pesan abah supaya saya banyak membaca buku tentang komputer sedari dulu supaya saya tahu apa yang perlu dibuat. Ha, itulah! Tak nak dengar cakap abah lagi! Buku komputer yang abah pinjamkan dulu pun pandang sebelah mata sahaja. Kan dah terkena baru nak menyesal. Huhu...

Bukan itu sahaja, saya juga terlupa nak save semua gambar dan data-data penting ke dalam external hard disk. Wah, habislah saya kena dapat tazkirah percuma lagi dari abah. Susah betul anak seorang ni nak dengar kata! Kan dah kena... Ha!! Orang kasi ingatan tak mahu ingat, sudahnya terkapai-kapai sendiri di sini. Maaf ye abah!

Maka jalan paling mudah ialah terus menghantar pada orang yang hebat bab-bab komputer nih. Kena reformat mungkin.Tapi pada masa yang sama, saya cuba juga menghubungi pak cik saya di Malaysia. Dia memang pro komputer! Sekali rupanya pakcik kata boleh je dia nak ajar kalau nak repair sendiri. Tak perlu reformat pun. Dengan yakin sekali dia beri saya jaminan sebab dia dah biasa handle masalah begitu. Aduh, saya terlewat lagi...

Tapi bila saya cuba menghubungi ustaz untuk beritahu saranan pakcik saya rupanya ustaz dah siap reformat dah pun. Wah, terlewat juga.. T_T Habislah segala data-data saya dalam komputer tu.. Kata ustaz, dia betul-betul terlupa satu lagi jalan yang mungkin boleh selamatkan data saya iaitu jalan yang sama yang pakcik saya berikan. Alahai, nak buat macam mana? Takpelah, bukan salah ustaz pun.. Saya juga yang terlambat bertanya..

So, inilah komputer saya sekarang. Dari hard disk C yang penuh telah bertukar jadi hard disk yang kosong.. T_T
Tapi takpelah, sekurang-kurangnya saya dapat tahu dah apa nk buat kalau masalah yang sama jadi semula. Saya nak list kat bawah ni lah supaya siapa-siapa yang rasanya dirinya macam saya yang tiada kepakaran komputer ni boleh tahu apa nak buat kalau Windows anda rosak dan mungkin kena reformat. Tapi ini hanya jalan untuk masalah ini sahaja tau. Problem lain saya tak tahu lagi.. Nanti sama-samalah kita cari yer. ^_^

Kalau Windows anda lingkup dan mungkin perlu reformat, ada 3 jalan yang anda boleh cuba buat dahulu untuk selamatkan data:

1. Buat Safe Mode
2. Repair Windows
3. Untuk yang pakai Xp: Cuba installkan Vista, dan tekan yes pada box "keep old data file" (utk simpan gambar dan adik beradik oficce sahaja tau!)

Kalau jalan diatas semua tak boleh, maka terpaksa reformat jugalah komputer tu. Sayangnya saya tahu lambat. Jalan yang ketiga itulah yang kami tak sempat buat. Kalau tak, mungkin gambar-gambar di Malaysia dan raya tahun ni dapat diselamatkan lagi.. Hurm, nak buat apa lagi, REDHA sahajalah Ainul!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota : Target seterusnya : Sila upgrade ilmu komputer + susun data setiap bulan + ingat pesan abah!! ^_^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila Yakin

8:31 AM 13 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Tadi waktu baru sampai lepas pulang dari klinik gigi, saya terus ke blog seorang rakan untuk mengetahui perkembangan lanjutnya tentang masalah yang dia hadapi. Alhamdulillah semua dah selesai.^_^ Tak sampai sehari pun walaupun kalau ikut logik akal macam susah nak setelkan semua tu. Lega rasanya saya lihat..

Yang mengharukan saya bila mana saya terkesan rasa keyakinan yang dia cuba sampaikan bahawa Allah pasti akan tolong dia dan dia takkan menangis. Cuba untuk jadi redha. Rasanya kalau sayalah, dengan kehilangan semua jenis kad-kad penting bukti perakuan kehadiran saya di dunia yang terasing, memang akan rasa sangat tertekan. Apatah lagi bukan setempat yang perlu dirujuk untuk mendapatkan balik semua yang hilang. Universiti, kedutaan, balai polis, Malaysia dan banyak lagi. Betapa sukarnya terkena musibah sebegitu..

Erm, nampaknya hari ni ada hidayah datang dari hujung dunia. Bahawa keyakinan pada Yang Esa pasti menjanjikan kepulangan yang cukup bermakna. Bukan senang nak letakkan keyakinan pada sesuatu yang sukar dibayangkan. Tambah-tambah mahu pula rasa marah, sakit hati dan menyesal turut datang mengetuk-ngetuk fikiran. Susahnya nak melepaskan diri dari semua tu. Kalau berjaya diam sahaja pun, pasti suasana sekeliling turut terganggu dengan aura 'jangan-dekati-saya-sekarang'.

Teringat pula kisah Rasulullah yang sangat optimistic dalam mengharapkan pertolongan Allah. Iaitu ketika peristiwa pendakwahan masyarakat Arb di Ta'if. Anak angkat nabi, Zaid bin Haritsah setelah menerima layanan buruk oleh penduduk Taif. Ketika pulang dia bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Bagaimanakah caranya kita hendak pulang ke bumi Makkah, sedangkan orang Makkah mengetahui bahawa misi dakwah kita mendapat layanan buruk oleh penduduk Taif. Adakah penduduk Makkah akan menerima kepulangan kita, sedangkan keadaan kita begitu hina pada pandangan penduduk Makkah?"

Nabi s.a.w. memberi jawapan dengan penuh keyakinan: "Wahai Zaid, sesungguhnya Allah akan buat suatu kelepasan terhadap perkara yang engkau bangkitkan, engkau telah menyaksikan bagaimana aku menerima tentangan dari orang-orang yang memusuhiku. Tetapi sekali-kali janganlah engkau berfikir bahawa segala onak berduri yang ku lalui itu akan menyebabkan aku patah hati. Aku penuh yakin bahawa Allah SWT mempunyai cara-Nya tersendiri untuk menyelamatkan Nabi-Nya, Allah SWT tetap akan memenangkan agama-Nya.

Lihat, betapa yakinnya Rasulullah kan? Buktinya, kini masyarakat Ta'if telah kesemuanya beriman kepada Allah selepas itu. Tak cukup dengan itu, dalam Al-Quran sendiri dinukilkan bahawa Allah sesekali tidak akan membiarkan hamba-Nya menghadapi kesusahan sendirian. Siap ada doa juga pada siapa yang ditimpa musibah.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)


Kesimpulannya, setiap kali kita ditimpa musibah, cuba berbaik sangkalah dengan Allah. Insyallah, kheir... ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota : Target seterusnya : TIngkatkan husnuz-zon!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan Paling Popular Sepanjang Jadi Junior

1:58 PM 21 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekarang sudah pukul 11 lebih. Kepala sudah tepu berisi nama-nama ubat yang pelbagai jenis. Ubat keluarga -lol, keluarga -mine, keluarga -phan semua berlumba-luma nak masuk duduk dalam kepala nih. Jadi sakit kepala pula saya. Ubat yang sepatutnya menyembuhkan hypertension macam dah tukar jadi stimulate hypertension pulak. Aduh...

So, malam ni sementara kasi otak relax sekejap, saya nak list senarai soalan yang saya dapat sepanjang jadi sanfurah tahun lepas. (Gara-gara tengok junior kena temramah dengan orang arab, terkenang pula kenangan kita sendiri.. ^_^)

1. Kamu ni Islam ke? ----> soalan yang agak pelik jugalah. Siap pakai tudung, baju aurat, jubah punya litup ni pun boleh tanya ke soalan tu?? Hurm, nampaknya pemakaian di sini tak menunjukkan sifat sangat mungkin. Tambah-tambah, di sini keterbukaannya agaklah terbuka. Pakaian kalah orang eropah up to date nya. Memang saya selalu konfius siapa yag islam siapa yang tidak. Baju? Ah, takleh masuk list pembezaan. Tudung? Kadang-kadang sahaja. Buktinya, saya pernah nampak perempuan arab bertudung tapi pakai salib. Apakah?? Pening2!!

2. Kamu baca quran dan solat guna bahasa apa? ---> Mungkin gara-gara sekularisme Turki, kami yang negara bukan arab pun diingatnya menggunakan cara yang sama. Solat dalam bahasa Melayu, Baca quran dalam bahasa melayu.. Hurm.. Maka, mulalah saya membuka kisah sejak zaman kecil-kecil duduk kami WAJIB baca quran dan solat dalam bahasa Arab. Oh ya, kalau nak tahu tak semua arab percayakan kata-kata kita tau! Buktinya saya sendiri pernah disuruh baca Surah Al-fatihah kalau betulllah saya boleh baca quran dalam Arab.. Siap tasmik satu geng lagi pada saya sorang. kecut perut juga waktu tu.. ^_^

3. Kenapa tak belajar di Malaysia? Malaysia tak baguskah? Tak ada universiti ke? ---> Erm, ni macam ayat nak pelekeh kitaorang nih. Sabar jelah kena dengan budak-budak arab macam ni. Kami bersusah payah datang sini kutip ilmu, boleh pula diaorang pandang rendah macam tu. Nasib baik tak keluar cerita beza taraf hidup Malaysia-Jordan. Tak baik pula merendahkan mereka. Maka bila ditanya, saya lebih suka menggunakan sudut sejarah untuk menjawab. Kisahkan saja bagaimana ulama zaman dulu sanggup berhijrah semata-mata hanya sepotong hadis. Kemudian ceritakan kelebihan kita yang terpaksa bersusah-payah di luar negara. Kalau mahu lebih tajam, kata sajalah kami mahu keluar cari pengalaman dan tidak hanya duduk diam sambil menyombong diri bahawa kami yang terbaik. Insyallah, mesti budak-budak tu terdiam sendiri. Hehehe.. Oh ya, untuk bahagian ni sila pastikan anda fasih bahasa arab untuk balas balik ayat-ayat diaorang yer..

4. Malaysia tu di mana ye? ----> Oh tidak. Soalan ni semestinya datang daripada orang-orang yang jarang bergaul di universiti. Kalau bahagian ni, jawapan saya senang saja. Bijanib Indonesia - Sebelah Indonesia. Confirm semua tahu. Sebabnya di sini kebanyakan pembantu rumah adalah warga indonesia. So, kalau cakap Indonesia pasti semua tahu! Takpelah tumpang populariti kejap, nanti dah ramai rakyat kita, ramailah yang tahu..

5. Muaddal kamu macam mana di Malaysia? ---> Hehe, ni soalan cepu emas. Sebabnya mereka sangat mengkagumi siapa saja yang dapat masuk kuliah Tibb di sini. Bayangkan saja ya untuk pelajar tempatan, muaddal paling minima untuk diterima masuk ke kuliah ini hanyalah 97.5%. Tinggi kan?? Tapi di Malaysia kita pakai sistem berapa A. Maka, saya akan kasi penerangan panjang lebar macam mana beza beza sistem di Malaysia JOrdan. Semestinya antara jawapan yang turut terselit ialah di sini semua pelajar Malaysia kebanyakannya mendapat straight A. Maka, mereka adalah calon-calon terpilih. Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab tempatkan kami di sini. Saingan tersangatlah sengit. JUST memang antara universiti yang mantap dari sudut kualiti di timur tengah.

6. Kamu bayar sendiri ke ke sini? ----> Ni kadangkala boleh jadi soalan perangkap nih. Sebabnya ada dikalangan mereka yang sengaja nak tahu kita ni kaya ke tak. So, penyelesaiannya saya lebih suka mengaku saya tak ada duit. Semua ditanggung kerajaan. Diaorang tahu je mata wang Malaysia memang rendah dari Jordan. So, siapa yang datang dengan duit sendiri tu memang agak berada lah jugak. Saya tak menipu pasal diri sendiri ye pasal ni.Memang tak mampu kalau nak harap duit mak ayah sahaja. kesian family saya karang..

7. Tak sedihkan duduk jauh-jauh? ---> Soalan paling cepat dapat reaksi refleks dari badan. Siapa tak sedih? Umur baru 18 dah kena duduk jauh-jauh. Kalau setakat KL-Johor, bolehlah rembat bas balik kalau homesick sangat. Ini sampai 9 jam naik kapalterbang, apa kes nak balik selalu? Duit pun entah ada entah tidak. Maka, dengan senyuman tabah, saya menjawab "Aku terpaksa dalam redha.." T_T

8.Kamu kuliah apa? ---> Ha!! Ni soalan yang paling best. Asal kita jawab je " Kuliah Tibb Basyari/ Tibb Asnan" mesti diaorang kasi respond yang sangatlah mengejutkan. Seolah-olah sangat ajaib dapat masuk kuliah tu. Lepas tu, apa lagi, berbakul-bakul pujian diberi sampai kita pun tak larat nak dengar. Yang ni macam best sikit la terutama kalau sebelum ni asyik kena pelekeh je. Waktu ni je lah self-esteem tu cam naik sikit-sikit. Hehe.. Biasalah, budak barulah kan. Nak melawan tak berani. Sudahnya bila kena pelekeh, diam aja... Huhu

Bila kenang-kenang balik time awal-awal datang tu, lawak pun ada gaklah. Mana taknya, nama je belajar arab sejak tadika sampai SPM, siap ada persediaan kat INTEC lagi tapi sekali datang JOrdan lingkup juga! Terkial-kial nak catch-up orang Jordan cakap apa. Tambah kalau dapat jumpa makcik-pakcik Arab badwi ke yang cakap sangatlah 'ammi dan laju macam bullet train, memang kerja kami nganga je la.. Lepas tu sengih!! Hehe, sori makcik, tak paham!

Pernah ada seorang kawan Arab ni sangat semangat nak kenal dengan kita tapi tak reti cakap Eglish. Nak biar karang, kesian pula. Last-last kita pun terkial-kial lah cakap arab sedaya upaya boleh. kalau payah sangat buat isyarat tangan je atau lukis atas kertas. Hahaha.. memang macam ayam ngan itik cakap. Sangatlah kontra! Tapi rasa puas gak la, at least dapat bergaul dengan diaorang.

Kami di sini sangat terdedah dengan arab. Bezanya di Mesir,kami kena campur kelas dengan arab. Waktu first year, selalu je kelas saya dalam dewan yang menempatkan 100 arab dan tiga melayu. Hua, ajnabinya saya!! Waktu dalam makmal pun selalu sangat jadi warga melayu tunggal. Ada gaklah kawan baru datang. Tapi awal-awal cam nak menangis. Lama-lama dah 'adii... Biarlah.. Best juga, sebab saya dapat buat geng arab dalam tu. ^_^ Diorang caring jugalah pada warga melayu yang kena tinggal sorang-sorang macam saya. Huhu..

Sekarang dah masuk tahun dua. Masih lagi dapat jadi warga makmal melayu yang seciput. 3 lawan 20+. Dalam makmal Microb pula kali ni. Nampaknya kenalah buat muka confident lebih macam selalu. Kalau instructor bantai cakap arab, buat la sikit muka seposen sedih kerut-kerut tak paham, nanti dia translate la balik.. Hahaha.. Itu cara kita belajar guna body language..Peluang terbuka lebih banyak ni untuk praktis arab. Semangat!!

Oklah, pening sudah hilang. Ngantuk dah datang. Got to go! Jumpa lagi!!

Tunggu Dan Lihat

7:06 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Saya nak cerita buah kisah teladan ni...

Suatu masa, ada sebuah negara di sebuah pulau di hujung dunia. Pulau tersebut sangat rendah. Untuk mengelakkan daripada laut pasang, mereka membina sebuah tembok yang sangat tinggi dan besar. Tembok tu berjaya lindungi mereka daripada air laut yang tak ketahuan keadaannya.



Raja negara tersebut mengarahkan rakyatnya agar menjaga tembok itu dengan baik.Suatu hari, di tembok tu ada keretakan kecil terbentuk.Orang tak perasan pun. Tapi di bahagian yang retak tersebut, keluar lelehan air yang sangat perlahan.

Ada seorang budak lalu di tepi pondok itu selepas pulang bermain di padang. Dia terperasan air yang mengalir melalui retakan itu. Segera budak itu teringat akan nasihat rajanya. Tetapi tiba-tiba dia terfikir sesuatu..

" Ah, aku budak lagi. Kalau aku kata retak ini membahayakan pasti tiada siapa percaya pada aku. Biarlah orang dewasa yang menyedari perkara ini dan beritahu raja."

Lalu, budak itu pulang ke rumah. Setiap hari, ramai orang lalu lalang di kawasan tersebut tapi tiada siapa perasan akan bencana yang terbentuk itu. Sehinggalah suatu hari tiba seorang tua yang sedang mencari-cari barangnya yang hilang di sepanjang jalan bertembok itu. Pencariannya menyebabkan dia terjumpa sebuah lubang kecil di kawasan yang retak haritu. Orang tua itupun berfikir

" Aku sudah tua. Tak larat mahu ke istana beritahu raja. Biar sahajalah orang lain yang jumpa lubang ini dan beritahu raja." Maka, berlalulah orang tua itu untuk meneruskan kerjanya mencari barang yang tercicir.

Terbiarlah lubang yang terbentuk disitu tanpa dihiraukan sesiapa. Lama kelamaan, lubang tersebut makin membesar. Air yang mengalir melaluinya juga makin banyak.



Suatu ketika, lalu seorang pemuda di tepi tembok itu dan terlihat lubang sebesar jari kelingking yang terbentuk di tembok itu.

" Eh, ada lubanglah!! Aku nak beritahu ke tak pada raja? Erm, ah buang masa aku sahaja. Ini bukan kerja aku. Ini tugas penjaga tembok. Biar sajalah.." katanya sambil meneruskan perjalanan.

Begitulah yang terjadi buat beberapa lama. Semua orang yang menjumpai lubang tersebut tidak mahu mengambil sebarang tindakan dan hanya mengharapkan orang lain untuk melakukannya. Lama-kelamaan, retakan semakin besar dan makin banyak lubang yang terhasil.

Hinggalah suatu hari, datang sebuah ombak yang sangat besar menghempas tembok tersebut dan terus meruntuhkannya. Maka, terdedahlah semua penduduk negara itu pada bahaya laut. Raja sangat marah kerana tiada siapa pernah melaporkan kerosakan tembok itu. Maka para penduduk pula saling menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak melakukan perkara yang di suruh raja.. Tamatt...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Buat yag membaca, kalian masih punya akal untuk berfikir...

Ini hanya kiasan buat mereka yang masih membutakan mata dan memekakkan telinga pada kebenaran. Pada yang tahu tapi buat-buat tak tahu, ini adalah amaran buat kalian yang sentiasa mengharapkan orang lain memulakan sesuatu berbandingkan kalian sendiri memulakan langkah pertama. Bila semua hancur, saling salah-menyalah pula..

"Kenapa mesti aku buat dulu? Orang lain tak buat pun.."

"Takkan boleh nak ubah perangai orang di sini.Tu semua dah jadi tabiat"

"Buang masalah kalau aku datang tepat masanya macam tu. Karang orang lain datang lambat, aku gak yang rugi masa terbuang tunggu diaorang"

" Alah, biarlah yang budak junior buat. Aku dah senior.."

" Eh, jangan nyibuklah. Karang senior ingat kita ngada-ngada pula. "

" Kalau aku tak buat pun, ramai je dah buat. Tak terkesan pun.."

" eh, apa pula salah aku. Ko pun tak buat juga!"

" Biar jelah macam tu. Kita dah tak lama kat sini. BIarlah budak-budak lepas kita yang handle je.."

Ah, itu semua hanya tanggapan penakut dari hati yang pengecut!! Kenapa mesti mengharap orang lain. Apa jika mereka terjun lombong, kita akan ikut sama?

Sedangkan kalian juga tahu mana sebetulnya perkara yang perlu dilakukan. Kenapa mesti menyalahkan tabiat jika nak berubah pun masih berat? Kita hidup bermasyarakat. Apa sumbangan kita pada masyarakat ini jika yang kita tahu hanya tunggu dan lihat.

Kita punya akal dan iman. Sudah cukup untuk jadikan kita manusia yang punya kesedaran. Janganlah sampai kita sekadar menjadi hiasan sampingan. Saya yakin semua sedar apa yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kalian takut atau memang tak mahu, saya tak pasti.

Tapi harapan saya kalian sedar bahawa apa yang kita buat akan mempengaruhi masa hadapan. Mungkin bukan sekarang masanya. Tapi yang pasti masa untuk kalian akan menjelma juga. Cumanya bergantung pada kalian. Adakah masih mahu sekadar 'tunggu dan lihat' sahaja..

Janganlah dihalang hidayah yang tiba pada hati. Itu tanda masih ada yang turut memerhati kita. Mengharap tindakan kita. Pokoknya, kunci di tangan anda. Berubahlah! Jangan sampai nasi menjadi bubur. Be who you should be. Kita umat Islam. Maka bersifatlah seperti Islam...

Buah Zaitun

6:26 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Saat ini saya baru sudah menghabiskan beberapa topik ulangkaji untuk peperiksaan pathology akan datang. Sedari tadi, di luar tingkap bilik saya asyik kedengaran suara baba dan cucunya yang sedang mengutip buah zaitun dari pokok. Dari minggu lepas lagi baba buat aktiviti ni.

Kalau dulu, musim buah tin meranum,sekarang tengah musim tuai buah zaitun dan buah delima pula. Tapi pokok delima depan pintu kami ni macam bermasalah. Buahnya busuk sebelum gugur. Alhamdulillah buah zaitun okay sahaja.

Setiap pagi dalam pukul 6.40, baba akan datang ke kawasan rumah kami untuk kutip buah zaitun. Buah zaitun dipetik seperti buah epal. Satu persatu dari atas pokok itu. Hairan juga saya. Kenapa tak goncang sahaja pokok tu? Mungkin baba tengah cari buah yang terbaik sahaja kot. Lepas dikutip, baba kumpul banyak-banyak depan pintu rumah kami.



Saya terfikir nak cari khasiat buah zaitun. Dengarnya buah ni sangat istimewa. Minyak zaitun dah terkenal dengan khasiat kecantikan dan kesihatan sejak zaman purba lagi.

Minyak zaitun adalah sejenis minyak sayuran yang diperolehi daripada buah zaitun (nama saintifiknya, Olea europaea L.). Pokok zaitun ialah pokok tradisional di delta Mediterranean. Homer, seorang cendekiawan Greek purba memanggil minyak zaitun sebagai "emas cair" (liquid gold).

Ia digunakan untuk pelbagai tujuan: untuk memasak, kosmetik, sabun dan bahan bakar untuk lampu-lampu minyak tradisional.Mengurang/mengatasi penyakit jantung koronari & angin ahmar.Ia dianggap minyak dietari yang sangat menyihatkan disebabkan kandungan lemak monounsaturated (terutmanya asid Oleic) dan polyphenols yang tinggi.

Khasiat:

1.Jika minum 2 sudu besar setiap hari, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari kerana lemak monounsaturated (tak tepu) dalam minyak itu. Minyak zaitun dikatakan menggantikan jumlah yang sama bagi lemak tepu dan tidak meningkatkan jumlah keseluruhan kalori yang kita makan setiap hari. Khasiat ini diumumkan pada 1 November 2004 oleh Food and Drug Authority (FDA) Amerika Syarikat selepas pengeluar-pengeluar membuat permohonan kepada FDA.

2.Kajian pada tahun 2005 juga mendapati minyak zaitun baik untuk keanjalan arteri.Keanjalan dinding arteri mengurangkan tekanan vaskular dan dengan itu mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (stroke).

3.Ia dianggap rawatan kesihatan semula jadi (natural health remedies).

4.Extra-virgin oil melembapkan kulit, termasuk muka.

Manusia zaman purba menggunakan minyak zaitun untuk perubatan, bahan bakar dan membuat sabun. Orang Greek misalnya menggunakan minyak zaitun sebagai bahan mandian. Ia dikatakan boleh menghalang alergik.

Juga digunakan sebagai pelembap bibir (lip balm), syampu, minyak mandian, losyen tangan, sabun, rendaman kuku, minyak urut, rawatan kelemumur. Jika hendak dijadikan bahan rendaman kuku, elok digunakan minyak suam. Minyak zaitun boleh buat face mask jika dicampurkan dengan clay mud atau avocado. Biarkan 5-10 minit dan kemudian renjis dengan air. Juga boleh digunakan untuk mengatasi psoriasis dan kulit kering.

Lebih istimewa lagi zaitun juga merupakan satu buah yang digunakan oleh Allah sewaktu bersumpah. Allah bersumpah dengan buah Zaitun kerana padanya terdapat sumber makanan dan ubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia bermula dari minyak, kayu, daun dan buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya bersih bertepatan dengan firman Allah:

Maksudnya:

Lampu itu dinyalakan dengan dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja ketika turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari)hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya yang bersinar(kerana jernihnya) walaupun ia tidak di sentuh api..,

Rasul pernah bersabda Ertinya: ’Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat. Kita pasti tidak akan mendapat keberkesanannya tanpa mencuba terlebih dahulu.

Wah, hebatkan buah ni? Tertunggu-tunggu juga apa baba nak buat dengan buah zaitun sebanyak tu. Makin hari makin meninggi timbunan buah zaitun depan pintu kami. Kadang-kadang saya tolong gak capai mana yang patut dan lawa-lawa untuk letak sama pada timbunan tu.Harapnya lepas ni bolehlah nak temuramah baba atau mama pasal buah zaitun ni. Macam best je.. ^_^ Andai kata mama nak buat minyak dengan buah zaitun tu, bolehlah kami nyibuk sama tanya cara.. Kalau untung boleh dapat minyak free.. Hehe..

Tidak wujud Denggi di Jordan

6:03 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Tadi pagi, lepas habis makmal Microbiology saya pergi temankan Athirah ke hospital. Kali ni kami pergi jumpa seorang doktor yang disarankan oleh orang makmal kesihatan yang lepas iaitu Dr. Wail. Nampak gaya doktor ini macam hebat saja orangnya. Entahlah. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Kasihan Athirah.. Sudah hampir sebulan dia asyik lemah-lemah badan, muntah, sakit kepala dan pengsan. Sebelum ini, ada juga kami ke Markas Sihhi tapi keputusannya normal sahaja. Pegawai perubatan di situ tak dapat beri konklusi apa-apa pun. Syafakillah ya ukht!!

Balik pada cerita tadi, waktu kami jumpa Dr Wail, Athirah ada beritahu doktor semua 'health history' dia. Malahan dia turut beritahu doktor di Malaysia syak yang dia kena demam denggi. Tapi tak sempat nak buat rawatan lanjut sebab Athirah dah kena balik Jordan. Maka, ingatkan nak sambung rawatan atau buat diagnosis lagi sekali tentang demam denggi pada Athirah.

Tengok-tengok, Dr Wail beritahu kami bahawa mereka di Jordan langsung tiada kelengkapan untuk kes denggi di sini. Ha??!! Malahan dia siap beritahu kami lagi bahawa dia tak pernah jumpa kes denggi sepanjang dia hidup. Yang dia ingat tentang denggi adalah info-info yang dia jumpa dalam buku waktu dia belajar dulu jer. Erk, terdiam kami dengar...

Wah, benda baru ni..! Rupanya denggi tak pernah sampai ke Jordan.Eh, memangla macam tu sebab sini iklim mediteranean. Nyamuk hidup kat kawasan tropika saja. Mati ler nyamuk tu karang kalau sampai sini. Hehe.. Pelik jugalah sebab kita di Malaysia memang dah biasa dengan Denggi. Rupanya di sini denggi tu macam ajaib sikit sebab doktor pun tak pernah jumpa.

Tapi doktor Wail kata Athirah mungkin bukan kena demam denggi sebab Athirah tak demam dan ada bintik-bintik merah. Dia cuma selalu sakit kepala je. So, Dr Wail suruh dia buat pemeriksaan menyeluruh dengan seorang doktor lain yang juga tak kurang hebatnya iaitu Dr Mahmud.

Senior-senior siap kasitau kami lagi yang Dr. Mahmud ni baik, best, hebat dan seronok belajar dengan dia. Hbais dipuji melambung doktor tu sampai Athirah pun cam tak sabar-sabar nak jumpa dia nanti. ^_^ Kita tunggu dan lihat nantilah yer, Thirah!

Oh ya, Athirah ada cerita sebelum dia jumpa Dr Wail ni, dia ada jumpa orang makmal dulu minta buat check-up. Sekali bila Athirah tanya adakah dia ada simptopm denggi,orang makmal tu siap surf internet lagi depan Athirah untuk cari info pasal penyakit tu. Katanya "saya tak tahu sangat sebab tak pernah jumpa penyakit ni." (^^,)

Wah, Athirah nampaknya macam memberikan pengalaman baru je untuk para pegawai perubatan di Jordan. Bukan senang tau jumpa orang sakit denggi di Jordan. Sedangkan doktor yang dah berapa dekad jadi doktor pun tak pernah jumpa penyakit tu. Excited habis doktor-doktor kat sini. Kankankan..

Apa-apa pun, harapnya Athirah cepatlah sembuh yer. Tak payah kena denggi pun takpe. ^_^ Kitaorang nak awak sihat walafiat sentiasa je dah cukup. Sayang awak!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota:

Nampaknya sejak saya menjual beberapa buku GKLN yang lepas pada beberapa kawan-kawan saya, makin tinggi pula permintaan dari lain. Maafla pada yang tak tahu menahu tentang buku itu. Sebabnya yang minta tolong belikan itu pun tahu sendiri bukan melalui saya.

Baiklah, sekarang saya buka semula tawaran beli buku GKLN pada seluruh warga Jordan!! Bolehlah rujuk www.gklnpublishinghouse.blogspot.com ya!... Pada yang berminat, boleh tempah pada saya mulai sekarang. Harap-harapnya lepas ni tiada lagi yang mengeluh dia tak dapat iklan. ^_^ Saya sudah keluarkan iklan ini semula... Maka, pada yang minat membaca buku-buku ilmiah dalam bentuk cerpen dan puisi, inilah masanya nak tambah koleksi buku anda.. Sekian

-Auriss Haira-

Herpes Zoster dalam kenangan....

10:40 AM 2 Comments A+ a-

Tadi pagi saya ada kelas microbiology. Tajuk hari ni berkenaan tentang bakteria dan virus. Banyak juga nama baru yang kena hadam ni. Tapi paling saya tertarik bila doktor sebut tentang herpes zoster. Wah, masuk juga virus ni dalam silibus saya!!

Sebenarnya ketertarikan pada virus herpes zoster ni ada sebabnya. Semua gara-gara saya tetiba kena serang dengan virus ni dua hari hari sebelum balik ke Jordan. Habis kucar-kacir hidup jadinya. Masakan tidak, dengan sakit pedih dan gatal yang teramat ditambah dengan bekalan ubat yang banyak untuk dihabiskan, memang virus ini sangat-sangat memberi kesan pada hidup saya. Emo habis dua tiga hari sebelum balik Jordan. Maaf ye mama, abah kalau Ina terbuat silap time tu! Terima kasih sebab faham keadaan diri yang tengah tertekan waktu tu.

Kalau nak tau herpes zoster ni nama biasa dalam bahasa inggerisnya ialah shingle. Nama melayunya pula kayap! Satu penyakit yang memang orang paling tak nak kena. Termasuklah saya. Tapi nak buat macam mana, dah tetiba kena so sabar jelah.

Cumanya rasa seronok pula sebab saya jadi lebih arif tentang penyakit ni. Dulu awal-awal rasa rendah diri juga lah sebabkan penyakit tu ada mitos yang sangat buruk. Katanya penyakit itu berjangkit dan kalau merebak sampai mengelilingi satu anggota, boleh putus. Tambahan lagi, dengan pengeluaran bintil-bintil berair yang besar dan banyak yang hodoh, memang saya jadi ashabul kahfi 24 jam sepanjang dijangkiti. Kena makan ubat yang sangat banyak selama 10 hari, maka 10 hari saya poteng puasa bersebab.

Rupa-rupanya, mitos itu semua salah! Kayap bukan sebab jangkitan! Kayap sebenarnya sebab pengaktifan semula virus dalam badan. Virus itulah yang namanya herpes zoster. Ia ada dalam badan kita waktu kecil dulu bila kita kena chicken pox. Normal lah kan. Tapi virus itu tak hilang. Dia sembunyi dalam badan kita, macam main nyorok-nyorok. Bila imunisasi badan lemah, maka dia pun terus keluar dan serang sistem saraf kita. Itulah yang saya kena lepas demam aritu. Kurang asam punya virus, serang hendap mana aci!

Kayap merebak sebab dia bergerak melalui saraf. Maka, bahagian mana dia tumbuh tu, maka itulah tempat saraf-saraf kita ada. Virus ni tak ada ubat penyembuh. Yang ada cuma ubat penghalang dia mereplikasi jadi lebih banyak. Tapi kalau dah lebih 5 hari kita biar tanpa kasi ubat tu, maka tak leh nak buat apa dah. Hanya tunggu dia hilang sendirilah..

Fakta yang perlu korang semua tau, kayap takkan berjangkit pada siapa yang pernah kena chicken pox. Tapi pada yang belum kena, korang ada kena chicken pox je dulu. Kayap next time. Hehehe.. Doa-doalah tak kena. Siksa weh.. gatal, sakit,pedih semua ada. Kerja asyik nak nangis je setiap kali terkena bahagian yang ada bintil tu..

Paling tension bila nak makan ubatlah. Ubatnya kena makan 5 kali sehari. Maka 5x10=50 biji. Tambahan, paling efektif, makan 800g sekali telan. Sebiji ubat selalunya 400g. So 2x5=10 biji sehari. 10 bijix10hari=100 biji. Wah,kesian buah pinggang saya!!

Alhamdulillah lepas 15 hari lebih semua dah okay. Sekarang ni tengah usaha pulihkan parut-parut saja. Lega rasanya dah lepas siksa.. (^_^)Y.. Lepas tu kena qada puasa yang bertimbun-timbun tu.. Nasib sayalah tahun ni. Ramadhan paling special tu..

Disebabkan saya kena penyakit ni haritu waktu dekat-dekat nak balik, memang abah dah suruh cari dalam internet semua fakta tentang penyakit tu. Takut nanti terkial-kial sorang-sorang kat Irbid nih. Siap saya dah hafal dah semua! Semua dari awal punca sampailah ke efek ubat. Semua dalam khatam masuk kepala. Tu belum campur dengan rujukan doktor kat Malaysia + Irbid + senior medik. Wa, banyak gila info! Lepas ni bolehlah jadi pakar sakit kayap. Hohoho... Siapa nak tahu info, bolehlah tanya ye. Doktor-to-be dah ready tentang shingles sahaja dulu.. (^^,)

Sebab tu bila saya jumpa balik nama virus tu dalam silibus microb pagi tadi, rasa macam eh-eh 'familiar'nyer dengan benda tu. Kalau doktor nak saya ganti dia suruh kasi lecture tentang herpes zoster sahaja dari awal sampai habis pun saya sanggup kot. Dah kena sendiri jadi macam dah hafal semua fakta dia. :P Alhamdulillah, boleh skip revision tentang virus ni. Hikhikhik...

Kesimpulannya saya cepat hafal penyakit yang saya kena. Bermula sejak kes gigi sendiri, edema waktu winter dan banyak lagi sampailah saya pegang biro kebajikan sekarang, nampaknya kerja-kerja mengeledah internet cari info penyakit sendiri dah mula sebati. Praktis jadi doktor la kononnya.

Insyallah saya akan lebih memahami pesakit saya sebab saya dah rasa dulu semuanya. Erk, tak payahlah pula semua penyakit saya kena. Yang sikit-sikit cukup.. Itu pun dah cukup memahami penderitaan mangsa yang terlibat.. Ceewah... Apa-apa pun, sangat excited jumpa Mr. Herpes Zoster dalam Microbiology.. Harap-harap banyaklah keluar soalan tentang dia. Hehehe....

Oklah kita tunggu dan lihat seterusnya siapa pula yang saya jumpa lagi lepas ni...

Kata Ganti Diri

4:52 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Tadi saya pergi ke pasar mujamma' selepas pulang dari kelas. Mahu beli barangan rumah yang sudah habis. Tengah-tengah khusyuk jalan-jalan usyar sayur mana yang berkenan tetiba ternampak sorang pakcik ni tengah melambai-lambai memanggil seseorang.

Pakcik: Ya dukturah.. ya dukturah.. ta'al2x!! syu biddik? bandurah? filfil? malful? kullu rokhis..(wahai doktor.. wahai doktor.. sini2x!! kau nak apa? tomato? cili? kobis? semua murah..)

Eh, gaya macam pandang pada saya. Tapi dia panggil gelaran doktor. Saya toleh kiri kanan. Dia cakap dengan saya ke dengan siapa? Tapi bila toleh-toleh memang saya sorang sahaja di situ. Sahlah, dia cakap dengan saya!

Saya: Erm, tehki ma'i? (erm, kau cakap dengan aku ke?)
Pakcik: Na'am ya dukturah.. Ta'al2x! ( ye la wahai doktor.. sini2x!!)

Sebenarnya saya tertanya-tanya gak tadi doktor manalah yang pakcik tu panggil. Rupanya saya sendiri. Jarang orang panggil saya doktor. Selalunya di sini mereka akan panggil kami sebagai sobaya(anak dara), banat(anak perempuan), sodiq(kawan) atau ustazah..Jarang sangatlah guna doktor tu. Yelah graduate pun belum.Mana berani pakai nama pangkal tu.

Tersenyum jugalah tadi. Terasa macam dihargai pula kena panggil sebagai doktor. Hehe.

Saya dulu selalu ada masalah dengan kata panggilan. Kadang-kadang tu sebelum panggil orang-orang yang saya tak kenal, terfikir-fikir gak nak panggil apa. cik? Kakak? Makcik? Pakcik? Abang? Adik? Encik? Last-last kalau tak tahu sangat, tak payah tegur terus lah senang. Terus blah pergi tempat lain.

Tapi di sini rasanya masalah tu selesai. Kat sini apa-apa pun kitaorang panggil mereka dengan kata ganti nama 'Mu'allim'. Mu'allim tu bukannya bermaksud guru sahaja tau! Mu'allim maknanya orang yang mengetahui. Boleh pakai pada semua orang tak kiralah dia kerja apa sekali pun. Guru ke pekedai ke pakcik sapu jalan ke pemandu teksi ke semua boleh.. Kalau yang perempuan, kita panggil je la Mu'allimah. Kan senang??

Lagipun ia kira menghormati mereka lah sebabnya panggil tu menunjukkan kita menganggap mereka lebih mengetahui sesuatu daripada kita. Kira upgrade la sikit tanda hormat tu. Takdelah risau kalau-kalau kita terkecikkan hati orang dengan kata panggilan yang tak sesuai.

Lepas ni rasa macam nak cuba cari satu perkataan yang boleh pakai untuk semua golongan kat Malaysia lah. Senang sikit nak guna nanti. Agaknya apa yang boleh mengganti perkataan mu'allim tu ya? Kalau panggil 'orang yang mengetahui', macam panjang sangat.. Hurmm.... Siapa ada idea, bolehlah share... ^_^

Berjaya atau gagal?

7:45 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekadar berbasi-basa di pagi hari selepas solat subuh. Tadi saya ada membaca sedikit nota untuk persiapan hari ini, alih-alih mengantuk pula. Lalu, inisiatifnya mahu berjalan-jalan di alam maya sebentar. Mahu mengacau orang mungkin semua masih enak beradu.

Semalam, sehari suntuk saya tidak pulang ke rumah. Seusai study group di jami'ah, saya terus menuju ke Syari3 Jamiah untuk menelefon keluarga di kedai telefon. Bukan kredit tak ada, tapi di sana kosnya lebih murah dan boleh bergayut lama-lama walaupun line kadang-kadang macam chipsmore saja.

Apa lagi, lepas sudah seminggu lebih tak menelefon keluarga lantaran kekangan masa yang membelenggu, kali ni saya pulun habis-habisan mengadu semua. Dari A hinggalah ke Z. Tapi yang paling ketara adalah tentang kerisauan saya tentang pelajaran.

Di sini semuanya hebat-hebat belaka. Cakaplah siapa pun, pelajar terbaik Malaysia? Full Colour Award of SBP? terbaik negeri? semuanya berkumpul di sini. Secara tak langsung kadang-kadang terasa kerdil yang amat diri ini.

Tambahan, baru-baru ini senarai Dean List sudah keluar. Memang tak masuk carta langsung. Entah kenapa, rasa sayu semacam sedang tahun pertama sepatutnya boleh meloncat-loncat markahnya. Terukkah saya?

Saya memang mengharap abah dan mama saat-saat begini. Sejak masuk SBP yang turut menekankan perasaan sejak dulu. Mereka memang bijak melihat. Sudah banyak makan garam barangkali. Terasa tenang sebentar mendengar pandangan mereka pada situasi saya.

Kata ayah, itu rezeki yang sudah tercatat pada kita. Walau tidak sehebat mana, maknanya Allah itu masih beri petunjuk bahawa saya perlu menaiktarafkan lagi tahap saya. Bayangkan sahaja kalau saya sudah masuk senarai dekan itu dan menganggap bahawa saya sudah hebat dan tak mahu lagi berusaha. A'uzubillahi min zalik... Jauhkan saya dari sifat itu.

Kata ayah lagi saya patut bersyukur dengan markah yang saya perolehi. Itu ketentuan qada' dan qadar namanya. Sebagai orang islam, kita kena redha dan percaya padanya. Ah, terlupa seketika pada keimananan di situ.Saya bukan tidak berusaha tetapi itu rezeki yang allah sudah berikan. Makanya, saya perlu redha dan berusaha lagi.
Ada satu lagi quote abah yang saya sangat ingat semalam : Makin tinggi tahap sesuatu ilmu, maka makin tinggilah cabarannya. Ya, saya menghadapi cabaran ini kerana saya dalam usaha meninggikan lagi ilmu. Sedangkan ulama cendikiawan dahulu kalau sanggup bersusah kerana ilmu, apa saya mahukan yang senang-senang sahaja?

Kata mama pula masih ada 6 tahun lagi untuk mara. Yang sudah itu biarlah.. Insyallah kalau kita boleh mengkoreksi diri kembali, pasti ada yang boleh diubah untuk terus maju. Mama pujuk saya percaya dengan diri sendiri. Wahai diri, percayalah kata mama..

Buat rakan yang mengerti, syukran sebab bantu saya dalam situasi ini. Mudah sangatkan saya terjatuh? Terima kasih kerana sudi hulurkan tangan kembali. Saya takkan lupa kata-kata bahawa sekarang tidak semestinya menjamin hari muka. Sedangkan masih ada doktor bijak yang lingkup kerana bijak buku semata. Haha, terhibur sebentar dengar gurauan mereka. Ya, betul! Saya masih ada peluang untuk berusaha dan menambahbaik apa yang ada. Saya bukan gagal tapi saya belum berjaya..

Syukran ya habibi albi!! Barakallahu fi kum.. Sesi pujuk-pujuk sudah selesai. Sekarang sesi pecut pula.Pesanan pada diri, tak payahlah tengok sekeliling sangat, nanti kita cepat lemah semangat. Jom jadi katak bisu dan pekak! Kalau tambah mata istimewa pun okay gak, tak perlu lihat benda-benda yang melemahkan semangat.. Mari sang katak semua, kita teruskan perjalanan kita...!!!

p/s: pernah dengar cerita katak bisu dan pekak? di lain masa saya postkan ya!

Melayan Anak

7:06 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sepanjang tiga empat hari, entah kenapa saya selalu sahaja ternampak adegan-adegan ibu arab yang kelihatan agak kasar dalam melayan anaknya. Mungkin sahaja sebab saya adalah dari kalangan bangsa melayu yang terkenal dengan sopan-santun dan kelembutannya, melihat seorang ibu berkasar dengan anaknya kelihatan agak canggung di mata saya.

Bukannya pelik melihat benda-benda seumpama itu di sini, tapi memandangkan asyik terperhati benda yang sama setiap hari, jadi terfikir pula. Patutlah orang arab agak kasar, rupanya sejak kecil memang kena layan macam tu. Patut jadi begitu..

Mulanya hari tu, saya tengah berjalan pulang ke rumah. Di pertengahan jalan, terserempak dengan seorang ibu muda yang sedang membuka pintu rumahnya. Baru pulang barangkali. Di sisinya, ada seorang anak kecil yang comel sangat. Budak tu tiba-tiba meluru ke tengah jalan raya.

Nasib baik tak ada kereta lalu lalang. Risau juga saya. Tapi yang lebih mengejutkan, ibu muda yang terkejut tu tiba-tiba berlari mendapatkan si anak lantas terus menampar belakang kepala si anak dengan kuat sambil menjerit. Erk, ingatkan nak peluk budak tu. Rupanya lain pula yang jadi. Terus si anak meraung dan menangis.

Erm, mungkin ibu itu terkejut. Tapi bagi saya, tak perlulah sampai ala-ala melempang kepala budak tu sekuat itu. Kita yang tengok pun terkejut. Ganas betul.. Tak tahan tengok gelagat mereka, terus saya berjalan pulang ke rumah.

Esoknya pula, ketika saya sedang dalam perjalanan ke Hijazi, ternampak pula adegan ibu yang lain. Kali ini si ibu sedang menarik anaknya keluar dari kereta. Gayanya budak tu mungkin sebaya budak semalam. Dalam lingkungan usia setahun dua.Mungkin juga tiga tahun.

Si ibu menarik anaknya dengan hanya mengangkat sebelah tangan anak dan menariknya keluar. Tergantung-gantung budak tu jadinya. Aduh, kita yang melihat ni pula jadi seriau. Patah la riuk budak tu karang makcik oii...

Kes yang kedua memang selalu sangat saya nampak. Dah biasa. Tapi itulah, saya masih rasa kecut bila nampak si ibu yang begitu. Mereka tampak yakin dengan cara mereka tu. Mungkin budaya mereka begitu.

Ah, beruntung rasanya saya ber'ibu'kan ibu yang lemah-lembut. Rasanya ramai juga orang melayu yang begitu. Ibu-ibu melayu banyaknya lemah-lembut dan berhati-hati kala melayan anak. Bukan nak kata ibu arab tidak penyayang, tapi mungkin cara mereka kurang lembut sedikit dari cara kita.

Apa-apa pun harapnya si kecil tadi sudah terbiasa dalam menerima cara ibu mereka. Pada yang tak biasa, mungkin menyakitkan.. Kesimpulannya, insyallah itu takkan jadi cara saya dewasa kelak. Haha, sudah berfikiran jauh gitu..

p/s : Opss,saya sudah mula masuk mode rindu mama. Mama, tak sabarnya nak menunggu September kembali. Terasa mahu pulang lagi ke Malaysia dan bermesra dengan mama yang lembut dan best. Sayang mama!

====================================================================================

Nota satu:

Fatrah exam sudah tiba minggu depan..

21 oktober: Pathology
26 Oktober: Genetic
1 November: Pharmacology
11 November: Biostatic
11 November: Microbiology

Ganbatte pada diri sendiri! Semoga perjuangan tahun ini akan lebih bermakna dari tahun lepas. Doakan saya ya..!

=================================================================================

Nota dua:

Esok ada Sambutan Raya PERMAI di Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk, Jordan. Mari ramai-ramai meriahkan majlis. Bukan senang nak bersama ramai-ramai begini. Insyallah, banyak aktiviti yang bakal dibuat.

Justeru, saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin sekali lagi buat semua warga PERMAI di Irbid.. ^_^

Irbid wilayah wanita sahaja ke?

8:59 AM 9 Comments A+ a-



" Eh, nak tanya boleh? Irbid ni wilayah untuk wanita sahaja ke? " tanya sorang kawan selepas singgah di blog saya dan melihat gambar-gambar raya yang saya pamerkan.

Terdiam sebentar juga saya melihat kata-kata kawan saya dalam ym tu. Tiba-tiba terbayang juga pertanyaan dari keluarga dan sanak saudara saya sewaktu mereka melihat-lihat koleksi photo sepanjang setahun tinggal di irbid.

" Ina, gambar budak lelaki langsung takde ke? "

" Kak Ina, asal semua gambar perempuan je? "

" Arina, gambar budak lelaki mana? Nak tengok juga muka budak-budak jordan kat sana."

Eh, baru saya terperasan yang memang saya tak ada langsung walau sekeping gambar student-student JUST yang lelaki dalam simpanan saya. Erm, nak jawab macam mana ek?

Last-last saya sengih je lah. Nak buat macam mana. Memang saya tak ada langsung gambar bersama mereka atau gambar mereka sahaja. Tup-tup ada pula yang bertanya..

" eh, ko anti lelaki ek? "

" korang memang tak kawan ke lelaki ngan perempuan kat sana? "

Pulak dah... Ada ke? Muka saya muka anti lelaki ke kak?? Tergaru-garu kepala juga saya nak terangkan pada mereka situasi di Irbid ni macam mana. Yelah, suasana sini dan sana lain. Takut tak sampai maksud karang, ada pula yang salah faham.

Sebenarnya bukan saya langsung anti kaum bernama adam. Mereka tetap penting dalam hidup nih. Kalau tak buat apa Allah cipta mereka, ye tak? Tak bolehlah cakap kita tak suka pihak sana. Saya neutral sahaja!

Di Irbid ni, biah nya agak terkawal. Pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat terjaga. Alhamdulillah, memang saya suka suasana ni. Kami masih boleh bergaul tapi pergaulan mestilah berdasarkan urusan semata-mata.

Saya akui memang saya tak rapat langsung dengan mana-mana lelaki kecualilah keluarga dan sanak-saudara saya sahaja. Sebab itu, dalam koleksi foto saya, sangat susah nak nampak gambar kawan lelaki. Nak bergaul pun mengikut masa dan suasana, inikan pula nak bergambar bersama. Itu bukan cara saya.

Lainlah kalau kami bergambar juga atas urusan seperti gambar kelas, gambar persatuan dan gambar-gambar aktiviti yang melibatkan lelaki dan perempuan. Itu pun sekarang sangat susah nak jumpa sebabnya banyak aktiviti kami diasingkan. Aha, lagi saya suka! Sebabnya saya bebas sikit kalau ada perempuan je.

Saya berkawan je dengan semua. Tetapi macam yang saya kata, semuanya bergantung pada keadaan. Berlainan jantina antara faktor cara saya berkawan juga berlainan. Bergantung pada keadaan. Kalau ada yang bertanya sesuatu, saya masih boleh buka mulut dan menjawab. Saya bersikap profesional.

Seperti yang kita tahu, Islam membenarkan ikhtilat bergantung kepada syarat. Yang saya ingat adalah kerana pendidikan, perubatan, dan jual-beli. Ada lagi rasanya tapi saya lupa. Ah, nanti saya semak yang sebetulnya dan saya akan postkan di sini tentang tatacara ikhtilat yang dibenarkan.

Saya hanya berpegang pada syariat bahawa hubungan lelaki dan perempuan ada batasan. Mungkin sebab itu, saya kurang rapat dengan kawan-kawan lelaki. Saya masih ada kawan cumanya pergaulan kami perlu dibataskan. Kawan lelaki dan perempuan lain caranya.

Mungkin juga kerana agak trauma sebab di sekolah dulu selalu sangat kena gosip dengan budak-budak lelaki. Kenapa entah? Nak kata lawa, ramai lagi yang comel-comel di sana. Agaknya sebab dulu asyik kena suruh buat kerja dengan mereka yang berkenaan, lama-lama jadi bahan perhatian orang pula.

Di sekolah rendah dan menengah sama sahaja. Pernah juga saya menangis sebab tak tahan. Malunya Ya Allah.... Tak dapat nak digambar dengan kata-kata.. Rasa macam rendah sangat maruah bila nama dicanang begitu rupa. Mungkin itu juga sebab kenapa saya kurang rapat dengan lelaki. Takut semua tu jadi lagi.

Usah risau. Saya masih boleh terima kehadiran kaum adam di sekeliling saya. Bila dewasa nanti, skop pergaulan saya akan jadi lebih meluas kepada masyarakat. Sudah pasti akan ada ramai kaum adam di sekeliling saya. Mungkin kawan sekerja, pesakit, kenalan dan ramai lagi.

Tapi itulah, saya jenis yang agak menjaga perhubungan. Bila ada urusan, saya masih boleh berhubungan. Kalau tak ada urusan, saya lebih suka mendiamkan diri. Kalau orang tak sapa, buat apa saya nak bermesra. Tiada istilah untuk takut pada lelaki. Malu mungkin ya. Tapi yang selebihnya, saya hanya berjaga-jaga.

Sepupu-sepapat belah ayah saya kebanyakannya perempuan, kalau belah mak pula kebanyakannya lelaki. Kami semua rapat-rapat belaka. Kecil besar semua sekepala. Jadi tak bolehlah nak kata saya tak reti bergaul dengan golongan berlainan jantina. Saya ada cara saya. Maka, itulah saya sekarang..

Tak kisahlah orang nak kata apa pada saya. Janji saya tahu apa yang saya buat baik untuk diri saya. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Terpulanglah.. ^_^

===================================================================================

p/s: Jauhi diri dari gerakan feminisme...! Hehe, promote2x!!

Saya suka Cerita Klasik

11:44 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum (intro sikit panjang.. bahan utama ada di akhir kisah!)

Semalam seharian saya tidak pulang ke rumah sebab sibuk menguruskan pelbagai urusan di luar. Keluar rumah pukul 7.15 pagi sewaktu ramai penghuni Irbid masih berdengkur di katil dan kembali semula ke rumah pada pukul 8.00 malam selepas habis menziarah rumah Hanan di Mujamma' Sheikh Khalil.

Sedari pagi, masa penuh terisi dengan pelaksaan pelbagai kerja yang tiada kena mengena dengan raya. T_T Letihnya... Teringinnya mahu berpulas-pulasan di kala cuti.

Tapi rasanya Allah sudah terlebih dahulu atur rancangan agar kita berjoli mengutip pahala sepanjang hari ni (ayat pujuk hati je lebih..). Dari mesyuarat sambung ke talk bersama pelajar hinggalah ke open house. Ops, Open House Hanan sahaja masuk kategori raya... ^^

Pendek cerita, sebab insaf cuti tinggal sehari maka saya paksa diri bukak buku walau semuka.. Gasaklah tak tidur malam pun. Janji buka buku sekejap, buat nota semuka.

Sudahlah sepanjang malam telefon tak berenggang dari telinga. Kena call situ, kena call sana.. Nasiblah jadi biro 'on call' sentiasa macam kata Kak Tehah.. Fuh, sabar Ainul..! Allah dekat tuhh....

So, demi melaksanakan misi kita hari ni, tepat pukul 11 saya bersila di atas lantai bilik dan punggah semua keperluan nak membuat nota. Owh, terlupa pula. Air milo secawan dan sebotol kuih raya turut di letak di sisi. Semangat study membara-bara pula..

Tapi tak sampai sejam, rasa macam tulisan saya dah ala-ala tulisan jepun pula. Kertas putih sodah nampak garis-garis yang tergaris sebab tersengguk. Aduh, krisis ngantuk sebab sunyi lagi...

Maka, saya bukak laptop dan terus bukak cerita korea komedi yang baru saya ambil dari Kak Tini. Hah, terang benderang sikit mata nih. Walaupun kelajuan tulis nota berkurang sekali ganda. Hehehe. Mana taknya, tulis nota sikit, tengok movie sket. Tulis nota sket, tengok movie sket..

Movie korea yang saya tengok tu tajukknya Hello!. Lawak juga la. Cumanya saya tertarik melihat peribadi princess yang diceritakan di dalam cerita itu. Dibawakan oleh pelakon Lee Da Hee kalau tak silap.

Aduh, penuh sifat islamik perwatakannya. Cuma kureng tidak bertudung saja. Bayangkan dia sangat anti membuka aurat. Katanya adat puteri korea, wanita belum kawin tak boleh tunjuk aurat seperti dada, betis, lengan kepada lelaki asing. Pakaiannya pula litup, labuh dan longgar.

Malahan, kalau nak jumpa tetamu lelaki, mereka dipisahkan oleh sehelai tabir. Tak cukup dengan tu, cakap kena sopan-santun. Tak leh tinggi suara. Wahwahwah..!!! Terharu pula rasanya. Itu semuanya ciri Islam sebagai Addin kita?

Malangnya, dia adabnya kadang-kadang lingkup juga bila berdepan krisis terutama berkaitan wang. Ah, itu tolak tepi dulu.. saya hanya mahu bicara tentang adab dan pakaiannya sahaja..

Apa pernah kita terfikir cerita-cerita dahulu kala semuanya berpakaian sopan dan molek. Tak kisahlah cina, india, melayu, korea, jepun hatta eropah sana pun dahulu pakaiannya sangat labuh dan menutup yang perlu ditutup..

Tapi sekarang, aduh la hai.. Nampak habis macam-macam. Tinggal tolak atas bawah semua dah trang tang tang depan mata. Apa miskin sangatkah masyarakat dunia kita kini?

Rasanya baju ala-ala puteri semua negara zaman dulu-dulu lagi comel dan bagus sebab penuh ciri islamik padanya ( baju sahaja ya.. tudung lain cerita..). Melayu dengan baju kurungnya (bukan kebaya!), india dengan sarinya(exception pada perut yang terdedah), cina dengan samfoo nya, jepun dengan kimononya, korea dengan korean dressnya, eropah pula dengan gaun kembang ala-ala tudung saji itu (zaman dulu, dada dan leher orang eropah tutup tau.. yang buka-buka tu mula lambat sket..)

Ayu sungguh tengok mereka. Takdelah seksa mata melihat yang tak perlu dilihat. Nak tengok movie pun rileks ja. Contoh macam cerita Jewels In The Palace(korea), Princess Hour(China), Oshin(Jepun) dan lain-lain lagilah... Semuanya tak payah tayang lebih-lebih. Ekspressi muka dah cukup. Barulah pelakon sejati!! Nak lepak tengok lepas tension pun sedap je.. Tak menambah tension pun..

Sebab itu saya suka tengok cerita yang tentang zaman lama-lama. Selain jalan cerita, pakaian pun tak over. Entah apa seronoknya kasi semua orang tengok badan sendiri. Dah hilang malukah mereka? Haish.. Na'uzubillahi min zalik..! Alangkah bagus jika zaman perubahan pakaian boleh diterbalikkan...

Juga sangat tak suka pada yang melabel itulah busana muslimah tika mana ketatnya macam sarung nangka, tudung sekadar menutup rambut sedang lehernya terkeluar ke mana.Warnanya pula terang-benderang gilang gemilang macam tak ingat dunia. Hanya mengharap pada kepanjangan kain separas paha dan tudung di kepala semata-semata

Contoh terdekat : Jubah-jubah di Irbid yang dipakai sendat-sendat. Kenapa perlu ada alur tubuh sedang jubah itu dicipta untuk tidak menampakkan susuk wanita. Aduhlah dunia.. Kalau di negara islam jadi begini, apatah lagi di luar sana.. T_T

p/s: jarum yahudi makin berbisa nampaknya. Islam yang dahulu dianaktiri kini kembali mendominasi setelah diubah dan dimodenkan agar mengikut kehendak mereka.. Tak ubah macam gagak yang melekatkan bulu merak pada dirinya. Yang jelik tetap jelik!! !

Cerita Raya

3:31 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

NOTA RAYA PERTAMA:

Semangat bangun pagi-pagi buta lagi sebab takut kena solat kat luar masjid macam ramai yang kena tahun lepas. Kononnya merancang nak ke masjid Jamiah Yarmouk tapi sebab kelewatan menunggu orang dan hujan pula yang tetiba turun di pagi hari, saya terpaksa melangkah solat di masjid Taal sahaja. Takpelah, walaupun hanya sesuku sahaja akhawat malaysia di situ sebab ramai berkumpul kat Masjid Jamiah Yarmouk tapi dapat jugalah solat raya dengan sempurna dalam masjid.Istimewanya pagi ni, saya terserempak dengan sohibul-bayt(tuan rumah) saya dalam perjalanan ke masjid. Maka, kami sama-sama jalan dan solat sebelah-menyebelah macam ibu dan anak. Wa!!! rindu mama kat Malaysia... Dah la Ummu Faisal tu pun kitaorang panggil mama.Dia dah macam mak sendiri di Jordan ni. ^_^ Di masjid, saya jadi antara orang melayu terawal datang. Macam malu sendiri pula sebab orang arab semua baju warna hitam koko belaka. Sekali kita masuk, berwarna-warna habis surau tu. Nasib baik lepas tu ramai budak Melayu join sekali. Takde lah segan sangat. Hehe...

Lepas solat, saya terus ke Masjid Jamiah Yarmouk. Waktu habis solat raya ni selalunya waktu pelajar-pelajar melayu bersalaman sesama sendiri sebab waktu ni memang semua berkumpul ramai-ramai. Tahun ni kuantiti pelajar melayu dah meningkat sikit sebab dekat 100 orang baru datang ganti 10 student lama yang dah grad. Makin sesak jadinya.Tapi takpe je, meriah... (^^,) Lepas raya, kami terus serbu sakan 12 yang buat open house raya pertama. Sakan 12 maknanya ada 12 rumah dalam satu bangunan. Semuanya melayu. Memang semput juga lah.. Tapi takpe, setahun sekali je pun. Makanan paling femes tahun ni soto. Kenapa ntah.. Sebab baru balik malaysia kot, habis bahan yang banyak tu semua tetiba ada kat Jordan. Hehehe... Tahun ni, semua makanan asasi raya ada. Lodeh,nasi impit,lontong,rendang tok,soto,mee dan lain-lain semua ada. Memang sangat sedap tapi saya cuma makan beberapa suap serumah sebab banyak sangat rumah ada.Perut tak cukup. ^_^ Selalunya kami share sepinggan dua tiga orang. Hurm, mengeratkan ukhwah la kan..

Habis pusing satu sakan, kami bergerak ke hijazi pula. Saya jalan dengan Adilah, Fathiyah dan dua junior baru. Habis juga la memusing ke rumah senior-senior Yarmouk. Terasa macam kanak-kanak pun ada. Jalan ramai-ramai dengan kengkawan pergi beraya. Cumanya beza kami tak dapat duit raya lah.. Kalau ikut penat, memang tak terkira. Tapi mengenang janji dan mengerat ukhwah, paksa gak kaki berjalan. Bila lagi nak pergi rumah akak-akak ni kalau tak waktu-waktu begini kan? ada sesetengah rumah senior menjadi port R&R.. Thanks ya akhawati.. Uhibbuki fillah...

Jalan-jalan ziarah raya habis tepat azan maghrib.Tolak campur sudah dekat 17 rumah kami berziarah.Destinasi terakhir di Bayt Tasneem. Terkocoh-kocoh saya pulang. Waktu malam di Hari raya sangat merbahaya. Ramai arab badwi dan arab-arab kampung keluar ke jalan-jalan raya bersama keldai-keldai mereka. Kegiatan utama selain jalan-jalan cuci mata adalah mengacau orang. Kawan sendiri sudah kena ganggu di pagi hari waktu sedang berjalan secara berkumpulan. Entahlah, sedikit pening dengan cara remaja arab beraya. Keluar melepas-lepak di tepi jalan sambil memakai baju ala-ala baju trendy. Sambil jalan sambil makan aiskrim dan usyar-usyar orang. Kalau di waktu malam lagilah hebat. Sepanjang jalan penuh seperti pasar malam di Malaysia. Riuh,bising,asap rokok merata alam semuanya buat saya lebih senang di rumah. Kalau nak beraya pun, area duwar kubah jelah. Syari' Jamiah diblacklist time malam kecuali terpaksa. Mengelak darah menggelegak menyaksi ragam manusia yang pelik-pelik dan menyakitkan mata. Ramadhan pergi, semua jadi gila. Saya tak suka. Titik.

NOTA RAYA KEDUA:

Rancangan hari ini kita beraya di MSD. Dengarnya Irbid hantar 4 bas. Wah, pasti meriah!! Sambil menunggu di duwar kubah, saya menghadami buku Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Memang asyik. Terlupa sebentar dengan kegeraman saya pada sikap manusia sekeliling yang tidak tahu menghargai masa. Spanjang perjalanan, saya banyak bersama buku novel tersebut. Alang-alang tengah cuti, inilah masanya nak ulit buku novel puas-puas. ^_^ Owh, nampaknya pasukan Irbid paling awal tiba di MSD. Sudah ramai memenuhi ruang utama,maka kami yang kemalasan nak berebut terus ke halaman bawah. Duduk bersantai sambil berkenal-kenalan dan bergambar-gambaran.Yang lebih best, nasib kami yang melepak di ruangan bawah lebih baik mungkin sebab dapat makan awal.Sebabnya saya tak sarapan pagi tadi jadi lapar jugalah..

Seusai makan, kami sembang-sembang dengan rakan-rakan lama yang tak berjumpa. Kemudian pergi ke masjid solat. Lepas solat,kami berjumpa dengan rakan-rakan dari Mafraq dan Mu'tah yang baru tiba. Wah, makin meriah jadinya. Fokus saya mestilah pada anak-anak perak yang ramai dari Mu'tah. Gembiranya jumpa mereka. Kata orang jumpa teman sekampung la kan.. Habis keluar loghat asli kitaorang. Hehe..

Eh,eh.. ada VVIP datang tahun ni. Siapa? Tengku Muda Pahang.. Baru tiba dari Palestin.Isy, Puan Julita Aisyah tak datang la plak.. :P Baginda menangis sebak tadi sewaktu berucap sebab tak dapat gambarkan perasaan dapat solat di Masjidil Aqsa. Wa, cemburunya saya!!! Bila waktu saya nak solat situ pulak ni?Pendek kata, majlis raya di MSD sangat meriah... Gembira sangat-sangat. Dapat jumpa semua orang!

Pulang saja dari MSD, terus ke open house bayt Nuzha, bayt Deens dan Bayt Syifa'. Dah berjanji, kenalah datang. Nasib baik sempat tidur sejam dua dalam bas tadi. So, fresh la sikit. Sebabnya lepas habis beraya nak kena shopping barang untuk open house esok. Ramai sudah bising bila bayt DR nak buka rumah. Mentang-mentang rumah paling jauh dan ramai tak datang lagi, pakat semua nak serbu sekarang ek?Takpelah.. Saya suka saja. Malam ni sedikit geram dengan pakcik teksi yang sengaja gurau-gurau konon lawak dengan kami dengan mengecas tambang teksi dari syari' jamiah ke masjid taal sebanyak 4 jd. Wei, melampau tu! Dah sama ngan tambang gi JUST yang dekat 20 minit tau! Bila kami ternganga baru dia gelak-gelak.. Kurang asam punya pakcik. Dah la tadi asyik merungut sebab jalan sesak. Menakutkan orang je..

Aktiviti terakhir malam ni pergi raya Bayt Al-Fatih. Aish,maaflah akak. Jiran paling dekat ni yang paling lewat datang yer. Pukul 10 malam baru jenguk muka. Tu pun lepas ditelefon suruh datang jugak. Ampun beribu-ribu ampun. Hehe... Sedap mee bandung akak..!(bodek..bodek..) :P. Oklah, saya mencoret di kala jam sudah pukul 2 pagi. Esok nak kena bangun awal nak bersiap open house. For akhawat only. Rumah kami ambil turn lepas zuhur. Esok ada 6 rumah buat open house juga. Siapa nak datang, sila lah yer.. (terpikir lagi, bila nak ke rumah mama (ummu faisal) seperti yang dijanji..hish..)

Oklah, setakat ini dahulu coretan di hari raya sepanjang dua hari.. Macam-macam dah jadi. Suka duka semua dah campur warna. Alhamdulillah, so far raya kali ni labih baik dari raya tahun lepas agaknya. Cuti masih berbaki 3 hari. Macam-macam benda nak setel sebelum mula balik kelas. Harapnya semua kerja berjalan lancar. Masih mengitnai-ngintai masa untuk menelaah pelajaran di celah kesibukan raya ini. Ops, pada diri sendiri yang sedang ralit dengan komputer, sila sedar anda exam lepas raya.. Huhu.. ok. cukup setakat ini. Ma'assalamah.. ^_^
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *