Raya Pertama 2008







Cerita Di Malam Raya

Assalamualaikum....

Ehem..Ehem... dengan ini diumumkan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada hari Selasa bersamaan 30 September 2008 bagi kawasan tanah arab dan yang seangkatan dengannya... So, Eid Mubarak ya Jamaah!!! Kullu 3am wa antum bikheir... ^_^

Sebenarnya nak cerita sikit tentang malam raya tahun ni. Malam raya kali ni tak macam malam raya sangat sebab ada banyak urusan sikit tadi. Selalunya di JOrdan, kitaorang akan tunggu pengumuman dari imam masjid tentang hari raya jatuh bila. Kalau tahun lepas, lepas takbir Jordan, kami ada buat gak takbir Malaysia. Nasib baik Sheikh Makmun ni baik sangat hati dia. Tak kisah pun kami nak buat apa.. ^_^ Sepanjang dua tahun raya di sini, dua kali jugalah kena raya mengejut. Mana taknya, plan asal nak solat terawikh, tetiba je tak jadi sebab rupanya esok raya.. So, dah banyak kali sangat jadi kes tak sempat shopping raya. Termasuklah tahun nih.. Heheheh... Takpe, kita buka open house waktu bukan raya pertama la yer..

Nak dikisahkan, semalam kami dapat jemputan buka puasa di rumah kawan arab di Busyra.Saya dengan Maisarah je pergi sebab Akmal ada hal. Sangat teruja jugalah sebab ni kali pertama. Sebelum ni banyak sangat halangan nak pergi kalau ada yang menjemput. Maka, tadi seusai kelas pukul 10 pagi kami terus berangkat ke rumah Duha dan Hiba'. Jauh juga rupanya Busyra tu. Tak pernah sampai pun sebelum ni. Disebabkan sepanjang siangnya kena berpuasa, maka kitaorang banyak habiskan masa dengan bersembang, berkenalan, main dengan 'Abud yang comel, tadarus dan tidur. Nak tolong masak tak kasi, so ikut je la cakap diaorang.

Waktu petang, kitaorang berkumpul di luar rumah menghirup udara kampung yang segar sambil tunggu Abu Mahmud balik bawa sayuran. Kitaorang berkenalan lagi dengan anak-anak Ummu Mahmud yang lain iaitu Sajja, Ummu Abdullah, dan .... Bila Abu Mahmud balik, sempat juga la tolong dia angkat-angkat sayur sambil bawak Abdullah (nama manja : 'Abud) yang berumur satu tahun tu jalan-jalan. Time berbuka, kami dihidangkan dengan Maqlubah, Muluqiah tanpa nasi, fasulia, salatah, dan air tamar hindi ngan satu lagi air apa ntah.. Air satu lagi tu first time jumpa. Tak ingat plak nama dia.

Waktu tu la baru kami merasa suasana siksaan yang selalu dihadapi oleh student Melayu yang berperut kecik. Sebelum ni kita dengar je. Takdelah siksa mana pun, tapi jenuh gak la nak lalu. Diaorang letak kat pinggan kitaorang nasi banyak sangat macam untuk dua tiga orang makan. Dah la wajib habiskan kalau kitaorang anggap diaorang macam keluarga kitaorang. Aiseh, physco betul la diorang nih.. Ni pertama kali rasa nak nangis bila orang suruh makan. Sumbat tahap overdose yang severe plak tu.. Memang rasa macam azab je makan rumah diorang. Patutlah ramai senior suka tolak kalau orab arab ajak datang umah. Hehe... Takpe je, sebenarnya diaorang tu menghormati tetamu yang sangat-sangat. Tu yang jadi macam tu... ^_^

Lepas berbuka, tetiba Sajja jerit kasitau esok raya. TV cakap. Ternganga sekejap kitaorang. Yelah, ayam, sayur semua tak beli lagi. Rumah pun tak kemas lagi. Bajet raya lusa. Erm, nampaknya plan B la raya kita esok. Tutup pintu, lari pergi umah orang lain. Hehehe... Tengah-tengah berkira-kira tu pulak, dapat plak ajakan dari budak-budak arab ni supaya raya rumah diorang. Tapi raya kali ni katanya kurang meriah sikit kot sebab pak cik mereka baru meninggal. So,untuk menghormati kematian, diaorang tak buat meriah-meriah sangat. Semangat betul mengajak, tapi kesian pula kat orang rumah. Takkan nak tinggal kan? So, ampun banyak-banyak la.. Saya nak raya ngan budak Malaysia gak tahun ni.

Habis solat Maghrib, kami dihidang pula dengan qataif dan tamar hindi serta air kopi arab. Aduh, muka kitaorang dah pucat balik dah.. Kena makan lagi ke? Dengan muka penuh keterpaksaan, kitaorang makan gak la untuk menghormati tuan rumah. Kunyah siap lebih 44 kali lagi. Biar nampak sentiasa makan jer. Hehehe... Sambil-sambil makan kat luar rumah tu, saya telefon mama ngan abah di Malaysia. Hurm, raya jauh lagi tahun ni. Sedih betul..

Then, lepas isyak, baru kami bersiap balik ke Irbid. Ummu Mahmud siap bekalkan maklubah untuk bawak balik dengan satu plastik besar penuh tomato dengan cili benggali yang Abu Mahmud bawak balik tadi. Lagisatu, dia pesan, raya ni kena datang rumah dioarng lagi. Insyaallah.. So, kami pun pulang la dengan Abu Abdullah, Sajja, Duha, Hiba dan Abdullah dengan naik kereta. Hurm, as usual malam raya ni orang Arab jadi over excited sket. Riuh sepanjang jalan. Bunga apinya, jualan terbukanya, Kesesakan lalu-lintasnya dan macam-macam lagilah. Pening dibuatnya. Time ni la tetiba teringat psal keselamatan. Apa lagi, dalam kepala ni dah macam-macam fikir nak buat apa untuk pesan kat akhawat-akhawat Malaysia sepanjang raya nih..

Sampai saja di rumah, tak sampai 5 minit tetiba dapat call dari ketua Helwi. Dia kasi info bahawa ada sorang ibu akhawat Malaysia di sini sedang nazak. So, diaorang maybe akan buat solat hajat dan bacaan yassin sekarang. So, sebagai saudara seislam kitaorang terus pecut keluar rumah pergi ke sakan studnet first year pula. Dalam perjalanan terserempak kumpulan syabab Malaysia yang nak bertakbir kat area ni. Hua!! Sayangnya tak dapat join... Takpelah, kebajikan lagi penting.. HUhu...

So, kami pergilah ke sakan 1sy year untuk jumpa akak tu dan pekenal muka pada student-student baru yang lain. Habis urusan di sakan, kitaorang pergi ziarah akhawat yang sakit pula di Plaza Home. Semoga mereka semua tabah-tabah belaka. Seusai solat isyak, dalam pukul 12 baru kitaorang keluar untuk balik ke rumah sendiri. Aish, dah terlepas waktu qarar ni (qarar ialah waktu larangan keluar rumah. Selalunya musim panas pukul 10 mlm.) Bantai je la. Lagipun, dah darurat sangat..

Tiba-tiba baru je nak masuk teksi, kitaorang dapat panggilan yang kasitau bahawa ibu akhawat tadi tu baru meninggal. T_T Tergamam juga la sebentar. Kesiannya kakak tu. Dah la malam raya, kena pula ujian macam tu. Saya doakan semoga akak tu kuat dan roh ibunya dicucuri rahmat. Aminn... Ketua Helwi ngan Setiausaha patah balik pergi sakan, saya dengan kawan saya pula terus balik rumah untuk setelkan tentang surat PERMAI. On the way tu, kak Fadh telefon suruh datang rumah dia malam tu juga sebab dia dah masak banyak tapi tak ramai datang time takbir. Erk, siksaan untuk makan lagikah?? T_T Aish.. Takpelah, demi jiran yang tersayang, even pukul 12malam, ku turutkan jua kehendak senior-senior yang letih memasak tu. Hehehe...Nasib baik rumah dekat.. Ready-ready gakla kalau jadi apa-apa. Sekali kat rumah Kak Fadh bukannya kami makan pun, just minum air dan setelkan urusan surat tadi yang belum selesai.

Dan akhirnya, pukul 12.30 baru sampai rumah. Aigoo, sangat penatt + perut senak. Malam raya kali ni kerjanya asyik ke hulu-hilir sahaja. Tak dapat join takbir, tak dapat gotong-royong raya, dan tak dapat get ready awal-awal. Hurm, takpe lah.. Dah nama pun tanggungjawab. Tapi best gak sebab dapat kenal adik-adik, dapat tengok orang arab sambut malam raya( menakutkan..), dapat gi tengok orang gotong-royong dan dapat pahala free. Hehehe.. So, balik rumah ni siapkan ala kadar sahaja untuk esok. Nampaknya, jadual raya punya open house sudah berderet-deret.. Kerja berjalan sahaja lah kita raya ni.. Oklah, nak berehat sebentar. Esok nak bangun awal untuk solat raya. Once again : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Batin.. ^_^

p/s:

1- Pada akhawat Irbid, tingkatkan keselamatan anda sepanjang Hari Raya ni ya.. Jaga diri, jaga harta, dan jaga rumah baik-baik.. Sifarkan kes dalam semua keadaan.. Be alert always..
2- Alfatihah buat Ibu Kak Nor yang meninggal tadi.Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah....
3- Jom ramai-ramai buat ziarah race time raya. Bila lagi kita nak ziarah rumah akhawat-akhawat kita kecuali time2 macam ni...^_^
4- Pada junior baru, selamat menyambut Raya first di Irbid. Jangan nagis-nangis yer.. (poyo jer.. macam la senior cool sangat.. hehehe)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum



Saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada keluarga, kengkawan dan pengunjung blog nih.. Semoga kehadiran raya tahun ni memberi makna yang besar pada kita setelah tamatnya kita daripada graduate daripada universiti Ramadhan...

Plan raya tahun ni rasanya kita tutup rumah kot Raya Pertama.. Pergi rumah kawan-kawan dulu. Raya kedua pula raya kat MSD. Rumah terbuka Bayt D.R. masih dalam perbincangan.. Nanti-nantilah...

Insyallah, kalau tak ada aral, nanti saya upload gambar-gambar time raya dan cerita sikit suasana raya di Jordan.. Ni kali kedua saya beraya disini.. Harapnya menjadi senior, ketahanan diri makin kuat.. hehehe... OKlah... Selamat berhari Raya semua..!

Musim luruh dah tiba

assalamulaikum


Semalam sewaktu kelas tafaqquh Ustaz Heizal, ustaz ada kasitahu yang tv cakap hari ni bakal diramalkan hujan. Tup-tup pagi tadi memang hujan betul.. Subhanallah... Sayang saya tak sempat tatap hujan pertama musim ni. Itu pun kawan kasitau sebabnya saya khusyuk layan kerja lain. So, dengan kedatangan hujan kali ni maka sudah bermula lah musim luruh buat tahun ni.. Ahlin ya khorif (selamat datang wahai musim luruh..).. Seronok summer dah berlalu. Lepas ni boleh jumpa Encik Salji lagi.. ^_^



Tetamu Pagi

Saat bumi bersimbah barakah
ku titip damba
di celah butiran rahmah
biar tamu di pagi ini
hadir bawa dingin hari
halau bahang derita
kesat hilang si air mata
menangisi pergi bulan bahagia
menanti harap temu semula

Walang yang datang bagai hilang
tika tamu pagi bertandang
rintik halus di jendela
hantar sebuah tanda
sinar baruku menjengah semula
sebagai ganti nikmat yang pergi.

Aku bahagia tamu pagi tiba
kerana bagiku
itulah utusan salju
buat hati yang resah menunggu
Kemarilah, beritakan sahaja
saat bila bolehkan ketemu?
Kerana aku rindu
pada penenang saat ku buntu.

Syukur ku bingkis di helai doa,
tamsilan bahagia sebuah sukma.
Pinta ku tulus
moga damai terus menghuni
sebuah daerah bernama hati.


Auriss Haira
21.40 mlm - Bayt D.R.
27 Sept 2008

Pantun Khas Buat Saudara Sejawa ^_^

Assalamualaikum...

Nampaknya bahang raya makin mendekat. Makin banyak pula kad-kad raya elektronik yang menjengah dalam kotak email. Terima kasih pada yang memberi. Barakalluhufik..

Sebentar tadi saya merayau-rayau di laman sesawang. Tiba-tiba terjumpa satu pantun khas ni. Terus teringat pada Radin yang tengah hot tentang tempe dan jawa sekarang. Pantun ni sesuai buat saudara sejawa saya yang memahami bahasa jawa.Maka, saya nak copy paste pantun ni untuk ditujukan khas kepada semua ahli keluarga saya dan sedara- mara khususnya di Sabak Bernam dan juga buat Radin Rahmah yang tengah semangat membuat kempen anti-tempe di blognya.. Hehe.. Owh ye, pada para keturunan jawa tak kira di mana jua anda berada sama ada Jordan, Indonesia atau mana-mana aja, ini khas untuk anda.. Berbanggalah kerana kita jawa! ^_^ Hehehe...

Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong'e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh'e iwak patin
Keluputan kulo seng kanah-kanah
Njalok dingapuro lahir batin....

Godok ketupat nang ngisor ondo
Godonge palas digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng nang taun ngarep

Buko poso lawuh'e gere
Njegor sunge dicaplok boyo
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0 - 0 lah yo

Pada yang tidak faham, bolehlah buka kamus atau tanya pada yang pakar.. (^_^)Y
Selamat hari Raya .. Maaf zahir Batin...

Salah ke Cemburu?

Salam


- kenapa mesti aku? kenapa mesti mereka?

- apa aku nak buat ni?

- salah ke aku cemburu?

- aku ni betul ke tak?

Dua tiga hari ni banyak sangat benda yang bermain-main dalam kepala. Perasaan rasa celaru dan keliru. Tak tahu kenapa. Banyak sangat benda yang saya tertanya-tanya dalam fikiran. Sampai kadang-kadang terbawa-bawa sampai ke riak muka.

Cemburu? - Mungkin.

Pada siapa? - Semua.

Kenapa? - Entah

Tadi waktu dalam coster jamiah, saya ditegur seorang kawan. Katanya saya terlampau senyap. Lain dari selalu. Dah agak dah.. Sebenarnya saya pun rasa macam diri saya macam tu. Macam ada suatu benda yang saya tak tahu. Saya cuba fikir macam-macam tapi macam semua tak kena. Homesick? Entah.. Masalah? Entah.. Tak sihat? Entah...

Bila fikir-fikir balik, saya rasa saya terlalu melihat orang. Saya rasa semua orang sangat sempurna. Walaupun mungkin ada kelemahan, mereka tak kelihatan macam ada kelemahan di mata saya. Semuanya sempurna. Sepatutnya saya rasa gembira tapi lain pula jadinya. Saya rasa saya banyak sangat kelemahan. Rasa macam tak sempurna.

Cemburu? Rasanya ya.. Tapi cemburu saya bukan cemburu buta kekasih ya. Cemburu saya cemburu musahabah barangkali. Saya cemburu dengan semua orang. Di mata saya mereka sentiasa punya banyak kelebihan, sampai saya rasa saya paling tiada kelebihan. Kenapa dengan saya ni?

Kadang-kadang saya rasa macam nak menangis. Saya tak dengki. Saya cuma cemburu. Saya teringin menjadi seperti mereka. Cuma saya rasa saya tak mampu. Itu mereka, bukan saya. Tapi saya nak seperti mereka.

Sebab tu kadang-kadang saya mensibukkan diri sendiri. Bila sibuk, baru terlupa pasal cemburu. Tapi kalau asyik terfikir juga, saya tak mampu bercakap. Saya hanya diam.
Berfikir dan terus berfikir. Bermonolog bersama hati. Berdiskusi bersama sanubari. Saya cuba jadi teman buat jiwa yang celaru. Nak ajak orang luar? Tak payah lah. Karang mereka pun keliru.

Bukan saya tak bersyukur. Saya redha dengan apa yang ada. Sebab itu saya diam bila bisikan tu timbul. Saya cuba anggap positif bahawa cemburu boleh bawa kejayaan bila kita cuba jadi seperti apa yang kita mahu. Tapi kadang-kadang saya kalah juga. Apa yang saya nak buat? Dah banyak kali memujuk hati, lama-lama terasa diri menafi. Cara paling baik saya nampak ialah lari. Diam dan lari. Nak tahu macam mana saya lari? Bila saya cemburu, saya senyum sorang diri.. Lepas tu, pergi join sesiapa bergelak ketawa...Ya Allah, tolonglah hambaMu menenangkan diri sendiri.

Saya terfikir bila agaknya kali terakhir saya tak cemburu? Oh ya, waktu cuti lepas. Sewaktu saya bersama keluarga di Malaysia. Terasa saya punya semuanya. Girang, lapang dan tak terfikir langsung sesiapa. Tapi sekarang diaorang tiada, semua datang balik. Homesick kah saya?

Pada yang tahu, siapa ada resolusi? Maaf pada yang terasa hati. Bukan saya marah atau menyepi. Cuma sedang berfikir dan berkoreksi. Tentang diri dan hati. Sebab tu saya diam dan bersendiri. Takut terlepas yang tak diingini. Harap faham pada yang mengerti. Insyallah, tunggu masa semua akan kembali.. Doakan saja ya. Syukran 3ala kulli hal..

Status tadi ~ Jama shinai de kudasai (Jangan ganggu saya sekarang ya..) ~

Ramadhan Irbid 2008

Assalamualaikum

Sedar tak sedar Ramadhan tahun ni dah nak berlalu dah pun. Tinggal seminggu lebih lagi nak raya. Sekejap sangat pula rasa Ramadhan tahun ni datang.

Tahun ni rasanya Ramadhan lagi gembira sikit berbanding tahun lepas sebabnya saya dapat sambut Ramadhan pertama bersama keluarga di Malaysia. Seronok sangat rasanya. Itulah, dulu waktu sentiasa di Malaysia rasa macam biasa-biasa saja. Sekarang bila dah jauh dari keluarga, barulah ketara sangat-sangat nikmatnya dapat berbuka bersama keluarga. Sekarang baru sedar. Teruknya saya.. Tapi takpelah sebab sekarang dah sedar kan daripada langsung tak sedar.

Saya akui saat-saat bersama keluarga waktu pergi pasar Ramadhan, berbuka sama-sama, berterawikh sama-sama, sahur sama-sama semuanya seronok sangat. Sampaikan kadang-kadang waktu tu saya selalu terhenti sekejap dari buat apa-apa dan pejam celik mata banyak kali untuk ambil feel supaya saya dapat hafal feel waktu tu.Alhamdulillah lah walaupun sekejap je pulang tak macam pelajar negara lain (Mesir terutama.. jeles.. T_T ),tapi sekurang-kurangnya saya dapat rasa semua tu buat kesekian kalinya.. 16 September haritu dah kena balik Jordan balik. So, kita sambung kat Irbid pula lah.

Oh ya, Ramadhan kali ni juga lain dari yang lain. Sebabnya tahun ni saya dapat berpuasa lebih kurang separuh bulan sahaja. Yang lain semua tak boleh puasa sebab kena makan ubat setiap 4 jam 5 kali sehari waktu berjaga. Sakit apa tu takdelah serius pun cumanya banyak pada nak elak virus mereplikasi dalam badan. Sabar je lah. Itu dugaan kita tahun ni..

Cadangnya nak cerita sedikit tentang Ramadhan di Irbid. Alhamdulillah, Ramadhan sangat diraikan di Jordan ni. Memang agak ketara bezanya berbanding di Malaysia. Kalau di sini, Ramadhan lebih meriah berbanding Syawal. Memang tak terasa nak raya pun.

Bila tiba je Ramadhan, semua kedai-kedai makan akan melukis khat dan pelbagai gambar serta ucapan Ramadhan yang menarik di setiap pintu dan tingkap kaca mereka. Bacaan Al-quran akan sentiasa berkumandang di mana-mana tak kiralah di kedai makan, kedai pakaian mahupun kedai kaset. Setiap malam pula, kebanyakan rumah dihiasi tanglung dan lampu-lampu kecil yang bergemerlapan. Cantik-cantik semuanya. (^^,)Y

Waktu-waktu begini selalunya ramai yang akan buat amal kebajikan dalam bentuk yang lebih besar. Kebiasaannya yang selalu saya dapat ialah barangan percuma atau diskaun over tinggi dari para pekedai. Tambah-tambah kalau dia tahu kita muslim. Lagilah banyak dihulurnya. Selain itu, kadang-kadang ada sahaja jiran atau kawan-kawan arab datag memberi jemputan dan makanan-makanan kepada para pelajar. Disini juga ada moreh kalau tak silap.

Waktu Ramadhan lah masa paling seronok kalau nak kenal masyarakat setempat. Waktu utama untuk aktiviti macam ni tentulah waktu slat tarawikh. Bukan kata masyarakat je, nak jumpa kenal-kenal orang melayu yang tak terperasan ada pun selalu je boleh buat waktu macam ni. Yelah, rumah dah jauh-jauh. Masing-masing sibuk pula tu. Inilah masanya kita mengeratkan silaturrahim.. Selalu di surau mesti dapat gula-gula percuma dan macam-macam lagi. Hurm, ni cara bagus tarik budak-budak ni. Betul tak?

Bulan ni ada makanan dan minuman istimewanya juga. Kalau makanan, selalunya bulan Ramadhan popular dengan 'qataif'. Sejenis makanan berupa lempeng kecil. Kalau dulu waktu belum tahu qataif sebenar, kitaorang selalu makan guna 'qisytah' (cream tawar) ataupun salut coklat je.. tapu Qisytah tu tawar sket. Makan lebih kurang macam pancake la. Tapi tahun ni, barulah kitaorang tahu cara makan qataif yang betul. Tu pun sebab kawan yang pergi rumah arab kasitau. Rupanya qataif tu mula-mula dibubuh qisytah dan dilipat ala-ala karipap. Kemudian digoreng. Lepas tu diaorang salut pula dengan air gula. Owhh.. patutla arab suka makan. Manis rupanya qataif tu.. Ingatkan tawar je. Hehehe..

Minuman pula selalunya waktu ni berderet-deret kedai jual air lemon atau air 'tamar hindi' (asam jawa).Sedap...! Air asam jawa dia lain sikit dr air asam jawa malaysia. Manis.

Paling seronok bila kita jumpa orang baca Quran di mana-mana. Walaupun memang selalu ada, cumanya bulan ni rasa dia lain sikit. Lebih istimewa. Semua orang memang macam berlumba-lumba buat kebajikan. Kita pun boleh rasa terdorong sama. Cumanya kalau pergi jamiah atau jalan tepi-tepi jalan tu, kadang-kadang tension juga la nampak orang-orang yang tak faham suasana. Kalah cara pemakaian orang Barat. Semoga kaum Adam lebih tabah berpuasa di sini yer.. ^_^

Nanti habis Ramadhan, habisla semuanya. Kembali ke suasana biasa. Hurm, kadang-kadang terfikir moto kempen Ramadhan tahun ni.. ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU.. na'uzubillah. Saya masih ingin ketemu Ramadhan lagi.. Harapnya ini bukan pertemuan kali terakhir. Masih banyak lompong yang perlu ditutup. Dalam jangka masa yang tinggal sikit tahun ni, kita masih ada satu lagi peluang Mega iaitu pencarian Lailatulqadar.. Pencarian ya! Bukan penantian. Kita kena usaha sama-sama cari malam misteri yang barakah ni. Ganjarannya lebih besar dari 1000 bulan. Bukan senang nak dapat tu.. Semoga kita sama-sama diberkati Allah selalu.. Salam muhibbah dan selamat berburu..!

Ahlin Ya Sanah Thani ( selamat datang tahun dua..)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, 16 September kelmarin saya dah selamat kembali ke bumi Irbid. Dah habis akhirnya cuti sebulan berada di Malaysia haritu. Rasa macam tak mahu balik pun ada juga tapi nak tak nak saya kena juga balik. Tak balik karang tak pasal-pasal kena bayar denda apa-apa..

So, dengan berpijaknya saya kembali ke Irbid kali ni, maka bermulalah sesi baru dalam hidup saya. Kali ini saya dah mula menjadi pelajar perubatan tahun kedua. Alhamdulillah, tahun satu dah habis dengan jayanya. Harap-harap tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Fighting!!

Tahun ini dah takdelah ID 'sanafir' pada kitaorang lagi. Sanafir tu maknanya 'Baby'. Selalunya itulah gelaran untuk pelajar-pelajar tahun satu. Sekarang gelaran tu dah diwariskan pada para junior pula. ^_^ Dah jadi senior pula kami sekarang.Insyallah kitaorang semua senior baik-baik. Kankankan...

Baiklah, setakat ni dahulu. Persediaan semuma masih belum habis. Kena cepat, kalau tak nanti kelam-kebut. Ok, jumpa lagi! Doakan kami semua ya!

Sayembara Puisi Islami GLKN 2008

Sayembara Puisi Islami GKLN 2008







Pengenalan

Sayembara Puisi Islami GKLN 2008 merupakan salah satu aktiviti tahunan Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara. Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, sayembara ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Sayembara ini akan membentuk dimensi baru yang mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama ; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi

Objektif

1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan sajak yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharap dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.

2. Menambah minat dan pengelibatan para peserta dalam bidang sastera dan khususnya penulisan sajak.

3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar sains ( perubatan ) , maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam bidang sains, tetapi juga dalam bidang kerohanian dan selain sains.

4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar-pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.


Syarat Penyertaan

1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :

a) Sedang menuntut di luar negara.
b) Telah menjadi ahli GKLN yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli GKLN yang sah?
Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@ yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
c) Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
d) Peserta yang mengikuti 'twinning program' juga layak menghantarkan penyertaan dengan syarat belum selesai mengikuti program 'undergraduate' sebelum tarikh tutup penyertaan.

2. Syarat karya :

a) Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran.
b) Setiap puisi boleh menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam.
(2) Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(3) Tokoh Islam
(4) Dakwah dan tarbiyah
(5) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(6) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(7) Isu-isu semasa dunia Islam.
(8) Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(9) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
(10) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(11) Lain-lain aspek yang berkaitan.


3. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapa dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut ( di buletin, majalan, weblog dan yahoogroups GKLN ) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Pemenang hadiah utama akan dibukukan.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.




Penilaian

1. Hantarkan 3 sajak terbaik yang memenuhi syarat-syarat karya.

2. Sajak dinilai secara 'kombo'.

3. Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan mengolah tema yang diketengahkan , kebijaksanaan mendidik pembaca dengan kreativiti dan persembahan yang puitis.

4. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati ( tertakluk pada pindaan ).

5. Keputusan akan diumumkan pada 20 Februari 2009.

6. Tertakluk kepada perubahan

Format Penulisan

a) Tajuk di bold kan. Menggunakan Font Arial pada ukuran 16

b) Teks sajak menggunakan Font Arial pada ukuran 12.

c) Tulisan hitam. ( untuk tajuk dan teks )

d) Hantarkan dalam bentuk kombo susunan tangga ( kurang baik --> terbaik ) Ini terpulang pada penilaian para peserta. Tiada markah tambahan untuk penyusunan yang tepat.

e) Di awal karya , tuliskan

Nama pena
Nama penuh
Lokasi di luar negara
No. telefon
Alamat di Malaysia
No. telefon
Email

f) Panjang setiap karya hendaklah tidak melebihi satu mukasurat.

g) Contoh

Nama pena : Fahd Razy
Nama penuh : Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy
Lokasi di luar negara : Ireland
No. telefon :
Alamat di Malaysia :
No. telefon :
Email :


Hujan Ramadhan


Hujan fajar yang berebutan di jalan
adalah gamit Ramadhan
adalah bisik rindu
yang menjemputku bersubuh dalam
balutan sejahtera
saat pagi yang menguji itu
menghantar aku ke rumah muhasabah
dengan hati yang sering pecah
dan suara merekah

Doktor pun boleh mati ye?

Assalamualaikum

"Mak, doktor pun boleh mati ye mak? " tanya makcik saya waktu dia kecil-kecil dulu.
Kenangan lama itu diceritakan oleh tok saya ketika kami sedang melawat toklang yang sakit di rumahnya. Kata tok waktu itu makcik saya ingat doktor itu adalah insan yang sangat ajaib. Doktor mampu menyembuhkan orang dan doktor tak pernah kena penyakit. Tinggi betul persepsi orang pada doktor yer..

Tapi sekarang bila makcik dah besar, dia sendiri sudah faham siapa doktor yang sebenar. Tambah-tambah dah macam-macam peristiwa yang menunjukkan doktor hanyalah insan biasa. Antaranya doktor yang sihat walafiat tiba-tiba mati setelah pening semasa pembedahan, pakar kanser yang mati kerana kanser sendiri dan macam-macam lagi. Nampaknya menjadi doktor tak menjamin kita sihat walafiat selalu ya. Macam-macam boleh jadi.

Waktu tu mereka sedang bersembang-sembang tentang kematian. Entahlah, agaknya memang orang yang sakit memang sentiasa teringat akan kematian agaknya. Saya paling tak suka bila berbincang tentang kematian pada orang yang sakit. Bukannya apa. Cuma terasa macam seolah-olah kita dah menyerah. Sedangkan tak bermakna sakit itu akan jadi punca kematian kita. Memang kalau sampai bab tu, saya akan terus terdiam. Tak tau nak cakap apa. Nak pujuk pun terasa kelu je. Nak kasi jaminan confirm tidak akan mati takutlah pula.

Saya mula terperasan yang sakit tidak semestinya menjadi punca kematian bila saya lihat tok njang lelaki saya yang selama ini menjaga tok njang perempuan saya yang sakit buah pinggang kronik selama bertahun-tahun 'pergi' dahulu sebelum isterinya.
Memang seluruh ahli keluarga kami sangat-sangat terkejut. Masakan tidak, orang yang disangka 'tidak akan lama lagi' rupanya masih menghirup udara lebih lama daripada orang yang menjaganya.

Selain itu, menurut cerita tok-tok yang lain sudah banyak kali ramalan pada doktor tidak menjadi pada ahli keluarga kami. Yang diramal 3 bulan kekal sehingga 6 tahun, yang diramal setahun dua kekal sehingga empat lima tahun dan macam-macam lagi. Tapi tak bolehlah nak kata salah doktor sebab diaorang ramal ikut teori perubatan. Ajal maut semua di tangan tuhan.

Cuti balik kali ni saya habiskan sehari suntuk semalam pergi melawat saudara-mara yang sakit. Ada yang kena kudis teruk, ada yang kena strok, ada yang kanser, ada yang kemalangan. Terasa insaf betul tengok orang-orang sakit. Betul-betul rasa bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk sempurna serba-serbi.

Tapi yang paling saya terasa menusuk bila ramai yang sakit tu cakap pada saya "agak-agak sempat tak Arina balik rawat tok nanti?" Aduh, saya dah mula allergic dengan ayat tu bila seorang tok saudara lelaki saya yang pernah cakap ayat yang sama tahun lepas meninggal tanpa sempat tunai hajatnya itu. Terkilannya tak usah dicakaplah. Terngiang-ngiang sangat bila saya dapat tahu dia meninggal pertengahan tahun lepas. Tahun lepas dia je cakap, tahun ni ramai la pula. Aduh, terasa menggigil-gigil pula jadinya. Terasa macam beban besar pula sebabnya macam tak sampai hati dengar hajat orang macam tu.

Tambah-tambah bila orang yang rapat dengan kita yang cakap macam tu. Rasa dia semacam je. Memang mula-mula dengar terasa sangat berkobar-kobar nak belajar sungguh-sungguh dan habiskan belajar cepat untuk rawat diaorang. Tapi bila dah tak sempat, rasa terkilan tu macam menghimpit kita. Sekali kena, macam allergic dah rasanya dengar lagi. Ni baru jadi pelajar perubatan, belum jadi doktor betul lagi. Macam mana la agaknya rasa nanti bila kita dah cuba sedaya-upaya arawat pesakit kita tapi tetap tak berjaya. Ya Allah, moga saya dikuatkan untuk menghadapi hari muka...

Harapan saya kali ni semoga semua yang sakit akan disembuhkan oleh Allah selalu. Allah lebih tahu yang mana lebih baik untuk mereka semoga dan saya doakan mereka dapat yang terbaik untuk diri mereka.. Aminnn....

Ihya' Ramadhan PERMAI



'Last Minute' & Relevan Lailatul Qadar Dengan Kita

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.

Ya Allah kurniakanku kekuatan untuk menghidupkan Lailatul Qadar
Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.

Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.

Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.

Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya

"Study last minute"

"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"

"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Apapun, tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas.

Malah ganjaran 'Last Minute' yang disediakan oleh Allah s.w.t di bulan Ramadhan ini petunjuk maha hebat betapa sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang dan motivasi agar segera menjadi insan bertaqwa dan membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Moga Perolehi Lailatul Qadar


Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah bersedia untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
15 Ramadhan 1428 H
27 September 2007
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images