Saya = Pengkarya

12:10 PM 6 Comments A+ a-

Salam




Baru usai peperiksaan tadi. Alhamdulillah. Cukup bersyukur. Lalu, malam ini saya ganti sepuas hati dengan aktiviti yang saya gemari. Hanya malam habis peperiksaan sahaja waktu yang boleh saya guna secara tidak bertujuan. Mulai esok, jadual makin padat, kerja makin mendekat. Peperiksaan Biostatistik, Scientific Paper, program debat, program study smart, MEKAP, program ramah mesra dengan Angkasawan Negara dan macam-macam lagi tugas sampingan sedia menanti dengan penuh setia. Pasrah. Minggu ini perlu lebih fokus.

Kali ini mahu memetik kata-kata coretan seorang rakan penulis yang saya hormati, Kak Adibah :

Kertas kosong adalah harapan dan peluang. Kertas kosong seperti kehidupan yang menanti untuk dicorakkan. Susunan buku nota di kedai - yang tidak mampu saya beli semuanya - adalah peluang-peluang, ruang-ruang yang terbuka luas dalam hidup, yang tidak mampu, atau tidak sempat untuk saya jelajah apatah lagi mengisi semuanya.

Saya jadi terleka sebentar menatap bait ini tadi. Maknanya dalam. Penuh falsafah kehidupan. Dari seorang guru bernama 'kertas kosong'. Nak baca lebih lanjut, boleh klik pada nama penulisnya tadi..

Saya cuma mahu berkongsi juga musahabah kertas kosong yang Allah beri saya untuk dipinjam hayat ini. Entah apa jadi dengan kertas saya itu sekarang.. Sudah hampir 20 tahun kertas ini saya perolehi, kalau dihimpun mungkin sudah mampu jadi sebuah karya. Cumanya terfikir karya apa agaknya cerita hidup saya ini? Karya agung? Karya picisan ? atau langsung tak layak digelar karya?

Saya lah penulis di kertas itu. Tapi saat ini saya meminjam jasa Rakib dan Atid sebagai penulis sementara saya sendiri melakonkan semua kisah di atasnya. Kehendak tuan Editor kadang saya ikut, kadang saya tidak hiraukan. Banyak yang sudah dihantar ke tangan Editor. Yang masih ada kini cuma sisa. Dan saya akan kembali menerima semua buku-buku karya saya di suatu masa kelak. Editor itu akan terima kah ? Karya itu masa depan saya jadi saya khuatir jika Editor itu marah, langsung saya ditolak dari syarikatnya (baca:syurga).

Tapi ada yang membisik sayup " Kamu masih ada kertas yang belum diisi.."

Ya.. masih ada ruangan yang masih bersisa. Masih ada peluang yang belum diteroka. Masih ada masa untuk saya berkarya. Saya masih diberi peluang. Selagi mana pena masih berdakwat, saya masih punya kesempatan untuk terus ke depan.

Kalau dulu kertas saya berconteng kelabu, hari ini saya mahu warnakan dengan warna pelangi.

Kalau dulu kertas saya penuh cerita sampah, hari ini saya mahu hasilkan karya yang sempurna serba-serbi.

Kalau dulu kertas saya terbuang kosong, hari ini saya mahu penuhkan semua sudut, penjuru dalam halaman kertas saya biar segalanya diguna sebaik mungkin.

Syukur saya masih diberi kertas. Saya mahu berubah. "Dalam penulisan, tidak ada makna terlambat"itu yang saya tahu dari seseorang.Biarlah bermula semula sehelai demi sehelai kertas. Moga kali ini lebih cantik, bagus dan senang dibaca. Editor pasti akan bangga kerana memilih saya dahulu. Kelak saat diterbit di depan lautan manusia, tidaklah saya terlalu malu. Hah,harapnya jadi begitu..

Rakan-rakan penulis yang lain, doakan saya ya. Saya sanjung kalian yang berjaya menjadi penulis mapan yang hebat-hebat. Impian saya moga karya saya ini mampu berdiri sebaris dengan karya-karya agung zaman dahulu. Sukar itu mungkin. Tapi mungkin juga tidak mustahil. Saya mahu ketemu penulis yang namanya sudah terjamin di syarikat tuan Editor. Saya mahu belajar. Saya mahu berjaya. Dan itu tujuan utama kertas kosong ini ditulis, dilakar, dan diwarna...

6 comments

Write comments
cikgu jawe
AUTHOR
December 20, 2008 at 2:36 PM delete

aku cuba fahamkan n3 awk dr sudut akidah. :)

kita diberi kertas kosong. Allah arahkan kita menulis begitu dn begini atas kertas itu. tp kdg2 kita tulis lain yg Allah suruh. tulis ikut sukahati kita. Lalu Allah murka. tp Allah masih sayang kita. ALLah kata jgn buat mcmtu, kita tersedar sejenak, tp kemudian tulis lain lg.

lalu sbb nakal sgt, Allah denda kita. huhu

Reply
avatar
December 20, 2008 at 2:45 PM delete

;D kalau udah namanya pun cikgu, mesti faham je kan? hehe~ bravo.. cuma yang last tu saya plak konfius, rasanya sepatutnya denda tu kat tengah2.. belum kena lagi.. ^_^ saya terbayang-bayang je baru..

takpelah cikgu, lain orang ,lain cara baca.. ye dak? asal sampai maksud, alhamdulillahh..

Reply
avatar
cikgu jawe
AUTHOR
December 20, 2008 at 2:48 PM delete

denda kt last sbb yg tu kt alam akhirat. hehe. tk dpt gostan dh. :)

Reply
avatar
December 20, 2008 at 3:09 PM delete

yezza.. betul2.. ^_^ selamat pagi cikgu! kena samak rumah lagi ke hari ni? hehe

Reply
avatar
chi am
AUTHOR
December 20, 2008 at 3:22 PM delete

saye doakan kamu untuk itu chinul!

Reply
avatar
December 20, 2008 at 4:45 PM delete

chi am:
terima kasih banyak-banyak, kawan! ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *