Mencabarnya satu Perkahwinan

12:12 PM 26 Comments A+ a-

Salam



Terasa malam ni mahu berkongsi sesuatu yang agak berat. Tak tahulah saya berkelayakan bercakap atau tidak tentang hal ini. Tapi bila banyak benda tentangnya yang berlaku di sekeliling saya, saya jadi macam terbuka mata sedikit. Isu apa? ---> Perkahwinan!

Apa itu perkahwinan? Tak perlulah saya ulas rasanya sebab semua tahu. Tapi yang mahu saya sentuh ialah isi perkahwinan tu sendiri. Bagi saya, perkahwinan tu sesuatu yang sangat berat. Sangat-sangat berat! Kalau tak bersedia, baik jangan melangkah lagi ke alam itu. Bukan senang mahu menukar status dan tanggungjawab diri. Sekali dah masuk, kalau bahagia, ok. Tapi kalau sengsara, susah nak patah balik.

Erm, di sini dah makin ramai yang mendirikan masjid bersama. Alhamdulillah, saya tumpang bahagia. Sekurang-kurangnya perkahwinan itu lebih berkat daripada berpeleseran pakwe-makwe tak tentu hala. Tapi kalau saya yang ditanya bila, owh maka jawabnya bukan sekarang. (Sila jangan salah faham ya... Ini pandangan saya yang masih belum ada apa-apa pengalaman tentang hal-hal ini.)

Dulu waktu kecil, saya menganggap perkahwinan itu sangat indah. Seronok sangat bila ada keluarga. Jadi isteri, jadi ibu. Tapi bila dah besar, sedikit sebanyak imej perkahwinan yang indah tu makin menyerlah satu realiti yang berat dan agak menyukarkan.

Tanggungjawab, tolak-ansur, sabar dan macam-macam lagi. Bukan senang nak bertahan bersama sampai berdekad-dekad. Saya sangat tabik pada pasangan yang kekal hingga ke akhir hayat. Kadang-kadang terfikir, hebatnya mereka ini sampai selama itu. Saya nanti macam mana ya? Kalau nak ukur diri sekarang, memang tak lepas. Saya masih belum sesuai untuk ke alam itu. Masih banyak benda yang perlu saya perbaiki.

Makin besar, makin banyak realiti yang tersingkap. Makin banyak erti kehidupan dunia sebenar yang saya jumpa. Mungkin dulu waktu kecil tak terfikir langsung, tapi bila sudah besar, saya mula jumpa sendiri kes-kes keretakan rumah tangga yang sangat dekat dan berlaku di sekeliling saya. Bukan satu dua, tapi banyak. Secara tak langsung, saya terasa makin cuak. Sukarnya sebuah perkahwinan...!

Walaupun menyedihkan, saya terasa semuanya macam memberi satu pengajaran pada saya. Membuka mata yang dulu terpejam dan akal yang dulu sempit. Hakikat perkahwinan itu sendiri mulai terbentang lebih luas. Akad yang dilafaz bukan sekadar mainan janji yang senang-senang hari ni nikah, esok cerai. Tapi ia satu ikrar yang akan merubah seluruh kehidupan sehingga ke akhir hayat. Hanya yang benar-benar bersedia sahaja sepatutnya mampu melalui semua ini.

Kadang-kadang hairan bila saya terdengar ada orang menganggap perkahwinan itu sangat mudah. Pilih, masuk risik, kahwin. Mungkin mereka masih tak jumpa kisah perkahwinan yang sukar barangkali. Semuanya asyik indah saja. Agaknya kalau mereka tahu sendiri perit jerih, lakon ketawa mereka yang menghadapi kesukaran begini, mungkin mereka faham. Sedang saya sendiri menangis melihat tawa orang yang berduka bahtera mereka bergoncang dilanda badai. Beratnya ujian begini.

Cukuplah apa yang sudah saya lihat sendiri. Kalau boleh, saya tak mahu lagi jumpa perkahwinan yang runtuh. Sebak, sedih, sayu. Bukan satu hati yang terluka. Dua, tiga malah beribu. Pernah sekali saya berbincang secara terbuka dengan mama dan abah tentang hal yang berlaku di sekeliling kami. Entah kenapa mama dan ayah saya kerap dirujuk oleh mereka yang dekat saat menghadapi masalah ini. Secara tidak langsung, saya juga tahu dan saya juga belajar.

Mama abah selalu pesan perkahwinan ini sama seperti mengambil risiko masa hadapan yang tak tentu. Sebab itu pilihan kena betul-betul ditimbang. Jangan main bantai ambil mana yang suka. Masa bercinta mungkin sedap, tapi dah lama nanti susah kalau tak betul-betul sedia. Memang adakala itu semua ujian tapi yang pentingnya kita sendiri sudah sedia untuk terima ujian sebegitu. Kalau tidak, haru..

Saya doa sangat-sangat jangan lagi sesiapa di sekeliling saya yang kena ujian sebegini. Susah dan berat. Bukan saya membenci perkahwinan. Tidak. Tapi saya memandang serius frasa perkahwinan tu sendiri. Ini bukan benda main-main. Kena fikir dalam-dalam. Tawakkal kena tinggi. Harapnya yang mana sudah mendirikan rumah tangga, moga bahtera kalian teguh hingga ke dalam syurga. Yang terhempas, sabarlah. Mungkin ini yang terbaik dari allah buat kalian.. Sebagai pemerhati, saya mengharapkan semua sentiasa dalam kebahagiaan dan rahmat serta perlindungan allah selalu dari segala sudut perkara. Amin ya rabbal 'alamin...

26 comments

Write comments
umaralfateh
AUTHOR
December 13, 2008 at 2:14 PM delete

luahankah?...

ermm...isu ni tak pernah selesai, selagi ada manusia selagi tu isu ni berterusan.

cumanya, janganlah terlalu dipandang berat sangat sehingga nanti bebanan itu terasa lebih dari yang sepatutnya.

kita tingkatkan hubungan kita dengan Allah, Allah faham kehendak jiwa kita, insyaallah, akan diberikan seseorang yang sesuai dengan jiwa sendiri..

suami dan isteri, pelayar bahtera tersebut, dua2 memainkan peranan, masing2 saling melengkapi..

kita akan terasa ringan walaupun berat apabila kena caranya..

:)

Reply
avatar
cikgu jawe
AUTHOR
December 13, 2008 at 2:39 PM delete

salam ainul..:)

kalau semua perkara difikir scra -ve, apa benda pun semua tak jadi.

tp setuju dgn awk, alam rumahtangga perlu ilmu yg mantap dn keunggulan jiwa.

dh kawen sapa suka gaduh2 sgl. tp itu le adatnya kan. sdg berkawan pun ada krisis sana sini.

kalau jiwa rohani besar, tabah dn tolak ansur, insyallah akan jd mudah. :)

Reply
avatar
December 13, 2008 at 2:55 PM delete

umaralfateh:
boleh kata luahan jugak kot sebab selalu dengar walaupun tak mahu dengar.. yup, awak betul. Allah pasti tahu yang mana terbaik pertolongan-Nya takkan putus. Terima kasih mengingatkan..^_^

Cikgu jawe:
wa'alaikumsalam cikgu..
macam mana taknak fikir negatif cikgu kalau asyik nampak yang itu jer.. huhu.. Menakutkan la lama-lama gak bagi saya yang belum nih.. hehe.. tapi don't worry.. nampak untuk belajar takpe kan? =P betula la cikgu,sedangkan lidah lagi tergigitkan?.. tapi kalau kawan terputus takde la kot teruk macam cerai.. ye dak? erm, memandai je saya nih.. =P

Reply
avatar
December 13, 2008 at 3:31 PM delete

am rase lebih sesuai kalu tajuknya.. 'MENCABARNYA suatu perkahwinan'.. kerana ia bukan sukar.. ia mencabar.

Reply
avatar
en_me
AUTHOR
December 13, 2008 at 4:33 PM delete

'jodoh, rezeki, ajal maut' semuanya tuhan tentukannns.. hai akak ainul ittewww.. salammmz

Reply
avatar
husna zahran
AUTHOR
December 14, 2008 at 12:27 AM delete

nampaknya makin ramai yang berani berbicara mengenai perkahwinan..ini menunjukkan kita semakin matang dan dewasa..kalau sekolah2 dulu takdenya bincang hal ni kan?..ye..kita makin dewasa..

Reply
avatar
miss xxxxx
AUTHOR
December 14, 2008 at 4:00 AM delete

Hai ainul.. ko perli akak ker... menarik article ko... tapi tu la persefahaman dan sikap boleh menerima kebihan dan kelemahan orang lain yang sepatutnya ada dalam meneruskan sebuah kehidupan berumahtangga. tak semua orang sempurna...mungkin kekhilafan diri dan masih mencari identiti yang belum ditemui.. salam K,Ina gak,,,

Reply
avatar
arina
AUTHOR
December 14, 2008 at 5:57 AM delete

wohoho.
aku xprnh pndg serius bab ni.
aku bnyk kali je sebut perkataan tu.
tp, xpk betul2 pn lagi.
men sebut je.
haha.
aku mmg bengong.

Reply
avatar
December 14, 2008 at 6:37 AM delete

criticalthinker:
sudah ditukar.. thanks! ^_^

en_me:
betul tu.. hai en_me.. salam juga

kak husna:
haha.. dewasa la sangat saya nih...

Reply
avatar
December 14, 2008 at 6:40 AM delete

miss xxxxx:
cam ku kenal je sapa nih... akak, mana ada ina perli akak da... ina cuma fikir-fikir jer.. sebabnya bukan akak je, ramai lagi yang ina jumpa jadi macam ni... akak jangan salah faham na... huhu.. takpe akak.. Ina sentiasa sokong akak kat belakang.. Harapnya akak sabar ek.. Rasa macam nak balik ja jumpa akak tau.. Huhu.. rindu la plak... ina doakan semoga semua urusan lancar.. sayang akak! ^_^

Reply
avatar
December 14, 2008 at 6:43 AM delete

arina:
yola tu.. kita tengok karang siapa dulu... hehe.. gurau2.. ^_^

Reply
avatar
December 14, 2008 at 8:09 AM delete

kita akan terasa ringan walaupun berat apabila kena caranya..:)

saja mengulangi kata2 'UmaralFateh'

mmg benar tu... yg penting persiapkan diri dgn ilmu agama,perkahwinan insYaAllah berjalan baik...sentiasa jadikan Allah tempat segala pengharapan...mg dipermudahkan...

jika nak dikatakan tidak bersedia, sampai bila-bila pn kita takkan sedia...wallahua'lam:)

Reply
avatar
December 14, 2008 at 8:20 AM delete

"Aku memohon cinta-Mu (ya Allah), cinta sesiapa yang mencintai Engkau dan mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)"

mg memberi manfaat bersama..good entry;) hiiii

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
December 14, 2008 at 8:43 AM delete

ainul,entry awak ni mmg melambangkan diri awak yg sudah matang.tk macam entry sy hari tu,merepek habis,smpai emak sy dh risau2..hurmm

semua ayat2 awak,semua sy setuju,tak mahu bangkang satu pun..
sy pun jadi takut tau awak..tp itula,mcm awak kata hari tu,kita mesti berdoa dr skrg kan..berdoa dan bertawakkal moga yang terbaik itu utk kita.

dan lagi satu,
kalau mmg jodoh,takkan ke mana..
cepat atau lambat,kalau itu mmg ketentuan Dia,kita perlu terima..

ainul,thnks!
haha,apsal sy yang terasa ni?bukan sy yg nak kawen pun kan? kan..hihi

Reply
avatar
December 14, 2008 at 8:58 AM delete

kak ayu:
syukran kak ayu atas nasihat kak ayu nih.. betullah kata kak ayu tu.. kalau kita tak berani kata sedia, sampai ke bila-bila pun tak sedia.. ^_^ lagipun, allah maha penyayang kan pada hamba-Nya..

fathiyyah:
erk, ni orang ke berapa ni kata saya matang bila buat entry ni.. hohoo.. betullah tu perkahwinan hanya untuk si matang.. saya belum lagi kot, matang menulis je lebih.. hehe..

hish, bukan kamulah fathy.. kat sini ada je kakak senior baru kawin.. tapikan siapa makan kopi arab, dia la yang rasa pahitnyer kan? hahaha~ gurau2... =P

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
December 14, 2008 at 11:24 AM delete

2/3 masa hidup kita adalah bersama suami/isteri. Pilihlah betul-betul supaya tidak merana selama 40 tahun

LOL

Reply
avatar
December 14, 2008 at 11:48 AM delete

senior saifuddin:

40 tahun je ke?

Reply
avatar
Nini Marini
AUTHOR
December 14, 2008 at 4:42 PM delete

salam ainul..
akak tertarik nak komen ttg entry ainul ni hari tu tapi terlupa. waduh2, sorry yea dik..

Btw,akak sgtlah setuju dgn uwais cakap kat atas, kalau nak tggu betul2 dah ready, memang sampai bila2 pun takkan ready.

Akak setuju dgn ainul, perkahwinan memang satu yg mencabar. tapi akak ade satu lagi pandangan lain.hehe..

Nantilah, mungkin tak lama lagi akak kene tulis entry pasal kawin jugak. sbg kesinambungan pada entry Fathiyyah,Ainul dan sesiapa saja..

=)

Reply
avatar
tiktik
AUTHOR
December 15, 2008 at 12:06 AM delete

cinul..cinul..
1st time aku komen blog ko ni ha..
wah3x..bicara psl kahwin lg tuh..
bagus2..boleh la mntak ko bg tnjk ajar kat housemate aku yg berkatil king size ni..ngah3x..papepon,aku doakan ko jmp pasangan yg secocok & hidup bahgia selamanya..chewahh..

Reply
avatar
December 15, 2008 at 4:22 AM delete

kak marini:
ws akak.. takpe je.. saya tak kisah.. sila la akak buat gak.. kita buat bulan ni semua ada ada entry pasal kawin.. huhu.. yoyo oo jer.. ^_^

tiktik:
yeee.. tiqah datang.. ahlin ya tiktik.. hehe.. ko nak aku ajar cik una ke? takpelah, dia tu dah lagi matured dari aku.. tak payah pun takpe.. tak pasal2 je aku kena ketuk kang ngan dia, langsung tak leh dah menyibuk katil empuk dia tu..hehehe.. thanks utk doa. moga ko pun jumpa yang bersifat macam tu gak.. amin.. =P

Reply
avatar
NaiLoFaR
AUTHOR
December 15, 2008 at 7:03 AM delete

berkahwinlah bila sudah betul2 bersedia - nasihat dr seorg teman sy~ hehe :p

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
December 15, 2008 at 8:57 PM delete

emel pasal perkahwinan n sort of topics mesti byk dikomen..

wahhh.. tajuk plg sesuai nak naikkan hit blog..

camarstolidus blm pnh letak entry psl kawen, melenkan hanya entry berita perkahwinan snrs, tanpa ulasan psl bnda2 nih spt dlm nih n cerita hati.. huhu.. =P

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
December 15, 2008 at 9:05 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
December 15, 2008 at 9:08 PM delete

Sebagai seorang manusia, kita tak tahu akan kesudahan sesuatu perkahwinan.Bahagia,derita atau sebagainya. Masa bercinta memanglah nampak indah tapi lps kawin ada je yg tak kena

Sebab itulah sebelum kahwin kita dituntut melakukan sholat istikharah. " Ya Allah Seandainya ianya baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidup dan matiku maka teruskanlah ianya,"- Kita minta supaya Allah tunjukkan pilihan terbaik untuk kita.Seandainya terjadi juga perpisahan barulah boleh kita katakan takdir kerana Allah sendiri yang inginkan begitu. Apa yang berlaku- sikit2 takdir padahal sebelum kawin tak pernahpun minta petunjuk dari Allah. Adaa ka patuuuutt

Reply
avatar
December 16, 2008 at 6:52 AM delete

radin:
woho radin.. takde niat langsung dihati nak menaikkan rating blog ni.. ko nihhh.. T_T

p/s: i'll wait for your entry about this.. hehehe

abu luqman:
yurp... istikharah itu penting before kawin. moga semua diberi petunjuk oleh allah yang maha bijaksana..
^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *