Hargai Keluarga Selagi Ada..

Assalamualaikum...

17 Ogos ni iaitu hari ni saya akan bertolak pulang ke Malaysia. Tak sabar rasanya nak balik bertemu keluarga selepas hampir setahun tak jumpa. Rindu sangat-sangat nak peluk mak ayah dan adik-adik di Malaysia

Baru-baru ni sewaktu kami sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan akhir, kami dapat berita mengejutkan tentang seorang senior kami. Dia baru kehilangan bapa beberapa hari lepas. Memang semua terkejut dengar. Tambah-tambah waktu tu semua tengah sibuk dengan peperiksaan. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan senior tu. Semoga dia tabah hadapi semua dugaan yang Allah berikan pada dia..Semoga arwah ayahnya dicucuri rahmat selalu..

Bila jadi benda macam ni buat saya terfikir banyak benda. Kebarangkalian nak menghadapi perkara-perkara macam ni memang sangat tinggi tambah-tambah bila kita berada di luar negara, jauh dari keluarga di Malaysia. Memang sangatlah hebat tahap ujiannya kalau dilanda mehnah sebegitu rupa. Bayangkanlah nak balik on the spot pun memang dah tak boleh. Kalau balik pun, sah-sah tak smepat tengok jenazah.

Mama saya sendiri pernah mengalami ujian ni. Yang meninggal waktu ialah pakcik saya. Kata mama, waktu tu memang perasaan ni tak taulah nak cakap macam mana. Rasa menyesal pergi luar negara pun ada. Kalau tak pandai pujuk diri sendiri, senang sangat rasa putus asa dan tekanan yang melampau. Itulah antara masa yang paling berat dalam hidup mama saya.

Dulu sebelum ambil keputusan belajar di luar, memang saya pernah terfikir tentang risiko ni. Memang faktor ni lah antara penyebab saya takut nak ke luar negara seorang diri. Saya takut nak menghadapi kehilangan sesiapa dalam keluarga terutamanya tanpa sempat jumpa buat kali terakhir. Waktu adik saya meninggal dulu pun, saya tak sempat jumpa sebab sekolah asrama. Tapi ok juga sebab boleh balik dansekurang-kurangnya jumpa jenazah je. Tapi ni, kalau duduk luar negara, bukannya boleh terbang balik cepat-cepat. Maunya amik sehari juga.

Tapi bila saya tanya ramai orang, saya dapat simpulkan beberapa perkara dari pendapat mereka. Kematian adalah sesuatu yang tak terduga. Kadang-kadang yang sihat pun boleh pergi lebih awal daripada orang yang dah lama sakit. Kita tak boleh nak jangka bila masa kematian tu datang menjenguk seseorang. Makanya, yang kita boleh buat cumalah berserah dan bertawakkal. Doa je la banyak-banyak supaya tiada benda buruk yang jadi spenajang kita tiada di samping keluarga.

Makanya, nak kata setiap saat masa yang kita ada bersama keluarga adalah masa yang sangat berharga. Tambah-tambah untuk orang yang jarang balik dan cuti pendek macam kami di Jordan. Sebulan je setiap tahun untuk pulang. Orang lain boleh la lama-lama tiga bulan cuti. So, dalam masa sebulan tu kalau boleh kita kena lah jadi anak yang snagat baik dan cuba berbakti untuk kedua ibu bapa kita. Sebulan je pun yang ada untuk berbakti secara life. Lepas tu, kena berpisah lagi. Sayang sangat rasanya kalau kita tak hargai masa-masa yang Allah beri ni dan tetiba bila kita di luar negara, kita dapat pula berita yang mereka dah pergi tinggalkan kita selama-lamanya. 'auzubillahiminzalik....

Rasanya ini juga boleh jadi hikmah buat kita yang belajar di luar. Allah beri kita rasa peluang punya masa yang sangat suntuk tapi sangat berharga. Kata orang, kita akan lebih menghargai benda yang jarang ada di samping kita dan kita akan lebih menhargai benda tu kalau kita dah kehilangannya. Orang yang tak merasai takkan dapat faham apa rasanya ada perasaan macam ni. Ketakutan memang sentiasa ada tapi yang penting kita tawakkal kepada Allah. Dia lebih tahu yang mana baik buat kita.

Kesimpulannya, berita tentang senior tadi seolah-olah beri peringatan pada kita semua tentang perkara ni. Tambha-tambah time ni memang masa untuk ramai orang pulang bercuti balik ke Malaysia. So, marilah ramai-ramai kita gunakan masa yang ada secukupnya untuk jadi anak yang lebih baik dan bagus untuk keluarga kita. Semoga Allah akan makbulkan semua doa kita dan memberkati keluarga kita di Malaysia..

Sekian. Jumpa lagi!

Tag Baru

Assalamualaikum...

Kali ni kita selesaikan tugasan dari Cik Radin yang tengah bercuti nun di Perth.

1. nama-nama timangan oleh org tersayang.
Bergantung pada siapa yang tersayang tu. Kalau keluarga, semua panggil Arina atau Ina je. Kalau kawan-kawan pula ramai panggil Ainul. Tapi nama pendek saya yang mula dipanggil sejak di sekolah menengah atas hingga ke Jordan ni ialah Chinul.. Kenapa? Entah la. Katanya ringkasan dari Cik Ainul.. Sini ramai je diaorang buat cik-cik nih. Chinul, Ciuna, Tiq-tiq.. Ramai lagi la.. Hehe..

2. anda seorang yang...
muka tak sama macam perangai. Erti kata lainnya, orang selalu kata muka saya nampak macam garang , serius je memanjang.. Hakikatnya, rasanya saya antara orang yang paling suka bising dan ceria.. Aiceh.. Tak seronoklah nak serius sahaja. Serius biar pada tempatnya.. Apa-apapun, rasanya personaliti saya bergantung pada keadaan, masa, suasana dan jantina.. Flexible dan mengikut arus..

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
Orang yang punya tempat di hati saya. Orang yang saya sayang..Orang yang mempunyai kedudukan dalam hidup ini dan dia juga yang mencorakkan serba-sedikit warna dalam hidup saya. Banyak mempengaruhi kehidupan saya dan saya mengingatinya selalu.Tak kiralah siapa pun, kalau dia mendapat ciri-ciri diatas, itulah insan yag teristimewa dalam hidup saya.


4. makanan favourite anda
Yang pedas dan sedap! Tak kiralah lah bahan dia apa, janji sedap dan saya suka makan.. ^_^

5. favourite color
Merah, hitam, ungu

6. favourite song
Terbaru saya suka lagu-lagu SM TOWN terutama DBSK. Ini semua lagu korea. Sebab dia best kot dan lain dari yang lain. Masuk dengan saya. Ops, lagi satu, insyallah jangan risau tentang cara saya memilih lagu yang bahasa asing sebabnya saya akan cari dulu makna baru saya layan... Insyallah setakat ni semuanya okay dan kebanyakannya berbentuk motivasi. Saya suka lagu-lagu bermotivasi. Tambah suka kalau yang bernada rancak atau perlahan yang tidak sampai mengantukkan..

7. sikap yg membuatkan anda stress
Selalu terasa diri sangat teruk berbanding orang lain. Punya self-esteem yang macam rendah sahaja. Lagisatu, saya selalu rajin pada masa biasa-biasa dan selalu jadi malas kalau waktu yang penting macam exam final. Aduh, macam mana ya?? Jenuh nak paksa diri nih.. T_T Ainul, sila berubah!!!

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda
Telefon bimbit, pen, dan dompet

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
Beriya-iya?? Macam tiada pula.. Selalu menangis biasa-biasa je. Paling teruk pun menangis kalau menyesal sebab sesuatu..

10. tag 5 org yg len
Saya nak tag izzah, aimi, saadah, qisti dan nurul

Ok, siap!! Habis satu benda.. ^_^ Jumpa lagi...

Saya mencari Salahuddin junior !!

Assalamualaikum....


~ pengumpulan srikandi Islam di Qasr Al-Harrana~

Alhamdulillah.. akhirnya setelah setahun agaknya duduk jordan ni, habis juga saya lalu segala macam benda sebagai pelajar perubatan tahun satu.. Hari ini dengan sukacitanya beta mengumumkan final exam sudah tamatt!!! Ya Allah, perasaan terlampau seronok tu tak boleh nak tergambar dengan kata-kata. Tapi cuak juga nak dapat keputusan nanti. Habisla dekat rumah karang berdebar-debar buka komputer tengok keputusan.. Haish!

Paling sangat menggembirakan, dengan habisnya exam hari ini, maka countdown untuk balik je dah makin dekat. 4 hari je lagi. Teringat waktu ambil exam VB tadi, ramai betul muka -muka bercahaya datang ke university. Mana taknya, semua semangat nak balik.. Kalaulah superman wujud, dah lama minta tolong dia hantar balik rumah tepat selepas habis exam.. Hurm. takde ke benda yang lagi cepat sampai rumah selain kapal terbang?? Hehehe...

Balik tadi, singgah Hijazi sekejap sebab nak selesaikan urusan sikit. Alhamdulillah semua selesai. Tapi tu baru satu. Senarai kerja sebelum balik rumah dah bertimbun dah dalam buku nota nih.. Semangat nak habiskan semua sebab semangat sangat nak balik. Hehe..^_^ Malam ni kita habis masa dengan Fathiyah semalaman. Kesian dia selalu sangat sakit. Syafakillah ya ukht..! Tapi best gak, malam ni cam terisi sikit sebabnya kalau ada dia ni, banyak benda yang kami bual lebih kepada ilmiah sket.. Huhu.. bila lah saya nak jadi mantap macam dia?? T_T

Sambil sembang-sembang tadi, kitaorang sama-sama review buku Biografi Salahuddin Al-ayubi. Sangat best!!! Digalakkan untuk korang baca la buku tu.. Ayat-ayat dia takdelah skema sangat. Baca pun rileks je. Terbitan PTS Publication. Sila-sila cari time balik Malaysia nanti.. Bagus sangat sebabnya terasa macam semangat membara-bara betul nak naikkan Islam balik. Terasa macam diriku kerdil macam bacteria E-coli lawan ngan Matahari je kalau nak banding dengan Sultan Salahuddin tu.. Hai lah iman, silalah 'yazid' selalu.. Kerja asyik nak 'yankus' jer.. Bila masa nak top-up saham akhirat nih... ???

Dalam buku ni, terasa banyak sangat benda baru yang saya belajar. Tambah-tambah bila buka sesi perbincangan dengan Fathiyah ni ( terima kasih la sebab stay up sesama sempena habis exam malam ni. Ada hikmah gak awak sakit sampai tak leh balik rumah yer.. Hehe...). Kebanyakan benda yang saya dapat kali ni lebih pada moral dari sudut jiwa hamba dan pemimpin..

1. Kejayaan dalam pasukan perlukan dua pihak yang mantap. Ketua dan orang bawahan kena sama-sama bagus.

Kalau ketua hebat, orang bawahan hampeh je maka takde gunanya.. Sama gak kalau orang bawahan hebat tapi ketua lingkup. Maka lingkuplah semua sekali.. Oleh sebab itu, maka pilihlah ketua yang betul-betul bagus dan perbaikilah diri untuk menjadi orang yang bagus walaupun tak jadi ketua.. Uish, sangatlah susah nak dapat dua-dua ni dalam satu masa. Selalu dapat satu jer... Either atas je baik, atau bawah je baik. Rasanya kalau dua-dua sangat bagus, sejarah kegemilangan Islam akan kembali jadi realiti.. *_*

Satu soalan: Kalau kita dah bagus, macam mana sebagai ketua, kita nak pastikan orang bawah kita bagus dan macam mana kita sebagai orang bawahan nak jadikan ketua kita bagus? Soalan yang kitorang cuba fikir-fikir tadi. Tapi jumpa satu je jawapan iaitu kita kena baguskan hubungan kita dengan Allah dulu sebabnya hati manusia semua Allah yang pegang, sah? Maka, mantapkan tali kita dengan Allah sebelum Allah memantapkan tali-tali kita pada orang di sekeliling kita.. Insyallah.. Erm, ada orang lain ada jawapan lain?? Jom diskusi sama-sama jom..

2. Jom gali khazanah sirah Rasulullah

Dalam buku ni, banyak dikisahkan Salahuddin banyak menggunakan teknik perang Rasulullah. Kebanyakannya sangat unik dan menarik. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal pun sekarang.Antaranya serangan sewaktu Subuh, teknik acah-acah dan muslihat, manipulasi tempat perang dan lain-lain. Kalau perasan, kebanyakan strategi perang Salahuddin a.k.a teknik perang Rasulullah menggunakan kebijaksaan akal. Hurm, takde ke orang nak keluarkan buku teknik perang Rasulullah ala-ala macam buku The Art Of War karya Sun Tzu ke? Teringin nak baca...

Banyak lagi sunnah Rasulullah yang sebenarnya mampu beri kebaikan kepada kita. Cumanya kita tak tahu dan kita tak mahu ambil tahu. Sedangkan Rasulullah tu diutus sebagai penyempurna akhlak. Kenapa kita tak jadikan sunnah Rasulullah sebagai ikutan? Itulah masalah sekarang. Idola kita siapa? Artis?

Cuba kalau setiap kali kita buat sesuatu, kita fikir dulu Rasulullah dulu buat macam mana. Macam yang Salahudin ni buat... Cuba fikir: Sikap Rasulullah dulu berjaya menaikkan Islam, bila Salahuddin tiru balik cara Rasulullah, dia berjaya menaikkan Islam. Apa kata kita tiru jugak Rasulullah?? Mesti Islam boleh naikkan??

Oh yer, apa satu benda yang saya nak kongsi hasil perbincangan kami. Macam mana orang kafir boleh berjaya? --> Sebab syaitan tolong... Macam mana orang Islam boleh berjaya ---> sebab Allah tolong... Orang kafir cukup tak sifat yang syaitan perlukan untuk dapatkan pertolongan syaitan --> sangat cukup..!... orang Islam cukup tak sifat yang Allah mahukan untuk dapatkan pertolongan Allah? ---> Fikir lah sendiri...


3. Kadang-kadang hanya dengan ber"tadharru'", doa kita senang dimakbulkan
Kadang-kadang sesetengah doa kita seolah-olah macam dilambatkan je pemakbulannya walaupun Allah dah janji bahawa siapa yang minta pada dia, dia akan makbulkan doa itu. Tapi adakalanya doa palingggg mustajab adalah dalam keadaan kita bertadharru'. Tadarru' ni maknanya dalam keadaan yang dah paling kritikal. Dah tak de apa boleh tolong. Waktu tu walaupun macamnyer pengharapan kita dan terlampau tipis yang sangat-sangat pada kebarangkalian terjadinya bend ayang kita harapkan, tapi hakikatnya untuk masa kebergantungan kita yang sangat hebat pada Allah. Dan itulah masa sebenar-benar doa boleh senang makbul. Tambah lagi senang kalau keyakinan kita pada Allah waktu tu dalam keadaan tawakkal dan takut tapi yakin secara 100%..

Tapi sayang, adakala kita mudah sangat tersentap bila doa kita tak makbul. Padahal, mungkin kita tak tahu adakalanya ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak beri pada kita. Cumanya tinggal tunggu dan lihat pastu cari hikmah.. Wah, kalaulah saya boleh sehebat itu dalma pergantungan pada Allah...!!

4. Bersahabat kerana Allah

Benda yang hampir pupus di muka bumi ini adalah bersahabat kerana Allah! Kalau baca buku Salahudin ni, terasa macam mengimbas zaman sahabat nabi jer. Semuanya hebat dalam bersahabat. Keyakinan yang tinggi dan bersih dari dengki pada kelebihan sahabat cukup tinggi. Sekarang ni pun antara asbab paling banyak seseorang berkawan dengan seseorang adalah kerana dia best dan boleh ngam dengan kita. Kalau tak boleh ngam, maka dia bukan sahabat kita. Patutkah???

Saya mengaku saya juga termasuk dalam spesis bersahabat dengan sebab-sebab sampingan. Macam mana ek nak bersahabat truly, madly, deeply only for Allah? Dahla tu, langsung takde bakat boleh baca isi hati orang langsung. Kerja asyik tersilap detect jer. Harap ampun pada siapa yang pernah saya sakitkan hati ke apa-apa ke.. Saya selalu silap bab-bab ni.. Ilmu i'rab tak habis berguru lagi.. huhu..

Saya berharap sangat-sangat kalau boleh jadi sehebat Abu Bakar dalam bersahabat. Rasa cinta yang tersangat infinate pada sahabat tu macam susah sangat nak bina. Orang kata kalau nak orang jadi apa yang kita nak, kita kena jadi apa yang diaorang nak. Bukanlah maknanya berubah terus semata-mata kerana tu, tapi lebih kepada memahami jiwa manusia yang saling memerlukan dan melengkapi. Eh, macam bersebab jugak je tu?? Pening..pening.. Macam mana nak ikhlas nihh?? Betullah ikhlas ni macam semut hitam atas batu hitam dalam bilik gelap. Nak upgrade sikit boleh? Rasa macam nak tambah ikhlas ni macam bulu roma semut hitam tu kot.. Sangat susah nak cari.. T_T
<

5. Jadilah umat islam yang sebenar dengan akhlak islam yang sebenar

Akhlak? Satu benda yang rasanya tak pernah orang gagal ialah kalau diminta skema jawapan apa itu akhlak.. Tapi bab pengaplikasian rasanya ramai sungguh yang kena repeat paper kalau dianalogikan sebagai sebuah ujian... Pernah saya dengar ada seorang ulama belajar akhlak selama 20 tahun sebelum dia mula belajar bidang lain.Sebabnya hanya akhlak yang boleh memangkinkan dia jalan untukcapai kejayaan sebenar yang hakiki. Kenapa yer sekarang akhlak macam dikambinghitamkan sahaja? Orang Islam yang tak macam islam langsung. Macam mana orang nak percaya itu sifat islam sebenar? Teringat kata-kata Yusuf Islam (kalau tak salah saya tapi kalau silap tolong betulkan..) yang berbunyi " I'm really lucky to meet the real of Islam before i meet the people of Islam.." Adus, pedih tu!! Menusuk ke hati dan sanubari betul..

Dalam buku ni, dikatakan akhlak Salahuddin al-ayubi sangatlah hebat. Tak ada langsung sebarang pertumpahan sewaktu berjaya menakluki Jurusalem di lapisan pertahanan terakir. Sampaikan ramai sangat pemimpin Salib yang puji dia sebab tak kejam dengan mereka sewaktu menang walaupun lepas tu diaorang datang serang Salahuddin balik. Salahuddin sangat titikberatkan aspek akhlak dalam kehidupan dia. Bayangkan dia sebagai Sultan sendiri termasuk dalam golongan tak cukup nisab harta untuk beri zakat harta... Hebat betul Salahuddin al-ayubi nih. Ada lagi tak pemimpin macam tu sekarang?

Terikir sesuatu.. Salahuddin terima keputusan anaknya untuk bunuh HANYA tawanan yang terdiri daripada tentera Salib yang kejam kira adil lah sebab hutang nyawa balas nyawa. Kira oklah tu kalau nak banding denganbilangan tawanan yang dilepaskan,bilangan orang yang dijatuhkan hukuman bunuh sangatlah sedikit.Tupun sebab orang Salib nih bunuh orang Islam. So, adillah kan? Tapi apa kes pulak orang Yahudi guna alasan bunuh orang Palestin ramai-ramai sebab diaorang dulu pernah kena bunuh ramai-ramai oleh tentera Nazi Hitler? Ornag islam dengan Nazi tu sendiri jauh bezanya... Kenapa balas dendam kat umat islam pulak?? Amnesia ke mende siapa yang bunuh siapa nih?? Alasan paling tak logik pernah didengari di seluruh dunia..! Mana umat Islam yang lain?? Takde siapa yang nak jadi junior Salahuddin Al-ayubi kah? Kita sekarang dizalimi tau!!! Bangunlah semua!!!!

6. Percaya pada diri sendiri

Pernah tak kita cakap pada diri kita bahawa kita ni manusia pilihan Allah?? Sekali tengok macam perasan syok sendiri pula kan? Tapi kalau nak tahu, itulah kalimah penaik semangat utama Salahudin Al-ayubi! Setiap hari dia bisik pada diri dia "Aku adalah manusia yang Allah pilih untuk kembalikan BaitulMaqdis pada umat Islam." Kalimah tu memang memberi satu semangat yang luar biasa pada Salahudin sampaikan even waktu dia sakit, bila dia dengar saja orang Salib nak serang umat Islam, terus dia bangun seolah-olah macam dah sihat walafiat..

Bahkan, yang paling utama ialah semangat percayakan diri umat islam itu sendiri waktu tu. Waktu Jurusalem di bawah taklukan tentera Salib, tiada siapa berani ke depan. Tapi bila Salahudin beri mereka semangat "Siapa nak ikut aku kembalikan BaitulMaqdis pada islam dan menjadi manusia pilihan Allah untuk bantu laksanakan cita-cita Islam?" , semua orang jadi sangat bersemangat tinggi. Siapa tak mahu cipta sejarah sendiri menjadi orang yang membantu menaikkan agamanya kan?

Itu bukan kerana nak popular di dunia, tapi impian kita nak popular di akhirat. Bayangkan di akhirat kita boleh cakap yang kita pernah join tentera Salahudin kembalikan BaitulMaqdis yang mulia pada islam... Wah, bahagianya...!!!

Maka tak salah kalau kita tanamkan dalam diri kita "AKU IALAH MANUSIA PILIHAN ALLAH UNTUK JADI ........... UNTUK BANTU NAIKKAN AGAMA ISLAM!" Yang penting kita ikhlas dan tak bongkak macam Bani Israel... Lepas ni jom ramai-ramai bersemangat menjadi The Chosen One!!!! Ciptalah walau sepicing sejarah dalam kenaikan Islam..


Manusia pilihan bukan hanya datang dari orang yang hebat-hebat pada pandangan manusia. Bayangkan Bilal Bin Rabah yang datangnya dari golongan hamba yang dihina di pandangan manusia akhirnya menjadi manusia pilihan Allah sebagai muazzin pertama islam..Seorang suri rumah pun mampu menjadi manusia pilihan Allah andai dia tahu dirinya berpotensi melahirkan umat Islam yang hebat berkat didikan asuhannya di rumah. Kan hebat????

KESIMPULANNYA....

Islam dah cukup hebat sejak azali cumanya umat Islam yang main peranan untuk naikkan islam atau jatuhkan islam di bumi ni.. Kalau umat islam hebat, maka kehebatan islam akan terserlah.. Kalau umat islam lemah, kehebatan islam akan terlindung.. Maka, kesimpulannya semuanya bergantung pada kita. Kita penegak agama dan kita jua boleh jaid peruntuh agama.. So, yang kita perlu buat awal-awal ialah perbaiki diri kita dulu.. Be a great muslim!! Alangkah indahnya andai di zaman ini lahir ramai pemimpin seperti Salahuddin Al-ayubi... *_*

saya terkesan dengan kata-kata guru Salahudin Al-ayubi : " Setiap seratus tahun, Allah akan turunkan seorang pembela Islam untuk menegakkan kembali agama Islam di muka bumi.. " Itu janji Allah sejak dahulu.. Dimana insan itu kini? Saya tercari-cari dia.. Di mana Salahuddin Al-ayubi junior? Beritahu saya di mana dia kalau sesiapa ada jumpa yer.. Kami cuba jejak pembela islam di setiap kurun. Alhamdulillah memang berterusan rantainya sejak zaman Rasulullah, cumanya di kurun ini kami masih tercari-cari....

Hurm, cukuplah setakat ni. Alhamdulillah malam kali ni sangat bermakna setelah sekian lama asyik bergelumang dengan buku akademik jer.. Sekali sekala dapat refresh otak dan hati best gak. Bersemangat saya malam ni. Sekarang dah pukul 3 pagi. Nampaknya, kerana sebuah buku saya telah menghabiskan semalaman berbincangan secara ilmiah dengan fathiyah yang tetiba je baik dari sakitnya maghrib tadi.. Alhamdulillah, ada hikmahnya kita bersama yer... ^_^ Oklah, setakat ini dahulu. Mahu kasi can badan rehat sekejap.. Salam!

Bitaufiq wannajah fil imtihan nihaei..!



Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Saya baru habis mengulangkaji untuk peperiksaan tadi. Alang-alang tengah penat sumbat otak, tangan mula lah nak gatal memproses internet nih. Hehe.. Takpa-takpa, kasi rileks sekejap pastu kita sambung. Lagipun, lepas ni nak buat soalan latihan pulak. Sumber utama mana lagi kalau bukan internet. Terima kasihla En.Google dan En. Yahoo sebab tolong saya kasi banyak latihan.. Bagus tau kalau reti eksploit internet ni tapi janganlah ke arah yang tak elok pulak. Teknologi dicipta untuk kebaikan..

Pertama-tamanya, saya nak wish selamat menghadapi final pada semua student Jordan University Of Science And Technology(JUST) dari tahun satu sampailah tahun 5 (tahun 6 sudah graduate bulan enam lepas. Dah selamat balik dah pun.. ). Eh, tak lupa gak pada student-student jamiah lain yang amik summer sem nih. Bersama-samalah kita berhempas pulas belajar untuk episod terakhir sesi tahun pengajian tahun ni yer. Even macam kita punya negara belajar je yang tak cuti lagi lagi, tapi takpelah. Habis exam karang, kita plak cuti..

Sebulan pun jadilah, janji ada cuti dan boleh balik Malaysia..^_^

.

Gambar exam kali ni bukan lagi buku atau pensil atau pen dan seadik-beradik dengannya. Kita guna gambar komputer plak. Baru terasa macam exam betul. Sebabnya JUST bersistemkan peperiksaan online. So, kertas dan pen bolehlah tolak tepi kot. Hehe.. Summer sem ni ada tiga subjek kena ambil. Jadual examnya:

11 Ogos 2008 - Subjek: Wellness And Fitness
12 Ogos 2008 - Subjek: Biochemistry
13 Ogos 2008 - Subjek: Visual Basic

Opss, berderet 3 hari.. Sabar je lah.. Moga-moga Allah permudahkan saya dan kawan-kawan sewaktu peperiksaan kelak. Doakan kami ya semua!! Kecut perut betul nak lalu exam kali ni. Tapi ada satu benda yang buat saya tak sabar nak habis cepat.. Apa dia? Ha, saya paling tak sabar nak tunggu tarikh 17 Ogos 2008.. Sebab nak balik Malaysia!!! Hehehe...

Maka, peperiksaan kali ni kena buat dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Macam terbayang-bayang pula keluarga kat Malaysia tu tengah menunggu. Tinggal 7 hari je lagi nih.. Oklah, masa dah tamat.. Masa untuk sambung muzakarah madah balik..! Fighting!!!

Eh-eh,lupa.. Sebelum tu, nak minta maaf pada semua kalau saya ada buat salah apa-apa dari dulu sampailah sekarang. Zero-zero ek semua!! ^_^ Allahu yubarik 'alaikum! Doakan kejayaan semua student Jordan di sini ya!

Teringat ayat seorang kawan semalam :

"Kita diberi tanggungjawab untuk dilaksanakan sehingga selesai.Itu amanah.Susah atau senang bukan persoalan sebab pemilihan Allah bukan sekadar mainan... "

Good Luck To Adik-Adik Akak!

Assalamualaikum...

Dua hari lepas, saya bermesej ngan mama di Malaysia. Cadangnya mahu mama baca tentang masalah gigi saya di blog sebabnya biarlah nanti keluarga saya tahu perkembangan sebenar. Alih-alih rupanya mama tiada di rumah. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur katanya. Eh, pelik juga. Saya balik lagi dua minggu. Kenapa awal sangat pergi ke KL? Hehe... ^_^ Sudah tidak sabar tunggu saya balik ke? (perasan betul.. :P)

owh, rupa-rupanya mama dan abah pergi memberi sokongan pada adik kedua saya, Asyraf Syahmi di KL tu. Dia sekarang tengah berdebar yang amat sangat sebab nak lalui temuramah untuk Pertandingan Rekacipta kalau tak silap. Istimewanya sebab temuramah itu yang akan tentukan sama ada ciptaan dia tu layak atau tidak mewakili Malaysia untuk ke Pertandingan Rekacipta Antarabangsa (maaf, saya tak pasti anjuran Intel atau siapa..) di Chicago kelak. Wah!! Rupanya-rupanya Asyraf baru menang pertandingan di peringkat kebangsaan baru-baru ni..Dia wakil MRSM Taiping. Sekarang tengah tunggu keputusan siapa akan jadi duta kecil Malaysia ke peringkat seterusnya. Mesti gementar tu.Patutla tak pernah hantar sms baru-baru ni. Sibuk rupanya..

Ketinggalan zaman betul kakak sorang di Jordan nih.. Huhu.. Takpelah. Harapan Kak Ina semoga Allah permudahkan segala jalan untuk Asyraf. All the best! Insyallah, kalau Allah nak kasi, kamu akan dapat juga nanti. ^_^ Doa la banyak-banyak yer! Kak Ina bangga dengan Asyraf! (habisla, kembang adik saya sorang nih kang kena puji..) Apa-apa pun, jangan leka sangat dengan koku. SPM dah nak dekat ni. Akademik kena jaga jugak. Kokurikulum sudah mantap, akademik tu pun kasi mantap juga. Keep up the good work! Y(^_^)Y Ingat sikit janji kamu nak kalahkan keputusan Kak Ina. Kak Ina tak kisah dah, janji kamu berjaya dah cukup baik..

Okay, sekarang beralih pada adik seterusnya, Amira. Yang sorang ni pun tengah sama naik juga sibuknya. Bulan sembilan ni dia akan ambil peperiksaan UPSR. Bulan ni percubaan kalau tak silap. Belajar rajin-rajin Amira! Jangan tension-tension sangat. Bertenang. Usaha sungguh-sungguh dan buatlah yang terbaik dalam apa cuba keadaan. Banyakkan doa pada Allah. Insyallah Allah akan tolong kita.

Lagi dua minggu Kak Ina balik, tunggu kejap yer! Adik sorang ni dah bising suruh balik cepat. Bosan sangat dah la tu sebab tiada geng perempuan dah dalam keluarga kecuali mama sahaja. Nanti Kak Ina balik, kita cerita mcam-macam yer. Tukang komen dan peminjam telinga serta nasihat sedia berkhidmat untuk negara! Hehehe.. Apa-apa pun, good luck and all the best to you!

Seterusnya, adik paling akhir, Aiman.. Ni sorang lagi.. Banyak sangat cerita Kak Ina dengar dari Malaysia. Nasib baik tak ada cerita nakal. Kalau tak, siaplah tak ada hadiah untuk Aiman. ^_^ Owh yer, nak cakap pasal keterpaksaan pilih pertandingan antara kebudayaan atau sukan tu. Takpelah, tahun ni kamu ambil satu sahaja dulu. Tahun depan, boleh ambil yang lagi satu. Jangan bengang-bengang yer.. Senyum selalu tau.. Muka Aiman tak hensem la kalau muncung je.. ^_^

Nampaknya Aiman pun dah mula tunjuk taring kat sekolah nih.. Bagus-bagus.. Pulun la ambil semua peluang yang ada selagi dia ada. Bukan selalu kita dapat peluang-peluang best macam tu. Tapi ingat, koku tu koku juga. Pelajaran jangan lupa. Game tu main ikut masa, jangan 24 jam melekat dengan game jer.. Tau?? Hurm, tak sabar nak balik nih. Nak tengok Aiman berjaya ke tak sahut cabaran Kak Ina. Kalau berjaya, ada hadiah istimewa menanti anda.. Hoho.. Kalau tak, nilainya turun sikit la yer.. (Mode kejam).

Hurm, banyak betul benda jadi sepanjang setahun duduk sini. Sedar-sedar dah lama saya tinggalkan rumah. Mesti banyak benda dah berubah. Wah, saya tidak sabar dah nak balik ni!! Cepatlah habis exam final, pastu boleh terbang pulang... ^_^

Nampak gaya, adik-adik saya saya pun semuanya dah makin besar. Yang sekolah pun dah nak habis. Yang dulu baby dah tak baby dah. Semua dah besar panjang, ada gaya masing-masing (termasukla saya yang semakin nak hilang angka belas..T_T). Kalau dulu di rumah asyik cerita tentang aktiviti saya sahaja, rasanya sekarang ni pencapaian saya sudah jatuh ke peringkat paling bawah. Dah tak masuk kategori hebat dah kot. Habis semua adik-adik dah potong... Itu baru kat sekolah tu.. Wa... T_T Dengar ceritanya macam lepas ni saya punya ketinggian pun habis di potong semua orang.. Aiseh, apa kes ni kakak sulung turun semua benda?? Tak aci, tak aci!!

Takpa2, zaman kita lain-lain (aiceh, ayat sedapkan hati sendiri..) ^_^ Takpelah, saya tak kisah pun adik-adik nak potong saya dari semua segi pun. Arina tak kisahhh..! Kalau diaorang berjaya, saya lagi bangga dengan diaorang. Ganbatte kuddasai!

So, kepada Asyraf, Amira dan Aiman, Kak Ina ucapkan selamat berjaya dalam semua segi. Kak Ina selalu doakan kejayaan korang dari sini. Bitaufiq wannajah!! Yang paling penting, ingat niat kita buat semua ni semua semata-semata kerana Allah. Insyallah Allah akan permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Semoga korang semua jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik..Rindunya kat semua.. (,")..

Ops, terlupa seorang lagi adik.. Fatimah yang jauh.. Semoga Fatimah sentiasa gembira bermain di taman syurga bersama para bidadari-bidadari yang Allah janjikan. Insyallah, balik nanti Kak Ina singgah lawat Fatimah ya! Akak rindu Fatimah...( pembaca sekelian,kalau boleh sambil baca entry ini sedeqahkanlah Al-fatihah untuk adik saya yer. Semoga dia gembira terima hadiah dari kalian. ^_^)

Baiklah, setakat ini dahulu. Mahu teruskan ulangkaji untuk final minggu depan dan sambung countdown balik Malaysia..@_@ Sekian. Jumpa lagi!

Info Tentang Open BIte dan Tongue Thrust

Assalamualaikum..

ANTERIOR OPEN BITE

Definisi : Satu keadaan di mana gigi depan atas dan bawah tidak bersentuhan bila gigi dirapatkan (salah satu masalah yang paling sukar dalam pergigian)

Punca:
1. Tongue Thrust - Lidah adalah otot yang sangat kuat. Apabila letak diletakkan di antara gigi dan mengenakan tekanan ke atas gigi, ia akan menyebabkan gigi tertolak kembali ke dalam soket. Ini menyebabkan gigi tidak dapat bersetuhan dan kekal terbuka walaupun kesemua gigi dirapatkan.
2. Thumb Sucking -Menyebabkan kesemua rahang atas bergerak ke hadapan disamping menjarakkan gigi antara satu sama lain di antar gigi atas dan bawah. Disamping itu, banyak sikap lain yang melibatkan mulut seperti menggigit pen akan menghasilkan satu ruang bukaan di antara gigi.
3. TMJ Disfunction - Masalah berkaitan Mandibular Joint. Lidah sedaya upaya menjarakkan gigi supaya mandibular joint tercantum dengan lebih selesa.
4. Masalah gusi dan tulang (periodontal disease)- Jangkitan bakteria menyebabkan berlaku imflamasi dan tulang mengecut menyebakan kehilangan gigi.
5.Long Face Syndrom - boleh diubati secara pembedahan

Simptom:
• Susunan gigi yang tidak betul
• Paparan muka yang tidak normal
• Sukar mengunyah dan menelan
• kesukaran dalam percakapan
• Benafas melalui mulut

Kesan:
1. Gigi -gigi lain akan diberi tekanan yang lebih untuk menyempurnakan tugas menggigit, mengunyah dan menelan menyebabkan tekanan berlebihan dikenakan keatas mereka.
2.Pening kepala
3. Gigi sensitif
4. Masalah percakapan

Cara Rawatan:
1. Braces
2. Pembedahan

TONGuE THRUST

Definisi: Satu sikap tidak normal di mana lidah diletakkan di antara gigi atas dan bawah sebelum dan semasa mengunyah. (Secara normalnya, lidah perlu berada di lelangit mulut dan bukan di antara gigi sewaktu mengunyah)

Penerangan:
Kunyahan berlaku 24 jam selama 2000 kali dalam sehari. Semasa menelan, lidah akan memberi tekanan sebanyak 1-6 pound pada sekeliling mulut. Tekanan ini jika salah dikenakan, menyebabkan gigi dan tulang tergerak kehadapan. Ini menyebabkan gigi tumbuh di posisi yang salah dan menyebabkan ketidaknormalan pada pertumbuhan gigi dan muka.
Normal untuk para bayi menelan dengan meletakkan lidah di antara gusi tetapi perubahan cara menelan perlu berlaku dalam sekitar usia 7 tahun dimana lidah akan diletakkan ke lelangit dan gigi akan tertutup rapat secara sempurna sewaktu proses menelan.
Cara menelan yang betul : Lidah berada di lelangit dan di belakang gigi depan. Gigi depan dan belakang bersentuhan sewaktu proses menelan berlaku. Lidah tidak akan terkeluar di antara gigi sewaktu proses menelan berlaku.

Simptom:
• Gerak muka yang pelik dan bibir yang terjuih keluar sewaktu menelan
• Bernafas melalui mulut akibat allergic atau pembesaran tonsil atau adenoids
• Gigi yang mengalami masalah Open Bite
• Kesukaran dalam menyebut huruf terutama huruf (s) dan (z)
• Apabila sedang berehat, postur mulut adalah terbuka dan lidah terjelir
sedikit keluar

Kaitan:
* Wajah yang panjang dan sempit
* Otot bibir dan leher yang flasid
* Pemanjangan hidung dan saluran pernafasan yang tidak normal
* Bibir yang tidak bersentuhan tanpa meregangkan otot di dagu
* regangan otot yang tidak normal
* kedutan akibat aktiviti otot muka yang terlampau aktif
* pertumbuhan palate yang sempit dan tidak normal

Macam mana nak elak:
* Jangan jilat lidah dan membuka ruang antara gigi sewaktu menelan makanan
* Letakkan lidah di lelangit atau di mana-mana tempat selain antara gigi sewaktu menelan makanan
* Rapatkan gigi sepanjang proses menelan
* latih menelan dengan betul dengan mengunakan air sewaktu sedang senyum. Kalau lidah tak tutup lelangit dengan betul, air akan dipaksa keluar dari celahan gigi.
* Dengan meletakkan tangan di leher (macam nak cekik leher), rasa pergerakan otot di tengkuk setiap kali proses menelan berlaku tanpa tanpa melibatkan pergerakan lidah atau otot di sekeliling mulut
* Latih diri untuk berhenti bersikap meletakkan lidah ke celah gigi setiap kali menelan makanan


Macam mana nak kesan orang yang 'tongue thrust':

* Mereka mula menelan dengan gigi yang terbuka , dagu akan menurun ke bawah manakala bibir akan kekal tertaup.
* Kemudian, perhatikan otot dagu mereka akan bergerak ke atas dan bibir seakan terjuih keluar sewaktu menelan. Ketika ini, tolakan lidah ke gigi sedang berlaku.
* Mereka menjilat lidah sewaktu menelan
* Perhatikan pergerakan lidah seakan-akan lidah biawak,bibir,dan otot dagu mereka. ( jangan sampai mereka terasa di perhati. Perlakuan ini hanya ketara dalam keadaan tidak sedar)
* Mereka mempunyai bibir yang kering, bengkak dan merekah akibat sikap suka menjilat bibir

Cara rawatan:
1. Latih diri memperbetulkan cara menelan dengan betul - Paksa hujung lidah ke posisi ke atas sewaktu menelan untuk membiasakan lidah bergerak ke lelangit dan bukan ke gigi sewaktu menelan makanan.
2.Braces / Tounge Blocker - sejenis alat yang diletakkan di gigi untuk menahan lidah daripada terkeluar sewaktu mengunyah. Ini akan memberi signal kepada pemakai bahawa dia sedang menolak lidahnya keluar jika lidah tersentuh dengan alat tersebut sewaktu sedang menelan.
3. Jumpa Pakar othodontic untuk rawatan lanjut - Dapatkan rawatan pada yang pakar
4. Pendedahan sejak kecil - Kerjasama dari keluarga dan doktor gigi untuk mengesan masalah sejak awal dan didik anak cara menalan dengan betul. Sindrom ini boleh diatasi sejak kecil sebelum kanak-kanak terbiasa dengan cara menelan yang salah.

Sekian.. Inilah info yang dapat dikongsi bersama.. ^_^

Watch Out Kids And Dentist!!!

Assalamualaikum...

Malam ini terasa fikiran saya agak berkecamuk. Kenapa? Sebab saya tetiba baru tahu bahawa saya ada satu sikap yang rupanya salah dan mendatangkan banyak mudarat pada saya. Sikap apa? ---> 'Tongue Thrusting'(Menolak lidah ke hadapan)..

Baru-baru ni saya pergi berjumpa dengan doktor gigi di klinik. Itu pun setelah mendapat ceramah percuma dari kawan-kawan dentist yang baru belajar subjek 'Introduction To Dentistry (ITD)'. Kata mereka, saya ada problem open bite. Mula-mula tercengang juga. Apa bendalah yang diaorang sebut tu?? Lepas dapat ceramah dari Mardhiah the-dentist-to be, saya disarankan pergi jumpa doktor untuk dapatkan lebih info atau secara lebih mendalam maknanya- silalah pakai braces!

Kebetulan ada sorang kawan, Intisar nak pergi pakai braces jugak, maka saya pun ikut sama untuk pergi jumpa doktor tu. Sebelum itu, ada telefon mak dengan ayah tanya macam mana. Alhamdulillah mak ayah kasi kebenaran kalau perlu pakai braces.

Maka dipendekkan bila saya pergi dapatkan diagnosis doktor, doktor beritahu saya bahawa saya ada dua masalah utama. Pertamanya gigi jarang. Keduanya saya ada masalah Open Bite. Bingo to Mardhiah and geng dentistry yang lain..!( pandai korang aplikasi kuliah yer..).. Agak kagum juga dengan doktor Ahmad ni sebabnya dia berjaya mengenal pasti masalah saya yang selama 19 tahun saya hidup ni tak pernah orang perasan. Rupanya selama ini, saya telah menelan dengan cara yang salah menyebabkan pertumbuhan gigi saya menjadi tidak normal dan bermasalah.

Sedikit fakta:

1. Anterior Open Bite ialah satu keadaan dimana gigi atas dan bawah di bahagian depan tidak bercampur rapat walaupun gigi belakang dah kena rapat menyebabkan seakan-akan ada ruang di bahagian depan gigi.
2. Tongue Thrusting ialah satu sikap di mana seseorang sering memberi tekanan ke atas gigi melalui gerakan lidah yang kehadapan hingga menyebabkan pertumbuhan gigi terganggu dan menyebabkan banyak komplikasi seperti open bite


Masalah yang memang dah nampak sekarang ialah open bite, tounge thrusting, masalah menelan dan lain-lain. T_T Siap buat demonstrasi lagi tu.. Tak pasal-pasal petang tu doktor Ahmad buat kuliah pergigian kepada Mar, Sod dan Maya dengan menjadikan saya sebagai subjek eksperimen.. wa!!! Kalau ikut kata doktor, kalau masalah gigi saya dibiarkan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih teruk di masa depan. Contoh komplikasi masalah percakapan, pernafasan, sebutan, gigi akan jadi lebih jongang dan mudah rosak serta lain-lain.Erk T_T Berbanding Intisar, masalah saya di kategorikan sebagai lebih rumit dan sukar. Mungkin juga rawatan untuk saya lebih lama tempohnya.

Paling penting saya kena berlatih telan makanan dengan betul selama 30 kali sebelum setiap kali telan makanan. Adoi!! Susah tu doktor!!! Saya cuba buat on the spot depan doktor 5 kali pun amik masa dekat 20 minit. Macam orang lumpuh lidah je rasanya. Nak nagis pun ada juga.. Huhu.. Maka secara sahnya bersaksikan 4 orang budak pergigian, saya disahkan ada disfunctional dental problem atau secara lebih spesifik open bite.. T_T

Mula-mula terasa macam tak percaya je dengan apa yang doktor Ahmad cakap. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya mungkin boleh selesaikan masalah gigi yang jarang dulu. Maka, saya ambil keputusan untuk memakai braces. Tapi sebelum tu, saya cuba cari info tentang semua masalah yang Doktor Ahmad terangkan tadi di Internet. Bukan apa.. Selain nak dapatkan lebih info, saya nak pastikan yang apa yang doktor tu cakap semua sahih belaka. Sebabnya saya dengar doktor gigi di Jordan ni sangat teliti sampaikan semua pesakit yang datang ke klinik dia, dia suruh pakai braces. Haru betul...

Sejak keluar dari klinik dua hari lepas, Mar sebagai dentist tak rasmi saya tak sudah-sudah membebel pasal buat latihan menelan. Memang ada bakat betul dia tu. Takpelah, itu maknanya dia baik. Kankankan???

Ok, balik pasal info tadi. Setelah menghabiskan depan sejam depan komputer mencari dan memunggah seluruh data internet tentang Open BIte dan Tongue Thrusting, saya dapat buat kesimpulan yang semua yang doktor Ahmad cakap memang betul. Tepat dan padat. Tapi ada terkurang sikit kot sebabnya dalam internet lagi mendalam dan lebih menakutkan.

Insyallah nanti saya akan post di posting seterusnya tentang Open Bite dan Tounge Thrusting. Cumanya saya sedih tentang satu perkara, kenapa sejak saya kecil tiada siapa pun yang beritahu saya tentang benda ini? Malahan setiap doktor gigi yang saya jumpa dari kecik sampai besar pun semua kata gigi saya ok je. Tiada masalah langsung! Rasa macam dikhianati pun ada gak la. Sebabnya benda ni boleh dielak dari kecil kalau tahu awal-awal. Mungkin doktor-doktor gigi ingat open bite saya adalah dari keturunan (fakta: 90% open bites comes from heridity), maka diaorang cuma biar sahaja. Tapi bila saya datang Jordan, baru saya tahu yang sebenarnya ada punca fizikal yang sebenar yang sepatutnya perlu diubah. Rasa macam..... T_T

Bila fikir-fikir balik, baru saya teringat yang dulu waktu sekolah rendah kawan-kawan ramai tegur cara kunyah saya. Diaorang kata cara saya mengunyah dan menelan pelik. Tak macam orang lain. Saya ingatkan mungkin itu memang cara saya tapi rupanya itu adalah MASALAH saya. Tak pernah terfikir pun yang cara kunyahan dan menelan saya yang salah akan timbul masalah sampai macam ni. Sampai ke besar tiada siapa kasitau menyebabkan saya terpaksa berhempas pulas memperbetulkan cara menelan yang dah jadi automatik tanpa kawalan. Susah tau!!

Malam ni mood macam sedikit terganggu dengan segala maklumat yang saya dapat. Sangat banyak dan agak menakutkan. Salah satu daripadanya ialah "open bite is one of the most difficult case for orthodontic..." dan " as long as you cannot change the habit of tounge thrusting, any treatment is useless.." dan " open bite cases need braces AND surgery..".. Tak tau nak cakap apa.. Semuanya macam agak teruk. Sebabnya ia merangkumi segala macam aspek dari segi pemakanan, pergigian, pernafasan,sebutan dan lain-lain. Tapi masih saya bersyukur sebab masalah tak terlampau ketara teruknya walaupun rasanya dah usia 19 tahun ni macam nak ubah semua tu agak susah.

Kesimpulannya, pada semua budak-budak baik diperhatikan cara diaorang menelan makanan. Jangan sampai cara tounge thrusting tu melekat sampai ke besar macam saya. Kalau tak, susah nak ubah balik. Saya tahu sebab saya dah kena. Nak tak nak kena ubah juga. Lagi satu, sedikit ingatan buat kawan-kawan yang bakal jadi doktor gigi, jalankanlah amanah anda dengan sebaiknya bila kerja nanti. Kalau boleh lebih teliti pun, tak salah rasanya. Anda boleh elak pesakit anda kena macam-macam komplikasi bila besar nanti.. Bukan untuk untung, tapi untuk kemaslahatan akan datang.

Harap-harap masalah ini dapat diatasi dengan sempurna. Saya bertawakkal pada Allah. Semoga semua ni jadi kifarah atas dosa saya dan peringatan kepada mereka yang lain serta ilmu baru kepada yang belum tahu... Sekian

Berlapang Dada Seluas Danau

assalamualaikum

Akhirnya hari ni 2nd exam saya dah selesai. Tapi minggu depan terus exam final tiga hari berderet-deret. Fuh, nasib betulla duduk JUST ni.. Jarang betul ada minggu takde exam. T_T. Tapi redha je la.. Ada kebaikannya.. ^_^ Kita kenalah terima semua perkara dalam hidup kita ni dengan penuh lapang dada kan? Kalau tak,mesti rasa sedih je selalu.

Ha.. cakap pasal sedih ni saya nak kongsi satu cerita tentang berlapang dada.



Ada seorang murid ni. Dia sangat bagus dan disayangi oleh gurunya. Suatu hari tu, dia dilanda satu masalah yang berat. Si anak murid rasa sangat sedih dan tak bermaya. Gurunya terperasan akan perubahan sikap anak muridnya hari tu. Lalu guru pun bertanya pada anak murid,

"Kenapa kau bersedih wahai muridku?"

Anak murid menjawab, "Aku dilanda masalah, Tuan Guru. Aku rasa sangat sedih."

Guru tersenyum. Untuk mengubati kesedihan si anak murid, si guru menawarkannya sebuah ilmu. Anak murid yang sangat mencintai ilmu ini kelihatan sedikit teruja dengan kata-kata gurunya. Tuan guru menyuruh anak murid mengambil segenggam garam dan segelas air untuk dibawa ke hadapannya. Lalu anak murid itu dengan cepat menurut arahan gurunya

"Baiklah, sekarang kau tuang semua garam itu ke dalam gelas lalu minum air di dalamnya," arah guru tersebut.

Anak murid menunaikan arahan gurunya seraya meminum air bercampur garam itu. Sebaik sahaja mencicip sedikit air di dalam gelas itu, anak murid terus terbatuk lantaran air tersebut terlalu masin. Mukanya berkerut-kerut menahan kemasinan. Tuan guru tertawa melihat telatah si anak murid.

"Sekarang, kau ambil lagi segenggam garam dan ikut aku keluar," arah si guru lagi.

Walaupun hairan, anak murid masih lagi patuh pada arahan gurunya. Tuan guru membawa muridnya ke sebuah danau di hujung desa. Disuruhnya anak murid itu menuang garam ke dalam danau dan mengambil sedikit air danau tersebut untuk dirasa.

"Apa rasanya?" tanya Tuan Guru

"Tawar! Tak macam air dalam gelas tadi," ujar anak murid itu.

"Itulah perumpamaan dirimu sekarang. Garam itu umpama masalah yang engkau hadapi. Gelas dan danau itu punya adalah cara engkau menghadapi masalah itu. Andai kau sempitkan hatimu seperti gelas, maka kau akan menganggap masalah itu sangat mengganggu hidupmu sebagainya masinnya air yang kau minum. Tapi andai kau jadikan hatimu seluas danau, masalah yang sama nilainya tadi langsung tidak terasa walau sedikit sepertimana air danau yang kau turut rasai tadi. Maka nasihatku, berhentilah menjadi gelas. Lapangkan dadamu selapang danau ini agar masalah yang kau hadapi tidak mengganggu hidupmu..", terang guru penuh makna.

Anak murid terdiam. Setelah lama berfikir, dia lantas berkata, " Terima kasih guru."

Apa pengajarannya??

Hendaklah kita sentiasa belapang dada dengan apa yang berlaku ke atas diri kita. Janganlah sampai masalah itu mengganggu kehidupan kita kerana masalah adalah lumrah. Yang penting adalah cara kita menghadapinya...
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images