Saya Nak Jadi Pelangi

5:56 AM 21 Comments A+ a-

Salam
Saya terperasan ramai kawan saya salah sangka saya sentiasa dapat markah yang warnanya berterbangan kerana setiap kali keluar dewan, saya akan senyum dan ketawa dengan tenangnya. Alahai kawan-kawan, takkan saya nak menangis depan pintu dewan kot kalau keputusan saya tak menepati sasaran. Padahal dalam hati ni siapa lah yang tahu..

Dulu, saya rasa saya sangat-sangat sensitif. Perkara kecil pun nak menangis, nak merajuk. Tapi bila dah makin besar ni, saya belajar untuk jadi sedikit keras. Lebih pada tabah sebenarnya. ^_^ Entahlah kenapa. Mungkin sebab saya tak suka orang risau kenapa saya menangis kot. Nanti ramai sangat yang bertanya, saya juga yang segan jawab. Sebab itu kalau ada apa-apa, saya lebih suka diam dan senyum selagi boleh ditahan.

Bila di Jordan ni, kena pula saya ditaklifkan memegang bahagian yang perlukan perhatian dan perasaan. Apa-apa pun, ramai yang merujuk saya. Nak tak nak, saya kena mengeraskan juga hati yang dulu lemah. Takkan saya nak dengar masalah orang kalau diri sendiri punya masalah pun tak mampu tanggung. Lama-lama saya terbiasa dengan cara ‘tangguh’ dulu perasaan. Nanti dah siap semua baru lepas. Pelik kan?

Saya lebih suka menangis di tempat yang tiada orang atau tempat yang orang tak perasan saya ada. Contohnya dalam bas. Saya suka duduk hujung tepi bas lepas tu sorok muka dalam langsir. Ha, kalau ada yang ternampak saya buat macam tu maknanya saya tengah meluah perasaan la tu.. Orang luar takkan perasan sebab bas jalan laju, yang dalam lagilah tak perasan kan? Nak melepak tepi tebing yang suka tu jauh sangatt.. Tak boleh pergi..

Tapi kadang-kadang terlepas juga di luar. Itu kalau kes memang hati tengah kronik. Syukurlah ada beberapa hati di sini yang sudi jadi kaunselor saya. Saya sayang sangat diaorang. Diaorang la tempat saya tuju cari penyelesaian kalau saya sendiri tak mampu tanggung. Syukran ya habibti albi!

Saya tak suka menangis depan orang. Bagi saya, depan orang kita kena ceria supaya orang lain pun ceria. Seronok bila hidup kita menceriakan hidup orang. Terasa macam jadi pelangi sekejap pun ada. Saya lebih suka kalau saya dapat buat orang yang sedih kembali gelak dan ketawa. Sebab saya tak sampai hati tengok orang bersedih. Sebab tu saya sedia terima semua dengan tangan terbuka. Benarkan saya ceriakan hidup anda! Hehe.. Insyallah, bahu, telinga, dan kata-kata saya sedia dipinjam jika diperlukan. ^_^

Saya juga senang berada dalam kelompok ramai. Saya kurang suka menyepi sendiri. Bila saya bersendiri, nanti banyaklah benda yang saya fikir sorang-sorang. Lepas tu nanti saya juga yang sedih-sedih sendiri layan perasaan. Tapikan ada satu lagu yang saya suka dengar kalau saya tengah emo-emo. Lagu yang mendamba seseorang sebagai teman waktu sedih. Tak tahulah siapa boleh jadi orang tu waktu saya memerlukan nanti. Harapnya adalah nanti yang sudi menghulur bantuan seperti yang lagu ni nyanyikan.. Aminn.. Baiklah, ini lirik lagu tu. Hayatilah ya… Kalau siapa nak dengar, silalah cari sendiri. Nanti ada masa, saya letakkan di sini. Hehehe.. Lagu ni sedap tau. Nyanyian kumpulan Firdaus.. Selamat Mendengar!

Owh ya, ada seorang senior di sini yang saya sangat respek.Nama dia Kak Sarah Dardiri.Tak tahulah kot-kot saya tak pernah nampak dia menangis. Tapi pernah jadi satu benda yang buat semua orang tertekan tapi dia masih kekal tenang dalam kelakar dia tu. Dia lah sumber kami ketawa waktu itu. Saya perasan juga yang dia sangat happy go lucky. Sentiasa buat lawak dan menceriakan orang keliling dia. Dia buat saya nak jadi macam dia. Kuat dan menceriakan hidup orang. Macam pelangi. Itu yang saya nampak dalam diri dia.Hebat kan? (Tak tahulah dia baca ke tak ni nanti. Tapi tak kot.. hehe.. Akak kalau baca, sila jangan keluar muka kucing malu ya.. ^_^) - Sekian-

MENANGISLAH DI BAHUKU
Firdaus

kau datang padaku seperti biasa
kusambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

21 comments

Write comments
chmod
AUTHOR
December 1, 2008 at 6:53 AM delete

كلاكرڽ....دودوق دهوجوڠ تڤي بس..هيهيهي...ڤندايڽ چوۏر لاين..

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
December 1, 2008 at 6:54 AM delete

ainul,awak ni kuat laa..sy pun tk suka nangis depan org,sy selalu nangis tengah2 mlm,time org lain tido.kadang2 time mandi.kite nangis,air mata jatuh ikut graviti,tp bila kwna shower tu,rs cm tak nangis plak..hihi

ainul,awak ni cumel la.dan awak ni tabah..nampak je lembut..macho jugak awak ni eh
eh kak sarah tu satu rumah ngn tiqah ke?sbb tiqah penah citer kat saya pasal kak sarah tu

awak,jaga diri baik2..sy mula sayang awak ni

Reply
avatar
December 1, 2008 at 7:16 AM delete

chmod:
^_^ mestilah.. takkan nak nangis kasi satu bas dengar.. malu la macam tu.. hehe.. chmod, yang perkataan terakhir sebelum lain tu apa? saya tak dapat baca sangat..

fathiyyah:
time tido kadang2 je, tapi tak puas la fathy. Karang tak habis nangis dah tertido. hehe~ well, saya kan tabah dalam ayu.. uweks..=P

haah, kak sarah tu housemate tiqah.. best betul tiqah rapat dengan dia. keje gelak jer.. dah la baik.. ^_^ respek la kat dia..

terima kasih fathy.. jaga diri awak baik-baik gak.. saya pun sayang awak juga.. ana ukhtiki fillah.. ^_^

(p/s: kita ni cam sama je.. bestfriend kita tebalik tempat la.. tiqah kat sini, aimi kat mesir.. huhu.. tukar tempat jom! =P)

Reply
avatar
akak
AUTHOR
December 1, 2008 at 8:10 AM delete

dalam bilik tempat terbaik utk menangis..hehehe..dah takde org lain dlm bilik tu. Dalam bas nanti ade org perasan..malu le..

* Ayat chmod yg last tu, akak rase.."pandainya cover line' kot. Kalau silap nanti tuan dia betulkan. Kecil sangat tak berapa nampak jugak.

Reply
avatar
arina
AUTHOR
December 1, 2008 at 11:23 AM delete

aku suke nangis dpn org.
haha.

Ainul the walking rainbow.
oh yeah.

Reply
avatar
December 1, 2008 at 1:35 PM delete

ainul sang pelangi cantik!

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
December 1, 2008 at 1:56 PM delete

alamak ainul...suke layan blues dlm bas..same lg..dlm bas pon tmpt feveret akk..mmg cop dok tepi tingkap la..hehe.jgn nanes sorg2 salu sgt.nnti lame2 sakit jiwe..mmg kite xnk susahkan org kdg2 tuh.tp kalo merane sorg2 lg sdey..kdg2 tu share jek ngn org...atlis kurang beban..take care...~

Reply
avatar
SangPelangi
AUTHOR
December 1, 2008 at 11:00 PM delete

Menangis seorang diri? Ha'ah. Mungkin menangis di depan orang sangat sukar kerana ego. Aku sebagai lelaki pun lagi malu kalau menangis dilihat orang. Hihi.

Reply
avatar
NaiLoFaR
AUTHOR
December 2, 2008 at 5:11 AM delete

oh ainul..
menangis itu bagus untuk mengurangkan beban di hati..pernah dengar kata2 ni x? " ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukanlah hanya untuk ketawa..ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata.."

moga kamu berjumpa dengan orang itu, ya! :)

nak tujukan lagu boleh x?
--> u are never alone by zain bhikha.. ^^

ceria2 selalu ya! jom main game! =)

Reply
avatar
Hilal Asyraf
AUTHOR
December 2, 2008 at 8:31 AM delete

dia nak jadi pelangi...

saya nak jadi matahari...

he he

Reply
avatar
December 2, 2008 at 8:58 AM delete

akak:
dalam bilik tu normal la akak.. tapi aura layan blues dalam bas tu macam spesel sket.. itu yang sangkut tu. hehe.. owh, betul kot apa yg akak agak pasal yang chmod tulis.. patutla saya pelik.. dia menjawikan english rupanya...

arina:
ko memang.. adik kicik yang sensitip.. hehe.. kankankan? but stll, you are one my of my rainbow too dear..!^_^

criticalthinker:
ya, cantik kan? saya memang lama dah suka.. tapi tu la, dia datang time hujan je. waktu summer mana nak cari??

Reply
avatar
December 2, 2008 at 9:07 AM delete

kak asma:
aiseh, kita ada terpunya allel genetik yang sama ke kak asma? hehe~
don't worry, ada masa saya cari orang juga.. tak laratlah memendam sangat.. lagipun kadang2 memeningkan je lebih. cari orang lagi best sebb manala tau nnti dapat penyelesaian kan? sesetengah benda je yang saya sorok sendiri.. =)

sangpelangi:
betul.. menangis kadang-kadang tak mengapa.. menangis selalu tu yang susah.. tapikan, orang sangat tersentuh kalau ada lelaki yang menangis atas sebab tertentu yang perlu dinangiskan.. Cuma tak payahla selalu, karang lain plak yang orang fikir.. hehe~

Reply
avatar
December 2, 2008 at 9:17 AM delete

nuha:
terima kasih..saya tak pernah dengar lagi ayat tu.. hehe, thanks ya kongsi.. lagu tu pun best!

jangan risau.. saya kan kuat! mesti ceria selalu kalau nak jadi pelangi. kalau asyik 'hujan', pelangi takde can la nak keluar..^_^

hilal:
kamu dengan matahari memang tak boleh pisah! kan? oh ya, saya dah habis separuh relasi.. so far, masih berjaya jadi tabah.. takde nangis2 pun baca.. haha~ kamu gagal buat saya berhujan di depan komputer.. ^_^

Reply
avatar
Pijah
AUTHOR
December 2, 2008 at 5:58 PM delete

MENANGISLAH DI BAHUKU

ala2 i'll be ur crying shoulder gitu.
ngeee~ ;p

Reply
avatar
December 2, 2008 at 9:22 PM delete

pijah:
(^_^)Y lama tak nampak pijah datang sni... pekabar sekarang?

Reply
avatar
Pijah
AUTHOR
December 2, 2008 at 11:01 PM delete

alhamdulillah sihat, kak.
baru selesai berjuang gitu.
haaishh......

Reply
avatar
silversarina
AUTHOR
December 3, 2008 at 6:02 AM delete

salam,

Bagus punya hati yang tabah dan tak mudah mengalah.

Jadilah pelangi kerana ianya sentiasa menceriakan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Reply
avatar
Nadia Yuna
AUTHOR
December 3, 2008 at 9:47 AM delete

ouh

akak cenggeng orangnya. tapi samelah. takkan menangis depan orang. Semua ingat akak ni cam tough. Padahal. Malam2. humm

basah lencun mantal mucukku =p

** its ok ceriakan orang. nanti orang ceriakan kita balik kan?

=)

Reply
avatar
December 3, 2008 at 2:45 PM delete

pija:
bitaufiq.. semoga berjaya dapat result yang mumtaz.. insyallahh.. ^_^

auntie sarina:
wa'alaikumsalam..
^_^ masih tengah berusaha untuk terus jadi lebih kuat, auntie.. doakanlah yer..

kak yuna:
aha, akak... datang jugak blog saya yer.. hehe~ ahlin2!! cengeng2 pun kalau tak menyusahkan takpe je akak.. kene lepas gak kadang2 kan? betul2... what you give, you get back..^_^

Reply
avatar
Kak Sarah
AUTHOR
December 12, 2008 at 9:35 AM delete

waa.. eh, betul ke akk macam tu?
akk taktau nak respon ape.. malu ade (tapi akk takde kucing nak keluarkan muka malu dia) terharu pun ade.. sob3~

sorilah, baru baca entry ni..
tu puun kak ina yang bagitau..
kalaulah awak tau akk akan baca entry awak, rase2 nyer awak akan tulis ke tak, ek..

Terima kasih sgt2 kalau awak rasa akk ni gembirakan /memotivasikan awak
Tapi semua tu kudrat dari Allah jua
Apepun segala pujian kita pulangkan pada Allah..
Impian nak jadi pelangi ke.. matahari ke.. bulan ke.. kita tetap manusia makhluk terbaik ciptaan Allah
Alhamdulillah~

Makhkluk2 yang lain (pelangi, matahari, dsb)adalah tanda-tanda kebesaran Allah agar kita menjadi hamba yang berfikir.....

Reply
avatar
December 16, 2008 at 7:58 AM delete

kak sarah:

wa!!! napa akak leh terbaca??? huhu.. adeh2.. ainul plak yang malu.. ingatkan akak tak baca... hehe. kak ina pecahkan rahsia rupanya.. adeh2.. maluuu... hehe

p/s: kalau saya tahu akak nak baca, saya tulis nama kak tuttt (****) je la.. hehehe...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *