Selamat Datang Orang Di Sana...

Assalamualaikum...

Kalau di Jordan sekarang semua orang tengah fight dengan final exam second semester, di malaysia plak semua tengah bercuti dengan gembiranya. Aduh.. Mode cemburu dah mula datang dah la nih.. Mana tidaknya, baru tadi bersembang-sembang ngan family di Malaysia. Esok, kami akan menerima ahli baru keluarga yang entah keberapa untuk tahun ni sahaja.. Keluarga di rumah tu dah sampai penat ke hulu ke hilir pergi kenduri. Tambah-tambah sedara-mara sendiri yang buat majlis, mestilah wajib pergi..

Bulan Mei ni sahaja sampai tiga empat orang sepupu saya kawin. Itu belum campur dengan kedatangan baby-baby baru di sana.Wa!! Jealousnya saya... Kenapa la semua mesti kahwin tahun nih? Kot-kot ye pun, tunggu la orang balik bulan lapan karang.. Huhu... T_T Ini yang terasa nak buat mogok nih.. Tahun-tahun sebelum orang fly tak nak kahwin siap-siap.. Grr.... Huhu. Tak aci korang... Tak tunggu Ina balik pun... T_T Tak leh jadi nih.. Sebagai balasan, orang nak ganti rugi Nasi Minyak setiap pasangan satu bila orang balik nanti... (mode terasa nak carik superman hantar balik malaysia kejap 5 minit..)...

Dah nasib di rantau orang, sabar je lah... Even dapat tengok gambar-gambar je, still rasa tak best gak.. Rindunyer nak gotong-royong ramai-ramai kat kampung. Nak jadi bentara, nak kacau pengantin, nak jadi photographer, nak makan nasi kenduri, nak macam-macam lagi. Bila la nak bulan lapan nih.. Cepatla.... Homesick dah mula datang dah.. Habisla.. Time-time exam ni la korang suka nak jeleskan orang tau..

Apa-apa pun, nak ucap gak AHLAN WASAHALAN ILA USRATI pada kakak-kakak, abang-abang, dan adik-adik baru dalam keluarga tuh.. Saya tak geram kat korang, saya geram kat partner korang jer.. Hehehe... Selamat Pengantin Baru pada yang baru kahwin & Selamat Hari Lahir pada yang baru lahir.. Huhu.. Tetiba terpikir, habislah saya balik kang ramai muka baru. Jenuh nak berkenalan... hehe.. ada yang dah kenal dulu dan ada gak yang baru muncul. Takpe-takpe... Kita jumpa bulan lapan ni yer...

p/s : Paling saya seronok sebab orang yang saya dan mak saya kenen-kenenkan pada abang sepupu akhirnya berjaya jadi suami isteri.. Caya la mama!!! ^_^ Teringat plak muka kakak tu dulu time saya buat ujian boleh lulus ke tak kat dia .. Habis gelabah dan merah muka dia.. Ala, rileks la akak.. Saya tengok akak je, saya dah sign LULUS... Saya kan bakal adik sepupu yang baik.. (",) Habis saya jadi tukang promote kat kampung tuh.. Alhamdulillah berjaya...

Oklah, inilah saya muka2 bahagia ketika saya tiada nih... huhu.. nak merajuk jugak! :P Hehehe.. Setakat ni yang ni jer baru.. Tak tahu la plak kot-kot lepas ni ada lagi ke tak yang nak tambah ahli.. Rasa nya ada lagi 2 atau 3 sepupu lagi yang ada plan kawin tahun ni jugak.. lepas tu, ada lagi dua baby rasanya on the way nak lahir.. Oh, i'm really eager to go home.. ASAP!! Hurm... Air Asia, bila nak datang buat bisnes kat Jordan nih??!!!

Special Post For A Friend

Assalamualaikum..

Sekadar mencuri sebentar masa setelah puas bergelumang dengan buku-buku kesayangan hamba. Entry kali ni teringin pula nak cerita tentang kisah seorang sahabat saya. Antara salah seorang yang paling saya sayang dan saya hormat. Terasa macam nak kenalkan pulak pada semua walaupun mungkin ada yang dah kenal..

Nama dia Aimi Athirah Azmi Murad. Triple A + M. Lebih kurang macam saya sendiri. Ainul Arina Madhiah binti Mohd Noor. Triple A + MN.. Hhehe.. Orangnya tinggi, kurus, cerah dan comel. Actually Aimi ni kawan baik saya waktu kat sekolah integrasi dulu. Macam mana kami rapat ek? Hurm, tak pasti.. Tetiba jer.. Agaknya mula dari duduk sebelah dia kot time kelas. Tapi awal-awal lagi saya dah terperasan tentang dia. Sebabnya, saya tengok dia ni jenis macam luhur gitu... :P Tapi best kawan ngan Aimi. Dia lengkap insyallah. Siapalah bakal partner awak ek? Ops.....

Untuk pengetahuan, Aimi ni tersangatlah bijak orangnya. Habis suma subjek science dia bolot Nasib baik saya boleh rebut2 lagi subjek bahasa kecuali arab. Huhu.. Itu saya ngaku kalah arr.. Sedangkan math tambahan pun markah dia paling rendah dalam rekod hanyalah 95. Wa!! Tapi yang saya tabiknya pada Aimi, dia ni sangat humble. Tanyalah apa-apa kat dia pagi petang siang malam . Insyallah dia boleh tolong ajarkan. Termasuk diri saya yang suka menyibuk ni. Orang biasa je la kan.. Pernah jugak risau takut-takut dia menyampah kita banyak tanya. Tapi kebenarannya, langsung tak. Thanks Aimi! Terus-terang saya kasitau, Aimi cikgu saya versi student no 1. Rasanya mungkin kalau bukan sebab jasa baik Aimi, saya tak tersampai ke Jordan nih. Bila duduk sebelah rasa, rasa belajar tu berkobar-kobar. Tambah-tambah kitaorang suka main lawan buat latihan, siapa paling cepat siap dia menang! Tapi as expected la kan.. Kalau saya menang, terasa sangat bangga plak. Tapi boleh dibilang dengan jari je la berapa kali saya menang.. ^_^ Thanks a a lot dear..

Penting paling lawak pasal Aimi ialah sikap dia yang tak reti marah tu. Tanya la siapa-siapa pun. Takde siapa pernah nampak Aimi marah. Kalau dia buat-buat nak marah pun, mesti habis semua orang gelak. Macam mana perkembangan sekarang ek Aimi? Sudah pandai marah ke belum?Hehehe.... Dah la suara comel, tambah kalau buat muka comel tu konon-konon marah sangatlah tak menjadi....

Prinsip dan cara kami lebih kurang sama. Mungkin tu sebabnya kami boleh close.. Kami banyak persamaan. Antaranya, kami boleh masuk sekelapa dengan ramai orang. Tak kisah la macam mana personaliti orang tu. Kalau tak, macam mana la kita je boleh sesat masuk dorm Farabians time SPM dulu kan? Lagi satu, terus terang cakap saya suka cara dia hormat cikgu. We have the same point of view. Cikgu paling penting di sekolah. Kalau boleh, kami sanggup buat apa je asalkan boleh bantu cikgu. Sebab kami yakin doa cikgu berkat. Mula-mula takut gak. Tapi lama-lama kami sepakat. Mana dah sekarang budak sekolah menengah tolong offer diri bawak buku kat cikgu sebelum masuk kelas. Siap pegi bilik guru lagi cari guru yang nak masuk. Kalau budak menengah rendah, maybe. Tapi budak form five, rasanya macam dah kurang kan budaya tu? Itu antara sebab kenapa Aimi memang saya tabik! Secara tak langsung, saya terikut sama. Banyak benda baik yang saya dapat dari Aimi. Kalau nak cakap sini, satu page tak cukup... Yang pasti, she is one of my best friend ever.. Paling best, sebab dia memahami saya.. Saya tak tau kalau saya ni kawan yang baik atau tak.. Tapi saya syukur sangat sebab Allah kurniakan awak dalam hidup saya.. Semua nasihat awak saya pegang sampai sekarang.. Awak banyak tolong saya waktu diperlukan atau tak. Thanks skali lagi sbb sanggup jadi saya punya diary yang mampu memberi respon..

Aimi, thanks sebab jadi kawan baik saya kat skolah. Kita dah kongsi banyak sangat benda and i'm really appreciate it..Thanks for everything.. Even impian kita dulu-dulu nak U sama tak jadi, tapi ok la.. at least kita punya negara belajar masih bersempadan kan? Rindu sangat nak jumpa awak macam dulu-dulu.. Insyallah, time cuti ni kita boleh buat plan sekali kemana-mana. Aimi, jom datang Perak.. :P Harap-harap ukhwah ni kekal sampai ke akhirnya... Sayang Aimi...!!! Semoga kita sukses bersama-sama.. Inilah salah seorang sahabat saya, semua!!

Kenapa Saya Berblog?

Assalamualaikum..

"Kenapa berblog??"

Diterjah soalan begini oleh seorang rakan membuatkan saya tersenyum. Dah agak dah.. Mesti suatu hari nanti ada yang akan bertanya tentang ini. Tambah-tambah dengan penambahan blog-blog yang semakin bertambah, tentu ramai tertanya-tanya kenapa mesti buat blog?

"Nak cari glamour ke?"

Ya Allah, tergelak saya dengar pertanyaan kawan sorang lagi nih. Glamour? Tak terlintas langsung rasanya. Kalau bab segan, rasanya memang selalu je ada.. Macam mana boleh timbul bab glamour pulak ni... Glamour sebab satu dunia boleh baca ke? Glamour macam mana yang korang maksudkan tu? Glamour promote diri ke? 'Auzubillah.. Mintak dijauhkan dari semua tu.. Bukan glamour yang dicari bila saya mula menulis dalam blog nih.. Semuanya semata-mata kerana ilmu. Pengalaman juga satu ilmu kan? Bukan semua melalui dan merasai apa yang kita rasa dan tahu apa yang kita tahu.

Disebabkan ada yang bertanya, rasanya biar saya terang di sini sahaja lah. Antara sebab-sebab saya tulis blog:

1. Kongsi ilmu - Macam yang diterang di atas tadi, saya suka untuk berkongsi ilmu dengan semua. Tak tertakluk hanya pada orang-orang di sekeliling saya. Malahan suka rasanya kalau kita boleh kongsi ilmu dengan semua sekali walau sampai ke hujung dunia sekali pun. Melalui blog, saya boleh berkongsi apa yang saya ada dan saya juga boleh dapat banyak input-input baru dari rakan bloggers yang lain. [ alamak, macam ayat skema jer.. maaf, tapi ini kebenaran dari hati saya.. :) ] Semua orang ada pandangan yang berbeza-beza, macam posting saya tentang kertas bentuk M dulu. Jadi tak semua yang kita lihat sama. Sebab tu saya suka baca dan dengar pandangan orang lain dari sudut yang berbeza. Dunia ni kan luas.. Ini salah satu cara yang saya jumpa..

2. Senang - Kenapa senang? sebab saya bukan jenis orang yang fasih cakap berapi-api di luar. Kadang-kadang bila kita terfikir sesuatu, tak sewenang-wenang je kita boleh terus cerita pada semua. Tak ke pelik namanya kalau tengah-tengah beli sayur dekat balad, tetiba kita tegur pak cik mana-mana dan terus kita cerita tentang apa yang kita fikirkan. Sesetengah orang mungkin boleh, tapi bagi saya itu susah. Saya lebih senang mengikut suasana keadaan. Kalau ada yang mampu saya kaitkan, baru saya kaitkan. Pemalu? Takut? Mungkin jugak .. Itu fitrah saya. Terasa diri yang lebih serba kekurangan berbanding yang lain menyebabkan kadang-kadang kita terpendam apa yang nak disuarakan. Dengan medium blog, saya cuba atasi benda nih..

3. Dakwah - Mungkin blog saya bukan tentang agama seratus-peratus. Saya sekadar menyelitkan apa yang saya rasa boleh membawa kebaikan kepada yang membaca. Itu pun masih boleh dikira berdakwah kan? Lagipun, saya tahu ada je sesetengah orang yang memang tutup terus laman blog yang ada unsur-unsur dakwah berfakta nih bila dah terbuka.. Sebab tu kalau boleh, saya nak cuba berdakwah bukan secara fakta. Eh, saya bukan liberalisme atau sekularisme atau sepupu-sepapat dengan golongan yang mengutamakan akal dari agama tau! Maksud saya, saya nak cuba guna cara yang simple. Blog-blog dakwah yang berfakta dah terlampau banyak. Biarlah saya cuba try dakwah yang simple dan easy.. Bila kita baca baca, kita boleh fikirkan sendiri.. Kalau nak lebih penerangan, boleh lah tanya yang lebih pakar dan mengetahui. Sungguh memang agama takkan terpisah dari hidup manusia. Saya hanyalah membantu dalam menunjukkan jalan alternatif yang boleh membawa ke destinasi yang sama. Ini hanyalah 'denai'. Insyallah, 'denai' ini boleh membawa anda bertemu 'highway' untuk meneruskan kembara ke destinasi bersama. Apa destinasi kita ? MARDHATILLAH....

4. Berita pada yang jauh - Ini untuk family dan rakan-rakan yang jauh la.. Masing-masing di hujung benua. Kalau nak cerita semua benda kat telefon atau YM, maunyer melambung bil karang.. Tambah-tambah, kelapangan masa lain-lain. So, kalau tak sempat cerita mana-mana yang patut, diaorang boleh jugak usyar-usyar perkembangan dalam blog. Sekurang-kurangnya keadaan saya masih dalam pemerhatian keluarga, insyallah... Lagi satu, saya ada dapat ramai kawan dari blog tau. Ha, ni satu benda yang saya suka.. Saya suka tambah kawan.. ^_^

5. Saya suka - eh, ni lain nih.. :P Saya suka blog sebab saya suka cerita. Saya suka cerita sebab cerita besttt.. Dari cerita, saya dapat tahu banyak benda. Saya suka bercerita dan diceritakan. Sebab tu saya buat blog. Nak pinjam kolum mana-mana majalah kang macam tak layak jer.. T_T Hehe... so, sinilah tempat saya bercerita sepuas-puas hati saya.. Insyallah, akan ada input yang boleh dapat dalam blog ini. Kalau takde, mintak maaf yer.. Tambahan saya suka cerita tentang kaitan benda dan kehidupan. Bab-bab analogi memang favourite sejak dulu. Siapa suka beranalogi, anda akan jadi salah satu sumber inspirasi saya untuk berfikir.. ^_^ Bukan senang nak beranalogi nih. Perlukan pemikiran yang kreatif dan kritis. Bukan nak kata blog jenis lain tak suka. Saya suka je semua asal ada input boleh dapat. Tak kiralah input dari segi cerita tentang diri sendiri ke, diari ke, agama ke, politik ke apa-apa ke semua saya suka.. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Sebab tu, saya buat sebab yang kali ni sebab saya suka..

Rasanya cukuplah setakat tu dulu.. Nak pikir banyak macam tak sempat je sekarang. Tapi yang pasti, 5 sebab ni sebab utama saya buat blog. Saya bukan manusia terbaik untuk berbicara tapi saya jugak dipertanggungjawabkan untuk ber 'amal makruf nahi mungkar'.. Nak tak nak, itu sudah tertulis sejak azali. Jadi ini cara saya untuk membuat tugasan saya nih dan harap-harapnya ini boleh masuk dalam list jawapan saya di akhirat kelak. Amiinnn... kalau setakat anda baca 10 minit je pun dah cukup untuk tolong saya dapat saham amal makruf nahi mungkar.. Terima kasih sebab tolong saya.. Semoga Allah tolong balas jasa kalian pulak.. (",)

p/s : Pada yang sudi, teruskan membaca. Semua dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing. Pada yang rasa blog ini kurang manfaatnya, saya tak kisah. Itu hak masing-masing. Apa-apa pun, tunjuk ajar semua dalam aktiviti berblog ni amat saya hargai...

'Memandangkan saya masih di kaki gunung dan belum lagi tiba menjejak ke puncak, saya suka andai ada yang sudi menghulurkan tali dari atas. Tambah-tambah dari pendaki berjaya, petua kalian memang saya tunggu-tunggu'.. Sekian..

Saya Vs Pokok Kelapa

Assalamualaikum.....

Akhirnya, habis jugak exam organic chemistry tadi. Fuh!! Lepas ni, tawakkal sahajalah yang tinggal. Semoga Allah beri yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan.. Amin... Exam seterusnya ialah subjek Physiology. Tiga hari lagi untuk revise balik semua. Tapi petang ni, ingat nak rehat-rehat sekejaplah.. Blog ni pun dah berdebu.. ^_^

Hari ni saya berminat nak kongsi tentang pokok kelapa. Entah, tetiba rasa rindu pokok kelapa. Teringat pulak lagu famous time dulu-dulu.. " Underneath pokok kelapakkk, i will for youuu...." Hehe.. Tiap-tiap hari asyik nampak pokok palma dengan zaitun jer. Dah lama rasanya tak nampak pokok kelapa yang melambai-lambai setiap kali angin bertiup kencang. Ewahh.. Tapi buah kelapa ada je jual kat sini. Cuma masih konfius, dimana mereka mendapatkan buah-buah kelapa tu. Takkan import kot..?? Hish, tapi boleh jadi jugak. Sedangkan katak juga diimport, inikan pula buah.. Tapi agaknya datang dari area-area wadi kot.. Wallahualam...

Kalau ditanya apa kegunaan pokok kelapa pada manusia, mesti semua boleh jawab. Budak-budak tadika pun hebat kalau nak kasitau jawapan. Siap bagi jawapan skema bahasa melayu lagi. Kelapa ni sangat banyak kegunaan dia. Dari hujung pucuk ke hujung akar. Semua boleh kita pakai. Batang boleh buat titi, daun boleh buat ketupat, buah boleh minum dan makan dan macam-macam lagi lah.. Kalau nak suruh senaraikan sampai 10 pun rasanya macam sangatlah mudah... Apa benda yang tak boleh pakai pada kelapa? Hurm, masih tercari-cari..

Seterusnya, soalan KBKK plak.. Kalau kelapa sangat hebat untuk manusia guna, apa pula kegunaan kita sebagai manusia kepada manusia lain. Erk, pusingnya bahasa.. Boleh faham tak? Makna mudahnya, apa kepentingan dan manfaat kita kepada manusia lain? Apa jawapannya ?? ^_^

Kalau betul manusia atau erti kata lain kita ni sendiri sangat hebat, cuba buat senarai 10 kepentingan kita pada manusia lain. Agak-agak boleh kalahkan pokok kelapa tak? Janganlah ulang benda yang sama. Kasi jawapan yang berbeza-beza sikit. Baru nampak hebat, ye tak?
Tapi kan, kalau lah tak berjaya sampai 10, maknanya pokok kelapa ni lagi bagus daripada kita la kan? Hurm, bahaya tu.. Macam sia-sia je mak ayah besarkan kita kalau kita ni langsung tak ada guna untuk orang lain. Macam mana nak realisasikan impian menjadi 'manusia berguna' kalau setakat senaraikan 10 kepentingan diri sendiri pun dah tak dapat? Kan ke lebih baik namanya kalau mak ayah kita tanam pokok kelapa jer camtu.. Lagi banyak manfaatnyer daripada mempunyai anak yang tiada manfaat..

Peringatan sebentar, apa yang saya cakap tadi bukan nak menghina atau apa. Tapi cuma untuk memperingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri. Ada betulnya kan? Apa maknanya manusia allah ciptakan kalau sekadar hanya menjadi ciptaan yang sia-sia..

Hurm, secara terus-terangnya, saya sendiri tengah mengumpul kepentingan diri saya pada manusia lain.. Tak naklah kalah pada pokok kelapa belakang rumah tu.. T_T Sedangkan saya belajar penat-penat tapi pokok kelapa tu hanya penat berdiri jadi tempat ikat buaian baring tepi sawah, mana boleh saya punya manfaat lagi sikit dari dia.. Ish, tak boleh, tak boleh !!!

Siapa yang dapat kumpul sampai lebih 10 tu, mabruk la yer.. Kalau rajin, cuba la bandingkan dengan benda lain yang lagi hebat dan banyak manfaat, lepas tu boleh lah kita memperhebatkan lagi manfaat diri kita nih. Baru la boleh dikatakan sebagai manusia yang berguna.

Kesimpulannya, jom la ramai-ramai muhasabah diri balik. Betul ke kita ni banyak manfaat pada masyarakat dan alam sekitar kita nih? Kalau tak, ada baiknya kita ubah mana yang patut dan jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Sebabnya kita adalah khalifah yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Tak pernah dalam sejarah khalifah atau mana-mana pemimpin dilantik daripada orang yang langsung tidak berguna. Kalau yang kureng-kureng sikit tu, bukannya tiada guna tapi disalah guna.. Fikir-fikirkanlah.... ^_^

Rindu Dorm Riuh

Assalamualaikum....

Tengah-tengah study malam-malam ni, terasa bosan belajar sorang-sorang. Nak ajak kawan, diaorang pun tengah busy nak study. Nak buat study group, dah buat dah tadi.. Sekarang masa sorang-sorang punya study pulak. Tak nak la kacau orang lain. Hurm, time-time sorang-sorang camni la rasa bosan sangat-sangat. Nak study pun dah tak larat. Badan pun kena la rest kan? Hehe..

Time-time sunyi sepi ni la orang dah mula teringat balik dekat sekolah. Rindunya suasana hiruk pikuk kat sekolah dulu. Dengan dorm yang penuh kerenah dan ragam, rasa sangat best. Huhu.. yang pasti, saya bukan jenis orang yang suka sunyi-sunyi nih. Lagi ramai lagi best.. Tambah-tambah macam dekat dorm tu. Walaupun tak pernah senyap, tapi macam senang je nak study situ. Study kat tempat sunyi sangatla membosankan kecuali time khusyuk.. ^_^ Hurm, ni la yang buat saya rasa sangat tak best duduk serumah tiga orang jer. Rumah besar macam ni kan best kalau penuh orang.. Takde la rasa macam sorang diri je kalau semua busy.Truly say, cemburunya tengok ahli rumah Casa Spektrum Iman.. sampai 5 orang serumah. Semua jenis riuh pulak tu.. Mesti best duduk ramai-ramai...

Saya rindu suasana dorm dulu. Dengan ahli dorm yang sangat best dan menyeronokkan. Kalau takde yang sebaya untuk dikacau , join kanak-kanak menengah rendah pun best jugak.. Tiap-tiap hari ada je cerita dan perkara baru yang jadi. Rindunyer nak balik dorm lama!!! Bila fikir-fikir balik, rasa macam seronok pulak jadi ahli 'dorm wanted' nih.. Yela, serba nakal semua. Ada je benda nak dibuat. Melanggar rules pun best gak.. hehe... Walaupun pening nak handle pihak sana ngan pihak dorm, sekurang-kurangnya saya boleh paham apa dua-dua nak. Apa ek benda best yang pernah saya join?? Macam takde jer.. Acee :P ... Tapi sangat best bila tau semua trick diaorang... Selalu sangat main cilub bakkk bawah katil ngan budak-budak dorm yang suka menyorok tu.. Huhu.. sorilah korang, asyik muka ni yang selalu terjenguk bawah tu kan.. Hahaha...

Uniknya, dorm kitaorang satu-satunya dorm yang ada student campuran semua aliran yang bolehla kata close.. Science pure, science agama, and science teknik semua masuk. Syukur sangat-sangat sebab diaorang just anggap sy budak biasa. So, dalam dorm ni takde istilah budak agama atau science. Semua boleh masuk dengan masing-masing. Teringat plak muka budak-budak form 5 lain yang tercengang-cengang bila tengok kitaorang rapat. Mana taknyer... Dengan personaliti yang semua kata berbeza, bila jumpa je mesti kitaorang ngusik-ngusik masing-masing. Saya punya trade mark 'Ainul 5 minit'. sebab? Alamak, biarlah rahsia... hehehe...

Benda paling best tentang drm mestinya hikayatnyer... Tiap-tiap malam mesti ada sesi penglipur lara.. Dari cerita sekolah, cerita kelas, cerita luar, cerita family dan macam-macam cerita. Semua kongsi sama-sama. Nak lepas geram ke lepas happy ke apa ke semua buat kat situ.. sambil cerita sambil buat jamuan tiap malam. Semua keluar habis stok. Huhu.. seronoknya.. Sampaikan nak brainwash orang pun, kita ber'jemaah' kan? opss.. hehehe... takpe2.. Itu untuk kebaikan dia jugak..Lama tak buat camtu. Rindunya nak dengar hikayat mutiara 5 lagi..

Thanks korang sebab layan saya dengan best sangat-sangat. Rasa terharu pun ada sebab korang still boleh terima teguran saya berbanding dengan pengawas lain. Even korang ni kengkadang nakal, tapi saya tahu korang ni sangat baik. Buktinya, saya tau perangai korang luar dalam. Luar korang kadang-kadang tak mencerminkan dalaman langsung. Dari korang, saya belajar kenal manusia. Terima kasih banyak-banyak... Even kadang-kadang orang tak suka mengingat kenangan, tapi saya suka! sebab saya tahu saya takkan jumpa orang macam korang.. Korang lain dari yang lain dan saya rasa best sangat sebab ditempatkan dalam dorm Mutiara 5 dulu. Kita ada banyak sangat kenangan indah dan saya takkan lupa semua... Teringin sangat nak jumpa korang semua balik... Cemal je yang tinggal kat sini. Huhu.. Ni yang rindu lagi nih...

To hazita, cemal, wani, amni, ada, farah, mai, ina, ella, nad, pain, ili, mizah.. semoga korang selalu mantain happy dan berjaya dalam life korang. Jangan lupa time kita sama-sama kat dorm dulu. Best sangat kenal korang. Hopefully, kalau korang baca blog sini, korang tau la yer yang sekarang saya dalam mode nak balik dorm!!! T_T Cemal, jom balik malaysia...!

Batu VS Coklat

Assalamualaikum....

Sebelum apa-apa, saya nak tanya semua orang. Agak-agak la kan, gambar yang dekat atas ni gambar apa ek? Renung betul-betul.. Tengok kiri kanan dia, atas bawah belakang.. Apa gambar saya kali ni?? *_*

Hurm, saya tak nak jawab! Tapi saya nak mintak jawapan dari seorang kawan saya nih.. Kita kasi nama dia Yaya lah.. Cumanya kali ni saya bawak dia dalam bentuk dua identiti.. Identitinya ialah sebelum dan selepas datang Jordan... Hehehe... Kenapa? Kita tengok kat bawah ni yer!

Sebelum datang Jordan:

Penemuramah: Agak-agak yang kat atas tu apa?
Yaya : Owh, itu batu aquarium!! ( menjawab dengan muka penuh konfiden..)
Penemuramah: Anda pasti? Yakin dengan jawapan anda?
Yaya : Ya!!!!

Rasa-rasa jawapan ni betul ke? Korang macam mana? Siapa ada jawapan lain?

Selepas datang Jordan:

Penemuramah: Agak-agak yang kat atas tu apa?
Yaya : Ntah, macam coklat batu jer..
Penemuramah: Aik, dulu kata batu aquarium??
Yaya : Ngee... ( tersengih dengan muka selamber..)

Maka, apakah jawapannya?? Maka untuk membuktikan adakah ia batu atau coklat, kami tengah memanggil seorang rakan untuk memecahkan benda di atas dengan sudu. Maka, hasilnya... Jeng, jeng, jenggg....

Taraaaa.....Ya... inilah tuan-tuan, benda yang bernama coklat batu!!! Hehehe... ^_^

Apa kaitannya? Sebenarnya nak kata yang kita mungkin tak tau sesuatu benda tanpa pergi ke mana-mana untuk mengetahui perkara baru.. Contoh macam kes kat atas tadi lah. Kalaulah Yaya tidak datang ke Jordan, adakah dia akan mengetahui bahawa gambar itu adalah coklat dan bukannya batu? Mungkin ya, mungkin jugak tidak! Bayangkanlah kalau ada orang kasi dia hadiah benda ni, pastu dia tak tau. Then, dia taruk dalam aquarium kasi lawa-lawa.. Adus, maka berkata ikan, "baiknyer tuan aku kasi aku cekelat..." See? Penat-penat orang beli untuk orang, ikan pulak yang makan.. ^_^

Maka, di sini nak katanya, sila lah keluar dari tempat anda dan berjalan-jalan... Tak payah sampai ke luar negara pun tak pe je.. Dalam Malaysia pun dah banyak tempat-tempat menarik. Seronok-seronok jugak, tapi bila kita keluar mengembara tu, kena lah tengok sekeliling dan belajar benda-benda baru dan kutip pengalaman. Setiap perkara yang ada di atas bumi ini ada hikmah di sebaliknya. Cumanya, yang perlu sekarang adalah kita. Sama ada nak ambil atau pun tidak...Allah pun ada sebut dalam quran tentang pengembaraan nih. Memang sangat dialu-alukanlah untuk berjalan selalu. Kata orang, jauh berjalan, luas pemandangan...

Cakap pasal coklat batu ni, teringat plak time first-first nampak dulu.. Orang baru la katakan, mana kita tahu itu coklat.. Pelik tengok dia kumpul banyak 'batu aquarium' dalam balang biskut. Nak kata bela ikan, tak nampak pun bayang ikan. Betul-betul konfius. Sekali boleh pulak dia ambil 'batu' tu dan dengan selambernyer memasukkan 'batu aquarium' dalam mulut.. Ingatkan kawan tu tak perasan, rupanya kita yang tak tau.. Hehehehe... Kesimpulannya, janganlah pelik kalau nampak orang makan batu.... :P

Nakbah Day and Teacher's Day

Assalamualaikum...

I'm back again.. Dah dua hari tak bukak blog nih.. Huhu, demam exam la kan.. Tapi sekarang ni pun saya mencuri masa jugak nak masuk. Sebabnya kepala dah tepu rasanya dengan rajah sel yang pelbagai dengan segala characteristicnyer nih.. Dari sesimple simple squamous sampailah ke yang berselirat macam reticular connective tissue... Ni baru first year ni.. Hopefully, saya dan rakan-rakan akan berjaya dengan cemerlangnya..

15 Mei lepas ada dua benda penting yang berlaku dalam hidup saya.

Pertamanya, 15 Mei adalah Hari Nakbah Palestin. Iaitu hari dimana bermulanya penjajahan Israel ke atas bumi Palestin. Sebagai umat islam, saya turut merasai keperitan mereka yang terpaksa meninggalkan tanah air sendiri. Apatah lagi, dalam keadaan tempat tinggal saya yan sangat dekat dengan bumi palestin sendiri, saya dapat melihat semuanya dengan jelas. Kereta kebal? Usah dibilang. Banyak kali dah ternampak. Gerun pun ada. Tambahan kalau lalu di sempadan, mesti nampak askar-askar yang pegang senjata rifle tu. Di Jordan ni, hampir separuh rakyatnya adalah daripada Palestin. Kalau rajin bertanya, kita boleh dengar macam-macam cerita dari orang Palestin sendiri. Sedih, geram, bersemangat semuanya bercampur baur sewaktu mendengar kisah mereka. Tahun ini dah mencecah 60 tahun Palestin dizalimi Israel. Hari ini Israel laknatullah tu sedang bergembira sedangkan orang Palestin masih lagi berduka. Kami sendiri tak mampu nak buat apa kalau kuasa besar dunia pun setakat memejam mata je. Kengkadang tu rasa pelik sangat. Palestin di kelilingi oleh banyak negara arab yang kalau digabungkan semua, besarnya hampir mencecah keluasan negara China. Tapi masih jugak tak mampu buat apa. Sebab semuanya pandang sebelah mata je. Jordan pun walaupun dia sangat take care dengan Palesti, tapi tetap dia takut nak berdiri atas alasan menjaga rakyat dan hubungan negara dengan Amerika. Hurm, inilah kesan nasionalisme. Biar mati saudara, jangan tergadai negara. :( Kami di Irbid hanya mampu membantu yang sedaya kami mampu. Saya sekalipun hanya mampu untuk menghulurkan setakat hanya doa dan bantuan yang kecil untuk anak-anak palestin di Jordan. Lemahnya saya..Semoga suatu hari nanti Allah menunjukkan pada dunia janji-Nya yang nyata. Saya yakin suatu hari nanti Palestin pasti akan bebas semula. Cuma sekarang kita menanti siapa Salehuddin Al-Ayubi kedua yang bakal tiba... Ameen...

Keduanya, hari ni jugak hari lahir adik saya, allahyarhamah Fatimah yang pernah saya ceritakan pada semua dahulu. Semoga arwah gembira berada di samping-Nya di taman syurga.. Hadiah yang mampu di hulur hanyalah kalungan doa dan ayat quran. Semoga suatu hari nanti saya dapat bertemu balik dengan dia di'sana'.Ameen.. I miss her so much...

Seterusnya, hari ini 16 Mei. Hari yang juga istimewa untuk saya sebab hari ini Hari Guru. Tak taulah. Even saya bukan guru tapi sebagai pelajar, saya sangat menanti-nantikan hari ini. Mungkin untuk mengapresiasikan penghargaan yang istimewa pada guru-guru saya agaknya. Alhamdulillah, sampai ke hari ini saya masih berjaya mengekalkan hubungan baik dengan semua guru termasuklah yang daripada saya sekolah rendah dulu sampailah sekarang. Setiap kali cuti atau nak berangkat ke mana-mana, saya mesti akan singgah ke semua sekolah saya. Nak mintak restu dan ziarah cikgu. Tapi saya terkilan sedikit sebab tak dapat berhubung dengan cikgu-cikgu tadika dan sekolah saya di Selangor. Hanya di Perak dan Penang je yang sempat. Dulu tak terfikir pun. Kecik lagi kan. Saya pindah ke Perak waktu darjah Dua. ..Saya suka bila cikgu ingat saya sebab saya yakin bila cikgu ingat kita, cikgu mesti akan doakan kita. Doa cikgulah yang paling saya tunggu-tunggu. Insyallah doa seorang guru itu ada berkat dan istimewanya di sisi Allah. Saya tahu cikgu-cikgu sangat suka kalau anak murid tak lupakan dia. Sebab itu, insyallah selagi hayat di kandung badan, saya takkan lupa semua cikgu-cikgu saya. Semuanya masih terpahat kukuh dalam hati ni. Eh, terjiwang la pulak.. ^_^ Mana-mana cikgu yang ada no telefonnya pada saya, insyallah saya akan selalu tanya khabar. Kalau yang tak ada tu, hanya doa yang mampu saya pohon pada Allah semoga cikgu dirahmati selalu.. SELAMAT HARI GURU!!

(p/s : terkilan jugak sebab tak mampu nak bina hubungan rapat ngan para pensyarah di sini. Mungkin sebab sekelas tu ramai sangat orang agaknya. Lagipun, nak jumpa pensyarah di luar waktu kelas pun sangat susah. Masalah bahasa pun satu hal jugak. Hurm, doakan saya supaya dapat menjadi pelajar yang baik di sini.. )

Oh ya, semalam mama beri kami serumah nasi arab. Namanya saya tak pasti. Sampai sekarang saya masih belum terer membezakan nasi-nasi arab. Semua guna ayam yang sama tapi rempah nasinya berbeza. Kelazatannya pasti lah sangat sedap. Mama memang terer memasak. Ops, lupa plak saya nak kenalkan. Mama sebenarnya tuan rumah kepada rumah yang kami sewa sekarang.Dia duduk selang sebuah imarah ( rumah macam apartment) dari rumah saya. Baik orangnya. Kaya tapi tak sombong. Selalu jamu kami macam-macam. Banyak sangat dah benda free diaorang kasi. Buah, perkhidmatan, makanan, dan lain-lain lagi lah.. Orang arab memang kalau dah baik tu, baik sangat. Kami dah dianggap macam anak sendiri. Kalau tak, takkan disuruhnya kami panggil mereka mama dan baba. Kiranya mama dan baba inilah pengganti keluarga kami di sini. Even dua-dua tak reti cakap english, tapi mereka sangat semangat nak memahamkan kami yang selalu tak paham. Hehe...Mereka ni dalam lingkungan usia 50 lebih. Sangat baik hati. Baba buka kedai pakaian di balad.Nasib baik itu kedai pakaian lelaki. Agaknya kalaukedai baju perempuan, mesti sakan kami borong.. Hehehe, anak mesti dapat diskaun kan? ops.. hehehe.. Takpe.. Nanti sebelum balik Malaysia, insyallah kedai baba akan diserbu oleh kami serumah.. Jangan sakit jantung pula nanti tau baba!.. ^_^

oklah. setakat ini dulu cerita saya. Nak sambung study balik.. Jumpa lagi next entry.. Da~....

Hati Ibarat Anak Burung

Assalamualaikum.....

Tadi saya bersembang-sembang dengan seorang kawan sewaktu pergi menziarah rumah seorang senior kami di Irbid ni. Banyak benda yang kami ramai-ramai sembangkan. Tapi yang paling saya tertarik adalah satu cerita berkenaan Hati dengan Anak Burung.

Menurutnya, hati kita ni sama sahaja macam anak burung. Hurm, macam mana tu? Cuba kita belek-belek, apa persamaan antara hati kita dengan anak burung. Anak burung ni perangainya bising. Suka mencicit minta makanan dekat ibu burung. Pagi petang siang malam itu sahaja kerja dia. Kalau tak dapat makanan, selagi itu anak burung takkan diam. Tapi bila dah dapat makanan, dia tak berhenti bising. Dia nak lagi makanan. Macam tu jugalah hati kita ni.

Hati manusia tak pernah berhenti menjerit mahukan 'makanan' daripada tuannya. Makanan hati pula tentunya berupa zikir, peringatan tentang tuhan, dan macam-macam lagi benda yang boleh menyebabkan hati kenyang atau erti kata lain hati tenang. Hanya diri kita sebagai tuan badan sahaja yang boleh menjadi ibu burung kepada anak burung dalam badan kita iaitu hati. Kalau kita nak menafikan yang kita dengar hati kita menjerit nak makanan dan biarkan je hati kita tu tanpa makanan , maka hati kita nanti akan jadi sama ada terus mati ataupun imune dengan sikap kita yang tak nak kasi makanan. Imune ni saya maksudkan sebagai dah tak kisah kita tak kasi makanan. Maka, dia akan terus kekal sebagai anak burung yang takkan membesar dan belajar.

Bila hati dah tegar atau mati, maka tiada cara lain yang dapat membentuk hati dengan baik. Kesannya hati kita akan menjadi seketul daging busuk yang mati dan keras. Atas sebab tu, diri kita pulak akan dipengaruhi dengan sikap hati yang dah mati begini. Maka, akan lahirla manusia yang keras hati, busuk hati dan hati mati. Semuanya berlaku atas sebab yang satu iaitu membiarkan hati kita 'kelaparan' tanpa memberi dia 'makanan' yang sempurna. Sedangkan manusia juga tersiksa bila dah terlampau lapar, inikan pula hati yang juga salah satu unsur penting dalam jiwa manusia. Semuanya membiaskan sikap yang sama seperti diri manusia tu sendiri.

Maka, sebaiknya kita buka telinga luas-luas bila mana kita dengar hati kita menjerit mahukan makanannya. Janganlah kedekut dengan hati sendiri. Kita wajib memberi hati makanan yang sepatutnya kerana seketul hati itu akan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita. Kalau hati mati, apa lagi yang tinggal untuk kita? betul tak?

Hurm, seronok saya dengar cerita kali ini. Satu analogi baru yang saya kira tak pernah lagi orang guna. Anak burung dan hati? Menarik kan? Rasanya macam unik bila memikirkan bahawa kita menjaga hati sama seperti kita menjaga anak burung. Semuanya perlu perhatian yang rapi dan teliti. Kalau tak, mati la benda yang kita pelihara ni kan?

Teringat pula kisah lama sewaktu menjaga anak burung yang saya jumpa di tepi jalan sewaktu zaman sekolah dulu. Saya sangat bersemangat nak memeliharanya sampai besar. Sampaikan saya sanggup sediakan tempat tidur yang besar ( kotak kecil je pun, tapi kira sangat besarlah untuk anak burung sekecil tapak tangan .. ^_^) selimut yang selesa dan makanan yang secukupnya untuk anak burung itu. Tapi sayang, saya tak sempat jaga sampai dia besar. Kesian pulak tengok dia menjerit tiap-tiap hari. Rindukan ibu burung barangkali. Jadi, saya ambil keputusan melepaskan anak burung tu di belakang rumah. Apa cerita anak burung tu sekarang ya...

P/S : Alangkah baiknya kalau kita bersemangat menjaga hati sebagai mana kita semangat menjaga anak-anak binatang yang kecil dan comel-comel itu... :)

Bila tak perasan....

Assalamualaikum....

Ada lagi 5 hari nak exam Lab Histo. Lepas tu ada lagi 15 hari nak final exam. Hurm, nampaknya demam final dah nak mula. Masing-masing dah stat buat perangai nak exam. Perangai macam mana? Well, biasalah.. memerap dalam bilik 24 hours, memenuhkan setiap ruangan bilik dengan pelbagai kertas, buku dan pen. Dalam seminggu dua lagi, mesti ada banyak acara over-night. Hehe.. Inilah aktiviti kegemaran ramai. Berkumpul di rumah ahli study group masing-masing. Best tau study group ramai. Senang, cepat dan pantas.

Apa kaitan tajuk entry kali ni ya? Begini sebenarnya....Semalam jam biologi saya tunggang-terbalik. Gara-gara mengantuk buat nota anatomy tentang permulaan hidup embryologi, saya terus pasang video Grey's Anatomy. Terus mata segar. Hehe.. Insyallah masih boleh study walaupun cuma berjaya mengkhatamkan lima muka surat selama satu malam. Ok la tu kan.. Bukan senang nak paham gambar rajah embryo dari pelbagai sudut tu. kena bayang sendiri apa jadi dalam perut..Sambil buat nota, sambil tengok tv( jangan tiru perangai ini... Y^_^Y) Tengah-tengah seronok tengok tv sambil buat nota, tetiba dengar orang baca quran sayup-sayup. Ish, apa plak ni? Malam-malam buta tetiba ada orang baca quran. Mata mengerling ke jam ditangan. Wa!!!! dah pukul 4 pagi. Patutla masjid dah mula mengalunkan ayat quran. Dasyatnya... macam mana boleh tak sedar ni...??!! Uish, tak boleh jadi ni. Kang mengantuk kat kelas karang. Nasib baik kelas Physio mula pukul 11.15. Alang-alang dah nak masuk subuh, saya tunggu je la terus. Dalam pukul 4.30, usai solat subuh, terus berkelubung bawah selimut.. Tidurlah wahai mata cepat-cepat... Tak nak mengantuk karang.. huhu.... Pesanan dah diberi pada housemate, Maisarah supaya kejutkan jam 9 kalau-kalau saya terlajak tidur. Alhamdulillah, tepat 5 jam tidur, saya terjaga dalam keadaan sangat segar.. Hehe... seterusnya, apa lagi. terus bersiap-siap ke kelas lah....

Hari ni dua kelas sahaja yang tinggal. Organic Chemistry dengan Physiology. Anatomy dengan histology dah habis silibus. Dalam kelas Physio, kami belajar tentang endocrin system. Dr Asad ada bagi iklan, siapa nak markah bonus 2 markah, sila lah datang ke Konferens Saintis Tentang Stem Cell And Myocardial Regeneration 20hb ini di Al-Karama Conferens Hall. Kali ni, JUST didatangi oleh saintis terkemuka Islam dari British yang bernama Dr. Majdi Yaacob. Hurm, pandai Dr buat trick tarik perhatian student yer... :)

Disebabkan hari ni tak sarapan, lepas kelas saya dan kawan-kawan terus menyerbu cafe university. Hari ni kita makan Muwaz Bil Laban. Sejenis nasi berlauk daging berkuah susu laban. Sangat sedap. Sejak datang Jordan, saya dah makin suka makan laban. Masam tapi menyelerakan. Macam biasa, saya dan rakan-rakan suka beli makanan yang berlainan, lepas tu kitaorang rasa serba sedikit. Sharing is caring tau.... ^_^ Hehehe....

Selepas semua kenyang, boleh lah masing-masing mula study di perpustakaan sementara menunggu masa ke kelas seterusnya iaitu kelas organic chemistry Dr Na'im. As usual, kelas disini dwi bahasa. Alhamdulillah, makin lama makin boleh tangkap apa yang Dr ajar walaupun berbahasa arab. Dah tak sakit jiwa macam dulu-dulu.. Hehehe... Semoga pencapaian organic chemistry lepas ni bertambah maju. Sayang pulak nak tinggalkan subjek nih. Di perpustakaan tadi, saya disapa oleh kakak kaunter perpustakaan. Tak pernah pula nampak dia sebelum ni. Orang baru mungkin. Ramah orangnya. Dia tanya saya negara mana lagi cantik. Jordan ke Malaysia? Ala,kakak..... Suka tanya soalan biasa.. Kalau tanya orang arab pun, diaorang boleh jawab. Jawapan skema " Malizia ahdhor min Urdun ( Malaysia lebih hijau dari Jordan) " Tapi tak mengapa lah. Nak bermesra barangkali. Kita kena la melayan dengan baik. Lagipun, kakak ni nampak sangat peramah dengan saya.

Dalam perjalanan pulang, sempat juga singgah ke pejabar pos university untuk mengepos poskad ke Malaysia. Poskad untuk Hari Guru. Harap-harap tak lambat sangat sampainya. Oh ya, kalau nak tau Jordan tiada sistem posmen. Semua surat akan dihantar ke Pejabat Pos Utama di balad ( pekan) atau terus ke P.O.B di university. So, jangan la sesiapa minta alamat rumah yer. Memang takkan ada.. Alamat P.O.B adalah...

Baiklah.. mungkin setakat sini dulu catatan hari ini. Nak sambung study. Bila dah tepu karang, kita jumpa di entry yang seterusnya ya! Sebagai peringatan kepada diri sendiri, dibawah ni saya sertakan tarikh peperiksaan yang bakal tiba.. Jumpa lagi.. Wassalam...

Baki Second Exam :
Lab Histology 17 May 08

Final Exam :
General Anatomy 27May08 0815-1015
Organic Chemistry 28May08 1045-1245
General Physiology 1June08 1045-1245
General Histology 3June08 1045-1245

Hari Ibu

Assalamualaikum....

Semua dah sedia maklum hari ini hari apa kan? Hari ini adalah hari yang paling istimewa buat para ibu yang selama ini cukup berjasa kepada keluarga. Maka, sebagai anak, saya nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada insan yang paling saya sayang dalam hidup ini iaitu ibu saya Pn Norhatijah Salamon.. Selamat Hari Ibu, Mama...

Mama sangat istimewa bagi saya. Terima kasih abah sebab pilih mama jadi mama saya! ^_^
Rasanya dalam hidup saya dari dulu sampai sekarang, saya banyak pengaruhi oleh mama. Masakan tidak, mama yang paling banyak memahami saya berbanding orang lain.

Bagi saya mama adalah kawan saya yang paling best. Saya dah biasa berkongsi semua cerita dengan mama dari sekecil-kecil benda sampailah ke perkara yang paling besar sekalipun. Mama faham sangat diri saya luar dan dalam. Tambahan, mama jenis yang terbuka tapi terpelihara. Kami bebas berbincang pendapat tapi walau macam mana pun mama tetap berpegang pada adat dan agama. Sejak kecil dahulu lagi, mama tak kisah saya bercerita macam-macam. Tentang hidup, hati dan perasaan dan macam-macam lagi. Kalau ada yang dirasakannya tak sesuai, mama tak terus membangkang. Tapi sama ada mama akan suruh tegur secara kias supaya saya boleh fikir sendiri ataupun mama lebih suka mengajak saya membuat perbincangan dengan abah. Sebab mama, saya boleh berfikir dengan lebih luas dari pelbagai sudut. Yang paling saya ingat bila saya tanya mama boleh tak saya pakai satu baju yang rasanya tak lah ketat sangat cumanya agak berbentuk sedikit. Jawapan mama simple je. " Pakailah kalau dah tak rasa malu orang tengok.." Tertampar jugak rasanya.. Hehe... Sampai sekarang, ayat tu masih saya guna pakai dalam kehidupan seharian.. Apapun, mama tetap maintain layan anaknya yang kuat bercerita nih...

Rasanya, sampai sekarang saya tak berjaya nak merajuk dengan mama. Mana taknya, asal baru nak merajuk, mama mesti mula buat lawak. Sudahnya, mulut tak jadi dimuncungkan, gelak pulak yang terkeluar. Saya paling suka cara mama yang sangat mengutamakan keluarga. Tak kiralah dari sebelah mama sendiri atau sebelah abah. Mama selalu lebih mengutamakan ahli keluarga yang tua walaupun kadang-kala saya rasa apa yang mama buat tu tak perlu pun tak apa. Tapi itulah mama. Kata mama, selagi mana ahli keluarga masih ada, kita kena terus utamakan mereka. Mama nampak macam anak yang paling menurut antara semua. Sama macam abah. Ini yang paling saya kagum tentang mereka.

Kehidupan lalu banyak mengajar mama menjadi apa yang mama jadi sekarang. Manakala, kehidupan mama pula menjadi panduan kepada kehidupan saya sekarang. Kemiskinan bukan faktor kegagalan. Yang penting tekad dan usaha. Sebab itu, saya nak buktikan saya juga boleh jadi macam mama. Berjaya dalam hidup dan keluarga. Dalam banyak-banyak hal, saya suka tanya mama apa yang nak dibuat kalau mama dalam situasi saya. Makanya, inilah saya sekarang... Banyak benda dalam hidup saya yang sama macam mama. Mungkin ada jugak yang sikit-sikit tak kot. Tapi kebanyakkannya lah... Pendek kata, mama adalah idola saya no satu..

Mama, terima kasih sebab didik Arina sampai sekarang. Tak terbalas semua jasa dan pengorbanan yang mama buat selama ini. Arina doakan Allah memberi yang terbaik buat mama. Semoga mama sentiasa di bawah naungan rahmat allah di dunia dan akhirat...

p/s :

Saya juga nak mengucapkan Selamat Hari Ibu pada :

1. Mak angkat tersayang, Hajah Rohana di Puchong. Semoga Mak Ana pun selalu di bawah rahmat Allah.. Sayang mak juga...
2. Kak Yan dan Kak An yang baru dapat baby baru last week.. :)
3. Semua ibu-ibu di Malaysia..

Back From The Beach




Assalamualaikum.... Akhirnya kembali jugak saya ke blog nih selepas pergi berkelah dengan ahli-ahli BKASJ (Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan).. Semalam kami pergi ke Aqabah. Aqabah ni adalah satu-satunya tempat di Jordan yang ada pantai selain dari Laut Mati. Istimewanya Aqabah ni adalah dengan pantai yang ada clear crystal water dan jugak tempat membeli-belah bebas cukai.. Lebih kurang macam Langkawi jugak kot...



Program ni sebenarnya Hari Keluarga BKASJ. Tapi yang datang menyertainya hanyalah pelajar-pelajar dari Irbid dan Amman sahaja. Mungkin mantiqah lain ada hal kot, so, tak dapatla ikut serta sama. Semua pelajar akhawat dibahagikan kepada 4 team iaitu team Ombak, Starfish, Ketam dan Obor-obor. Semua ada trademark masing-masing.. Yang bawah ni tentunya team Starfish yang star!.. hehehe... Sebabnya ombak jahat, ketam suka ajar salah dan obor-obor tak kuat!! X_X.. lari!!!!!!! habislah kene kejar lepas nih... ^_^


Sepanjang Hari Keluarga BKASJ berlangsung, kitaorang ada buat macam-macam pertandingan. Ada sukaneka, ada gubahan kek (tengok gambar bawah..), ada regu dan ada jugak yang buat binaan straw.. Semuanya sangat happening la.. Mana taknya, time orang buat sukaneka tu, ramai plak kanak-kanak arab yang kerumun. Agaknya diaorang tak pernah buat macam tu kot. So, diaorang pun sokong kitaorang jugak.. Huhu, makin semangat plak bersukaneka. Sukaneka punya acara tentunya yang best-best jugak iaitu kupas epal sendiri makan, hulur getah gilir-gilir guna straw, isi air dalam botol pastu main bowling botol dan tiup belon sampai pecah.. Yang lawaknya, lepas kami main, boleh plak budak-budak arab ni main balik apa yang kami main. Tapi gambar takdela yer. Orang arab perempuan tak suka bergambar.


Ha, lepas penat main, semua dah lapar.. so kita nak makan ramai-ramai. Tapi siapa nak makan, kenalah usaha masak dulu. Maka, berbarbequelah kitaorang beramai-ramai tepi pantai. Tukang masak special telah dijemput khas dari Irbid untuk memasakkan ayam barbeque.. Inilah wajah-wajah chef-chef yang terlibat yer.. Sungguh gigih mereka mengipas-ngipas ayam ketika ramai yang pergi main-main air tepi pantai.. Terima kasih yer. Ayam korang sedap la....! ^_^

Dari pukul 9 hinggalah 5 petang, akhirnya semua siap lepas Datuk Duta buat perasmian penutup.. Cuaca waktu ni sangatlah panas. Habis semua terbakar dek sun burn. Takpe yer kawan-kawan, balik nih kita sental kasi putih balik.. hehe... Dalam panas-panas ni pun, kitaorang masih bersemangat untuk membeli-belah. Apa maknanya Aqabah tanpa shopping? opss... Tajdid niat jangan lupa.. Kita bermusafir untuk melihat kekuasaan Allah tau... ^_^
Dalam masa 3 jam yang diberikan, maka bertebaran seluruh ahli selangor Jordan untuk bershopping di Aqabah. Ada beli bantal, ada yang beli cenderamata untuk bawak balik ke Malaysia, ada jugak yang beli kacang-kacang yang terkenal kat sini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. Pukul 6 lebih, semua bertolak balik. Dalam bas, semua tertidur keletihan. Kesian... Takpe-takpe, lagipun semua dah puas kan? Dalam pukul 1 pagi lebih, kitaorang sampai ke rumah masing-masing. Syukurlah semua selamat. Pesanan pihak penaja buat semua, jangan ambil hati dengan pak cik drebar bas yang tiba-tiba buat hal di hujung perjalanan yer.. Dia letih kot... Beace No War!!!! ^_^

p/s: kat bawah ni ada sikit candid muka-muka gembira di Aqabah. Yang tak termasuk, maksudnya bila-bila lain kita masukkan yer...

Memory Of A Girl

Assalamualaikum...

Hari ni 8 Mei 2008. Genap 4 tahun bilangan ahli keluarga saya berkurang sorang dari angka sepatutnya. Dah bunyi alarm tadi baru terperasan. Hari ni adalah tanggal hari adik kesayangan saya pergi meninggalkan kami sekeluarga. 8 Mei 2004. Tarikh yang saya takkan lupa sampai bila-bila.

Nama adik saya Aina Aliyani. Selalunya kami panggil Fatimah sahaja. She is really special. In everything. Sebab apa? Sebab dia memang kanak-kanak istimewa. Tak macam orang lain. Dari dia, saya belajar banyak benda. Something yang saya rasa tak semua orang rasa. Adik saya normal cumanya dia ada ceberal palsy. Sejenis penyakit berkaitan otak dimana otak tak dapat berfungsi dengan baik terutama di bahagian cerebrum. Kesannya, dia langsung tak boleh buat apa-apa kecuali baring atau secara scientificnya vegetatif condition. Apa yang dia rasa dan nak hanya dibezakan melalui tangisan atau diam. Tu saja.

Tapi dia masih ada perasaan. Kita boleh detect bila dia marah, bila dia suka, bila dia bosan dan bila dia nakkan sesuatu. Semua ada cara tersendiri. Macam bayi kecil. Dia memang masih bayi walupun dah berusia 11 tahun. Sekurang-kurangnya saya dah boleh faham keadaan kanak-kanak istimewa. Memang tak sama dengan orang biasa. Orang yang pernah rasa je tau apa kelainannya.

Waktu saya kecil dulu, memang saya tak nafikan, saya tak berapa senang dengan dia. Mana taknya, semua benda kena consider dia. Nak jalan-jalan, kena fikir dulu. Nak buat apa-apa, kena tengok dulu. Rutin harian saya selalu dipenuhi dengan membantu mak saya uruskan dia. Setiap hari, dari pagi hingga malam selama 11 tahun. Sebagai budak kecil, adakalanya saya memberontak. Pernah sekali mak mogok sebab saya termengeluh kenapa dia mesti ada. Maafkan akak! Waktu tu saya kira saya masih mentah. Tapi bila saya makin besar, rasa sayang pada dia tak tergambar dengan kata-kata. Saya sayang sangat dia. Saya dah mula sedar kepentingan dia pada keluarga kami. Rasanya antara semua beradik, saya yang paling memahami dia. Mak pun pernah cakap, hanya saya saja yang tau macam mana nak pujuk dia bila dia tarik.

Bila saya fikir-fikir balik, dia memang banyak berjasa pada saya. Sebab dia adalah, saya boleh berada dalam situasi sekarang. Dia pendorong utama saya untuk jadi doktor. Dia pelatih saya untuk lebih banyak bersabar dengan kerenah yang pelbagai ragam. Dia pendengar saya yang paling setia. Dia pengajar saya tentang kehidupan. Paling tak boleh lupa, dialah peneman saya yang penakut kalau ditinggalkan sorang-sorang. Saya sayang sangat-sangat pada dia. Saya dah tak boleh tengok orang marah-marah kat dia. Dia adalah prioriti dalam keluarga.

Disebabkan dia jugak, saya cukup tak boleh tahan tengok kanak-kanak istimewa. Contohnya Sindrom Down. Semuanya memang membawa saya untuk merasakan kehadiran dia. Dia sangat-sangat istimewa. Sampaikan saya pernah menyimpan angan-angan untuk membina rumah kanak-kanak isimewa. Setidak-tidaknya, saya teringin nak jadi sukarelawati di rumah kanak-kanak istimewa. Sebabnya saya rindukan adik saya.. Saya nak kembali ke waktu dulu. Hanya cara ni je yang saya boleh impikan. Harap-harapnya cita-cita ni akan terlaksana nanti..

Saya pernah dengar bahawa siapa yang ada kanak-kanak istimewa dalam keluarganya, dia perlu bersyukur. Sebab ahli keluarganya itu memang dah dijamin masuk syurga, dan akan membantu ahli keluarganya yang lain kelak. betul ke? Wallahualam.. Insyallah... Itu ayat penenang diri saya dahulu. Ayat yang paling cepat buat saya sejuk bila saya geram dengan perangai dia. Saya tahu betapa besar dugaan buat mereka yang ada ahli keluarga yang istimewa. Tapi saya juga tahu betapa besarnya pahala buat mereka yang melayan ahli istimewa ini dengan penuh kasih. Sebab tu saya bersyukur dia ada walaupun hanya sekejap. Terasa sangat bermakna dan istimewa.

Adik saya meninggal sebab pneumonia. Saya terkilan satu sahaja. Saya tak sempat jumpa dia buat kali terakhir. Yang saya sempat hanyalah menatap jasad yang tersenyum kaku. Tapi, nak buat macam mana kan.. Itu takdir. Yang saya belajar saat itu, jangan sesekali abaikan peluang dengan keluarga walaupun sedikit. Siapa tahu itu kali terakhir kita dengan mereka, macam saya dengan adik saya.. Saya tahu ada ramai kawan yang ada adik macam adik saya. Saya nak pesan, sayangilah diaorang sebaiknya. Itu antara sumber keredhaan Allah yang paling dekat dan besar untuk kita. Percayalah, tak ramai dapat hadiah macam ni. Kita sangat-sangat beruntung.. Janganlah pinggirkan mereka. Sebabnya orang-orang macam mereka tu sangat suci dan bersih.. Mereka ada banyak kelebihan. Kita kena cari dengan mata hati. Jangan lepaskan peluang selagi mereka masih disisi.

Saya sangat-sangat rindukan dia. Semoga adik saya bahagia di sana dengan kasih Allah.. Sedeqahkanlah al-fatihah untuk adik saya ya... Terima kasih...

Permata hati,
Lembut sang angin membawa aku terbang

Ke lembah kenangan lampau

menyelusuri denai-denai memori

bersama kumpulan rama-rama


seakan terdengar alun suaramu

yang ketawa girang di tengah lapang
saat kita sama-sama berlari riang
suria turut bergembira

hingga terlupa untuk terbenam

lantas masa itu buatmu
menyulam karangan bunga
dari melodi sekeping hati
lambang indahnya sebuah pertemuan

namun siapalah aku
untuk menahan takdirnya tuhan

bulan tetapkan muncul

suria pasti berangkat pergi

kerana itu aku faham

andai suara mula bergema

tautan akan terungkai di persimpangan
hala kembara kita berbeza
tapi aku yakin janji itu
di hujung jalan kita pasti akan bertemu...

ingatan rindu buat adik yang jauh,
Auriss Haira'

8 Mei 2008

Pandangan dan tafsiran

Assalamualaikum .....

Post kali ni saya nak kongsi sedikit perbincangan dengan kawan-kawan saya dua hari lepas. Tentang apa? Kita dengar sama-sama jom..

A: B, ko duduk belah tepi kanan kertas ni. C, ko plak duduk tepi belah kiri kertas ni. D, ko duduk
depan atas kertas ni.
E, ko plak duduk belakang bawah kertas ni..Ha... sekarang, kasitau
semua orang apa korang nampak kat kertas ni...


B: Hurm, ana nampak no 4 dalam bahasa arab.

C: Saya plak nampak no 3 yang biasa

D: Cheq nampak huruf M

E : Teman nampak huruf W

A: Kenapa korang boleh nampak benda yang lain-lain?

C: La... kan awak jugak yang suruh kitaorang duduk tempat lain-lain. So, mestila nampak
lain-lain.

B: Haah, betul...

A: Ok, sekarang korang nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?

Semua terdiam sebentar sambil berfikir....

D: Ha!! Cheq tau..! Hang nak habaq mai kat kami yang setiap benda boleh dilihat dari sudut yang
berbeza. I mean apa yang jadi kat dalam hidup kita nih. Betui dak?

E: Yela, baru teman perasan.. Maknanya, bila satu benda tu jadi, kiter semua ni kenala tengok
dari pelbagai sudut, kan? Idakler nanti kita asyik blame ajer.. Mana ler tau kot-kot
sebenarnya ada hikmah disebaliknyer...

B: Nak celah sikit, ana rasa ni boleh jugak diaplikasi dari sudut pandangan. Kita kenalah tengok
jugak pandangan orang. Kita kena open. Setiap orang memandang dari sudut yang berbeza.
Walaupun berbeza, tak semestinya ianya salah.. Maka, kita kenalah terima pendapat orang
lain juga.

A : Pandainyerrrrrrrr.......


Ha, boleh faham tak? betulkan apa yang kami bincangkan tadi. Sekeping kertas dah cukup menceritakan tentang benda yang penting dalam hidup kita. Pandangan@opinion@fikrah@lain-lain bahasa yang menggambarkan tentang pendapat dan cara seseorang melihat dan mentafsir...

Kesimpulannya, kita kenalah saling memahami. Jangan ingat kita sahaja yang betul. Pendapat orang jugak adakalanya benar. So, bertolak ansur dan saling berbincang sangat-sangatlah penting supaya kita dapat cari the best solution in every matter of our life. Sohih?

Catatan KARISMA

Assalamualaikum....

Busy betul minggu nih. Sejak 1-3 Mei aritu, ada KARISMA tengah berlangsung. KARISMA stands for Karnival Sukan, Akademik dan Budaya. Penyertaan pulak adalah terbuka untuk seluruh pelajar Malaysia Sejordan. Irbid dipilih jadi tuan rumah tahun ni. Memang sangat besar lah acara ni.

Yang membizikan lagi keadaan saya bila saya jadi peserta dan ajk bawahan untuk Biro Teknikal n Persiapan serentak. Tambah-tambah banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Memang kelam-kabut jadinya. Tapi alhamdulillah semua dah setel. Yang baik datag dari Allah dan yang teruk itu juga datang dari Alah tapi disandarkan keatas kami. Minta maaf pada segala kesulitan yang berlaku...

Nak cerita apa yer yang best? Hurm, saya jadi peserta bola jaring. Mula-mula tu takut jugaklah sebab dah la tak pernah wakil skolah. Siapalah saya kan.. Tapi agaknya sebab sistem bola jaring kat jordan ni pakai tiang bola basketball, maka senangla saya nak mengeshoot. Saya dapat position GA. Terasa agak sedikit terbeban sebab last year Irbid jadi johan bola jaring. Tahun ni mestilah nak pertahankan kan? Alhamdulillah, walaupun gagal mempertahankan juara, kami tetap muncul sebagai naib juara. Ok la tu. Apatah lagi berdepan dengan kakak2 Mu'tah yang memang dah sedia maklum terer dan menakutkan, nasib baik saya tak emo dalam gelanggang. Jadi la tu. At least kita dah cuba sedaya upaya kan? Kalah tipis je pun. Beza satu mata jer. Takper2, next year kita pulun lagi yer... ^_^

Ada jugak buat pertandingan VIP lawan student. Dan tetiba plak saya terpilih wakil irbid untuk masuk perlawanan tu. Diaorang amik junior2 yang biasa2 je la. Ya Allah, punya la takut. Bukan apa.. Nak main ngan VIP bukan bleh main macam kita main ngan student lain. Kena lebihkan kelembutan dan ketoleransian. Tambah-tambah partner lawan yang saya dapat ialah Datin Duta. Erk.. Harap2 la tak terbantai apa2. Hehe.. Time main tu, sangatlah lawak. Apa taknyer, ada kakak arab tu main gak. Dia tak reti sangat kot peraturan. Dibuatnya macam bola keranjang. Bola dibawa lari. Habis satu stadium riuh gelak. Peraturan lain jangan cakap la. Hancur... Tapi, last-last student still menang. Apapun, saya ada dapat 'cenderahati' istimewa dari VIP nih.. Apa dia? Luka kat tangan.. Officer mana tak bukak bracelet ek?? nasib baik tak effect perlawanan betul. Adoila...

Nak dijadikan cerita, exam lab anat saya tetiba dijadualkan lebih awal dari yang sepatutnya. 4 mei. Memang tak senang duduk dibuatnya. Yela, kita dah budget yang kita ada masa sehari dua untuk study. Alih-alih, lain plak jadinya. So, sebagai pelajar yang bertangungjawab, kita terpaksa ambil inisiatif sendiri. Nak patah balik tak boleh. Kita dah dapat tanggungjawab, mana boleh lari kan? So, dengan kertas fotostat segala rajah manusia saya angkut ke stadium. Habis-habis bola jaring, terus selak kertas. Tengah-tengah rushing hantar peserta pun kita sempat bukak handset untuk tengok balik gambar-gambar model anatomy lab yang sempat di ambil. Berjuta-juta terima kasih kepada senior yang banyak membantu dan jadi lecturer bidan terjun. Hehehe.

Special thanks to Kak Sarah Dardiri ( sifu online.. Kita belajar pakai handset je kan.. hehe..) , Kak Wan Hanis ( paling tak leh lupa, time kita buat study group tepi court, tetiba ada bola tampar mendarat atas kepala saya.. Adoi.. haha.. padan muka, sapa suruh study tepi court, thanks akak!) , Che Zu dan kakak2 lain yang rajin membantu. Pada yang turut mendoakan, terima kasih banyak-banyak. Saya tau je ramai yang terkejut orang ada exam betul-betul lepas KARISMA. nak buat cam mana. Lain yang dirancang, lain yang jadi. Tapi alhamdulillah.. Semuanya ok.

Kali ni, saya dapat kenal dengan kakak-kakak Mu'tah yang baru. Kak Amienah, Kak Aisyah ngan Kamila. Diaorang ni jadi kaum muhajirin(pinjam ayat ustaz mohamad) yang tidur di umah saya. Diaorang memang sangat best! Lawak dan slamber orangnya. Memang tak kering gusi duduk dengan diaorang. Huhu. Tak sia-sia saya jemput diaorang kat Simsima pukul 2 pagi. Rasa sunyi plak diaorang dah balik. Bila-bila kita jumpa lagi ya akak!

Hurm, berita hangat Irbid pastinya tentang perkahwinan. Time kali kedua pelajar Irbid kahwin. Kali ni jatuh pada pasangan Kak Nida-Senior Amir Hamzah. Keduanya student medik tahun dua. Lalalala... Tahniah akak! Semoga kekal ke akhir hayat. Hurm, third year sudah, second year sudah. Senpai 4th, 5th, and 6th year bila? Hehehe.. Adik-adik junior 1st year plak ada sesiapa nak buat rekod ke? Di mesir batch 1989 dah ada kawin, Jordan ada ke yang dah ready? Hehehe.. gurau jer.. Apapun, think before you married.. Besar tanggungjawab tuh.. Kalau semua ready, silakan.. Kami di Irbid sentiasa menanti berita baru.. ^_^

Rasanya setakat ini dululah... Tak tau nak cerita apa lagi.. Bila-bila kita sambung lain. Bulan ni buzy sikit. Yela, final nak dekat.. Nak tak nak, kita kena study dulu habis-habisan kan? oklah, doakan saya disini ya..Jumpa lagi
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images