Miracle In Irbid I

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. dah setle akhirnya paper OC dan Physiologi.. Syukur atas nikmat-Nya. Ada peningkatan dalam markah yang saya perolehi.. Lepas ni Exam Anatomy Lab punya menyusul. Tapi sebelum tu, kat sini tengah busy dengan program Karisma.. Saya join acara bola jaring.. Bila lagi kan akhawat nak main kat sini.. Sangatlah susah. So, alang-alang ada peluang kita pun masuklah..

Hari ni, saya nak ceritakan satu kisah menarik di Irbid. Keajaibankah? Hurm.. Mungkin jugak... Cerita ini benar. Dah dapat kelulusan untuk disiarkan. ^_^.. Ceritanya begini.. Ada seorang kawan saya ni, kita kasi nama A sedang menjalani exam bersama kami baru-baru ni. Bila bukak je komputer, terpampanglah soalan yang macam senang jer... So, A ni pun buatlah exam dengan penuh confidentnyer.. Sebabnya soalan memang yang dia rasa macam dah hafal jer. Dengan penuh keyakinan dapat markah penuh, dia pun proceed markah. Tetiba markah yang keluar bukan seperti yang diharapkan. A sangat-sangatlah sakit hati campur bengang campur sedih dan lain-lain lagi. Terasa macam tak sepatutnya dia dapat markah macam ni. Tambah-tambah plak bila dapat tau ada sorang lagi kawan ni, Si B yang tak study sangat pun, tetiba dapat markah lagi tinggi. Seolah-olah macam A nih menyalahkan takdir la kiranya.. Entah la, selalu dia redha je. Tapi kali ni tak rasa macam tu. Dia rasa macam sangat sakit hati sebab usaha tak berbaloi dan tak dapat seperti yang di target

Maka, A pun balik dengan hati yang mengdongkol kegeraman. Di atas bas, A duduk sebelah seorang perempuan arab yang bernama C. Kalau ikutkan memang A tak malas nak layan sebab tengah bengang kan, tapi sebab C ni nampak macam semangat sangat, so A pun layan je la.

C: Awak medic first year ke?
A: Haah...
C: Oh, saya second year...
A: Ok...
C: Nak tau tak, kita sebagai budak medic ni sebenarnya kena belajar bukan untuk exam. Tapi untuk diaplikasi bila dah jadi doktor nanti. Kalau kita dapat markah rendah exam, mesti kita rasa marah kan sebab ada kawan kita yang study biasa-biasa je dapat markah tinggi. Tapi sebenarnya kita sepatutnya tengok pada ilmu. Markah tak melambangkan ilmu. Orang yang lebih rajin selalunya ilmunya lebih banyak. Ilmu yang akan menjamin keadaan kita dewasa kelak.. Dewasa nanti kita mana guna exam dah. So, kalau awak dapat markah rendah exam waktu study, awak kena ingat macam tu... Tak boleh salahkan takdir.. Samalah macam kita nak salahkan Allah..
A: erk... (dlm hati : aik, mana dia tau?? rasanya muka aku cam biasa je...)

A terdiam bila dengar budak arab tu cakap macam tu. Tetiba A terfikir. Salahkan Allah? Siapa Allah kalau banding ngan kita? Barulah A tersedar yang dia terlupa tentang tu. Biasalah bila dah marah, semua benda tak nampak. Dalam pada masa yang sama, A teringat kata-kata seorang rakan bahawa kadangkala kalau Allah sayang kita, dia akan tegur kita. Cumanya, sama ada kita sedar atau tak sedar je yang kita ditegur. Maknanya, adakah budak arab C tadi tu merupakan teguran allah kepada A?

Dalam keadaan A yang sangat terer menyembunyikan emosi dan bersembang-sembang dengan mesra dengan C, tetiba je C cakap macam tu. Mungkin betul C cuma bagi tips. Tapi terfikir tak, ia merupakan ilham Allah kepada C untuk menegur A secara tak langsung.. Terasa tertampar sekejap pun ada... Betul lah.. Allah memang maha penyanyang.. Kalau kita terbuat salah, dia memang tegur on the spot.. Cumanya sama ada kita sedar atau tak yang kita tengah di teguroleh Allah.. Subhannallah.. Tak sampai beberapa lama kita buat dosa, allah dah tolong siap2.. Can't u see that?

So, rakan-rakan.. renungkan la yer... Lepas tu, kita tengok penah tak kita sendiri jadi camtu.. Bukak telinga, mata, minda dan hati luas-luas.. Mesti ada .. cumanya kita tak sedar... ^_^

Kanak-kanak kita... rujuk artikle bawah

kanak-kanak mereka.. rujuk artikle bawah

Hiburan dan Anak-Anak

Zaman dulu-dulu...

Mak : Adik nak jadi apa besar nanti?
Adik : Adik nak jadi doktor atau ustazah..


Zaman sekarang...

Mak : Adik nak jadi apa besar nanti?
Adik : Adik nak jadi penyanyi atau pelakon..

Hurm... Dah banyak berubah kan persepsi masyarakat kini. Kalau dulu, kanak-kanak bersemangat nak jadi doktor, guru, polis dan jurutera, zaman sekarang mereka lebih berminat untuk menjadi penyanyi, pelakon, penari dan penghibur. Kenapa agaknya?

Lepas habis exam tadi, saya tertarik plak nak surf internet sekejap. Ada plak sorang kawan ni kasi saya link tentang seorang budak kecik yang sangat hebat melagukan nyanyian artis-artis malaysia. Bila kitaorang tengok ramai-ramai, baru kami terperasan yang budak ni adalah budak yang sama yang dulu popular dengan klipnya menyanyi lagu anuar zain dengan penuh perasaan dalam usia yang tersangatlah muda. Wah, makin besar makin hebat nyanyian adik kecil kita nih. Tak cukup dengan itu, saya terperasan semakin banyak klip2 video kanak-kanak kecil yang merakamkan gaya nyanyian masing2 di you tube khususnya. Makin hari makin banyak.. Masing-masing seperti nak menunjukkan kelebihan tersendiri... Ramai rupanya kanak-kanak malaysia yang hebat-hebat dalam nyanyian ni ya..

Tapi terfikir plak saya, kenapa banyak nyanyi je? Kalau klip-klip bakat yang lebih bermanfaat takde lah plak. Contohnya, mengaji quran ke, pidato ke dan apa-apa sahaja lagi yang selain nyanyian. Kalau ada pun semuanya dari negara-negara luar seperti iran, mesir, indonesia dan somalia. Nampak macam malaysia sangatlah hebat dari segi hiburannya. Betul tak?

tengoklah perbandingan video atas artikle ni ( sorilah susah sgt nak letak sini.. terpaksa letak asing2..)...

Hiburan makin lama makin dipertonjolkan di negara kita. Tengok sahajalah dari segi peningkatan rancangan-rancangan pencarian bakat nyanyian yang semakin galak dibuka di seluruh tanah air. Nampaknya, usaha mereka ini sudah berjaya menarik perhatian ramai khususnya remaja kita. Bukan remaja sahaja, malahan warga emas dan kanak-kanak seakan-akan macam turut sama terjebak. Tanyalah sesiapa sahaja tentang mawi contohnya. Pasti semua orang dari sekecil-kecil budak hinggalah ke setua-tua warga emas semua tahu. Bahkan ramai yang sedia mencurahkan ribuan ringgit untuk mengundi insan kesayangan mereka supaya memenangi acara-acara tersebut.

Saya terfikir.. alangkah indahnya kalau duit yang terkumpul itu dapat dimanfaatkan ke jalan yang lebih berfaedah. Pasti banyak perkara baik yang dapat dilaksanakan. Setakat menderma satu per empat dari wang tersebut tidak memadai sedangkan bakinya di salurkan ke jalan yang salah. Lepas tu, mulalah bising kata duit tak cukup lah, kredit habis lah.. padahal tak sedar semua dilabur ke dalam stesen televisyen tersebut.

Sampai sekarang saya masih tak dapat mencari alasan konkrit mengapa kita perlu membantu mereka yang memasuki pertamdingan tersebut... Siapa ada jawapannya? Nak kata kita dapat hasil, apa hasilnya? Terhibur? Bangga? Diakui peminat nombor satu? Apa kepentingannya? Alasan paling lawak pernah saya dengar ialah keluarga dapat berkumpul di hadapan tv bersama-sama atau erti kata lain mengeratkan silaturrahim.. Ya Allah, apa hanya rancangan pencarian bakat sahajakah yang ada di dalam tv tu? Mana hilangnya budaya berkelah bersama keluarga, menziarahi sahabat handai dan saudara mara? Semuanya hilang sebab khusyuk mengundi... Saya cukup 'berbangga' dengan sikap mereka yang sangat gemar bersedeqah dengan cara ini...

Terasa terkilan jugak melihat semakin ramai kanak-kanak yang tertarik ke arah hiburan begini. Salah ke berhibur? Tak salah SELAGI tak melanggar batasan syara'. Masalahnya, apa yang saya kesalkan hiburan seolah-olah dianggap prioriti. Tiada hiburan, tiada hidup. Semuanya pakat-pakat nak cari glamour semata-mata. Sampaikan pelajaran sanggup diketepikan daripada nyanyian. Aduhai adik-adik... Kalau bakat hafalan yang cukup mantap ni digunakan kearah yang lebih baik seperti menghafal quran, menghafal pelajaran dan menghafal buku-buku kan lebih baik.. Bukan nak kata saya ni sangat alim atau baik, tapi saya lebih mengharapkan kanak-kanak seistimewa ini untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berguna dan bermanfaat untuk kebaikan agama dan sejagat.

Salah siapa semua ini? Rasanya kita tak perlulah tunding jari pada sesiapa. Bukan pada adik ini, bukan pada ibu bapanya, bukan juga pada masyarakat sekelilingnya. Tapi lihatlah diri kita sendiri. Apakah usaha kita untuk mengelakkan semua ini terjadi? Atau kita hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga pada semua fenomena seperti ini?

Saya seru pada semua marilah bersama kita cuba pulihkan kembali suasana masyarakat kita. Masih belum terlambat untuk bertindak. Kalau tak mampu membantu secara luas, tumpukanlah pada keluarga kecil kita dahulu. Sebagai ahli keluarga tak kira ayah, ibu, akak, abang atau adik, kita boleh membantu meningkatkan bakat ahli keluarga kita dengan lebih berkesan. Janganlah kita biarkan bakat istimewa macam ini terhapus begitu sahaja. Budaya hedonisme perlu kembali dikikis agar kita tak mudah lemah dan hilang jati diri. Bakat seperti harus dihargai dan dibentuk dengan sesuai. Semoga dengan cara ini, ramai generasi wawasan negara kita kelak akan tampil sebagai seorang cendiakawan atau negarawan yang masyhur dan bermanfaat untuk setiap insan.

Berhibur biar kena pada tempatnya. Bakat biar disalurkan pada tempat selayaknya. Kemasyhuran biar terserlah pada kelebihan yang sebaiknya. Semoga Semua mendapat rahmat dan hidayah Allah yang maha esa.

Exam Mode




DEMAM EXAM DAH MULA TERASA... GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS.. ^_^

Simpanan Masa Depan

Tadi saya pergi kelas Markas Quran macam biasa. Hari ni Sheikhah Hiba' ajar tentang adab bersama Quran. Menariknya, sebelum kitaorang mula pembelajaran, saya dan rakan-rakan sempat melihat latihan persembahan remaja dan kanak-kanak perempuan arab untuk Program Sayangi Rasulullah yang akan dibuat sabtu ni. Memang terpegun. Diaorang ni semua sangatlah bersemangat. Ada yang bersyair, ada yang bernasyid, ada gak yang bersajak.. Sangat best lah.. Lepas semua latihan siap, tiba-tiba je kami budak-budak Malaysia ni diminta menasyidkan sebuah lagu tentang rasulullah. Lagu dalam melayu atau dalam bahasa arab. Malu pun ada mula-mula. Tapi lama-lama seronok plak terlebih. So, kami memilih lagu Rasulullah daripda kumpulan Hijjaz. Alhamdulillah, suka plak orang-orang arab ni dengar lagu Malaysia. Lepas tu, sheikhah Hiba' kasi cadangan suruh masukkan team nasyid Malaysia dalam program diaorang tuh. Ha??? Terkejut habis semua orang.. Jenuh la menolak idea bernas tu. Bukan apa.. Kami ni pemalu orang nya. Heheh.. Takdelah. Cumanya, kekangan exam yang membataskan semua benda. Hari isnin ni sampai tiga subjek serentak. So, kena la bersedia betul-betul kan?

Hari ni ada satu benda yang saya belajar. SIMPANAN MASA DEPAN.. apa maksudnya? duit ke? makanan ke? Tak... tapi pahala. Kenapa? Sebabnya hari ni, saya baru disedarkan oleh al-fadhilah sheikhah saya sendiri.. Ceritanya macam ni, sheikhah Hiba' baru disahkan mengandung anak kedua. So, cadangnya untuk meraikan berita tu, saya cadang nak kasi sikit hadiah. Hadiah biasa jer.. So, saya pun kasilah hadiah tu dekat sheikhah time habis kelas. Selalunya orang mesti gembira kan kalau dapat hadiah? Tapi sheikhah saya ni lain plak reaksinya. Bukan tak gembira. Cumanya dia terasa yang hadiah tu dah menggantikan ganjaran Allah untuk dia. Macam mana tu? Dia kata dia buat semua ni untuk allah semata-mata. Kalau nak ganjaran pun, dia cuma nak ganjaran daripada Allah je. Kiranya dia memang tak pernah ambil walau sedikit pun upah atau hadiah atau yang seadik-beradik dengannya. Semuanya yang dia harap hanyalah pahala untuk dituntut di akhirat kelak. Tergamam plak saya yang mendengar. Tapi kali ni dia terpaksa ambil. Mungkin sebab takut saya terasa kot. Tapi dia pesan ni adalah kali terakhir dia ambil hadiah. Lepas ni, dia pesan jangan buat camtu dah..

Hurm.. benda ni memang bukak fikiran saya sikit. Tak pernah terfikir pun bahawa ganjaran yang kita dapat di dunia ni kiranya macam dapat cash dah la daripada Allah. Kiranya kalau selalu sangat dapat cash, apa lagi yang tinggal untuk kita di akhirat? Mengharapkan syafaat? Mungkin boleh. Tapi kita ni dah benar-benar layak ke? Sedangkan orang lain semua dah ada bekalan yang bertimbun-timbun, kita ni ada apalah sangat. Semua dah dapat ganjaran cash kat dunia. Mesti berkurang agaknya bekalan kita di akhirat... Betul tak?

Makanya, apa kata hari ni kita cuba ubah gaya hidup kita. Bukan la nak kata langsung tak boleh ambil upah atau hadiah dan sebagainya. Cumanya cuba kita tanamkan dalam diri kita bahawa apa yang kita buat ni, kita cuma nak ganjaran di akhirat. Tak nak la dapat cash terus kat dunia je memanjang.. Tak ikhlas? eh, takdelah.. Ikhlas ni kan ada tiga tingkatan. Ikhlas Hamba, Ikhlas Saudagar dan Ikhlas apa ye lagi satu? alamak,lupa plak.. takpe.. kalau saya ingat, saya edit balik la ek.. Kiranya kalau kita buat sesuatu dgn ada niat untuk tuntut ganjaran pada allah di akhirat, maknanya ikhlas kita dikira ikhlas saudagar. Tak salah pun.. Boleh jer.. Lagipun, kita hanya mintak pada Allah. Allah memang suka diminta-minta kan? Ini jugak boleh jadikan kita lagi semangat nak buat sesuatu ibadah dengan sempurna... So, apa lagi? Kita cuba lah bersama-sama.

Oklah. Nak solat maghrib. Bila-bila kita update lagi.. Ma3assalamah... wassalam...

PENGAJARAN : Ikhlas umpama semut hitam di atas batu hitam di dalam sebuah bilik yang gelap dan hitam. Betapa sukarnya untuk mencari keikhlasan. Perbaharui niat setiap langkah agar kita tidak terpesong dari landasan kebenaran.

Inspirasi Kekuatan

Assalamualaikum....

Seperti biasa di JUST, musim peperiksaan tak pernah berhenti. Cumanya mungkin minggu ni menjadi minggu yang sangat mendesak lantaran pada hari isnin 28/4/2008 ni, tiga exam akan dijalankan serentak iaitu untuk organic chemistry, physiology, dan english 112. Semakin mendekati peperiksaan, maka semakin ramai yang kian tertekan. Saat-saat ketika inilah, ramai yang mula goyah dan mula dikuasai emosi. Tidak dinafikan tekanan yang bertimpa-timpa dari persekitaran, pelajaran malahan mungkin tanggungjawab menyebabkan diri kian tersepit dan buntu.

Saya tak nafikan saya turut terkena percikan bahang perubahan emosi akibat suasana sebegini. Ditambah dengan kesukaran memahami subjek, melihat rakan-rakan yang bersedia menyebabkan saya terasa semakin nervous. Nasib baik kat jordan ni ramai sangat kawan-kawan yang concern dan mengambil berat. Thanks semua.. Syukran sebab tolong bukakkan mata dan fikiran saya tentang hidup ni.. Biasalah, kengkadang bila kita down, kita tak nampak dah yang lain kan. Sebab tu kita perlu kawan untuk tolong kita naik balik.. Berbalik tentang tadi, ramai yang kasi nasihat tentang hidup ni. Saya paling ingat satu phrase kawan ni bahawa lif is unpredictable...

Katanya lagi, kita rasa lemah sebab terlampau memandang mereka yang tinggi. Memang adakalanya bagus, tapi kadangkala kita kena melihat dari sudut yang berbeza. Mungkin betul. Dalam kehadiran ramai yang hebat, terasa diri seakan-akan sangat teruk.. Tapi kita terlupa mencari kekuatan diri sendiri. Setiap yang allah ciptakan ada point kekuatan dan kelemahan masing2. Bukan untuk membangga, tapi cukuplah sekadar penguat di kala tengah
down.. Kata orang, disetiap kali kita merenung kejora di angkasa , jangan lupa juga untuk memandang rumput di bumi.. Tambahan, kesusahan orang yang berusaha lebih tinggi nilainya daripada meraka yang tidak berusaha tetapi mendapat kejayaan. Itu mungkin rezeki.Alhamdulillah, saya mula mendapat kembali semangat. Biarlah kita merangkak, asalkan kita masih pandang ke depan dan meneruskan perjuangan.

Tak cukup sekadar itu, dalam minggu ini saya berpeluang untuk menyelami perasaan beberapa lagi sahabat yang saya rasakan sangat bagus untuk saya jadikan iktibar. Mungkin ini jawapan bagi doa yang saya pinta. Saya pinta pada Allah supaya berikan saya jalan untuk kembali kuat menempuh semua rintangan. Setiap hari, tanpa disengajakan saya selalu dapat melihat satu demi satu masalah yang melanda kawan-kawan saya. Mereka nampak bahagia di luaran, tapi rupanya hati masih luka. Kenapa? Lebih banyak masalah dan ujian yang mereka hadapi berbanding saya. Bila difikirkan, masalah saya tak sehebat masalah mereka. Subhanallah.. Saya baru tersedar. Rupanya saya masih mentah. Masalah sepicing itu sahaja dah cukup melemahkan diri padahal mereka masih ramai yang menerima ujian yang lebih hebat.

Ada di kalangan rakan-rakan saya di sini, rupanya memilih bidang perubatan sebagai pilihan kedua. Pilihan pertama terpaksa dilupakan atas sebab-sebab tertentu. Bukan kerana kelayakan. Mereka sangat hebat untuk mendapat apa yang diingini. Cumanya mereka memilih untuk menggembirakan hati keluarga. Terpaksa? Mungkin ya.. Saya cukup hairan dan kagum. Sebabnya mereka tekad meneruskan perjuangan di sini walaupun bukan seperti yang diimpi. Kalaulah saya disuruh mengambil bidang-bidang lain yang tidak saya sukai seperti matematik, fizik atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor dan perkiraan, pasti dah lama saya mengangkat bendera putih. Saya tak sekuat itu untuk terus berada dalam perkara yang saya tak suka. Tapi sekarang, saya dapat lihat ramai rakan-rakan yang berkeadaan sedemikian. Kalian sangat hebat. Hebat kerana memilih keluarga berbanding impian. Satu perkara yang sangat susah untuk dilakukan. Saya mungkin bertuah kerana dapat memilih apa yang dihajati. Tetapi, saya rasa kalian lebih bertuah sebab berjaya melakukan sesuatu yang sangat hebat. Yang mungkin tak dapat saya lakukan.. I am really impressed with you guys! Semoga, kalian akan terus gigih berjuang di medan ini..

Kedua, saya ada bersembang dengan seorang rakan Palestin. Kadangkala, saya suka bertanya tentang keadaan negaranya. Sebabnya saya sangat kagum dengan mereka. Semangat jihad masih utuh tersemat di sanubari setiap mereka. Walaupun mereka disini, setiap hari mereka akan menyematkan di dalam hati mereka bahawa mereka akan pulang ke palestin dengan kejayaan dan merampas kembali tanah yang dijajah. Atas sebab itu, mereka berjuang sehabis daya di university.. Ilmu adalah salah satu cara menguasai sesuatu. Itu prinsip mereka. Keazaman mereka yang tinggi selalu saya jadikan inspirasi untuk saya turut menjadi sekuat itu. Tambahan, budaya wanita arab yang jarang menangis kecuali utk sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka meratap juga mengajar saya untuk terus kuat berdiri. Separuh dari masyarakat jordan adalah bangsa arab palestin. Mereka tidak lari. Tetapi mereka mempersiapkan diri untuk berjihad. Kalau mereka mampu, kenapa saya tidak? Seharusnya saya menjadi lebih kuat kerana mereka lebih serba kekurangan dan tertekan.. Jadi kenapa perlu saya tunduk pada ujian?


Alhamdulillah, hari ini ada perkara baru yang saya nampak.. Allah menghantar saya ke sini supaya saya boleh belajar untuk menjadi kuat. Lebih kuat dari tempat2 yang lain. Disini, saya belajar dari kawan-kawan yang hebat. Disini juga saya mendapat inspirasi dari penduduk palestin yang kuat. Disini mungkin tempat untuk saya menjana kekuatan diri, dalaman, emosi dan rohani. Ini bumi Anbiya. Bumi tempat para rasul yang kuat menerima ujian. Bumi tempat Islam mula mendapat kekuatan. Kekuatan sangat signifikan di tempat saya sekarang. Maka, apa yang perlu saya lakukan? Simple... Ambil semua kekuatan mereka dan pasakkan kedalam diri saya... Allah dah tunjuk jalan.. Tinggal kita untuk melaksanakan... Semoga semua mendapat kekuatan dalam mengahadapi hidup yang penuh rintangan....


PENGAJARAN : Kuatkan diri dengan solat dan bersabar.. Jangan takut dan jangan gentar. Allah sentiasa bersama kita..

Persepsi

Hadam satu chapter, kepala mula minta rest kejap.. erti kata lain malas.. huhu.. So, tengah2 rajin merayau2 tadi, terjumpa plak yang ni.. Teringin plak nak check betul ke ini personaliti saya.. Jom kita terjah...

OKTOBER
* Suka berbual ( erk, yes..)* Suka orang yang sayang padanya.(ada ke yang suka org benci dia?) * Suka ambil jln tengah ( takut risiko tapi nak buat gak, so jln tngah la best.) * Sangat menawan & sopan santun(ops, no comment..) * Tidak pandai berbohong & berpura-pura (sometimes tak rasanya..). * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan ( insyallah..) * Sentiasa berkawan.( friend is fun!!) * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama( bingo!). * Cepat marah ( depend on mood gak la..) * Macam pentingkan diri sendiri( yeke? hopefully not..) * Tidak menolong orang kecuali diminta (kengkadang offer diri gak apa..) * Suka melihat dari perspektifnya sendiri( sonetimes..) * Tidak suka terima pandangan orang lain( don't think so..) * Emosi yang mudah terusik( crybaby??) * Suka berangan & pandai bercakap (imaginasi pencetus realiti.. kankankan?) * Emosi yang kelam kabut ( alamak..) * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) ( ini mcm betul, sbb pnh buat operasi gelap kat skolah.. haha...). * Suka melancong, bidang sastera & seni( i love anything beautiful.) * Pengasih, penyayang & lemah lembut.(hahaha.. lawakner. am i? ) * Romantik dalam percintaan.( masih belum dikenalpasti..) * Mudah terusik hati & cemburu.( kengkadang..) * Ambil berat tentang orang lain.( standard hidup bermasyarakat..) * Suka kegiatan luar.( yes, one of the best way to unwind my self) * orang yang adil.( mungkin kot) * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. (tak gak.. kengkadang je..) * Mudah patah semangat ( huhu.. sgt tepat.. tapi cepat pulih la.)

Tadi waktu lepas solat kat surau jamiah, saya bersembang sekejap dengan sorang kawan, Yaqeen. Tengah-tengah sembang tu, dia tanya saya either saya ni ada banyak dissapointed thing in my life ke? Terkejut gak. Rupanya-rupanya dia buat penilaian macam tu sebab dia selalu tengok saya serius memanjang. Seyum kenkadang je. Allah.. Masuk Yaqeen, dah berapa ramai orang cakap saya ni serius memanjang. Pelik jugak, macam mana nak buat muka ni selalu senyum yer? Kang kalau senyum sorang2 24 hours, dapat cop tak betul la.. Ish,ish,ish..

Bila pikir-pikir balik, lawak pun ada gak bila terkenang pandangan kengkawan tentang diri saya. Sejak sekolah sampai sekarang. Paling tak bleh lupa time akhir tahun form 5. Kebetulan waktu jamuan akhir tahun, kitaorang ada buat anugerah untuk setiap pelajar. Untuk elak berat sebelah atau perasan , maka budak lelaki akan tentukan anugerah utk student perempuan dan yang sebaliknya pun macam tu lah. Maka , time ni kita akan tau apa pandangan masing-masing..
Alkisahnya sampai time saya, maka saya telah dianugerahkan 'Anugerah Pelajar Paling Serius'.
Yang lebih menghuru-harakan keadaan ialah bila semua pelajar perempuan pakat gelak ramai-ramai pada saya.. Sebabnya ada dua:

1. personaliti saya sangat berbeza di kalangan dua golongan jantina ini... Bukan hipokrit yer.. Tapi dah terbiasa.. Rasa segan masih kuat even dah sekelas dua tahun.. Tapi takdelah sampai saya anti-lelaki ek.. Mungkin sbb saya bukan jenis peramah dengan mereka agaknya..

2. Tetiba plak saya dapat partner. Tak sangka sama anugerah.. Cumanya dia dr golongan adam lah. Bdak kelas saya bukan boleh.. Pantang ada yang tersama sket, mulanya nak cuba kait mengkait.. Nasib baik saya terlepas nama dari list pasang-pasang kelas.. huhu.. Ada gak hikmah masuk second intake ek.. hehehe...

Tak kisah la apa yang orang nak kata tentang saya.. Itu hak masing-masing.. cumanya lebih baik tahu yang betul daripada memperkatakan yang tak betul, kan? For those who maybe have been hurt by my outer appearance, saya minta maaf banyak2... Kulit ketam yang keras tak bermakna isinya juga keras kan?Maybe i need some practise on how to smile often... ^_^ Apa-apa pun, disini ditegaskan saya bukan jenis manusia sombong.. Cumanya perlu masa untuk rapat dan jadi lebih open.. Insyaallah...

Pengajaran : Don't judge a book by it's cover....

Salah konsep antara Edema dgn Chill Pain..

Assalamualaikum....

Hari ni, awal-awal lagi saya dah terjaga..Mungkin gara-gara nervous teringatkan temujanji di Markas Sihhi hari ini. Semuanya disebabkan telapak kaki saya yang membengkak tak surut-surut. Sejak winter lagi dah jadi macam tu, tapi disebabkan ingatkan bengkak ni hanyalah 'chill pain' yang biasa jadi waktu winter,saya biarkan je. Sudahnyer dah masuk spring pun tak surut-surut lagi. Kasut pun dah banyak tak muat. Nasib baik kasut sport boleh adjust2 kasi longgar.. Risau jugak, ni pasal bengkak ke pasal peningkatan berat badan lepas winter.? Tapi kalau kata naik berat, takkan effect kat tapak kaki je.. Makanya, kebarangkalian kedua ni diposong serta-merta.. Nasib baik.. hehe..

Khamis lepas, waktu tunggu kelas quran bermula, saya mengurut-ngurut kaki dengan harapan bengkak ni akan surut. Ramai kawan-kawan yang menasihati saya supaya segera ke klinik. Terutamanya Belle. Terharu jugakla. Belle dari dulu lagi sangat caring. Pantang saya buat something yang membahayakan kesihatan, habis saya kene ceramah free dari this doctor-to-be.. Makanya, saya pun terpaksala ikut doktor peribadi saya nih ke klinik lepas kelas. Markas Sihhi tu sebenarnya klinik. Di sana, terasa macam jadik budak-budak balik sebab tercengang-cengang tak tau nak ke mana. Biasalah, ni first time pegi klinik.. Maka, Belle dilantik sekali lagi sebagai penjaga untuk menguruskan pendaftaran.. Terima kasih lagi skali..

Makcik kaunter klinik ni sangat la peramah. So, takde la rasa segan sangat. Cuma yang lawaknya, secara tiba-tiba dia memuji-muji nama yang ada dalam kad pelajar saya. Katanya dia kagum kerana nama saya mempunyai maksud yang unik.. Nak tau apa? ainul arina = MATA SINGA.. erk, tercengang kami dengar makcik ni cerita.. Pulak dah, aritu ada sorang kawan arab kata 'arina' ni terkenal di jordan sebab ia nama pasukan bola sepak terkenal serta hotel terkemuka. Entah betul atau tak, saya sendiri tak pasti.. Tapi sampai sekarang saya sendiri confius dengan makna nama saya.. pelbagai maksud yang dah saya jumpa.. Ejaan nama pun dah confius.. 'ain atau alif? wallahualam.. yang pasti, ibu saya meletakkan nama ini sebab maksud yang baik. so, who cares? Lagipun, lumrah bagi bangsa arab setiap perkataan membawa banyak maksud.. Itu 3adii...

Berbalik kepada cerita kaki saya tadi, lepas buat pemeriksaan, saya telah ditegur oleh doktor sebab tak datang awal-awal. Tambah dia lagi, dia tak pasti sebab spesific kaki saya bengkak mungkin edema atau mungkin sebab lain makanya "We have to do futher investigation.."... Erk, berdebar betul dengar ayat doktor nih.. Ni yang buat saya allergic jumpa doktor ni.. Takut jadinyer.. Lepas periksa-periksa semua, saya diberi tiga borang utk menjalani ujian makmal pada hari sabtu ni. banyaknyer... T_T Ayat paling ditekankan "Edema is not 3adii..." dengar tu, jangan salah konsep lagi...

So, hari ni saya ke klinik utk sambung ujian. Kena amik darah sampai penuh satu picagari tu.. So, isnin ni kene datang balik untk tgok keputusan. Semoga tak ada apa-apa yang serius... Ameen... Lepas habis procedure, saya ngan Belle uji kefahaman anatomy balik tentang arteri dan vena. Kenapa, mengapa,dimana,berapa dan bagaimana.Alang-alang ulangkaji secara realiti, biar sampai ingat dan lekat kat kepala.
Oklah, sekarang kena sambung study physiologi balik.. Urinary system dan Nervous System menanti untuk dibuka.. Jumpa lagi..

Pengajaran : Kalau ada apa-apa pelik jadi pada badan anda, sila segera jumpa doktor.. karang
kalau lambat, badan tak sihat, telinga kena denda dengar ceramah percuma... ^_^

Salam Ta'aruf

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ta'aruf buat semua saya ucapkan... Bermula saat ini, saya akan mula menghidupkan blog auriss haira' yang selama ini kosong... Hari ini, anggaplah sang rama-rama telah keluar dari kepompongnya dan memulakan kembaranya terbang di alam buana.. Disini saya akan titipkan pengalaman, teladan, cerita dan pengajaran yang mungkin boleh dikongsi bersama sebagai ingatan atau mungkin sekadar perkongsian dari cebisan kisah hidup saya... Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah tetapi disandarkan ke atas diri saya yang serba kekurangan ini.... ^_^

Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dgn amaran2 ALLAH...
Jika kubersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta...
Jika kulemah tak berdaya, ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yg memisah, ajaklah aku meleraikannya segera...
Jika ada budi yg dihutang, hanya ucapan terima kasih yg mampu dilafaz...
Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah, hanya maaf yg mampu kupinta...
Dan jika esok kupergi tanpa kembali, iringilah pemergianku dgn doa...
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images