Tag "saya seorang pelik"

I WAS TAGGED BY Maya

To tag along: you have to list 7 weird things about yourself,
post it in your blog,tag at least 7 people (list their names),
and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

1. Cara kasi saya tak ingat dunia : Berikan saya buku yang best!

Andai buku itu dadah, maka sayalah penagihnya. Sejak kecil saya memang disahkan mempunyai obsesi yang amat kronik pada makhluk bernama buku.(Nasib baik tak kaya, kalau tak habis semua buku kat bookstore saya borong!)Mama, abah, sedara mara, kawan-kawan semua dah biasa dengan perangai saya yang memang akan 'hilang' bila dapat buku kat tangan.

Janganlah cuba kacau saya ke, tanya pendapat saya ke cuba gurau-gurau dengan saya ke sewaktu saya khusyuk membaca sebabnya sah-sah korang akan terasa seakan-akan sedang berkomunikasi dengan cik tunggul. Tapi syaratnya buku tu mestilah dari golongan buku yang saya suka lah. Kalau kasi saya buku-buku yang penuh fakta bernombor seperti buku undang-undang, buku tu akan beri saya kesan seperti ubat tidur. Sangat berkesan.

2. Kalau nak kasi saya semangat buat kerja, saya kena pasang lagu-lagu untuk saya dengar sambil buat kerja.

Mula dikesan sejak di Malaysia. Disebabkan telah menjawat jawatan sebagai penunggu rumah selepas tamat SPM, saya ditaklifkan memegang biro kebersihan dan kekemasan rumah selama tiga bulan. Rutin harian tunggu semua orang keluar dari rumah, lepas tu baru boleh kemas rumah untuk jadi bersih selama 8 jam sebelum disepahkan semula oleh adik-adik yang baru balik dari sekolah.

Kalau saya mengemas dalam sunyi, setiap langkah terasa sangat lambat dan penat. Tapi kalau lagu turut dipasang, tak kiranya lagu apa-apa pun, kadar kepantasan saya akan meningkat setinggi beberapa tahap sehingga boleh termasuk dalam golongan yang luar biasa rajinnya.

Tak pasti terpengaruh dari mana tapi rasanya habit ini bermula di SMKANT apabila setiap kali waktu gotong rayong perdana, aktiviti gotong -royong akan sentiasa berjalan dalam keadaan lagu-lagu nasyid dan zikir dipasang sekuat-kuatnya di corong radio asrama. Sangat enjoy dan rileks buat kerja sambil dengar lagu.

3. Deria bau yang sangat cekap menangkap bau susu tepung

Saya paling tak boleh minum susu tepung. Bau dia sangat meloyakan tekak. Pernah cuba paksa minum selama beberapa hari dengan gaya minum sambil tutup hidung, tapi kesudahannya lepas minum segelas susu tepung, saya akan belasah minum air kosong beberapa gelas untuk hilang rasa ke-susu tepung-an tersebut.

Setakat ini kecekapan luar biasa yang satu ini masih lagi tajam. Alhamdulillah, masih belum pernah gagal dalam cubaan rakan-rakan memaksa saya minum susu tepung dengan secara curi-curi letak dalam air milo di sekolah. Tak kisah la korang campur dengan pelbagai perasa dan warna apa sekalipun, bau susu tepung yang satu tu memang takkan saya boleh terlepas dari mendetectnya.. =P

Terima kasih pada mama yang sangat sabar membuat air asing-asing untuk saya sepanjang saya bersahur di Malaysia dari kecil sampailah besar.. Juga kepada seorang pakcik dewan makan yang sangat baik hati kerana pernah sekali dia kasi saya minum air special di dewan makan sebab dia dapat tahu saya memang tak minum air milo bersusu tepung di dewan makan dahulu.. Hehe.. Jangan jeles ya kawan-kawan yang pernah jeles dulu!

4. Subjek kegemaran saya di sekolah selain sains ialah bahasa melayu dan SEJARAH!

Buku paling best dalam sejarah sekolah menengah ialah buku biologi dan buku sejarah! Pelik ke? Sejarah best la! sejarah adalah subjek yang saya paling score sepanjangg sekolah. Kenapa orang tak suka sejarah ek? Ke sebab saya suka berangan saya termasuk dalam watak-watak buku sejarah? Erm.. Ntah!

Tapi bila saya jawab sejarah, saya jadi sangat teruja macam jawab karangan bahasa melayu. Walaupun cikgu kata jawab 4 dari 6 soalan, saya tak pernah tak jawab semua soalan dalam essay sejarah. Paling tak reti pun, mesti ada gak satu dua point yang saya letak.

Kalau karangan bahasa Melayu, cikgu kat Integrasi Gopeng pernah kata "Kalau karangan ni tak sampai 4 muka surat depan belakang bagi satu tajuk, maka itu bukan kertas Ainul la tuh.." Tak tahu kenapa tapi esei bahasa Melayu adalah antara subjek yang paling buat saya teruja nak ambil peperiksaan. Tulis kena panjang berjela-jela, kalau pendek tak best! Bagusnya, saya adalah penyumbang utama tugas pengawas peperiksaan nak kasi kertas time peperiksaan. Hhuhu...

5. Saya suka buat kerja dalam mood.

Dinamakan pelik kerana dalam satu minggu saya boleh tranformasi daripada sepemalas-pemalas manusia kepada serajin-rain manusia di kawasan terbabit. Pemalas hanya berlaku waktu takde mood dan rajin waktu tengah rajin la. Nasib baik mood malas dan rajin jarang datang. Selalu normal sahaja tanpa mood baik dan buruk ini.

Malas tu maknanya masih buat kerja tapi tak ikhlas. Maka kesannya macam cincai-cincai sikit. Tapi bila sudah masuk mood rajin terlampau, yang dah kemas pun di double kemaskan. Benda yang dah tersusun elok, dire-susun semula supaya nampak gaya baru.

Kadar kerajinan paling kronik adalah waktu tingkatan tiga di SMKANT. Waktu itu hari sabtu. Ramai orang tidur waktu tengahari kecuali mereka yang rajin study, rajin tengok tv atau mak ayah mari. Saya tensen study, keluar dorm jadi pening pula tengok selipar berterabur, baldi berterabur depan jalan kat tepi2 kaki lima di tingkat dua tu. Sebab bengang dan tiba-tiba rajin, saya telah menyusun comel-comel semua baldi dan selipar di seluruh dorm (ada 3 dorm setiap tingkat) di tingkat dua di blok H dan G seorang diri di tengari-tengahari buta tu termasuk di dalam bilik baldi, bilik basuh baju dan toilet. Esoknya, para pelajar sangat rileks kerana tak perlu gotong royong sangat sebab saya dah siapkan separuh kerja mereka sehari awal. Hehe..

6. Saya pernah jadi si gagap yang sangat bagus bercakap atas pentas.

Waktu kecik-kecik dulu ada masalah gagap sikit terutama pada huruf a,t,p dan d. Apasal ntah?? Kalau perkataan yang mula huruf-huruf tu, mesti ambil masa lama sikit nak keluarkan perkataan. Semacam ada benda yang sekat dari mulut kita dari sebut benda tu.

Tapi yang peliknya, gagap saya akan hilang bila saya bercakap atas pentas. Tak kiralah jadi MC ke pidato ke bercerita ke bahas ke, janji kena bercakap atas pentas. Bila atas pentas, maka jadilah saya ex-gagap. Sangat masyi walaupun terketar-ketar. Itu buat orang pelik, kenapa di atas pentas je saya boleh hilangkan situasi tergagap-gagap itu. Saya sendiri tak tahu. Erm, gagap ada kaitan dengan rembesan epinephrine atau adrenalin ke?

Alhamdullilah, gagap makin hilang bila makin besar.Cuma kadang-kadang je terjadi balik. Kalau terperasan saya macam nak cakap, tapi tak tercakap, itu maknanya saya tengah menghadapi masalah mengeluarkan nada untuk membunyikan sesetengah huruf tu. Tapi sekarang insyallah sudah tak ada... ^_^

7. Saya senang tertukar 'channel' loghat secara autmatik bila jumpa orang negeri lain-lain.

Bermula sejak kecil bila saya duduk di Puchong yang cakap kiter-kiter, saya balik ke Sabar Bernam jadi nyong-kuwe, balik kampung Parit BUntar plak jadi hangpa-kami. Bila duduk Gopeng dah terbiasa kome-teman. Datang Intec kena mu-deme. Pegi JOrdan pula, terserap mung-aku.. Lama-lama tak payah buat-buat tukar, memang dia automatik tertukar sendiri.

Kalau buat pop kuiz pada orang yang tak kenal saya, maka semuanya mesti salah! Kata orang, saya tak dapat dikesan dari negeri mana terutama kalau dah masuk grup komuniti ramai dari sesebuah negeri. Cumanya kelantan dan ganu itu masih dalam kategori acute dan bukannya kronik.

Agak sedih juga bila dikata jati diri negeri dah takde. Nak buat macam mana? Dah saya adalah berdarah polynegeri jadinya memang saya tak ada lah nak spesifik pekat pure mana-mana negeri pun. Tapi tak apalah, boleh menyibuk jadi ahli bersekutu banyak BKAN. opss... =P

malas sungguh mahu mengetag orang.. siapa ada perangai pelik-pelik dan rajin, buatje la tag nih ya!

13 comments

cikgu jawe | December 30, 2008 at 3:16 PM

patutle n3 awk panjang2. rupanya minat esei ye. hehe

awk sorang lg bakal doktor yg aku tahu, aliran sains tp cenderung dlm bidang bahasa. :)

izzahsakinah | December 30, 2008 at 3:40 PM

Ainul org kedua yg saya jumpa declare minat Sejarah. Kat sekolah dulu, kwn yang duduk sbilik mcm tu jugak =)

chi am | December 30, 2008 at 4:18 PM

tak minum susu? hihii.. tak comel la cani kekeke

Ummu Solehah Muhammad | December 30, 2008 at 6:20 PM

best2 :)

Mazarina | December 30, 2008 at 8:22 PM

wahai bakal doktor, keep going!

Ainul Arina Madhiah | December 30, 2008 at 8:53 PM

cikgu jawe:
^_^ hehehe... siapa lagikah yang macam saya cikgu?

izzahsakinah:
ooo... sikitnya peminat sejarah ek..

chi am:
susu tepung je la.. tepung segar atau susu pekat saya boleh terima je.. tapikan saya makan sayur tau.. hehe...=P

anon a.k.a az | December 30, 2008 at 8:54 PM

dah agak dah..patutlah bahase kamu tersusun dalam hmpir setiap entry.. rupenye minat bahase ye kamu..kira kamu ni expert lah yew merangka jalan cerita sebelum pena menari2 buat essay.. ^_- nak kena belajar dari kamu ni..

Ainul Arina Madhiah | December 30, 2008 at 8:54 PM

ummu solehah:
(^_^)Y

kak mazarina:
terima kasih akak! ^_^

Ainul Arina Madhiah | December 30, 2008 at 9:00 PM

az:
eh, lama tak nampak kamu ek.. ^_^ saya takdelah terer mana pun.. setakat seorang yang kaki menulis sesuka dia je.. hehe

Pijah | December 31, 2008 at 5:08 AM

tak suke susu tepung? same2. tp kene paksa. tiap2 pagi, sblm pergi sekolah, mmg wajib minum milo susu. kalau x minum, nnt kene bebel. huhu.

psl subjek sejarah, kt skolah pijah, depends on cikgu yg mengajar. haha. alhamdulillah, thn ni kitorg dpt cikgu yg gile2. x boring la sgt. :D

slmt tahun baru, hijri dan masihi. =)

akak | December 31, 2008 at 8:58 AM

minat baca sejarah..tapi bukan masa sekolah. Tak best bc sesuatu tu sebab kita nak jawab exam. Akak suka bc sambil relax2 je. Lagi suka baca bab tamadun dunia & islam..tapi setakat nie tak jumpa buku yg menarik..hehehe

Sarah Mohd Shukor | December 31, 2008 at 11:49 AM

Ainul,
cuba sebut ni kuat2 dan ulang2 kali:

ATAP PADAT.

Gagap2 tak? Huhuhuu =p

Ainul Arina Madhiah | December 31, 2008 at 12:26 PM

pijah:
susu tepung je akak tak minum pijah.. kalau susu segar, akak belasah habis.. hehe.. selamat maal hijrah gak!

akak:
ooo.. saya sekarang tak terbaca-baca pun buku sejarah. macam tak best la plak skerg nih.. hehe

ks:
boleh jer... saya lagi terer dari kawan saya bila sebut laju-laju benda nih.. haha~ tak gagap da laa~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images