Bahasa Oh Bahasa

Assalamualaikum

Terasa hari ni nak mencoret sikit pasal bahasa. Bulan ni terasa macam jadi student bahasa la pulak. Agaknya sebab dah selalu sangat kena sumbat dengan subjek sains, sekali sekala belajar bahasa macam rasa tenang sikit. Tak nak la saya cerita panjang lebar tentang kepentingan bahasa. Karang jadi karangan bahasa melayu pulak. Cumanya saya nak cerita yang kebelakangan ni hidup saya penuh dengan pelbagai bahasa. Mode bahasa sudah mengeluarkan auranya..@_@

Ada apa dengan bahasa?

Semuanya bermula bila saya terpikir nak letak status apa di YM. Kebetulan waktu tu, kepala tengah tak betul sikit. Nak merapu kat YM kang macam tak best pulak sebab ramai paham. Makanya tetiba je keluar ilham "apa kata kita pakai bahasa lain??" Ha!! best gak! Orang tak paham. Hehehe.. ^_^Tapi malangnya, YM punya status tak boleh copy paste. Maka terpaksa la pakai khidmat romanization untuk membunyikan segala bahasa yang saya pakai. Kebiasaannya saya guna bahasa Korea atau Jepun. Sebab tak ramai tau. Kalau guna english, arab atau melayu semua orang paham. So, tak best la.. Nak merapu pun macam shy-shy cat plak. Ops..


Rupanya sejak tu, saya mula jadi addicted dengan bahasa. Yang menariknya, bila saya guna bahasa lain di semua tempat seperti YM, buku tulis, friendster, meja dan sebagainya, terasa macam semangat dia lain sket. Macam apa ek? Macam jadi booster kot supaya jadi lain dari yang lain. Kiranya macam uniknya. Saya je paham.^_^Ramai gak kawan-kawan yang tegur tentang status saya yang macam alien.. Takpelah, alien pun alienlah, janji saya seronok suka hati.. Cumanya kadang-kadang terkantoi gak dengan orang yang faham bahasa tu.. Tambah-tambah bila tatabahasanya tunggang terbalik. Hehe.. Takpe, kita kan baru belajar. So, normal la kan... (,")

Lagi satu, bila saya pakai di Friendster, tak sangka pulak benda itu menyebabkan saya dapat kawan baru. Kawan baru tu pulak mestilah yang faham apa yang saya tulis. Maka mostly mereka yang paham adaah mereka yang duduk di negara tempat bahasa tu diguna
pakai. Tak kiralah Melayu ke Korea ke Jepun ke. Ramai gak.. Cam best jer.. Hehe.. Lagi unik, kadang-kadang kami berkomunikasi guna bahasa dan tulisan bahasa tersebut.
Semacam satu kepuasan bila kita mampu faham apa yang orang luar cakap.

Kadang-kadang terpikir gak, English dengan Arab aku pun tunggang tebalik lagi, inikan pulak nak belajar bahasa lain.. Tapi saya rasa baik je tau semua sekali walaupun seciput. Okla kan kalau nk survive.. Bukannya kena jadi sasterawan dulu baru boleh gunapakai bahasa-bahasa tu. Maka, mulai ini saya semangat nak belajar bahasa baru.. Hobi baru saya sem ini ialah belajar bahasa!

Problem buku? cikgu? duit? Ish, tak payah fikir teruk-teruk! Kita belajar guna kemampuan yang ada cukuplah.. Nak tau cara saya? Saya guna kawan, internet (kamus + penterjemah online) dan lagu je. Tiga-tiga ni adalah sumber saya belajar bahasa. Dengan kawan, kita banyak tanya. Kawan saya pun memang ada jadi cikgu bahasa pada saya. Percaya atau tak, kadang-kadang kami bersembang guna bahasa 'non-malay-non-english-non-arab'. Ni untuk bahasa Jepun.. Memang tensen gak nak menterjemah sepatah-sepatah dalam kamus online. Tapi takpe.. Fighting!!!

Saya banyak guna lagu dan internet jadi sumber rujukan. Internet tu dah terlampau cukup untuk belajar bahasa. Cumanya nak cari atau tak nak je la.. Tak pun, bila kita tengok cerita mana-mana, pandai-pandaila tangkap bahasa dia. Insyallah boleh punya. Terus terang saya bukak rahsia nih.. Saya belum master mana-mana bahasa yer! Maka, kalau nampak saya guna bahasa pelik tu, ketahuilah saya menggunakan khidmat-khidmat yang telah diberitahu tadi.. Hehehe.. Lepas ni jangan nganga lagi ye! ^_^

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Saya punya semangat belajar bahasa sampai sanggup tulis setiap patah ayat dalam cerita telonovela kat tv tu. Sekarang adik saya sudah ikut jejak tapi dia baik sikit kot sebab tak salin ayat tv. Tapi dia salin setiap patah perkataan jawa yang nenek saya sebut. Lawak betul tengok. Nasib baik nenek sporting je.. ^_^ Ha, jangan tak tau! Saya punya darah jawa dalam family masih tulen. Kat kampung di Sabar Bernam tu, takde siapa cakap melayu tau! Jawa only..! Makanya, kami yang dah terkeluar dari lingkungan perumahan kawasan jawa terpaksa merangkak-rangkak jugak nak belajar. Sesi saya belajar jawa dah upgrade sket kot. Saya boleh paham bahasa Jawa tapi saya tak boleh balas sepenuh ayat. Semua gara-gara selalu kena leter dengan nenek. Maka saya hafal setiap ayatnya. Hehehe.. Nakal betul dulu! ^_^ sapa-sapa nak test sila-sila.. Kat Irbid nih rasanya saya ada ramai geng jawa. Kankankan..

Alhamdulillah loghat Malaysia pun dah naik taraf sket sejak keluar Malaysia. Perak hilir, utara, Selangor sudah dalam tangan. Tinggal Terengganu, Kelantan , Nogori ngan Sabah Sarawak je lingkup lagi. Terima kasih la yer cikgu-cikgu lughah sekelian. Tapi sedih betul sebab tak ramai boleh kesan saya orang mana. Sebab selalu alih bahasa kah?? Nak buat camne? Dari kecik ulang alik utara, jawa, selangor, lidah punya butang change language sudah automatik.. Tapi takpe je, setiap orang lain negeri, kita speaking lain-lain yer.. Baru best.. Kesian sorang kawan tu dia je speaking perak hilir, takpe2 meh teman jadi partner kome speaking bahaser kiter yerk.. Hehe.. Saya suka bahasa!

Tujuan utama post sebab kesian dan tak sampai hati tengok kawan-kawan terkejut sangat saya kononnya terer bahasa... Adoilah.. Sangat lawak! Tapi insyallah, dalam masa beberapa tahun lagi, saya nak cuba jadikan benda ni realiti. Impian kalau boleh bila habis belajar time balik Malaysia kang, saya nak fasihkan tiga bahasa utama Malaysia iaitu Bahasa Melayu-Cina-India.. Kang dapat lebih bahasa, lagi best.. Y(~_~)

Opss, tapi ingat satu benda.. Senpai saya pesan kalau belajar setakat nak faham cerita dan lagu, sila lupakan niat anda.. Hoho.. Amaran tu.. Kita belajar biarlah ikhlas lillahi ta'ala.. Bagi saya, selain itu tujuan utamanya juga saya nak tambah life skill. Takdelah nganga ajer kalau pegi mana-mana.

Setakat ni sedang mendampingi bahasa Arab, Korea, Jepun, Cina, France.. Bahasa lain macam best tapi sebab tak reti sebut (contoh : Rusia), maka kita lupakan dululah yer.. So, sapa-sapa nak join sama, sila-sila.. Rahsia sudah terbongkar. Korang suma dah tau apa rahsia saya tahu banyak bahasa. Maka, lepas ni harap saya tak masuk lagi golongan 'menipu'.. Hoho... Mode Insaf.. T_T Takde niat yer..! Nak bising segan, tapi dah ramai tanya, nah amik ni skema jawapannya.. Hehe...

Sekian. Majulah Bahasa Untuk Negara!! ^_^

Terima kasih - Thank you - Syukran - Kamsahamnida - Arigato gozaimasu - Gracias - Salamat - dyajuku - xiexie - Merci - Dank u wel - toda - nandi - spasibo - dĕkuji dĕkuji vám - danke - obrigada -

p/s : esok saya exam wellness and fitness.. sabtu ni VB pulak. pastu stat final dah.. Doakan saya yer!! (-_-)

Mampu ke aku buat??

Assalamualaikum..

Dua hari lepas ada orang datang jumpa saya mengejut kat rumah. Ingatkan datang nak ambil barang, tapi rupanya diaorang yang datang bawak 'barang'. Dengan kesanggupan untuk menunggu saya masak sampai habis, kedatangan akak-akak ni memang saspen betul.. Kawan serumah dah acah saya macam-macam dah. Bukan senang orang nak tunggu awak buat kerja sampai habis, ni mesti ada apa-apa nih.. Dengan penuh debar, saya habiskan kerja secepat mungkin. Taknak tetamu tunggu lama satu hal, kecut perut satu hal. Saya ada buat salah apa-apakah?

Sekali bila dah diterangkan tujuan sebab musabab diaorang datang, saya memang terkejut sangat-sangat. Macam melekat kat kerusi pun ada. Nasib baik rahang saya masih kukuh pada tempatnya. Masakan tidak, tiba-tiba ditawarkan satu bebanan yang bagi saya sangat-sangat besar dan menggerunkan. Muka ni tak taulah jadi macam mana dah..

Amanah??!! Kalau setakat program kecilan atau ajk bawahan, saya masih boleh rasa okay. Tapi kali ni siap nama persatuan pelajar mantiqah lagi.. Aduh, dasyatnya dugaan kali ni.. Dalam kepala dah terbayang macam-macam. Akademik, masa, senior-senior, kawan-kawan, diri sendiri yang masih entah apa-apa.. Macam mana pulak boleh masuk nama ni?

Kalau nak diikutkan, masih ramai lagi yang lagi hebat dan berkaliber serta berdedikasi di sini. Apalah sangat diri saya yang langsung tak berkriteria ni. Pegang jawatan program pun sangat jarang, inikan pula yang lebih mencabar. Tambah-tambah saya bukan orang yang selalu ke depan. Kepenakutan dan kepengecutan sangatlah ketara dalam diri ni. Tetamu yang memberi penerangan terasa seakan memberikan saya sebuah bukit untuk dipikul pada bahu. Laratkah?? Mampukah??

Ikut hati, terasa nak menolak. Tapi kakak-kakak mintak fikir masak-masak dulu. Yang lebih mengerikan, keputusan hanya boleh serah dalam masa 24 jam. Haish, maka habis semalam saya contact macam-macam orang terutamanya family, senior yang lebih berpengalaman dan kawan-kawan saya yang lain. Ini bukan benda main-main. Ini amanah besar. Silap gaya saya jatuh terguling, orang bawah semua jatuh terhumban. 'Auzubillah...

Lepas bincang-bincang dengan semua orang, saya kumpul semua opinion dan fikir-fikir balik. Ramai yang menggalakkan tapi ramai jugak yang sarankan saya tolak. Pening, keliru, tak tau nk pilih mana satu. Terasa macam saya langsung tak boleh gerak mana-mana. Kiri tidak, kanan pun tidak. Melekatlah sorang-sorang kat simpang nih.

Saya takut banyak benda. Saya takut akademik jatuh, saya takut tak mampu buat kerja. Saya takut tak dipercayai oleh orang. Saya takut itu, saya takut ini... Macam-macam saya takut. Usaha macam-macam sudah. Solat istikharah, solat hajat dan lain-lain. Mohon perlindungan dan petunjuk. Kalau ini yang terbaik, mudahkan jalan saya. Kalau ini bakal jadi bencana, jauhkan saya darinya..

Esoknya tu, dalam tengah-tengah pening ada orang hulur satu nota. "Allah tak bebankan seseorang sesuai dengan kesanggupannya". Kat bawah ada nota kaki --> "kalau ini jalan kau nak pulang dekatkan diri dengan Allah, kenapa tak terima?" @_@ ouch, tertusuknya rasa hati.. betul, saya mengaku kadang-kadang saya lalai dan terleka.. Tapi betulkah ini jalannya??

Cumanya antara saat-saat akhir tempoh tu, saya tawakal. Call mak ayah lagi sekali. Kali ni saya ikut jawapan diaorang. Tawakkaltu 'ala allah..Kalau ok, saya terima. Kalau tak, saya tolak. Semalam ayah berat nak kasi tapi mak okay jer. Petang ni, bila call ayah, ayah kasi nasihat bertubi-tubi. Sekali ayat last ayah " abah restu kamu kalau kamu terima jawatan tu, tapi jangan lupa study tu prioriti.." Erm, inikah jawapannya?? Nampaknya jalan kali ni menghala ke depan. Saya kena lalu jugak benda nih!

Makanya, mulai semalam dengn rasminya saya menerima tugasan sebagai Timbalan Biro Keselamatan dan Kebajikan PERMAI. Subhanaallah.. Moga-moga ini jalan yang terbaik buat diri saya sendiri dan rakan-rakan lain.. Pesanan dari saya :

1. Saya bukan orang yang hebat dalam memegang jawatan. Tolonglah bantu saya dalam melaksanakan tugasan ini
2. Terima kasih sebab mempercayai saya. Insyallah saya akan cuba yang terbaik untuk laksanakan amanah yang korang beri
3. Saya harap kalau ada yang salah dan silap, tolong tegur. Saya masih mentah dalam hal-hal ni. Segala tunjuk ajar sangatlah dihargai

Terus terang saya cakap, saya sangat takut dan saya sedang cuba memberanikan diri untuk jadi berani.. Saya tak biasa pegang jawatan sejak keluar sekolah dan saya masih menggigil nak terima hakikat saya sudah pun terima jawatan ini. Pada senior-senior dan rakan-rakan, harap boleh faham keadaan saya dan tolong bantu saya dalam buat tugasan ini. Saya betul-betul mengharapkan kerjasama semua. Insyallah, semua tahun ni kita cuba akan jadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumya. Amin ya rabbal 'alamin...

Promosi buku terbaru GLKN

Assalamualaikum...

Catatan kali ini hanya sekadar ingin mempromosi beberapa buah buku terbaru dari terbitan GLKN (Group Karyawan Luar Negara). Tapi sebelum itu, apa kata kita kenal dulu dengan grup ni. Kumpulan apa ye nih?

Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) merupakan perkumpulan pelajar (dan bekas pelajar) di luar negara yang menumpukan kegiatan-kegiatan berkaitan dunia penulisan dan sastera. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penerbitan antologi, perbincangan karya, bengkel penulisan, penganjuran sayembara dan sebagainya. Matlamat utama GKLN ialah memberi latihan, galakan, dan pendedahan kepada pelajar luar negara yang berminat dalam penulisan di samping berkongsi bahan bacaan sastera sesama ahli. Sehingga kini, GKLN mempunyai sekitar 230 orang ahli dari pelbagai negara seperti Jepun, Rusia, Ireland, United Kingdom, United States, Jordan, Mesir, Australia, Ukraine, Jerman, Perancis, Republik Czech, New Zealand, Morocco, dan lain-lain. Para ahli GKLN juga mengambil jurusan pendidikan yang pelbagai termasuklah perubatan, farmasi, bioteknologi, akauntan, teknologi maklumat, pengkomputeran, kejuruteraan, bahasa, kimia, syariah, dan sebagainya.

(petikan dari laman web rasmi GLKN)

Buku-buku terbitan GLKN ni bagus jugak kalau buat bahan bacaan. Sebabnya karya-karya ahli GLKN banyak mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang dengan mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Tambah menariknya, dengan kepelbagaian latar penulis-penulis yang belajar di seluruh pelosok dunia, garapan karya mereka lebih meluas dan menarik. Kebanyakan karya mereka juga bernuansi islami dan dihasilkan dengan pelbagai teknik penulisan.Banyak input yang bagus dan baru dapat kita kongsi bersama dengan membaca karya-karya GLKN nih..

Walaupun seakan masih setahun jagung, GLKN ni sebenarnya sudah mula menunjukkan taringnya dalam bidang sastera di Malaysia. Buktinya, banyak karya-karya hasil ahli GLKN mula mendapat tempat di media-media massa. Malahan yang lebih membanggakan sudah ada ahli GLKN yang mula mengukir nama sebagai pmenang dalam acara-acara sastera penulisan di Malaysia. Contohnya Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, dan Lailati Mahat dan ramai lagi...

Antara buku-buku yang telah dikeluarkan oleh GLKN adalah Antologi puisi Al-Andalus Menangis,Antologi puisi Wilayah Cinta,Antologi cerpen Jalan Jauh Ke Ramallah,Antologi cerpen Mengemis Di Kota Larangan,Antologi puisi Bahasa Bumi dan Kumpulan puisi (Fahd Razy) Menggeledah Nurani.




Sebarang maklumat tentang GLKN dan buku-buku terbitannya boleh diperolehi di laman http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/ .

Jom-jom kita hidupkan budaya membaca di kalangan kita..!!! ^_^

Kawan-kawan, kalau ada yang nak tempah tapi tak tau cam mana, kasitau saya dulu pun takpe. Pada korang yang saya dah kasitau pasal buku ni dulu, sekarang dia dah keluar.. Sila la cari kalau nak baca hasil pertama saya yang dibukukan..^_^ walaupun hanya keluar 2/50, tapi oklah.. budak baru belajar la kan.. (",) terima kasih!

Perkara pelik di Jordan

Assalamualaikum..

Semalam ada yang bertanya pada saya bagaimana hidup di JOrdan.
Kalau nak cerita semua memang sangat banyaklah kelainannya dari Malaysia.
Tapi rasanya ok kot kalau saya cerita yang paling ketara kelainannya.

Perkara yang janggal di Malaysia tapi 'adi(biasa) di Jordan:

1) body language yang ringkas

kalau di Malaysia kita akan geleng-geleng kepala atau guna isyarat
tangan kalau nak kata 'tak mahu atau tak tahu'. Tapi di Jordan, mereka
menggangkat sedikit kepala ke atas untuk memberitahu bahawa mereka tak
mahu atau tak tahu.

Kadang-kadang mereka cuma keluarkan satu bunyi yang
rasanya kalau di Malaysia, kita kata bunyi panggil ayam makan. Bezanya
bunyi tu cuma sekali je lah. Hoho.. Mula-mula datang sini, selalu
jugak terasa kecik hati sebab diaorang macam tak layan bila kita tanya.
Rupanya saya yang tak paham body language diaorang.

2) Hormat tetamu yang sangat syadid

Ni antara satu benda yang sangat dipuji pada mereka. Memang budaya
mereka yang sangat menghormati tetamu sejak dahulu lagi. Kalau pergi
melawat rumah orang arab, mereka akan jamu kita makan dengan pelbagai
jenis makanan dalam jumlah yang sangat besar dan banyak.

'Aib bagi orang arab kalau tetamu makan licin sebab maknanya macam
tetamu tu tak puas nak makan. Maka, dia akan tambah dan tambah dan
tambah lagi... Hoho,kalau tak reti nak buat isyarat 'saya sudah
kenyang' dalam budaya arab,memang korang akan 24 hours ditambah-tambah
nasi dan air.

Isyaratnya kalau makan saya tak pasti, tapi kalau minum, nak kasi
isyarat saya tak mahu tambah ialah dengan menganggangkat cawan dan
menggoyangkan cawan tu dalam bentuk bulatan. Al-ala melenggang cawanla..

3) Gentleman

Ini khas untuk kaum hawa je lah.. Lelaki tak dapat kelebihan ni.. ^_^

ha... ni satu lagi yang jarang ada kat Malaysia. Benda ni selalu jadi
dalam coster. Kat sini, wanita sangat dijaga. kalau naik coster, sangat
aib bagi orang arab kalau perempuan berdiri dalam coster.

So, even kalau seat dah penuh, bila ada perempuan baru naik coster je,
maka yang lelaki mesti (maybe boleh kata wajib kot) untuk kasi
perempuan tu seat tu. Hoho..sangat bahagia naik coster.. Even budak
lelaki sekolah rendah pun memang dah amal habit macam tu. Bagus2..
Bila nak apply kat Malaysia ek?

4) Rumah yang berceracak

Kalau datang sini, benda pertama yang korang perasan ialah mostly rumah
kat sini takde bumbung. Kebanyakannya ditinggalkan ceracak terpacak atas
bangunan tu. Tapi itu bukan maknanya diaorang miskin tau.

Kalau nak banding, rumah flat kat sini sama macam apartment kat
Malaysia.Tambah-tambah kalau rumah untuk 'ailah( family), besarnya
memang kalahla kalau nak banding apartment kat Malaysia.

Ok, berbalik pada cerita ceracak tadi, rupa-rupanya orang arab ni
memang kadang-kadang berpandangan jauh gak la. Ceracak tu dibiarkan
sebab nanti, bila ahli keluarga diaorang dah bertambah dan beranak-pinak,
maka diaorang akan tambah lagi rumah kat atas rumah diaorang.

Kira macam buat apartment tapi tingkat-tingkat apartment tu dibuat
secara step by step hanya bila ahli keluarga mereka bertambah. Orang
arab ni suka duduk satu family besar-besar serumah atau sebangunan.
So, inilah cara mereka memastikan yang mereka akan ada rumah bila dah
berkeluarga nanti..

5) Siapa ada motor dan basikal, dia sangat dikagumi

Ini pelik sikit lah. Basikal dengan motor memang seciput je dekat Jordan
ni. Itu pun tahun lepas baru basikal dan motor di'halal'kan untuk digunakan
di Jordan. Sebabnya saya tak pasti. Tapi memang itu yang terjadi.

Maka, sekarang baru ramai-ramai pakat nak beli basikal dan motor. Siapa
yang dah ada tu memang bakal sangat dikagumi la. Itu yang lawaknya, Mereka
memang sangat berbangga dengan motor dan basikal, walaupun di Malaysia
kita tengok benda tu macam takda maknanya pun.

Tapi sayangnyer perempuan tak boleh naik motor atau basikal. 'Aib katanya.
T_T.. Takpe2, tunggu balik Malaysia kang, siaplah basikal dan motor kat
rumah tu saya kerjakan.. ^_^ Perempuan sini semua sopan-santun belaka.Hehe

Jangan tak tahu, kat sini kalau sistem penghantaran fast food ke rumah,
semua pakai kereta tau! Maka banyak sangatla kereta KFC, Pizza Hut,
Popeye, Burger King yang berjalan-jalan kat Irbid nih. Kat Malaysia takde
lagikan kereta untuk fast food?

6) Addicted to Pepsi n Coke

Ini satu benda yang pelik betul kat sini.. Kalau korang tengok, pepsi
kat Jordan ni macam air kosong je diaorang teguk. Laju je habis. Pastu
kadang-kadang tu pagi, petang, siang, malam, asyik pepsi je yang diminum.
Sampaikan kat kedai tu, air paling murah adalah air pepsi dengan air coke.
Percaya atau tak, air pepsi yang 2 liter tu harganya cuma 75 kursh je.
Ala-ala macam 70 sen la..

Ntah apa yang sedap sangat dengan air tu tak taulah. Kalau minum
kadang-kadang boleh la terima lagi. Tapi ni memang luar biasa la. Tak
caya datang sendiri tengok.. Arab dan bebsi/coke memang tak dapat
dipisahkan..

7) Sangat praktikal dalam ibadat

ha.. yang ni saya puji sangat-sangat. Benda yang paling saya suka dekat
JOrdan ni adalah cara diaorang praktikkan ibadat dalam kehidupan diaorang.
Sangat mudah dan tak menyusahkan.

Perkara paling lazim kat sini, korang akan dapat tengok ialah bila azan je
semua akan terus solat. Kadang-kadang tu kedai-kedai pun dibiar je. Tapi
kalau yang tak berani, diaorang solat on the spot kat kedai tu. Selalunya
memang kat kedai-kedai, ada satu ruang untuk solat yang diaorang macam
khususkan.

Tapi saya paling kagum tengok orang-orang yang solat tak mengira tempat.
Pernah sekali tu, saya jumpa seorang buruh kat tepi jalan. Entah kenaa saya
terperhati dia lama sangat. Tetiba kan, bila azan je terus dia berhenti buat
kerja, amik wuduk, bentang sejadah dan terus solat di celah-celah pasir dan
batu-batu kat tempat yang di kerja tu. Kadang-kadang tepi-tepi lebuh raya pun
diaorang maintain ok je kalau nak solat.. Jemaah lagi tau!

Baguskan? Takdelah susah payah nak wajib cari masjid. Mana-mana pun boleh.
Janji bersih dari najis dan selesa, so solat je lah.. Bila nak nampak keadaan
ni kat Malaysia ek?

8) Rapatnya ukhwah di kalangan lelaki Arab

Rapat yang macam mana ye agaknya? Kalau ada sesapa yang pernah tanya pada
mana-mana student Jordan lelaki melayu tentang benda apa yang paling
diaorang allergic di JOrdan, rasanya mesti bab salam peluk cium sesama
lelaki. Kalau nak tau di tanah Syam ni dan mana-mana tanah Arab lain, orang
lelaki bertegur sapa macam orang perempuan sikit. Salam, peluk, laga-laga
pipi, pastu kadang-kadang siap keluar bunyi cium lagi.Itu budaya mereka.

Satu budaya yang agak unik dan tak ramai orang bukan arab suka buat.Hoho..
Kadang-kadang kita yang perempuan ni tengok pun, macam ternganga jer..
Rasanya kalau orang luar yang tak tahu adat budaya arab ni, mesti benda
lain yang dipikirnya.. Astaghfirullahhh.. Jauhkanlah kami dari bersifat
seperti kaum Lut.

Tapi jangan risau la. Itu dah biasa di sini. So, jangan la terkejut pulak
kalau korang datang negara arab, tiba-tiba kena peluk laga-laga pipi macam tu.
Takut kang ada pulak yang menangis karang. Hehehe... Itu budaya yer.. Kita
kena tahu..


Hurm, setakat ni dululah yang boleh saya ceritakan. Kebanyakannya sama je
antara negara Jordan dan negara-negara arab yang lain. Dah nama pun Arab,
maka kebanyakan ceritanya sama lah.. Memandangkan ada yang tanya saya macam
mana life di sini, so inilah kisahnya. Saya cerita yang menarik dan unik
saja cukuplah kot.. Kalau sama je macam negara lain tak best la pulak kan..
ok, kita jumpa lagi di lain post.. Ilalliqa.. Ma'assalamah!!

Tag Mode 2

Assalamualaikum..

Tadi petang baru habis exam Markas Uthmani( kelas Quran), makanya terasa nak melapangkan kepala sekejap dengan buat 'kerja rumah' dari Aimi nih..

Tugasan kali ni:
Apa yang perlu anda tulis dan sisipkan..:
5 tempat yang hendak dikunjungi waktu pulang ke tanah air
5 makanan yang hendak dimakan bagi menghilangkan rindu
5 target yang hendak dilaksanakan dalam holidays ni
Dan sebuah tazkirah ringkas di akhir tag yang ditulis ini

Tempat nak pergi time balik cuti:

1) Rumah keluarga

Apa gunanya balik kalau tak jumpa family, ye tak?? Hurm, memandangkan saya ada keluarga yang sangat besar di kedua-dua belah mak dan ayah (mak anak ke-7 dari 8, ayah anak ke-3 dari 7) dicampur dengan keluarga angkat di Puchong, makanya agak-agak seminggu lebih pun macam tak tercukup nak melawat semua. Haha..

Tapi saya dah buat rancangan sampingan kalau tak cukup masa. Rancangannya ialah dengan buat family-gathering kat umah tok atau nenek.. wa!!! tak sabar nih!! Tambah-tambah, semua sedara mara dah buat tempahan cuti balik kampung nanti nak sambut saya.. sayang la kalau tak jadi..huhu. *mode terharu*..

Agenda utama selain jumpa balik semuadalah sesi bertaaruf dengan para sepupu sepapat baru seramai dekat 10 orang.....@_@.. bertambah dah bilangan kroni kami.. jangan tak tau,kami semua sepupu sangat rapat....fuh,sangat semangat nak jumpa diaorang balik!!!

2)Sekolah lama

Yang ni memang tradisi rasanya... Tambah-tambah dah janji dengan cikgu-cikgu nak jumpa mereka kalau balik.. Insyallah akan diusahakan.. Nasib baik cuti sekolah seminggu je waktu saya balik nanti. Dapatla jumpa cikgu-cikgu nanti.. lima sekolah menanti nih.. SKPTM, SAR AN-NAJAH, SMKANT, SBPI Gopeng,INTEC .. Mari kembali ke sekolah!!

Agenda lain: amik sijil SPM dan join program alumni.... ^_^

3)Popular Book Store

Hahaha.. Ni kes ngidam buku bahasa melayu la nih..! dah banyak benda yang ketinggalan sejak duduk kat Jordan. Kalau ada pun buku bahasa melayu, sangatlah seciput..Dah puas ngulit buku arab dengan inggeris, lepas ni nak pergi borong buku bahasa malaysia pulak. List tajuk sudah terbayang-bayang di kepala... Nak habiskan sehari kat perpustakaan kat area Parit Buntar tu bleh?? X_X

4)Mana-mana tempat perkelahan

Semestinya pergi dengan family! Saya sangat teringin nak ke tempat-tempat yang bersungai dan berlaut dan berkolam. Huhu.. Sangat rindu nak main air..! Tapi yang pentingnya, saya rindu nak berkelah dnegan family.. Riang ria sentiasa!! Nak pergi jalan-jalan ramai-ramai sekeluarga.. Huwa, i miss those moment!!!

5) Kuliah university kat Malaysia

Tujuan: Menyeludup masuk sebagai pelajar dan belajar kat univeristy di Malaysia.

Ni adalah target yang paling gila..! Sebabnya, entahlah.. teringin merasa suasana universiti di negara sendiri agaknyer.. Hahaha.. Kat INTEC, tak puas la. Lagipun, tempatnya ala-ala sekolah jer. Nak yang betul-betul macam university. Dah terbiasa dengan suasana arab, saya nak merasa universiti bersuasana melayu. Lain atau sama? Perbandingan yang hanya boleh dibuat bila saya dah masuk dua-dua kelas..

Boleh tak?? Teringin sangat-sangat nih.. Ada sapa-sapa nak offer tempat? Hehehe..

5 makanan yang hendak dimakan:

1) Masakan mama dan abah

Jeng jeng.. Semestinya ini masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh adik-adik saya. Sebab kalau saya balik, sah-sah dapat makan sedap tiap-tiap hari... Hehehe.. 30 hari je pun.. Kalau duduk di asrama dulu pun, adik-adik saya dah cakap macam tu, rasanya dah duduk luar ni lagilah mereka sangat semangat tunggu saya balik.. Sebab boleh dapat macam-macam yang luar biasa dari hari-hari biasa..huhu. Pandai ek korang..!

Rindu nak makan masakan mama dan abah.. Terutamanya masakan melayu mama dan masakan non-melayu abah.. Hehe.. Balik ni terasa nak berguru pulak. Hoho.. Dulu malas sangat.. Apapun, yang ni la yang paling saya tunggu-tunggu..

2) Sea-food

Akhirnya, penantian setahun tak makan sea-food bakal berakhir!! Yipee!! Bukan takde sea-food kat sini, ada je tapi barang import la.. Sudah keras dan beku. Tak segar. Sebabnya Jordan memang takde tempat yang berlaut kecuali laut mati yang langsung takde hidupan dan aqabah yang jauhnya 8 jam dari Irbid..

Sah, lepas ni kempen makan makanan laut akan bermula sebaik sahaja saya balik ke Malaysia!! Nak ikan, kerang, ketam, sotong, udang, sotong, lala, kepah, tiram dan lain-lain.... T_T

Makanan ber-element roti sila tolak ke tepi yer.. Dah puas setahun makan roti yang diupgrade dan modified.. Hehehehe..

3)Sebarang mee yang bukan spagetthi

Ha, ni satu lagi.. Kat Jordan, setiap kali buat makanan ala-ala mee ke laksa ke, semuanya guna spaghetti. Cuma ubah saiz je kerjanya kasi nampak ala-ala lain sikit. Makanya, lepas ni spaghetti pun kita tolak tepi.. Hanya laksa, kuey teow, bihun dan mee sebenar akan dilayan untuk dimakan..

4)Masakan yang pedas

Pedas adalah sesuatu yang sangat luar biasa di Jordan. Yaang paling selalu ada hanyalah manis dan pahit.. Hyperglycemia betul duduk sini.. Lepas ni, nak tolong pak cik pasar perabih stok cili di pasaran. Insyallah, kita kasi kaw-kaw punya.. Hoho.. Anak jati utara sudah kembali dengan lidah power pedas!

Oh ya, selain darah orang utara, darah jawa pun tak leh lupa.. ^_^ Bila dah nama jawa, tempe mesti tak leh lepas. Hoho.. Dengan yakinnya, saya tau nenek sudah siap-sedia tempe di kampung waktu saya balik nih.. Yeye, pasni boleh peratah tempe!
Kita gabung utara dan jawa. Makanya, kegemaran saya = Sambal Tempe

5)Benda-benda yang tiada di Jordan

Dah pening pulak pikir makanan apa lagi. Senang ceritanya, saya teringin nak makan apa-apa je la yang takde di Jordan nih. Banyak tau. Bukan sikit. Insyallah, kita habiskan slow-slow.. Hehehhe

Contoh :
1. buahan tempatan - Buah durian, buah rambutan, mempelam, betik
2. Minuman tempatan - Milo terutamanya!
3. Kuih-kuih Malaysia - asyik makan jubneh, kinafah, laham, safra'jer.. saya mau
tukar selera..
4. Sushi - Hanya sebuah kedai je ada kat Jordan. Tu pun kat Amman.. Pasni, balik kita
borong sushi!!

5 target nak buat time balik Malaysia

1) nak beli kamera

bahana terbaling kamera atas meja time winter haritu, maka kamera saya pun dah masuk kotak awal-awal lagi.. Nak bergambar mana-mana pun mostly pakai kamera handset jer.. Ataupuun pinjam kawan punya kamera. Hurm, lepas ni boleh la beli kamera baru. Kamera sini sangat mahal and kurang kualiti la. So, kita tahan dulu la rasa nak berkamera..

2) nak join reunion

reunion formal ngan tak formal. Banyak dah yang terlepas sepanjang tahun nih. Cuti ni kalau sempat, bolehla saya join kawan-kawan yang lain. Kalau ada apa-apa program yang best, boleh gak nak join.. Tapi kena tengok pelepasan gak la..

3) nak test skill

ni semua mak ayah saya punya kerja! Haha.. Dulu asyik jadi tukang tengok ngan tukang bancuh jer.. Pasni ni kita jadi assistant chef plak! Amali dah selalu buat kat Jordan ni. Dulu kat umah tak dan.. Segan takut tak jadi..Hehehe... Kalau pas, boleh la dapat sijil dari abahku yang sangat perfectionist bab masak-masak nih...

4) Tulis,tulis dan tulis

Sempena kempen tembus media, saya kenalah upgrade sikit level peribadi. Dah jenuh kena push dengan rakan-rakan penulis yang lain.. Semua alasan saya sudah di bakulsampahkan dengan tepat sekali.. Hoho.. Low self-esteem kena diubah. Jangan cepat ngaku kalah, kata mereka.. Yup! Insyallah.. Saya akan berusaha.. Semoga 'Bahasa Bumi' jdi pemangkin untuk terus mara ke hadapan.. Hwaiting!!

5)Nak buat semua benda sehabis dan sebaik mungkin

Kalau nak suruh kasi target, tak terfikir semua sampai sekarang. Cumanya saya terfikir untuk menghabiskan cuti ni sebaik mungkin. Kalau boleh, saya nak jadi anak yang terbaik untuk mak ayah saya sepanjang cuti ni. Juga orang yang terbaik pada semua orang. Semua benda di Malaysia saya nak buat dalam keadaan yang terbaik.

Sebabnya, saya cuma ada masa sebulan jer. Tak macam pelajar negara lain. Ada yang smapai 3 bulan cuti. Cuti kami di Jordan sangat pendek. Maka, masa yang pendek tu saya nak pastikan sebagai masa yang saya guna secara terbaik. Bukan selalu saya kembali ke Malaysia.

Pernah terfikir di benak saya, macam mana kalau tetiba saya di Jordan, ada perkara-perkara buruk berlaku di luar jangkaan saya. Tak kisah la sama ada berlaku di Jordan atau Malaysia, saya mungkin tak sempat nak buat apa-apa waktu tu. Bukanlah saya memikirkan yang buruk-buruk, tapi saya memandang risiko dalam hidup. Malang tak berbau. Sebab tu, saya mesti menghargai semua benda di sekeliling saya sekarang!

Harap-harapnya, takdelah yang teruk-teruk berlaku. Semoga Allah permudahkan urusan saya. Aminn...

Ok, sesi tazkirah:

Saya sedang kesuntukan masa sekarang. Maka, saya rasa cukuplah saya titipkan satu kata-kata untuk musahabah bersama.. Semoga tazkirah paling ringkas ni dapat memberi ruang pada para pembaca untuk memikirkan hakikat kehidupan sedalam-dalamnya... Ini hadis Rasullullah kalau tak silap.. Tolong betulkan kalau saya tersalah..

BERIBADAHLAH KAMU SEPERTI MANA KAMU AKAN MATI PADA KEESOKAN HARINYA, DAN BEKERJALAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA....


sekian. Selamat Malam
Irbid
12.00 mlm

Peminta Sedekah : Fakir VS Ahli Sindiket

Assalamualaikum...

Kalau dulu waktu kecil-kecil, saya selalu baca buku cerita tentang seorang gadis baik yang dianugerahkan mulut yang wangi dan mengeluarkan bunga ros dan berlian setelah dia membantu pari-pari yang datang menyamar sebagai peminta sedekah dengan memberi makanan dan minuman. Cerita tu jugak ada sebutkan tentang adik tirinya yang busuk hati dengan anugerah gadis itu, lalu pura-pura pergi menyamar jadi kakak tirinya untuk jumpa pari-pari tadi. Tapi sebab dia sombong dan kedekut, dia disumpah mulut busuk dan keluar katak dan cacing setiap kali bercakap...

Eiii.. dulu memang saya percaya sungguh cerita tu walaupun bila pikir-pikir balik, tak logik sungguh... Pengajaran yang saya pegang dari cerita tu ialah kita kena tolong semua orang dan jangan kedekut. Bagus jugakla moralnya walaupun cerita ni memang hiperbola gila..

Itu zaman saya sekolah rendah dulu. Sebenarnya hari ni saya teringat balik cerita tu. Sebabnya tadi saya ada jumpa dengan sorang peminta sedekah dengan mujamma'. Saya dengan kawan saya berbeza pendapat dalam nak kasi sedekah ke tak pada budak tu. Bukan nak kata saya kedekut. Sebabnya kat sini kadang-kadang diaorang mintak sedekah sebab sindiket. So, macam geram gakla. Tambah-tambah kadang-kadang yang mintak sedekah tu sihat walafiat je. Bukannya tak mampu cari kerja nak hidup.

Saya lebih senang kasi sedekah pada yang sahih penerimanya. Memang kadang-kadang tu terfikir juga betul ke apa yang saya buat. Sebab kita tak tau kan siapa yang betul-betul fakir atau sebaliknya. Tapi, selalunya saya diamkan jer. Kadang-kadang kasi, kadang-kadang tak. Tapi saya paling takut kalau jumpa peminta sedekah yang bawak geng. Adus, bila kasi betis nak paha pulak... Ada yang siap tarik-tarik baju, halang-halang jalan. Bengang jugak kadang-kadang. Tapi kalau dia bawak geng, saya lari dulu la.. Huhu.. diaorang ni kadang-kadang menakutkan gak..

Tapi hari ni, saya terfikir balik apa yang saya buat selama nih. Thanks pada Kak Husna sebab tolong nasihat Ainul. Kak Husna kata, sebaiknya kita kasi jer pada semua. Tak kisahla dia sindiket ke tak. Paling koman pun kasila 10 kursh. Janji kita kasi. Ayat yang paling saya ingat " kadang-kadang kita tak tahu, mungkin diaorang ni Allah hantar untuk uji kita. Manalah tau kot-kot diaorang ni bukan orang ke malaikat ke apa ke.." Gulpp.. Ada gak ke kes macam tu sekarang??

Huhu.. Even terasa macam budak-budak balik kena acah macam tu, tapi bila fikir- fikirkan sebenarnya tak mustahil pun Allah nak buat macam tu... Ada betul gak.. Tak terfikir plak peminta sedekah tu sebagai ujian. Kedekutkah saya?? T_T Lagipun, mungkin diaorang ni tak tahu lagi cara nak bekerja..

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أي الصدقة أعظم أجرا؟ قال: (أن تصدق وأنت صحيح شحيح، تخشى الفقر وتأمل الغنى، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم، قلت: لفلان كذا، ولفلان كذا، وقد كان لفلان).

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Hurm, nampaknya saya kena ubah persepsi lepas ni. Saya tak boleh jadi kedekut walaupun pada anggota sindiket.. Biarlah diaorang.. Itu antara diaorang dengan Allah. Kita cuma jalankan tugas kita jer.. Ya! Betul!! Ni ada sikit ajakan dan amaran dalam bersedekah:
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(ما من يوم يصبح العباد فيه، إلا ملكان ينزلان، فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقا خلفا، ويقول الآخر: اللهم أعط ممسكا تلفا).

"Pada setiap hari manusia berada pada waktu pagi dua malaikat turun lalu seorang daripada mereka mengucapkan: "Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang melakukan infaq" dan seorang lagi pula mengucapkan: "Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan diri dari membelanjakan harta."


Pasni, jom ramai-ramai semua kita gandakan sedekah!! Jangan takut pada orang-orang sindiket atau tak. Takut-takut kita plak kena soal sebab suuz-zhon(buruk sangka). Sedekah la sebelum anda disedekahkan.. Erk, betul ke? Rasanya better SEDEKAHLAH SEBELUM TIADA ORANG UNTUK DIBERI SEDEKAH.. kiamat nak dekat... cepat! Rise Up!!
Sekian.. jumpa lagi..!
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images