Summer Semester

Assalamualaikum

wa, dah lama rasanya blog saya berhabuk.. 'sibuk' betul time cuti nih.. :P Penuh aktiviti yang dah dibuat..

Sekarang dah masuk semester soifi(summer). Aduh, panasnya bukan main. Pukul 10.30 pagi time nak nak pegi kuliah pun matahari nak memancar terang dan garang. Owh yer, kelas haritu dan diubah. Cancel ambil food, saya ambil wellness pulak. Berkurang sikit gap antara kelas. Kuliah pun mula pukul 10.30, so tak payah berebut-rebut naik bas ngan budak-budak arab dan melayu yang lain.

Waktu summer nih, dugaan memang banyak betul la.. Pertamanya, dari segi semangat nak ke kuliah. Siapa seronok nak pegi time panas terlampau macam sekarang. Cepat sangat nak letih. Nasib baik kelas kali ni semua masih di kuliah tibb, so tak payah rush-rush nak lari..

Bila berjalan tu, memang sentiasa ghadulbasar(menunduk pandangan) la.. Sebabnya pening sangat kalau angkat kepala. Pertama pening sebab terlampau terang dan silau. Keduanya pening sebab tengok pakaian budak-budak arab musim nih. Wa, makin ketat, sendat serta singkat!.. Kalau macam ni la perangainya, baik winter je memanjang. Semua orang litup-litup. Time panas, semua pakat dedah-dedah.. Kesian betul kat kaum adam.. Semoga korang istiqamah la ye jaga pandangan tu.. Huhuhu...

Kuliah kali ni setiap hari. So, nak tak nak kenalah bersemangat jugak pergi. Tapi selalu sangat time kelas-kelas hujung, mesti mata layu sebab pening ngan penat. Tambah-tambah bila masuk dewan. Luar punya terang silau, sekali mausk dalam romantik betul lampunya.. Berpinar mata sebab drastik sangat kejap silau kejap terang.


Nasib baik tinggal 2 bulan jer. Tak sabar nak perabih kuliah kali ni. Lepas tu, saya boleh balik Malaysia!! Dalam kepala ni dah rancang macam-macam nak buat apa kat Malaysia nanti. So, sekarang kena tumpu belajar betul-betul.. Kang kalau malas-malas, exam hancur plak, langsung kena tahan kat sini. Wa!! tak nak! Nak balik..!

Oklah, doakan saya dan kawan-kawan sukses kat sini yer... Selamat kembali ke Malaysia pada yang dah nak balik dan selamat sambung belajar pada semua budak-budak JUST!.. ^_^

Tag Mode

Assalamualaikum..
This post is created because of my dear arina.. nk skodeng jawapan lovey-dovey orang la tu.. haha... well, dah orang tanya,kita jawab je la .. ^_^

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be ?
--> erm, get rid of him as soon as possible.. hoho.. *witch mode*

2. If you can have a dream comes true, what would it be ?
--> a guarantee that i can enter the paradise and see Allah's face.. Ameen...

3. What will your dream wedding be like ?
--> a cheerful and glorious wedding with everyone i love being beside me..

4. Are you confused as to what lies ahead of you ?
--> sometimes.. depend on the mood..

5. What's your ideal lover like ?
--> no idea. Who has been chosen by allah to be my partner, that is the best for me.. insyaallah..

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone ?
--> being loved by someone...

7. How long do you intend to wait for someone u really love ?
--> depend, i guess... even patience has their limits, right?

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do ?
--> just keep my mouth shut up and go away... T_T

9. Is there anything that has made you unhappy these days ?
-->yups.. several things.. still looking for the solution..

10. What do you want most in life ?
-->success in everything fi dunia wal akhirat...

11. Is being tagged fun ?
--> yup! but this lovey-dovey thing is quite funny... wrong person la arina!

12. How do you see yourself in ten years time ?
--> a successfull 3abid who works as a pediactric and having a happy family

13. Who is the current most important person to you ?
--> family

14. What kind of person do you think the person who tagged you is ?
--> a little girl who is really naughty and nice!! (p/s:jangan kembang okay, arina!!)

15. Would you rather be single & rich or married but poor ?
--> neither...

16. If you could have any animal for a pet, what would it be ?
--> kitten!! i miss having one as mine!

17. What is the one thing which you would prefer not to do ?
--> embrassing myself in front of people

18. What kind of person do u think u are ?
--> a type of crab! hard outside, soft inside.. huhu..

19. What do you define as a bad day ?
--> when everything is turn upside down and miserable... X_X

20. If you have to choose between love (as in boy-girl relationships) and friendship, what would it be ?
--> depend on situation.. which is better for me, then i'll choose them..!

done!!!

erm, tak tahu nak mengetag siapa plak.. erm, siapa2 yang rajin, sila lah buat yer.. anggap je saya mengetag anda.. ~da~

Selamat Hari Bapa...


Assalamualaikum...

Kata orang, anak perempuan mesti akan rapat ibu dalam semua hal. Tapi rasanya kalau sayalah, saya tak tahu nak kata saya lebih rapat dengan mak atau ayah saya. Sebabnya dalam sesetengah perkara, saya lebih suka refer pada mak. Sesetengahnya pula saya lebih suka refer pada ayah saya.

Yang paling ketara adalah kalau saya ada apa-apa masalah. Rasanya ayah sayalah tempat mengadu paling utama. Sampaikan mak sendiri dah faham kalau saya ada masalah apa-apa pun, mak akan serahkan saya pada badan kaunseling utama di rumah iaitu ayah sayalah...! Tak kiralah masalah hati ke, kawan ke pelajaran ke apa-apa hatta bab berpakaian sekalipun semuanya ayah saya yang juara penyelesainya.

Rasanya saya mula merujuk ayah sebagai tempat rujukan masalah pertama sejak mula bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Semuanya bermula gara-gara saya tidak bersemangat bersekolah di sekolah yang rata-rata pelajarnya sangat hebat dan bijak-bijak belaka. Jenuh emak memberi nasihat tapi saya masih kekal berasa rendah diri yang teramat sangat. Sampailah ke suatu saat, saya termenangis sewaktu bercakap di telefon dengan ayah saya. Huhu.. tak pernah seumur hidup saya menangis pada ayah mengadu masalah diri. Menariknya, kalau selalu ayah saya guna medium mencabar dalam memberi semangat, kali ini ayah saya berubah. Cabaran masih ada cuma bezanya ayah memujuk sebagai seorang kawan yang sangat memahami. Terkejut jugak mula-mula dulu. Ingatkan selama ni ayah kerjanya nak kita terer je tanpa memahami keadaan kita.. Rupanya sangkaan saya salah.. Ternyata, cara ayah melihat dunia sangat sesuai dengan jiwa saya. Bagi saya, mak saya lebih kepada pendorong dari segi emosi tapi ayah pulak adalah sumber pengaplikasi. Melalui ayah, saya belajar banyak benda untuk berhadapan dengan cara secara realistik dan berkesan. Sampai sekarang, kalau ada apa-apa masalah sekalipun, ayahlah tempat rujukan saya..!

Uniknya tentang ayah saya ni, dia banyak kebolehan yang saya jarang nampak secara pakej pada lelaki-lelaki lain. Nak tahu, ayah saya sangat hebat memasak terutama masakan bukan melayu. Sampaikan mak saya pun jadi anak muridnya. Hehehe... Tapi bila dah terer masak, komennya pun terer jugaklah.. Susahnya kalau orang terer masak ni, setiap kali kenduri mesti ayah dapat tender meja pengantin. Penat tau..! Entah bila la bakat ayah nak turun pada anaknya sorang nih.. Hehehe...

Lagi satu, ayah saya suka berkebun. Di belakang rumah kami ada sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga dan pokok. Siap ada pondok tempat berkelah dan buaian lagi.. Betul-betul berhadapan sawah dan tali air. Kalau nak tengok, datangla rumah! Ramai tak percaya tau yang semuanya tu hasil kerja tangan ayah saya. Kami yang lain-lain ni tukang siram jer.. Tu pun selalu lari menyorok bila kena suruh.. ^_^ Pokok favourite ayah saya orkid. Entah berapa banyak jenis orkid ada kat belakang rumah tu. Kengkadang pelik jugak, apalah yang best sangat dengan berkebun nih. Tapi bila dah siap, saya lah yang jadi tukang pengagum.. Hahaha... Seronok duduk kat taman bunga sendiri tau. Rasa la nyaman sangat...

Hurm, lagi satu... Saya tabik spring kat ayah saya sebab dia punya taste sangat best. Taste dari segi barangan, pakaian dan macam-macam lagi lah. Teringat plak time beli baju kurung dulu.. Saya dan mak memang rambang mata sangat tak tahu pilih mana satu. Last-last pakai khidmat ayahlah... Sudahnya memang baju yang ayah saya pilih sangat cantik. Siap ramai orang puji lagi. Apalagi, bila dah taste ayah lawa, selalulah kami mengheret ayah ke shopping complex. Tapi kena jaga-jaga gak, sebab lelaki tetap lelaki.. Pantang lama sikit dalam kedai, mesti mula membebel.. Hehehehe...

Apapun, ayah saya sangat best. Sebab ayah saya, saya boleh berada di sini dalam keadaan ini sekarang. Tak tahulah macam mana agaknya kalau ayah saya takde saat saya memerlukannya. Dahlah saya jenis cepat takut, selalunya ayahlah tukang naik semangat di samping mak. Mungkin kalau ayah tak didik saya macam apa yang telah ayah saya didik sekarang, saya akan jadi budak pengecut yang takut terima cabaran dan mara ke hadapan. Thanks Abah!!!

Sempena hari istimewa nih, saya nak wish Selamat Hari Bapa pada ayah kesayangan saya Mohd Noor Bin Mokhtar...Semoga abah selalu berada di bawah rahmat allah selalu... Sayanggg abah..! (",)

Marah dan kecewa


Assalamualaikum..

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)"

Such a nice and sweet consolation.. Dada yang sesak dan sempit terasa agak lapang bila terbaca ayat ini. Terasa seakan-akan Allah memahami tiap resah dan gelisah yang sedang kita hadapi walaupun kita cuba untuk tidak memperlihatkan isi hati sendiri.

Kenapa ya saya tulis tentang ini? Saya pernah berikrar yang saya tak mahu tulis tentang kesedihan, kekecewaan atau kemarahan atau yang serupa dengannya. Saya nak blog ni dibaca dengan penuh riang dan boleh memberi senyuman pada sesiapa. Tapi hakikatnya, saya manusia yang masih belum boleh tersenyum dalam duka. I'm trying very hard to be that kind of person but still i'm not.

Seseorang pernah cakap bahawa hidup tanpa masalah sama macam masakan tanpa garam. Tak sedap.. Tapi untuk memandang masalah sebagai 'penyedap' adalah suatu yang rasanya saya sendiri mengaku sangat susah dan berat. Tambah-tambah bila ia melibatkan insan sekeliling dan berlaku setiap masa. Batu yang keras pun kalau dititis air lama-lama berlekuk jugak... Trying to be cool and denying myself that i'm getting hurt is making me become a cold person. Haha..! Even a laugh and smile are all fake!!

Seriously, i need some medicine for this illness.. And now i'm writing all these for the sake of myself and my life.. Maybe, some of you can get the benefit too.. Tafaddhal.. Hari ni, saya nak bicara tentang hati dan perasaan.Bukan tentang cinta. Tapi tentang merawat hati yang dah makin luka parah sebab kena sebat dengan belati-belati tajam dari mulut dan perlakuan orang-orang yang tak pernah faham nak jaga hati orang!

Sedikit ingatan buat 'mereka',
Saya hormat anda sebab anda lebih baik dari saya. Tapi harapan saya, tolonglah musahabah kembali mana yang patut. Saya tak larat nak senyum dan gelak setiap kali 'kena'. Dah tak tahan rasanya asyik cakap pada diri sendiri yang kamu semua ni tak ada niat nak sakitkan hati saya atau apa-apa yang sekaitan dengannya. Tapi kalau lama-lama gak, hati batu pun lebih jadi pasir.. maaf, tapi saya bukan stone cold.. saya tak larat bertopeng dah.. saya harap sangat-sangat kamu boleh nampak the real of me.. Please! Saya dah penat berbaik sangka dengan kamu walaupun tiap-tiap hari saya diprovok dengan macam-macam benda. Tolonglah jangan biar saya terus tenggelam dalam perasaan nih. Jangan jadikan saya pendendam dan hipokrit. Saya sendiri tak mahu.. Tapi saya terpaksa telan semua sikap kamu dalam menjaga hubungan. Tolonglah jangan 'bunuh' hati saya. I am a human being.. Please undestand..!

Hurm, cukuplah sekadar ini saya meluahkan rasa. Seterusnya, saya harap lepas ni perasaan ni akan hilang bila saya tulis benda seterusnya. Tiada siapa yang dapat membantu saat ini, so rasanya biarlah saya cari rawatan sendiri... Mencari ubat sebelum penyakit ini melarat.. ("<) Sakit hati, kecewa, dendam dan sedih adalah perasaan yang menyesakkan. Andai dibiar, semuanya akan memberi tekanan pada jiwa kita. Justeru, kita sebagai tuan punya hati yang perlu mencari jalan untuk menghilangkan perasaan negatif ni. Biarlah siapa yang melakukannya, asalkan kita sedia untuk memaafkan dan tidak mengambil hirau tentang masalah itu, insyallah kita akan kembali 'sihat'. Saya pernah dengar satu kata-kata yang berbunyi " Hati ibarat rumah. Dan BENCI ibarat memberikan semua ruang di dalam rumah anda itu kepada perkara yang dibenci. Manakala anda pula sedang menggigil di luar kerana ketiadaan ruang di dalam rumah. Akibatnya, anda sengsara sendirian" Ayat ini agak kompleks. Tapi bila difikirkan, memang benar.. Sepatutnya kita mengisi ruang-ruang hati kita hanya untuk kebahagiaan dan ketenangan. Dengan cara itu, barulah hidup kita terasa nyaman dan damai. Pernah dengar "sedang nabi pun ampunkan ummatnya" ? Saya sendiri pernah menafikan kebenaran ini dengan berkata " saya bukan nabi.Nabi itu maksum, lain.." Tapi saya juga lupa bahawa nabi juga manusia. Sama macam saya. Memaafkan manusia bukannya mukjizat khusus untuk nabi. Kalau nabi sebagai manusia boleh memaafkan, kenapa tidak saya? Kalau mahu ikut sunnah nabi, ini adalah antara caranya.. Memaafkan manusia mungkin sangat sukar. Tapi kemanisan di masa depan sangat hebat. Tak berbaloi meningggalkan masa depan yang manis hanya semata-mata untuk menanggung derita benci yang tak ke mana. "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)"

Ayat ini paling bagus untuk memujuk hati. Tak mahukah kita Allah mengampuni kita? Kalau mahu keampunan Allah, mengapa tidak kita mengampuni orang lain..? Anggaplah ia sebagai satu pengorbanan demi hari akhirat kelak.. Anggaplah kesakitan hati kita adalah suatu takdir atau satu kifarah untuk dosa-dosa kita yang lampau. Selain itu, jadikanlah ia peringatan buat kita untuk tidak memperlakukan perkara yang sama kepada orang lain.. Insan bertakwa ialah ialah yang beriman pada qada' dan qadar-Nya.. ^_^

Sekadar sedikit tips untuk dipraktikkan sewaktu sedang marah.. Jika saat marah itu kita sedang bercakap, maka diamlah. Jika ketika itu kita sedang berdiri, maka duduklah. Jika kita sedang duduk, maka baringlah. Jika kita sedang baring, maka tidurlah. Jika tidak dapat tidur, pergilah mengambil wuduk dan solat. Jika tidak, pergilah mandi. Jika masih tidak dapat menahan amarah, lepaskan marah itu dengan melakukan perkara yang mungkin melekakan kita dari mengingati masalah itu. Pendek kata, JIKA KITA SEDANG MARAH, LARILAH SEGERA DARIPADA PUNCA KEMARAHAN..!!! Lari bukan untuk menyembunyikan diri, tetapi lari untuk mengelakkan hasutan syaitan saat kita masih belum mampu berfikir secara rasional.. Berikan masa untuk berehat dan bertenang. Kemudian barulah kita boleh bersemuka dengan punca masalah secara bijaksana.. Ingatlah, sesungguhkan tiada siapa yang lebih gagah melainkan mereka yang mampu menahan kemarahan dengan saksama.

Segala yang di atas hanyalah pesanan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Semoga dengan apa yang telah kita kongsikan kali ni dapat membantu saya dan juga rakan-rakan lain untuk berhadapan dengan kerenah kehidupan dengan lebih matang pada masa hadapan. Kebumikan setiap benci dan penyakit hati.. Semoga hidup kita sentiasa ceria dan damai sentiasa.. Ceria-ceria sokmo!! senyumlah selalu.. ^_^

Jejak Kasih

Assalamualaikum..

Tadi petang, saya bersiar-siar di dalam laman Friendster sekejap lepas balik dari Amman. Ada satu email yang saya baru terima. Pengirimnya ialah seorang kawan lama saya dah dah terputus hubungan sejak 12 yang lampau! Wah, tak terkata rasanya saya! Tak sangka betul boleh jumpa balik kawan saya yang sorang nih. Dulu, waktu kecil kami rapat la jugak. Tapi lepas saya pindah ke Perak, kami terputus hubungan. Hari ni, ukhwah lama bertaut kembali. Saya suka sangat-sangat...! ^_^

Kalau diikutkan, saya ada banyak sekolah sebab selalu berpindah randah waktu kecil dahulu. Saya pernah bersekolah di SRI Abim (Sg Ramal Dalam, Kajang) selama 2 tahun , SK Puchong Batu 14 selama 2 bulan, SK Permatang Tok Mahat selama 4 tahun, SMKA Nibong Tebal selama 3 tahun dan SBPI Gopeng selama 2 tahun. Kesannya, saya dapat banyak kawan tapi banyak jugak yang dah terputus hubungan.

Sejak saya memasuki tingkatan 4 di SBPI Gopeng, maka bermulalah episod jejak kasih saya bersama rakan-rakan sekolah dahulu. Bermula dengan perjumpaan kembali dengan Solha, rakan sekelas sewaktu darjah satu di SRI Abim, semakin lama terasa semakin banyak rakan yang dapat saya jejaki. Bayangkan episod pertama sahaja sudah memakan masa selama 8 tahun untuk bermula. Keseronokan berjumpa kawan-kawan lama yang sangat lama seakan-akan memberi satu kepuasan yang sangat seronok. Tak tergambar dengan kata-kata.. (",) Happy sangat-sangat.. Yelah, jarak Kajang ke Parit Buntar tu bukan dekat. 4 jam jugak kalau nak pergi.

Bila yang terpisah bertemu semula, tentulah kisah banyak kisah yang dibongkar kembali. Terasa bahagia menyelongkar nostalgia-nostalgia lama di zaman kecil-kecil dahulu. Yelah, bukan senang nak jumpa mereka nih. Tambah-tambah pula persekolahan di SRI Abim amat berbeza dari sekolah-sekolah yang pernah saya masuki. Di SRI Abim, kami bersekolah dari pukul 7 pagi hingga 4 petang. Makanan tak boleh beli sebab dah dibayar sekali dalam yuran. Solat zuhur dan asar smua di sekolah. Terasa macam duduk di asrama sahaja cuma bezanya tidur di rumah. Tapi keunikan itulah yang menjadi kebanggaan kami sekarang. Tak semua rasa macam tu. Kita nak cerita pun macam tak ada siapa tau. So, bila dah jumpa dengan orang yang sama pengalaman, tentulah ceritanya jadi lebih rancak..

Selepas Solha, saya bertemu pula dengan Rasyidah Arina tetapi kali ini melalui Friendster dahulu. Kemudian, tak lama selepas tu terjumpa pula Hajar, Hidayah, Sarah dan ramai lagi pelajar-pelajar Sri Abim yang pernah saya kenali dulu. Puratanya macam dalam 4 bulan, mesti akan jumpa seorang. Asal saja saya terjumpa sorang, mesti saya pergi refer balik pada gambar. Alhamdulillah masih ada gambar waktu lama dulu sebagia bukti saya mengenali mereka. Syukur sangat-sangat ayah membenarkan saya membawa kamera pada hari terakhir persekolahan waktu darjah dua. Bukan senang tau budak kecik dapat permission bawak kamera pergi skolah zaman dulu..

Kalau dalam masa 2 tahun saya asyik bertemu dengan ex-student SRI Abim, di INTEC pula saya bertemu kembali dengan beberapa pelajar lelaki dari SK Puchong Batu 14, SK Permatang Tok Mahat dan SMKA Nibong Tebal. Mula-mula tak perasan, tapi bila kawan-kawan kasitau barulah saya terperasan yang saya pernah kenal mereka semua ni. Yela, dulu semua muka budak-budak lagi. Sekarang semua dah besar. Muka pun dah berbeza. Tapi walaupun muka atau nama mereka saya mungkin terlupa, tapi kalau diberitahu sikit-sikit tentang mereka time waktu-waktu dulu, insyaallah saya akan ingat balik semua.

Bila terbang ke Jordan pula, saya berjumpa pula dengan beberapa lagi kawan lama dan senior dari SRI Abim. Yang sebaya tu namanya Nabilah dan yang senior tu pulak Kak Umairah. Tapi sedikit kekok pulak jadinya sebab Nabilah jadi senior di Jordan, Kak Umairah pula jadi rakan sebatch. Tersasul-sasul mulut nak panggil apa pada diaorang nih.. Sebabnya Nabilah tu lompat PTS, Kak Umairah pulak datang lepas habis matriks. Maka saling terbalik pula diaorang kat sini.

Yang terbaru pula, saya berjumpa dengan Haney Syafira seperti yang saya cerita di atas. Dia ni salah seorang yang rapat jugak dengan saya dulu. Dah 12 tahun tak jumpa dia. Alhamdulillah makin lama, makin ramai yang saya temui balik. Ramai lagi sebenarnya yang dah jumpa tapi kalau cerita semua tak cukup plak page ni karang. Hehe.. Yang bestnya, ada kawan saya tu tak puas hati dengan saya sebab saya selalu sangat jumpa kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa. Huhu.. Nasib la yer..

Saya tertunggu-tunggu jugak tiada ke kawan-kawan tadika yang nak jumpa saya balik.. Tapi time tadika ni susah sket sebab memory saya masih tak stabil agaknya. Saya cuma ingat aktiviti, cikgu2 dan suasananya. Member-member yang sekolah rendah still sama je yang saya cam. Yang lain saya ingat-ingat lupa. Tapi kalau ada, jangan segan-segan contact saya balik.. Saya nak jumpa balik semua orang! Apa-apa pun, thanks to Friendster sebab tolong bantu saya sikit-sikit dalam usaha menjejak kawan-kawan lama. Mula-mula kita jumpa secara maya dulu, lepas tu baru kita boleh jumpa secara real kan? Alhamdulillah, at least ada gak gunanya Friendster ni pada saya..

Kesimpulannya, saya sangat teruja kalau dapat jumpa balik kawan-kawan lama tak kiralah dari sekolah mana-mana pun. Sebabnya saya sukakan kenangan. Hanya kawan lama boleh membawa saya kembali pada kenangan lama. Bila saya terbayang kenangan lama, baru saya dapat rasa betapa indahnya hidup ini. Penuh warna-warni dan penuh memori.. Tambah-tambah, saya sangat suka zaman kanak-kanak. Tak payah pikir berat-berat macam orang dewasa tapi kalau tak mahu dewasa, itu namanya melanggar fitrah la pulak. Hurm, takpelah.. Biarlah pengalaman mendewasakan kita dengan saksama..

p/s: Sesiapa yang rasa dia kenal saya atau pernah bersekolah dengan saya tapi dah terputus hubungan, saya berbesar hati sangat-sangat kalau orang tu boleh kembali keep in touch dengan saya. Jangan segan-segan tegur ya! Kecil tapak tangan, stadium bola saya tadahkan...^_^

Ziarah Race

Assalamualaikum

Lama benar terbiar blog ni selepas mula bercuti. Hari ni sudah masuk hari ke-6 cuti semester dua. Kalau dulu bersemangat hendak bercuti, sekarang mula terasa kebosanannya. Rancangan-rancangan masa cuti ada yang sudah siap, dan ada pula yang terpaksa dibatalkan. Natijahnya, bosan-bosan begini mulalah mengharap semester cepat bukak. Lepas habis kelas, boleh cepat balik Malaysia. Hehehe.. Ada banyak je benda berfaedah boleh dibuat, cumanya mungkin malas je lebih.

Cuti-cuti musim panas begini menyebabkan semua orang malas keluar dari rumah. Sebabnya cuaca sangat terik dan kering. Tapi masih ada jugak kawan saya yang membuat aktiviti ziarah rumah ke rumah cuti ni. Katanya target sehari satu rumah. Bagusnya dia! Bukan senang nak menziarah selalu. Tambah-tambah bila semua sibuk.

Sebut-sebut tentang ziarah ni, saya teringat tentang budaya bermasyarakat di Malaysia. Di bandar, semuanya dah makin hilang. Sibuk mengalahkan menteri sampai tak sempat nak bertegur sapa dengan jiran serumah. Kalau ada yang peramah pula, disangka suka menjaga tepi kain orang. Maka, semuanya balik rumah tutup pintu masing-masing. Hatta jiran sebelah rumah pun tak dikenali. Alhamdulillah, di kampung mungkin berbeza. Harapnya orang-orang kampung takkan jadi seperti itu. Bosannya hidup tanpa masyarakat!

Di Irbid, bilangan pelajar Malaysia masih sedikit. Campur lelaki perempuan, semuanya hanyalah 300 orang sahaja. Kalau purata bahagi dua, mungkin perempuan setakat 150 orang. Hurm, kalau tak kenal semua, rasanya macam tak patut pulak. Sikit je tu. Kalau nak banding di Mesir, batch first year tahun ni sahaja dah 200 lebih. Belum campur budak private dan senior-senior. Sepatutnya dalam bilangan sekecil itu, semua orang patut kita kenal. Kalau susah mengingat nama, sekadar mengecam muka pun sudah ok. Tapi bila dah dicam, kenalah tau nama juga. Tambah-tambah nanti adik-adik junior baru nak datang, lagilah bertambah bilangan ahli Irbid. Kalau tak kenal sekarang, bila lagi. Takut-takut nanti senior disangka junior dan sebaliknya. Tak nak la orang-orang Irbid menjadi enau dalam belukar.

Alhamdulillah, ramai pelajar sini ada kesedaran tentang hidup bermasyarakat. Buktinya, PERMAI (Persatuan Pelajar Malaysia Irbid) ada anjurkan program Ziarah Race. Setiap rumah diberi klu tentang rumah yang perlu diziarahi. Ok la tu.. Sekurang-kurangnya masih ada pendorong untuk orang datang berziarah. Cumanya rasa terkilan sikit sebab program buat waktu sekolah. So, masa nak berziarah tu macam singkat. Kena curi-curi masa. Siapa yang dapat habiskan tu, memang tabiklah!!.. Saya sendiri tak sempat ziarah habis lagi serumah. Sebabnya jauh sangat. Malas mencari.. Ops, malas lagi.... Bukanlah, lagi sedap kalau dikata tak sempat. Kan tengah exam.. :P

Semalam, saya dapat amanah dari Biro Program Haflah Khirij dan Hari Wanita PERMAI untuk menjadi pembanci tak bertauliah. Tugasan saya ialah saya kena pergi seluruh rumah di area zamzam ( rumah berdekatan pasaraya Zamzam) dan ambil undian untuk anugerah pelajar akhawat bagi kategori tertentu. Mula-mula dapat tugasan tu, terasa malasnya nak keluar terik-terik macam ni. Dah la rumah-rumah tu sampai dekat 10 buah. Aduh.. Tapi mengenangkan dah sendiri terima amanah, so kena lah buat jugak. Makanya, rakan serumah yang comel dan baik hati, Maisarah dipaksa menjadi peneman sebab saya tak khatam lagi kedudukan rumah-rumah area zamzam. Thanks Mai!

Bermula dari Bayt Yara ke Bayt Al-Fateh dan seterusnya ke rumah-rumah lain, kami berdua pergi berjalan kaki untuk mengambil undi. Panasnya usah dikira. Di kepala ni sudah terbayang-bayang, time mesyuarat nanti nak bangkitkanlah usul buat undian sms atau ym. Senang sikit kerja. Hehehe.. Tapi bila difikir-fikir balik, bagus jugak jadi posmen macam ni. Bila lagi kan nak jalan rumah-rumah senior di sini. Tak semua pernah saya datang melawat. Oh ya, untuk pengetahuan di area ni rumah saya sahaja rumah student first year. Lain-lain semua rumah senior. Maka, nak berzaiarah selalu pun macam segan-segan sikit. Kali ni senanglah, datang dengan tujuan, bolehlah menyibuk ke rumah.. :P

Seronok sangat berjalan hari ni. Pertamanya sebab dapat pergi rumah senior yang tak pernah pergi lagi. Kemudian, bila dah pergi tentulah ada sesi sembang-sembang sambil undi. Tebal jugak muka nak bertaaruf semula pada yang terlupa. Huhu.. Pengajarannya silalah mengenali semua orang yer.. Susah kalau tak kenal orang nih. Malunya membukit.. Bukanlah saya tak kenal langsung, muka cam je tapi nama je lupa. Hehehe..

Bila dah ada sesi taaruf, makin rancak pulak sembangnya. Alhamdulillah, insyallah hari ni dah khatam semua penduduk area zamzam.. Contact semua ada dalam tangan.. Ahli bayt pun sudah boleh dihafal. Lepas ni tak delah segan-segan nak tegur-tegur tengah jalan. Selalunya senyum dan sembang-sembang gitu-gitu je walaupun dalam kepala nih jenuh fikir apalah nama senior-senior nih.. Huhu, nasib baik boleh panggil kakak je. Kalau ada yang tanya nama on the spot, haru la saya..! Lupa punya psal la nih.... Prinsip saya biar orang tak kenal saya, janji saya kenal orang! Maka, saya tak kisah kalau saya mulakan dulu berkenalan dengan sesiapa.

Keduanya, saya dapat banyak upah. Huhu.. Itulah kelebihan kenal senior. Ops.. :P Kalau dikumpul-kumpul, hari ni upah saya sepanjang jadi posmen ni saya dapat buah, air, dapat pinjam buku novel dan cd dan macam-macam lagi. Lagi satu, kitaorang dapat buku dan nota percuma dari senior untuk subjek semester ini. Alhamdulillah.. Bila ditanya, rupanya ramai senior-senior area zamzam ni yang nota dia free. Hehe.. Itu bestnya jadi satu-satunya rumah junior kat area sini. Lepas ni, takyahlah nyibuk mintak kat akak-akak area lain. Area ni je ramai yang sukarela dan sukacita nak memberi..

Yang paling penting, kenalah kenal kakak tu dulu. Kalau pandai mintak tapi tak kenal akak tu siapa, terasa macam apa jer.. Maluuu sangaat.. Apa-apapun, terima kasih yer senior-senior.. Ni yang sayang senior-senior Irbid nih. Semua baik-baik belaka. Ahaks! Ish, tak patut betul saya ni kan? Bukannya saya nak kata kena berkenalan untuk dapat something, tapi ini hanya kebaikan sampingan. Yang utamanya, kita berukhwah kerana Allah..

Manusia takkan dapat hidup seorang diri.. Walaupun ada kawan, masyarakat takkan boleh dilupakan jugak. Sebab andai kata kawan jauh, hanya masyarakat terdekat je boleh tolong kita. Sebab tu kita digalakkan hidup bermasyarakat. Ramahkan diri anda dan tegur-tegurlah orang sekeliling. Kalaupun masih gagal bermasyarakat secara erat dengan komuniti arab di sini contohnya, pastikan kita dah fully kenal dengan komuniti melayu di sini. Tambah-tambah kita di negara orang. Orang-orang kita juga yang akan bantu kita kalau ada apa-apa kelak.

Maka, kesimpulannya semua kenalah jadi orang yang hidup bermasyarakat. Bila berjumpa, bertegur sapa dan sebagainya. Insyallah, saya juga akan cuba yang lebih baik dari diri saya sebelumnya. Paling kurang, kita senyum bila berjumpa. Kalau rajin, ziarahlah rumah-rumah rakan-rakan yang lain. Semoga ukhwah yang terbina akan mendapat rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. Amin... ^_^Y

Pencarian Hikmah

Assalamualaikum

Sekadar catatan ringkas pada jam 1 pagi..Tadi saya baru dapat berita dari kakak Yarmouk. Program umrah untuk akhawat dibatalkan sebabnya visa gagal dapat kelepasan. Aduh.. Sedihnya... T_T Takde rezeki nampaknya saya dan rakan-rakan kali nih. Terkilan juga sebab persiapan sudah dibuat. Cuma tinggal dalam masa 5 hari je lagi. Tiba-tiba batal pulak. Terasa macam nak menangis pun ada.. Sebak sangat-sangat. Impian nak melawat rumah Allah dan menziarahi nabi tak terlaksana tahun nih. Hurm, mesti ada hikmah di sebalik semua ni.. Saya kena cari! Saya kena kuat! Terus terang saya akui, cemburunya pada syabab!

Ya Allah, Kalau ini yang terbaik buat kami, kami redha.. tapi berikan kami kekuatan menerima ujian kali nih.. Amin...

Ragam Pak Cik Arab Pelik

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Selesai sudah peperiksaan akhir semester dua bagi tahun ni. Dengan berakhirnya paper histology pagi tadi, maka bermulalah sesi cuti semester kedua kali ni. Rasa terangkat seketika beban yang tertanggung di bahu. Semua sudah selesai. Kini, yang tinggal hanya tawakkal kepada Allah. Moga-moga usaha selama ini akan membuahkan hasil yang bernilai. Selamat tinggal juga pada subjek-subjek semester ni. Terutamanya pada Encik Kimia Organic. Bye!! ^_^

Markah-markah untuk setiap subjek juga dah mula keluar... Alhamdulillah melepasi target sasaran walaupun ada sedikit sebanyak yang macam kurang sikit. Takpelah.. Dah itu rezeki yang saya dapat. Bersyukur la...

Lepas exam tadi, terus kawan ajak ke balad untuk cari barang keperluan rumah yang dah nak habis. Dah lama rasanya tak jelajah balad. Asyik terperap je dalam rumah study untuk final. Apa lagi, petang ni jalan sakan! Habis semua kedai masuk. Pasar reject pun habis dipusing sampai terlajak ke kawasan yang sangat asing. Tempat baru ni! Tak pernah pulak sampai ke sini.. Panjang betul pasar reject Irbid ni. Siap terjumpa kedai pakaian 75 kursh! Rekod baru nampak! Selalu paling murah kedai 1 dinar. Tapi bukan semua baju second-hand tau.. Baju-baju reject yang masih berplastik pun ada..! Sila-sila siapa-siapa yang ingin berjimat atau sedang sengkek, bolehlah ke sini yer.. (",)

Memandangkan final dah habis, maka saya dengan baik hatinya telah membelanjakan diri saya sendiri dengan membelikan 4 buah buku bacaan dari kedai buku second-hand kat sini. Nak cari buku baru berbahasa inggeris bukan senang di Irbid. Di Amman ada la.. Kalau ada pun, tersangat la mahal!! Nak beli kitab Arab, yang di rumah pun belum terkhatam lagi. Masih merangkak memahami makna, maka kita beli je la yang second-hand pun.. Oklah dari langsung tiada kan..

Kali ni, terjumpa seorang pak cik arab pelik. Dia sangat pelik tengok kami. Siap tanya lagi yang kami ni bangsa apa dan dari mana. Bila diterangkan tentang Malaysia, pak cik ni memang blur.. Yang dia tahu cuma arab, kalau bukan arab maknanya yahudi. Ha??!! Na'uzubillah.. Apalh pak cik ni, kot ye pun takkan tak pernah nampak bangsa lain.. Agaknya sebab kedai dia ni tersorok kot, so jarang budak Malaysia merayau-rayau area tu, maka dia jarang nampak bangsa Malaysia.

Kebiasaannya, memang orang arab kadang-kadang sangat teruja bila melihat dan mendengar kita ni beragama islam dan mengamalkan cara islam yang betul dari sesetengah dari mereka. Tapi kes pak cik ni lain pulak jadinya. Agaknya sebab terlalu mempromosi Malaysia dengan rakyat dan kecantikan alam semulajadinya, tiba-tiba pakcik tu mintak nak kawin ngan orang Malaysia. @_@ Dush!! Tergamam pula kami yang bercerita. Nasib baik kitaorang pandai pusing-pusing ayat nak ngelak. Sori ye pakcik! Terpaksa pulak buat cerita kami dah ada yang punya..( ampun pak cik, ayat mulut je tu. dalam hati, kami ni kepunyaan family dan tak berminat nak kawin lagi..) Huhu..!! Naya betul!

Bila taknak, disuruh pula kami jadi agen pencari jodoh. Sempat pulak kasitau dia sanggup tunggu beberapa lama pun sebab Malaysia ni muhtaram( mulia). Alamak, macam tu pulak jadinya.. Hish, pak cik ni sangat pelik.. Nasib baik barang-barang kedai dia murah dan lawa. Tu pun, kami bergegas pilih. Habis-habis beli, terus kami keluar dan pegi tempat lain. Huhu.. Tak mau dah pegi kedai pak cik pelik tu!

Habis membeli belah barang rumah, kami terus balik. Malamnya keluar makan dengan kawan-kawan sekejap. Rumah jauh-jauh la kan.. Bukan selalu jumpa.. ^_^ Cemburunya dengar ada kawan nak balik Malaysia cuti bulan 6 nih. Bila la nk sampai bulan Ogos ni??!! Cepatla masa berlalu, saya nak balik! Huhu.. Tapi insyallah, plan cuti bulan 6 ni bakal terisi dengan baik. Kalau diizinkan Allah, kami akan bertolak menunaikan umrah minggu hadapan dalam 9 Jun selama 10 hari. Doakanlah kami dapat pergi dan pulang dengan selamat dan lancar yer! Amin... Semoga cuti kali ni lebih bermanfaat dari hari-hari sebelumnya....

Debaran Tasjil

Assalamualaikum..

Tasjil ( pendaftaran) subjek untuk semester depan akan bermula hari ni. 2 jun 2008. Debar takut tak dapat syu'bah (kelas) yang dirancang makin terasa di dada. Masakan tidak. Terpaksa berebut dengan ratusan pelajar lain di seluruh university untuk mendapatkan kelas yang kadang kala hanya memuatkan cuma 40 pelajar pada sekian-sekian masa. Siapa cepat dia dapat! Kalau terlepas, maknanya kenalah ambil kelas petang.. Kelas petang waktu soifi (summer)??!! Aduh, mintak dijauhkan.. Plan dah ada sampai 3. Harap-harap kena salah satu. Amin..

Di sini, pelajar terpaksa mendaftarkan subjek masing-masing secara sendirian berhad. Tiada bantuan dari pihak university untuk membantu kami menyusun jadual. Semuanya sendiri. Dulu waktu semester pertama university tolong, kali ni kena buat sendiri pulak.Secara online di rumah atau cyber cafe berhampiran. Pada jam yang telah ditetapkan, pasti semua cyber cafe telah penuh ditempah. Semua bersiap sedia mahu berlumba berdaftar. Debarnya usah dikira..! Terasa macam nak exam final pun ada... Dup dab dup dab..

Tepat jarum merangkak ke angka 2.00 petang, semua memecut untuk berdaftar.. Wa!! Kalut habis jari jemari menekan dan mencari.. Alamak, dah ada yang full!! Kena cepat tukar back-up plan! Dari A ke B... Tak dapat B, tukar plan C pulak..! Ish,ish,ish... habis riuh cyber cafe.. Semua bising tanya kawan masing-masing. Melayu dan arab dua-dua serupa.. Macam komander memberi arahan pada anak buahnya pun ada jugak,

"Dapat tak syu'bah 5? Tak dapat? Kalau macam tu, semua tasjil syu'bah 8! Tukar plan! "
"Alamak, 8 penuh weh.. Tak leh.. Kena ambil masa lain..!"
"Adus, cepatnya penuh. Ok! Kita tukar time. Kelas petang! Ambil yang pukul 1 tu!"
"Syu'bah mana plak??!!"
"13! Cepat, kang penuh..! Eh, alamak.. kod dia apa weh?"
"1731160.. !"
"Siap! Ikhtiari ( subjek sampingan) macam mana plak?
"Ala, food dengan natural penuh! Nak amik apa? Takde plan backup ikhtiari nih!"
" Psyco nak? Yang lain aku tak paham dia tulis apa.."
"Tak nak! Susah la tu.. Cepat buzz senior! Tanya diaorang makna subjek-subjek lain tu!"
"ok2... Arahan diterima..! "

Lebih kurang macam tu lah.. Semua sibuk. Tapi kawan-kawan tak dilupa. Yela.. mesti ada geng sekurang-kurangnya sorang. Kalau tak, mana la tau tetiba dapat masuk sensorang je melayu.. Haru!! Itu fungsi kawan kat kelas.. Hehe.. Nak bersuara kang takdelah malu sangat..

Akhirnya, setelah beberapa lama berhempas pulas, semuanya siap. Nampaknya kali ni, saya dan kawan-kawan serancangan terlewat sedikit masuk. Kesannya, terpaksa pakai plan E yang tiada langsung dalam list. Huhu.. Dah nasib badan.. Dulu termasuk awal, kena denda tunggu 5 minit. Kali ni, terjadi masuk lambat pulak.. Apapun, takpelah. Tawakkal je. Harap-harap ada lagi student melayu masuk syu'bah yang sama terutama Visual Basic. Takut terkenang cerita student Dentist yang dah ambil subjek ni sem lepas. Ada syu'bah fully arab language.. Uh, bahaya tu..! Moga-moga kali ni, lecturer baik hati. Campur-campur pun jadiklah asal jangan arab je 24 hours.

Nampaknya untuk semester depan dari apa yang ditasjil tadi, kami akan mulakan hari dengan kelas Food Preservative jam 8.00 hingga 9.00 pagi di Bahagian Handasah ( Engineering) . Lepas tu ada masa senggang sampai 4jam. Apa la nak dibuat time tu ek?? Jam 1.00 hingga 2.00 pulak ada kelas Biochemistry. Seterusnya jam 2.15 hingga 3.15 Visual Basic. Keduanya di bahagian Tibb ( Perubatan). Oklah. Walaupun masa lari dari rancangan, lokasi kelas masih kekal. Tak perlulah kami berlari-lari dengan kaki atau mengejar gonggok ( bas university) untuk merentas bahagian handasah ke tibb. Jalan kaki selaju mungkin pun dah 20 minit.. Nak lari laju-laju kang, semua tengok pelik pulak.. Hurm.. Alhamdulillah... Oklah.. Ada 4 jam selang tu, jangankan berjalan, merangkak pun boleh.. Hehehe..

Semester depan semua kelas setiap hari. Ala, dah takdelah cuti macam sem ni! ^_^ Nak tahu, inilah antara kelebihan susun jadual sendiri.. Untuk sem kedua seperti sekarang, saya susun kelas hanya untuk 3 hari sahaja. Lagi dua hari cuti! Tapi cuti bukan sebarang cuti tau.. Habis jugak sehari untuk kembali mengulangkaji apa yang doktor ajar semalam. Tapi sekurang-kurangnya boleh la berehat sebentar.. Tambahan, boleh jugak jimat duit bas. Hehe.. Kalau bosan, pergi jamiah study di library ataupun pergi menyibuk di mana-mana syu'bah yang kosong. Boleh tambah dan tanya mana yang tak paham. Takpelah, kali ni 2 bulan je. Cepat sikit habis bila kelas setiap hari..

Leganya tasjil dah selesai. Sekarang masa untuk study pulak. Satu paper je lagi tinggal.. histology!! Lepas tu, saya free.. Tak sabarnyer.. Oklah..Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan di sini ya! Jumpa lagi....

Berita Tentang Mereka


Assalamualaikum

Pagi tadi seusai solat subuh, saya dikejutkan dengan email dari seorang sahabat di Malaysia tentang kematian ibu sahabat baik saya Nurul Atiqah Muhammad malam semalam waktu Malaysia. Arwah meninggal disebabkan ketumbuhan dalam perut. Tergamam sebentar mendengar kejutan hari ini. Melayang seketika semangat dalam diri apabila mengenangkan sahabat saya mungkin terpaksa menghadapi kesedihan itu seorang diri. Alangkah baiknya andai saya boleh berada di sisinya sambil menggenggam tangannya dan memberinya kata semangat untuk meneruskan perjuangan. Sabarlah sahabat.. Semoga roh ibumu mendapat tempat di kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Entah kenapa dua tiga hari ini telinga saya kerap dihidang dengan pelbagai rentetan peristiwa hidup insan yang lara. Ditambah pula insan yang terlibat semuanya begitu akrab dengan kehidupan saya. Terasa sangat berat mengenangkan penderitaan mereka. Siapa sangka senyuman yang pernah saya lihat suatu ketika dahulu rupanya tersembunyi satu rahsia yang berat di hati. Alangkah kuatnya mereka. Masih tega mengharungi kehidupan walaupun kembara hidup yang dihadapi tersangat mencabar. Kehilangan orang tersayang, diduakan suami, dipulau masyarakat, dihantar ilmu hitam malah kegagalan dalam suatu pekerjaan. Ya Allah... Entah andai saya yang berada di tempat mereka, mungkinkah saya boleh menjadi sekuat dan setabah itu. Sedangkan tercuit sedikit dek musibah di rantauan sudah melatah tak tentu hala, inikan pula ditampar dengan dugaan hidup yang sebegitu rupa.. Aduh! Saya masih mentah melihat dunia rupanya..

Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan dengan mengirimkan secebis doa dari penjuru benua ini sebagai harapan agar liku hidup mereka dipermudahkan. Kudrat yang ada tidak memungkinkan saya untuk terus mengubah kehidupan mereka dengan drastik menjadi lebih sempurna. Saya yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Pada diri saya jua untuk mereka.. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Mana mungkin Dia menyeksa tiap hambanya di dunia. Semoga suatu hari nanti kepahitan hidup kalian akan menjadi kemanisan yang berpanjangan.. Bersabarlah..

Terasa diri ini turut di'ketuk' dengan kisah-kisah ini. Hidup saya saat ini masih bertuah andai dibanding dengan mereka. Tapi itu bermakna kita perlu bersedia andai takdir menentukan hidup kita juga bakal serupa. Tanamkan kekuatan sebelum terlambat. Semaikan ketabahan sebelum terlewat.Izrail juga menjengah tiba lagi buat kesekian kalinya di sekeliling diri. Entah bila masaku pasti akan tiba jua. Berat terasa kaki melangkah andai persiapan masih tidak seberapa. Mungkin ini pesan buat diri sendiri untuk berjaga. Siap - sedialah semua! Mungkin kini kita pula diintai waktu. Bila, dimana, dan bagaimana hanya Allah sahaja yang tahu...

Buat yang teristimewa di sisi-Nya...

Masalah itu hadiah
Dalam kembara mencari hikmah
Buka matamu lihat ke tengah
Pasti terselit babbunnajah
Moga harimu bertambah meriah
Bersama jawapan-jawapan indah

Ujian itu jalan
Tangga pada satu peningkatan
Biarpun pahit, manisnya di hadapan
Jangan tersungkur, jangan terbeban
Teruskan melangkah
Kuatkan perasaan
Darjatmu pasti di angkat tuhan

Sakit itu ubat
Buat satu jasad yang penat
Dalam rangkaan menegak kudrat
Biarkan seketika jiwamu berehat
Mencuri masa mencari taat
Di dalam ruang sebuah munajat

Sedih itu gembira
Kerana pintumu telah terbuka
Gapailah dakap tuhan yang Esa
Dambakan bujuk hati yang lara
Dari Kekasih yang mungkin kau lupa
Sedang Dia merinduimu sentiasa
Semua ini tanda kasih-Nya

Auriss Haira
21.48 pm
Bayt Darul Ridzuan

Happy Birthday To Little Sister..


Assalamualaikum....

Hari ni just nak wish SELAMAT HARI LAHIR buat satu-satunya adik perempuan kesayangan saya yang tinggal iaitu Amira Amalina Binti Mohd Noor.. Tahun ni Amira dah berusia 12 tahun. Dah nak ambil UPSR dah pun. Cepat betul masa berlalu kan...

Amira ni orangnya tegas dalam lembut. Jangan main-main dengan dia. Even dia nampak lembut dan senyap je tapi kalau dia marah, ada baiknya semua lari. Sampai dapat nickname tebuan tanah lagi.. Hehe.. Takde siapa berani kacau tu.. Tapi itu zaman dulu je rasanya.. Sekarang dia dah pandai control. Kalau marah kat orang, dia dah tak ngamuk-ngamuk dah.. Dia dah pandai tanya pendapat orang kalau bengang kat seseorang tu. Kiranya dia dah pandai fikir mana buruk mana baik la sekarang. Seronok sangat ada adik perempuan tunggal nih.. Boleh buat share-share secret. Hehehe.. Yela.. nak mengharap yang lelaki? Adus... Lagi tolong timbul masalah ada.. ^_^ Lagipun, mana diaorang paham perasaan kita yang perempuan kan? Ngan adik perempuan la yang best tukar macam-macam.. Kali ni nak cerita tentang Amira ni sikit...

Dia ni sangat pandai bergaya. Kalah kakak yang seorang nih. Kasi je la apa-apa baju pun kat dia, insyallah pandai la dia gaya-gaya sendiri sampai nampak elok je baju tu. Ada bakat kreatif nih.. Lagipun dia ni sangat teliti budaknya. Selalunya kawasan dia memang bersih dan kemas.. Kerja-kerja dia pun comel je semua.. Pantang buruk sikit, mesti dia buat habis semua balik.. Sebagai kakak yang ada adik rajin camni, dia lah mangsa untuk saya minta tolong buat kerja yang kena lawa-lawa nih.. :) Ada pembantu senang la sikit kan.. Amira ni Mak Kucing kat rumah kitaorang. Semua kucing tu jadi anak dia. Jangan ada sesiapa mencederakan kucing-kucing dia kalau tak nak diri sendiri dicederakan.. Huhuhu.. Punyala dia sayang kat kucing-kucing tuh.. Kalau nak kira, ntah berapa puluh ekor kucing kitaorang pernah bela. Dari dulu sampai sekarang. Mati seekor, tambah lagi dua. Mati dua tambah lagi dua. Paling lama rumah takde kucing adalah dalam sebulan kot. Pastu semua carik kucing balik.. Ni semua sebab Amira jugakla nih.. Nasib baik semua suka kucing... Tapi baguslah.. Berkurang sikit populasi kucing terbiar kat malaysia ni bila Amira suka bela sampai gebu..

Apa-apa pun, nak ucap semoga Amira selalu di bawah naungan rahmat Allah S.W.T. Dah makin besar ni, kena la jadi matured sikit. Jangan asyik nak jadi kanak-kanak ribena tau! Belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh.. Semoga dapat 5A dalam UPSR nanti.. Wish you all the best in the future!

p/s : Kirim salam dengan tok wan dan wani anak wak din yer! Wishkan happy birhtday gak untuk diaorang.. Rindu korangg.... ^_^

Salam Sayang,
Kak Ina
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images